Siapakah Tuhan ? Ini adalah soalan utama yang wajib dicari jawapan oleh semua manusia.
Kita wajib mencari Tuhan supaya kita dapat berdamai atau dalam bahasa Al Quran dapat memperoleh "Islam" dengan keberadaan dan kewujudan diri kita di alam semesta ini.
Selepas hidup selama 42 tahun, saya kini mengerti bahawa saya merasai kekosongan jiwa kerana mencari di tempat yang salah.
Saya mencari agama. Sesuatu yang tidak pernah diperintah Tuhan untuk manusia buat. Kita semua sepatutnya mencari Tuhan bukannya mencari agama.
Oleh itu, siapakah TUHAN ?
TUHAN adalah Zat asal yang mencipta sistem kehidupan. Semua yang kita lihat di alam semesta ini, dari sebesar perkara seperti matahari sehingga sekecil-kecil entiti seperti zarah dan atom di cipta oleh Tuhan. Kesemuanya saling kait-mengait di dalam satu sistem yang harmoni.
TUHAN adalah Zat asal yang mencipta sistem kehidupan. Semua yang kita lihat di alam semesta ini, dari sebesar perkara seperti matahari sehingga sekecil-kecil entiti seperti zarah dan atom di cipta oleh Tuhan. Kesemuanya saling kait-mengait di dalam satu sistem yang harmoni.
Zat Asal ini tidak mempunyai nama kerana hakikatnya tidak ada nama sesuai yang dapat mewakili kehebatan Tuhan. Walaubagaimanapun, di dalam lipatan sejarah, Zat ini telah merujuk dirinya dengan pelbagai terma rujukan.
Terma rujukan ini berbeza mengikut kesesuaian masa, zaman dan bahasa yang ditutur oleh sesuatu bangsa, berdasarkan Buku (Kitab) yang diturunkan kepada bangsa itu.
Dalam Bahasa Sanskrit di dalam Buku-buku Vedas yang diturunkan kepada Nabi Adam. Zat ini merujuk dirinya sebagai EKAN ANEKAN.
Melalui Buku Taurat dalam Bahasa Hebrew, Zat ini merujuk diriNya sebagai YAHWEH.
Seterusnya, Melalui Buku Injil dalam Bahasa Aramaic, Zat ini merujuk diriNya sebagai Elohim.
Kemudian, melalui Buku Al Quran, dalam Bahasa Arab, Zat ini merujuk diriNya sebagai Allah.
Dalam Bahasa Melayu kita kenali Zat ini sebagai TUHAN. Sementara, di dalam Bahasa Inggeris pula kita mengenalinya sebagai GOD.
Hakikatnya, kita tidak beriman kepada terma-terma rujukan ini. KITA BERIMAN KEPADA ZAT ASAL YANG MENCIPTA SISTEM KEHIDUPAN DI ALAM SEMESTA.
Sesungguhnya Ekan Anekan, Yahweh, Elohim, Allah, Tuhan dan God bukanlah entiti yang berbeza. Ianya adalah entiti yang sama, iaitu Tuhan yang Maha Esa.
Al Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab, seperti juga Buku-buku lain yang diturunkan Tuhan kepada manusia telah menerangkan dengan terperinci tentang sifat-sifat yang dimiliki Tuhan.
Tuhan berbuat begini supaya kita tidak boleh mengatakan bahawa kita tidak pernah diberitahu tentang perkara ini semasa kita hidup.
Dalam prinsip undang-undang, ianya dikenali sebagai 'ignorantia legist neminem excusat' atau "ignorance of law is not an excuse"
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka : "Bukankan Aku Tuhanmu? Mereka menjawab : "Betul, kami menjadi saksi. (Kami melakukan ini) agar di hari Peraturan (qiyamah) kamu tidak mengatakan : "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)" AQ 7:172
Menurut ayat di atas. Manusia telah membuat pengakuan di hadapan Tuhan tentang siapakah Tuhan. Kita mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang berhak kita abdikan diri kepadaNya.
Di antara sifat-sifat Tuhan yang asas dan diketahui oleh semua orang Melayu ialah :-
a. Esa, satu. Tidak ada tandingan atau persamaan ;
b. Tidak mati, kekal selama-lamanya ;
c. Tidak perlu tidur malah tidak mengantuk, sentiasa di dalam keadaan penuh perhatian ;
d. Tidak perlu makan atau minum ;
e. Tempat di mana semua makhluk bergantung untuk hidup;
f. Ghaib, tidak nampak di pandangan mata (ini adalah sifat yang paling sukar untuk manusia terima); dan
g. Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Berkuasa dan lain-lain
(sekadar menyebut sedikit sifat-sifat Tuhan, disarankan supaya membuat rujukan sendiri secara terperinci)
Setelah menerangkan dengan terperinci sifat-sifat diriNya kepada kita di dalam Al Quran. Tuhan menggunapakai pula terma rujukan yang sama bagi menerangkan konsep yang korup (seleweng).
"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : ' Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam'. Katakanlah : ' Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putera Maryam itu berserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi kesemuanya?'. Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya. Dan Allah maha Kuasa atas segala sesuatu" AQ 5:17
a. Esa, satu. Tidak ada tandingan atau persamaan ;
b. Tidak mati, kekal selama-lamanya ;
c. Tidak perlu tidur malah tidak mengantuk, sentiasa di dalam keadaan penuh perhatian ;
d. Tidak perlu makan atau minum ;
e. Tempat di mana semua makhluk bergantung untuk hidup;
f. Ghaib, tidak nampak di pandangan mata (ini adalah sifat yang paling sukar untuk manusia terima); dan
g. Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Berkuasa dan lain-lain
(sekadar menyebut sedikit sifat-sifat Tuhan, disarankan supaya membuat rujukan sendiri secara terperinci)
Setelah menerangkan dengan terperinci sifat-sifat diriNya kepada kita di dalam Al Quran. Tuhan menggunapakai pula terma rujukan yang sama bagi menerangkan konsep yang korup (seleweng).
"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : ' Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam'. Katakanlah : ' Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putera Maryam itu berserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi kesemuanya?'. Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya. Dan Allah maha Kuasa atas segala sesuatu" AQ 5:17
"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : ' Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam', padahal Al masih sendiri berkata : 'Hai Bani Israil, sembahlah/abdikan dirimu kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu'. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun" AQ 5:72
Jika Nabi Isa itu adalah Tuhan sudah tentu baginda masih hidup sehingga sekarang. Tuhan tidak mati. Dia kekal selama-lamanya.
Bolehkah kita mendengar suara Nabi Isa sekarang ?
Begitulah Tuhan memberitahu semua informasi dengan terperinci di dalam Al Quran. Tuhan memberi definisi sebenar untuk setiap konsep yang diutarakan di dalam Bukunya dengan teliti dan sempurna.
Selepas memberitahu semua konsep yang benar untuk kegunaan pencari kebenaran, Tuhan akan menerangkan pula konsep dan idea-Nya yang telah melalui proses korupsi.
"Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus masjid-al-haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" AQ 9:19
Tuhan menerangkan dengan teliti apa maksud sebenar Haji dan Masjid-al-haram di dalam Bukunya. Hal ini hanya boleh kita ketahui jika kita benar-benar mencari kebenaran dan percaya kepada Tuhan.
Setelah Tuhan menerangkan definisi yang sebenar, Tuhan menjelaskan pula maksud lain yang telah mengalami proses korupsi. Perbuatan ini dilakukan oleh elit agama iaitu nenek-moyang kita orang-orang Arab.
Seterusnya lihat pula kepada korupsi yang berikut :
"Sembahyang (solat) mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu" AQ 8:35
Dalam ayat di atas, Tuhan memberitahu pula konsep Solat dan Baitullah yang telah mengalami korupsi. Tuhan tidak lupa menerangkankan apakah konsep sebenar solat dan Baitullah sebelum memberitahu konsep yang korup.
Hanya mereka yang benar (taqwa) sahaja yang dapat mengamati mesej Tuhan.
Apakah orang Melayu percaya kepada Tuhan ?
Saya membuat kesimpulan bahawa selepas menerima "Islam" selama lebih dari 600 tahun. Yang sebenarnya, kebanyakkan orang Melayu tidak percaya kepada Tuhan.
Orang Melayu hanya sekadar percaya kepada kewujudan Tuhan.
Kita ambil contoh salah satu sifat Tuhan seperti di atas. Tuhan tidak makan dan minum.
Semua orang Melayu mempercayai bahawa Tuhan tidak perlu makan dan minum.
Apabila rakan-rakan bangsa cina mereka yang beragama Buddha meletak buah-buahan, dikenali sebagai "Dana" kepada berhala (sebuah batu yang menjadi medium untuk mendekatkan mereka dengan Tuhan. Dalam Islam juga ada berhala tetapi orang Islam tidak mahu mengakuinya).
Mereka berkata ini adalah perbuatan bodoh. Mereka mentertawakan perbuatan ini.
Tuhan Buddha vegetarian.
Tak makan daging. Hanya makan buah
Begitu juga, apabila rakan-rakan India mereka yang beragama Hindu membuat ritual yang dikenali sebagai Shaktism iaitu ritual korban. Mereka mentertawakan perbuatan ini.
Menurut orang Melayu, ini juga perbuatan bodoh kerana orang-orang Hindu menyembelih kesemua jenis haiwan seperti tikus, ayam, itik, kambing, lembu dll dalam satu upacara penyembelihan yang sangat besar dan dipenuhi dengan darah.
naya ayam laga ini jadi korban
ritual agama ciptaan manusia
Manusia memang sukakan darah
Menurut orang Melayu, ini juga perbuatan bodoh kerana orang-orang Hindu menyembelih kesemua jenis haiwan seperti tikus, ayam, itik, kambing, lembu dll dalam satu upacara penyembelihan yang sangat besar dan dipenuhi dengan darah.
naya ayam laga ini jadi korban
ritual agama ciptaan manusia
Manusia memang sukakan darah
Menurut orang Melayu yang menerima bulat-bulat pendapat tuan-tuan arab mereka. Tuhan hanya menerima korban haiwan yang mempunyai empat kaki sahaja.
Menurut mereka lagi upacara korban beroleh pahala yang berlipat ganda jika dilakukan pada hari "Tashrik" (hari menunggu darah menjadi kering). Pada mereka Tuhan tidak makan pada hari lain kecuali pada hari Tashrik.
Orang Melayu menghina Tuhan Yang Maha Kuasa kerana menjadi pak turut kepada orang Arab. Mula-mula orang Melayu kata Tuhan tidak makan dan minum. Mereka mentertawa perbuatan orang cina dan india yang mereka anggap bodoh.
Tapi mereka juga sama. Saling tak tumpah sama seperti rakan-rakan cina dan india mereka.
Sungguh besar penghinaan orang Melayu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa apabila mencadangkan menu makanan Tuhan yakni hanya haiwan berkaki empat dan cukup umur tertentu.
Akibat perbuatan ini orang Melayu secara teknikal tidak mempercayai Tuhan. Orang Melayu cuma tahu Tuhan itu wujud dan sekadar percaya akan kewujudan Tuhan dengan sifat-sifat yang saya sebutkan tadi.
Kepada orang-orang Melayu pak turut. Hayatilah keterangan Al Quran ini.
"Dan mereka memperuntukkan bagi Allah satu bagian dari tanaman dan ternak yang telah diciptakan Allah, lalu mereka berkata sesuai dengan persangkaan mereka: 'Ini untuk Allah dan ini untuk berhala-hala kami'. Maka saji-sajian yang diperuntukkan bagi berhala-berhala mereka tidak sampai kepada Allah ; dan saji-sajian yang diperuntukkan bagi Allah, maka sajian itu sampai kepada berhala-berhala mereka. Amat buruklah ketetapan mereka itu" AQ 6:136
Ritual yang sama. Hanya pakaian yang berbeza
Al Quran tidak pernah menulis tentang upacara korban. Ia di dapati melalui hadis.
Tuhan tidak pernah meminta kita menyembelih apa-apa pun untuk dirinya. Segala yang Dia berikan kepada kita di dunia berupa makanan, minuman, dan kesenangan hidup adalah untuk diri kita.
Dialah yang menciptakan rezeki dan memberinya kepada kita. Tuhan tidak perlukan kita. Kitalah yang sebenarnya memerlukan Tuhan.
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan tanggungjawab/komitmen (solat) dan bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa" AQ 20:132
"Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi-Ku makan" AQ 51-57
Akibat taksub kepada orang Arab. Orang Melayu gagal mengambil iktibar daripada peristiwa di mana Nabi Musa mempersendakan kaumnya dengan berolok-olok menyatakan Tuhan mahu mereka menyembelih lembu betina sebagai upacara korban.
Anda boleh membaca kisah ini di Surah Al-Baqarah ayat 67-75. Di ayat nombor 75 Tuhan memperingatkan Nabi Musa di mana ayat ini menjadi kesimpulan kepada kisah menyembelih lembu betina.
"Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?" AQ 2:75
Dalam keterangan di atas Tuhan memberitahu bahawa orang-orang yang sesat akan kekal sesat. Tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk mengubah pendirian itu. Walaupun, Nabi Musa berada dikalangan mereka.
Sebagai kesimpulan kecil tentang haiwan korban, saya ingin mengajak para pembaca orang Melayu untuk berfikir tentang apakah makna sebenar hari Tashrik.
Shirk = perbuatan mempersekutukan Tuhan
Mushrik = orang yang mempersekutukan Tuhan
Mushrikin = golongan yang mempersekutukan Tuhan
Tashrik = ??? agak-agak apa?
Nota : Perkataan "korban" tiada dalam Al Quran, para elit agama telah menyelewengkan perkataan "hadya" sebagai korban. Hadya berasal dari akar kata Huda yang bermaksud petunjuk.
Informasi
Keseluruhan isikandung Al Quran terdiri dari pelbagai informasi. Informasi-informasi ini berbentuk sejarah, fakta atau idea. Ini adalah mesej dari Tuhan.
Yang menariknya semua informasi ini adalah relevan sepanjang zaman.
Kesemua informasi ini direkod oleh Nabi Muhammad, utusan terakhir Tuhan sebelum dunia ini diberhentikan dari beroperasi.
Kebanyakkan elit agama Islam Sunni atau Syiah akan berbangga mengatakan bahawa merekalah pengikut sebenar utusan terakhir ini.
Ini berdasarkan kepada setianya mereka kepada Ilmu Hadis. Mereka tidak berupaya untuk berfikir lebih panjang akibat doktrin tidak boleh mengguna akal.
Bagi mereka dengan mengikuti Hadis bererti mereka sedang mengikut Nabi Muhammad.
Oleh kerana mereka begitu setia kepada Ilmu Hadis, mereka tidak lagi mengikuti informasi-informasi yang terkandung di dalam Al Quran.
Mereka lupa yang semua informasi Al Quran direkod sendiri oleh Nabi yang mereka begitu bangga mengatakan menjadi ikutan mereka.
Oleh kerana mereka mengikut hadis dan menolak Al Quran maka mereka sebenarnya bukan pengikut Nabi Muhammad. Mereka adalah pengikut Imam Bukhary, Imam Muslim, Imam Ibnu Majah dan lain-lain imam iaitu manusia yang merekod buku-buku hadis.
Nabi Muhammad tidak pernah merekod hadis malah mengarahkan para sahabat memusnahkan hadis-hadis jika baginda mengetahui akan kewujudannya.
Baginda tidak pernah membaca Kitab Hadis malah tidak tahu pun ilmu ini wujud kerana ia dicipta beratus-ratus tahun selepas baginda wafat.
Kebenarannya ialah, Nabi Muhammad hanya mengikut informasi yang terkandung di dalam Al Quran selama 23 tahun baginda menyampaikan mesej kepada kaumnya.
"Katakanlah: "Aku tidak mengatakan kepadamu, bahawa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak pula aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku". Katakanlah : "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat? Maka apakah kamu tidak memikirkannya?" AQ 6:50
"Katakanlah :"Aku bukanlah Rasul yang pertama di antara Rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan" AQ 46:9
Jika kita mendabik dada berkata kita mengikuti Nabi Muhammad sudah tentulah secara teknikal kita mengikuti apa yang Nabi ini ikut. Keterangan di atas dengan jelas menerangkan yang Nabi hanya mengikut Al Quran.
Nabi berbuat begitu adalah kerana suatu sebab yang mudah. Baginda mengikut Tuhan. Zat Asal yang mencipta baginda.
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)" AQ 7:3
Dalam keterangan di atas, pemimpin selain Tuhan itu adalah para elit agama. Imam, Rabbi, Paderi dan Sami yang digolongkan sebagai "habar" dalam Bahasa Al Quran.
"Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah dari orang-orang yang mempersekutukan Tuhan (mushrik)" 6:106
Maka kenapa pula agama Sunni dan Syiah mengikut selain dari Al Quran. Ilmu Hadis itu dicipta oleh manusia, direkod, dipromosi oleh manusia. Ia bukan mesej dari Tuhan.
Ini adalah bukti jelas bahawa pengikut Sunni dan Syiah menolak Tuhan. Mereka hanya mahu mengikut nenek-moyang mereka yang tidak diberi hidayah (petunjuk, asal dari perkataan huda).
Dan
apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan
Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang
telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka
akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui
suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"AQ 2:170
Apabila
dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah
dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang
kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka itu akan
mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak
mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk ?" AQ 5:104
Apabila AQ 5:104 memberitahu kita supaya mengikuti Rasul, ia sebenarnya menyeru kita supaya ikut apa yang Rasul kita ikut, iaitu Al Quran. Saya akan menerangkan perkara ini di artikel yang seterusnya.
Nabi Muhammad menyeru melakukan revolusi minda. Membuang tabiat buruk kaumnya yang mempersekutukan Tuhan dengan batu. Revolusi inilah yang sangat tidak disukai kaum Quraisy.
Lalu mereka menghalau Nabi dari tempat lahirnya.
Begitulah juga perumpamaan di zaman ini. Apabila datang seorang yang mengajak untuk kita kembali (islah/reform) kepada Tuhan dengan membuat revolusi minda. Tak ramai yang akan menerima seruan ini.
Mereka mahu kekal dengan ajaran nenek-moyang mereka.
Keseluruhan Al Quran adalah batu ujian untuk diri kita. Samada kita sebenarnya percaya kepada Tuhan atau tidak. Tuhan memberitahu kita informasi-informasi yang sebenar-benarnya.
Dengan informasi inilah kita boleh mengetahui seseorang itu percaya kepada Tuhan atau tidak.
Kesimpulan
Mempercayai Tuhan adalah mempercayai dan meyakini sifat-sifat Tuhan.
Untuk mengetahui tentang sifat-sifat ini kita perlu mencari informasi tentangnya.
Informasi ini boleh didapati dengan lengkap melalui Al Quran.
Kepada anak-anak papa yang membaca tulisan ini. Papa sentiasa berdoa supaya anak-anak papa jangan sesekali menyekutukan Tuhan dengan sesuatu apa pun.
Jangan berpaling dari iman yang berada dalam hati kita. Percaya kepada Tuhan dengan mempercayai kepada segala ciri-ciri dan sifat-sifat Tuhan seperti yang di ajar di dalam Al Quran.
YAKIN (IMAN). Itulah perkataan yang sepatutnya kita semat. Biarlah kita sendiri yang membuat keputusan untuk pendirian kita. Bukan sekadar mengikut keputusan yang dibuat oleh orang lain untuk kita ikuti.
Untuk membuat keputusan kita perlu kepada pengetahun. Pengetahuan hanya boleh diperolehi dengan membaca (iqra').
Tidak ada sesiapapun yang dengan benar berhak memimpin kita. Tidak ustaz, tidak imam, tidak sami, tidak paderi, tidak rabbi dan lain-lain elit agama. Hanya Tuhan yang mempunyai hak ini.
"Mereka menjadikan [ orang-orang alim dan para rahib (habar)] mereka sebagai Tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh mengabdikan diri (liyakbudoo) kepada Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan" 9:31
Ayat di atas menceritakan tentang orang-orang yang sesat. Mereka menjadikan para ustaz, imam, rabbi, paderi dan sami sebagai tandingan Tuhan dengan mengikuti orang-orang ini tanpa usul periksa.
Tidak ada sesuatu simbol atau perkara atau sesiapun yang dapat disamakan dengan Tuhan. Dialah Yang Maha Berkuasa, menguasai timur dan barat dan seluruh alam semesta.
Sifat Tuhan yang paling sukar untuk manusia percaya ialah Tuhan adalah ghaib. Perkara yang kita tidak nampak kita tidak boleh sembah. Sembah memerlukan perbuatan ritual dan memerlukan medium. Sembah dan abdi adalah satu perkara yang berbeza.
KEPADA TUHAN YANG GHAIB INI, KITA DENGAR DAN KITA TAAT. Inilah Rukun Iman (keyakinan) kita.
"Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan demikian pula orang-orang yang beriman (wal-mukiminin). Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari Rasul-rasulNya", dan mereka mengatakan : "Kami dengar dan kami taat". "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali" AQ 2:285
Perhatikan dalam ayat di atas Tuhan memberitahu "demikian pula orang-orang yang beriman (wal-mukminun)". Bermakna hanya orang-orang yang beriman (mukminin) yang boleh menyatakan "kami dengar dan kami taat". Itu pra-syaratnya.
KEPADA TUHAN YANG GHAIB INI, KITA ABDIKAN DIRI SEHINGGA KITA DIPANGGIL PULANG.
Mengabdikan diri tidak memerlukan medium seperti batu. Hubungan antara kita dengan Tuhan adalah secara direct kerana Tuhan sentiasa dekat dengan kita. Kita tidak perlu batu untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan.
"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya" AQ 50:16
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” AQ 2:186.
Para elit agama telah membuat satu korupsi terbesar dengan hanya mengubah satu perkataan.
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku (Liyakbudooni)” AQ 51:56
Perkataan Li-yak-budoo-ni berasal dari akar kata ain-ba-dal ('a-b-d) yang bermaksud abdi.
Mereka mengubah maksud perkataan ini kepada sembah. Sembah adalah perbuatan yang memerlukan ritual. Sedangkan abdi ialah berkhidmat sebagai hamba.
Dari Surah Al Fatihah lagi mereka sudah mula menyeleweng mesej Tuhan yang diajar oleh Nabi Muhammad.
"Hanya Engkaulah yang kami sembah (Ee-ya-kaa-nak-budoo), dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" AQ 1:5
Nak-budoo dalam ayat Surah Al Fatihah di atas sebenarnya bermaksud "abdikan diri". Bukan sembah.
'a-b-d = abdi
nakbudoo =abdikan diri
liyakbudoo = mengabdikan diri
Ibadat = pengabdian
Akhir sekali. "Biarlah berjalan berseorangan di jalan yang benar daripada berjalan beramai-ramai tetapi jalan itu sesat".
Ashwed
Salam Ashwed,
ReplyDelete"Kebenarannya ialah, Nabi Muhammad hanya mengikut informasi yang terkandung di dalam Al Quran selama 23 tahun baginda menyampaikan mesej kepada kaumnya."
Fakta 23 tahun tu saudara dapat dari mana? Al Quran?
Salam,
DeleteSaya faham maksud saudara. Fakta 23 tahun itu adalah penguat hujah saya sahaja berdasarkan penerimaan am masyarakat kita.
Salam,
ReplyDeleteSaya rasa hampir mustahil bagi seseorang untuk betul-betul dapat memahami keseluruhan Al Quraan didalam masa yang singkat. Ianya adalah proses yang berterusan. Dengan izin Allah, pemahaman kita akan bertambah baik dengan bimbingan terus dari Allah. Saya berpandangan yang 23 tahun itu juga tidak perlu diulang nyatakan kerana ia hanya akan menyebabkan kita berselisih pendapat kepada perkara kecil dan tidak signifikan pun. Apabila kita memperbesarkan dan menerimanya sebagai fakta maka akan berbunyi lah mereka mempersoalkan mengapa kita menerima 'fakta' tersebut yang merupakan hasil tulisan manusia? Mungkin akan ada perjelasan yang lebih baik apabila kajian sejarah dapat dilakukan secara saintifik - contoh: Bolehkan pihak berkuasa membenarkan kajian dilakukan secara saintifik keatas makam Rasulullah? Saya rasa kemungkinan besar akan berlakunya perang 'dunia' apabila perkara ini berlaku kerana ada kemungkinan apa yang diajarkan kepada kita selama ini mungkin bertentangan dengan fakta saintifik yang akan diperolehi kelak hasil dari kajian tersebut..
Umur Muhammad semasa Allah angkat sebagai nabi?
ReplyDeleteUmur Muhammad ketika wafat?
Tolak sahaja......
salam tn ashwed.
ReplyDeletedalam 9:19 tuan terjemahkan secara terus perkataan haji dan masjidilharam. boleh tuan terangkan?
salam tn ashwed.
ReplyDeletedalam 9:19 tuan terjemahkan secara terus perkataan haji dan masjidilharam. boleh tuan terangkan?