Sunday 26 April 2015

Sedikit Pencerahan Tentang Sumber Kajian Blog Ini

Saya mengguna Al Quran Bahasa Indonesia Secara Lafziyah yang saya download mengguna handphone Samsung SIII.

Ini adalah sumber utama bacaan saya setiap pagi.

Untuk kajian yang lebih mendalam saya mengguna satu website yang diberi nama openburhan.com

Openburhan.com adalah sumber kajian terbaik yang saya perolehi kerana website ini membuat cross-referrence dengan menggunakan akar kata setiap patah perkataan yang terdapat di dalam Al Quran.

Saya ingin berterimakasih kepada genius yang mencipta website Openburhan.com, usaha anda pasti diberi upah oleh Tuhan.

Selain daripada itu untuk lebih memahami penggunaan sesuatu perkataan saya juga mengguna Kamus Leksikon bahasa arab . Saya mengguna Qamus Al Athar yang boleh di dapati melalui download percuma Samsung.

Buat masa ini saya masih mencari jalan untuk memasukkan screenshot keterangan ayat dengan mengguna sumber utama Al Quran Bahasa Indonesia Secara Lafziyah yang saya baca.

Dengan izin Tuhan, saya akan memasukannya bila mempunyai masa terluang. 

Untuk bacaan am bagi memahami sesuatu isu, saya banyak mengguna wikipedia sebagai sumber utama. Sumber pengetahuan lain ialah bacaan yang telah saya buat semenjak kecil sehingga kini.

Saya belajar membaca Al Quran secara tajwid semenjak berumur 4 tahun dari opah saya sendiri. Kemudian belajar Agama Islam semenjak Darjah Satu sehingga Tingkatan Lima di Sekolah Kerajaan. Syariah Islamiyah pula saya belajar semenjak berumur 18 tahun sehingga tamat pengajian peringkat ijazah.

Sekarang saya sedang beramal Undang-Undang dengan firma guaman yang saya tubuhkan sendiri. Pengalaman saya di dalam bidang Undang-Undang sehingga kini iaitu semenjak belajar sehingga beramal dengannya ialah 25 tahun.

Ashwed

3 comments:

  1. Teruskan usaha anda. Anda tidak kesaorangan.....

    proquran@gmail.com

    ReplyDelete
  2. May I know which apps you are using for the al quran bahasa Indonesia?

    Non

    ReplyDelete
  3. Boleh share link atau apps terjemahan Quran yang digunapakai dalam blog ini?
    Terima kasih

    ReplyDelete