Monday 27 April 2015

Hudud kelantan - Inspirasi Dari Bible

Berikut adalah usul yang saya bawa di dalam Mesyuarat Agong Cawangan sebuah Parti Politik yang saya sertai.


Usul ini di bawa bukanlah untuk menukar pendirian mana-mana ahli **** cawangan ****** ***** terhadap agama Islam.

Tetapi, ia di bawa atas dasar kebenaran, kerana sesungguhnya selama ini pemerintahan Parti kita di negara ini sudahpun berada dilandasan yang benar.

Apa-apa yang sudah berada di jalan yang benar tidak perlu diubah landasannya.

Kita harus faham bahawa jika sekiranya kita ingin membawa suatu idea baru untuk diterapkan di sesebuah negara sudah tentu kita akan cipta suatu kaedah bagi memastikan idea ini tidak ditembak jatuh oleh pihak lawan.

Kaedah yang paling strategik ialah dengan menyebar informasi bahawa asal idea ini adalah dari Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui walaupun ianya tidak sebegitu. Maka, dengan sendirinya para penganut agama Islam sudah tentu berasa serba salah untuk membincangkan hal tersebut.

Kaedah lain pula ialah dengan menyebar informasi bahawa masyarakat umum tidak boleh berbincang mengenai perkara ini. Untuk berbincang, seseorang itu perlulah pakar dalam hal berkenaan. Perlu tahu berbagai ilmu dan metode mentafsir yang mereka cipta sebelum boleh berbincang mengenai Al Quran.

Di antaranya ialah lughat, nahwu, syaraf, isytiqak dll. Metodologi untuk mentafsir pun ada pelbagai ijmali, muqarin dan mauduin. Di waktu yang sama mereka menjual persepsi bahawa hanya individu yang berjanggut, berjubah dan berserban sahaja layak dipanggil pakar.

Cuba bayangkan kita sedang memandu kereta. Perlukah seseorang pemandu itu mengetahui bagaimana enjin berfungsi ? Perlukah kita mengetahui nama setiap komponen di dalam kereta tersebut untuk memandu? Yang penting ialah kita tahu memandu dan faham undang-undang jalanraya. Kereta adalah seumpama Al Quran, kenderaan yang berfungsi membawa kita ke destinasi dengan selamat.

Begitulah kaedah yang diguna oleh para pendokong Undang-Undang Hudud bagi memastikan idea mereka digunapakai oleh penduduk di negara ini secara paksa-rela.

Saya ingin membawa para ahli **** cawangan ****** ***** kepada beberapa prinsip Al Quran. Oleh kerana Al Quran adalah sumber utama agama kita, maka, kita boleh katakan bahawa ini adalah prinsip Islam.

Prinsip pertama ialah berdasarkan keterangan ini ;

A017
A018

“Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (iaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada kepada hamba-hambaKu, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akalAQ 39:17-18

Allah mengkehendaki kita untuk mendengar semua pendapat dan mengambil yang paling baik di antaranya. Dari prinsip ini kita diberitahu supaya membenarkan masyarakat berdebat, berhujah atau membuat forum ke atas sesuatu idea baru yang ingin ditadbir ke atas mereka.

Ini dinamakan kebebasan bersuara. Ia perlu dibenar untuk diamalkan bagi mengambil kesimpulan yang paling baik sebelum pemerintah memutuskan sesuatu untuk menjadi amalan dan undang-undang negara itu.

Sentimen saya ini sebenarnya dikongsi oleh bekas-bekas Presiden Parti ****. Setiap Presiden **** yang juga adalah Perdana Menteri Malaysia menolak penggunaan Undang-Undang Hudud ke atas rakyat berbilang bangsa di negara kita.

Saya pasti sebagai Perdana Menteri Malaysia sudah tentu mereka mempunyai penasihat yang pakar di dalam bidang undang-undang dan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. 

Sebagai contoh, pada 15-04-2015 salah seorang bekas Presiden **** dan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama dalam sejarah telah menyatakan perasaan terperanjat beliau apabila mengetahui **** Negeri ******** dengan sebulat suara menyokong Undang-undang Hudud untuk dikenakan kepada penduduk Islam Negeri ******** .

Anda boleh membaca tentang ini di blog Chedet yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rujukan Akademik

Asas kepada usul ini ialah berdasarkan kepada rujukan akademik yang dilakukan ke atas Kitab Al Quran di dalam hal yang berkaitan dengan Undang-undang Hudud.

Menurut Al Quran apabila kita berhujah kita mesti menyokong hujah itu dengan keterangan. Ini berdasarkan AQ 2:111 “haatu burhannakum in kuntum sodikin” – Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.

Hudud

Hudud adalah kata gandaan untuk perkataan dari akar kata hadd. Ia bermaksud batasan atau sempadan.

Saya dapati di dalam Al Quran terdapat 14 kali perkataan ini digunakan Allah.

Dalam keterangan ini ada satu perkataan hudud disebut;

A187

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beriktikaf di dalam masjid. Itulah sempadan Allah (tilka hudud-dullah), maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa” AQ 2:187

Dari keterangan di atas adalah jelas bahawa ianya adalah mengenai hubungan di antara lelaki dan perempuan.

Dalam dua keterangan berikut terdapat 6 kali perkataan hudud di sebut ;

A229

“Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang ma’aruf (baik) atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khuatir tidak akan dapat mengekalkan  sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah. Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami-isteri) tidak dapat mengekalkan sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah sempadan-sempadan (tilka hudud-dullah) Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. AQ 2:229

A230


“Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kahwin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama) untuk kahwin kembali jika keduanya dapat berpendapat dapat mengekalkan sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah. Itulah sempadan-sempadan (wa-tilka-hudud-dullah) Allah, diterangkanNya kepada kaum yang (mahu) mengetahui” AQ 2:230

Dua keterangan di atas adalah juga berkenaan dengan nikah dan cerai.

Seterusnya, dalam ayat AQ 4:13-14 terdapat 2 kali perkataan hudud disebut;

A013

Inilah sempadan-sempadan (tilka hudud-dullah) Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sunga-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan besar” AQ 4:13

A014

“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya dan melanggar sempadan-sempadan (hududahoo), nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan” AQ 4:14

Jika kita membaca 2 keterangan sebelum AQ 4:13-14 iaitu AQ 4:11-12 kita akan mendapati bahawa ayat ini adalah berkenaan dengan pembahagian harta pusaka.

Keterangan seterusnya memang menarik, perkataan hudud disebut sekali di dalam ayat tersebut;

A097

“Orang-orang Arab itu, lebih sangat kekafirannya dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui sempadan-sempadan (yak-lamoo-hudu-dama) yang diturunkan Allah kepada RasulNya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” AQ 9:97

Di dalam ayat di atas Allah memperingatkan kita akan perangai sebenar orang-orang Arab untuk kita jadikan sempadan.

Kebiasaannya para penterjemah akan meletak perkataan "badwi" selepas perkataan Arab. Namun di dalam teks asal dalam Bahasa Arab perkataan badwi tidak tertulis pun. Mereka takut untuk mengakui akan hal ini. Mungkin kerana kebanyakkan ketua mazhab adalah orang Arab.

Keterangan seterusnya disebut perkataan hudud sebanyak sekali;

A112

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara sempadan-sempadan (li-hudu-dillah). Dan gembirakanlah orang-orang yang mukmin itu” AQ 9:112

Ayat di atas bercerita tentang orang-orang yang berbuat kebaikan dan menghindar dari kejahatan.

Keterangan seterusnya ada disebut perkataan hudud sebanyak sekali;

A004

“Barangsiapa yang tidak mendapatkan (budak) maka (wajib atasnya) berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak kuasa (wajiblah atasnya) memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan RasulNya. Dan itulah sempadan-sempadan (wa-tilka-hudud-dullah), dan bagi orang kafir ada siksaan yang sangat pedih” AQ 58:4

Ayat diatas adalah hukuman kepada perbuatan yang dipanggil zihar (menyamakan isteri dengan ibu sendiri). Ayat ini juga adalah berkaitan dengan hubungan suami isteri.

Dan akhir sekali keterangan yang seterusnya terdapat perkataan hudud disebut sebanyak dua kali;

A001

“Hai Nabi, apabila kamu menceraian isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah sempadan-sempadan (tilka hudud-dullah) Allah dan barang siapa yang melanggar sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru” AQ 65:1

Sekali lagi, ia adalah berkaitan dengan nikah dan cerai di dalam hubungan suami isteri.

Begitulah keseluruhan 14 kali perkataan hudud disebut dan digunapakai di dalam Al Quran.

Tiada satu pun keterangan yang memerintahkan manusia membuat satu hukuman tetap (fix punishment) ke atas kesalahan-kesalahan seperti yang disenaraikan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Ini adalah kerana dari segi praktikal had atau batasan atau sempadan mempunyai maksud bahawa, untuk sesuatu kesalahan itu, hukuman yang paling maksima yang dikenakan tidak boleh melebihi sempadan-sempadan yang Allah tetapkan di dalam Al Quran.

Hudud PAS



Kesalahan utama yang dilakukan oleh PAS ialah mengisytihar bahawa Kerajaan mereka akan mengenakan penghukuman yang berbeza untuk satu kesalahan yang sama di dalam masyarakat yang diperintah mereka. Iaitu di antara Muslim dengan Non-Muslim.

Ini adalah kesalahan besar di dalam Juripruden Undang-Undang. Bayangkan jika kita mahu masuk tandas. Bayaran masuk tandas itu ialah sepuluh sen. Tetapi untuk satu golongan manusia kita isytiharkan mereka kena bayar dua puluh sen. Apakah perasaan golongan yang di anak tirikan ini ?.

Kemudian kita buat cerita yang mereka kena bayar dua puluh sen kerana mereka adalah golongan yang terpilih. Percayalah dalam tempoh tidak sampai setahun golongan ini akan memulakan anarki di tempat tersebut. 

Inilah yang akan berlaku terhadap implementasi Undang-Undang Hudud di Kelantan jika PAS mahu meneruskannya. Rakyat Islam di sana akan memberontak apabila melihat rakan-rakan bukan Islam yang mencuri masih mempunyai tangan tetapi anak-anak mereka yang ditangkap mencuri sudah tiada tangan.

Secara ringkas terdapat enam kesalahan yang dikategorikan di bawah kesalahan hudud di Kelantan.

Di antara enam kesalahan itu, tiada satu pun yang selaras dengan Al Quran.

Sebagai perbandingan mari kita lihat setiap satu kesalahan tersebut dan buat perbandingan dengan Al Quran dan sumber sebenar hukuman ini diambil, iaitu Bible – Kitab Perjanjian Lama.

Murtad 

Hudud Pas - Hukuman Bunuh

Al Quran – Tiada hukuman

Dalil 

A137

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus” AQ 4:137

Old Testament – Hukuman Bunuh/Rejam sampai mati

“And he that blasphemeth the name of the LORD, he shall surely be put to death, and all the congregation shall certainly stone him” Leviticus 24:16

"If your very own brother, or your son or daughter, or the wife you love, or your closest friend secretly entices you, saying: Let us go and worship other gods (gods that neither you nor your fathers have known, gods of the peoples around you, whether near or far, from one end of the land to the other, or gods of other religions), do not yield to him or listen to him. Show him no pity. Do not spare him or shield him. You must certainly put him to death. Your hand must be the first in putting him to death, and then the hands of all the people." Deuteronomy 13:6-9

Zina

Hudud Pas –  1. Belum berkahwin 100 kali sebat
                   2. Berkahwin – Rejam sampai mati

Al Quran – Hanya seratus kali sebat tiada hukuman rejam sampai mati kepada lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin.

Dalil 

A002

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman” AQ 24:2

Old Testament – Rejam sampai mati

"If there is a girl who is a virgin engaged to a man, and another man finds her in the city and lies with her, then you shall bring them both out to the gate of that city and you shall stone them to death; the girl, because she did not cry out in the city, and the man, because he has violated his neighbor's wife. Thus you shall purge the evil from among you”  Deuteronomy 22:23-24

Nota : Dalam Al Quran tiada hukuman rejam dengan batu sampai mati. Ia hanya di dapati melalui sumber selain dari Al Quran. Malah, Al Quran memberitahu bahawa hukuman rejam sampai mati dengan batu hanya dilakukan oleh golongan manusia yang melampaui batas. Sila lihat AQ 11:91, AQ 19:46, AQ 26:116, AQ 18:20

Qazaf Zina

Hudud Pas – Sebat 100 kali lelaki dan perempuan

Al Quran – 80 kali sebat tetapi hanya terpakai jika seseorang menuduh perempuan baik berzina. Tidak terpakai jika menuduh lelaki. 

A004

“Orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawakan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang yang fasik.” AQ 24:4

Old Testament Tradition – Sebat dan denda

If a man takes a wife and sleeps with her, but then hates her 14and brings
charges against her and causes an evil name to come upon her, saying, “I
married this woman, but when I approached her, I did not find in her the
take the signs of her virginity and bring them to the elders of the city at the
gate. The father of the young woman shall say to the elders, “I gave my
daughter to this man as a wife, and he has hated her. See, he has brought charges against her, saying, ‘I did not find in your daughter the signs of virginity.’ But these are the signs of my daughter’s virginity.” And they shall
spread the garment before the elders of the city. Then the elders of the city shall take the man and flog him, and they shall fine him one hundred shekels of silver and give them to the father of the young woman, because he has caused an evil name to come upon a virgin of Israel. And she shall be his wife; he may not divorce her for the rest of his days. But if the charge is true signs of virginity were not found in the young woman then they shall bring the young woman to the door of her father’s house, and the men of her city shall stone her to death, because she has committed a shameful act in Israel by prostituting herself in her father’

Minum Arak

Hudud Pas – 80 kali sebat

Al Quran – Tiada hukuman

Dalil 

A090

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." AQ 5:90

A219

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir” AQ 2:219

Old Testament – Tiada hukuman


“Wine is a mocker, strong drink a brawler, And whoever is intoxicated by it is not wise” Proverbs 20:1

Merompak

Hudud Pas – Potong satu tangan dan satu kaki

Al Quran – Tiada kesalahan yang bertepatan dengan merompak. Kebanyakkan pendokong hudud mengguna AQ 5:33 namun ianya tidak tepat kerana hal yang diterangkan adalah berkenaan dengan satu peperangan.

Oleh yang demikian hukuman untuk merompak perlu diambil asas dari keterangan di bawah.

A038

“laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. AQ 5:38

Walaubagaimanapun, jika terdapat kematian maka hukuman berkaitan dengan membunuh perlu dikenakan iaitu dibunuh balas. 

Membunuh adalah satu-satunya kesalahan di dalam Al Quran yang dibenarkan untuk dikenakan hukuman bunuh balas. Namun, jika keluarga yang dibunuh memaafkan kesalahan itu dan meminta diyat maka si pembunuh dibenarkan untuk dilepas.

Mencuri

Hudud Pas – Potong tangan

Al Quran – Potong sumber pendapatan

Dalil

A038

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. AQ 5:38

Keterangan ini perlu di baca bersama-sama keterangan seterusnya iaitu ;

A039

"Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" AQ 5:39

Persoalan utama - Katalah tangan si pencuri sudah di potong. Kemudian si pencuri mengaku salah, bertaubat dan menyesali perbuatannya,  bolehkah tangan beliau tumbuh kembali ? Menurut AQ 5:39 Allah menerima taubat si pencuri.

Bagaimanakah si pencuri mahu membuat Islah atau reform kepada kehidupan yang lebih baik sedangkan beliau sudah tiada tangan ?

Antara prinsip Al Quran ialah ianya ditulis secara perumpamaan;

A026

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu. Adapun orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini perumpamaan ?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaa itu (pula) banyak orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik" AQ 2:26

Oleh yang demikian mari kita lihat kembali kata kunci keterangan AQ 5:38

A038

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri (eqta'u), potonglah tangan (aydiyahumma) keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” AQ 5:38

Perkataan "eqta'u" adalah jelas bermaksud potong.

Tangan di dalam Bahasa Arab ialah "Yad". Yad bermaksud tangan yang berpasang.

Walaubagaimanapun, perkataan yang digunakan di dalam AQ 5:38 ialah "aydiyahumma" yang membawa erti kata gandaan tiga atau lebih.

Bolehkah kita potong tiga tangan sedangkan manusia hanya ada sepasang tangan ?

Oleh yang demikian aydiyahumma adalah perkataan perumpamaan.

Keterangan di bawah mengguna perkataan dari akar kata yang sama iaitu "yad", namun ia digunakan dengan konteks yang berbeza iaitu sumber.

A045

"Dan ingatlah juga akan hamba-hamba kami: Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub yang mempunyai - (uli-al-aydee) sumber yang banyak dan pengetahuan yang tinggi" AQ 38:45

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa perkataan "aydiyahumma" di dalam AQ 5:38 membawa maksud memotong sumber si pencuri.

Berikut adalah contoh yang telah dibuat di negara lain. 



Sebenarnya para orientalis sudah lama mentelaah Al Quran, mereka telah sekian lama mempraktikkan apa yang di saran oleh Allah melalui Al Quran.

Kita dapat lihat bagaimana orang-orang agama kristian di England mempraktikkan Al Quran secara tuntas. Inilah Undang-undang Kedamaian (Islam). 

Jika sesiapa di dapati bersalah kerana mencuri, si pencuri akan di potong dari sumber pendapatan mereka dengan melakukan kerja kebajikan tanpa diberi upah mengikut kadar yang dicuri.

Barang yang dicuri jika dijumpai akan dipulangkan kembali kepada tuan punya.

Kesimpulan

Kita perlu faham bahawa setiap hukuman yang di tulis di dalam Al Quran tiada kena mengena dengan Undang-Undang Hudud. 

Ia hanyalah pedoman kepada kita di dalam melakukan hukuman.

NAMUN, Al Quran menekankan bahawa jika kita mahu menghukum, hukumlah dengan adil. Hampir 30 kali perkataan adil diulang-ulang di dalam Al Quran.

A042

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram rasuah dan sebagainya, oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah, atau berpalinglah dari mereka, dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun, dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” AQ 5:42

Pada hemah saya, Al Quran mahukan kita membuat Undang-Undang berdasarkan Qisas. Keterangan tentang Qisas ialah seperti berikut ;

A178
A179

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” AQ 2:178-179

A045

“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qishaashnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” AQ 5:45

Adalah jelas dari ayat-ayat di atas bahawa Qisas membawa maksud keadilan. Merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba, wanita dengan wanita.

Ini bermakna sesuatu Undang-undang itu akan dikira sebagai Islamik seandainya ianya adil. Tidak kiralah sesiapapun pembuatnya. 

Sebenarnya, Malaysia sejak dari zaman British lagi sudah menggunapakai qisas sebagai asas undang-undang. Kita ada Kanun Kesiksaan Jenayah, Kod Prosedur Jenayah, Akta Kontrak, Akta Keluarga dan bermacam-macam lagi undang-undang yang kesemuanya dirangka berasaskan prinsip keadilan.

Malah, secara teknikal, kesemua negara-negara maju menggunapakai qisas sebagai asas undang-undang mereka.

Islam berasal dari akar kata sin-lam-mim atau salam yang bermaksud damai. Maka dari segi bahasa Islam bermakna kedamaian.

Bolehkah kita panggil Undang-Undang Hudud Pas sebagai Undang-Undang Kedamaian (Islam) jika sekiranya ia dengan secara salah membunuh seseorang tanpa keterangan yang nyata dari Allah ?

Akhir sekali, apabila Tun Mahathir mengistiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sebenarnya dari segi bahasa ianya memang benar dan tepat. 

Ini adalah kerana sudah terbukti bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang damai. Malaysia dijadikan tempat tinggal oleh bangsa-bangsa besar dunia. Mereka memilih negara ini adalah kerana kedamaian (Islam) yang ditunjukkan oleh penduduk asalnya.

Ashwed

Sunday 26 April 2015

Sedikit Pencerahan Tentang Sumber Kajian Blog Ini

Saya mengguna Al Quran Bahasa Indonesia Secara Lafziyah yang saya download mengguna handphone Samsung SIII.

Ini adalah sumber utama bacaan saya setiap pagi.

Untuk kajian yang lebih mendalam saya mengguna satu website yang diberi nama openburhan.com

Openburhan.com adalah sumber kajian terbaik yang saya perolehi kerana website ini membuat cross-referrence dengan menggunakan akar kata setiap patah perkataan yang terdapat di dalam Al Quran.

Saya ingin berterimakasih kepada genius yang mencipta website Openburhan.com, usaha anda pasti diberi upah oleh Tuhan.

Selain daripada itu untuk lebih memahami penggunaan sesuatu perkataan saya juga mengguna Kamus Leksikon bahasa arab . Saya mengguna Qamus Al Athar yang boleh di dapati melalui download percuma Samsung.

Buat masa ini saya masih mencari jalan untuk memasukkan screenshot keterangan ayat dengan mengguna sumber utama Al Quran Bahasa Indonesia Secara Lafziyah yang saya baca.

Dengan izin Tuhan, saya akan memasukannya bila mempunyai masa terluang. 

Untuk bacaan am bagi memahami sesuatu isu, saya banyak mengguna wikipedia sebagai sumber utama. Sumber pengetahuan lain ialah bacaan yang telah saya buat semenjak kecil sehingga kini.

Saya belajar membaca Al Quran secara tajwid semenjak berumur 4 tahun dari opah saya sendiri. Kemudian belajar Agama Islam semenjak Darjah Satu sehingga Tingkatan Lima di Sekolah Kerajaan. Syariah Islamiyah pula saya belajar semenjak berumur 18 tahun sehingga tamat pengajian peringkat ijazah.

Sekarang saya sedang beramal Undang-Undang dengan firma guaman yang saya tubuhkan sendiri. Pengalaman saya di dalam bidang Undang-Undang sehingga kini iaitu semenjak belajar sehingga beramal dengannya ialah 25 tahun.

Ashwed

Saturday 25 April 2015

Nabi, aqeemu solla(h) dan zakka(h)

Pernahkah kita berfikir mengapa Tuhan tidak menceritakan langkah-langkah terperinci untuk melakukan ritual solat ?

Jika ritual ini begitu penting sehingga banyak cerita tentang azab yang akan menimpa kita jika kita gagal melakukannya, mengapa pula Tuhan tidak langsung menerangkan kepada kita secara terperinci di dalam Al Quran? 

Apa yang perlu kita baca ? Perlukah kita sucikan diri sebelum melakukannya ? Apa perkara yang membatalkannya ? Bagaimana kita tahu ianya telah sah ? dan lain-lain.

Terlalu banyak persoalan berkenaan perkara ini yang tidak terjawab. Malah boleh dikatakan perpecahan umat muslim kepada mazhab-mazhab adalah kerana ritual ini. 

Ada ketua mazhab yang kata semasa "sujud" perlu silang-silang kaki. Ada ketua mazhab kata semasa duduk tahiyat, jari perlu menulis dengan huruf Allah dalam Bahasa Arab. 

Ada pula ketua mazhab yang kata semasa duduk tahiyat akhir, kita perlu bersimpuh sementara tapak kaki perlu dinaikkan tegak. Jika tidak lakukan ini maka solat tidak sah.

Ada juga yang kata jika terkentut maka batal air wuduk. Seolah-olah Tuhan yang Maha Berkuasa ini, alah kepada kentut manusia. Sedangkan, kentut itupun dicipta Tuhan sebagai sistem badan kita. Bayangkan jika kita tidak boleh kentut, 2 hari cukuplah. 

Kesemua hal ini dikatakan oleh ketua mazhab. Tuhan tidak pernah pun menulis tentang hal ini di dalam Al Quran. Perbezaan ini mewujudkan satu ilmu baru yang dinamakan Feqah.

Adakah logik Tuhan Yang Maha Adil sengaja membiarkan para hambaNya bertelagah tentang hal ini ? Atau mungkinkah Tuhan tidak pernah menerangkan akan hal ini kerana bukan itu solat yang Tuhan maksudkan ?

Secara asasnya Tuhan tidak akan mengazab manusia untuk sesuatu yang tiada dalam pengetahuan mereka. 

A172

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka : "Bukankan Aku Tuhanmu? Mereka menjawab : "Betul, kami menjadi saksi. (Kami melakukan ini) agar di hari Peraturan (qiyamah) kamu tidak mengatakan : "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)" AQ 7:172

Menurut keterangan di atas, Tuhan memberitahu kita bahawa kita tidak akan diazab kerana tidak melakukan ritual solat. Ini adalah kerana ritual solat memang tidak pernah dibincang di dalam mana-mana ayat di dalam Al Quran. 

Untuk sesuatu perkara dikenakan azab, Tuhan WAJIB menerangkannya secara terperinci di dalam Al Quran

Kedegilan manusia terutamanya agamawan untuk membuat ritual ini adalah manifestasi kepada keingkaran dan kesombongan mereka kepada perintah Tuhan. 

Para agamawan ini membuat konspirasi yang sangat zalim untuk memaksa manusia-manusia lain yang tidak bersalah supaya melakukan ritual tersebut.

Perbezaan Nabi (prophet) dan Rasul (messenger)

Dari kecil kita diberitahu bahawa :-

Nabi  - menerima wahyu hanya untuk dirinya sendiri, tidak wajib untuk disampaikan kepada manusia lain;

Rasul - menerima wahyu untuk diri sendiri dan wajib disampaikan kepada manusia lain

Semasa belajar di Universiti pula pensyarah kata, pendapat itu memang MASYHUR, tapi sebenarnya salah, mereka kata :-

Nabi - menerima dan menyampaikan wahyu kepada manusia lain (cumanya, wahyu yang disampaikan adalah berdasarkan syariat Rasul yang terdahulu ;

Rasul - menerima dan menyampaikan wahyu kepada manusia lain (cumanya, setiap rasul membawa syariat baru)

Ini adalah pendapat yang sangat salah. Setiap Nabi dan Rasul membawa syariat yang sama semenjak zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad.

A013

"Dia telah mensyari`atkan kamu tentang agama (ad deen-cara hidup) apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama) -Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." AQ 42:13


Kesimpulannya, kita selama ini percaya setiap Rasul mestilah juga Nabi, tetapi Nabi tidak semestinya Rasul. Kita juga percaya bahawa Rasul dan Nabi kini tidak lagi diutus kepada manusia. Nabi Muhammad adalah Rasul yang terakhir.

Menurut Al Quran, Nabi Muhammad merupakan Nabi yang terakhir. 

A040

"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi Dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-Nabi. Dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” AQ 33:40

Menurut Al Quran lagi seorang Nabi sudah semestinya juga seorang Rasul. Tetapi Rasul tidak semestinya Nabi. Ia adalah terbalik dari apa yang kita percaya selama ini.

Perbezaan besar di antara Nabi dan Rasul berada di tengah-tengah ayat ini

A081

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para Nabi : "Sungguhnya apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang pula kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman(yakin) kepadanya dan menolongnya". Allah berfirman : "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjianku terhadap yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman : "Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi), dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."AQ 3:81

Melalui ayat di atas adalah jelas kepada kita, bahawa kepada para Nabi, Tuhan memberi "kitab dan hikmah" kemudian akan datang pula seorang Rasul yang akan membenarkan "kitab dan hikmah" ini.


Kedua-dua Nabi dan Rasul sudah tentu akan memberitahu tentang kebenaran. Waimah, sesiapa sahaja tidak kiralah dia Nabi atau Rasul yang merasa diri mereka benar akan berpesan kepada kebenaran. Ini adalah instinct kita.

Tidak wujud konsep bahawa Nabi tidak perlu menyampaikan ilham/wahyu yang diberikan kepadanya kepada orang lain sementara Rasul pula sebaliknya.

Sebenarnya peringatan Tuhan berada di mana-mana. Ia boleh datang dari orang kufur atau beriman. Cuma kita perlu tahu yang mana satu yang benar yang mana satu yang salah.

Maka, oleh itu, selepas Nabi Muhammad yang merupakan penutup segala Nabi, sudah tentu ada sahaja Rasul yang dihantar Tuhan untuk membenarkan "kitab dan hikmah" yang diberi kepada Nabi Muhammad.

Oleh yang demikian, persoalan tentang samada masih terdapatkah lagi utusan (messenger atau Rasul) Tuhan di hantar kepada manusia yang masih hidup di masa kini dengan sendirinya terjawab. 

Tuhan masih menghantar utusanNya untuk membenarkan kitab Al Quran dan hikmah (kebijaksanaan) yang di ajar kepada Nabi Muhammad.

A047

"Tiap-tiap umat mempunyai Rasul; maka apabila telah datang Rasul mereka, diberikan keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak di aniaya" AQ 10:47

A036

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya" AQ16:36 

Yang tahu akan kerasulan ini hanyalah Tuhan. Kerana Tuhanlah yang melantik UtusanNya.

Sebenarnya Nabi, Rasul dan Kitab adalah di kategorikan sebagai Pemberi Peringatan. Yang paling penting di sini bukanlah pembawa utusan tersebut tetapi mesej yang dibawanya iaitu yang diperingatkan kepada kita. Maka itu, kita tidak perlu menjadi taksub kepada pembawa utusan. Yang paling penting adalah Tuhan, bukan makhluk.

NABI

Jumlah Nabi adalah sedikit sahaja. Tidak salahnya cuma 25 orang.

Perbezaan sebenar di antara Nabi dan Rasul ialah kepada semua Nabi, Tuhan memberi mereka suatu cabaran (haji - dari akar kata ha-ja cth ta-ha-jaa atau yu-ha-joo).

A258

"Tidakkah kamu memperhatikan orang yang mencabar (hajja) Ibrahim tentang Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat?" Lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim" AQ 2:258

Cabaran ini adalah misi spesifik Nabi-Nabi tersebut. Ia berbeza mengikut zaman dan tempat. Saya senaraikan di sini cabaran yang diberi kepada Nabi-Nabi yang akan kita bincang secara umum :-

Nabi Ibrahim - Membuka satu negara yang diberi nama Bekah
Nabi Ismail - meneruskan  cabaran yang diberi kepada bapanya di Bekah
Nabi Syuaib - Membuat reformasi (islah) kepada sistem Ekonomi kaum Madyan
Nabi Musa - Membawa lari Bani Israel (exodus) ke Bekah
Nabi Isa - Menyeru Bani Israel supaya membuang agama rekaan mereka
Nabi Muhammad - Menyempurnakan penyampaian Al Quran

Sebelum saya menerangkan apa kaitan cabaran (haji) misi spesifik para Nabi dengan perkataan "Solla(h)", mari kita fahami dulu maksud sebenar perkataan-perkataan ini seperti yang diterangkan Al Quran iaitu "Solla(h)", "Sujud", "Rukuk" dan "Zakka(h)".

Solla(h)

Menurut Al Quran semua makhluk tidak kira di langit dan di bumi kesemuanya mendirikan solla(h).

A041

"Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui sembahyang [solla(h)] dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." AQ 24:41


Soalan utama - bagaimanakah monyet, burung, kera, cacing, bulan, bintang, matahari, air, angin, cahaya dan semua makhluk-makhluk ciptaan Tuhan mendirikan solla(h) ?

Bolehkah burung duduk bersimpuh semasa tahiyat akhir sambil menegakkan telapak kaki seperti manusia islam yang bermazhab shafie?.

Jawapannya juga berada di dalam ayat AQ 24:41 di frasa "dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya"

Di sini, kita tahu bahawa burung sememangnya mengembangkan sayap apabila mahu terbang. Burung di dalam ayat ini menjadi dirinya sendiri iaitu burung.

Ia terbang. Maka itulah solla(h) burung. Ia mendirikan solla(h) dengan menjadi dirinya sendiri, seekor burung.


Burung tidak boleh menjadi seekor katak. Dia tidak boleh melompat dan menjelirkan lidah untuk menangkap makanan.


Begitulah halnya dengan semua makhluk ciptaan Tuhan yang lain. Bulan mendirikan solla(h) dengan menjadi bulan. Matahari dengan menjadi matahari. 

Ikan dengan menjadi ikan, air menjadi air, cahaya menjadi cahaya, angin menjadi angin manakala MANUSIA MENDIRIKAN SOLLA(H) DENGAN MENJADI MANUSIA.

Masing-masing menumpukan sepenuh tenaga untuk menjadi diri masing-masing di dalam sistem kehidupan yang dicipta oleh Tuhan.

Perhatian penuh inilah yang dinamakan solla(h) atau tanggungjawab atau keazaman atau iltizam atau bahasa modennya komitmen.

Manusia tidak boleh hidup di dalam air. Kita tiada insang. Kita hanya boleh bernafas di atas darat dengan menggunakan paru-paru (ingat paru-paru juga makhluk Tuhan yang tersendiri, ia juga mendirikan solla[h]).

Maka apabila kita menjadi manusia maka kita sedang mendirikan solla(h). 


Kalau manusia cuba menukar Sistem Allah (bayt-tullah) ini maka akibatnya ialah kita akan mati.

Kalau tidak percaya pergi cuba bernafas di dalam air. Tolong sediakan ambulan dan doktor sebelum mencubanya.

Bagaimana untuk menjadi manusia yang berjaya itulah yang Tuhan turunkan Al Quran. Manual kejayaan untuk keseluruhan manusia tidak kira bangsa dan fahaman.

Sesiapa sahaja yang mengikut "cara hidup/aturan hidup atau ad deen" di dalam Sistem Tuhan seperti yang terangkan di dalam Al Quran maka dia akan berjaya. 

Al Quran adalah sempurna untuk kegunaan manusia, tiada cacat celanya. Tiada satupun yang Tuhan tertinggal di dalam Al Quran. Yakni manual menjadi manusia berjaya.

Sujud


Apakah dia sujud. Jika kesemua makhluk Tuhan mendirikan solla(h), maka bagaimanakah mereka melakukan sujud ? 

Adakah ianya seperti ritual di hadapan batu yang dilakukan oleh manusia penganut agama Islam moden ?

Menurut Al Quran sujud bukanlah satu gerakan tubuh. Ia bermaksud patuh.



A015

"Hanya kepada Allah-lah sujud (yas-judan -patuh) segala apa yang dilangit dan di bumi baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya diwaktu pagi dan petang hari" AQ 13:15

Bolehkah bayang-bayang sujud seperti yang penganut agama sujud (perlu diingat bahawa bayang-bayang adalah juga makhluk Tuhan yang tersendiri), iaitu dengan menonggeng punggung dan meletakkan dahi ke lantai ? 

Sudah tentu tidak boleh. Bayang-bayang sujud (patuh) kepada perintah Tuhan dengan menjadi bayang-bayang. Ia akan mengikut kedudukan cahaya matahari melalui objek yang menghalangi cahaya matahari.  Jika matahari berada di kedudukan tegak atas kepala. Bayang-bayang tidak jelas kelihatan.

Tetapi jika matahari condong di kedudukan timur atau barat, maka bayang-bayang akan memanjang mengikut kedudukan itu. Walaupun individu tersebut adalah seorang kafir yang mempersekutukan Tuhan dengan batu. Bayang-bayangnya tetap sujud (patuh) kepada Sistem Tuhan (bayt-tullah). Tuhan tidak berlaku kejam kepada makhluk ciptaanNya. Merekalah yang membuat zalim ke atas diri sendiri.

Oleh yang demikian, maka dengan sendirinya kita faham bahawa matahari sujud dengan mematuhi perintah Tuhan iaitu memancarkan cahayanya tanpa henti. Matahari sudah berbillion tahun sujud (patuh) kepada perintah Tuhan ini.

Bumi pula patuh (sujud) dengan berputar di atas paksinya. Bumi juga telah mematuhi arahan ini selama berbillion tahun. Akibat putaran bumi ini, maka kita manusia akan nampak bahawa matahari akan terbit di sebelah timur dan terbenam di  sebelah barat. 

Pernahkah matahari engkar untuk terbit di timur dan terbenam di barat ? Tidak pernah ada satu hari pun selama berbillion tahun matahari merasa malas untuk terbit di timur dan terbenam di barat. 

Inilah amal saleh (usaha baik) sang matahari. Matahari akan mendapat ganjaran yang setimpal untuk amal saleh (usaha baik)nya. Ganjaran ini diberi nama pahala atau upah dari Tuhan.

A018


"Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah patuh (yas-ju-dul-lahu) apa apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia?" AQ 22:18

A049

Dan kepada Allah sajalah patuh (yas-ju-du) segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri." AQ 16:49

Rukuk

Salah satu cara para agamawan menyorok mesej Tuhan ialah dengan membiarkan sesuatu perkataan itu dalam bentuk asalnya.

Iaitu dengan tidak membuat apa-apa penterjemahan ke atas perkataan di dalam teks asal.

Sedangkan tugas penterjemah ialah menterjemah keseluruhan perkataan kepada bahasa yang diterjemah.


A047

"Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan" AQ 77:47

A048

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Rukuklah, niscaya mereka tidak mau rukuk" AQ 77:48

A049

"Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan" AQ 77:49

A050

"Maka kepada perkataan apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman ? " AQ 77:50


Dari keterangan di atas, kita boleh mengagak bahawa makna Rukuk adalah satu perkataan yang mempunyai maksud berlawanan dengan perkataan "mendustakan". 

Pastinya ialah, ianya bukanlah gerakan separa menonggeng sambil berdiri dengan meletak tangan di atas kepala lutut seperti yang agamawan mahu kita buat.


Yang peliknya, penterjemah ini gagal menterjemah perkataan bahasa arab "rukuk". Tetapi, untuk melindungi ilmu yang dipelajari dari Ketua Mazhabnya, dia tetap menterjemah perkataan bahasa arab "hadis" kepada Bahasa Melayu di ayat no. 50. 

Jika ia tidak diterjemah maka ayat no. 50 akan berbunyi seperti ini. "Maka kepada hadis apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman ? ".

Begitulah konspirasi yang dibuat oleh para agamawan dalam usaha mereka untuk melindungi ilmu mereka.

Bagi saya AQ 77:47-50 ini ditujukan khusus kepada para agamawan.

Mereka mendustakan kebenaran Al Quran.

Apabila disuruh rukuk (rendahkan diri/humble) mereka tidak mau rukuk (rendahkan diri/humble).

Mereka berterusan menyombongkan diri dengan mendustakan ayat-ayat Tuhan.

Zakka(h)

Benarkah zakka(h) bermaksud cukai untuk agama atau religious tithe

Tuhan seringkali menyatukan perkataaan solla(h) dan zakka(h) membentuk ritma yang tersendiri. 

Di situlah kita akan dapat mengetahui di mana korupsi yang dilakukan oleh para agamawan.


Menurut Al Quran zakka(h) bermaksud menyucikan, membersihkan atau memurnikan atau bahasa modennya dedikasi. Dalam bahasa inggeris ia bermaksud to purify.

A017
A018
A019

"Pergilah kamu kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, dan katakanlah (kepada Fir'aun): Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri [taz-zakka - make yourself pure] (dari kesesatan). Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepadaNya" AQ 79:17-19

Para agamawan apabila tidak boleh lari lagi dari memberitahu kita makna yang sebenar, mereka akhirnya akan mengalah. Di situlah kita akan berjumpa dengan kebenaran.

Kenapa di dalam ayat di atas para penterjemah tidak menterjemahkan supaya firaun membayar zakat? Sebabnya ialah ianya tidak logik. Takkan pula, firaun yang kafir mahu membayar zakat ?

A129
 

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) [wa-yu-zak-ki-hem] mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". 


Ayat di atas membuktikan lagi bahawa zakka(h) bukanlah bermaksud membayar zakat.

Ayat selepas ini amat menarik kerana perkataan "solla(h)" dan zakka(h) terdapat di dalamnya tetapi perkataan "zakka[h]" tidak diterjemah sebagai membayar zakat kerana ianya tidak logik untuk berbuat begitu.

A018

"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan sembahyang (solla[h]). Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya (taz-zakka), sesungguhnya ia mensucikan diri (ya-taz-zakka) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allahlah kembali(mu)." AQ 35:18)

Sebenarnya menurut Al Quran apabila Tuhan memerintahkan kita supaya membuat kebajikan dengan memberi sedikit dari harta kita, Tuhan akan mengguna dua perkataan. Iaitu perkataan dari akar kata infak - nafkah, yunfikun dan lain-lain kata terbitannya. Dan satu lagi perkataan ialah Sadaqah.

Infak lebih kepada kewajipan. Sementara sadaqah adalah bebas dilakukan pada bila-bila mengikut kehendak hati.

A003

"(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan (yunfikun) sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka." AQ 2:3 

Di dalam ayat di bawah, penterjemah ini menyorokkan kebenaran yang ditunjuk Tuhan dengan menukar sama sekali perkataan yang sebenar di dalam teks asal bahasa arab.
A058
"Dan di antara mereka ada orang yang mencelamu tentang (distribusi) zakat (dalam teks asal - sadaqah), jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagaian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah" AQ 9:58

Kebanyakkan penterjemah menukar sama sekali perkataan sadaqah kepada zakat. Yang perlu kita, orang yang mencari kebenaran buat ialah meneliti teks asal di dalam Bahasa Arab. Dengan mudah kita akan membongkar penipuan yang dilakukan oleh golongan agamawan.

Kaitan di antara "Solla(h) dan Zakka(h)" dengan Misi Spesifik para Nabi

Baru-baru ini saya berdebat dengan bekas-bekas rakan universiti yang belajar di Jurusan Undang-Undang seperti saya. 

Bagi saya ini adalah contoh manusia-manusia yang tidak bersalah tetapi telah dijuruskan ke arah kesimpulan yang salah oleh para agamawan.


Tajuk perdebatan kami adalah mengenai isra' mikraj'. Mereka percaya bahawa dari peristiwa inilah Nabi Muhammad disyariatkan untuk mendirikan "Solat" seperti yang orang Melayu lakukan.


Dari hujah saya menerusi AQ 42:13 seperti di atas kita tahu bahawa Tuhan tidak pernah memberi syariat yang berbeza kepada para utusanNya.

Kemudian saya berikan nas-nas ini, di mana perkataan "solla(h)" digunakan kepada para Nabi di zaman yang berbeza.

Solla(h) Nabi Ibrahim,

A037

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dalam Sistem Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur" AQ 14:37

Solla(h) Nabi Ismail,

A054 

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi" AQ 19:54


A055


"Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!" AQ 19:55

Solla(h) Nabi Syuaib,

 A087


"Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?" AQ 11:87

Solla(h) Nabi Musa,

A087

"Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu tempat shalat (qiblat) dan dirikanlah olehmu sembahyang serta gembirakanlah orang-orang yang beriman" AQ 10:87

Solla(h) Nabi Isa ,

A030

"Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi" AQ 19:30


A031
"Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup" AQ 19:31

Solla(h) Nabi Muhammad,

A045
 

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan" AQ 29:45

Jika benarlah Nabi Muhammad menerima syariat solla(h) semasa peristiwa isra' mikraj, kenapakah sudah terdapat arahan daripada Tuhan kepada para Nabi yang lain supaya mendirikan solla(h) ?

Kesimpulan
 
Berdasarkan kepada hujah saya bahawa maksud sebenar solla(h) adalah komitmen atau iltizam dan zakka(h) adalah menyucikan, membersihkan, memurnikan atau dedikasi maka kita boleh meletakkan maksud sebenar ini kepada setiap misi spesifik para Nabi seperti di atas.

Nabi Ibrahim - Membuka satu negara yang diberi nama Bakkah. Baginda diminta supaya pergi ke satu tempat yang tandus. Kemudian membuat satu sistem kenegaraan yang lengkap, di mana baginda perlu membuat sistem pengairan, pertanian, pentadbiran dll. Baginda perlu menukar tempat tandus itu menjadi satu tempat yang makmur lalu Baginda berdoa supaya anak-anak Baginda yang kelak akan mewarisi pentadbiran Baginda dan disukai oleh para penduduk Bakkah. 

Dari ayat AQ 14:37, bolehkah solat cara agamawan iaitu ritual penyembahan mengubah tempat tandus (Bakkah) itu menjadi tempat yang makmur ?

Buatlah beribu rakaat pun ia tidak akan boleh menukar suatu tempat tandus menjadi makmur. 

Yang mampu menukar tempat tandus tersebut ialah iltizam/keazaman iaitu komitmen kerja keras manusia seperti membuat peparitan untuk pengairan. Serta mencari idea tentang bagaimana untuk membina pengairan itu dan lain-lain perkara yang boleh membina sebuah Negara yang makmur.

Nabi Ismail - meneruskan  cabaran yang diberi kepada bapanya di Bekah. Nabi Ismail melalui AQ 19:54-55, memohon waris-waris Nabi Ibrahim meneruskan tradisi kecemerlangan bapanya iaitu Nabi Ibrahim dengan menumpu seluruh komitmen mereka kepada negara Bekah. Dedikasi keturunan mereka inilah yang menjadikan Bekah semua negara yang maju.


Nabi Syuaib - Membuat reformasi (islah) terhadap sistem ekonomi kaum Madyan. Nabi Syuaib diperintah Tuhan supaya menukar sistem ekonomi kaum Madyan yang membuat keuntungan berlipat ganda (riba' atau profiteering). Kaumnya bertanya di dalam AQ 11:87 samada komitmen Baginda untuk menyeru para peniaga kaum Madyan dari membuat keuntungan yang berlipat ganda mampu menghalang tradisi yang dilakukan oleh nenek-moyang mereka.

Nabi Musa - Membawa lari Bani Israel (exodus) ke Bekah. Dalam AQ 10:87 Tuhan memerintahkan supaya Nabi Musa menjadikan rumah-rumah (buyutakom) para pengikutnya sebagai pusat mesyuarat/ibu pejabat (qiblat) untuk komitmen gerakan membawa Bani Israel lari dari Mesir ke Bekah.

Jelaslah kepada kita bahawa Negara Bekah yang dibuka oleh Nabi Ibrahim adalah pusat kemakmuran pertama sekali di dunia. Selaras dengan keterangan ini :

A096

"Sesungguhnya Rumah Ibadat (yang sebenarnya ialah Sistem) yang mula-mula dibina untuk manusia ialah di Bakkah (dalam teks asal - bi-bakkah, bukan Makkah) yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia" AQ 3:96 -


Nabi Isa - Menyeru Bani Israel supaya membuang agama rekaan mereka. Kepada Nabi Isa, Tuhan memerintahkan supaya Baginda membawa kembali Bani Israel ke jalan yang benar. Iaitu kepada cara hidup di dalam Sistem Tuhan tanpa ritual penyembahan.


Nabi Muhammad - Menyempurnakan penyampaian Al Quran sepenuh komitmen dan berdedikasi dalam menyampaikannya.
Dengan hujah-hujah di atas, maka, bolehlah kita simpulakan bahawa solat bukanlah satu bentuk ritual penyembahan di mana jika ada gerakan yang tidak mengikut metod yang disarankan oleh Ketua Mazhab ia menjadi batal.

Solla(h) tidak boleh diselesaikan dalam tempoh 5 minit. Ia adalah komitmen seumur hidup. Dari saat kita membuka mata setiap hari, sehinggalah kita menutup mata pada hari itu. 

Ia bermula semenjak kita dilahirkan sehinggalah kita menutup mata buat selama-lamanya. Itulah sebenarnya solla(h).

Jikalah sekiranya kebenaran mengenai solla(h) itu adalah upacara penyembahan seperti yang agamawan katakan maka hancurlah dunia ini. Bayangkan, matahari perlu berhenti mengeluarkan cahaya kerana perlu menghadap "ka'abah" pada waktu tertentu. 

Bulan pula terpaksa "sujud" seperti orang agama "sujud". Susah untuk bulan untuk memastikan di manakah dahinya.

A071

"Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu" AQ 23:71

Keterangan di atas Tuhan tujukan khas kepada para agamawan yang begitu angkuh merekacipta ritual dengan membelakangkan perintah Tuhan yang sebenar.

Solla(h) kita

Bagaimanakah kita insan biasa yang tidak punya apa-apa misi spesifik seperti para Nabi melakukan solla(h).

Menurut Al Quran, kesemua para Nabi mengetahui atau mulai fokus kepada komitmen mereka selepas mereka berumur 40 tahun kecuali Nabi Isa. Nabi Isa diberikan mukjizat sedari kecil. Baginda sudah mengetahui apakah komitmen yang perlu dilakukannya sebaik sahaja baginda dilahirkan.

AQ 19:30-31 sebenarnya diucapkan Nabi Isa semasa Baginda masih bayi.

Begitu juga, kebanyakkan kita mengetahui atau mulai fokus kepada komitmen kita selepas umur 40 tahun. Sebab itulah selepas berumur 40 tahun ramai manusia yang menukar cara hidup. Jika dulu suka ke kelab malam selepas umur 40 tahun ramai yang mula cari tikar sembahyang. 

Umur 40 sangat signifikan dalam kehidupan seorang manusia. Ia adalah umur kematangan. Ia juga telah diberitahu oleh Tuhan di dalam keterangan berikut.
 
A015

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" AQ 46:15

Perkataan "amal saleh" di dalam keterangan di atas bermaksud "usaha baik".

Bagi saya ia merujuk kembali kepada nature kita yang dicipta Tuhan iaitu untuk menjadi seorang manusia.

Sebagai insan biasa, iltizam/keazaman/komitmen kita adalah berbeza-beza mengikut tugas yang diberikan untuk kita galas di dalam Sistem Tuhan.

Ada yang menjadi Peguam, Arkitek, Askar, Guru, Buruh binaan, Kontraktor, Tukang Sapu, Perdana Menteri dan pelbagai kerjaya lain.

Tidak kira apa pun kerjaya kita, kita wajar melakukanya dengan penuh dedikasi mengikut kod yang diberitakan di dalam Al Quran.

Disamping itu Tuhan juga memerintahkan kita untuk menjaga amanahNya iaitu berkenaan dengan kehidupan kita secara keseluruhan.

Ada setengah manusia dia diberikan keluarga yang sihat. Ada setengah yang lain pula mempunyai anak yang sakit atau ibu-bapa yang cacat.

Ada setengah orang diberikan tugas untuk beristeri dan berkeluarga lebih dari satu. Ada juga yang langsung tidak diberikan cabaran (hajja) untuk berkeluarga.

Begitulah pelbagai tugas diberikan Tuhan di dalam SistemNya. Adalah menjadi tugas kita untuk menyempurnakan iltizam/keazaman/komitmen ini dengan dedikasi yang tinggi.

Untuk berjaya Tuhan terangkan segalanya di dalam Al Quran iaitu iltizam/keazaman/komitmen kita yang pelbagai ini mestilah dilakukan dengan penuh integriti di atas satu kod yang di panggil "Ad Deen".

Ia mesti dilakukan dengan menepati masa, berusaha mencari ilmu dalam bidang yang kita ceburi, menjaga kebersihan, menjaga kesihatan, merancang untuk masa depan dan lain-lain sifat-sifat positif yang universal.

Disamping itu, kita diperintahkan untuk membuat kebajikan sebanyak-banyaknya terutama kepada ibu-bapa, sanak saudara yang terdekat dan orang-orang yang lemah di dalam masyarakat kita.

Yang paling utama ialah kita perlu melakukan ini semua dengan tidak mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu atau sesiapapun.

Inilah cara hidup (Ad Deen) kedamaian (Islam).

Sekali lagi saya tekankan Islam bukanlah satu bentuk agama dengan ketuanya Nabi Muhammad, kemudian ada pula ketua mazhab dan pelbagai mufti, imam dan ustaz yang wajib kita ikuti. 

Islam adalah cara hidup mengikut kod Al Quran. Ia tiada kena mengena dengan agama. Agama menjadikan kita bergolongan. Bergolongan adalah perbuatan mempersekutukan Tuhan.
 
Ashwed