Kedamaian Untuk Semua,
Tanahair kita sedang meraikan apa yang dikenali sebagai bulan "ibadah".
Ibadah adalah sebuah perkataan arab yang diterbitkan dari akar kata ain-ba-dal. Ia membawa maksud abdi.
Oleh yang demikian, ibadah adalah sebuah kata terbitan yang diterbitkan dari akar kata ain-ba-dal. Ia membawa maksud PENGABDIAN.
Dunia pernah mempraktis sistem hamba abdi yang boleh kita jadikan contoh untuk sebuah pemerhatian yang mendalam.
Ia berlaku terutamanya di ladang-ladang di seluruh Amerika Syarikat. Sebuah negara yang kini mendabik dada mahu menjadi polis ideologi demokrasi dunia.
Kita dapat perhatikan, bahawa hamba-hamba yang bekerja di ladang-ladang itu tidaklah boleh memilih bulan mana yang mereka mahu menghambakan diri kepada tuannya, bukankah begitu ?
Mereka menghambakan dirinya SEPANJANG TAHUN kepada tuan mereka.
Ini dilakukan untuk sebuah maksud yang jelas. Iaitu agar sesiapa sahaja yang memiliki mereka dapat memperoleh laba keuntungan.
Namun, ada juga kes di mana tuan-tuan ladang memulangkan hasil yang dituai kepada hamba mereka kerana merasakan rezeki yang mereka terima sudah terlalu melimpah ruah dan mustahil untuk dihabiskan.
Kini, bayangkan jika sekiranya Tuan itu mempunyai KEKAYAAN yang tidak mempunyai sempadan, KEKAYAAN yang tiada tolok bandingnya. Sebuah kekayaan yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.
Jika Tuan itu memiliki kekayaan yang sebegini. Adakah anda merasai Beliau memerlukan lagi khidmat hamba-hambaNya untuk mengkayakan lagi diriNya ?
Apa lagi yang Tuan ini mahukan jika Beliau sudah ada segala-galanya ? Beliau tidak pernah sakit kerana tidak mati.
Beliau tidak mengantuk sehinggakan tidak perlu tidur. Beliau boleh mendengar segala apa yang terjadi di seluruh alam. Beliau boleh melihat segala apa yang ada di seluruh alam.
Perlukan Tuan sebegini sesuatu dari hamba-hambanya ? Sudah tentulah tidak.
Jadi kepada siapakah sebenarnya kita, hamba-hambaNya berkhidmat ?
"Sesiapa berjuang (ja-ha-da), dia berjuang (yu-ja-hi-du) hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada semua alam" AQ 29:6
Mereka ini kesemuanya, berkhidmat untuk kebaikan diri sendiri sahaja dengan mengakui untuk "wa samiaq na, wa artoq na" (kami dengar dan kami patuh) kepada pesanan Tuan mereka.
Agar mereka memperoleh kebaikan untuk diri mereka sendiri.
Dengan itu, saya secara peribadi merasakan pemilihan sesebuah bulan tertentu sebagai bulan "ibadah" sangatlah meleset konsepnya.
Kita perlu mendengar dan patuh kepada arahan Tuan kita sepanjang tahun untuk mendapat kebaikan dari pesananNya itu.
Namun begitu, secara umumnya, perkara mengisytihar sesuatu bulan sebagai bulan ibadah ini bukanlah sesuatu yang 100 peratus buruk.
Masih terdapat sisi baik yang boleh kita jadikan fokus untuk melahirkan tindak balas positif demi kebaikan masyarakat di negara ini.
Di antara perkara baik yang saya boleh nampak ialah apabila keluarga yang jauh dan dekat mengejar masa untuk makan bersama-sama tepat pada waktunya.
Pada bulan ini, secara tiba-tiba ramai di antara kita mula mematuhi perintah ini ;
"Demi masa!" AQ 103:1
"Sesungguhnya manusia dalam kerugian" AQ 103:2
"Kecuali orang-orang yang amanah ('a-ma-nu), dan buat kerja-kerja baik, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar" AQ 103:3
Pada bulan ini juga, sesibuk mana pun ahi keluarga itu, mereka seolah-olah dapat mencuri peluang untuk menikmati juadah bersama-sama ahli keluarga yang lain.
Makan bersama adalah cara paling asas untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Jika keluarga kita adalah dari jenis yang tidak berpeluang melakukan acara ini setiap hari, maka ianya bolehlah dijadikan medan untuk mempraktis program ini.
Jikalah ada di antara ahli keluarga kita yang menghadapi krisis sehingga asyik bertengkar apabila bersua. Maka kaedah ini boleh dijadikan medan paling tepat untuk menahan diri dari memulakan pertengkaran.
Inilah yang dikenali sebagai PROGRAM SOUM (to restraint/menahan diri). Sebuah konsep yang diketengahkan oleh Al Quran.
Jika anda mengalami masalah berat badan kerana makan secara berlebihan maka tahanlah diri anda dari makan.
Jika anda mengalami masalah ketagihan meminum minuman yang tidak membawa manfaat. Makan tahanlah diri anda dari meminum air itu.
Jika anda mengalami masalah ketagihan merokok atau mengambil dadah maka tahanlah diri anda dari berbuat demikian.
Ia perlu dilakukan sehingga anda dapat membezakan keburukan dari kebaikan yang dibawa oleh perkara-perkara yang anda ketagih itu. Bukan terhenti setakat satu bulan sahaja.
Kenangan Mengusik Jiwa
Pelik jika dikenangkan bagaimana sesuatu elemen itu boleh membawa pemikiran kita ke suatu masa yang lampau.
Oleh kerana manusia mempunyai fantasi indah yang mahu mereka realisasikan maka secara tidak sedar akal kita merekod kenangan-kenangan yang membawa kegembiraan kepada diri kita.
Kebanyakkan kenangan ini akan diputarkan kembali di kotak pemikiran kita apabila terdapat sesuatu elemen yang mencuitnya.
Ia boleh jadi sesuatu bau, peristiwa, audio dan visual yang menjadi pemangkin untuk putaran rekod itu.
Bagi saya elemen bunyi terutamanya lagu, banyak membantu saya mengenang kembali peristiwa-peristiwa indah yang pernah terjadi di dalam hidup saya.
Oleh kerana itu, apabila ada rakan yang memperdengarkan kembali lagu ini, saya merasakan diri saya seolah-olah kecil kembali. Sekitar umur 10-12 tahun.
Tiba-tiba terasa diri seolah-olah menunggu-nunggu sebuah kedai india di hujung kampung yang saya diami mula menjual bunga api dan mercun.
Pelampau
Semua kenangan indah ini gugur satu persatu dengan hadirnya keterangan-keterangan melampau terutamanya dari ahli-ahli politik yang mewarnai kehidupan saya di dekad itu.
Bila diingati kembali, saya dapat merasakan krisis dan dilema yang dihadapi oleh jiwa saya akibat dari keterangan-keterangan ini.
Sedikit demi sedikit, jiwa kecil yang indah itu, berubah rupa menjadi pelampau.
Kini baru saya sedar, bahawa jiwa manusia boleh menjadi hitam legam jika kita membiarkan desakan luar menyapu warna mereka kepada diri kita.
Kini, golongan pelampau itu masih wujud. Di dalam bentuk mereka yang tersendiri, mewarisi tradisi pelampau dari nenek-moyang mereka.
Saya percaya, pasti ada jiwa kecil yang berjaya mereka warnai dengan keterangan-keterangan mereka.
Pasti ada jiwa yang menjadi pembenci akibat dari keterangan-keterangan tidak bertanggung jawab ini.
http://celahgelegar.blogspot.com/2017/05/kumpulan-mahu-guan-eng-dilarang-berbuka.html
Golongan pelampau ini bukan sahaja terdiri dari mereka yang berkopiah, berjubah dan berjambang.
Ada juga mereka yang berpakaian melayu, bersampin dan bersongkok.
Dan yang paling bahaya tentulah datangnya dari mereka yang mengakui mengikuti amalan demokratik. Namun, secara realiti mencengkam kumpulannya dengan kuasa dan pengaruh berpanjangan selama lebih dari 50 tahun.
Yang paling bahaya tentulah mereka yang memprojek imej demokratik tetapi tidak boleh menerima kumpulan lain menjadi pemimpin mereka.
Yang menolak untuk menerima budaya yang diamalkan masyarakat setempat secara keras sehingga terbawa-bawa sehingga ke Dewan Undangan Negeri sebuah Dewan yang sepatutnya bebas dari amalan melampau.
Namun kini, kumpulan ini sanggup untuk berlakon menerima budaya itu demi kuasa. Inilah yang menjadikannya begitu bahaya. Apabila berterus terang, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu kita jangka.
https://ruzaimiramza.wordpress.com/2008/06/08/kepala-dogol-dap/
JOHOR BAHRU 8 Jun - Tindakan DAP mendesak empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu supaya tidak memakai songkok pada majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan sebagai biadap dan menderhaka kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail.
Beberapa ADUN berpendapat, parti itu secara jelas berpendirian kurang ajar dengan merendahkan peraturan dewan itu serta tidak menghormati adat negeri ini dan orang Melayu.
ADUN Nusajaya, Datuk Aziz Sapian berkata, disebabkan majlis itu akan dirasmikan oleh Sultan Johor maka sesiapa yang tidak mengikuti peraturan dewan tersebut seolah-olah tidak menghormati Sultan.
"Jika wakil rakyat daripada DAP tidak mahu menghormati Sultan atau peraturan Johor maka lebih baik jangan duduk di negeri ini dan keluar serta pergi sahaja ke negeri lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyatakan ADUN Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai berada dalam keadaan serba salah sama ada hendak memakai songkok atau tidak pada majlis perasmian pembukaan DUN pada 19 Jun ini.
Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berkata, kesemua wakil rakyat tersebut pada dasarnya tidak mempunyai masalah untuk memakai songkok tersebut.
Bagaimanapun katanya, sebahagian ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meminta mereka tidak memakai songkok pada majlis pembukaan yang akan dirasmikan oleh Sultan Johor itu.
Norman berkata, mereka dalam dilema sama ada hendak mengikut arahan CEC atau mengabaikannya dengan memakai songkok pada majlis tersebut.
Aziz berkata, pendirian DAP itu tidak boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana jika dibandingkan wakil rakyat daripada parti lain, misalnya Pas boleh memakai songkok dan bukannya kopiah.
ADUN Tiram, Datuk Maulizan Bujang pula berkata, tindakan DAP itu adalah seperti cuba mencemarkan institusi raja di negeri ini dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat kerana ia menyinggung perasaan orang Melayu.
"Sepatutnya apabila mereka sudah bersetuju untuk menjadi wakil rakyat maka mereka perlu tahu dan mematuhi segala peraturan dewan dan tidak perlu timbul perkara ini," tegas beliau yang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Pengajian Tinggi Johor negeri.
Menurutnya, semua rakyat khususnya orang Melayu perlu mengambil pengajaran dan sedar terhadap pendirian DAP yang tidak menghormati budaya orang Melayu.

Mereka ini semua perlu kita tolak dari menjadi tuan kepada jiwa kita.
Ashwed