Monday 23 January 2017

Bersyukur

Kedamaian Untuk Semua,

A007

"Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan, 'Jika kamu berterima kasih (sya-kar-tum), sungguh Aku akan menambahkan kepada kamu, dan jika kamu ingkar/menolak (ka-far-tum/kafir), azab-Ku sungguh keras" AQ 14:7

"And when your Lord proclaimed: If ye give thanks, I will give you more; but if ye are thankless, lo! My punishment is dire" AQ 14:7 

Di dalam artikel bertajuk " Ilmu Mengenal Diri" saya memberi contoh diet yang berdasar kepada jenis darah sendiri sebagai salah satu cara mengenal diri.

Ada yang mengatakan perkara ini sebagai pseudo-science. Mungkin ya, mungkin tidak.

Namun, dari pemerhatian kasar yang saya lakukan, saya fikir tidak perlu membuat kajian imperikal pun kita boleh mengetahui bahawa pada sesetengah orang mereka mengalami alahan kepada jenis-jenis makanan tertentu.

Saya adalah seorang yang tidak boleh makan nangka. 

Saya merasa sungguh kecewa akan hal ini kerana pada pendapat saya nangka adalah antara buah-buahan yang paling sedap tercipta untuk makanan manusia.

Walaubagaimanapun, jika saya makan buah ini, perut saya akan berangin. Ia menjadi kembung sehingga ia menolak semua asid perut ke kerongkong. Apabila ini berlaku saya sukar bernafas.

Semasa saya tidak mengetahui punca ini berlaku, saya pernah beberapa kali pergi ke bahagian kecemasan hospital di tengah malam buta kerana menyangkakan ia adalah serangan jantung.

Setelah membaca dan bertanya pendapat doktor baharulah saya mengenalpasti punca dan mengapa ia terjadi. Kini, saya sudah pandai mengawal penyakit GERD (Gastro Eusophogus Reflux Disease) yang saya alami.

Sidang pembaca yang di hormati sekalian,

Jika saudara membaca artikel saya mengenai diet makanan seperti di sini https://ashwed1973.blogspot.nl/2016/02/dogma.html anda boleh membuat kesimpulan bahawa buah nangka bagi diri saya adalah haram (sanction).

Ia tidak baik untuk kesihatan saya, namun, ini tidak bermakna orang lain yang tidak mempunyai apa-apa alahan tidak boleh menikmati buah ini. Mereka boleh sahaja menikmatinya.

Malah, saya sendiri boleh sahaja memakannya jika saya mahu menerima akibat kesengsaraan yang di bawa bersamanya.

Ingatlah "... jika kamu ingkar, azab-Ku sungguh keras" AQ 14:7 bukan sahaja keras malah ia sangat cepat " ...Dan sesiapa tidak percaya kepada tanda-tanda Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan" AQ 3:19 

Saya fikir tidak perlu sesiapa pun memberitahu anda akan hal ini. Ia sangat jelas dan terang.

Inilah perbezaan di antara orang yang BERSYUKUR dengan yang INGKAR.

Erti Bersyukur

Seringkali di dalam amalan masyarakat kita, apabila kita menerima sesuatu perkhabaran gembira maka untuk merealisasi rasa bersyukur, suatu kenduri kesyukuran akan di adakan.

Dari suatu segi, bersadaqah dengan memberi makan kepada anggota masyarakat yang memerlukan adalah amalan yang mulia.

Namun, jika sekiranya ia diadakan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk, saya tidak fikir ia memberi manfaat yang banyak selain dari meninggikan ego diri sendiri sahaja. 

Ingatlah bahawa ego adalah salah satu jenis tuhan kepada diri kita.

A043

"Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya menjadi tuhannya? Adakah kamu jadi wakil kepada mereka ?" AQ 25:43

Selain daripada itu, ada juga yang merealisasi rasa bersyukur ini dengan melakukan apa yang dipanggil sebagai "sujud syukur". 

Sujud membawa makna patuh. 

Secara peribadi, saya merasakan perbuatan ini adalah meleset kerana pada pendapat saya tidak wujud suatu ritual yang dipanggil "sujud syukur".

Kita perlu memahami bahawa Zat Asal yang kita mahu kenali dengan pelbagai nama ini adalah Maha Kaya yang tidak memerlukan sesuatu dari kita.

Adalah sangat paradoks jika sekiranya kita mengakui bahawa kita percaya kepada Zat Asal tetapi melakukan sebaliknya.

A006

"Sesiapa berjuang, dia berjuang hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam" AQ 29:6

Maka bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk kita merealisasi rasa bersyukur. Adakah cukup sekadar menyebut "Alhamdulillah".

Adakah dengan menyebut perkataan ini kurniaan kepada kita akan bertambah ?

Kita perlu sentiasa ingat bahawa adalah jelas di dalam keterangan AQ 14:7 di atas, ada disebut bahawa jika kita bersyukur (berterima kasih) "... sesungguhnya Aku akan menambahkan kepada kamu .." atau "... I will give you more .."

Kata kunci yang perlu kita ingati ialah keadaan syukur yang kita realisasikan itu mestilah bernatijah menambah kepada apa sahaja kebaikan yang sedang kita perolehi. 

Inilah tanda utama bahawa kita sedang melakukan perbuatan bersyukur yang sebenar.

Izinkan saya sekali lagi mengguna contoh diet berdasarkan jenis darah. 

Katakanlah dapatan ini adalah benar. Ahli sains seluruh dunia menyokongnya sebagai sebuah fakta.

Katakanlah pula, dengan mengguna dapatan ini jenis darah anda tidak mengizinkan anda makan telur. 

Ini adalah kerana kandungan telur apabila bercampur dengan jenis darah anda akan membuat kolestrol di dalam darah menjadi tinggi.

Menurut dapatan ini juga, kekacang adalah sangat bagus untuk rantaian darah anda.

Maka dengan pengetahuan ini, anda bersyukur dengan mengelak makan telur. Sebaliknya memperbanyak diet kekacang.

Dengan cara ini, lagi banyak kekacang yang anda makan, anda akan dikurniakan kesihatan yang semakin baik. Ini adalah berdasarkan kepada ".. sesungguhnya Aku akan menambahkan kepada kamu".

Namun, jika anda ingkar. 

Sesudah mengetahui akan keadaan ini, anda masih mahu makan telur maka "... jika kamu ingkar, azab-Ku sungguh keras" dan "... sesiapa tidak percaya kepada tanda-tanda Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan".

Begitulah jua halnya jika anda dikurniakan dengan rezeki yang banyak. 

Anda perlu merealisasikan perasaan bersyukur itu dengan menggunakan harta yang anda perolehi itu ke jalan kebenaran. 

Iaitu dengan membuat perancangan, membayar hutang-hutang tertunggak, memberi sebahagian daripadanya kepada ahli keluarga terdekat yang memerlukan dan sebagainya.

Dengan pelan yang betul inilah anda menunjukkan rasa bersyukur yang sebenar dan dengan mengikut jalan yang betul ini sesungguhnya harta anda akan di tambah.

Namun, jika anda ingkar. 

Anda mengguna harta ini untuk berfoya-foya. Boros tidak kena tempat. Menjadi kedekut kepada ahli keluarga sendiri dan perkara-perkara buruk lain. 

Maka harta anda akan merosot dengan mendadak. Akhirnya, anda boleh kembali susah kerana tidak berhemah dan merancang.

Maka ingatlah  sesungguhnya ".. azab-Ku sungguh keras" dan "Allah cepat buat hitungan".

Di dalam hal kekeluargaan juga, merealisasi perasaan bersyukur dengan cara yang betul bakal menambah kebahagian sesebuah keluarga.

Sebagai contoh seorang wanita yang dikurniakan seorang suami dan beberapa cahaya mata, cara beliau bersyukur dengan pemberian Tuhan ini ialah dengan mengurus rumahtangganya dengan baik.

Jika beliau menjaga makan minum suami, pakaian dijaga rapi, katil dan bilik tidur teratur dan seterusnya melayan kehendak suami semampu yang boleh.

Suami pasti bertambah sayang kepada isterinya itu. Ini adalah kerana beliau merasa terhutang budi dan merasa tidak boleh hidup tanpa isterinya.

Nasihat saya kepada kaum wanita, jika anda mahu suami anda menyayangi anda sepenuh jiwa, layanlah beliau sehingga ke tahap hal seluar dalamnya pun beliau perlu bertanya kepada anda untuk mendapat kepastian.


Dalam pada itu, menguruskan anak-anak untuk menerima pendidikan, memastikan perut anak-anak berisi sebelum  ke sekolah juga amat penting. 

Kesemua hal ini akan menambah kebahagiaan rumahtangga anda. Ia akan menambah rasa sayang dan rasa kebergantungan anak-anak kepada anda. Sekaligus menyebabkan diri anda akan sentiasa diutamakan oleh mereka.

Ini adalah bukti jelas ".. sesungguhnya Aku akan menambahkan kepada kamu".

Sebaliknya jika kita ingkar, tidak menjaga dan mengurus rumahtangga dengan baik ".. azab-Ku sungguh keras" dan "Allah cepat buat hitungan".

Rumahtangga akan berantakan. Suami hilang rasa hormat lalu mula memandang wanita lain selain dari anda.

Anak-anak menjadi tidak hormat kepada anda. Akhirnya, kita merasa iri hati melihat kebahagiaan orang lain. Kita mula mengimpi untuk menjadi orang lain.

Apabila ini terjadi kehidupan kita sudah tidak asli lagi sedangkan kita disarankan supaya hidup dengan gaya hidup kita sendiri. 


Bagi seorang suami pula, walaupun tugas hakiki beliau sedikit berbeza. 

Namun, bentuk beliau merealisasi rasa bersyukur adalah sama iaitu dengan menjaga tuntutan  tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dengan sebaik mungkin. 

Saya menulis sedikit mengenai hal rumahtangga ini kerana seringkali menerima persoalan ini menerusi email. 

Oleh yang demikian, saya mengingati diri saya sendiri dan sesiapa sahaja yang sedang membaca tulisan ini supaya sentiasa menunjukkan rasa bersyukur dengan melakukan perkara-perkara benar yang telah dirancang dengan teliti.

Jadikanlah setiap kebaikan yang sedang anda perolehi sebagai motivasi untuk membuat lebih banyak lagi kebaikan

Moga-moga apa sahaja kebaikan dan rezeki yang dikurniakan kepada anda akan bertambah.

Sebaliknya, jika anda sedang menerima nasib malang, ketahuilah anda sebenarnya sedang ingkar, lalu anda sedang di azab.

Keadaan malang ini datangnya dari diri anda sendiri yang masih gagal mencari punca bagaimana ianya menjadi sedemikian.

Lihatlah ke dalam diri anda sedalam-dalamnya, berikanlah kata-kata perangsang untuk diri anda sendiri. 

Mudah-mudahan anda mendapat idea dan berikhtiar mengatasinya.



Ashwed



Sunday 15 January 2017

Bagaimana Ianya Bermula .......

Kedamaian Untuk Semua,

Apa sahaja tradisi ritual samada bersifat global atau lokal pasti mempunyai sejarah bagaimana ianya bermula.

Sebagai contoh di dalam perayaan Tahun Baru Cina yang akan diraikan tidak lama lagi, kita biasa menyaksikan rakan-rakan berbangsa Cina kita memakai baju berwarna merah serta menyalakan mercun papan.

Mengapakah mereka melakukan sedemikian ? Berikut adalah kisah bagaimana ianya bermula ?

According to tales and legends, the beginning of the Chinese New Year started with a mythical beast called the Nian. Nian would eat villagers, especially children. One year, all the villagers decided to go hide from the beast. An old man appeared before the villagers went into hiding and said that he's going to stay the night, and decided to get revenge on the Nian. All the villagers thought he was insane. The old man put red papers up and set off firecrackers. The day after, the villagers came back to their town to see that nothing was destroyed. They assumed that the old man was a deity who came to save them. The villagers then understood that the Nian was afraid of the color red and loud noises. When the New Year was about to come, the villagers would wear red clothes, hang red lanterns, and red spring scrolls on windows and doors. People also used firecrackers to frighten away the Nian. From then on, Nian never came to the village again. The Nian was eventually captured by Hongjun Laozu, an ancient Taoist monk. The Nian became Hongjun Laozu's mount.

Di dalam tradisi agama Hindu pula, mereka melakukan Pradakshina iaitu suatu ritual berjalan mengelilingi batu kerana kisah berikut ;

A legend related to goddess Parvati (Shiva's wife) and her two sons illustrates the importance of Pradakshina or Parikrama. It is said that the goddess asked her two sons to circumambulate the universe to gain worldly knowledge. While her first son Kartikeyan spent decades to go round the world on his peacock, his second son Ganesha walked a full circle around his mother and justified his action by stating that the World was contained within the figure of the mother. This legend justifies the importance that Hindus attach to the practice of Parikrama, and also the importance of motherhood in Hindu psychology. Another (patriarchal) version of the same story replaces the figure of Parvati with Shiva himself.

Di dalam tradisi Judaism, kita biasa menyaksi mereka meletakkan nota di celah rekahan batu Dinding Barat, Jerusalem.

Ini adalah kisah di sebalik kelakuan itu ;

The earliest account of the placing prayer notes into the cracks and crevices of the Western Wall was recounted by Rabbi Chaim Elazar Spira of Munkatch (d. 1937) and involved Rabbi Chaim ibn Attar (d. 1743) who instructed a destitute man to place an amulet between the stones of the Wall.

The rationale behind placing prayer notes in the Wall has been traced to the Midrashic teaching that the Divine Presence has never moved from the Western Wall and the Kabbalistic teaching that all prayers ascend to Heaven through the Temple Mount, which the Western Wall abuts.

Tradisi Membuat Patung Berhala

Saya membuat sedikit penyelidikan mengenai bagaimana pemujaan berhala bermula.

Walaupun tidak banyak maklumat yang saya perolehi, namun sedikit sebanyak ia dapat membantu saya membuat beberapa kesimpulan yang boleh diterima akal.

Bayangkan anda hidup seribu, dua ribu atau tiga ribu tahun yang lepas iaitu di suatu zaman di mana  manusia masih belum menemui teknologi-teknologi yang berupa pengubah zaman.

Di zaman itu, pengetahuan adalah sesuatu yang mewah dan sukar diperolehi. Anda perlu berkelana keluar dari kampung untuk mencari secebis ilmu.

Sekolah dan Universiti bukanlah asas kehidupan. Di ketika itu, ikhtiar hidup manusia masih lagi sangat asas iaitu setakat mencari stok makanan.

Katakanlah di kampung anda tinggal ada seorang guru yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang sains dan teknologi. Beliau menggunakan segala pengetahuan ini untuk memudahkan kehidupan keluarganya.

Skil-skil ini biarpun rendah jika dibandingan dengan teknologi di zaman ini, namun ianya sangat membantu kehidupan manusia dahulukala.

Menyaksikan hal ini, maka ramailah manusia dari sekitar kampung anda datang untuk belajar asas sains dan teknologi.

Guru ini menjadi begitu terkenal kerana membantu memudahkan kehidupan rakyat.

Perkara ini akhirnya sampai ke pengetahuan pemerintah negeri lalu guru ini diberi penghormatan yang tinggi.

Suatu hari guru ini meninggal dunia. Penduduk negeri mula mencari jalan untuk memastikan jasa guru ini dikenang oleh generasi hadapan.

Di zaman yang tiada kertas, jauh sekali kamera, bagaimanakah agaknya mereka mahu memastikan imej guru ini dikenali oleh generasi anak cucu mereka ?

Jika anda perhatikan peninggalan dari ketamadunan yang lampau, pasti anda dapat melihat bagaimana orang-orang zaman itu begitu handal mengukir atau memahat batu.

Inilah teknologi yang paling hebat di zaman lampau. 

Oleh yang demikian, inilah metod yang dilakukan oleh pemerintah negeri itu, mereka memahat imej guru ini sebagai mengenang jasa, sebagai kenangan dan pengetahuan kepada generasi hadapan tentang orang ini.

Pada mulanya imej yang terukir ini hanya di pamer di galeri awam di pusat pentadbiran negeri.

Namun, setelah beberapa ketika, kampung asal guru ini juga mahu supaya imej guru yang terkenal ini di pamerkan di kampung mereka. 

Lalu, dipahatlah imej kedua lalu diletakkan di tengah kampung.

Melihatkan perkara ini, kampung-kampung lain juga mahu berbuat demikian kerana merasakan guru ini juga adalah menjadi kebanggan mereka.

Akhirnya, tanpa disedari imej ini dipahat dan dipamer di kebanyakkan kampung di negeri itu.

Pemahat-pemahat mula mendapat tempahan yang melimpah-ruah, kehidupan mereka bertukar menjadi senang.

Para pemahat yang bersaing sesama sendiri mula memikir cara untuk memasarkan produk-produk imej guru ini dengan lebih agresif.

Pelbagai bentuk imej mula memasuki pasaran. Ada yang menyamai saiz sebenar, ada yang diukir secara mini supaya boleh diletak di dalam rumah.

Bagi peminat tegar, mereka mahu sentiasa bersama imej guru ini, maka suatu bentuk imej yang lebih mini pun diukir supaya boleh di bawa ke mana-mana.

Yang lebih tegar dan mahu menunjuk beliau lebih memuja guru ini maka imej ini digantung sebagai kalung di leher mereka.

Dari aksi berdiri, kini pelbagai aksi sudah diukir untuk melariskan jualan. Ada imej yang sedang ketawa, sedang berbaring dan lain-lain aksi.

Ada juga imej di mana guru ini sedang membuat aksi kegemarannya semasa bermeditasi iaitu bersila dengan kedudukan tangan dan jari yang tersendiri (vipassana) dan macam-macam jenis aksi lagi.

Image result for Giant Buddha

Image result for Fat Buddha

Image result for sleeping buddha

# Saya mengambil patung buddha sebagai contoh bukan kerana mahu menghina agama ini tetapi kerana kesuntukan masa untuk mencari imej lain dan seterusnya menyampaikan point saya.

Manusia apabila mereka menumpukan usaha untuk berfikir, bermacam perkara kreatif akan muncul.

Lama kelamaan, guru ini bukan sahaja dikenang jasanya malahan mula dipuja dengan ritual-ritual yang standard dan sistematik.

A023

"Dan mereka berkata, ‘Janganlah tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan tinggalkan Wadd, dan jangan juga Suwaa, Yaghut, Yakuq, dan jangan juga Nasr " AQ 71:23

Di katakan di dalam keterangan di atas tercatat nama-nama guru terkenal yang diukur dan dipahat sebagai patung. 

Lama-kelamaan patung ini dijadikan berhala pemujaan oleh generasi selepas mereka meninggal.

 Pelajaran Dari Peristiwa Terkini

Baru-baru ini saya membaca satu artkel yang menyebabkan saya menggeleng kepala.

Saya sering membaca akhbar-akhbar Melayu untuk melihat perkembangan masyarakat saya. Apa yang boleh dijadikan iktibar akan saya sampaikan di dalam blog ini. Mungkin ramai yang tidak perasan akan hal ini.

Berikut adalah imej dari artikel berkenaan. Anda boleh membuat penilaian sendiri dari isi artikel yang telah saya sampaikan di atas.

Saya percaya penerangan yang diberi untuk menjelaskan tindakan ini mungkin sama sahaja dengan orang kampung di zaman lampau seperti yang saya imaginasikan.






Ramai dikalangan kita yang sudah menggantung replika ini di kereta-kereta.

Sementara, di pejabat-pejabat, kain dari bangunan ini di frame dan digantung atas sebab yang mereka sahaja ketahui.

Ashwed

Monday 2 January 2017

Ilmu Mengenal Diri

Kedamaian Untuk Semua,

Di dalam masyarakat kita apabila disebut "orang itu berilmu", secara otomatis kita merasakan orang itu mempunyai kuasa sakti.

Kuasa sakti itu seringkali diceritakan secara ditambah-tambah sehingga ia menjadikan seseorang itu lebih besar dari dirinya.

Apabila perkara ini diulang cerita selama beratus-ratus tahun ia akhirnya membentuk mitologi di mana untuk memastikan generasi yang seterusnya mempercayai cerita ini satu mekanisma pertahanan akan di cipta.

Di antaranya, "dalam soal agama kita tidak boleh mengguna akal", "kalau tidak percaya anda murtad", "hanya orang yang beriman sahaja boleh mempercayai hal ini", "dia sudah menerima hidayah" dan lain-lain lagi.

Masyarakat kita seolah-olah memandang tinggi akan kesaktian seseorang itu sehingga kita menggelarnya sebagai seorang "yang berilmu" sungguhpun kita tidak pernah pun meyaksikan kesaktian itu. Yang sebenarnya kita sendiri pun dengar orang lain beritahu. Begitu juga orang lain itu.



Ada yang boleh menewaskan buaya dengan tangan, ada yang boleh menangkap hantu, ada yang boleh "bersolat" di Mekah pada setiap waktu sungguhpun beliau hanya menginap diceruk kampung, ada yang kerjayanya menangkap jin sehingga diberikan PHd dan macam-macam lagi karier dari alam melayu kuno yang dibawa ke alaf baru.

Untuk belajar ilmu-ilmu "ghaib" ini pelbagai syarat dikenakan sebelum boleh memulakan pembelajaran, di antaranya ialah seseorang itu perlu mandi rawatan dengan bahan-bahan seperti berikut :-

a. 7 botol minyak attar kasturi ;
b. 7 biji limau nipis atau limau purut ;
c. 7 kuntum bunga kenanga atau bunga cempaka putih ; dan
d. sedikit serbuk kemenyan

** saya tidak meragui bahawa bahan-bahan semulajadi ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Namun, menjadikan ia pra-syarat untuk berguru adalah sesuatu yang tidak masuk akal **

Anda boleh membacanya di sini http://kenal-diri.net/pengenalan-alam-diri/

Sebagai artikel pertama pada tahun ini, apa kata kita melihat sedikit apakah sebenarnya ilmu mengenal diri.

Adakah setelah kita menguasai ilmu ini diri kita akan mendapat kuasa sakti sehingga kita boleh berjalan di atas air ?

Diri Ini

Kebanyakkan ahli falsafah dunia seperti Socrates, Plato dan Aristotle berpendapat bahawa permulaan kepada kebijaksanaan ialah dengan mengenal diri.

Di dalam Bahasa Greek kuno ia dikenali sebagai GNOTHI SEAUTON atau Know Thyself.

Know Thyself adalah salah satu dari Delphic Maxim yang membentuk prinsip kehidupan orang-orang Greek zaman silam.


** Socrates yang mengenengah maxim ini. Aristotle menggunakannya sebagai sebahagian daripada hujah beliau semasa dibicarakan **

Sementara di dalam Al Quran pula, ia menyarankan supaya kita merenung alam sekeliling dan ke dalam diri sendiri untuk mempelajari bagaimana dunia ini beroperasi.

A020

"Di bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin " AQ 51:20

A021

"Dan di dalam diri-diri kamu sendiri; apa, tidakkah kamu lihat?" AQ 51:21

Mengapa kita perlu mengenal diri sendiri ?

Di dalam dunia pop, terdapat satu kegilaan di mana para peminat tegar seseorang penyanyi akan mempelajari segala-galanya mengenai penyanyi itu .

Dari warna kegemaran, makanan kegemaran, minuman kegemaran, hobi dan sebagainya semuanya dipelajari oleh para peminat penyanyi itu.

Di dalam dunia normal pula, kebiasaanya kita diperlukan untuk mengetahui hal-hal peribadi pasangan kita barulah kita boleh dikatakan sebagai pasangan yang romantis.

Pernahkah kita terfikir, di antara contoh yang saya berikan di atas dengan siapakah yang kita paling lama hidup ? Penyanyi pop ? pasangan kita ? atau diri kita sendiri ?

Sudah tentulah diri kita sendiri.

Adakah logik, apabila diri kita sendiri, iaitu satu-satunya individu yang akan kita habiskan masa bersama seumur hidup itu kita langsung tidak mengambil inisiatif mengetahui mengenainya ?

Persoalan yang seterusnya ialah benarkah anda sudah mengenal diri anda sendiri ?

Jika benar, cuba anda jawab apakah jenis darah anda ?

Ramai yang masih belum mengetahui jenis darah sendiri. Itulah hakikatnya.

Mengenal Diri

Mengenal diri bukanlah satu jenis ilmu yang darinya kita beroleh kesaktian.

Berikut adalah dakwaan apa yang akan diperolehi oleh seseorang apabila belajar "Ilmu Mengenal Diri".

*************************************************
Apa yang akan anda dapat setelah khatam ?

  • Dapat mengingat, mentauhid dan mengEsakan Allah setiap masa dan ketika.
  • Terhindar dari syirik jali dan syirik khafi.
  • Akan ditemukan dengan guru mursyid di dalam diri.
  • Dapat merawat diri sendiri, keluarga, sahabat dan orang yang memerlukan.
  • Dapat mengunci diri dari sebarang perbuatan / gangguan jin.
  • Urusan kehidupan seharian akan lebih mudah atas kehendak Allah.
  • Akan terus dibimbing tentang kaedah rawatan dari masa ke semasa.
******************************************************************

Pada pendapat saya apa yang dimaksudkan dengan maxim GNOTHI SEAUTON atau yang orang kita kenali sebagai "Ilmu Mengenal Diri" ialah mengambil tahu mengenai ciri-ciri diri sendiri.

Sebagai contoh dengan mengetahui mengenai jenis darah yang mengalir di dalam diri kita, maka kita boleh merancang mengenai pemakanan yang sesuai dengan kita.

Ini adalah antara perkara yang paling asas untuk kita ketahui kerana diet pemakanan kita sangat berkait rapat dengan jenis darah kita.

Tidak semua makanan yang baik untuk orang lain adalah baik untuk kita.

Jika kita tidak mengambil tahu mengenai perkara ini, kemungkinan untuk kita ditimpa penyakit berbahaya adalah tinggi.

Berikut adalah catatan Dr Peter J'adamo di dalam bukunya "Eat Right For Your Type".

Do you think knowing your blood type is only important in the event of a transfusion? Think again! Research indicates that your blood type is a key genetic factor that influences many areas of health and well-being.

Throughout your life, you’ve probably observed that some people tend to lose weight more easily, while for others, their weight is an ongoing battle. Or wondered why some people are plagued by chronic illness while others stay healthy and vital well into their advanced years. Very simply, the answer is in your blood type.

Knowing your blood type is an important tool for understanding how your body reacts to food, your susceptibility to disease, your natural reaction to stress, and so much more. A single drop of blood contains a biochemical makeup as unique to you as your fingerprint. 



Anda boleh membacanya di sini https://www.dadamo.com/

Berikut adalah contoh diet yang sesuai dengan jenis darah ;



Kita adalah apa yang kita makan ..." Di bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin". Alam inilah yang mengeluarkan semua nutrisi yang menjadi makanan kita.


Namun kita perlu, melihat .. " dan di dalam diri-diri kamu sendiri " untuk mendapat kebaikan yang maksimum daripadanya.

Apabila kesihatan kita bercelaru, maka kita dengan mudah menjadi stress, kurang keyakinan diri, cepat marah dan yang paling penting, jika kesihatan kita terganggu kita akan gagal mencapai ILTIZAM (solla) yang kita impikan.

Ini adalah salah satu contoh dari pelbagai ciri diri yang kita perlu kenali dan fahami untuk mendapat kebaikan maksimum dari kehidupan ini.

Kita perlu ketahui ciri-ciri ini secara sendiri kerana setiap kita mempunyai ciri-ciri khas yang berbeza dari orang lain malah corak garisan di kulit kita pun tidak sama di antara seorang dengan yang lain.

Kesimpulan

Mengenal diri  bukanlah mempelajari hal-hal ghaib yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya.

Hal-hal ghaib ini tidak boleh dipanggil sebagai satu fakta. Ini adalah kerana tiada satu ujikaji muktamad yang pernah dibuat untuk menguji kebenaran hal ini.

Menjaga kesihatan dengan mengetahui diet yang sesuai dengan kita adalah di antara ciri-ciri mengenal diri yang paling asas untuk kita pakari.

Ini adalah suatu yang berbentuk fakta kerana sebelum mendapat keputusan yang muktamad banyak ujikaji telah dibuat. Kadang-kadang ia mengambil masa berpuluh tahun untuk mendapat keputusan yang paling tepat.

Selain daripada itu, banyak lagi perkara lain mengenai diri kita sendiri yang kita tidak ketahui.

Contohnya jika kita seorang yang mempunyai ketagihan samada ketagihan bahan terlarang atau ketagihan saikologi adakah ia adalah disebabkan oleh habit atau kimia yang dikeluarkan oleh organ otak ?

Mengetahui perkara ini akan memudahkan kita mencari jalan penyelesaiannya.

Itulah yang sepatutnya kita cari di dalam hidup ini, bukan mencari suatu jawapan kepada persoalan ghaib.

Apabila kita belajar sesuatu "ilmu"  kemudian mendakwa apabila tamat mempelajarinya kita sudah menjadi seorang yang berilmu bermakna kita mengakui bahawa kita sebenarnya tidaklah begitu cerdik.

Ini adalah kerana pengetahuan (ilmu) tidak berpenghujung.

Untuk menjadi seorang yang bijak kita perlu akui dahulu bahawa kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu.

Inilah yang dilakukan oleh Aristotle semasa perbicaraannya.

Beliau berhujah bahawa beliau adalah bijak daripada mereka yang membicarakannya kerana beliau mengetahui yang beliau tidak mengetahui segala-galanya.

Sedangkan mereka yang membicarakannya merasakan mereka mengetahui segala-galanya walaupun yang sebenarnya mereka tidak.

Mengakui bahawa diri kita tidak mengetahui ... Inilah awalan kepada permulaan menjadi seorang yang bijaksana.

Ashwed