Monday 31 October 2016

Mukhlasin III

Kedamaian Untuk Semua,

Pada hujung minggu yang lepas, saya kehilangan seorang lagi insan yang rapat di dalam hidup saya. 

Beliau adalah bapa mertua saya sendiri yang menghembuskan nafas terakhir  akibat serangan jantung. 

Beliau mengalami beberapa siri serangan jantung sebelum akhirnya tewas pada hari ahad lepas.
 
Saya mengenali beliau lebih daripada 20 tahun iaitu daripada zaman saya masih belajar di Universiti sehingga saya beroleh segulung ijazah kemudiannya memasuki alam pekerjaan, seterusnya mengahwini anak beliau sehingga menimang cucu-cucu beliau.

Sepanjang saya mengenali insan ini saya dapat merasakan keikhlasan dirinya membesarkan anak-anak yang di amanahkan kepadanya. 

Mungkin di mata anak-anak, bapa mereka mempunyai karakter yang tegas dan keras yang mungkin membuat diri mereka tidak berpuashati, namun, apabila anak-anak saya sendiri semakin membesar saya mula memahami perasaan seorang ayah. 

Saya semakin memahami bahawa ada ketikanya satu keputusan perlu dibuat, keputusan itu tidak semestinya menggembirakan semua orang tetapi ia cukup untuk meneruskan sebuah kehidupan dengan tahap kerosakan yang paling minimal.

Mengebumikan sekujur tubuh yang menyimpan banyak kenangan bersama bukanlah suatu perkara mudah. 

Ia membuka lagi satu ruang minda, mengukuhkan pendirian diri bahawa di sebalik semua kepercayaan kita sebagai seorang manusia, sesungguhnya kita bukanlah musuh kepada yang lain.

Sekarang mungkin ada di antara kita yang tidak berpuas hati dengan anggota keluarga sendiri atas pelbagai sebab dan isu. Mungkin sebab-sebab ini menyebabkan kita berkerat rotan dengan mereka.

Namun, ketahuilah apabila semuanya berakhir, apabila samada mereka atau diri kita sendiri di panggil pulang, yang tertinggal hanyalah secebis kenangan yang tidak berupaya membawa sedikit pun mudarat kepada kita.

Sebelum tertidur sejurus mengebumikan mereka yang pergi dahulu sebelum kita ini, pasti semua kenangan ini berputar dan percayalah kita tidak akan berupaya memutarkan kenangan terburuk bersama mereka walaupun kita menginginkannya kerana sifat manusia akan cuba membuang emosi negatif yang ada dalam dirinya.

Semakin berumur diri kita semakin kita menghargai segala kenangan ini. Inilah yang menjadi rekod buat diri kita, ia boleh diputarkan sepanjang zaman selagi hayat di kandung badan.

Kadang-kadang tanpa kita sedari kenangan ini bisa mencuit diri sehingga kita dapati diri kita tersenyum sewaktu mengelamun memandu kereta menuju destinasi.

Kepada bapa mertua saya, saya mendoakan supaya beliau termasuk di dalam mereka yang mukhlasin. 


A039 
 A040

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas (mukhlasina) di antara mereka" AQ 15:39-40

 A082 
A083 

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas (mukhlasina) di antara mereka AQ 38:82-83

Segala budi, nasihat dan pengalaman yang tercurah tidaklah dapat saya membalasnya. Terima kasih untuk sebuah kenangan.

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Di balik Pulau Angsa Dua
Hancur Badan Di Kandung Tanah
Budi Yang Baik Dikenang Jua

Ashwed

Sunday 23 October 2016

Jalan Ke TAMAN

# Artikel ini paling baik di baca bersama dengan suatu artikel lain yang bertajuk REZEKI YANG BERKAH anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2016/10/rezeki-yang-berkah.html #

Kedamaian Untuk Semua,

SYURGA

Bagi kebanyakkan manusia di negara kita khususnya dan dunia amnya, tujuan hidup mereka adalah untuk memasuki sebuah tempat yang di kenali sebagai SYURGA. Di dalam Bahasa Inggeris di kenali sebagai HEAVEN.

Ramai yang berfantasi mengenai keadaan tempat ini.

Sayangnya fantasi mereka ini hanya tergambar setakat pengalaman dan apa yang mereka lihat dan rasai di bumi ini sahaja. Tidak lebih dari itu. 

Oleh sebab itu, maka terdapat gambaran keseronokan paling maksimum ialah nikmat melakukan hubungan seks dalam tempoh yang panjang bersama pasangan berlainan yang cantik tidak terkata.

Ini terjadi kerana di dunia ini, melakukan hubungan seks adalah kenikmatan yang paling tinggi boleh dikecapi manusia.

Begitu juga, tergambar keseronokan meminum arak dengan kadar yang banyak namun tidak memabukkan.

Yang peliknya, pada awalnya mereka menentang sekeras-kerasnya perbuatan ini ketika mereka hidup. 

Namun, imaginasi mereka membuka apa yang sebenanya berada di dalam hati orang-orang ini. 


NERAKA

Sebaliknya, tempat yang paling mahu dihindari ialah sebuah tempat yang dikenali sebagai NERAKA atau di dalam Bahasa Inggeris di sebut HELL.

Di sini, segala jenis siksaan menanti mereka yang banyak melakukan kejahatan sepanjang hidup mereka.

Yang peliknya, banyak perkara yang dikenali sebagai kejahatan di dunia ini adalah juga perbuatan yang mereka damba untuk lakukan apabila beroleh SYURGA.

Seperti gambaran SYURGA, gambaran NERAKA juga tidak dapat lari dari imaginasi  duniawi.

Maka segala jenis siksaan yang tergambar oleh manusia hanya setakat yang dapat dilihatnya di bumi ini sahaja.

Peralatan siksaan yang digunakan pun setakat yang boleh di dapati di bumi ini.

Begitulah terhadnya imaginasi manusia.

Tidakkah ianya adalah suatu perkara yang amat paradoks apabila mulut kita berkata bahawa Tuhan itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, namun Tuhan yang sama mempersiapkan siksaan yang amat dahsyat untuk makhluk ciptaanNya.

Begitulah kelirunya kepercayaan kita kepada Tuhan yang satu ini. 

Hakikatnya, kita lebih tidak percaya daripada percaya kepada Tuhan. 

Kepercayaan kita begitu nipis senipis kulit bawang sehingga kita mempercayai pula Tuhan ini bertanggungjawab menyiksa makhluk ciptaanNya.

Inilah konsep Tuhan ciptaan teologi manusia. 

Tuhan yang keliru, sekejap baik dan penyayang, di masa yang lain begitu kejam kepada makhluk yang lemah.





ASAL KONSEP SYURGA DAN NERAKA

Ketahuilah bahawa konsep Syurga dan Neraka sebagai sebuah tempat yang boleh kita keluar masuk seperti sebuah hotel adalah ciptaan teologi dan organisasi agama yang pertama di dunia iaitu HINDU.

Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/11/syurga-neraka-dan-ungkapan-aku-tidak.html

Secara ringkas, menurut kosmologi Hindu, kosmos ini terbahagi kepada 3 realm iaitu SVARGA (dunia atas), PRITHVI (bumi) dan PATALA (dunia bawah).

SVARGA mempunyai 8 lokhas (dunia) sementara PATALA mempunyai 7 lokhas. Salah satu lokhas di PATALA di kenali sebagai NARAKA, sebuah tempat penyiksaan.

Menurut HINDUISM, setiap jiwa yang meninggal dunia akan di hantar ke NARAKA untuk di adili oleh Dewa yang dikenali sebagai Yama.

Setelah di adili, jika sekiranya jiwa ini di dapati banyak berbuat baik maka ia akan di hantar ke SVARGA. 

Jika sebaliknya, jiwa ini akan tinggal di NARAKA untuk suatu tempoh tertentu bagi menerima hukuman siksaan.

Segala siksaan di NARAKA yang dipercayai Hindu adalah sama seperti kepercayaan orang Islam iaitu untuk kesalahan A, penyiksaannya begini. Manakala, bagi kesalahan B, penyiksaannya begini pula.

SYURGA DAN NERAKA MENURUT AL QURAN

Menurut Al Quran yang di inspirasikan kepada Nabi Terakhir. 

Syurga dan Neraka atau Svarga dan Naraka atau Heaven and Hell atau apa sahaja istilah yang merujuk kepada suatu tempat khas adalah tidak wujud.

Istilah yang di gunakan juga sangat berbeza.

Al Quran mengguna istilah Jannah yang membawa maksud taman/wadi/oasis dan Naar yang membawa maksud api/fire.

Adakah Jannah dan Naar adalah sama dengan Syurga dan Neraka ?

Keterangan Al Quran ini menerangkan segala-galanya ;


A015

"Perumpamaan (matha-loo) (penghuni) Jannah yang dijanjikan kepada orang yang orang yang benar (mut-taquna) yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (wine) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, samakah ia dengan orang-orang yang kekal dalam api (naa-ri) dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya"  AQ 47:15

Di dalam keterangan di atas, kata kunci utama yang perlu kita dalami ialah perkataan matha-loo yang membawa maksud misalan atau perumpamaan. 

"Misalan Taman yang dijanjikan kepada orang yang benar .. " dengan frasa ini maka jelas Al Quran tidak merujuk Jannah sebagai suatu tempat khas. 

Jannah menurut Al Quran adalah suatu keadaan hidup. 

Di mana, untuk kita mencapai keadaan hidup ini syarat utama yang perlu dibuat oleh manusia ialah dengan menjadi SEORANG YANG BENAR (mu-taquna).

Tidaklah begitu ganjil jika seorang yang menjalani hidupnya secara benar dan lurus, akan menikmati keadaan hidup yang senang seumpama berada di dalam sebuah Taman dengan rezeki yang melimpah ruah umpama air sungai yang mengalir tidak henti-henti.

Ini tidak akan berlaku kepada seorang yang kuat menipu dan tidak amanah di dalam urusan hariannya.

MUTTAQI (ORANG YANG BENAR)

Bagaimanakah mahu menjadi seorang yang BENAR ? 

Adakah manusia perlu mengembara (pilgrimage) ke tanah asing untuk mencapai KETAQWAAN (KEBENARAN) ?

Adakah manusia perlu bersengkang mata melakukan satu upacara khas untuk mencapai KEBENARAN ?

Ketahuilah bahawa kebenaran tidak boleh dicapai secara luaran dengan melakukan upacara fizikal. 

Ia adalah suatu perkara dalaman yang berbeza-beza di antara satu manusia dengan yang lain.

Sesuatu perkara yang membahagiakan untuk seseorang mungkin tidak begitu kepada orang yang lain


Ia hanya boleh dicapai oleh diri sendiri dengan mengikhlaskan jiwa dengan membuat perkara-perkara baik (amal soleh - bukan berkait dengan ritual. Amal soleh bermaksud membuat perkara baik seperti menolong orang lain, berbakti kepada masyarakat, membuat kebajikan dll) di dalam hidup.

Menurut Al Quran seorang Muttaqi adalah mereka yang ;

A001

"Alif Lam Mim" AQ 2:1

 A002

"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang benar (muttaqina)" AQ 2:2

A003 


"dan amanah (yukminu-na) kepada yang ghaib, dan dirikan iltizam/kesungguhan (solla) dan nafkahkan (yunfikuna) sebahagian daripada apa Kami rezekikan mereka" AQ 2:3


A004


"Yang amanah (yukminu-na) kepada apa diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan mereka yakin akan pengakhiran (akhirat)" AQ 2:4

 A005


"Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang beruntung" AQ 2:5

1. Amanah ('iman)
2. Mendirikan kesungguhan (solla)
3. Membelanjakan rezeki (sadaqah)
4. Amanah kepada ad deen (yang dikisahkan di dalam Al Quran dan buku-buku lain yang diinsiprasi kepada utusan sebelum Utusan Terakhir)
5. Percaya kepada pengakhiran

Inilah antara jalan untuk menuju ke TAMAN, di samping beberapa keterangan lain yang menerangkan jalan ini secara lebih terperinci seperti di AQ 3:19, AQ 6:151-153 .

A151  

"Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham" AQ 6:151


A152

"Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat. Dan tepatilah perjanjian Allah. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat" AQ 6:152

A153 

"Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan jangan ikut jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak pecah belahkan kamu daripada jalan-Nya. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa." AQ 6:153

Untuk tujuan artikel ini saya hanya berupaya membincangkan sedikit daripada jalan ini. Sudut lain sebenarnya telah dibincang di dalam artikel lain sepanjang blog ini bersiaran.

Beberapa jalan yang saya rasakan boleh membawa kita ke Taman (Jannah) ialah ;

Amanah ('Iman)

Apakah maksud iman ? 

Adakah ia berkaitan dengan kepercayaan kepada konsep Tuhan mengikut teologi rekaan manusia ?

Teologi rekaan manusia mengenengahkan konsep Tuhan yang pelbagai. 

Kebanyakkannya berkisar kepada peri pentingnya medium sebagai alat untuk mendekatkan diri mereka dengan Tuhan.

Ia boleh jadi batu yang diukir sebagai berhala, batu yang di jadikan tembok, batu yang di jadikan arca salib dan batu berbentuk empat segi.

Di waktu yang lain, utusan-utusan yang menerima inspirasi dari Tuhan juga dijadikan medium. Utusan ini bagi mereka adalah pembantu Tuhan di dalam mentadbir kerajaanNya. 

Dalam sesetengah teologi, mereka pergi lebih jauh untuk meyakinkan khalayak bahawa idola mereka amat penting di dalam penciptaan dunia sehingga mengangkat idola mereka ini sebagai anak Tuhan.

Ada sesetengah yang lain pula beranggapan bahawa idola mereka di cipta dahulu dari perkara lain, sebelum nur dari idola ini dijadikan asas untuk Tuhan mencipta perkara yang seterusnya.

Ada juga yang lebih hebat, mereka membuat cerita bahawa keseluruhan kosmos ciptaan Illahi ini berada di dalam mulut idola mereka.

Begitulah persaingan sengit di antara teologi-teologi dunia. Mereka tidak mahu kalah di dalam mempromosi idola masing-masing. 

Bagi mereka Tuhan tinggal jauh dari mereka, kebanyakkannya percaya bahawa Tuhan tinggal di suatu tempat bernama Syurga. Itulah sebabnya mereka juga mahu memasuki tempat rekaan ini.

Ketahuilah bahawa apa sahaja pendapat dan konsep kita terhadap Tuhan ia tidak akan merubah apa-apa kepada Zat Asal itu. Yang berubah dan menerima akibat ialah kita sesama kita.

Anda boleh sahaja menjatuhkan bom atom atau nuklear di sebuah tanah asing demi untuk memaksa mereka ini mengikuti pendapat dan konsep Tuhan anda.

Adakah perbuatan ini boleh mengubah Zat Asal ? Tidak sama sekali. Yang berubah ialah kita, dari punyai landskap negara yang cantik kini ia dimusnahkan oleh tangan sendiri.

Menurut Al Quran 'iman membawa maksud yang amat mudah, logik dan bersifat universal.

Ia didirikan dari abjad ain-mim-nun yang bermaksud amanah. Suatu sikap yang terpuji (muhammadoo).
 
Sikap ini jika diamalkan maka yang empunya diri akan disenangi oleh manusia lain tidak kira bangsa, budaya dan "agama". 

Ia berbentuk universal, tidak tertakluk kepada ketegaran teologi rekaan manusia.

Amanah membawa maksud sikap yang bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diberi kepada mereka di dalam hidup ini.

Oleh yang demikian, amanah adalah suatu sikap yang berbentuk subjektif. Ia berkait rapat dengan kehidupan seseorang itu.

Sebagai contoh seorang pelajar mempunyai amanah yang berbeza dengan seorang yang bekerja.

Seorang lelaki mempunyai amanah yang berbeza dengan seorang wanita. 

Seorang suami pula sudah tentu mempunyai amanah yang berbeza dengan seorang isteri.

Seorang isteri yang bekerja pula, lain amanahnya dengan seorang isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa.

Ia perlu dilihat secara keseluruhan kehidupan seseorang itu. Ia juga tentulah berbeza di antara seorang dengan yang lain. 

Sebagai contoh, katakanlah seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai beberapa orang anak. Suami memberinya sebuah tempat tinggal dan kereta untuk kegunaan famili.

Maka logiknya amanah yang perlu dipenuhinya ialah menjaga rumah dan mengguna fasiliti yang diberi untuk berkhidmat kepada familinya. 

Kereta yang diberi kepadanya perlulah digunakan untuk membeli barang-barang dapur, menghantar dan mengambil anak-anaknya untuk menerima pendidikan, membawa anak-anak ke hospital dan lain-lain.

Jika beliau tidak melakukan perkara ini, malah sebaliknya mengguna kereta yang diberi suami ini untuk berkhidmat kepada orang lain yang langsung tiada kena mengena dengan famili maka beliau bolehlah dikatakan sebagai seorang yang tidak amanah (tidak beriman).

Natijahnya, keluarganya akan menjadi tidak harmoni. 

Suaminya berkemungkinan besar menjadi benci kepadanya. Apalah lagi yang ada pada seorang isteri jika dirinya dibenci oleh suami sendiri ? Kehidupannya kini seolah-olah (matha-loo/misalan) berada di dalam api (naar).

Sebaliknya, bagi isteri yang memegang amanah ('iman), yang menjaga rumahtangga dan anak-anaknya. 

Beliau pastilah dihormati oleh si suami. Penghormatan ini akan diterjemahkan dalam bentuk kasih sayang. 

Kehidupannya akan menjadi bahagia, beliau kini seolah-olah (matha-loo/misalan) berada di dalam sebuah Taman dan dimewahkan dengan kasih sayang yang bertali arus umpama (matha-loo) sebuah sungai.

Kedamaian (Al-Islam) dan Ad Deen

Melalui blog ini, saya sudah beberapa kali berpeluang menerangkan maksud AD-DEEN menurut kajian spesifik yang saya lakukan.

Namun, saya mengakui bahawa definisi ini sentiasa saya rasakan tidak begitu mencakupi untuk menerangkan dengan terperinci akan maksud sebenar perkataan Ad-Deen.

Baru-baru ini saya berkesempatan membaca kembali beberapa potongan keterangan Al Quran yang membuatkan saya perlu menganalisa kembali erti perkataan Ad-Deen.

Mula-mula kita perlu melihat kembali keterangan ini dengan lebih teliti ;

A019 

"Ad-Deen yang benar di sisi Allah ialah Kedamaian (al-islam), dan orang-orang diberi al-Kitab tidak berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana angkuh antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan" AQ 3:19

Frasa yang perlu kita fikirkan dengan lebih mendalam ialah "... Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan "
Mengapakah Tuhan mengatakan jika kita tidak mengikut Ad-Deen yang diredhaiNya maka hitungan mereka akan datang dengan cepat ?

Adakah ia bermaksud dunia akan di kiamatkan esok untuk Tuhan membuat hitungan ? Atau adakah ia adalah perkara yang semulajadi ? Yang terjadi sehari-hari di sepanjang kehidupan kita ?

Kebiasaanya saya mendefinisi Ad-Deen sebagai suatu cara hidup atau jalan hidup atau tatacara hidup atau aturan hidup.

Masalah dengan definisi ini ialah apakah jalan hidup itu ? Adakah ia perlu mengikut turutan dari A kemudian B kemudian C.

Definisi sebegini hanya menguatkan kesimpulan bahawa hidup ini perlu mengikut ritual yang berjadual, sedangkan hidup ini adalah berbentuk universal. 

Ia tidak bergantung kepada jadual yang perlu di atur mengelilingi ritual harian.

A085 

"Sesiapa mencari ad-deen selain daripada kedamaian (islam), ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirnya (akhirati) dia adalah antara orang-orang yang rugi" AQ 3:85

Melihat kembali kepada kedua-dua keterangan ini, saya berpendapat perkataan yang paling sempurna untuk mendefinisi AD-DEEN bukanlah jalan, cara, tatacara atau aturan hidup tetapi ianya adalah HAKIKAT HIDUP atau di dalam Bahasa Arab Al Quran ia dikenali sebagai FITRAH.


A030  

"Maka tegakkanlah wajah kamu kepada Ad-Deen, seorang yang lurus - fitrah (fit-ra-ta) Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam fitrah (fa-ta-ra) Allah. Itu Deen yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" AQ 30:30

Tuhan mencipta dunia ini mengikut undang-undang semulajadi, undang-undang ini tidak akan berubah hanya kerana kita melakukan ritual mengikut kepercayaan kita. Inilah Ad-Deen/Hakikat Hidup.

Hakikatnya, jika kita tidak berusaha kita tidak akan berjaya. Hakikatnya, jika kita tidak membaca, pengetahuan kita cetek.

Hakikatnya jika kita tidak merancang usaha kita menjadi lintang-pukang. Hakikatnya jika kita terjun dari sebuah bangunan tinggi badan kita akan jatuh ke bawah.

Dan hakikatnya jika kita tidak berdamai (islam) dengan alam sekeliling, dengan masyarakat sekeliling dari pelbagai bangsa, budaya dan "agama" kita akan hidup di dalam naar/api.

Kita boleh melihatnya di kaca-kaca televisyen, peperangan yang terjadi di merata dunia. Inilah naar yang sebenarnya.

Fitrah ini tidak akan berubah hanya kerana kita menyangka ritual agama kitalah yang paling benar. 

Ia tidak berubah mengikut "agama" anutan kita, atau kekerapan ritual yang kita lakukan menurut kepercayaan "agama" kita.

Kesimpulan

Jannah bukanlah suatu tempat yang boleh kita masuki dengan melakukan beberapa upacara mengikut kepercayaan teologi agama.

Ia adalah suatu keadaan. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mencipta keadaan itu dengan membuat amalan baik (soleh) di sepanjang hidup kita.


Naar pula bukanlah suatu tempat siksaan tetapi adalah suatu keadaan natijah dari perbuatan dan kesilapan kita di dalam kehidupan ini.

Di mana di akhirnya (akhirati) kehidupan kita akan merana seolah-olah berada di dalam api.

Itulah hakikat hidup (ad-deen). Tiada pertukaran kepada hakikat ini melainkan jika kita mula mengakui kesilapan kita dan berubah.

Tiada siapa yang benar-benar tahu apa yang akan terjadi selepas kita mati. Kita tiada cara untuk membuktikan kata-kata kita mengenai perkara ini melainkan dengan berkata "kalau tidak percaya kamu kafir".

Ini adalah kerana tiada siapa yang sudah mati boleh hidup kembali untuk menceritakan pengalaman mereka kepada kita yang masih hidup.

Jika kita merasakan ada suatu tempat yang luar biasa indahnya wujud di alam lain, juga suatu tempat yang begitu mengazabkan maka apakah bezanya kepercayaan kita dengan Firaun dan juga kepercayaan-kepercayaan lain yang di ajar di dalam pelbagai agama di dunia ini ?

Berikut adalah kepercayaan Mesir Purba mengenai perkara ini (di ambil dari wikipedia) ;

The Egyptians had elaborate beliefs about death and the afterlife. They believed that humans possessed a ka, or life-force, which left the body at the point of death. In life, the ka received its sustenance from food and drink, so it was believed that, to endure after death, the ka must continue to receive offerings of food, whose spiritual essence it could still consume. Each person also had a ba, the set of spiritual characteristics unique to each individual.[35] Unlike the ka, the ba remained attached to the body after death. Egyptian funeral rituals were intended to release the ba from the body so that it could move freely, and to rejoin it with the ka so that it could live on as an akh. However, it was also important that the body of the deceased be preserved, as the Egyptians believed that the ba returned to its body each night to receive new life, before emerging in the morning as an akh.[36]
Originally, however, the Egyptians believed that only the pharaoh had a ba,[37] and only he could become one with the gods; dead commoners passed into a dark, bleak realm that represented the opposite of life.[38] The nobles received tombs and the resources for their upkeep as gifts from the king, and their ability to enter the afterlife was believed to be dependent on these royal favors.[39] In early times the deceased pharaoh was believed to ascend to the sky and dwell among the stars.[40] Over the course of the Old Kingdom (c. 2686–2181 BC), however, he came to be more closely associated with the daily rebirth of the sun god Ra and with the underworld ruler Osiris as those deities grew more important.[41]

Apakah bezanya di antara kita dengan mereka jika kepercayaan kita sebenarnya adalah sama ?

Ashwed

Saturday 15 October 2016

Hikmat Tumbukan Tidak Mengena

Kedamaian Untuk Semua,

Saya keliru.  Adakah ini scene dari game street fighter yang sangat popular sekitar tahun 90 an dahulu.

Image result for street fighter game oo u git

Di manakah kesilapan masyarakat kita sehingga kita begitu percaya kepada perkara serupa ini.

Adakah ini satu jalan escapism dari kegagalan kita mencipta kejayaan di dunia nyata ? Atau kita sememangnya di lahirkan dengan genetik adiwira ? Sehingga kita benar-benar merasakan kita perlu menyelamatkan dunia dari kemusnahan ?

Bakat istimewa sebegini selayaknya ditawarkan peluang belajar di sini ;

Image result for professor x school for gifted youngsters

Saya sememang tidak menjangka sampai begini sekali jadinya kepada masyarakat kita !!!!


Ashwed

Friday 14 October 2016

Apa Sudah Jadi

Kedamaian Untuk Semua,

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/12/50-warga-pakistan-ditahan-sambut-hari-asyura-di-selangor/ 

Suhakam reminds of religious freedom after Jais arrests 50 Shiite Pakistanis

14 comments     Published     Updated

The Human Rights Commission (Suhakam) has emphasised the need to protect religious freedom after the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) arrested 50 Pakistanis who were Shiite Muslims.

The Pakistanis were arrested while participating in Ashura, an annual ceremony celebrated by Shiite Muslims.

“Suhakam refers to the arrest of 50 Shiite Pakistani nationals by Jais for allegedly participating in a religious ceremony.

“In keeping with its overall mandate, Suhakam maintains the position that everyone shall have the right to freedom of thought, conscience and religion.

“This right shall include the freedom to have or to adopt a religion or belief of his choice and freedom, either individually or in community with others in public or private, to manifest his religion or belief in worship, observance, practice and teaching,” said Suhakam chairperson Razali Ismail.
 
He stressed that no one should be subjected to coercion that would impair their freedom of religion or belief of choice.

“These are in line with the universal standards as contained in, among others, the Universal Declaration of Human Rights (UNDHR) and the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR),” he said.

The vast majority of Muslims in Malaysia are Sunnis while Shiites are considered as “deviant” by the government.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/358958#ixzz4N4yJty6p


Apa sudah jadi dengan Deklarasi Amman ?

Bukankah warga Pakistan ini memang dilahirkan sebagai Syiah ? Salahkah ibu mereka mengandungkan orang ini ?

Bukankah di Malaysia kebebasan beragama di jamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. ?

Yang manakah lebih tinggi Perlembagaan Persekutuan atau agensi penguatkuasa ?


Ashwed

Rezeki Yang Berkah

Kedamaian Untuk Semua,

Awal minggu ini saya menerima satu kiriman video melalui grup media sosial.

Bagus kandungan videonya sebelum ia berakhir dengan pesanan mengelirukan mengenai keperluan belajar "agama".



Saya tertarik dengan terjemahan keterangan Al Quran yang petik oleh penceramah di dalam video tersebut.

Walaupun tidak bersetuju dengan cara ianya di petik iaitu di tengah-tengah keterangan tanpa meletak keseluruhan isi kandungannya, namun ia cukup kuat untuk mendorong saya menulis artikel kali ini.

Berikut adalah keterangan penuh petikan yang di maksudkan ;

 A002

"Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang empunya keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang percayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar," AQ 65:2


A003

"Dan Dia beri rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak jangkakan. Dan sesiapa tawakal kepada Allah, Dia akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah laksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah adakan ukuran bagi segala sesuatu" AQ 65:3

Keterangan ini sangat terkenal, ia di kenali sebagai AYAT SERIBU DINAR.

Ini adalah cara standard penceramah agama menyeleweng isi kandungan Al Quran, iaitu dengan memetik keterangan tersebut secara separuh-separuh serta di luar konteks. 

Manakala perkataan arabnya pula tidak diterjemah secara penuh.

Perkataan yang tidak di terjemah di dalam video tersebut ialah TAQWA.

Untuk memahami keterangan di atas dengan murni (zakka), kita perlu menterjemah keseluruhan perkataan arab keterangan ini kepada bahasa yang kita fahami dengan konteks dan konsep yang paling tepat.

TAQWA membawa maksud benar atau righteous (ada yang menterjemahnya sebagai prihatin).

Oleh yang demikian, dengan sedikit penelitian, petikan keterangan mengikut video di atas akan berbunyi sebegini  ;

"Dan sesiapa benar (taqwa) kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar, dan Dia beri rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak jangkakan" AQ 65:2-3

Di manakah Allah berada ?

A016

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" AQ 50:16

Allah berada lebih dekat dari urat leher kita. 

Maka, berlaku benar (taqwa) kepada Allah adalah sama dengan berlaku benar (taqwa) kepada diri kita sendiri.

Mereka yang berlaku benar kepada dirinya sendiri adalah seorang yang 'iman (dari akar kata ain-mim-nun yang membawa maksud amanah).

Tidaklah menjadi sesuatu yang ajaib bagi mereka yang amanah ('iman) iaitu yang berlaku benar (taqwa) kepada dirinya sendiri dan kepada tanggungjawab dan tugas yang diberikan kepadanya, hidup di dalam keadaan penuh keberkatan.

Sebagai contoh ;

Para Muttaqi (righteous person/orang yang benar) tidak perlu pulang ke rumah jam 12 malam untuk menyelesaikan tugasan yang di beri.

Mereka hanya perlu menumpu (khusyuk) kepada tugasan  yang di beri dari jam 9 pagi hingga 5 petang. 

Mereka mempunyai masa kira-kira 7 jam (di tolak sejam rehat) untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Mereka yang menolak (kafir), walaupun masuk pada waktu yang sama iaitu jam 9 pagi, namun sebaik sahaja mengetik kad, mereka terus menuju ke kantin.

Mereka bersantai di kantin sehingga jam 10-11 pagi. 

Bila sampai di meja bekerja, mereka bersembang pula di media sosial melalui handphone sebelum menghabiskan waktu melayari internet mencari berita mengenai politik. 

Jika ada yang menarik, reka pulak ayat di facebook untuk menghentam, membuat lawak dan menjatuhkan maruah pemimpin yang tidak di sukai.

Akhirnya tanpa di sedari jam sudah pukul 1 tengahari. 

Tanpa segan silu mereka keluar dari pejabat mengambil anak dari sekolah untuk di bawa pulang ke rumah. 

Sampai di rumah, tunggu pula anak-anak makan dan mandi untuk di hantar ke sekolah agama petang.

Bila sampai balik ke meja pejabat, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, kini hanya tinggal 2 jam sahaja untuk menyelesaikan tugasan yang di beri.

Jam 4 petang, eh ada pulak rakan ajak pegi minum petang. Akhirnya, esok sahajalah selesaikan tugasan pejabat.

Esoknya, perkara yang sama berulang. 

Fail yang sepatutnya boleh siap dalam tempoh 2, 3 jam jika diberi tumpuan penuh akhirnya berbulan tak siap-siap.

Produktiviti hancur. KPI threshold.

Rentetan dari itu, banyak pihak menanggung akibat dari sikap tidak amanah (tiada iman) dalam jiwa orang yang menolak.

Mereka bukanlah orang yang benar (taqwa)

Jika anda majikan mereka ini, sanggupkah anda menaikkan gaji dan pangkat orang yang sebegini ? Atau layak di beri notis berhenti kerja sahaja ?

Katakanlah pula orang yang kaki mengular di waktu pejabat ini, rupanya di malam hari kuat ke masjid. 

Beliau membuat ritual wajib dan sunat beribu-ribu rakaat, sehingga dahi bertanda. 

Beliau juga mengucapkan AYAT SERIBU DINAR beribu kali setiap malam.

Adakah ini sikap yang dikatakan BERTAQWA ? 

Adakah anda rasa rezekinya akan secara magis menjadi luas terbentang datang dari arah yang tidak dijangka-jangka dengan memberikan penumpuan di malam hari jauh dari waktu kerja yang di amanahkan ('iman) kepadanya?

TAQWA bukanlah suatu konsep yang memerlukan kita menghabiskan waktu melakukan ritual di masjid atau pada hari-hari tertentu seperti berpuasa di hari asyura atau bertaddabur Al Quran dengan nyanyian paling merdu atau mendengar ceramah agama dan sebagainya. 

Ia membawa maksud yang sangat mudah iaitu berlaku benar.

Jika anda berlaku benar kepada diri sendiri, kepada masyarakat sekeliling, kepada tugas dan tanggungjawab yang di letakkan di bahu anda maka rezeki anda akan datang dari arah yang tidak di jangkakan.

Mengapakah ia jadi begitu ? 

Ianya adalah kerana masyakat mempercayai anda, begitu juga dengan majikan anda.

Jika anda adalah seorang self-employed, para pelanggan anda mempercayai prestasi kerja anda. 

Inilah yang dikatakan seorang yang benar (taqwa). 

Apabila anda dipercayai, peluang perniagaan akan masuk bertali arus.

Yang bekerja makan gaji akan menikmati kenaikan gaji dan pangkat, majikan menyukai anda, kemungkinan besar anda akan menjadi blue-eye boy boss.

Bukankah dengan cara ini rezeki akan datang dari arah yang tidak di jangkakan ?
Tidakkah anda merasakan begitu ?

Ashwed