Monday 28 March 2016

Manusia Hipokrit

# Artikel ini ditulis sekadar sebagai muhasabah diri. Ia sekali-kali tidak ditulis sebagai profiling atau menghukum mana-mana manusia di dunia ini
Menurut perspektif Al Quran, manusia di bahagikan kepada 3 kategori besar.

Secara asasnya, yang benar-benar tahu kategori manakah manusia-manusia ini dialirkan hanyalah Tuhan, Zat Asal Yang Maha Memelihara makhlukNya sahaja.

Kita manusia tidak mempunyai hak dan kuasa untuk mengkategori mana-mana manusia kerana secara asasnya kita juga kelak akan dihakimi oleh Zat Asal.

Tujuan sebenar artikel ini hanyalah sebagai pengetahuan, iktibar dan sempadan bersama.

Moga-moga kita termasuk di dalam mereka yang mukhlas.

Secara ringkas, berikut adalah kategori tersebut ;

Orang-orang Yang Benar atau Muttaqi (AQ 2:1-5)

Manusia di dalam kategori ini boleh dikenali melalui ciri-ciri yang digariskan oleh Al Quran.

A001 
"Alif (satu), Lam (30), Mim (40)" AQ 2:1
 
A002 
"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang benar (lil-muttaqina)" AQ 2:2

A003 
"Yang percayai yang ghaib, dan mendirikan iltizam, dan belanjakan (yun-fi-kuna) sebahagian daripada apa Kami rezekikan mereka," AQ 2:3

A004 
"Yang yakin kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan mereka yakin kepada pengakhiran (akhirati)" AQ 2:4

Mereka yang benar di bahagikan pula kepada dua tahap iaitu Muslim (orang yang damai) - tahap mula. Dan Mukmin (orang yang yakin) - tahap tinggi.

A014

"Orang-orang Arab berkata, "Kami yakin (aman-na)" Katakanlah, "Kamu tidak yakin (takmun-nu); tetapi katakanlah, 'Kami damai (aslam-na)'; kerana yakin (imanu) belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih" AQ 49:14 

Orang Yang Damai (Muslim)

Ciri-ciri utama Muslim ialah, mereka mestilah orang-orang yang berbuat kebaikan;
 
A125 
 
"Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang mendamaikan (as-lama) mukanya (waj-ha-hu) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut cara (mil-lata) Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat" AQ 4:125


A112 
 
"Ia, sesiapa yang damaikan mukanya (waj-ha-hu) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih" AQ 2:112

Orang Yang Yakin (Mukmin) 

Ciri-ciri mereka yang yakin boleh di dapati di dalam surah khas yang dikenali sebagai Sural Al-Mukminun.

Ciri yang paling penting ialah mereka ini mestilah orang yang berjaya; 

 A001
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang yakin (muk-minuna)" AQ 23:1
  
Siapakah orang-orang yang berjaya ? Mereka sudah tentulah orang yang memberi sepenuh fokus kepada iltizam mereka masing-masing.

A002 
"Iaitu mereka yang fokus (kha-syi-oo-na/khusyuk) dalam iltizamnya (salatihim)" AQ 23:2
  
Mereka mengekalkan fokus tersebut sehingga jarang bergebang atau bersembang dan membuang masa untuk perkara yang sia-sia ;

A003
"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia" AQ 23:3

mereka mendedikasikan kehidupan mereka sepenuhnya kepada iltizam itu dengan semurni-murninya;





A004

"Dan mereka yang berusaha memurnikannya (liz-zakawati)" AQ 23:4

Sesudah mencapai kejayaan, orang-orang ini seterusnya tidak akan ragu-ragu untuk menggunakan kejayaan mereka itu bagi menolong orang lain.

Inilah yang dikenali sebagai fi-sabi-lillah (di jalan Allah). 

Di jalan Allah membawa makna membuat perkara-perkara yang di sarankan Allah seperti bersedekah, menjaga kesihatan, memberi pendidikan dan lain-lain.

Iaitu dengan melakukan perkara-perkara ini dengan tujuan untuk kemajuan orang lain setelah berjaya memajukan diri sendiri.

Fi-sabi-lillah tidak pernah membawa maksud mengorbankan diri kepada Allah bagi mempertahankan ritual keagamaan. 

Tuhan, Zat Yang Maha Berkuasa tidak memerlukan kita membunuh diri kita untukNya, apatah lagi untuk sebuah organisasi keagamaan yang kita rekacipta sendiri. 

Ini adalah kerana pada asalnya Dialah yang mewujudkan kita di dunia ini. 

Adalah tidak masuk akal setelah Dia mewujudkan kita, kemudian Dia perintahkan pula untuk kita membunuh diri untukNya. 

Ini namanya indecisive atau kesukaran membuat keputusan. Hanya manusia mempunyai sikap sebegini.

Di dalam keterangan di bawah "berjuang dengan harta DAN JIWA MEREKA" membawa erti memberi sepenuh tenaga untuk suatu usaha seperti menubuhkan kelab, yayasan atau badan amal untuk memajukan orang lain.

Dengan bahasa moden mereka ini adalah yang yang melakukan aktivism kemasyarakatan.

Untuk suatu tahap yang bersesuaian menubuhkan sebuah Parti Politik juga boleh dikategorikan sebagai usaha memajukan orang lain. 
 
A015
"Orang-orang yang mukmin ialah orang-orang yang yakin (amanu) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar" AQ 49:15

Sebagai contoh, inilah maksud ciri-ciri perwatakan kategori sebegini ;

Bill & Melinda Gates Foundation (or the Gates Foundation, abbreviated as BMGF) is the largest private foundation in the world, founded by Bill and Melinda Gates. It was launched in 2000 and is said to be the largest transparently operated private foundation in the world.[4] The primary aims of the foundation are, globally, to enhance healthcare and reduce extreme poverty, and in America, to expand educational opportunities and access to information technology. The foundation, based in Seattle, Washington, is controlled by its three trustees: Bill Gates, Melinda Gates and Warren Buffett. Other principal officers include Co-Chair William H. Gates, Sr. and Chief Executive Officer Susan Desmond-Hellmann.[5]
It had an endowment of US$44.3 billion as of 31 December 2014.[3] The scale of the foundation and the way it seeks to apply business techniques to giving makes it one of the leaders in venture philanthropy,[6] though the foundation itself notes that the philanthropic role has limitations.[7] In 2007, its founders were ranked as the second most generous philanthropists in America, and Warren Buffett the first.[8] As of May 16, 2013, Bill Gates had donated US$28 billion to the foundation.[1][9]
 
Mereka Yang Menolak atau Kafir (AQ 2:6-7)

Mereka yang menolak ialah orang-orang yang enggan melakukan perkara-perkara yang baik dan benar seperti di atas.

Mushrik

Mereka ini pula adalah manusia yang percaya bahawa Tuhan itu wujud dan Esa tetapi mengadakan sekutu kepada keEsaan Tuhan.

Perkara ini banyak terjadi kepada manusia tanpa mereka sendiri sedari. 

A022
"Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu dakwakan?" AQ 6:22


A023
"Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka berkata, "Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang sekutukan" AQ 6:23


A024
"Perhatikan bagaimana mereka berdusta terhadap diri-diri mereka sendiri, dan bagaimana apa yang mereka ada-adakan hilang daripada mereka" AQ 6:24

Sebahagian besar mereka yang berada di dalam organisasi keagamaan berkemungkinan besar menepati ciri-ciri ini;

A106 
"Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan dengan menyekutukan-Nya" AQ 12:106

Mereka ini juga termasuk di dalam kategori menolak atau rejectors atau kafir.
 
Manusia Hipokrit atau berpura-pura atau Munafik  (AQ 2:8-20)

Menurut perspektif Al Quran ini adalah kategori manusia yang paling hina.

Ini bermakna seseorang yang hipokrit bersikap lebih buruk dari seorang kafir;

A145
"Sesungguhnya orang-orang hipokrit (munafikina) berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak dapati bagi mereka sebarang penolong" AQ 4:145

Walaupun secara amnya hanya Tuhan yang benar-benar tahu pengkelasan ini, namun Dia memberikan kita sedikit garis kasar sebagai panduan untuk kita mengenali mereka yang berpura-pura ini.

Iaitu dengan mengetahui perkataan asas yang kesemua mereka sebut dan jadikan iktikad ;


A030
"Dan kalau Kami kehendaki, nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu" AQ 47:30

Apakah perkataan yang menjadi standard iktikad manusia hipokrit ini ?

Ia boleh di dapati dengan jelas di dalam surah khas yang di kenali sebagai Surah Al-Munafikun.

Ini adalah ungkapan standard mereka ;





A001 
"Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami saksikan bahawa kamu benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah tahu bahawa kamu adalah benar-benar Rasul-Nya, dan Allah saksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta" AQ 63:1

"Ashadoo Innaka la Rasul-lullah", begitu ungkapan standard mereka ini.

Ada yang mahu mengaku Nabi Musa sahajalah utusan (rasul) Allah yang sebenar.

Ada yang mahu mengaku bahawa Nabi Isa sahajalah utusan yang sebenar.

Ada pula yang hanya mahu mengaku bahawa Nabi "Muhammad" sahajalah utusan yang sebenar.

Yang mereka lupa ialah kesemua utusan ini hanya membawa satu mesej yang sama maka sudah tentulah kesemua utusan ini adalah benar.

Dan mereka juga terlupa bahawa oleh kerana Tuhan adalah entiti yang melantik, maka sudah tentu hanya Tuhan sahajalah saksi yang sebenar-benar layak menyaksikan perlantikan itu, bukan diri mereka.

Oleh kerana kita tidak pernah berada di situ semasa Tuhan melantik mana-mana utusan-Nya.  Maka sudah tentulah kita tidak sekali-kali layak menjadi saksi.

Ia melanggar prinsip utama Undang-Undang memberi keterangan iaitu sesiapa sahaja yang menyaksikan perlu berada di tempat kejadian sebelum layak menjadi saksi.

Ia juga adalah prinsip keadilan yang disarankan Al Quran ;

A044
"Kamu tidak berada di sebelah barat, ketika Kami tentukan perintah kepada Musa, dan tidak juga kamu antara orang-orang yang saksikan" AQ 28:44

Cukuplah sekadar Tuhan sebagai saksi.

A079
"Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi" AQ 4:79

Ungkapan standard inilah yang menjadi perisai utama golongan ini.

Dengan ungkapan inilah mereka menghakimi manusia-manusia yang tidak mahu bersama atau memasuki golongan mereka.

Dengan ungkapan ini jugalah mereka menghalangi manusia dari mengEsakan dan berada "di jalan Allah" secara penuh seluruh.


A002
"Mereka ambil sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, kemudian mereka halangi jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka buat" AQ 63:2

Selain daripada ungkapan atau perkataan yang keluar dari mulut orang-orang ini, kita juga boleh mengenal mereka dari gaya pemakaian dan kepetahan memberi ceramah mengikut organisasi keagamaan mereka.








A004
"Apabila kamu lihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu dengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka sangka tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!" AQ 63:4

Jika anda membaca blog ini dari awal, pasti anda dapat mengenalpasti ciri-ciri golongan ini dengan agak mudah.

Mereka juga boleh dikenali dengan tahap kerosakan yang telah dilakukan terhadap tempat yang mereka jadikan penempatan.

Mereka berperang, membunuh, menyembelih sesama sendiri, mengebom tempat-tempat yang mereka sendiri bina serta memusnahkan alam sekitar kurniaan Tuhan kepada mereka.

Tidakkah mereka ini berada di naar yang paling rendah ?

Kesimpulan


Jika anda amati dengan mendalam 3 kategori besar manusia seperti yang dijelaskan di atas.

Anda akan perasan bahawa satu-satunya standard utama untuk pengkelasan ini adalah bagaimana manusia membuat KEPUTUSAN di dalam menentukan halatuju hidupnya.

Tuhan tidak pernah melihat kepada pemakaian, pengenaan tudung atauberapa panjang janggut yang di simpan.

Begitu juga, Tuhan tidak melihat kepada kopiah atau sarban yang dipakai di kepala. 

Tuhan juga tidak melihat kepada berapa tebalnya celak yang seseorang itu gores di matanya atau berapa peratus bahagian tubuh manusia yang ditutup dengan  kain hitam.

Berapa rakaat ritual solat yang pernah di buat juga bukan standard keutamaan Tuhan, begitu juga dengan berapa jumlah pusingan tawaf mengelilingi batu, api atau pokok yang pernah manusia buat.

Ini semua bukanlah keutamaan.

Yang benar-benar membezakan manusia ialah KEPUTUSAN beliau atau bagaimanakah manusia menggunakan AKAL yang dikurniakan kepada dirinya.

Dengan akal inilah manusia menentukan halatuju hidupnya. Kejayaan dirinya bergantung kepada penggunaan akalnya.

Dan dengan akal yang sama jugalah manusia itu memporak perandakan hidupnya. 

Semoga kita berjaya membuat keputusan yang tepat.

Ashwed

 


Thursday 24 March 2016

LRTQ : Al Quran Dan Kehidupan



Kempen Let's Read The Quran berakhir pada 31-03-2016.

Ini adalah tulisan terakhir di dalam siri LRTQ. 

Namun, ini bukanlah bermakna perjuangan untuk memupuk nilai Al Quran ke dalam masyarakat kita berakhir di sini.

Para pembaca yang budiman, saya berpendapat sesuatu perkara yang kita sudah faham tidak perlu diulang baca berkali-kali.

Bagi saya, jikalah kita perlu mengulang-ulang pembacaan kita, ia hanya menerangkan hakikat yang kita sebenarnya tidak begitu memahami apa yang kita baca.

Oleh yang demikian, cubalah tanya kepada diri anda sendiri, setelah anda membaca Al Quran apakah yang anda faham mengenainya ?

Brainy Quote di atas adalah manifestasi perkara sebenar yang seharusnya terjadi kepada mereka yang benar-benar sudah memahami Al Quran.

Di dalam erti kata lain, jika anda merasakan diri anda sudah memahami isikandungan Al Quran dan jika anda meyakini isikandungannya, maka sudah tibalah masanya untuk kita mempraktikkan keyakinan itu.

Berikut adalah ringkasan informasi Al Quran yang boleh dijadikan panduan di dalam kehidupan harian kita ;



Secara peribadi keterangan berikut ini adalah informasi Al Quran yang paling saya minati ;

Yang pertama ,

A001
"Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," AQ 96:1

A002

"Dia cipta manusia daripada dadih darah" AQ 96:2

A003

"Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia," AQ 96:3

A004  
"Yang mengajar dengan pena" AQ 96:4

 A005

"Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu" AQ 96:5



Yang kedua ;

 A001
"Demi masa! " AQ 103:1

A002

"Sesungguhnya manusia dalam kerugian," AQ 103:2

A003


"Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar" AQ 103:3

Dan yang terakhir, keterangan yang sentiasa meredakan jiwa yang gelisah apabila kalimah-kalimah Al Quran yang diketengahkan di tolak mentah-mentah oleh orang-orang yang memanggil diri mereka muslim ;

A186 
"Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan dengar daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang sekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu sabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan" AQ 3:186

Sesungguhnya, Al Quran tidak akan menjadi berguna kepada mereka yang menghafalnya dari muka ke muka.

Ia hanya akan menjadi berguna dan boleh merubah dunia jika kita mempraktikkan nilai-nilainya yang universal.

Sekurang-kurangnya, jika kita mempraktikan Al Quran di dalam kehidupan peribadi, nescaya ia akan merubah nasib diri kita menjadi lebih baik, berjaya, tenang dan akhirnya damai. 

A006 

"Tidakkah Dia dapati kamu seorang yatim, dan melindungi kamu?" AQ 93:6

A007

"Tidakkah Dia dapati kamu sesat, dan beri kamu petunjuk?" AQ 93:7

A008
"Tidakkah Dia dapati kamu kekurangan, dan mencukupkan kamu?" AQ 93:8


Setiap perkara perlu dilalui dengan menempuh cabaran. Jika tidak manusia tidak merasa kemanisannya. 

Untuk setiap perkara yang dilalui dengan cabaran, kesukaran, kepayahan dan keperitan, pasti akan menjelma kemudahan di hujungnya.


 A005
"Oleh itu, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," AQ 94:5

A006
"bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" AQ 94:6

Oleh kerana itu, tetaplah fokus kepada iltizam kita masing-masing dan murnikanlah ia. Dengan cara itu kita akan merubah dunia, sekurang-kurangnya dunia peribadi kita.

Ashwed

Saturday 19 March 2016

Manifest Heat

Hari ini 20hb Mac, 2016 adalah hari di mana matahari berada tegak di atas garisan khatulistiwa.

Perkara ini terjadi dua kali setahun dan sudah berlaku semenjak planet bumi dan cakerawala yang mengelilinginya terbentuk.

Kebiasannya pada hari ini bumi mengalami suhu "panas yang ketara" atau "bahang nyata". 

Jika diterjemahkan perkataan ini ke dalam Bahasa Inggeris ia akan berbunyi sebegini "Manifest Heat".

Perkataan ini muncul sekali di dalam Bahasa Arab Al Quran, ia dikenali sebagai "Syahru Ramadhan".

A185 

2:185 manifest heat which was sent within it, the Quran a guidance for the people, and explanations from the guidance, and the criterion. Therefore, whoever amongst you experiences the manifestation shall "yasyumhu". And those who are ill, or on assignments may therefore, account an equal number of other days. God wishes convenience for you, and He does not impose hardship upon you; and so that you could fulfill the schedule, and you shall glorify God for guiding you, so that you be appreciative.

Inilah yang dipanggil Ekuinks.

Saya pernah menulis mengenai ekuinoks melalui artikel bertajuk Siri Ramadhan : Ekuinoks.

Tiada apa-apa kesimpulan saya buat untuk artikel kali ini.

Hanya sekadar pengetahuan dan renungan rakan pembaca.

Juga nasihat supaya menjaga kesihatan dari heat stroke selama kita melalui proses tahunan ini. 

MInumlah air dalam jumlah yang banyak dan elakkan berada di bawah panas sang surya.

Ini adalah sebahagian dari sunnatullah yang kita hormati . 

Berikut adalah jadual kejadian ekuinoks untuk tempoh masa 10 tahun ;

UT date and time of
equinoxes and solstices on Earth[1]
eventequinoxsolsticeequinoxsolstice
monthMarchJuneSeptemberDecember
year
daytimedaytimedaytimedaytime
20102017:322111:282303:092123:38
20112023:212117:162309:042205:30
20122005:142023:092214:492111:12
20132011:022105:042220:442117:11
20142016:572110:512302:292123:03
20152022:452116:382308:202204:48
20162004:302022:342214:212110:44
20172010:282104:242220:022116:28
20182016:152110:072301:542122:23
20192021:582115:542307:502204:19
20202003:502021:442213:312110:02





































Ashwed
















































































Wednesday 16 March 2016

LRTQ : Siapakah Ulama ?


Anda sudah tentu biasa mendapat pesanan di media sosial mengenai sunnah "Nabi Muhammad" untuk di amalkan.

Di antara sunnah yang tersenarai ialah bagaimana untuk :-

a. tidur
b. mengunyah makanan
c. memegang berus sugi
d. mandi
e. menziarahi kubur
f.  memakai baju
g. membasuh baju

dan lain-lain urusan kehidupan harian yang menjadi amalan sehari-hari keseluruhan manusia tidak kira agama, bangsa dan negara di dunia ini.

Kebiasaannya di akhir senarai tersebut akan diselitkan frasa standard "Sila sebarkan ilmu ini supaya ramai orang Islam mengamalkan sunnah".

Para pembaca yang budiman, kita perlu membezakan apakah perkara yang berada di bawah kebolehan manusia dengan perkara yang hanya boleh dibuat oleh Tuhan.

Secara umumnya, satu-satunya sunnah yang wujud di dunia ini adalah sunnah Allah atau dikenali di dalam Al Quran sebagai "Sunnatullah".

Makhluk ciptaanNya tidak sesekali mempunyai sunnah kerana semua makhluk bergantung kepada Zat Asal ini. 

Tidak kiralah apa pun gelaran seseorang Rasul, Nabi, Raja, Presiden atau Perdana Menteri. Mereka ini semua sama sahaja dengan kita iaitu makhluk yang bernama manusia. 

Zat Asal adalah As-Samad, tempat semua makhluk bergantung harap.

Mengatakan manusia mempunyai sunnah adalah suatu bentuk kegilaan, tidak lebih dari itu.

Ia adalah manifestasi obsesi manusia kepada rakan manusianya yang lain. Ia tidak terjadi di dalam komuniti "muslim" sahaja.

Komuniti lain juga obses kepada rakan manusia mereka yang lain seperti Isa, Musa, Krishna, Gautama Siddharta, Ali dan lain-lain mengikut budaya, agama dan mazhab.

Sunnatullah

Saya sudah membuat kesimpulan dan menerangkan apakah dia Sunnatullah di dalam sebuah artikel bertajuk "Demi Masa dan Kegelapan".

Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2016/01/demi-masa-dan-kegelapan.html 

Secara ringkasnya sunnatullah di dalam bahasa moden adalah rational law.

Sesungguhnya Tuhan mentadbir alam semesta ini dengan rational law yang lengkap dan terperinci.

Ia telah dihitung dari saat terjadinya letupan supernova sehinggalah ke saat anda membaca tulisan ini.

A005
"Matahari dan bulan menurut hitungan" AQ 55:5

 A007
"Dan langit - Dia naikkannya, dan letak Timbangan" AQ 55:7 

Apa sahaja perkara yang terjadi samada kejadian alam, sejarah ketamadunan, penemuan sains dan sebagainya terjadi kerana kaitan yang harmoni di antara satu sama lain.

Asasnya semua perkara ini dapat dikira melalui suatu kiraan rawak yang dikenali Probability Theory dan juga melalui Uncertainty Theory rekaan Heisenberg.
 





Apa sahaja yang anda fikirkan dan putuskan akan mempengaruhi orang lain dan alam sekeliling dari yang terdekat sehinggalah ke yang paling jauh.

Apa yang saya fikirkan dan putuskan sudah tentu akan mempengaruhi anda dan begitu juga sebaliknya.

Oleh sebab itulah kita sentiasa diperingatkan di dalam Al Quran supaya menjaga integriti samada semasa berada di kalangan awam ataupun semasa berkeseorangan.

Ulama

Dari rational law inilah timbul pelbagai lagi undang-undang alam seperti Law of Graviti, Law of Mechanics, Law of Causality dan pelbagai lagi undang-undang yang secara asasnya kita kenali sebagai sains.

Mereka yang memikirkan mengenai perkara inilah yang Al Quran panggil sebagai Ulama.

A027 
"Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat" AQ 35:27


A028
"Antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun" AQ 35:28 

Perkataan Ulama berasal dari akar kata ain-lam-mim atau dalam abjad romawi i-l-m yang membawa maksud ilmu di dalam Bahasa Arab, pengetahuan dalam Bahasa Melayu dan knowledge dalam Bahasa Inggeris.

Perkataan dari akar kata ini diulang sebanyak 854 kali di dalam Al Quran.

Orang yang banyak berfikir dan mencari sumber untuk berfikir sudah tentulah mempunyai banyak pengetahuan. Orang sebegini dikenali sebagai mu-alim.

Di dalam keadaan yang ramai atau plural atau jamak maka terbitlah perkataan ulama.

Menurut Al Quran, syarat utama untuk mengenali mereka yang mempunyai banyak pengetahuan ialah mereka itu mestilah seorang yang takut kepada Tuhan.


Merasa takut kepada Tuhan membawa erti menghormati rational law atau sunnatullah yang dicipta Tuhan itu.

Sir Isaac Newton setelah menemui dan mengkaji Law of Gravity sudah pasti tidak akan terjun dari sebuah bangunan yang tinggi.

Beliau pasti tidak akan berbuat begitu tanpa apa-apa peralatan yang direka khas dengan perkiraan yang terperinci untuk mengurangkan kesan Law of Gravity.

Penghormatan kepada rational law inilah yang menjadikan seseorang itu layak dipanggil ulama.

Izinkan saya mengambil contoh kejadian yang berlaku di negara kita.

Saya mengambil contoh ini bukan kerana saya benci kepada personaliti yang seorang ini.

Tetapi sekadar untuk membuktikan betapa jauhnya tersasar definisi ulama di kalangan orang kita.

"Ulama" yang saya ingin kaitkan ini sudah pun meninggal dunia. Semoga beliau ditempatkan bersama para Mukhlasin.

Di sebuah negeri pantai timur, tempat "ulama" paling besar dalam sejarah moden Malaysia semenjak merdeka ini tinggal, setiap tahun negerinya pasti mengalami banjir.

Menurut catatan sejarah, banjir paling buruk yang dikenali sebagai bah merah terjadi di negeri tersebut pada tahun 1926. Di ikuti dengan banjir besar pada tahun 1967. 

Mulai pada tahun 1969, "ulama" besar ini sudah pun menjadi seorang ahli parlimen Malaysia dan seterusnya bertukar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Ini bermakna "ulama" ini diberi peluang oleh Tuhan selama 46 tahun serta diberi kemampuan yang sangat lengkap untuk berbuat sesuatu kepada negeri yang diketuainya.

Namun, malangnya kejadian banjir ini tidak pernah diberi keutamaan. 

Ia dibiarkan terjadi saban tahun sehingga kejadian bah besar berulang lagi pada tahun 2004 dan yang paling buruk pada tahun 2014.

Apabila diajukan mengenai persoalan ini sudah pasti jawapan yang akan kita dengar ialah "Ini kuasa Tuhan".

Benarlah ianya adalah kuasa Tuhan, persoalannya adakah kita menghormati kuasa ini ?

Apabila kita tidak menghormati kuasa ini maka adakah kita termasuk di dalam kategori "mereka yang takut kepada Tuhan" seperti di AQ 35:28 ?

Akibat perbuatan seorang ketua sebuah negeri tidak menghormati kuasa Tuhan maka negeri ini mengalami kerugian yang amat besar.

Jika kita mengira kerugian ini semenjak dari kejadian banjir pada tahun 1967 saya percaya ia boleh mencecah puluhan billion ringgit.

Seorang yang mempunyai banyak pengetahuan (mu-alim) sudah tentu tidak akan menyebabkan kita mengalami kerugian.

Pengetahuan beliau sepatutnya menjadikan rakyatnya mengalami keuntungan dan kemajuan.

Persis kajian pengetahuan yang dibuat oleh Sir Isaac Newton, kajian ini menyebabkan sebegitu banyak peralatan dan teknoloji terhasil. 

Pengetahuan Sir Isaac Newton memudahkan kehidupan ramai manusia di muka bumi ini.

Selayaknya kita tidak menggelar orang-orang yang tidak menghormati rational law sebagai ulama kerana ia sangat tidak bertepatan dan akan mengelirukan masyarakat.

Kesimpulan

Rakyat negara ini perlu mula menggelar seseorang bertepatan dengan jati diri orang itu.

Jika tidak masyarakat akan terus keliru dan ditipu hidup-hidup.

Ia juga akan menyebabkan kemajuan negara kita terbantut kerana kepercayaan yang tidak masuk akal, lapuk dan tiada keputusan ilmiah.

Memakai jubah, berkopiah atau bersarban, berjanggut panjang serta memakai celak tidak menjadikan seseorang itu layak digelar ulama.

Yang paling penting ialah keupayaan akal kita mencipta idea. 

Idea dikenali sebagai ilham, wahyu atau hikmah. 

Ia adalah anugerah Tuhan kepada sesiapa yang mempercayaiNya dan menghormati sunnatullah ciptaanNya.

Seorang ulama yang sebenar pasti tidak akan menyebabkan dirinya sendiri berulangkali ditimpa musibah yang sama.

Ia bukanlah nilai seorang yang berpengetahuan tinggi.

Seorang ulama mestilah mereka yang memikir, takut serta hormat kepada sunnatullah/rational law.

Mereka ini boleh dikenalpasti dengan kajian dan teknoloji yang mereka tinggalkan untuk kegunaan manusia lain.

Mereka adalah manusia-manusia yang berfikir seperti di dalam video ini. 

 

Ashwed