Sunday 24 February 2019

Kebebasan Palsu Dalam Malaysia Baharu

Image result for hina nabi mohd dan siti aisyah dalam fb


https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwj57YqK99XgAhWJQI8KHc4ZB1IQFjAAegQIABAB&url=http%3A%2F%2Fwww.utusan.com.my%2Fberita%2Fjenayah%2Fhina-nabi-sarkar-tanesan-direman-1.847871&usg=AOvVaw3xx5_gmU3tYqY1Ii_BGmTV&cshid=1551065000642984

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwj57YqK99XgAhWJQI8KHc4ZB1IQFjACegQIBxAB&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fkes%2F2019%2F02%2F534469%2Fhina-nabi-muhammad-3-kertas-siasatan-dibuka&usg=AOvVaw3yYFEC5Z8ATGrG94i0t_bZ&cshid=1551065000642984 

Kedamaian Buat Semua,

Blog ini sudah bertahun-tahun membuat kesimpulan bahawa AGAMA adalah ciptaan manusia. 

Al Quran tidak pernah membincangkan mengenai suatu perkara yang manusia moden gelar sebagai agama yang lengkap dengan organisasi dan ideologinya yang tersendiri.

Al Quran secara umumnya membincangkan mengenai fitrah kehidupan yang universal dan sama kepada setiap manusia di dunia ini tidak kira dari jenis bangsa apa beliau dilahirkan.

Malah, jika anda beragama Islam, Kristian, Hindu atau Buddha pun fitrah kehidupan kita semua adalah sama.

Agama dalam bentuk asalnya berkemungkinan mempunyai kebaikannya yang tersendiri. 

Kebaikan agama yang paling saya nampak ialah ia berusaha mendisiplinkan para penganutnya.

Walaubagaimanapun, manusia secara semulajadi mempunyai ego yang sukar dikawal. 

Kita akan sentiasa mahu meluaskan pengaruh. 

Maka timbullah suasana di mana para penganut yang sudah berdisiplin dan berjaya ini mula memaksa bentuk cara kehidupan dan pemikiran mereka kepada manusia lain.

Apabila ini terjadi maka tingkahlaku kita akan semakin terjerumus ke dalam sesuatu yang bentuk ekstrim.

Image result for dalai lama the purpose of religion is to control yourself not others
Realiti

Sidang pembaca yang dihormati, semua yang saya tulis di atas adalah suatu yang berbentuk ideal. 

Hakikatnya, apa yang dipanggil Organisasi Agama sudah wujud selama beribu-ribu tahun. 

Ia adalah real dan mempengaruhi setiap inci kehidupan manusia di mukabumi ini.

Ia juga berbentuk sensitif kerana mempertikaikan kepercayaan seseorang adalah seumpama memberitahu orang itu bahawa selama ini keseluruhan kehidupannya adalah palsu.

Oleh itu, manusia perlu bertoleransi untuk kekal berdamai sesama kita di dunia ini.

Itu adalah jalan yang terbaik daripada melakukan provokasi melulu yang boleh dianggap sebagai suatu kedangkalan yang ketara.

Apatah lagi jikalau anda tinggal di sebuah negara yang rakyat majoritinya menganut agama yang anda kutuk ikon utamanya itu.

Ia bukan sahaja dangkal kepada diri anda malah ia juga merbahayakan kehidupan manusia lain yang tiada kena mengena dengan anda, yang mempunyai tahap toleransi agama yang tinggi tetapi berkemungkinan besar menjadi mangsa keadaan disebabkan anda.

Mengapa tidak kita sahaja mempratiskan amalan berhujah secara ilmiah daripada mengutuk secara peribadi ?

Saya pernah mengutarakan hujahan bahawa ada kemungkinan sejarah Nabi Terakhir yang kita baca selama ini sebenarnya adalah kehidupan individu lain. 

Ini adalah kerana terdapat banyak fakta bertentangan dengan kisah sejarah ini dengan nilai yang di bawa baginda di dalam Al Quran. 

Hujahan ini pastinya berbentuk kontroversi, namun saya pasti jika kita benar-benar mahu mencari kebenaran maka hujahan ini sepatutnya kita fikirkan dengan lebih mendalam.

Penghinaan di atas adalah contoh nilai yang bertentangan dari Al Quran. Sudahnya penganut Islam terjebak berada di dalam mode defensive akibat fakta yang mereka sendiri popularkan.

Tanpa sedar akibat fakta sebegini, umat Islam sendiri membuka ruang supaya junjungan mereka di hina keperibadiannya. 

Kini, mereka tidak lagi mempertahankan junjungan mereka tetapi sebenarnya yang mereka pertahankan adalah individu yang mula-mula menulis fakta ini di dalam buku yang dikarangnya sahaja.

Ini sangat berbeza dengan perbuatan individu di atas yang secara sengaja cuba membangkitkan api kemarahan di antara agama dengan membuat provokasi peribadi kepada ikon agama orang lain.

Sewajarnya individu ini dikenakan suatu tindakan yang keras. 

Ini adalah mengenai kita semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Bukan mengenai ego peribadi anda bermegah-megah kerana dapat mengutuk kepercayaan yang dianuti oleh orang lain.

Ashwed