Friday 26 February 2016

Dogma

Menurut Oxford Dictionaries, DOGMA membawa erti "A principle or set of principles laid down by an authority as incontrovertibly true".

Secara asasnya dogma membawa maksud satu set prinsipal yang telah disenaraikan sebagai benar oleh pihak yang berwajib atau yang telah diterimapakai oleh masyarakat sesuatu negara samada ia secara bertulis ataupun tidak.

Pada dasarnya ianya akan semakin ketara apabila ia melibatkan hal keagamaan.

Semasa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini saya menerima satu quote berbunyi seperti berikut ;

5 minutes after your birth, they decide your name, nationality, religion & sect, and you spend rest of your life defending something you didn't even choose.

Sejurus selepas membaca brainy quote ini saya terlihat gambaran diri sendiri di suatu ketika dahulu

Tiba-tiba saya merasa tolol kerana menghabiskan masa muda remaja dengan membaca kisah-kisah dongeng orang-orang Arab dan merasai diri serta-merta menjadi suci dari orang lain yang belum membacanya.

Saya juga merasa seperti mahu menghantuk kepala ke dinding apabila memikirkan bahawa saya pernah pada suatu ketika dahulu menganggap kisah-kisah dongeng ini sebagai ilmu.


Kebebasan Minda

Saudara pembaca, hanya melalui kebenaran sahaja kita boleh membebaskan minda dari belenggu dogma.

Dogma pada asasnya diletak oleh orang lain dan disuap secara paksa ke dalam mulut kita sebagai kebenaran hakiki. 

Dengan mengetahui kebenaran maka dengan serta-merta segala tembok dogma akan terpecah lalu kita menjadi seperti lahir semula ke dalam satu dunia yang sungguh luas yang tidak pernah kita diami sebelum ini.

Terlalu banyak contoh bagaimana dogma membentuk pemikiran seseorang.

Jika difikirkan, untuk kebanyakkan perkara, halangan utamanya hanyalah minda kita sahaja. Juga, tiada mana-mana pihak pun yang memantau samada kita ada melanggar dogma ini atau tidak.

Ianya hanyalah di antara diri dan minda kita sahaja. 

Terlalu banyak contoh dogma di dalam kehidupan seharian kita. 
Untuk kali ini, saya mengambil contoh bagaimana ia berlaku di dalam diet makanan harian kerana saya tidak pernah lagi menyentuh mengenai diet di dalam mana-mana artikel di blog ini. 

Selain dari itu saya juga akan cuba mengupas dogma memegang binatang secara sekali imbas.

Walaubagaimanapun, saya perlu memberi amaran bahawa mengupas mengenai diet makanan adalah perkara yang sangat sensitif.

Jika anda perhatikan orang-orang kita, ada yang minum minuman keras sehingga mabuk, ramai yang berjudi ramai juga yang melanggan pelacur berlainan jenis atau sesama jenis.

Namun, di sebalik semua perbuatan ini janganlah sesekali mengajak orang-mereka ini makan 'babi'. Perkara ini sangat sensitif pada kebanyakkan orang. 

Bagi mereka perbuatan yang disenaraikan di atas tidaklah menjadikan seseorang itu kufur (menolak). Mungkin mereka merasakan untuk dosa-dosa ini, ianya boleh dihapuskan dengan bertaubat ?

Tetapi kalau makan babi otomatik kita menjadi kafir yang tidak diterima taubatnya dan mengakibatkan boleh masuk naraka.

Inilah dogma dalam bentuknya yang paling klasik    

Diet

Tahun lepas saya berkesempatan bercuti di sebuah negara Eropah sambil menyaksi pembukaan temasya sukan antarabangsa dan menonton pasukan bolasepak kegemaran saya bermain di stadium keramat mereka.

Saya pergi bersama seorang kenalan rapat. Pada mulanya kami membuat pelan untuk pergi berdua sahaja. All boys trip.

Tetapi di saat akhir kenalan saya ini mengambil keputusan untuk membawa isteri beliau bersama (geng PERTABI). Jangan marah .. Sekali sekala mengusik kawan.

Di sana saya perhatikan rakan saya dan isterinya begitu teliti di dalam soal pemakanan. Mereka seboleh-bolehnya mencari kedai yang mempunyai logo halal.

Jika tidak pun mereka akan mengambil makanan yang tidak mempunyai ramuan daging atau ayam.

Di ketika itu saya teringat kepada beberapa keterangan Al Quran mengenai diet makanan yang disarankan untuk kita amalkan. 

Ianya sangat mudah dan tidak membebankan. Namun, manusia lebih suka membebankan diri sendiri dengan dogma yang  direka-reka.

Berikut adalah keterangan mengenai diet makanan secara am dan menjadi teras panduan utama untuk manusia ;

A004 

"Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi KAMU; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan." AQ 5:4

"They ask you what is halal for them. Say, "Halal for YOU are all good things,  including what the  dogs (mukallibeen) catch for you." You train them according to Allah's teachings. You may eat what they catch for you, and mention Allah’s name thereupon. You shall observe Allah. Allah is most efficient in reckoning" AQ 5:4

Keterangan ini menjelaskan kepada kita bahawa makanan yang HALAL untuk KAMU makan ialah "YANG BAIK-BAIK UNTUK KAMU".

Frasa yang utama untuk kita jadikan panduan ialah KAMU. Bermakna yang baik dan halal untuk kita makan adalah makanan yang boleh diterima oleh badan kita sendiri. 

 A168

Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” AQ 2:168

Menurut keterangan di atas, sesiapa yang mempunyai sifat buruk mengenai makanan yakni mereka yang pelahap dan tidak boleh menahan diri dari memakan makanan yang tidak baik untuk dirinya.

Mereka ini mengikut sifat buruk (syaitan). Ia akan pasti menyebabkan dirinya menerima kesan buruk akibat makanan yang dia makan. 

Ini adalah satu lagi keterangan Al Quran dengan penumpuan kepada KAMU.

A172 
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah” AQ 2:172

Apakah makanan yang baik untuk diri kita ?

Ia pastilah jenis makanan yang tidak membawa mudarat jika kita memakannya.

Sebagai contoh pada kebanyakkan orang, gula tidak membawa mudarat kepadanya.

Tetapi  jika anda mengalami diabetes kronik sudah tentulah gula tidak lagi baik dan halal untuk anda.

Begitu juga jika badan anda selalu berangin maka makanan yang boleh menyebabkan angin seperti nangka, kacang panjang, petai tidak baik dan halal untuk anda. 

Perlu juga diingati bahawa tidak semestinya jika A dan B mempunyai masalah badan berangin kedua-dua mereka tidak boleh makan nangka. 

Ada juga kes yang nangka tidak menyebabkan angin kepada orang-orang tertentu tetapi untuk orang lain, mak datuk punyalah angin sampai tidak boleh bangun.

Apa akan jadi jika anda makan juga nangka sedangkan badan anda tidak boleh menerimanya ?

Jawapannya adalah sangat jelas anda akan sakit perut, badan anda akan berangin. Anda mungkin tidak boleh melakukan iltizam anda untuk hari itu.

Kehidupan anda untuk hari itu mithalannya seperti berada di dalam "naar". 
  
The Curious Case of "khinziri"
Kebanyakan penterjemah mentafsir khinzir sebagai haiwan babi. Namun, kita perlu melihat keterangan ini dengan lebih teliti.
Berikut adalah senarai panduan makanan yang haram (sanction - boleh jadi positif atau negatif) untuk kita makan.
Haram di dalam maksud keterangan ini ialah tidak baik untuk kita makan.
A145 
"Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi  - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih" AQ 6:145
Di dalam keterangan di atas, Tuhan menerangkan dengan jelas kenapa Dia tidak membenarkan kita memakan bangkai, darah, daging "khinzirin" dan kefasiqan untuk selain dari Allah (makanan yang dijadikan dana - hidangan tuhan palsu, yang dibiar terdedah berhari-hari).

Makanan-makanan ini dilarang untuk kita makan kerana ia KOTOR. 
Namun, di dalam keadaan tertentu kita dibenarkan utnuk memakannya. Mudah-mudahan perut kita tidak sakit kerana perkara-perkara yang secara jelas nampak kotor ini.
A114
"Maka makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah" AQ 16:114


A115

"Hanya benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih" AQ 16:115

Di kedua-dua keterangan mengenai makanan yang tidak baik untuk kita makan ini tertera perkataan "khinzirin" dan "khinziri" yang secara biasa kita terjemah sebagai haiwan babi.

Namun, kedua-dua perkataan ini bukanlah isim makrifah atau kata nama khas.

Kedua-dua perkataan ini adalah adjective iaitu perkataan yang menerangkan perbuatan iaitu "khin" - perkara buruk/busuk dan "ziri" - yang kamu nampak.

Maka, jika terjemah kembali keterangan-keterangan di atas secara rigid maka jadilah ia seperti berikut ..  Hanya benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging perkara buruk/busuk yang kamu nampak..

Jangan salah sangka, saya tidak makan babi. Bagi saya ianya kotor tetapi saya sekali-kali tidak akan memandai-mandai mengharamkan segala-galanya mengenai haiwan babi.

Kita perlu selalu ingat bahawa satu-satunya entiti yang layak meletakkan hukum haram ialah Tuhan Yang Maha Esa kerana Dialah yang mencipta segala binatang, sayur, buah dan lain-lain untuk manusia makan. Bukannya para ustaz.

Lagipun, keterangan di atas sangat spesifik iaitu yang kotor ialah DAGING. Bukan kulit, lemak, dna dan lain-lain. Kenapakah kita selalu menyusahkan diri sendiri.

Tahukah kita haiwan babi ciptaan Tuhan ni begitu banyak kegunaannya di dunia. Sehinggakan jantung palsu pun dicipta menggunakan babi.


    

Dogma Anjing

Di dalam keterangan AQ 5:4 juga tertera dengan jelas bahawa Tuhan membenarkan kita makan makanan yang diburu oleh ANJING.

Alamak macamana ini, Ustaz kata anjing haram untuk dipegang ?

Ada pulak Ustaz yang sedikit liberal kata boleh pegang anjing tapi pastikan anjing itu kering. Kalau basah haram.

Adoi, ustaz-ustaz ini sememangnya perasan diri dia tuhan. 

Di tangan dialah letaknya Halal/Haram. Dialah yang call the shot. Seolah-olah dia ada saham di dalam penciptaan dunia ini. 

A040

"Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan" AQ35:40

Tuhan kata boleh pegang anjing malah boleh makan dari makanan yang pernah digongong anjing, mereka memandai kata haram.

Yang sebenarnya, yang Tuhan suruh kita amalkan ialah menjaga kebersihan. Selepas pegang apa-apa jenis binatang basuhlah tangan. Tidak kiralah apa jenis binatang. 

Lepas pegang kucing pun kita perlu basuh tangan tambahan pula kalau selepas pegang itu anda mahu menjamah makanan. 

Takkan nak makan dalam keadaan tangan berkemungkinan dipenuhi kuman dari badan kucing ?

Apa bezanya kucing dengan anjing ? Badan kedua-duanya dipenuhi bulu yang Tuhan cipta. Kedua-duanya merayap merata di bumi Tuhan ini untuk mencari makan. 

Basuh tangan pulak macamana ? Oh kita perlu guna tanah ... kalau tidak tak suci tangan.

Bukankah sabun dettol sudah terbukti berkesan membunuh kuman. Gunalah dettol. Yang susah hati nak pergi mencari tanah tu nak buat apa ? 

Tidakkah kita boleh bezakan di antara apa yang haram dengan tatacara menjaga hygiene ?

Kesimpulan

Inilah antara dogma yang diletakkan secara halimunan di fikiran kita.

Kadangkala dogma ini begitu mempengaruhi seseorang sehinggakan dia sanggup pergi lebih jauh untuk mempertahankan tradisi yang sudah sekian lama dipraktisnya.

Cuba anda fikir. Jikalah babi dan anjing itu begitu teruk dan hina mengapa berbillion manusia yang sehari-hari hidup dengan anjing dan babi tidak ditimpa malapetaka yang buruk ?

Orang-orang Cina di Malaysia makan babi dan pegang anjing. Adakah mereka menjadi lebih teruk dari orang Melayu dan India ? Statistik menunjukkan mereka lebih berjaya dari bangsa-bangsa yang lain. Bagaimanakah anda mahu menerangkan perkara ini ?

Janganlah kita hidup dengan dogma orang lain. 

Ingatlah sesuatu itu menjadi baik atau buruk bukan disebabkan orang lain mengatakan begitu. 

Ianya adalah kerana tubuh kita yang tidak boleh menerimannya. Oleh itu kita perlu sentiasa peka kepada tindakbalas tubuh badan kita sendiri. Insyallah kita akan selamat.

 

Ashwed
 

  
 

Monday 22 February 2016

Let's Read The Quran Campaign



Pada tanggal 20hb Februari 2016 bertempat di Oval Damansara telah di adakan perasmian kempen memahami Al Quran yang dikenali sebagai "Let's Read The Quran".

Tun Dr. Mahathir Muhammad, mantan Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada Malaysia telah sudi merasmikan kempen ini.

Kempen ini menyasarkan tempoh di antara 1hb Mac sehingga 31hb Mac sebagai bulan membaca dan memahami Al Quran.

Ia adalah inisiatif usahawan Anas Zubedy dan blogger terkenal, Syed Akbar Ali.

Slogan utama kempen ini adalah "You are what you pay attention to, so let's pay attention to Quran".

Pernahkah saudara/saudari perasan. Jika hari ini kita membeli sebuah kereta baru, apa-apa jenis pun, secara tiba-tiba kita dapati banyak jenis kereta ini berada di atas jalan raya.

Sedangkan sebelum ini kita tidak perasan pun tentang hal ini.

Begitu juga, saudara boleh bertanya kepada isteri masing-masing samada semasa mereka mengandung ada atau tidak mereka secara tiba-tiba mendapati ramai ibu-ibu yang mengandung di sekeliling mereka ?

Saudara/saudari pembaca, beginilah resam hidup kita. 

Kita akan lebih menyedari akan sesuatu jika kita memberi perhatian kepadanya.

Untuk lebih memahami akan hal ini, saya cadangkan untuk para pembaca mengambil ujian kesedaran ini. 

Saudara/saudari digalakkan untuk melihat video di bawah terlebih dahulu sebelum membaca artikel ini dengan lebih lanjut.


                                         



....... Saya pun terkena jugak bukan anda seorang.

Ujian ilmiah di atas memberitahu dengan jelas tanpa ragu-ragu bahawa diri kita iaitu sikap dan mentaliti kita secara asasnya di arcakan oleh perkara yang kita beri tumpuan.

Samada sikap buruk atau baik kesemuanya adalah bergantung kepada perkara yang kita tumpukan.

Baru-baru ini ada seorang pembaca bertanya kepada saya tentang hubungan sesama jenis atau gay.

Dari ujikaji yang dilakukan di dalam video di atas adalah jelas bahawa ada manusia menjalani hubungan sebegini kerana akalnya menumpu kepada perkara yang berkisar tentang gay.

Sudah tentu sebelum melakukan hubungan sebegini seseorang perlu mencari ilmu pengetahuan mengenainya seperti, adakah hubungan itu selamat, juga bagaimana cara melakukan dan menikmati hubungan itu tanpa memudaratkan diri sendiri.

Mungkin juga hubungan itu memerlukan penggunaan alat tambahan seperti alat kelamin palsu atau penggunaan pelincir ky jelly dan sebagainya.

Pokoknya, kumpulan ini sudah tentu perlu tahu mengenai dunia mereka dengan lebih terperinci, bukankah begitu ? 

Di sinilah banyak masa mereka ditumpukan. Penumpuan inilah yang menjadikan mereka seperti mereka.

Maka sudah tentulah persoalan samada hubungan ini adalah sesuatu yang semulajadi atau di bina sendiri melalui minat dan pengalaman menjadi satu persoalan yang subjektif dan perlu kepada kupasan yang lebih mendalam oleh mereka yang pakar.

Samada perbuatan ini adalah haram atau halal, bermoral atau tidak bukanlah menjadi tugas kita untuk tentukan. 

Hanya yang boleh kita ambil pertimbangan adalah yang mana satu lebih berat. Baik atau buruk ?

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai perkara penumpuan akal ini di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/07/siri-ramadhan-siapakah-tuhan-kamu.html

Berbalik kepada kempen memahami Al Quran. Ada banyak perkara yang disarankan oleh Al Quran untuk kita berikan penumpuan.

Yang paling utama ialah IQRA' atau BACA. 

Al Quran menuntut kita supaya memberi penumpuan kepada membaca yang membawa maksud mencari ilmu pengetahuan.

Al Quran menuntut kita supaya memberi perhatian kepada MASA .. Demi Masa sesungguh kamu di dalam kerugian.

Al Quran menuntut kita supaya memberi perhatian kepada berbuat baik kepada orang tua, menepati janji, menjaga kebersihan, menjaga kesihatan dan banyak lagi yang asasnya adalah common sense.

Segala perkara yang kita beri tumpuan inilah yang dipanggil realiti. Alam sedar kita. Di dalam bahasa falsafah yang lebih dalam ia di panggil "Solipsism". 

Tidak kiralah samada anda seorang gay, straight, atau mempunyai fetishm yang melampau. 

Ataupun sekiranya anda mempunyai keturunan caucasian, negroid atau mongoloid. Bermata biru, hijau atau coklat. 

Jika anda menumpu kepada perkara yang positif sudah tentulah kehidupan anda akan berakhir dengan baik. 

Begitu juga jika sebaliknya, iaitu jika anda menumpu kepada perkara yang negatif sudah tentulah jalan hidup anda lebih banyak dihimpit keburukan.

Segala penumpuan inilah yang menjadikan KITA seperti KITA. 

Mungkin saya akan menerangkan konsep solipsism dengan lebih terperinci di artikel lain.

Kepada sesiapa yang mahu turut serta memberi pandangan, pendapat, tulisan dan artikel, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman-laman yang tertera di akhir berita ini.

 http://www.thestar.com.my/videos/2016/02/21/read-the-quran-campaign-launched/

Ashwed