Siapakah nenek moyang yang saya maksudkan. Mereka adalah pencipta suatu agama yang diberi nama Islam.
Mereka ini terdiri dari manusia-manusia yang hidup selepas zaman Nabi Muhammad dan generasinya, Kebanyakkan mereka hidup 200 tahun selepas Nabi wafat.
Melalui kajian yang saya lakukan pengikut Nabi di setiap zaman akan mula menyeleweng sekitar 200-250 tahun selepas Nabi itu wafat.
Selain mencipta agama, mereka juga mencipta mazhab. Dengan pegangan mazhab inilah mereka menggenggam minda manusia di seluruh pelusuk dunia.
Mereka mencipta pelbagai jenis agama antaranya Hindusm, Buddhism, Zoroastrian, Judaism, Kristianiti, Islam (sekadar menulis beberapa nama).
Golongan ini telah mencengkam dunia selama beribu tahun. Hampir tiada manusia yang hidup pada hari ini, yang dapat lolos dari cengkaman golongan ini.
Amat sukar untuk memberitahu sesiapa pun baik orang-orang Islam, Kristian, Judaism atau mana-mana penganut agama bahawa apa yang mereka praktik sebenarnya bukan dari Tuhan.
"Dan apabila dikatakan
kepada mereka:'Ikutilah apa yang diturunkan Allah', mereka menjawab :
'(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari
(perbuatan) nenek moyang kami'. (Apakah mereka akan mengikuti juga)
walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan
tidak mendapat petunjuk?" AQ 2:170
Di dalam agama Islam, golongan ini mencipta satu doktrin yang menolak penggunaan akal dalam hal-hal agama mereka.
Ini adalah untuk memastikan bahawa apa sahaja yang mereka perintah diikuti oleh orang awam tanpa banyak soal. Perkara ini dilakukan untuk mendapat imbuhan yang berupa wang, harta, pangkat, nama, pengaruh dan KUASA.
Tuhan memperingatkan kita :
"Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan (al rijs) kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya (yaaqiloona)" AQ10:100
Tuhan mengguna perkataan " Al Rijs" yang diterjemah sebagai kemurkaan. Bagi saya ini adalah terjemahan yang lembut kerana antara konsonan "al rijs" ialah "najis".
Perkataan akal dan konsonan dari akar kata akal disebut sebanyak 47 kali di dalam Al Quran. Ini sudah cukup memberitahu kita akan kepentingan penggunaan akal.
Perkataan akal dan konsonan dari akar kata akal disebut sebanyak 47 kali di dalam Al Quran. Ini sudah cukup memberitahu kita akan kepentingan penggunaan akal.
Malah Tuhan memberitahu kita bahawa satu-satunya alasan untuk kita dilempar ke dalam neraka adalah kerana kita gagal menggunakan akal.
"Dan mereka berkata:'Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala" AQ 67:10
"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu:'Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami, nescaya kami akan mengerjakan usaha yang baik (amal saleh) berlainan dengan apa yang telah kami kerjakan'. Dan apakah, Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun" AQ 35:37
Hadis
Selain dari mencipta 'doktrin tidak boleh mengguna akal'. Golongan ini juga mencipta pelbagai lagi ilmu khusus untuk perjalanan agama rekaan mereka.
Salah satu yang terpenting adalah ilmu hadis dan sunnah. Saya akan menulis dengan lebih terperinci tentang hadis di pos yang lain.
Secara ringkas, hadis bermaksud perkataan yang diucap oleh nabi Muhammad. Manakala Sunnah adalah segala perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad.
Ilmu ini digunakan untuk mereka bermain menjadi Tuhan dengan membuat ketetapan hukum. Yang ini halal. Yang itu haram. Perkataan kegemaran mereka ialah "kalau tidak ada hadis bagaimana nak istinbat hukum".
Tuhan memperingatkan kita :
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta 'ini halal dan ini haram' untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung" AQ 16:116
"Katakanlah:'Terangkan kepadaku tentang rezeki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan sebahagiannya halal'. Katakanlah:'Apakah Allah telah memberikan izin kepadamu (tentang ini) atau kamu mengada-adakan saja terhadap Allah?" AQ 10:59
Terlalu banyak hadis dan sunnah dari ilmu ciptaan golongan ini yang bertentangan dengan Al Quran. Pun begitu mereka masih menyatakan bahawa Al Quran adalah sumber pertama kepada agama ciptaan mereka.
Manakala hadis adalah sumber kedua. Namun, mereka melakukan sebaliknya. Hadis rekaan merekalah sebenarnya sumber mereka yang muktamad.
Manakala hadis adalah sumber kedua. Namun, mereka melakukan sebaliknya. Hadis rekaan merekalah sebenarnya sumber mereka yang muktamad.
Golongan ini juga membuat ketetapan bahawa Al Quran hanya boleh ditafsir melalui hadis. Ini adalah kaedah yang mudah untuk memberitahu bahawa "Jangan ikut Tuhan, ikut kami" atau "Tuhan tidak begitu megetahui, kami lebih tahu daripada Tuhan"
Benarkah kita perlu membaca hadis untuk mendapat penjelasan tentang Al Quran?
Saya akan beri satu analogi dengan mengguna dua buah buku iaitu "The Lord Of The Ring" dan "Harry Potter" :
The Lord of The Ring adalah sebuah kisah sains fiksyen yang di tulis oleh Sir J.R.R Tolkien. Di dalam bukunya, Tolkien menulis dengan penuh teliti setiap deskripsi watak dan tempat dalam kisah ciptaannya.
Beliau mencipta nama pelbagai tempat seperti Middle Earth, Shire, Bree, Weathertop dll.
Begitu juga pelbagai karakter seperti Elves, Rangers, Dwarves, Hobbits dll bagi menceritakan khayalan beliau.
Sebagai contoh, deskripsi kaum Hobbits adalah satu kaum yang sukakan pengembaraan, cerdik dan cerdas, berbadan pendek tetapi mempunyai kaki yang panjang serta berbulu di bahagian kaki.
Sementara Harry Potter pula, adalah juga sebuah kisah sains fiksyen berkisar tentang seorang ahli sihir muda yang belajar di sebuah sekolah asrama penuh bernama Hogwarts.
Seperti kisah The Lord of The Ring, buku Harry Potter juga menceritakan dengan teliti pelbagai nama tempat dan deskripsi pelbagai karakter untuk menyampaikan jalan ceritanya.
Penulis kisah ini adalah seorang perempuan bernama J.K Rowling. Adakah munasabah di fikiran kita jika sekiranya J.K Rowling dalam buku Harry Potter menulis tentang deskripsi Hobbits?
Fakta manakah yang kita akan ikut ? Sudah tentulah kita akan mengikut penulis asal The lord of The Ring untuk mengenalpasti karakter Hobbit. Sebabnya ialah Hobbit adalah idea asal penulis The Lord of The Ring.
Begitulah perumpamaan di antara Al Quran dengan ilmu hadis. Sebagai contoh, di dalam Al Quran Tuhan tidak memberitahu dengan terperinci tentang tatacara upacara (ritual) solat.
Tuhan tidak memberitahu tatacara ini adalah kerana suatu sebab yang mudah. Solat menurut Tuhan bukanlah suatu upacara ritual yang ada tatacara seperti yang kita lakukan sekarang. Sebab itu, fakta tentang tatacara solat tidak pernah dibincangkan di dalam Al Quran.
Yang memberitahu tentang tatacara ritual solat ialah dari buku ilmu hadis. Penulis buku ini adalah para imam. Cuba anda fikir. Adakah Imam Bukhary itu adalah Tuhan ? Apakah sama buku Al Quran dengan buku Hadis ?
Kesimpulannya, solat seperti di dalam hadis adalah idea asal para imam sahaja. Kita ikut imam atau Tuhan ?
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)" AQ 7:3
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)" AQ 7:3
Proses Merekod Al Quran
Nabi Muhammad ditugaskan untuk merekodkan Al Quran. Untuk melakukan tugas ini Nabi Muhammad perlu tahu menulis.
Di sini kita dapat lihat dengan jelas penipuan yang telah dibuat oleh golongan elit agama apabila mereka memberitahu bahawa Nabi Muhammad adalah buta huruf. Tidak tahu membaca dan menulis.
Sedangkan wahyu/ilham pertama yang diturunkan untuk Nabi Muhammad rekod ialah "Bacalah".
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan pena" AQ 96:1-4
Tuhan juga memberitahu di dalam ayat di atas, bahawa Dia mengajar Nabi Muhammad dengan perantaraan pena. Ia menguatkan lagi bukti bahawa Nabi Muhammad tahu membaca dan menulis.
Seterusnya, Tuhan memberitahu kita lagi :
/
"Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar dan tidak putus-putusnya" AQ 68:1-3
Dengan terang kita dapati perkataan pena lagi sekali digunakan untuk memberitahu proses penulisan yang direkod oleh Nabi Muhammad.
Semasa menceritakan tentang kebenaran Al Quran, kaum Nabi Muhammad telah menuduh baginda seperti berikut :
Semasa menceritakan tentang kebenaran Al Quran, kaum Nabi Muhammad telah menuduh baginda seperti berikut :
"Dan mereka berkata:'Dongengan-dongengan orang-orang dahulu yang ditulisnya (iktatabaha), dibacakan kepadanya dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang" AQ 25:5
"Orang-orang yang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata, (iaitu) seorang Rasul dari Allah (Muhammad) yang membacakan lembaran-lembaran yang disucikan" AQ 98:1-2
Terbukti dengan tiga ayat di atas bahawa Nabi Muhammad mempunyai skil menulis dan membaca. Baginda sebenarnya adalah seorang yang intelek, yang memikir tentang kemungkaran yang dilakukan oleh kaumnya.
Kebiasaannya, golongan yang memfitnah NabiMuhammad dengan mengatakan Nabi Muhammad buta huruf akan mengguna ayat seperti di bawah untuk berhujah.
"Dan kamu tidak pernah membaca sebelum (Al Quran) sesuatu Kitabpun, dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis) benar-benar ragulah orang yang mengingkari (mu) AQ 29:48
Ayat di atas tidak mengatakan Nabi Muhammad seorang buta huruf. Ia menerangkan kepada kita bahawa memang Nabi tidak pernah menulis apa-apa Buku sebelum Al Quran.
Nabi Muhammad juga tidak pernah membaca apa-apa Buku peringatan dari Tuhan seperti Taurat dan Injil sebelum dia menulis Al Quran. Perkara ini diistilahkan sebagai 'ummi'.
Jika tidak kerana ilham/wahyu Tuhan masakan Nabi boleh menulis fakta yang sebegitu tepat dan sempurna tentang sesuatu sejarah yang dia tidak pernah langsung membaca atau mengetahuinya dari mana-mana sumber. Inilah bukti bahawa Al Quran adalah dari Tuhan.

Bukti lain
Nabi Muhammad juga adalah seorang pedagang, pastinya sebagai seorang pedagang baginda perlu mahir dengan ilmu matematik.
Untuk pengetahuan kita, di zaman Nabi Muhammad tiada nombor digit. ia belum dicipta. Nombor digit dicipta oleh Al Khwarizmi sekitar kurun ke-9. Nabi Muhammad hidup dikurun ke-8
Untuk urusan perniagaan, para pedagang di zaman Nabi Muhammad mengguna suatu nilai yang diberi nama geametrikal. Nilai ini di asaskan dengan abjad. Ia dicipta oleh orang-orang beragama yahudi.
Contoh :
Alif = 1
Ba =2
Jim = 3
Dal = 4
Ha = 5
Waw = 6
Zal = 7
Ho = 8
Tho = 9
Ya = 10
Dal = 4
Ha = 5
Waw = 6
Zal = 7
Ho = 8
Tho = 9
Ya = 10
Kaf = 20
Lam = 30
Mim=40
Oleh kerana Nabi Muhammad adalah seorang pedagang maka sudah tentulah baginda perlu mempelajari huruf-huruf supaya baginda tidak ditipu semasa melakukan transaksi.
Amaran keras
Semasa merekodkan informasi-informasi Al Quran Nabi Muhammad tidak dibenarkan sama sekali memandai-mandai menambah atau mengurang ayat-ayat Al Quran.
Tuhan telah memberi amaran dengan keras bahawa jangan memandai tulis apa yang tidak diperintahkanNya.
Tuhan telah memberi amaran dengan keras bahawa jangan memandai tulis apa yang tidak diperintahkanNya.
"Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya Dia (Muhammad) mengadakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar kami potong urat tali jantungnya" AQ 69:43-46
Amaran ini sudah cukup memberitahu kita bahawa nabi Muhammad tidak akan sesekali memerintah sesiapa pun untuk menulis buku lain (hadis) selain dari Al Quran.
Untuk pengetahuan semua, satu-satunya entiti yang layak mengajar Al Quran tidak lain dan tidak bukan adalah Tuhan sendiri.
Ya, Al Quran sebenarnya diajar kepada kita semua oleh Tuhan pencipta kita.
"Tuhan Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan Al Quran. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) mengikut perhitungan" AQ 55:1-5
Ya benar, para guru secara fizikal mengajar kita mengenal abjad dan membaca Al Quran. Tapi, bolehkah para guru ini mengetahui abjad dan bacaan tanpa izin Tuhan ?
Setelah Tuhan mengajar kita membaca Al Quran, maka atas tanggungan Dia juga penjelasan tentang ayat-ayatNya.
"Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran kerana hendak cepat-cepat (menguasainya). Sesungguhnya atas tanggungan Kami lah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuat mu pandai membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. Kemudian sesungguhnya atas tanggungan Kami lah penjelasannya"
AQ 75:16-19

Kesimpulan
Kita hanya perlu mempercayai Tuhan yang telah menjadikan kita untuk memberi petunjuk. Tuhan hanya diwakili oleh Al Quran sahaja di dunia ini.
Segala informasi di dalam Al Quran direkod oleh utusan Tuhan yang terakhir iaitu Nabi Muhammad di dalam buku yang lengkap. Nabi Muhammad diberi ilham/wahyu untuk menulis Al Quran.
Buku-buku lain yang direkod oleh selain daripada Nabi Muhammad adalah idea penulis yang merekod buku itu sendiri.
Sebagai contoh Kitab Hadis Sohih. Ia ditulis oleh Imam Bukhary. Imam Bukhary bukan Nabi. Tuhan tidak pernah memberitahu kita untuk mengikut orang ini.
Semua buku yang selain dari Al Quran hanyalah berbentuk persangkaan. ia tidak boleh diguna untuk mencapai kebenaran. Malah akan menyesatkan.
"Dan kebanyakkan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan" AQ 10:36
Para Imam penulis hadis adalah pencipta sebuah agama yang dinamakan sebagai Agama Islam.
Kepada para imam inilah para ustaz dan ahli agama masakini meletakkan otoriti. Pada mereka Tuhan tidak begitu memahami penciptaanNya.
Mereka menganggap para Imam zaman dahulu inilah sekutu mereka yang memberi petunjuk di dalam agama yang mereka cipta.
Mereka telah sama sekali membelakangkan Tuhan.
"Katakanlah:'Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang menunjuki kebenaran? Katakanlah 'Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?" AQ 10:35
Tuhan dengan jelas bertanya bagaimanakah kita membuat keputusan dalam mencari kebenaran ?
Adakah kita memilih Tuhan Yang Maha Mengetahui, malah tidak pernah tidur itu atau kita memilih mengikut para imam yang semuanya sudah pun mati dihapus oleh Tuhan.
Saya memilih mengikuti Tuhan.
Ashwed
Terima kasih atas penulisan. Saya rasa jelas sekarang...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSemoga ia memberi manfaat kepada saudari.
Ada ayat quran bgtau nabi seorang pedagang?
ReplyDeleteSalam,
DeleteBagus solan saudara. Sejujurnya saya memasukkan point ini sebagai penguat hujah. Saya dapati al Quran senyap mengenai profesyen Nabi terakhir. Hujahan ini ditujukan secara umum kpd masyarakat kita yg sudah terbiasa mempercayai bhw nabi terakhir adalah seorang pedagang.
Damai
Rupa2nya Mohd itu hanyalah khayalan.. rekaan watak.. AQ itu pula hanyalah sebuah buku idealogi doktrin buatan manusia. Hanya sekadar buku sejarah dan idealis yg sudah bertapak lama... entah2 AQ hanyalah himpunan2 sejarah dan sains kuno yg saje suka2 dikarang tp di ambil oleh pemerintah utk dijadikan sbgai agama ibrahim moden waktu itu...
ReplyDeleteWallahualam