Tuesday 23 June 2015

siri Ramadhan : Program Soum

 2:183 O you faithfuls, "asshiyaamu" is programmed for you, as it was programmed for those before you, so that you are observant.

2:184 A few specific days, therefore those who fall ill, or on assignments, so schedule it on other days. And for those who find difficulties in doing it, substitute the feeding of a poor person. Hence, whoever works goodness, so it would do him good, and that you "tasyuumu" is better if you know,

2:185 manifest heat which was sent within it, the Quran a guidance for the people, and explanations from the guidance, and the criterion. Therefore, whoever amongst you experiences the manifestation shall "yasyumhu". And those who are ill, or on assignments may therefore, account an equal number of other days. God wishes convenience for you, and He does not impose hardship upon you; and so that you could fulfill the schedule, and you shall glorify God for guiding you, so that you be appreciative.

2:186 And when My servants ask you about Me, I am always near, I respond to the call of any caller who calls on Me. Therefore, they shall respond to Me, and be faithful to Me, that they may be guided.

2:187 You are permitted during the nights of "asshiyaami" to mix with your women. They are your confidantes, and you are their confidants. God knew that you have betrayed yourselves, and therefore He redeemed you and pardoned you. Henceforth, mix with them, and seek you of what God has programmed for you, and savour it until its clear for you as that of a white thread distinguishable from a black thread is apparent. Then fulfill "asshiyaama" to the night. And you shall not mix with them whilst retreating in the institutions. These are the bounds of God (tilka hudud-dullah); therefore you shall not be near them. God thus clarifies His revelations for the people, that they become observant.

Di atas adalah keterangan yang menerangkan tentang "Program Soum" yang umat Islam seluruh dunia memahaminya sebagai menahan diri dari makan dan minum selama 30 hari di satu bulan yang dikenali sebagai Ramadhan.

Secara bahasa soum membawa erti menahan dari melakukan sesuatu atau to refrain.

Pada AQ 2:185, saya menggariskan kehendak Tuhan di dalam melakukan program soum. Iaitu Tuhan mahukan kemudahan kepada kita. Dia tidak ingin menimpakan kesusahan melalui program soum ini.

Adakah menahan diri dari makan dan minum adalah sesuatu yang menyusahkan ? Terpulanglah kepada definisi anda. 

Kalau berpeluang anda boleh bertanya kepada umat Islam yang kini berada di Iceland, samada tidak makan dan minum selama 22 jam itu perkara yang susah atau senang?

Bagi saya, program soum adalah satu program latihan untuk melatih kita supaya dapat membuang sifat buruk yang ada pada diri kita. 

Menurut AQ 2:185 Therefore, whoever amongst you experiences the manifestation shall "yasyumhu". Bermakna, sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai sifat-sifat buruk yang memerlukan perubahan. Maka, mereka perlu memasuki program latihan ini. 

Siapa di dalam dunia yang berani mengaku bahawa mereka adalah sempurna ? Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia. Maka, secara dasarnya, program ini perlu di ambil oleh keseluruhan manusia. 

Sifat buruk ini hanya diketahui oleh diri kita sendiri sahaja. Ia berbeza-beza di antara individu ke individu yang lain. 

Ingat ! Bukan semua orang mempunyai sifat buruk kuat makan dan minum. Hanya segelintir yang mempunyai sifat buruk sebegini. 

Oleh itu, kita tidak boleh "generalise" program soum kepada hanya terdiri dari menahan diri dari makan dan minum sahaja.

Ada orang sifat buruknya ialah cepat meluat dengan orang lain. Individu lain pula sifat buruknya kuat merokok atau menagih dadah. Yang lain pula kemungkinan mempunyai nafsu seks tinggi yang memudaratkan.

Ada seorang kawan saya dia suka menghantar gambar lucah melalui aplikasi whatsapp. Pagi-pagi selepas subuh dia akan menghantar mesej keislaman ke group kami. Bila datang tengahari mulalah beliau menghantar gambar lucah.

Bukanlah niat saya untuk mengata kawan sendiri. Tetapi itulah hakikat kehidupan. Kita tidak sempurna. We are perfectly imperfect. Inilah perkara yang menjadikan kita manusia.

Oleh sebab itulah Tuhan memerintahkan kita supaya melakukan program latihan ini. Ianya untuk diri kita sendiri. Bukan untuk Tuhan. Tuhan Maha Kaya. Dia tidak perlukan apa-apa pun dari kita. Kitalah yang memerlukan petunjuk dari Dia.

Menurut AQ 2:184 program latihan ini hendaklah di lakukan untuk tempoh hari yang spesifik. Tetapi jika seseorang mempunyai urusan lain pada hari tersebut. Maka, dia perlu meneruskan program latihan ini di hari yang lain.

Haid tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menunaikan program ini. Kehendak Tuhan ini sangat jelas tetapi kita selalu memilih untuk menolak Firman Tuhan.

Program ini perlu diteruskan sehinggalah seperti di AQ 2:187 "and savour it until its clear for you as that of a white thread distinguishable from a black thread is apparent". Iaitu sehingga kita dapat membezakan sifat buruk kita itu dengan sifat baik yang sepatutnya kita praktikkan.

Jika kita bekerja dengan Kerajaan atau Syarikat Korporat yang besar. Mereka sering menghantar para pekerja mereka menghadiri kursus.

Tujuan kursus ini adalah untuk menjadikan pentadbiran mereka licin dan sempurna. Begitulah perumpamaan program soum. 

Banyak sifat buruk yang kita perlu buang. Mungkin kita boleh lakukanya satu- persatu. Sedikit demi sedikit sehinggalah kita dapat menjadi manusia yang berguna untuk manusia lain. 

Contoh program soum yang pernah diceritakan di dalam Al Quran

A026

"Maka makan dan minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa (souman) untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara kepada seorang manusiapun pada hari ini". AQ 19:26

Di dalam keterangan di atas. Saidatina Maryam, ibu kepada Nabi Isa, sedang melakukan program soum.

Ia jelas bahawa Tuhan tidak melarang beliau dari makan dan minum. Tetapi, Tuhan melarangnya bercakap kepada manusia lain. 

Kemungkinan besar sifat buruk Saidatina Maryam ialah beliau kuat bercakap iaitu sehingga ke tahap yang memudaratkan dirinya. 

Wallahualam. Saya mungkin salah, tetapi saya juga mungkin benar. Jika saya salah, saya hanya melakukan kesalahan ini seorang diri. Namun, jika saya benar maka terdapat hampir 2 billion umat Islam sedang melakukan kesalahan.

Ashwed 










Monday 22 June 2015

Siri Ramadhan : Ekuinoks


Di atas adalah jangka waktu "berpuasa" dari makan dan minum yang diwajibkan kepada umat Islam di serata dunia.

Dari jadual di atas kita di malaysia, mungkin akan merasa bersyukur kerana hanya perlu menahan makan dan minum selama 13 jam sahaja. 

Tetapi, jika kita secara kebetulan dilahirkan sebagai seorang muslim di Iceland, ketahuilah bahawa kita tidak boleh makan dan minum selama 22 jam.

Sebagai seorang yang diberikan akal fikiran sudah tentu kita akan tertanya, apa benarkah Tuhan memerintah hambanya supaya tidak makan dan minum sehingga 22 jam sedangkan menurut AQ 2:185 Tuhan berfirman "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak mahu kesukaran bagimu".

Perkara ini terjadi kerana tafsiran perkataan "Syahru Ramadhan" yang diterjemahkan sebagai Bulan Ramadhan. 

Kalendar Hijri

Untuk kita memahami perkara ini, kita perlu faham dahulu akan sejarah Kalendar Hijri.

Kalendar Hijri mula diterimapakai di zaman Khalifah Umar Al-Khattab 17 tahun selepas Nabi Muhammad wafat. 

Ia dipakai kerana seorang pegawai kerajaan Khalifah Umar Al-Khattab mengadu susah untuk mengenalpasti mana satu arahan yang baru dengan yang lama.

Ini adalah kerana kalendar yang dipakai pada waktu itu tidak mempunyai tahun.

Mereka mengguna tajuk. Sebagai contoh tahun 570 masihi iaitu tahun Nabi Muhammad dilahirkan dikenali sebagai Tahun Gajah.

Sementara, tahun Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Medinah dikenali sebagai tahun "The Permission to Travel" iaitu 622-623 masihi.

Sebelum Kalendar Hijri dicipta, manusia di zaman Nabi Muhammad sudahpun mengguna kalendar lain. Kita mengenalinya sebagai Kalendar Jahili.

Berikut adalah perbandingan di antara kalendar pra-islam dan post-islam ;


Number / رقم Jāhili الشهور الجاهلية Islamic الشهور الإسلامية
1 muʾtamir or al-muʾtamir مُؤْتَمِر أو المُؤْتَمِر muḥarram مُحَرَّم
2 nājir نَاجِر ṣafar صَفَر
3 khawwān or khuwān خَوَّان أو خُوَّان rabīʿ al-ʾawwal ربيع الأول
4 wabṣān وَبْصَان rabīʿ al-ʾākhir or rabīʿ ath-thānī ربيع الآخر أو رابيع الثاني
5 ḥanīn حَنِين jumādā al-ʾūlā جمادى الأولى
6 rubba رُبَّى jumādā al-ʾākhirah or jumādā ath-thāniyah جمادى الآخرة أو جمادى الثانية
7 al-ʾaṣamm or munṣil al-ʾasinnah or al-muḥarram الأَصَمّ أو مُنْصِل الأَسِنّـَة أو المُحَرَّم rajab رجب
8 ʿādhil عَإذِل shaʿbān شعبان
9 nātiq نَاتِق ramaḍān رمضان
10 waʿl or waʿil وَعْل أو وَعِل shawwāl شَوّال
11 warnah وَرْنَة dhū al-qiʿdah ذو القعدة
12 burak or maymūn بُرَك أو مَيْمُون dhū al-ḥijjah ذو الحجّة

(an-nasīʾ) (النسيء)

*Sources for the names of these pre-Islamic months are Al-muntakhab min gharīb kalām alʿarab [7] of Abū al-ḥasan ʿalī bin al-ḥasan bin al-ḥusayn al-hunāʾī ad-dūsā (d. 309 A.H./921 C.E.)(known more commonly as "Kurāʿ an-naml") and Lisān al-ʿarab[8] of Ibn Manẓūr (d. 711 A.H./1311 C.E.).

Dari jadual di atas maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa sewaktu Nabi Muhammad menulis Al Quran, baginda tidak pun mengetahui bahawa terdapat satu bulan yang dinamakan Ramadhan.

Ini adalah kerana di zamannya, Baginda hanya mengetahui dan memakai kalendar yang di kenali sebagai Kalendar Jahili. 

Bulan kesembilan sewaktu Baginda masih hidup dikenali sebagai Natiq.

Melalui data ini maka kita tidak dapat lari dari membuat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad tidak pernah melalui bulan yang dinamakan Ramadhan seumur hidup baginda.

Kebenaran memang pedih untuk ditelan.

Syahru Ramadhan

Menurut Al Quran Word Concordance Occurances (satu project yang menyenaraikan kesemua akar kata perkataan dan berapa kali ianya timbul), maksud Ra-Miim-Dad (akar abjad ramadan) adalah seperti berikut ;

Ra-Miim-Dad = to be burning, heat, be blasted by the sun. ramaDda - to sharpen (a spear) between stones, roast, pasture on a burning ground, burn. ramDda - scorching heat, burning hot (ground). ramadzan - the ninth month of Islamic calendar, the month of fast.
ramadan n. 2:185

Sementara Shin-ha-ra (akar abjad syahru) ;

Shiin-ha-Ra = make it notable/known/manifest/public/infamous (in a bad or good sense), hire/contract for a month, stay a month, month old, month, new moon, moon, full moon, any evil thing that exposes its author to disgrace, a vice/fault or the like, big & bulky, reputable/eminent. 

shahr n.m. (pl. shuhur and ashur) 2:185, 2:185, 2:194, 2:194, 2:197, 2:217, 2:226, 2:234, 4:92, 5:2, 5:97, 9:2, 9:5, 9:36, 9:36, 34:12, 34:12, 46:15, 58:4, 65:4, 97:3
 
Ia adalah jelas kepada kita bahawa syahru ramadhan paling tepat diterjemahkan sebagai manifest heat. Semasa "Manifest Heat" inilah Tuhan menurunkan Al Quran. 

Ia kemudiannya ditafsirkan sebagai Bulan Ramadhan iaitu bulan kesembilan dari kalendar yang mereka baharu sahaja cipta, iaitu 17 tahun selepas Nabi wafat (Nabi tidak tahu akan kalendar ini).

Kemudian, para agamawan mengaitkan pula bulan ini dengan program soum.

Oleh kerana Kalendar Hijri hanya mempunyai 354.37 hari, maka bulan kesembilan ini sentiasa berubah-ubah kerana Kalendar Hijri berasaskan pengorbitan bulan terhadap bumi.

Dan oleh kerana para agamawan mentafsir program soum sebagai menahan diri dari lapar dan dahaga, maka kini kita menghadapi masalah mengenai kadar waktu berpuasa. 

Ia timbul akibat globalisasi populasi muslim di seluruh dunia.

Ekuinoks

Untuk mengetahui bilakah sebenarnya berlaku "manifest heat" atau "syahru ramadhan" kita perlu membuat sedikit kajian mengenai astronomi.

Di dalam perjalanan bumi mengorbit matahari terdapat dua masa di mana siang dan malam tepat mengambil tempoh 12 jam.

Ia dikenali sebagai Ekuinoks. Ia berlaku pada hari ke-20 bulan Mac dan hari ke-22 bulan September.

Berikut adalah waktu bumi mengalami ekuinoks sehingga tahun 2020;

UT date and time of
equinoxes and solstices on Earth[1]
event equinox solstice equinox solstice
month March June September December
year
day time day time day time day time
2010 20 17:32 21 11:28 23 03:09 21 23:38
2011 20 23:21 21 17:16 23 09:04 22 05:30
2012 20 05:14 20 23:09 22 14:49 21 11:12
2013 20 11:02 21 05:04 22 20:44 21 17:11
2014 20 16:57 21 10:51 23 02:29 21 23:03
2015 20 22:45 21 16:38 23 08:20 22 04:48
2016 20 04:30 20 22:34 22 14:21 21 10:44
2017 20 10:28 21 04:24 22 20:02 21 16:28
2018 20 16:15 21 10:07 23 01:54 21 22:23
2019 20 21:58 21 15:54 23 07:50 22 04:19
2020 20 03:50 20 21:44 22 13:31 21 10:02

Perkataan Ekuinoks berasal dari perkataan latin  aequas (equal) dan nox (night). 

Bumi akan mengalami suhu panas yang melampau pada kedua-dua waktu ini. Itulah sebabnya ia dikenali sebagai "manifest heat".

Dari data yang dikumpulkan di atas, maka kita boleh menyimpulkan bahawa Al Quran kemungkinan besar diturunkan pada bulan Mac atau bulan september.

Ini adalah kerana di waktu inilah bumi mengalami suhu melampau yang dikenali sebagai "Syahru Ramadhan" atau "Manifest Heat".

Dalam bahasa sains ia dikenali sebagai ekuinoks. 

Pada waktu ini juga bumi, yakni hemisfera utara dan hemisfera selatan mengalami waktu siang dan malam yang sama tempoh iaitu selama 12 jam.

Jika, umat Islam "berpuasa" dari menahan makan dan dahaga pada mana-mana bulan ini, maka kesemua negara di dunia akan mengalami tempoh "berpuasa" yang serupa.

Wallahualam. Saya mungkin salah. Tapi, saya juga mungkin benar. Jika saya salah, saya membuat kesalahan ini seorang diri. Tetapi jika saya benar, bermakna hampir 2 billion umat Islam sedang melakukan kesalahan.

Ashwed.

Sunday 21 June 2015

Siri Ramadhan : Dunia Hologram

A185

" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya (mata-'ul-ghuru-ri) - holograph" AQ 3:185


A020
 
" Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah  permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu  serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; seperti hujan yang menyebabkan tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian ia menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras, dan keampunan dari Allah serta keredaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (mata-'ul-ghu-ru-ri) - holograph " AQ 57:20


 
Pernahkah anda terfikir, siapa yang mengajar kita di mana utara, selatan barat dan timur ? 
Siapa yang mengajar kita apakah maksud melangkah ke depan dan apakah maksud melangkah ke belakang ?
Siapakah yang mengajar kita di atas dan di bawah ?
Sebenarnya semua itu hanyalah petunjuk untuk kita jadikan pedoman. Ia telah ditetapkan oleh orang sebelum kita. Kita hanya menurut sahaja ketetapan itu.
Walaubagaimanapun, kita sebenarnya tahu dua perkara secara semulajadi. Kita tahu perkara ini semenjak dilahirkan dengan pasti. Walaupun perkataan yang menerangkannya berbeza mengikut bahasa. Namun kita sangat pasti keadaannya.
KITA TAHU membezakan perkara yang di dalam diri kita dan perkara yang di luar diri kita.
Kesemua perkara yang kita berpengalaman mengalaminya, sebenarnya hanya kita alami di dalam diri kita. Lebih tepat ialah di AKAL kita.
Menurut sains kesemua perkara yang kita lihat sebenarnya adalah pantulan cahaya yang mengakibatkan imej terbentuk di retina mata kita yang kemudiannya diterjemahkan oleh OTAK kita.
Maka, jika kita hari ini menaiki kapal terbang untuk pergi ke London. Di manakah sebenarnya kita mengalami pengalaman kota London ?
Sudah tentulah hanya di dalam diri kita. Kita tidak boleh keluar dari diri kita dan merasai pengalaman ini.
Begitu juga semua deria yang Tuhan berikan kepada kita. Deria melihat, mendengar, merasa, menghidu dan sentuh. Kesemua deria ini sebenarnya hanya kita alami di otak kita. 
Menurut sains, kesemua deria ini akan menghasilkan denyutan elektronik apabila mengalami tindakbalas. Denyutan ini akan menghantar data kepada otak kita untuk di terjemahkan sebagai deria-deria ini. Apa yang kita lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh semuanya kita alami di otak atau akal.
Begitulah betapa pentingnya AKAL kita. Tanpa akal kita sebenarnya sudah mati. Maka adalah menjadi jenayah yang amat berat jika kita mengikut DOKTRIN TIDAK BOLEH MENGGUNA AKAL. Anda sebenarnya sudah mati jika anda menolak untuk mengguna akal.




Dengan data ini, kini kita boleh memahami AQ 3:185 dan AQ 57:20 dengan lebih mendalam. Kini, kita tahu bahawa dunia materi yang kita sedang hidup sekarang hanyalah diwujudkan oleh otak kita.


Ia berkemungkinan tidak akan wujud lagi jika otak kita berhenti beroperasi. 

Dari sini juga, kita boleh mengambil keputusan untuk memahami apa yang di alami oleh Nabi Muhammad di AQ 53:1-18. Samada ianya di alami oleh Nabi Muhammad secara materi atau hologram sahaja.

Siapakah yang memberi nikmat ini semua untuk kita alami ? Kita tidak berdaya untuk mewujudkan kesemua ini. Malah, kita tidak tahu pun bagaimana kita tiba-tiba dilahirkan.

Kesemua ini diberikan kepada kita oleh Zat Asal yang tiada tolok bandingnya. Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Mencipta lagi Maha Perkasa.


A078

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran; supaya kamu bersyukur" AQ 16:78


Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kita ingin dustakan ?

Ashwed.






Friday 19 June 2015

Siri Ramadhan : Malaikat, Iblis, Jin dan Syaitan

Ini adalah topik kegemaran orang-orang Melayu. Selama beratus-ratus tahun "alam Mistik" menjadi inspirasi orang Melayu. Banyak legenda alam mistik yang kita lahirkan.

Di zaman ini, kegilaan orang melayu kepada alam mistik diteruskan dengan membuat filem mengenai makhluk halus yang mereka sangka wujud secara fizikal ini.

Kita juga percaya di bulan Ramadhan ini, semua makhluk-makhluk halus dipenjara selama 30 hari. Tapi benarkah demikian. Kalau benar mengapa masih ada jenayah yang berlaku di bulan Ramadhan.

Di Timur Tengah, pusat "syaitan" berkumpul, mereka masih berbunuhan sesama bangsa di bulan Ramadhan. Malah, tergamak mengebom masjid dan pasar di bulan Ramadhan.

Malaikat, Iblis , Jin dan Syaitan menurut perspektif Al Quran

Saya sudah menerangkan bahawa setiap perkataan di dalam Al Quran di dirikan dengan akar kata. Akar kata ini membentuk jaringan yang menjadikan Al Quran mukjizat.

Akar-akar kata ini membolehkan kita memahami konsep bagaimana Tuhan mentadbir dunia ini dengan lebih mendalam. Ini adalah kerana setiap akar kata ini sentiasa konsisten. 

Untuk memahami siapakah malaikat, iblis, jin dan syaitan dan hakikat kewujudan mereka, maka kita perlu mentafsir asal akar kata yang membentuk perkataan ini.

Mula-mula mari kita kaji ayat ini ;

A034

"Dan (ingatlah), ketika Kami berfirman kepada para malaikat : "Patuhlah (asjudu) kamu kepada Adam", maka patuhlah (fasjudu) mereka semua KECUALI iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan yang kafir (rebel)" AQ 2:34

Dari keterangan di atas, adalah jelas bahawa iblis berasal dari keturunan malaikat kerana ia berada di perhimpunan yang sama dengan para malaikat lain.

Keterangan yang seterusnya ;


A050


"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Patuhlah (Isjudu) kamu kepada Adam, maka patuhlah (fasajadu) mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim" AQ 18:50

Dari keterangan di atas kita juga dapat menyimpulkan bahawa jin = iblis. 

Oleh kerana melalui AQ 2:34, kita mendapati bahawa iblis berasal dari keturunan malaikat. Maka kesimpulan yang seterusnya ialah malaikat = iblis = jin.

Inilah sebabnya Tuhan mengkategori Jin dan Manusia (tanpa menyebut iblis dan malaikat) sebagai abdiNya. Ini adalah kerana malaikat, iblis dan jin adalah sama.


A056

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku" AQ 51:56

Malaikat berasal dari abjad mim-lam-kaf yang membawa erti kuasa.

Dari abjad ini ia membentuk kata terbitan lain seperti Malik = Raja/Penguasa dan Mulk = Kerajaan/Yang Berkuasa.

Kuasa adalah satu tenaga. Ia tidak dapat dilihat di pandangan mata. Hanya kesan kuasa yang boleh kita lihat.

Jin pula membawa maksud tersembunyi. Ia berasal dari abjad jim-nun-nun.

Ia menerbitkan perkataan lain seperti janin = bayi di dalam perut adalah tersembunyi dari pandangan mata.

Jannah = taman, wadi atau oasis, apabila berada di dalam jannah, padang pasir menjadi tersembunyi dari pandangan mata.

Dari fakta di atas maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa jin = iblis = malaikat adalah kuasa yang tersembunyi dari pandangan mata.

Adakah jin = iblis = malaikat ini adalah satu makhluk yang wujud secara fizikal di realm kita.

Sudah tentu tidak. Mereka hanya tersembunyi. Tempat persembunyian mereka adalah di akal kita. 

Contoh ;


Katakan kita terjumpa wang sebanya RM1000 di tepi jalan raya. Kita akan secara automatik berfikir. Samada mahu menyerah kembali wang tersebut. Atau mengambilnya seperti hak kita.

Di sini jin = iblis = malaikat akan menghasut kita. Hasutan mereka terdiri dari hasutan yang baik dan hasutan yang jahat. 

Hasutan yang baik mewakili malaikat (kuasa) yang patuh kepada keturunan Adam seperti AQ 2:34.

Manakala hasutan yang jahat adalah datangnya dari iblis = jin. Malaikat (kuasa) yang tidak mahu patuh kepada keturunan Adam.


A001
"Katakanlah : "Aku berlindung kepada Pemelihara manusia. "


A002
"Raja (malik) manusia, "


A003
" Tuhan manusia, "


A004
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, "


A005
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, "


A006
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia" AQ 114:1-6

Jika kita mengambil keputusan untuk menyimpan wang tersebut seolah-olah ianya hak kita maka kita terjerumus kepada hasutan jahat kuasa yang tidak mahu patuh kepada keturunan Adam.

Inilah yang di panggil "Syaitan". Syaitan bukan makhluk yang wujud secara fizikal. Ia adalah sifat jahat dan buruk.

Harus diingati bahawa hasutan ini bukan sahaja boleh datang dari malaikat = jin = iblis. Ia juga boleh datang dari manusia-manusia lain yang telah terjerumus kepada kuasa yang tersembunyi ini.

A014

"Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". AQ 2:14


Apabila kita sentiasa mengingati (zikir, lilzikri, bermaksud to remember) Tuhan maka kita akan terpelihara daripada memasuki perjanjian atau mendengar hasutan jin = iblis. 

Itulah sebabnya kita di ajar untuk berdoa seperti di AQ 114:1-6 dan juga seperti di Surah Al Fatihah.

Kesimpulan

Malaikat, Jin dan Iblis adalah kuasa yang wujud secara tersembunyi di pemikiran kita. 

Ia sememangnya sudah berada di akal dan pemikiran kita semenjak kita dilahirkan. Ia adalah seperti "factory setting". 

Ia tidak wujud secara fizikal di realm kita. 

Melalui AQ 53:1-18, kita di beritahu bahawa untuk melihat jibril secara fizikal, Nabi Muhammad telah di bawa ke realm yang lain.

Kini kita boleh buat kesimpulan bahawa "alam mistik" tidak wujud melainkan di dalam fikiran kita.

Oleh kerana itu, jika kita bertanya kepada orang yang terkena histeria (kebiasaanya hanya perempuan melayu yang terkena penyakit ini) mereka akan mengatakan bahawa mereka nampak makhluk halus.

Namun, kita tidak nampak. Kita tidak nampak kerana ianya hanya wujud di pemikiran si pesakit itu. 

Ia di wujudkan oleh pemikirannya kerana kegagalan diri beliau untuk mengawal situasi yang bakal dihadapinya seperti mahu menghadapi peperiksaan tetapi merasa diri belum cukup bersedia.

Maka dengan ini, kita tidak perlu lagi takut kepada makhluk yg tidak wujud secara fizikal ini. 

Yang perlu kita takut ialah jika kita mengikuti hasutan pemikiran kita sendiri.

Jika ada di antara orang Melayu yang masih lagi takut kepada hantu, pocong, toyol dan lain-lain makhluk yang diwujudkan dan di legendakan oleh pemikiran orang-orang sebelum kita.

Maka ketahuilah, bahawa makhluk-makhluk ini tidak wujud. Jika mereka benar-benar wujud dan boleh memporak-perondakan kita, saya mencabar untuk orang Melayu memberi saya statistik kematian akibat perbuatan makhluk-makhluk ini.

Tahukah kita bahawa pembunuh utama di dunia ialah nyamuk, yang kedua peperangan dan ketiga kenderaan. 

Jadi, apa perlu orang Melayu perlu takut kepada hantu, toyol dan pocong sedangkan sepatutnya mereka lebih layak takut kepada kereta mereka sendiri ?

Dari kesimpulan ini juga, bolehlah kita simpulkan bahawa kerjaya "perubatan islam" adalah satu lagi kerjaya menipu seperti para habar yang lain. 

Lebih elok jika sekiranya si pesakit yang terkena histeria ini pergi berjumpa dengan seorang pakar sakit jiwa kerana yang sakit ialah jiwa mereka yang lemah.

Semoga hilanglah segala persangkaan yang selama ini kita ada-adakan.

Ashwed

Thursday 18 June 2015

Siri Ramadhan : Kalimah Taubat

A037 

"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat  lagi Maha Penyayang" AQ 2:37

Semua orang tahu bagaimana kisah Nabi Adam di halau dari Syurga. Sebelum, keluar dari Syurga Baginda telah bertaubat. 

Taubat Baginda di terima Tuhan. Lalu Tuhan mengajar Baginda apa yang kita kenali sebagai "Kalimah Taubat".

Kalimah ini di ajar kepada keturunan manusia homosapiens buat kali pertamanya oleh Nabi Adam melalui Rig Veda. 

Ia dikenali sebagai "Gayathri Mantra" yang terkenal sebagai ibu segala vedas. Berikut adalah "mantra" (sanskrit untuk ayat/keterangan) tersebut ;

Gayathri Mantra
AUM BHOOR BHUWAH SWAHA,
TAT SAVITUR VARENYAM
BHARGO DEVASAYA DHEEMAHI
DHIYO YO NAHA PRACHODAYAT.


Oh God! Thou art the Giver of Life,
Remover of pain and sorrow,
The Bestower of happiness,
Oh! Creator of the Universe,
May we receive thy supreme sin-destroying light,
May Thou guide our intellect in the right direction.


 

Beribu tahun selepas zaman Nabi Adam, manusia kembali menjadi korup.

Tuhan mengutuskan Nabi Musa untuk membawa kembali manusia ke jalan yang benar. Baginda diberi Kitab Taurat sebagai tanda keNabian Baginda. 

Di dalamnya terdapat keterangan kalimah taubat. Ia dikenali sebagai "Ha Patchah" atau the opening prayer ;


HA PATCHAH


(THE OPENING PRAYER)


BE SHEM ELAH HA RAHAMIM
In the name of God, the Most Gracious (Ezr.5:1; Dan.9:9)


T’HILAH L’ELOHEINU RIBOHN HA-OLAMIM
All praise be to God, Lord of the universe (Jewish liturgy)


HA RAHAMIM
The Most Gracious (Dan.9:9)


MELEK YOM HA DIN
Master of the Day of Judgment (Jewish terminology)


ELEKHA ADONAY EQARA WE EL ADONAY ET HANAN
To you, O Lord, I implore – and to my Lord I seek help (Psalm 30:9)


HEHENI BE ORACH MISHOR
Guide us in the straight path (Psalm 27:11)


ALEKHET BE DEREHU WE LEYAREH ITTO
The way of life according to His path by reverencing Him (Deut 8:6)


LE HALAK BE ETSAH RISHAH WE LA SAGHAH
Not by the advice of the cursed, nor of the strayers (Psalm 119:21)

Selepas ajaran Nabi Musa mengalami korupsi sehingga berubah menjadi sebuah agama yang dikenali sebagai Judaism, Nabi Isa di utuskan untuk membawa kembali kaum itu ke jalan yang benar.

Kepada Nabi Isa, Tuhan menurunkan kalimah berikut ;

The Lord's Prayer


(Aramaic)


Abwoon d'bashmaya
Netqaddash shmak
Teete malkutah
Nehvwey tzevyannach aykanna d'bashmaya aph b'arha
Havlan lahma d'sunqananan yaomana
Washbwoqlan haubvayn aykana daph hnan shbvoqan l'hayyabayn

Wela tahlan le'ynesyuna. Ela patzan min bisha
Metul dilakhe malkuta wahayla wateshbuhta l'ahlam almin
Amen


500 tahun selepas zaman Nabi Isa, manusia menyeleweng lagi. Manusia memang kuat membantah.

Lalu, Tuhan mengutuskan Nabi terakhir untuk manusia. Nabi Muhammad, si pembeda di antara yang benar dan yang salah.

Nabi Muhammad menerima kalimah taubat yang sama seperti Nabi-Nabi lain melalui Kitab Al Quran ;

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Al-hamdu lillahi Rabb il-'alamin
Ar-Rahman Ar-Raheem
Maliki yawmi-d-Din
Iyya-ka na'budu wa iyya-ka nasta'in
Ihdina-sirat al-mustaqim
Sirat al-ladhina an'amta 'alai-him
Ghair il-Maghdubi 'alai-him wa la-d-dallin AQ 1:1-7

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Praise be to Allah, Lord of the Worlds:
The Most Beneficent, the Most Merciful:
Owner of the Day of Judgement.
Thee (alone) we worship; Thee (alone) was ask for help.
Show us the straight path:
The path of those whom Thou hast favoured; Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray AQ 1:1-7
Kesemua makna ayat-ayat di atas mempunyai dimensi yang sama. Iaitu mengakui keagongan dan keesaan Tuhan. Dan memohon kepada Tuhan supaya membawa kita ke jalan yang lurus dan benar.

Yang membezakan kalimah-kalimah ini ialah Bahasa yang ianya diturunkan.

Gayathri Mantra   - Sanskrit
Ha Patchah         - Hebrew
The Lord's Prayer - Aramaic
Al Fatihah           - Arab

Pada saya, kesemua ayat-ayat ini membuktikan satu perkara. Bahawa kita semua berasal dari satu kejadian dan tradisi yang sama. Oleh sebab itu, Tuhan mencegah kita daripada menjadi bergolongan.


Hanya ego dan dengki yang menjadikan kita bergolongan (syi-ya-an) atau bahasa modennya "agama" iaitu Hindu, Judaism, Kristianiti dan Islam.

Ashwed 

Wednesday 17 June 2015

Siri Ramadhan : Iconoclast

Ramadhan datang lagi. Saat menulis artikel ini tarikhnya adalah 1 Ramadhan. Untuk memastikan bahawa hari ini adalah permulaan Ramadhan, ahli Astronomi Islam telah mencerap angkasa dengan mengguna teleskop berkuasa tinggi (pastinya dibina oleh orang yang kita panggil kafir).

Saya tidak pasti bagaimana mereka mengemaskini kalendar jika anak bulan tidak kelihatan ?

Sebagai insan biasa yang hidup di dalam satu sistem masyarakat, sejauh mana pun kita cuba mencari kebenaran namun pada akhirnya kita perlu juga mengikut sistem yang telah sekian lama wujud. 

Banyak sudut serta alasan yang perlu kita timbang. Inilah yang membezakan insan biasa dengan para Nabi. 

Oleh yang demikian, disebalik semua konsep yang saya selidik di dalam Al Quran masih ada konsep yang saya tidak berupaya mengubah ketetapannya, seperti perjalanan bulan Ramadhan.

Untuk perkara ini, apa yang boleh dibuat ialah bertawakal bahawa kita sedang melakukannya pada waktu yang tepat. 

Iconoclast

Sungguhpun para Nabi yang diceritakan di dalam Al Quran berada di zaman yang beribu tahun bezanya, namun, mereka semua mempunyai satu persamaan yang sangat jelas. 

Mereka semua adalah iconoclast (tidak terdapat perkataan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu). Apakah maksud iconoclast ?

1. A person who attacks or criticizes cherished beliefs or institutions.
2. A destroyer of images used in religious worship, in particular.

Untuk menjadi seorang iconoclast ianya memerlukan iltizam dan pengorbanan yang sangat tinggi. 

Itulah sebabnya kesemua Nabi disisihkan dari masyarakat mereka. Mereka disisihkan kerana mereka cuba menukar sistem sesebuah masyarakat.

Penentang mereka sudah tentunya adalah penguasa masyarakat tersebut yang telah membuat pelbagai undang-undang dan peraturan untuk melindungi tradisi masyarakat mereka.

Nabi yang tidak disisihkan kebiasannya adalah Raja sesebuah negeri.
Selepas Nabi Muhammad, penutup segala Nabi, tidak akan ada lagi seorang iconoclast yang boleh menukar sistem dunia. 

Saya sendiri sedar bahawa sejauh mana pun saya berjalan mencari kebenaran, akhirnya ia hanya akan kekal di dalam minda sahaja tanpa boleh dipraktikkan di dalam masyarakat.

Dunia perlu iconoclast untuk menjadikannya seimbang semula.

Peluang

Jika kita orang Melayu mahu mempunyai peluang menjadi bangsa yang benar-benar gemilang seperti Tamadun Barat dan Jepun, perkara pertama yang perlu kita tukar ialah mentaliti kita.

Kita perlu menjadi benar-benar bebas. Terutama dari segi pemikiran. Kita tidak boleh lagi membuat satu undang-undang untuk memenjara individu yang mempunyai pemikiran berbeza dengan kita.

Perbuatan ini sendiri sebenarnya adalah satu jenayah. Bagaimana kita mahu mempunyai masyarakat yang mempunyai minda berdaya maju jika kita menangkap orang yang sedang cuba berfikir ?

Sebagai contoh, perlukah kita mengisytihar seorang syiah sebagai murtad. Kenapa kita kata begitu, adakah kerana apabila dia bersolat dia sujud di atas batu khas. Apa kena mengena dahi dia dengan kita ?

Bagaimana pula kita boleh isytihar orang lain murtad sedangkan kedudukan kita sendiri pun kita tidak tahu pengakhirannya ? 

Bagaimana dengan solat kita ? Adakah ianya benar ?

Kita tidak boleh menyeru sesiapa pun untuk berubah tetapi kita boleh buat diri kita berubah.

Mulalah dengan diri sendiri, oleh itu di Ramadhan kali ini cuba kita latih diri kita supaya tidak menghukum orang lain di atas perkara yang kita tidak mempunyai kuasa mengetahuinya.

Ashwed

Sunday 14 June 2015

Soalan Dari Pembaca

Baru-baru ini saya menerima satu soalan dari pembaca blog ini. Ia adalah satu soalan logik yang seharusnya kita fikirkan dengan mendalam.

Saya mengambil kesempatan pada pagi ini untuk memberikan pendapat saya berkenaan dengan soalan yang saudari ini tanya.

Walaubagaimanapun, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa bukanlah menjadi tujuan blog ini untuk menukar pendirian sesiapapun terhadap jalan hidup anda. 

Blog ini menitikberatkan supaya kita semua kembali kepada kebolehan asas yang Tuhan tiupkan sendiri kepada nenek-moyang kita, Nabi Adam, iaitu kebolehan berfikir dan mencari pengetahuan.

Ini soalannya ;
__________________________________________________________

Salam. Sy telahpun membaca kesemua post saudara di dlm blog ini. Kalau tidak keberatan, boleh saudara kupas sedikit tentang ayat di bawah ini, tentang kwajipan mengambil wuduk sebelum menunaikan solat?

Tafsir Al Maidah Ayat 6
Ayat 6: Hukum-hukum tentang wudhu’, mandi dan tayammum

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (٦

Terjemah Surat Al Maidah Ayat 6 (Hukum Wudhu, Mandi, dan Tayammum)

6. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. Jika kamu junub maka mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, bertayammumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan debu itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.

Trima kasih.
_________________________________________________________

Sesuatu tentang Al Quran ialah, keseluruhan makna Al Quran berpusat kepada satu perkataan utama iaitu Ad Deen. 

Anda akan mendapati keseluruhan Al Quran akan mengalami anjakan paradigma apabila kita kaitkan perkataan ini dengan makna yang lain di dalam proses pembacaan kita.

Jika anda mengambil makna agama sebagai maksud kepada perkataan Ad Deen, anda akan mendapati isikandungan Al Quran adalah sangat terbatas dan tertutup dan berkisar mengenai ritual penyembahan sahaja.

Di waktu yang lain pula, jika anda mengambil perkataan Ad Deen sebagai membawa makna ideologi, anda akan mendapati keseluruhan Al Quran bercerita tentang sistem masyarakat dan kenegaraan.

Saya mengambil perkataan Ad Deen sebagai bermakna aturan/cara hidup atas sebab-sebab yang telah saya terangkan di artikel-artikel lain dalam blog ini. 

Bagi saya, inilah perkataan yang paling sesuai dan universal. Sesuai dengan kehendak dan tujuan Al Quran ini diturunkan, iaitu kepada keseluruhan manusia.

Untuk pengetahuan saudari, saya sendiri belum benar-benar mengkaji Surah Maidah Ayat 6 secara terperinci. Pada suatu ketika dahulu, saya pernah berfikir tentang satu perkataan di dalam ayat ini. Perkataannya ialah " ka'abai-ni". 

Saya dapati perkataan ini mempunyai makna tumit atau ankle. Akar kata kaf-ain-ba ini tiba-tiba bertukar menjadi kiub batu di AQ 5:95 dan AQ 5:97.

Bagi saya, cabaran utama untuk mengupas keterangan Al Quran melalui terjemahan ialah terjemahan itu sendiri. 

Kebanyakkan penterjemah akan meninggalkan kunci utama kepada sesuatu konsep yang Tuhan terangkan kepada kita dalam bahasa asal Al Quran, iaitu Bahasa Arab.

Sebagai contoh, di dalam keterangan Surah Al Maidah ayat 6 (AQ 5:6) di atas, terdapat 3 konsep utama yang dibiarkan di dalam bahasa asal iaitu solat, junub dan tayammum.

Untuk kita merungkai makna sebenar keterangan ini maka kita perlu mengalih bahasa 3 perkataan ini dengan konsep yang sebenar. Ia mengambil masa yang panjang. Tetapi, anda akan merasa puas apabila sudah mengetahui hakikat kebenaran yang sebenar.

Solat - saya telah terangkan di artikel lain membawa makna iltizam/komitmen
junub - dalam keadaan kotor
tayammum - akar kata ya-mim-mim bermakna niat dan tujuan (sila lihat lane's arabic lexicon untuk membuat kajian sendiri). Bagi saya perkataan ini adalah kunci utama kepada keterangan AQ 5:6.

Sekali imbas, saya berpendapat bahawa Tuhan memerintahkan kita supaya apabila kita bangun sahaja dari tidur untuk melakukan iltizam/komitmen (solat) kita pada hari itu, kita di sarankan supaya sekurang-kurangnya membasuh muka, tangan, kaki dan rambut

Arahan ini pun sebenarnya kita memandai-mandai tambah, kita tambah kumur, basuh tengkuk, basuh telinga dan menyedut air dalam hidung.

Jika kita melakukan hubungan seksual pada malamnya maka kita di sarankan mandi.

Sebabnya adalah mudah, kita perlu kelihatan segar apabila melakukan iltizam/komitmen harian kita kerana kita sentiasa berinteraksi dengan manusia lain semasa melakukannya. 

Terpulanglah kepada saudari samada untuk mendefinisi iltizam/komitmen saudari bermula dengan masuknya waktu kerja di pejabat atau lain-lain keadaan.

Bagi saya, iltizam/komitmen saya bermula dengan memastikan anak-anak saya ke sekolah untuk mencari ilmu.

Kebanyakkan dari orang Melayu, mereka membaca Al Quran dengan menyangka bahawa Al Quran adalah buku ritual. Sedangkan ianya tidak, Al Quran adalah al furqaan atau pembeda atau criterion.

Oleh kerana orang Melayu banyak menumpu kepada ritual maka kita terpaksa terima bulat-bulat apa yang telah diputuskan oleh orang lain. Kita jadi pak turut.

Maka, oleh kerana itu kita pun menyangka AQ 5:6 adalah bentuk ritual yang diberi nama wudhuk (sungguhpun perkataan itu tidak wujud di dalam AQ 5:6) yang perlu dibuat sebelum melakukan ritual seterusnya iaitu solat.

Dan oleh sebab itu, maka ritual wudhuk ini mesti ada perkara yang membatalkannya antaranya ialah kentut. 

Ya, kentut dalam Bahasa Inggeris kita panggil fart. Daripada banyak-banyak perkara di dalam dunia ini yang lebih kotor daripada itu kita mempercayai kentut akan membatalkan ritual wudhuk.

Sesungguhnya, tidak ada indikasi langsung di mana-mana ayat Al Quran yang menyatakan bahawa kentut boleh membatalkan wudhuk, malah tidak pernah saya terbaca ada perkataan kentut di dalam Al Quran pun.

Tetapi kita tetap mengambil keputusan untuk menolak keterangan Tuhan dan menerima keterangan ketua mazhab kita.

Mula-mula kita kata Tuhan adalah Maha Mengetahui tetapi untuk perkara kentut ini kita tiba-tiba menjadi keliru, kita mengambil keputusan untuk mengikuti ketua mazhab. Kini, kita sebenarnya kata ketua mazhab kita lebih mengetahui dari Tuhan. Kita sebenarnya menolak Tuhan.

Orang Melayu ini pelik, mula-mula mereka percaya kepada sesuatu kemudian dengan tiba-tiba mereka melakukan yang sebaliknya. Inilah namanya paradoks.

Mula-mula kita percaya Tuhan Maha Perkasa, Dialah Yang Maha Mencipta. Tiba-tiba kita juga kata Tuhan alah kepada kentut manusia. Tuhan tak suka bau busuk gamaknya. Perkasa apa kalau kentut pun takut ?

Bukankah Tuhan juga yang menciptakan kentut sebagai sistem badan kita. Jika kita begitu benci kepada kentut mengapa tidak kita berdoa kepada Tuhan supaya memberhentikan pengeluaran kentut ini. Cubalah tidak kentut selama 2 hari saksikan apa akan terjadi kepada tubuh kita jika tidak boleh kentut.

Sepatutnya, kita mengucapkan syukur setiap kali kentut atau buang air besar atau apa-apa sahaja perkara yang selama ini kita anggap busuk kerana ianya adalah rahmat dari Tuhan untuk sistem badan kita.



Anda boleh mendengar seribu satu hukum mengenai kentut melalui ceramah figura ini. Begitulah tahap pemikiran orang melayu. Sedang rakan kaum Cina dan India mereka sedang berfikir untuk melakukan iltizam/komitmen (solat) dengan kaedah paling praktikal, kita pula duduk berjam-jam mengkaji mengenai kentut.

Perintah supaya menyegarkan diri ini tidak punya perkara yang membatalkan. Terpulanglah kepada anda untuk melakukan 2 atau 3 kali sehari. 

AQ 5:6 akan menjadi lebih jelas apabila kita mengkaji juga AQ 4:43

A043 
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun" AQ 4:43

Di dalam Bahasa Inggeris ;

“O believers, do not go near Solat when you are in a
state of intoxication such as you may not be aware of what
you speak; neither the one who is in the state of “Janab”,
until you take bath, except the one who is a traveler. And if
you be sick or on journey, or one of them has returned from
lavatory, or those who may have touched women, if you do
not find water, perform ‘tayammam’ with pure/clean clay.
So, rub your faces and hands with that. Verily, God is the
One Who forgives and safeguards.” AQ 4:43

Secara ringkas, di awal ayat ini Tuhan telah memperingatkan kita supaya jangan cuba melakukan iltizam/komitmen (solat) jika kita di dalam mabuk. Bayangkan, di tempat kerja anda mempengerusi satu mesyuarat penting di dalam keadaan mabuk. Mampukan anda membuat keputusan dengan tepat ?
Berikut adalah frasa yang akan merungkai akan kewujudan konsep "wudhuk" ... “wa in kuntum mardha aou ‘ala safarin, aou jaa’a ahadin minkum min al-ghaait, aou laamastum an-Nisaa’a fa lum tajidu maa’an fa tayammamu sa’eedan tayyaban”.

Ia terdapat di dalam AQ 4:43, ia memberitahu kita apakah sebenarnya konsep tayammum dan sekaligus membuat kita boleh memahami keterangan di AQ 5:6, iaitu ia bukanlah ritual wudhuk.

Pada frasa yang saya gariskan kita dapati bahawa Tuhan memerintahkan supaya "jika seseorang di antara kamu kembali dari "al-ghaait" (allegory kepada yang membawa maksud "tempat yang rendah"). Maka komuniti perlu "tayammamu" mengangkat orang itu "sa'eedan tayabban" ke tempat yang tinggi.

Contohnya jika ada anggota masyarakat kita dipenjarakan atas apa-apa kesalahan (tempat yang rendah - al ghaait). Maka, kita sebagai anggota masyarakat tersebut mempunyai tanggungjawab untuk "tayammum" atau mengangkat kembali individu tersebut ke tempat yang tinggi iaitu jalan yang benar.

Nota : Di dalam Al Quran, kebiasaanya apabila sesuatu perkataan adalah allegory atau perumpamaan ia akan dimulakan dengan "al" 

Adalah tidak masuk akal, jika Tuhan pada mulanya memerintahkan kita supaya membersihkan diri supaya segar sebelum melakukan iltizam/komitmen kita. Kemudian secara tiba-tiba memerintahkan kita mengotorkan diri kita pula dengan debu atau tanah liat. 


Untuk pengetahuan saudari, di dalam fahaman Hindu, di mana segalanya tentang agama bermula, mereka mengadakan satu ritual yang dipanggil "Naga Sadhu". Bagi saya ia ada kena mengena dengan perkataan tayammum yang mengalami korupsi pemahaman.

Para penganut Hindu akan berkumpul beramai-ramai di dalam satu perayaan besar-besaran yang di namakan Maha Kumbh Mela, satu perayaan yang mengumpulkan lebih 100 juta manusia untuk menyucikan diri di sungai Gangga.

Sebelum menyucikan diri mereka akan bertelanjang dan menyapu badan dengan debu suci. Dalam keadaan telanjang ini mereka bergerak menuju ke sungai gangga, membersihkan diri sambil membuat ritual penyembahan dan doa.





Wallahualam. Saya mungkin salah, saya juga mungkin benar. Sejujurnya untuk menerangkan makna sesuatu ayat Al Quran ianya memerlukan masa yang panjang dan kajian yang teliti. Terpulanglah kepada saudari untuk mengambil pelajaran daripada pendapat saya.

Ashwed