Wednesday, 10 May 2017

Menangani Stres : Kembali Kepada Asas



Kedamaian Untuk Semua,

Bersempena dengan Hari Wesak yang di sambut di Malaysia pada hari ini, apa kata kita berbincang sedikit mengenai Buddha.

Buddha bukanlah nama orang. Kesilapan pemahaman mengenai perkara ini sudah sekian lama di bawa oleh umat manusia.

Kesilapan ini bukan sahaja dilakukan oleh mereka yang tidak mempelajari mengenai ajaran Buddha, malah turut dilakukan oleh pengikut ajaran Buddha itu sendiri. 

Buktinya dengan jelas dapat di lihat dari nama lain yang diguna untuk perayaan ini. Di antaranya ialah, Buddha Purnima atau Buddha Jayanthi yang membawa maksud perayaan  kelahiran, enlightenment (kesedaran) dan kematian Gautama Buddha.


Vesākha
Dharma Wheel.svg
Official nameVesākha, Buddha Purnima, Buddha Jayanti, Vaisakha, Vesak
Also calledBuddha's Birthday or Buddha Day
Observed byBuddhists and Hindus in India, Sri Lanka, China, Japan, South Korea, Taiwan, Nepal, Tibet, Bangladesh, Bhutan, Indonesia, Singapore, Vietnam, Thailand, Cambodia, Laos, Malaysia and Myanmar
TypeReligious
SignificanceThe birth, enlightenment and death of Gautama Buddha
ObservancesMeditation, observing the Eight Precepts, partaking of vegetarian food, giving to charity, "bathing" the Buddha
DateFull moon of the month of Vesākha, usually in April (first), May or June (last)
2016 date21 May (Sri Lanka, Cambodia, Myanmar and India)
22 May (Indonesia)
2017 date10 May (Sri Lanka, Cambodia, India, Bangladesh, Singapore, Thailand, Myanmar and Malaysia)
11 May (Indonesia)
2018 date29 May
(Sri Lanka, Cambodia, India, Bangladesh, Singapore, Thailand, Malaysia and Indonesia)
Frequencyannual
Related toBuddha's Birthday
Other related festivals
Laba Festival (in China)
Rohatsu (in Japan)
Bodhi Tree Watering Festival (in Myanmar)


Seperti juga dengan Islam, Buddha bukanlah sebuah organisasi agama. 

Jika Islam membawa maksud kedamaian di dalam Bahasa Arab. Buddha pula adalah cantuman perkataan Sanskrit/Pali iaitu budhi (akal, intelek) dan dha (atas, tinggi atau above).

Oleh yang demikian, Buddha membawa maksud “above intellect” atau Intelek Tinggi/Atas.

Siddharta Gautama adalah di antara manusia yang berjaya mencapai Buddha (above intellect).

Beliau bukanlah satu-satunya manusia yang berjaya mencapai tahap ini. Sepanjang sejarah ramai yang berjaya mencapai tahap ini di dalam ketamadunan yang berbeza.

Ada yang kita kenali sebagai Nabi dan Rasul, ramai pula yang tidak kita kenali. Yang pasti mereka ini banyak membantu manusia lain memahami kehidupan ini dengan lebih mendalam.

Sejarah Hidup Siddharta Gautama

Menurut wikipedia beliau, dilahirkan di Timur Benua India di sebuah daerah bernama Lumbini di antara 563-480 tahun sebelum masihi dan meninggal di sebuah daerah bernama Kushinagar di antara 483-400 tahun sebelum masihi.

Beliau lebih dikenali sebagai seorang pendeta yang menghabiskan hidupnya sebagai seorang pelajar dan pengajar.

Seperti juga dengan manusia-manusia zaman silam yang lain, sejarah mengenai pendeta ini hanya mula dikumpul beratus-ratus tahun selepas kewafatannya. 

Dalam hal Siddharta Gautama, nota mengenai kehidupan beliau mula dikumpul kira-kira 400 tahun selepas beliau meninggalkan alam yang fana ini.

Di dalam tempoh 400 tahun itu, manusia hanya mengingati sejarah hidup pendeta ini melalui pendekatan tradisi oral.

Oleh yang demikian, banyak cerita mitos yang ditokok tambah kepada kehidupan sebenar beliau seperti beliau dilahirkan tanpa bapa di bawah sepohon pokok Sal oleh ibunya yang digelar Queen Maya.

Pada malam Siddharta dikandungi, Queen Maya bermimpi seekor gajah putih bergading 6 memasuki tubuhnya dari arah kanan selain mitos-mitos lain yang menjadi begitu terkenal dan dihafali oleh para pencinta beliau.

Seperti kebanyakkan organisasi agama yang lain, perselisihan mengenai mitos ini akhirnya mencambahkan aliran pemikiran atau mazhab yang berbeza.

Hari ini, saya tidak bercadang untuk menulis mengenai kehidupan dan sejarah Siddharta Gautama secara panjang lebar, sidang pembaca boleh mencari pengetahuan mengenainya di Wikipedia atau laman-laman agama Buddha.

Sebetulnya, hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai ajaran Buddha berdasarkan pemahaman saya sendiri.

Suatu amaran perlu diberi bahawa pemahaman saya mungkin sangat berlainan dengan panduan beragama menurut ajaran Buddha yang diajar oleh para sami mengikut tradisi aliran pemahaman atau mazhab masing-masing.

Bacalah dengan fikiran yang terbuka, mana tahu artikel ini boleh memberi pengetahuan tambahan dan idea baru di dalam hidup kita.

Intelek

Saya pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami suatu keadaan yang dikenali sebagai stres.

Namun, pernahkah anda berfikir mengapa kita menjadi stress.

Pasti ramai yang menganggap manusia menjadi stres kerana mereka terlampau taksub untuk mencapai sesuatu seperti di dalam mengejar imbuhan pekerjaan, pelajaran, sukan dan sebagainya.

Benar, perkara-perkara ini jika tidak dikawal akan membuatkan kita stres dan stres pula jika tidak dikawal boleh membawa mudarat seperti penyakit Kardio, tekanan perasaan, amarah dll.

Cumanya yang kita jarang berfikir ialah kenapa kita jadi begitu ?

Seperti yang saya nukilkan pada permulaan artikel ini, Buddha adalah percantuman dua perkataan Sanskrit yang membawa maksud “above intellect” di dalam Bahasa Inggeris.

Jika ada tahap “above intellect”, pastilah ada tahap yang berlawanan dengannya iaitu “below intellect”. 

Apabila ada tahap “below intellect” pasti pula wujud tahap yang ditengah-tengah yang kita kenali sebagai “normal intellect”.

Sebelum kita pergi lebih lanjut memahami secara ringkas apa dia “above intellect”, “normal intellect” dan “below intellect”. Apa kata kita fahami dulu apakah dia intelek ?

Intelek secara mudahnya adalah pemikiran kita.

Tetapi, jika mahu memahaminya secara keilmuan tersusun, intelek bolehlah kita terangkan sebagai fakulti alasan dan pemahaman mengenai sesuatu secara objektif.

Ia juga dikenali sebagai akal di dalam Bahasa Arab dan Melayu. Perlu di ingat bahawa akal bukanlah otak sahaja kerana otak adalah sejenis organ.

Akal adalah segala-galanya tentang diri kita. Cara berfikir dan menilai sesuatu, riak perbuatan, keputusan yang kita ambil dan sebagainya.

Di dalam Bahasa Al Quran perkataan yang paling tepat untuk menerangkan hal ini pada saya ialah Rabb.

Inilah etimologi perkataan intelek. 

Namun begitu, pada resam dunia ini, intelek adalah segala input dan konsep yang diletakkan ke dalam akal kita oleh ajaran dari manusia sekeliling.

Semasa kita dilahirkan ke dunia, pelbagai perkara mengenai kehidupan ini tidak kita ketahui. 

Ibu dan bapa kitalah guru yang pertama mengajar kita. 

Ada perkara yang diajar oleh mereka seperti api itu panas, gula itu manis, beras boleh mengenyangkan pada asasnya kita boleh sendiri mengetahuinya berdasarkan pengalaman.

Tetapi, pada asasnya perkara-perkara mudah inilah sebenarnya dikategorikan sebagai kebenaran hakiki.

Selain itu, mereka juga mengajar kita mengenai konsep-konsep lain seperti agama, tuhan, malaikat, kitab dll yang bercampur baur di antara kebenaran dengan mitos.

Ini semua pada dasarnya kita kenali sebagai belief system.

Oleh itu, intelek pada asasnya adalah semua konsep dan input yang bercampur baur di antara yang benar dengan kepercayaan yang kita anggap benar. Semua ini diletakkan di dalam akal kita oleh ORANG LAIN.

Ia menjadi begitu rumit sehingga MAJORITI MANUSIA tidak dapat membezakan lagi di antara yang benar dengan yang palsu.

Inilah dia apa yang kita kenali sebagai “NORMAL INTELLECT”. 

Lihatlah disekeliling anda. Majoriti manusia pasti mempunyai agama, konsep tuhan masing-masing, ajaran dan fahaman yang membezakan kumpulan mereka dengan yang lain.

Mereka ini pada dasarnya adalah manusia biasa yang tahu api itu panas, gula itu manis dan beras boleh mengenyangkan. Dengan kata lain, mereka manusia normal.

Mereka inilah yang paling mudah mengalami stres kerana pemikiran yang rumit ini.

Cuba ingat kembali semasa kita kecil seringkah kita mengalami stress ? Tentulah tidak. Kita tidak pernah memikirkan tentang bil bulanan dan hutang di sekeling pinggang. 

Setiap hari yang kita fikirkan ialah ingin bergembira, bermain bersama kawan-kawan.

Begitu juga dengan orang gila. Mereka ini tidak mengalami stres. Mereka tidak lagi berfikir mengenai hutang, laporan kerja, tarikh siap dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan binatang ? Adakah binatang mengalami stres ? Mungkin ada satu dua kes berita binatang jadi stres lalu naik minyak. Tapi perkara ini bukanlah diakibatkan oleh intelek mereka.

Mereka inilah termasuk di dalam kategori “below intellect”.

Dalam erti kata yang lain mereka ini tidak mengalami stres kerana mereka tidak mempunyai intelek rumit seperti majoriti manusia normal. Mereka bolehlah dikatakan sebagai tidak normal.

Akhir sekali, apakah dia kategori “above intellect” (Buddha). Bagaimana pula cara mereka yang diberi enlightenment (kesedaran) ini berfikir.

Seperti yang saya sebut di atas, majoriti manusia mempunyai pemikiran rumit yang dikenali sebagai normal intellect.

Apa yang dicapai oleh mereka yang berada di dalam kategori “above intellect” ialah merungkai kerumitan itu denga KEMBALI KEPADA ASAS.

Semasa kita dilahirkan sehingga kepada memori kita yang pertama apakah sebenarnya yang kita ketahui ?

Kita sebenarnya ketahui bahawa diri kita adalah kita. Kita mula mengenali diri kita. Mula-mula bila dahaga kita mula mencari air, apabila lapar kita mencari makan.

Semasa kita kecil intelek kita belum dikotori lagi oleh input dari konsep orang lain. Air yang kita cari tadi bukanlah susu dari jenama pediasure, asalkan boleh menghilangkan dahaga adalah cukup bagi kita. 

Begitu juga, apa jenis makanan pun sudah memadai untuk kita semasa kecil tidak perlu nasi kerabu, pizza atau spaghetti. Yang penting perut tidak lapar.

Begitulah juga dengan sistem kepercayaan. Semasa kita kecil sebelum ada orang mengotori intelek kita dengan konsep bahawa ada orang yang lebih suci dari yang lain, ada yang lebih agong dari yang lain, ada tempat membakar manusia jika membuat perbuatan yang dikategori sebagai jahat dll.

Sebelum semua ini dibentuk dan diletakkan ke dalam intelek kita, sesungguhnya kita adalah seorang individu yang bebas. 

Jika kita berjaya merungkai kesemua pemikiran rumit ini dan KEMBALI KEPADA ASAS maka itulah yang dikenali sebagai”above intellect”.

Jika kita berjaya mencapainya baharulah kita SEDAR bahawa yang sebenarnya yang ada di dalam dunia ini hanyalah .. “apa yang berada di dalam diri dan di luar dari diri kita.

Inward dan Outward. Itu sahaja yang tinggal. Inilah yang paling asas.

Kita hanya boleh mengawal apa yang berada di dalam diri kita, tidak di luar.
Kita boleh mengawal diri kita dari menjadi stres dengan membuat langkah mudah iaitu mengambil keputusan untuk tidak stres. 

Demi sesungguhnya, tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berbuat begitu.

Kesimpulan

Ramai yang berpendapat jika mereka berjaya mencapai sesuatu seperti wang dan harta yang banyak, isteri cantik yang menjadi rebutan rakan-rakan, memasuki universiti ternama, pangkat, kuasa dan pengaruh maka mereka tidak lagi akan stres.

Ini adalah kerana mereka menganggap ini adalah matlamat hidup mereka.
Tanpa disedari, inilah sebenarnya permulaan kepada kehidupan yang penuh tekanan.

Sebenarnya kita boleh sahaja menikmati semua nikmat dunia ini tanpa terikat dengan tekanan yang dibawa bersama dengannya.

Caranya ialah dengan kembali kepada asas. Inilah yang dikenali sebagai Ad Deen dari ajaran seorang yang mencapai tahap Buddha (above intellect). Masyarakat kita mengenali orang ini dengan nama Mohammad.

Untuk menyedari akan hal ini sudah tentulah kita perlu mengenali diri kita terlebih dahulu

Image result for to know yourself is the beginning of all wisdom aristotle

Hal ini tidak boleh dicapai dengan sekadar memakai pakaian tertentu atau duduk bertafakur dengan kedudukan tertentu atau berjalan merata lorong dengan tidak memakai kasut dan memohon sedekah dari orang.

Semua itu terjadi bukan kerana dipaksa-paksa. Tetapi adalah suatu kejadian peristiwa semulajadi. Bukan diulang-ulang untuk mencapai matlamat.

Mereka yang tidak mengalami stres adalah mereka yang mencapai tahap “above intellect” dan mereka yang berada di dalam kategori “below intellect”.

Menjadikan garisan di antara orang bijak yang mencapai kesedaran (enlightenment) dengan seorang yang gila adalah sangat nipis.

Saya sendiri masih seorang yang normal dan sering mengalami stress. Anda bagaimana ?

Selamat Hari Wesak 2017.

Ashwed

Monday, 8 May 2017

Berita Hmmmm

Kedamaian Untuk Semua,

Berikut adalah keratan berita-berita yang di viral sesama masyarakat melalui rangkaian sosial seperti Whatsapp, Facebook dll. 

Saya kira tentu ramai yang ada membacanya.

Pertama ;

http://www.pulsk.com/432253/Larangan-Qaza-Mencukur-Sebagian-Rambut.html 




http://ohtrending.com/2017/05/astaghfirullah-ternyata-rasulullah-melarang-potongan-rambut-seperti-ini-bantu-sebarkan/

Komen saya :

Hmmmmmmm .

Kedua ;

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/08/sabah-minister-calls-for-calm-over-kaamatan-islamik-fest/

keamatan

keamatan1

Komen saya :

Sabah dan Sarawak adalah di antara negeri yang masih dapat menghayati semangat kemerdekaan yang di bawa oleh para pejuang kemerdekaan negara ini dengan ikhlas.


Adalah sesuatu yang amat merugikan jika mereka membenarkan pelampau agama menonjolkan bentuknya.

Dan Ketiga ;

http://www.astroawani.com/videos/show/hari-ini-8/pemandu-tidak-sabar-cetus-kemarahan-jemaah-surau-153557


Komen saya :

Setiap peristiwa yang terjadi di dasarkan kepada prinsip penyebab dan akibat (cause and effect).

Bagi orang Hindu dan Buddha mereka mengenali perkara ini sebagai KARMA.

Orang Islam mengenalinya sebagai AKHIRATI.

Aristotle menggelarnya sebagai Potentiality and Actuality atau The Theory of Four Causes.

Orang zaman moden lebih mengenalinya sebagai Newtonian Mechanics. 

Sebagai contoh :

Jika para qariah Masjid Austin Perdana di atas meletak kereta mereka secara tersusun adakah pemandu kereta camry tersebut akan menjadi terkandas ?

Begitu juga, jika pemandu kereta camry tersebut menghayati sifat sabar dan menunggu 10-15 minit sebelum meneruskan perjalanannya, adakah beliau akan menerima nasib sebegitu ?

Keliru rasanya, samada nak menggeleng ataupun senyum. Hmmmm.

Ashwed

Sunday, 7 May 2017

Di Antara TRANSFORMASI Dan UBAH



Kedamaian Untuk Semua,

Saya yakin ramai di antara pembaca yang membayangkan bahawa ini adalah suatu artikel mengenai politik memandangkan pilihanraya Malaysia yang semakin menjengah tiba.

Apabila melihat ruangan maya penuh dengan  gambar dan kisah skandal dan kelakuan ahli politik yang berseteru.

Apabila facebook anda dipenuhi dengan gambar ahli-ahli politik sedang menunjuk-nunjuk kezuhudan masing-masing.

Dan yang paling sahih, apabila “Uncle Lim”, ahli politik paling veteran yang masih aktif di negara kita sudah mula balik kawasan, anda memang sepatutnya amat yakin bahawa Pilihanraya Umum ke-14 sudah tiba.

Meskipun begitu, saya terpaksa mengisytihar bahawa artikel kali ini bukanlah mengenai politik.

Ia adalah mengenai kehidupan.

Facebook

Beberapa bulan yang lepas. Saya pernah memberitahu di dalam sebuah artikel bahawa  saya sudah berjaya mendapat kembali kata laluan kepada laman facebook saya.

Sebelum itu, saya sudah sekian lama tidak aktif di dalam laman facebook.

Ini adalah kerana saya merasa meluat membaca kata-kata penuh kebencian rakan-rakan yang saya kenali terhadap orang asing yang mereka tidak pernah langsung bertemu seumur hidup mereka. 

Perasaan ini menyebabkan saya jarang melihat isikandungan laman facebook sekaligus menyebabkan saya terlupa akan kata laluannya.

Di dalam waktu yang sama, saya memulakan perjalanan mencari diri secara rohani.

Perjalanan saya itu belum bertemu dengan titik noktah demi sesungguhnya pengetahuan adalah seumpama sebuah lautan yang tiada berpenghujung.

Namun, saya berjaya mengumpul beberapa pengetahuan berguna mengenai kehidupan.

Pengetahuan ini saya kumpul melalui pembacaan dan kehidupan saya sendiri.
Kebanyakkan perkara yang saya kumpul dari pembacaan, saya anggap sebagai teori sahaja.

Untuk membuktikan teori ini, saya perlu bereksperimen. Bahan eksperimen terbaik dan termudah boleh saya kumpul tentulah diri saya sendiri.

Memandangkan internet melalui facebook adalah alat terhebat dicipta untuk manusia mengenali sesama sendiri maka saya pun memutuskan untuk menjadikan ia sebagai mekanisma eksperimen saya.

Eksperimen ini bolehlah kita gelar sebagai PERBEZAAN DI ANTARA TRANSFORMASI DAN UBAH.

Sejarah Hidup

Sejarah hidup saya penuh dengan warna-warni. 

Apabila merenungnya kembali dengan intelek yang sedikit mendalam, saya merumuskannya sebagai perbuatan-perbuatan yang didasarkan kepada compulsion.

Di waktu ini pun, sebenarnya, saya belum lagi berjaya menghapuskan sepenuhnya sifat compulsive itu. Namun, saya bersedia menjadi murid yang paling tegar demi menguasai tindakbalas ini.

Saya pernah membaling pensyarah saya dengan pen dan memaki seorang pensyarah lain di dalam dewan kuliah hanya kerana mereka menuduh saya tidur.

Sedangkan, pada waktu tersebut saya mengalami sakit tengkuk yang teruk. Suatu keadaan yang kekal sehingga kini.

Di waktu yang lain, oleh kerana ketiadaan wang saku yang cukup (ibu saya seorang ibu tunggal yang tidak bekerja) saya bertindak makan dan minum tanpa bayaran. 

Kadang-kadang saya sengaja mengajak rakan-rakan lain bersama-sama makan dan minum di sebuah café paling mahal di Universiti kami tanpa bayaran.

Rakan-rakan ini secara naif meyakini bahawa saya membelanja mereka. 

Di waktu inilah saya mempelajari suatu perkara penting mengenai kehidupan.

Bahawa manusia tidak sedikitpun mempedulikan apa cerita anda. Selagi mereka boleh melangsungkan kehidupan, itu sudah cukup buat mereka.

Apabila mula membaca sedikit mengenai ilmu falsafah barulah saya tahu bahawa perkara ini dikenali sebagai CYNICS.

Banyak lagi perkara-perkara buruk yang saya lakukan sepanjang belajar di sekolah menengah dan universiti.

Saya percaya di mata rakan-rakan universiti dan sekolah, saya adalah seorang yang bermasalah.

Oleh kerana itu, ramai yang tidak percaya apabila melihat keputusan Ijazah saya yang hampir mendapat Kelas Pertama.

Saya dapat merasakan perkara ini apabila ada di antara rakan-rakan berkali-kali bertanya mengenai keputusan akhir Ijazah yang saya perolehi.

Eksperimen

Tanpa di duga, latar belakang ini menjadikan set-up ujian mengenai PERBEZAAN DI ANTARA TRANSFORMASI DAN UBAH sangat sesuai.

Dengan mengambil kira pandangan rakan-rakan universiti dan sekolah yang negatif ini maka saya mula memuat turun foto dan video saya sedang menyertai majlis-majlis kebajikan lengkap dengan maklumat tentang tarikh dan apa sumbangan yang diberi.

Ada di antara majlis ini dianggap berprestij sehingga dimuatkan ke dalam dada-dada akhbar dan dijadikan bahan berita. 

Ternyata banyak komen positif yang saya terima dari rakan-rakan lama dan baharu.

Walaupun, sesungguhnya saya berasa seolah-olah seperti sedang berlakon di mana tajuk drama yang saya lakoni adalah mengenai kezuhudan. Namun, saya teruskan sahaja tindakan ini demi untuk membuktikan teori yang saya baca itu adalah benar.

Untuk pengetahuan sidang pembaca, adalah sangat mudah untuk membezakan seseorang yang melakukan suatu kerja kebajikan dengan ikhlas dengan seorang yang sedang menayang zuhud.

Seorang yang berlakon, mereka akan memprojek imej philanthropist dengan gambar dan peralatan lain demi mendapatkan apa sahaja berita yang boleh menaikkan imej mereka.

Seorang yang ikhlas tidak akan sama sekali ke hadapan untuk menerima apa-apa nama dari kerja kebajikannya kecuali jika mereka mahu membuat sinergi. Iaitu mencari dana yang lebih demi meneruskan usaha mereka.

Baru-baru ini sebuah band metal datang membuat persembahan di ibu negara. Sambil berhibur saya mengambil kesempatan tersebut untuk melakukan ujian kepada imej baik yang sedang saya projek selama beberapa bulan di laman facebook saya.

Kali ini saya mengambil gambar-gambar dan video yang lebih liar untuk mengembalikan ingatan mengenai siapakah diri saya sebelum ini.

Ternyata, benarlah terdapat perbezaan yang ketara di antara TRANSFORMASI DAN UBAH.

Ini adalah kerana sungguhpun gambar-gambar dan video ini agak liar namun ianya tidaklah mengundang komen negatif dari rakan-rakan baharu dan lama.

Kesimpulan

Sidang pembaca yang dihormati sekelian.

Bayangkan anda memegang sehelai sapu tangan. Kebiasaanya sapu tangan berbentuk empat segi, bukankah begitu ?

Sekarang cuba anda ambil hujung bertentangan di atas dan bawah sapu tangan tersebut. Lipatlah ia menjadi separuh. 

Ia kini tidak lagi menjadi dirinya yang asal iaitu berbentuk empat segi. Ia BERUBAH menjadi tiga segi. 

Walaupun berubah bentuk tetapi fungsinya tetap sama. Iaitu menjadi pembersih  kekotoran.

Bayangkan pula serumpun pokok bunga ros yang baru ditanam. Batang-batang pokok ini penuh dengan duri.

Di ketika ini, nilai dirinya tidaklah begitu tinggi. 

Namun, selang beberapa ketika apabila tiba musim bunga. Batang ini mula berputik lalu berkembang menjadi sekuntum bunga ros yang cantik dan berbau harum.

Dari sebatang pokok berduri yang tiada nilai. Pokok ini membuat satu TRANSFORMASI sehingga dirinya di angkat menjadi simbol yang sangat tinggi nilainya sehingga boleh mencantum dua hati manusia tidak kira bangsa dan umur.

Pokok bunga ros tidak membuang dan melupakan siapakah dirinya. Batangnya masih berduri. 

Namun, imej yang dipancar menjadikan mata dan minda manusia tertumpu kepada nilai yang cantik dan berbau harum itu, lalu sanggup melupakan keburukan durinya yang mampu melukakan jari.

Saudara sidang pembaca, begitulah juga kehidupan ini.

Di dalam hidup ini kita tidak perlu berubah dari menjadi diri kita.

Jika kita dahulunya datang dari keluarga yang miskin, selalu melakukan perkara buruk (orang kita panggil dosa), melakukan kesilapan yang sama berkali-kali. Ini semua adalah kisah silam yang membentuk sebahagian dari diri.

Kita harus akui yang kita tidak punyai kuasa untuk merubah sejarah ini. Anggaplah semua itu sebagai kenangan yang dapat mematangkan kita.

Namun, masa depan masih berada di dalam genggaman. Terpulanglah kepada kita untuk mencorakkannya.

Elakkan diri dari menjadi seperti saputangan.

Saputangan tadi walaupun BERUBAH menjadi tiga segi tetapi nilai dirinya masih sama iaitu sekadar menjadi pelakon tambahan menyapu kekotoran di bibir tuannya.

Sebaliknya jadilah seperti pokok bunga ros yang membuat TRANSFORMASI dengan melakukan perkara-perkara yang baik. 

Lambat laun, manusia akan menumpu perhatian mereka kepada perkara yang baik ini.

Sifat manusia dinamiknya adalah cepat lupa. 

Kita sanggup menumpu kepada perkara yang menjadi tarikan daripada memikirkan risiko yang datang bersama tarikan itu.

Oleh itu, janganlah menganggap kelakuan buruk anda yang lampau adalah batu penghalang untuk melakukan transformasi.

Ianya bukanlah sesuatu yang negatif sebaliknya ia mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu menjadikan diri kita unik daripada individu lain.

Apa-apa pun TRANSFORMASI perlu datang dari dalam  diri seperti juga bunga ros yang berkembang dari dirinya sendiri.

A011 


"Baginya pengiring, di depannya dan di belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri. Dan jika Allah hendakkan keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung." AQ 13:11

Ashwed