Thursday, 2 April 2015

Al Quran

Pada tahun 2005, saya telah diuji dengan satu situasi yang memerlukan ketahanan fikiran serta kecekalan dalam membuat keputusan. Walaupun ujian ini tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan ujian yang ditimpa orang lain, namun ia cukup kuat untuk menjadi pencetus aliran pemikiran saya.

Seperti orang lain, saya mengambil jalan berteleku di atas sejadah. Walaubagaimanapun, saya dapati bahawa perbuatan ini tidak cukup untuk mengisi kekosongan yang saya rasai.

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk ke Mekah membuat umra' sambil cuba mencari jawapan kekosongan jiwa saya. Saya gelar pengembaraan ini sebagai Pengembaraan Mencari Tuhan.

Di sana, saya membuka Al Quran yang disediakan di Masjid-al-haram dan membacanya. Kali ini saya memilih untuk membaca di dalam bahasa Indonesia. Sekurang-kurangnya, saya boleh faham bahasa ini. Surah yang saya pilih tidak lain tidak bukan ialah surah kegemaran orang Melayu iaitu Suran Yaasin.

"Yaa siin. Demi Al Quran yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu salah seorang dari Rasul-Rasul, (yang berada) di atas jalan yang lurus. (Sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai" AQ 36:1-6

Pada waktu tersebut "ka'abah" berada di hadapan saya. Saya terus teringat cerita yang disampaikan oleh para ustaz semasa saya kecil bahawa "ka'abah" ini dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Hati kecil saya tertanya-tanya, jika Nabi Mohd dihantar kepada satu kaum yang belum pernah mana-mana pemberi peringatan datang sebelum baginda lahir maka sudah tentulah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tidak pernah sampai ke Mekah. Jika mereka pernah sampai ke Mekah maka sudah tentu mereka akan memberi peringatan kepada orang-orang disekeliling.

Sekembali ke tanah air, saya meneruskan kehidupan seperti biasa sambil meneruskan pencarian saya. Kali ini, saya cuba pula membaca Bible di dalam Bahasa Inggeris.

Seperkara tentang Bible ialah daripada tajuknya sahaja kita sudah boleh tahu bahawa ianya bukan yang asli seperti yang direkodkan oleh Nabi Isa.

Bible yang ada di dunia sekarang direkodkan oleh John, Mark, Matthew dan Luke. Oleh kerana keempat-empat orang ini bukan nabi maka amat sukar untuk saya mempercayainya.

Tetapi ada satu ungkapan di dalam Bible (John) yang menyebabkan saya menjadi serius untuk mencari jawapan kepada kekosongan jiwa saya. Ungkapannya adalah seperti berikut :-

"You will know the truth. And the truth will set you free" Bible (John) 8:32

Mulai dari saat itu, saya membuat kajian secara akademik terhadap Al Quran. Saya membuat perbandingan informasi yang direkodkan di dalam Al Quran di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. 

Membaca banyak terjemahan dari penterjemah-penterjemah Melayu, Inggeris dan orientalis. Juga, terjemahan-terjemahan yang kontroversi untuk membuat perbandingan. Ternyata Al Quran adalah suatu buku (kitab) yang tiada tolok bandingnya. 

Saya dapati tiada misteri di dalam Al Quran. Ia hanyalah petunjuk dari Tuhan kepada manusia tentang bagaimana mahu menjalani kehidupan seharian. Ia ditujukan kepada seluruh umat manusia samada dia menganut Hindu, Buddhism, Judaism, Kristian, Islam, Zoroastrian, Baha'i dan lain-lain agama

Saya dapati Tuhan tidak pernah bercerita tentang bagaimana mahu membuat upacara penyembahan (ritual). Ternyata apabila membaca Al Quran seolah-olah terdapat satu dunia baru yang bersandarkan kepada realiti kehidupan sebenar.

Kesalahan utama orang Melayu ialah mereka menyangka bangsa arab itu Islam. Mereka menyangka segala-gala yang diberitahu oleh bangsa arab adalah benar dan pasti dari ajaran Nabi.

Sedangkan Tuhan sudah memperingatkan kita tentang bangsa arab.

A097 

"Orang-orang arab itu, lebih sangat kekafiran dan kemunafikkannya, dan lebih wajar mereka tidak mengetahui batas-batas (hudud) hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana" AQ 9:97

Di dalam kebanyakkan terjemahan, mereka akan menambah perkataan badwi selepas perkataan arab. Namun, dalam teks asal dalam tulisan arab hanya perkata al arob yang tertulis. 

Begitulah cara para musuh Nabi Muhammad membuat korupsi kepada ajaran baginda. Dengan menukar terjemahan, menambah atau mengurang. 

Yang paling biasa mereka lakukan ialah dengan meninggalkan sesuatu perkataan itu di dalam Bahasa Arab tanpa membuat apa-apa terjemahan. Sedangkan tugas mereka ialah menterjemah keseluruhan Al Quran ke dalam bahasa lain. 

Lagi satu kesalahan utama orang Melayu ialah mereka menjadikan Al Quran sebagai buku nyanyian seperti mendendang syair. Mereka mengutamakan baris-baris tajwid daripada isi kandungan dan petunjuk yang disampaikan Tuhan.

 A069
A070 



"Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir: AQ 36:69-70 

Maka berpusu-pusulah orang-orang Melayu memenuhi masjid di malam-malam bulan ramadhan untuk bersyair. Mereka menyangka dengan menyanyi baris-baris tajwid ini akan membebaskan pemikiran dan memberi mereka petunjuk.





Mereka menjadi seperti seekor burung kakak tua. Hanya sekadar menyanyi. Seperti dalam video youtube di atas. 

Burung ini boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah An-Nas, Surah Al-Falaq, Surah Al-Ikhlas dan beberapa Surah lain. Tetapi ianya masih berada di dalam sangkar. 

Surah-surah ini sedikitpun tidak dapat membebaskan burung ini, kerana dia hanya menyanyi mengikut irama asal ajaran tuannya. Tiada petunjuk yang boleh ia jadikan garis panduan. 

Begitulah perumpamaan orang Melayu, masih terpenjara minda. Selagi mereka tidak memahami Al Quran maka selagi itulah mereka dibelenggu dengan persangkaan yang diajar tuan bangsa arab mereka.

Sudah beratus-ratus tahun orang Melayu menyanyi baris-baris ini tanpa mengetahui hujung pangkal. Akibatnya orang Melayu dijajah selama 500 tahun. Sukar menjadi bangsa yang maju. 

Sekarang, dengan pertolongan DEB (Dasar Ekonomi Baru) pun mereka masih tidak mampu mengalahkan bangsa cina. Malah mereka menggelar pula bangsa cina sebagai kafir. Tanpa dapat berfikir sejenak tentang siapakah yang kafir, bangsa cina atau mereka sendiri.

Prinsip-Prinsip Al Quran

Seperti buku-buku lain Al Quran mempunyai prinsip-prinsip yang kita perlu fahami. Prinsip-prinsip ini membentuk keseluruhan Al Quran melalui informasi-informasi yang datang sendiri dari Tuhan.

Al Quran ditulis di dalam Bahasa Arab yang dituturkan bangsa Nabi Muhammad 1400 tahun yang lepas. Saya gelar bahasa ini sebagai bahasa arab Al Quran.

Kita perlu faham bahawa ia bukanlah Bahasa Arab moden seperti yang dituturkan oleh bangsa Arab sekarang. Bahasa Arab moden telah melalui proses evolusi. Ia sememangnya normal terjadi kepada semua bahasa.

Contohnya dalam bahasa melayu ada peribahasa yang berbunyi "harapkan pagar, pagar makan padi". Bolehkah pagar makan padi ?

Yang sebenarnya pagar merujuk kepada burung pegar yang sememangnya makan padi. Oleh kerana, terdapat kekeliruan semasa proses merekodkan informasi maka jadilah ia sebegitu.

Namun, ianya digunakan oleh kementerian Pendidikan Malaysia sebagai kebenaran. Maka jika saya jawab peperiksaan dengan menulis "harapkan pegar, pegar makan padi" sudah tentu jawapan saya salah. begitu juga dengan bahasa Arab di dalam Al Quran.


Tugas kita ialah mengumpul segala informasi yang kita boleh perolehi dari Al Quran. Apabila sudah cukup banyak informasi yang kita kumpul maka dari sana kita boleh merasionalisasi keseluruhan Al Quran dengan konsisten.

Al Quran mempunyai 114 Surah. Setiap Surah ada nama atau tajuk yang tersendiri. Contoh Surah Al-Baqarah (lembu betina) adalah surah nombor 2.

Di dalam setiap Surah pula ada keterangan yang kita kenali sebagai ayat (sebenarnya perkataan ayat bermaksud tanda) ini juga ada nombor. Jadi apabila saya menulis AQ 2:1 maknanya ialah Al Quran surah ke-2 (al baqarah) ayat no. 1.

1. Al Quran hanya boleh diguna oleh pencari kebenaran

A001
 A002

"Alif Lam Mim. Inilah kitabnya, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi orang-orang yang benar (mutaqqi)" AQ 2:1-2

Mutaqqi berasal dari  akar kata taqwa yang bermaksud kebenaran. Maka mutaqqi bermaksud orang-orang yang benar. Siapakah orang-orang yang benar? Mereka ialah :-

 A003
 A004
A005 



"mereka yang beriman kepada yang ghaib (ghaib maksudnya Tuhan kita tidak boleh nampak - bukan alam mistik), yang mendirikan tanggungjawab/komitmen/tugas dan peranan (solat), dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka beriman kepada Buku ini (Al Quran)yang telah diturunkan kepadamu dan Buku-buku yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin adanya pembalasan. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung" AQ 2:3-5

2. Mesej Al Quran tidak ada pertentangan, konsisten dari awal hingga akhir

A082 

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya " AQ 4:82 

A028

"(ialah) Al Quran dalam Bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertaqwa AQ 39:28 

 A001

"Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Buku (Al Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya" AQ 18:1

Mesej dan segala informasi yang direkod di dalam Al Quran adalah jelas dan konsisten dari awal sehingga ke akhir.

Bagaimanakah Allah membuat ianya menjadi begitu konsisten ? 

Bahasa Arab adalah satu bahasa yang sangat teliti. Ia bukan sahaja membeza perkataan untuk lelaki (muzakar) dan perempuan (muannas).

Malah, ia membezakan lelaki seorang, berdua, bertiga. Begitu juga perempuan. Selain dari itu, Bahasa Arab Al Quran juga didirikan dengan akar kata. Setiap akar kata terdiri dari gabungan beberapa abjad. Ia boleh jadi dari gabungan 2 abjad. Sehingga 4, 5 abjad.

Setiap akar kata ini pula akan boleh diletak penambahan di permulaan akar kata tadi (prefix) ataupun di penghujung akar kata (suffix). Ia juga boleh ditambah di awal dan di hujung. Namun, maksud asal akar kata ini tidak berubah. Ianya konsisten.

Contohnya perkataan dgn abjad ain-mim-ro ('a-m-r) membentuk akar kata amar yang bermaksud memberi kehidupan. Maka konsonan perkataan yang boleh terbit dari kata asal ini ialah 'amar (kehidupan) m'akmur (menjadikan sesuatu itu hidup) umur (tahun kehidupan) 'amara (menghidupkan). 

Semua perkataan ini adalah konsisten dengan maksud asal akar kata tadi tetapi musuh-musuh Nabi Muhammad membuat korupsi dengan menyatakan perkataan umra' sebagai bermaksud lawatan sosial ke Mekah .

Perkataan umra' mesti membawa erti yang sama seperti amar, makmur, umur, dan amara yakni menghidupkan sesuatu. Ia tak boleh secara tiba-tiba membawa maksud yang sangat berbeza.

3. Mesej Al Quran disampaikan secara berulang-ulang

A054 

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah"  AQ 18:54

A089

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakkan manusia tidak menyukai kecuali mengingkarinya" AQ 17:89

Kita seringkali akan bertemu dengan mesej yang berulang-ulang di dalam Surah-surah yang berbeza.

Mesej yang berulang-ulang ini juga, jika kita baca Al Quran dengan teliti sebenarnya berada di zaman-zaman yang berbeza.

Contoh : Secara amnya, Tuhan memberitahu kita jika mahu mencari kebenaran kita mesti mengikut orang yang tidak meminta upah.

 A021

"Ikutilah orang yang tiada meminta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" AQ 36:21

Maka, setiap Nabi di zaman yang berbeza perlu mengucapkan dialog yang standard ini sebagai tanda kenabian mereka.

Nabi Nuh

A072 

"Jika kamu berpaling dari (peringatanku), aku tidak meminta upah sedikitpun padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (muslim) " AQ 10:72

Nabi Hud


A050
A051 



"Dan kepada kaum 'Ad (kami utus) saudara mereka, Hud. Ia berkata : "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Kamu hanyalah mengada-adakan sahaja. Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkannya " AQ 11:50-51

Nabi Yusof




A104 

"Dan kamu sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka (terhadap seruanmu ini), itu tidak lain hanyalah pengajaran bagi semesta alam " AQ 12:104

Nabi Muhammad

A090

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al Quran). Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh umat " AQ 6:90

Perlu diperingatkan bahawa perbezaan di antara zaman para Nabi ini adalah beribu-ribu tahun.

Saya akan menerangkan perkara ini dengan lebih terperinci di pos yang lain.

4. Al Quran adalah seperti jigsaw puzzle

Untuk mendapat petunjuk, Al Quran perlu dibaca dan dikaji dengan teliti bukan sekadar melagukan seperti syair. 

Oleh itu, kita tidak boleh membacanya dengan tergesa-gesa. Kita perlu melihat kepada setiap patah perkataan dan mendalami perkataan-perkataan ini.

Kita juga perlu mempunyai pengetahuan yang meluas tentang perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkara yang mahu kita rujuk di dalam Al Quran.

A101

"Dan apabila Kami letakkan suatu ayat di tempat ayat yang lain sebagai penggantinya padahal Allah lebih mengetahui apa yang diturunkanNya, mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah orang yang mengada-adakan saja". Bahkan kebanyakkan mereka tiada mengetahui" AQ 16:101

5. Al Quran adalah terperinci, sempurna dan tidak dapat diubah walaupun dengan satu abjad, dipelihara sendiri oleh Tuhan

A114 

"Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan buku (Al Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah kami datangkan Buku kepada mereka, mereka mengetahui bahawa Al Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-sekali termasuk orang yang ragu-ragu" AQ 6:114 

A038 

"Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat seperti kamu. Tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Buku ini, kemudian kepada Tuhanlah mereka akan dihimpunkan" AQ 6:38

A115

"Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah-rubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui" AQ 6:115 

A009

"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharaNya" AQ 15:9

Bagaimanakah Tuhan membuat Al Quran ini begitu terperinci? Jika benar segalanya dijelaskan di dalam Al Quran, jadi mengapakah Tuhan tidak mencerita secara terperinci akan langkah-langkah menebar roti canai?

Atau cara-cara membuat roket? Yang sebenarnya, Tuhan memperinci kepada kita cara mahu menjadi seorang manusia yang berjaya. Manusia yang mengikut sistemNya. 

Saya akan menjelaskan tentang perkara ini di pos yang lain.

6. Al Quran di tulis dengan perumpamaan 

A026

"Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?' Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu juga banyak orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik" AQ 2:26

A027 

"Sesungguhnya telah Kami buatkan bagi manusia dalam Al Quran ini setiap macam perumpamaan supaya mereka dapat pelajaran" AQ 39:27

A089 

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakkan manusia tidak menyukai kecuali mengingkarinya" AQ 17:89

7. Al Quran penuh dengan hikmah kebijaksanaan




A001 

A002

"Yaa siin, Demi Al Quran yang penuh hikmah" AQ 36:1-2




A001 

"Alimf Laam Raa. Inilah ayat-ayat Al Quran yang mengandungi hikmah" 
AQ 10:1

 A058

"Demikianlah (kisah Isa), Kami membacakanya kepada kamu sebagian dari bukti-bukti (kerasulannya) dan (membacakan) Al Quran yang penuh hikmah 3:58

8. Al Quran adalah peraturan tertinggi

A037 

"Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al Quran itu sebagai peraturan (yang benar) dalam Bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah" AQ 13:37

9. Al Quran adalah penjelasan dan penerangan mutlak

 A002

"Inilah ayat-ayat Al Quran yang menerangkan" 26:2



  A001

"Thaa Siin, ini adalah ayat-ayat Al Quran, dan Buku yang menjelaskan
AQ 27:1

  A015

"Hai ahli kitab (buku), sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) yang dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan" AQ 5:15

10. Al Quran adalah petunjuk

A102 

"Katakanlah:'Ruhul Qudus menurunkan Al Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (muslim) AQ 16:102

A001  

A002

"Thaa Siin, ini adalah ayat-ayat Al Quran, dan Buku yang menjelaskan, untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang-orang yang beriman" 
AQ 27:1-2  

A087 

"(Al Quran) ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam" AQ 38:87

11. Al Quran adalah kemuliaan, tinggi, lagi disucikan oleh orang-orang yang mahu berbuat demikian

 A001

"Qaaf. Demi Al Quran yang sangat mulia" AQ 50:1 

 A021

"Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Quran yang mulia" AQ 85:21 

A011
 A012
 A013
 A014

"Sekali-kali jangan (demikian). Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan, maka barangsiapa yang mengkehendaki, tentulah ia memperhatikan, di dalam Buku-buku  yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan" AQ 80:11,12,13,14

12. Al Quran memang sudah sedia dibukukan

 A021
A022 

"Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Quran yang mulia, yang tersimpan di dalam Lauh Mahfuz" AQ 85:21-22

13. Al Quran adalah mudah dipelajari 

A016
A017 

"Maka alangkah dahsyatnya azabKu dan ancaman-ancamanKu, dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ? AQ 54:16-17

A022 

"Dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ? AQ 54:22

A032

"Dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ? AQ 54:32

A040 

"Dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ? AQ 54:40

Berkali-kali Tuhan memberitahu bahawa isikandung Al Quran adalah mudah. Tetapi para musuh nabi Muhammad menyatakan yang sebaliknya.

Mereka membuat pra-syarat bahawa jika mahu mengkaji Al Quran mesti perlu dahulu belajar bahasa Arab, mantik, ilmu tafsiran dan berbagai-bagai ilmu rekaan mereka.

Tujuan mereka dari dahulu sehingga sekarang tidak lain adalah untuk mencengkam pemikiran orang lain dengan persangkaan mereka.

Dengan cara itulah mereka mengenggam dunia sehingga manusia semua perlu mendengar kata-kata  mereka.

A001  
A002
A003
 A004

"Tho Haa. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi" AQ 20:1-4

14. Al Quran adalah buku undang-undang utk orang telah memperolehi keyakinan

A050 

"Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin" AQ 5:50

15. Al Quran mencerita sejarah yang paling tepat 

A003 

"Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling tepat dengan mewahyukan Al Quran kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui" AQ 12:3

Para musuh nabi Muhammad akan membuat prasangka, mereka akhirnya akan berkata "untuk sejarah ini kita perlu merujuk kepada imam si polan dan si polan".

16. Al Quran adalah kebenaran

 A073

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan BENAR. Dan BENARLAH perkataanNya di waktu Dia mengatakan "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tanganNyalah segala kekuasaan dikala sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang maha bijaksana lagi maha megetahui" AQ 6:73

A062

"Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tiada Tuhan selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana" AQ 3:62

A147

"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu" AQ 2:147

18. Intipati isi kandungan Al Quran adalah secara berterus-terang

A007

"Dialah yang menurunkan Buku ini kepada kamu. Mengandungi ayat-ayat yang berterus-terang (muhkamaat), itulah pokok-pokok isi Al Quran dan yang lain secara perumpamaan/kiasan/allegorical (mutasyaabihaat). Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat perumpamaan/kiasan ini untuk menimbulkan fitnah untuk mencari makna yang tertentu. Padahal tidak ada siapa yang mengetahui maknanya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata:'Kami beriman kepada ayat-ayat perumpamaan/kiasan, semuanya itu dari sisi Tuhan kami'. Dan tidak dapat mengambil pelajaran daripadanya melainkan orang-orang yang berakal" AQ 3:7

Seorang rakan universiti saya sangat gemar ayat ini. Saya syak, dia akan memakai ayat ini dalam keadaan ketiadaan hujah lain yang sesuai. Ayat darurat gamaknya.

19. Dan yang paling akhir kepada orang2 yang dalam hati mereka tiada iman Al Quran akan menambah ketidakfahaman kepada mereka

Al Quran akan menjadikan seseorang itu semakin sesat jika di dalam hatinya sememangnya tidak punya iman.

A146

"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu. Mereka jika melihat tiap-tiap ayatKU mereka tidak beriman kepadaya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhna, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang sedemikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka selalu lalai daripadanya" AQ 7:146

 A057

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, da (kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya" AQ 18:57 

A041 

"Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi, agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenara)" AQ 17:41

A046

"Dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al Quran, nescaya mereka berpaling ke belakang kerana membencinya" AQ 17:46

 A044

"Dan jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: 'Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah:'Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh" AQ 41:44

Orang-orang seperti ini ada disekeliling kita. Apabila mereka bercakap, mereka lebih gemar bercerita tentang apa yang nenek-moyang mereka iaitu para imam, ustaz dan orang-orang yang mereka anggap pandai katakan. Mereka berpaling daripada Tuhan. Malah menganggap para imam mereka lebih mengetahui daripada Tuhan. Bersambung .....

Ashwed


7 comments:

  1. Salaamun Alaikum.

    Pada mulanya saya ingin melontar komen ini dalam posting terbaru yang Tuan kemukakan semalam.(13/10/2015). Namun disebabkan saya fikir ianya lebih sesuai di komen di ruangan posting ini yang tajuknya releven dengan apa yang ingin saya cadangkan, maka inilah cadangan yang lebih merupakan harapan dari saya.

    Sehinga saat ini saya mengimpikan satu bentuk terjemahan lengkap terbaharu Al-Qur'an dalam Bahasa Melayu hasil dari perbincangan-pebincangan tuan di dalam mana-mana forum baik yang maya mahupun yang konvensional in sha Allah.

    Saya setia menanti.

    ProQur'an

    proquran@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pro quran.
      Saya ada membaca buku AL FATHUN NAWA jilid 1 dan 2 yg bersifat seperti yg tuan impikan. Pengarang buku tersebut adalah Dr. HALO-N. Dan dia telah menyediakan beberapa buah buku utk tatapan dunia.
      Kita boleh downloads semua buku karangan beliau dari link www.hafizul.com.my dan semua buku karangan Dr. HALO-N adalah PERCUMA.

      Delete
  2. Salamun Alaykum,

    Saya sangat bersetuju supaya kita memulakan satu projek untuk menterjemah semula Al Quran. Dunia kita semakin pesat. Setiap hari ada sahaja penemuan baharu mengenai alam ini yang menjadikan kita semakin merungkai perkara-perkara yang kita tiada pemahaman suatu waktu dahulu.

    Saya pernah membaca di dalam buku Dr Kassim Ahmad - Jalan Yang Lurus, bahawa Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri sudah menyarankan supaya perkara ini iaitu menterjemah kembali Al Quran dilakukan. Namun, ia kekal hanya sebagai satu cadangan sahaja.

    Untuk memulakan projek sebesar ini (iaitu jika ia mahu dijadikan terjemahan nasional) maka ia perlukan ramai pakar atau saintis. Pakar bahasa, pakar kajicuaca, pakar kaji bintang, pakar falsafah (setakat yang saya tahu sehingga kini tiada Universiti di Malaysia menawarkan bidang ini) pakar sejarah, pakar fizik, kimia dan lain-lain. Namun, pakar-pakar ini mestilah dari golongan mereka yang benar-benar ikhlas untuk mencari kebenaran bukan dari ahli golongan agamawan.

    Jika kita mengguna terjemahan dari pemikiran seorang sahaja ianya mungkin tidak begitu lengkap kerana setiap orang mempunyai sudut pandang yang terhad. Dia mungkin pandai bab falsafah tetapi mungkin tidak begitu memahami fizik.

    Buat masa ini, saya mencadangkan supaya kita mengguna platform blog ini untuk bertukar-tukar pandangan tentang pemahaman Al Quran yang telah kita selidik sendiri.

    Semua kita adalah pelajar, tiada siapa yang lebih benar pendapatnya dari orang lain. Kita tidak boleh mendapat jawapan kepada semua persoalan kita hanya sekadar dapat mengurus persoalan kita dengan lebih konsisten sahaja.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara ashwed.. Mgkn Saudara boleh cuba baca buku karangan Dr. HALO-N yg mana saya dapati dia memperhalusi apa yg Saudara ashwed huraikan. Boleh download buku alfathun nawa jilid 1,2,3 serta beberapa lagi buku karangan beliau... Www.hafizul.com.my.

      Delete
  3. Salamun alaykum saudara Ash Wed,

    Saya telah hampir membaca kesemua posting saudara dan terima kasih kerana memgesyorkan laman web open burhan yg amat membantu.
    Sebelum ini ceramah saudara Nouman Ali Khan yang saya tonton juga menggalakkan saya menyemak terjemahan AQ mengikut konteks dan makna yang betul.
    Blog saudara memberi perspektif yang baru dalam melihat ritual ibadah yang kita lakukan selama ini. Saya pasti tentangan dari pihak tertentu serta kata-kata seperti sesat, belum cukup belajar agama, salah tafsiran dan sbgnya akan ada.
    AQ 7:52 menyedarkan saya panduan terperinci telah ada. Moga Allah tunjukkan jalan yang lurus.

    p/s: ritual solat lama saudara apa kesudahannya?

    ReplyDelete
  4. Sebahagian pandangan saudara malah besar daripadanya amat berguna untuk mencetus minda ke satu sudut yang lain yang lebih jauh.

    Al Quran telah dijadikan perhiasan agama dan tidak menjadi penjaga agama. Perhiasan boleh dikotak katikkan sehingga tafsiran yang dilakukan tidak membawa perubahan kepada Umat Islam. Saya rasa al Quran seperti terhenti peranannya kepada umat Islam setelah kejatuhan Empayar Turki dan diambil alih oleh para sarjana barat untuk kepentingan mereka.

    Umat Islam telah dilekakan beratus ratus tahun sehingga sukar menerima perubahan selain memegang tafsiran yang telah lama tinggal sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..terima kasih atas pencerahan..memang benar bahawa Al Quran itu terkandung hikmah..saya pernah bermuzakarah berkaitan ayat Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya..bila di baca pula ayat Tidak bergerak satu zarah melainkan dwngab izin Allah maka bagaimana nak dua ayat inu nak diletakkab pada satu titik persamaan..kedua2 ayat ini adalah dari Al Quran..Inilah pentingnya untuk kita meletakkan satu2 ayat inj samada ayat muhkamat atau ayat mutasyabihat.Hal ini terjadi sekarang di mana ayat2 mutasyabihat ini diguna pakai dalam program atau ceramah agama tanpa takwil yang jelas serta meninggalkan ayat muhkamat yang terang berkenaan hal itu. Inilah kepincangan yang wujud dalam membimbing umat di kalangan ustaz atau alim ulamak yang ada sekarang.sekdar perkomgsian

    ReplyDelete