Tuesday 30 April 2019

Tragedi Kemanusiaan

Kedamaian Buat Semua,

Pada hari Jumaat tanggal 15-03-2019, sebuah bandar kecil di New Zealand digegarkan dengan kejadian tembakan rambang di dalam sebuah masjid.

Anda boleh membacanya di sini https://www.aljazeera.com/news/2019/03/shooter-situation-zealand-mosque-attack-190315015927391.html

Dunia benar-benar terkejut bukan kerana ini adalah kejadian pertama tetapi kerana nekadnya si penembak membuat liputan secara langsung melalui media sosial.

Untuk pengetahuan, New Zealand adalah antara negara teraman di dunia. 



Kejadian ini juga mencatatkan kesedihan kepada kita rakyat Malaysia memandangkan terdapat rakyat Malaysia yang tewas terkena tembakan rambang tersebut.

Kebetulan yang terbunuh itu adalah anak bekas rakan sekolah saya sendiri. Menyelusuri laman Facebook beliau seolah-olah terasa kepiluan yang beliau alami juga menghiris emosi sendiri . Tambahan pula anak beliau sebaya dengan anak saya sendiri.


Si pelaku sudah ditangkap dan sedang dihadapkan di Mahkamah. 

Media di seluruh dunia pun bertelingkah mengenai gelaran apakah yang paling patut di beri kepada si pelaku ini.

Ada yang menggelar terrorist, white supremacist, pembunuh dan macam-macam lagi.

Bagi saya orang semacam ini sebenarnya adalah GILA. Nanti saya akan terangkan dengan lebih lanjut.

Beberapa bulan kemudian, lebih tepat lagi pada 21-04-2019 seperti yang telah dijangka, giliran penganut Islam pula melakukan perkara bodoh ini.

Malah, mereka telah berjaya menyusun strategi yang lebih maha bodoh, di mana 3 buah gereja dan 3 buah hotel di bom di sekitar Colombo, Sri Langka dengan mengguna pengebom berani mati.



Yang lebih memeranjatkan pengebom-pengebom tersebut bukanlah terdiri dari penganut-penganut Islam terdesak dan tiada harapan, tetapi adalah anak-anak hartawan Sri Langka yang dikenali dengan negara tersebut. 

Anda boleh membacanya di sini https://www.bbc.com/news/world-asia-48008073



Maka media pun mulalah mengupas untuk mencari sebab punca kejadian tersebut. Berkajang-kajang artikel ditulis. Malah tulisan-tulisan ini tidak pernah terputus semenjak beribu-ribu tahun dahulu.

Sayangnya selepas berjuta-juta artikel di tulis, pembunuhan demi agama ini masih berterusan.

Saya percaya sedikit masa lagi akan ada kejadian terbaru berlaku .. dan para cerdik pandai pun mulalah menaip di papan kekunci masing-masing bagi meleraikan punca kejadian yang terbaru itu pula.

Kesimpulan

GILA .. 

Bayangkan terdapat sebuah negara Islam dan sebuah negara Kristian sedang mengisytiharkan perang sesama mereka.

Sehari sebelum perang para "ulama" di negara Islam tersebut menganjurkan sebuah perhimpunan secara besar-besaran untuk berdoa memohon kemenangan berpihak kepada mereka.

Di waktu yang sama pula, para rahib di negara Kristian juga menganjurkan sebuah perhimpunan besar-besaran di gereja mereka untuk berdoa supaya kemenangan berpihak kepada negara mereka.

Oleh kerana menurut ajaran kedua-dua penganut ini tuhan adalah satu maka sudah tentunya mereka berdoa kepada tuhan yang sama.

Soalan cepumas : Doa negara manakah yang akan dimakbulkan tuhan ?

Rakyat manakah yang lebih beriman lalu doakan mereka diterima tuhan ?

Jawapannya, KEMENANGAN akan berpihak kepada ketumbukan tentera yang membuat susunan strategi yang mantap dan peralatan perang yang padu untuk memerangi musuh mereka.

Semua ini tiada kena mengena dengan tuhan, kerana tuhan seperti yang diertikan oleh para manusia ini hanya wujud di dalam minda fantasi mereka sahaja.

Sama seperti Odin, Zeus, Apollo dan lain-lain tuhan. Ia hanya wujud kerana manusia mewujudkannya.

Jika kita hidup di dalam masyarakat Viking kemungkinan besar kita mengakui bahawa Odin adalah tuhan yang maha esa melebihi tuhan-tuhan lain.

Jika sebaliknya kita hidup di dalam masyarakat Greek-Roman pula kita berkemungkinan menganggap Apollo adalah maha esa melebihi tuhan-tuhan yang lain.

Begitulah juga seterusnya, tuhan berbeza untuk masyarakat dan ketamadunan yang berbeza. 

Namun, adakah tuhan seperti yang mahu diinterpretasi oleh manusia ini wujud seperti yang mereka gambarkan.

Adakah tuhan-tuhan ini sedang mendengar doa-doa yang mereka panjatkan ?

Ada banyak perbezaan di antara terma rujukan dan pemahaman dalam ertikata yang luas.

Di dalam Al Quran terdapat 3 perkataan yang dikaitkan dengan suatu zat besar yang mengawal keseluruhan alam ini.

Rabb, Illah dan Allah.


Rabb jika dirujuk kepada leksikon Bahasa Arab mempunyai makna sebagai sesuatu yang mempunyai kuasa pengawalan ke atas sesuatu yang lain.

Sebagai seorang manusia saya merasakan bahawa perkara yang mengawal saya ialah akal saya sendiri. 

Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa akal adalah "lord of mankind".

Adakah Rabb membawa maksud tuhan seperti fantasi manusia ?

Perkataan spesifik yang merujuk kepada tuhan di dalam Al Quran adalah Illah .. La illah (tiada tuhan) dirujuk beberapa kali.

Al Quran sendiri menyimpulkan bahawa La Illah (tiada tuhan) ha ill Allah (melainkan Allah). 

Oleh itu, dengarlah semua manusia yang sedang bersengketa dan membawa nama tuhan di dalam persengketaan kamu. Tiada tuhan melainkan Allah.

Tuhan itu tiada yang ada ialah Allah. Tugas orang-orang yang mahu berfikir ialah mencari dan mengetahui apa itu Allah.

Yang pasti perkataan-perkataan ini hanyalah sebuah terma rujukan. 

Jika kita mempunyai fantasi tinggi dan mahu tersekat diperingkat umur kanak-kanak maka bolehlah kita membayangkan kehidupan ala dewa-dewi, binatang terbang, sihir sabung-menyabung.

Namun, jika kita adalah seorang manusia yang bertanggungjawab maka kita perlu menjawab kepada daya intelek kita.

Soalnya yang mana satukah identiti kita ?

Siapakah Allah ?



Ashwed  



Sunday 24 February 2019

Kebebasan Palsu Dalam Malaysia Baharu

Image result for hina nabi mohd dan siti aisyah dalam fb


https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwj57YqK99XgAhWJQI8KHc4ZB1IQFjAAegQIABAB&url=http%3A%2F%2Fwww.utusan.com.my%2Fberita%2Fjenayah%2Fhina-nabi-sarkar-tanesan-direman-1.847871&usg=AOvVaw3xx5_gmU3tYqY1Ii_BGmTV&cshid=1551065000642984

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwj57YqK99XgAhWJQI8KHc4ZB1IQFjACegQIBxAB&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fkes%2F2019%2F02%2F534469%2Fhina-nabi-muhammad-3-kertas-siasatan-dibuka&usg=AOvVaw3yYFEC5Z8ATGrG94i0t_bZ&cshid=1551065000642984 

Kedamaian Buat Semua,

Blog ini sudah bertahun-tahun membuat kesimpulan bahawa AGAMA adalah ciptaan manusia. 

Al Quran tidak pernah membincangkan mengenai suatu perkara yang manusia moden gelar sebagai agama yang lengkap dengan organisasi dan ideologinya yang tersendiri.

Al Quran secara umumnya membincangkan mengenai fitrah kehidupan yang universal dan sama kepada setiap manusia di dunia ini tidak kira dari jenis bangsa apa beliau dilahirkan.

Malah, jika anda beragama Islam, Kristian, Hindu atau Buddha pun fitrah kehidupan kita semua adalah sama.

Agama dalam bentuk asalnya berkemungkinan mempunyai kebaikannya yang tersendiri. 

Kebaikan agama yang paling saya nampak ialah ia berusaha mendisiplinkan para penganutnya.

Walaubagaimanapun, manusia secara semulajadi mempunyai ego yang sukar dikawal. 

Kita akan sentiasa mahu meluaskan pengaruh. 

Maka timbullah suasana di mana para penganut yang sudah berdisiplin dan berjaya ini mula memaksa bentuk cara kehidupan dan pemikiran mereka kepada manusia lain.

Apabila ini terjadi maka tingkahlaku kita akan semakin terjerumus ke dalam sesuatu yang bentuk ekstrim.

Image result for dalai lama the purpose of religion is to control yourself not others
Realiti

Sidang pembaca yang dihormati, semua yang saya tulis di atas adalah suatu yang berbentuk ideal. 

Hakikatnya, apa yang dipanggil Organisasi Agama sudah wujud selama beribu-ribu tahun. 

Ia adalah real dan mempengaruhi setiap inci kehidupan manusia di mukabumi ini.

Ia juga berbentuk sensitif kerana mempertikaikan kepercayaan seseorang adalah seumpama memberitahu orang itu bahawa selama ini keseluruhan kehidupannya adalah palsu.

Oleh itu, manusia perlu bertoleransi untuk kekal berdamai sesama kita di dunia ini.

Itu adalah jalan yang terbaik daripada melakukan provokasi melulu yang boleh dianggap sebagai suatu kedangkalan yang ketara.

Apatah lagi jikalau anda tinggal di sebuah negara yang rakyat majoritinya menganut agama yang anda kutuk ikon utamanya itu.

Ia bukan sahaja dangkal kepada diri anda malah ia juga merbahayakan kehidupan manusia lain yang tiada kena mengena dengan anda, yang mempunyai tahap toleransi agama yang tinggi tetapi berkemungkinan besar menjadi mangsa keadaan disebabkan anda.

Mengapa tidak kita sahaja mempratiskan amalan berhujah secara ilmiah daripada mengutuk secara peribadi ?

Saya pernah mengutarakan hujahan bahawa ada kemungkinan sejarah Nabi Terakhir yang kita baca selama ini sebenarnya adalah kehidupan individu lain. 

Ini adalah kerana terdapat banyak fakta bertentangan dengan kisah sejarah ini dengan nilai yang di bawa baginda di dalam Al Quran. 

Hujahan ini pastinya berbentuk kontroversi, namun saya pasti jika kita benar-benar mahu mencari kebenaran maka hujahan ini sepatutnya kita fikirkan dengan lebih mendalam.

Penghinaan di atas adalah contoh nilai yang bertentangan dari Al Quran. Sudahnya penganut Islam terjebak berada di dalam mode defensive akibat fakta yang mereka sendiri popularkan.

Tanpa sedar akibat fakta sebegini, umat Islam sendiri membuka ruang supaya junjungan mereka di hina keperibadiannya. 

Kini, mereka tidak lagi mempertahankan junjungan mereka tetapi sebenarnya yang mereka pertahankan adalah individu yang mula-mula menulis fakta ini di dalam buku yang dikarangnya sahaja.

Ini sangat berbeza dengan perbuatan individu di atas yang secara sengaja cuba membangkitkan api kemarahan di antara agama dengan membuat provokasi peribadi kepada ikon agama orang lain.

Sewajarnya individu ini dikenakan suatu tindakan yang keras. 

Ini adalah mengenai kita semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Bukan mengenai ego peribadi anda bermegah-megah kerana dapat mengutuk kepercayaan yang dianuti oleh orang lain.

Ashwed

 





 
 

Monday 7 January 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Kedamaian Buat Semua,

Masih belum terlewat untuk saya merakamkan ucapan selamat tahun baru 2019.

Tahun baru azam mesti baru. 

Azam saya tahun ini adalah untuk menyempurnakan semua azam yang telah saya buat di tahun 2018. 

Di samping itu, tahun ini sejajar dengan usia yang semakin meningkat, saya merasakan perkara yang paling nikmat kini ialah jika sekiranya dapat hidup secara simple.

Dengan tahap stress yang paling minimal. Bebas dari komitmen kewangan. Bersantai bersama keluarga sepuas-puasnya. Kesihatan pula di tahap tertinggi. Fuh ......

Memang seronok berfantasi. Namun, realiti kehidupan bukanlah selalu menyeronokkan.

Saya sendiri bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik, tahap stress yang tidak begitu tinggi dan pendapatan yang sederhana. Mungkin inilah jalan yang terbaik untuk seorang seperti saya.

Pada setengah yang lain kehidupan mereka nampak seperti nomad. Sentiasa berkelana. Kereta menjadi katil dan berumah di merata rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya Semenanjung Malaysia.

Ada yang kehidupan hariannya sentiasa dikejar deadline. Sentiasa perlu membuat sesuatu berdasarkan tarikh yang ditetapkan orang lain.

Ada pula yang hidupnya sentiasa dikelilingi tahap stress yang amat tinggi. Ini dapat kita saksikan pada kehidupan seorang ahli politik terutamanya.

Siapalah kita untuk menghakimi sisi kehidupan orang lain. 

Apa yang kita rasakan beban mungkin pada orang lain adalah nikmat. Begitu juga sebaliknya.

A286

"Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia usahakan, dan ke atasnya apa yang ia usahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya" AQ 2:286

Oleh yang demikian, melihat apa yang yang ditanggung oleh orang lain lalu menghukumnya dari sisi kacamata sendiri adalah suatu perbuatan yang sangat tidak adil.

Ini adalah kerana kita sesungguhnya tidak dapat memahami penyebab utama beliau mengambil keputusan yang sedang kita lihat natijahnya itu.

Kita boleh sahaja mengutuk perbuatannya yang salah di sisi undang-undang tetapi kita tidak sekali-kali mempunyai moral yang lebih tinggi dari orang tersebut.

Malah mungkin jika diselidik secara teliti moral kita sendiri berkemungkinan lebih teruk dari orang yang sedang diadili itu. Cuma bezanya ialah kita belum tertangkap atau mungkin bernasib baik terlepas dari neraca keadilan di dunia ini.

Selamat Tahun Baru 2019, semoga tahun ini menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Ashwed