Tuesday 26 January 2016

Demi Masa Dan Kegelapan

 

Saya baru menghabiskan sebuah buku bertajuk "A Brief History Of Time" tulisan Stephen Hawking seorang ahli fizik paling terkemuka dekad ini.

Sebagai seorang yang berkecimpung di dalam bidang sains sosial sejak zaman berzaman, saya akui agak sukar untuk saya memahami teori-teori fizik yang diutarakan oleh buku ini.

Di bahagian kata pengantar buku ini, Stephen Hawking memberi statistik bahawa buku beliau di baca oleh penduduk dunia dengan kadar 1:7. Iaitu di dalam setiap 7 orang pasti ada seorang yang sudah membaca buku ini.

Ini mejadikan "A Brief History Of Time" sebagai sebuah buku genre fizik paling laris di dunia.

Saya pasti beliau mengambil statistik ini secara purata kepada nisbah jumlah penduduk dunia.

Namun, jika beliau mengira statistik ini di dalam dunia Islam, saya kira jumlah ini kemungkinan besar akan berkurang mungkin 1:20,000 atau lebih.

Ya, mungkin saya sedikit melebih-lebih. Namun itulah hakikatnya. Secara umum, orang Islam sangat malas membaca.

Itulah sebabnya pemikiran kita dengan mudah dipegang oleh agamawan. Dengan sedikit ugutan sahaja, "Jika tak buat perkara-perkara ini, kamu akan masuk neraka" terus kita jadi pak turut.

Kekurangan pengetahuan adalah bencana besar bagi kewujudan sesuatu masyarakat.

Berbalik kepada buku Stephen Hawking, saya dapati banyak kesimpulan beliau yang bertepatan dengan Al Quran seperti Angkasa Raya setiap hari meluas.  

Walaupun bukan beliau yang mengemukakan teori tersebut. Namun, beliau memberi komen yang sangat memberansangkan mengenainya ;

“The discovery that the universe is expanding was one of the great intellectual revolutions of the 20th century.” 

Berikut adalah keterangan Al Quran mengenai perkara ini.

A047

“And it is we who have built the universe with (our creative) power and keep expanding it” AQ 51:47

Beliau juga mendapati bahawa dunia ini di tadbir dengan satu set undang-undang yang rasional.

Al Quran mengenali perkara ini sebagai Sunnatullah.

Berikut adalah kenyataan Stephen Hawking ;


“Is one of order, the more we discover about the universe, the more we find that it is governed by rational laws"
Dan yang paling utama ialah Angkasa Raya bermula dengan KETIADAAN. Kemudian ia menjadi ADA dengan letupan supernova yang dikenali sebagai Big Bang.

Teori ini adalah bertepatan dengan dua keterangan ini. Iaitu kewujudan Zat Asal ialah melalui KETIADAAN atau GHAIB.

 A115

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui" AQ 2:115
    
A103

"Dia tidak dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui" AQ 6:103

Masa

Perkara yang paling penting untuk kita amati ialah sebaik sahaja terjadinya letupan supernova ini. Iaitu sebelum letupan ini berevolusi menjadi gas yang akhirnya berevolusi menjadi planet dan bintang, perkara pertama yang terwujud sudah tentulah MASA.

Ia bermakna MASA adalah suatu ketetapan yang kewujudannya sama tua dengan usia supernova itu sendiri iaitu berpuluh billion tahun.

Ia juga memberitahu kita bahawa sebelum insan-insan agong seperti Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Terakhir dicipta, Zat Asal iaitu Pemelihara kita terlebih dahulu mencipta masa.

Seraya dengan itu adalah sangat wajar untuk kita menghormati masa lebih tinggi dari kita menghormati nama-nama yang kita kaitkan dengan agama.

Yang mana dengan nama-nama yang kita anggap suci inilah juga kita mewajarkan peperangan dan pembunuhan.

Tuhan mengingatkan kita di dalam keterangan ini ;




A001

A002

A003  
 
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja baik dan saling berwasiat pada yang benar dan saling berwasiat untuk sabar" AQ 103:1-3 

* Terjemahan Othman Ali, Bacaan 

Masa tidak pernah menunggu sesiapa. 

Jika kita gagal menghormati masa yakni dengan menepatinya. Membuat perancangan dengan tidak mengambil kira faktor masa.  Merasakan bahawa masa senantiasa menunggu kita. Kita pasti akan gagal.

Kegelapan

Pernahkah anda terfikir mengapa manusia secara umumnya takut kepada kegelapan ?

Saya pernah menerangkan akan hakikat kewujudan Zat Asal. Anda boleh baca di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2015/10/membalas-komentar.html

Buku Stephen Hawking menjelaskan bahawa di antara ADA iaitu, bintang, planet, komet dan gas di angkasa lepas terwujud KETIADAAN yang  saintis kenali sebagai Ether.

Ether adalah kegelapan yang kita dapat lihat di angkasa lepas. 

Bagi saya ini adalah perkara paling dekat di antara kita dan hakikat kewujudan Zat Asal di dalam KETIADAAN. 

KETIADAAN SINONIM DENGAN KEGELAPAN.

Oleh sebab manusia secara semulajadi takut kepada Tuhan maka itulah sebabnya kita seringkali merasa takut dan panik apabila berada di dalam KEGELAPAN.

Namun begitu, kita perlu faham bahawa walaupun gelap, KETIADAAN tidak boleh mengapa-apakan kita.

Jika kita berjalan di dalam suatu bilik yang gelap tetapi kosong tanpa ada apa-apa, bolehkah kita dicederakan dengan KETIADAAN itu ?

Hanya sesuatu yang ADA sahaja yang boleh mengapa-apakan, mencedera atau membunuh kita.

Satu-satunya perkara yang boleh mengapa-apakan kita di dalam suatu bilik kosong yang gelap ialah kemungkinan kita tersilap langkah, terhadung kaki sendiri lalu jatuh.

Itulah sebabnya Tuhan memberitahu bahawa sesuatu yang buruk adalah disebabkan diri kita sendiri ;


A079

"Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi" AQ 4:79

Fikiran Simpleton "ala melayu"

Semasa membaca buku ini. Saya tertanya-tanya apakah nasib Stephen Hawking jika beliau dilahirkan di alam Melayu.

Adakah beliau berjaya memupuk pemikiran beliau dengan bebas tanpa pengaruh agama dan politik ? 

Alam Melayu kekurangan individu yang mempunyai pemikiran complicated sebegini.

Jika adapun manusia yang berfikiran ke hadapan majoriti kita yang lain akan cuba menjatuhkan pemikiran itu.

Contohnya Dato Onn Jaafar dengan visi Parti Negara, Tan Sri P. Ramlee yang meninggal dalam keadaan papa akibat irihati pesaingnya dan Dr.  Kassim Ahmad yang dikenakan tuduhan jenayah oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana beliau berfikir.

Kita takut untuk cuba mempraktik pemikiran yang bebas ini.

Kerana ketakutan ini jugalah menyebabkan kita berfikir secara mudah untuk menyelesaikan masalah kita.

Berikut adalah contoh penyelesaian mudah kita kepada masalah masyarakat ;

1. memisahkan jantina di majlis kenduri, barisan cashier ;
2. mengharamkan alkohol termasuk memegang dan mengurus botolnya ;
3. kahwin cepat untuk mengelakkan zina ;
4. poligami untuk elak zina dan menolong wanita ;
5. menjadi polis moral seperti mengendap orang lain atau menyibuk pemakaian fesyen seseorang ;
6. pakai tudung
7. menangkap dan memalukan mereka yang makan di siang hari di bulan puasa ;
8. menggelar sesiapa  yang mempunyai pendapat berbeza dengan gelaran memalukan seperti sesat dan kafir ;
9. menjerit sekuat hati atau menyindir mereka yang berbeza pendapat dengan kita ;
10. mengguna jeritan, memaki sebagai jalan untuk menaikkan semangat atau mengubah mentaliti seseorang;
11. Mengisytihar memegang anjing dan babi sebagai haram dan macam-macam lagi perkara yang benar-benar menyedihkan.

Ketahuilah bahawa kesemua pemikiran simpleton ini tidak boleh mengubah mentaliti masyarakat kita.

Untuk mengubah mentaliti seseorang kita perlu melakukan "Jihadan Kabiran" atau Biggest Struggle atau Perjuangan Terbesar.

Iaitu ini ;

A052 

"Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar" AQ 25:52

Jihadan Kabiran adalah menyebarluaskan Al Quran. Al Quran membawa erti Bacaan. Ia adalah isim makrifah atau kata nama atau noun

Apabila perkataan ini digunakan  sebagai kata kerja atau verb ia menjadi iqra' yang membawa maksud "Bacalah".

Dengan membaca kita akan memperolehi pengetahuan. 

Maka kesimpulan yang kita boleh dapati dari ayat ini ialah Jihadan Kabiran, Biggest Struggle atau Perjuangan Terbesar kita umat manusia yang diperintahkan oleh Tuhan ialah perjuangan menyebarluaskan ilmu pengetahuan.

Perjuangan ini tidak memerlukan kita membuat bom membunuh orang tidak berdosa. Juga, kita tidak perlu pergi ke negara asing untuk berperang.


Di dalam senario Malaysia, agensi yang dipanggil MARA adalah antara badan yang melakukan Jihad ini. 

Mereka sanggup mengambil para pelajar yang tinggal di ceruk pedalaman dengan bas walaupun tahu route itu tidak membawa keuntungan. Lalu membawa para pelajar ini ke sekolah-sekolah untuk menimba ilmu.

Kesimpulan

Ketahuilah bahawa tiada perbezaan di dalam ilmu. Kesemuanya adalah pengetahuan. Yang berbeza ialah untuk apa kita gunakan pengetahuan yang kita perolehi itu.

Jikalau kita gunakan untuk menolong orang lain maka ia adalah untuk kebaikan. Sebaliknya jika kita menggunakan ilmu pengetahuan ini untuk melakukan penganiayaan maka ia adalah untuk kejahatan.

Untuk mendapat keputusan ilmiah, sesuatu ilmu perlu menjalankan ujikaji. Jika sesuatu ilmu itu tidak diputuskan berdasarkan ujikaji dan pengalaman yang benar-benar terjadi maka ia bukanlah ilmu melainkan hanya dongengan.

Contoh 1 : Jika anak-anak tidak membuat ritual solat di dunia. Ibu bapa yang sudah meninggal akan disiksa oleh malaikat di dalam kubur.

Ujikaji : Tiada

Bukti : Tiada

Analisa : Pernahkah ada manusia yang mati kemudian hidup kembali untuk menceritakan hal ini ? Tiada.

Cara penyelesaian ala simpleton : Wujudkan ketakutan (terrorism) di dalam pemikiran manusia. Kalau tidak percaya masuk neraka. Kadang-kadang rasa macam cerita nujum pak belalang pun ada.


Contoh 2 : Orang Islam perlu membunuh orang kafir seperti yang di lakukan oleh Nabi Terakhir di perang Badar. 

Ujikaji : Tiada

Bukti : Sejarah Hadis

Analisa : Fakta yang dipersembahkan. Perang Badar terjadi di bulan Ramadhan pada tahun kedua Hijrah. Kalendar Hijri mula diterimapakai di zaman Khalifah Umar Al-Khattab 17 tahun selepas Nabi Muhammad wafat. Semasa Nabi Terakhir hidup, masyarakat sekeliling menggunapakai kalendar Jahiliyah. Kalendar tersebut memberitahu bulan ke-9 bernama Natiq.

Maka kesimpulannya, Nabi Terakhir tidak pernah melalui satu bulan yang dinamakan bulan Ramadhan sepanjang kehidupan baginda.

Lagipun bukankah Nabi Terakhir ini diperintahkan supaya jangan sekali-kali membunuh. Jika membunuh walaupun satu jiwa ia sama dengan membunuh keseluruhan spesis manusia. 

Sila lihat http://ashwed1973.blogspot.my/2015/06/siri-ramadhan-ekuinoks.html untuk fakta mengenai kalendar hijri.

Cara penyelesaian ala simpleton : Kalau tidak percaya berdosa. Masuk Neraka.

Inilah sebahagian ilmu baru yang dicipta ahli agama. Mereka menggelar ilmu ini sebagai ilmu akhirat. Ia tidak perlu membuat ujikaji untuk setiap kenyataan fakta mereka.

Secara peribadi saya berpendapat ini bukanlah suatu ilmu melainkan satu dongengan. 

Yang parah ialah manusia sanggup membunuh untuk mempertahankan ilmu yang tidak boleh dibuktikan ini.

Jihad/struggle/perjuangan menyebar luas pengetahuan jika dilakukan dengan solla/iltizam/keazaman yang zakka/murni/dedication tentulah akan menghasilkan kejayaan.

Ia tidak boleh dilakukan di dalam tempoh waktu 5 minit.

Ia perlu di lakukan sepanjang hayat dari kita celik mata sehinggalah kita tidur pada malamnya dan sehingga kita menutup mata buat selama-lamanya.

Mudah-mudahan Tuhan menerima perjuangan ini dan menempatkan kita di tempat yang selayaknya. Insyallah.

A053

“We shall show them our signs in the universe and within themselves, until it becomes clear to them that this is the truth. Is it not enough that your Lord is the witness of all things ?" AQ 41:53



Ashwed











51 comments:

  1. Terima kasih Tuan Blog diatas satu pencerahan yg amat saya hargai.

    Segala puji2an hanyalah bagi Tuhan, sumber sekalian ILMU.

    Adalah ilmu itu pencerahan yg hakiki, manakala lawannya adalah kegelapan yg diwakili oleh Iblis.

    Dan sesungguhnya Iblis memerlukan ugama, lebih drp manusia perlukan tuhan, untuk menanam benih riak, prasangka, kebimbangan, kebencian & perpecahan diantara insan.

    ~ Demi Masa! Sesungguhnya manusia didalam kerugian;
    mereka yg. menyembah tuhan2 yg berbeza yg diluar sana,
    sedangkan mereka berkongsi Iblis yg sama didalam diri mereka;
    kecuali mereka yg. berkongsi Tuhan yg sama didalam diri mereka,
    dan menyangah iblis2 yg berbeza diluar sana. ~

    ~ By Time! Indeed, mankind is lost;
    those who submit to different lords out there,
    yet share the same Evil within;
    except those who submit to the same Lord within,
    and spurn their respective evils out there. ~

    Verily, the Devil needs religion, more than man needs God, to sow the seeds of pride, prejudice, insecurity, hatred & discord among men.

    \Alhamd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan,.....benar iblis amat memerlukan agama.Terima Kasih.

      Delete
  2. salamun alaikum..
    saya pernah membaca komik dari China bertajuk Dewata Raya..apa yg menarik di situ, hanya dengan penggunaan otak pada tahap yg tertinggi maka kuasa2 hebat dapat dikeluarkan oleh pengguna..dan kuasa yg paling hebat sekali adalah kuasa kekosongan dan kehampaan di mana pengguna dapat mengawal masa dan ruang 5 dimensi..walaupun nampak mengarut tapi kritikal untuk difikirkan..
    lagi satu filem hollywood bertajuk Lucy..saya cuba membaca filem ni dan apa yg saya faham penggunaan otak pada tahap maksimum mampu membuka potensi diri manusia kepada yg paling tinggi..
    apa2 pun tu sekadar ilmu dan dengan itu juga saya belajar mengenal diri sendiri untuk lebih mengenali Pemelihara dan Pencipta seluruh alam semesta..sekadar berkongsi pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mok,....setuju dengan anda.Lucy adalah filem berbeza pengertiannya.Al-Quran menyuruh kita berfikir.

      Delete
  3. Indoktrinasi pembawakan ulama dan ustaz berkenaan konsep ugama adalah kuat...susah nak ubah sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Salamunalaikum saudara sekelian, saya pastekan ayat2 lazim yang selalu dibacakan ketika solat2 'omlayu' ;

    1:1. Dengan nama Allah yang Pemurah yang Penyayang.
    1:2. Segala pujian bagi Allah Pemelihara ilmu diseluruh alam.
    1:3. Yang Pemurah yang Penyayang.
    1:4. Penguasa yang merajai hari peraturan hidup.
    1:5. Hanya kepada Kamu, kami berkhidmat dan hanya kepada Kamu, kami bermohon.
    1:6. Tunjukkan dan pandukan kami kepada jalan yang lurus.
    1:7. Jalan orang yang telah Kamu berikan nikmat kesenangan kepada mereka dan bukan mereka yang dimurkai dan bukan mereka yang sesat.

    2:1.Alif laam miim.
    2:2. Inilah kitab yang tiada keraguan didalamnya dan sebagai petunjuk bagi orang yang prihatin.
    2:3. Dan orang yang amanah dengan yang ghaib dan yang melaksanakan kewajipanya dan dari apa yang Kami rezekikan mereka belanjakanya.
    2:4. Dan orang yang amanah dengan apa yang diturunkan kepadamu dan apa yang diturunkan sebelumnya dan dengan akhiratnya mereka yakin.
    2:5. Dan mereka yang mengikuti petunjuk hanya dari Pemelihara mereka maka mereka itulah orang yang mendapat kemenangan.
    2:6. Sesungguhnya orang yang tidak percaya sama sahaja sama-ada kamu beri amaran atau tidak, mereka tidak amanah dengannya.
    2:7. Maka Allah sita hati mereka dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat.
    2:8. Dan dikalangan manusia ada yang berkata kami amanah kepada Allah dan hari akhiratnya padahal mereka tidak amanah dengannya.
    2:9. Mereka menipu Allah dan orang yang amanah maka mereka tidak menipu melainkan diri mereka malahan mereka tidak menyedarinya.
    2:10. Dalam hati mereka ada penyakit maka Allah menambahkan penyakit keatas mereka dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat dengan apa yang telah mereka mendustakanya.
    2:11. Dan apabila dikatakan kepada mereka jangan kamu lakukan kefasikan dibumi mereka berkata kami inilah orang yang melakukan pembaikan.
    2:12. Sesungguhnya mereka itulah orang yang melakukan kefasikan malahan mereka tidak menyedarinya.
    2:13. Dan apabila dikatakan kepada mereka amanahlah kamu sepertimana telah amanahnya manusia mereka berkata apakah kami akan amanah seperti orang yang bodoh amanah maka ingatlah bahawa mereka itulah sebenarnya orang yang bodoh tetapi mereka tidak menyedarinya.
    2:14. Dan apabila mereka bertemu orang yang amanah mereka berkata kami amanah dan apabila mereka menyendiri dengan syaitan, mereka berkata kami bersama kamu dan kami bersenda-gurau dengannya.
    2:15. Allah persendakan mereka dan membiarkan mereka dalam keangkuhan dan mereka terumbang ambing kebingungan.
    2:16. Mereka perdagangkan kesesatan dengan petunjuk maka tidak beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
    2:17. Perumpaman mereka seperti misalan orang yang nyalakan api apabila cahaya menyinari disekitaran maka dilenyapkan Allah cahayanya dan ditinggalkan mereka dalam kegelapan maka mereka tidak dapat melihat.
    2:18. Mereka pekak dan bisu dan buta dan mereka tidak dapat kembali.
    2:19. Atau seperti hujan yang lebat didalamnya gelap-gelita dan guruh dan kilat maka mereka meletakan jari ditelinganya apabila petir takut akan kematian malahan Allah pasti mengawasi orang yang tidak percaya.
    2:20. Nyaris kilat tidak menyambar penglihatan mereka ketika pancaranya meliputi mereka yang berjalan didalamnya dan apabila gelap mereka terpegun jika dikehendaki Allah pasti dilenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka maka Allah yang Berkuasa keatas segalanya.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  5. smbg..

    100:1. Dan yang berkejaran termengah-mengah.
    100:2. Maka yang memercikan apinya.
    100:3. Maka yang menyerang ketika paginya.
    100:4. Maka menerbangkan debunya.
    100:5. Dan yang berkumpul ditengahnya.
    100:6. Malahan manusia dengan Pemelihara mereka ingkar sejak duhulu.
    100:7. Demikian itulah kebiasaan yang dapat disaksikan.
    100:8. Malahan Dia mencintai yang terbaik dari mereka.
    100:9. Apakah tidak kamu ketahui kebangkitan dari dalam kuburan.
    100:10. Dan diperjelaskan apa yang didalam dadamu.
    100:11. Malahan pada hari itu Pemeliharmu mengkhabarkan segalanya.

    101:1. Suatu kerenah! apakah kerenah itu.
    101:2. Dan apakah dianya kerenah.
    101:3. Maka tahukah kamu apakah kerenah itu.
    101:4. Pada hari itu manusia akan merayap seperti anai-anai.
    101:5. Dan gunung-gunung berterbangan seperti bulu kambing.
    101:6. Maka sesiapa berat timbanganya.
    101:7. Dianya dalam kehidupan yang diredhai.
    101:8. Dan sesiapa ringan timbanganya.
    101:9. Maka terjerumuslah dia kedalam jurang yang sangat dalam.
    101:10. Dan tidakkah kamu mengetahui apakah dianya itu.
    101:11. Itulah api yang pasti menghanguskan.

    102:1. Kamu dilalaikan dengan kemegahan.
    102:2. Sehingga kamu masuk kubur.
    102:3. Tidak sepertinya! kelak kamu akan mengetahuinya.
    102:4. Kemudian tidak sepertinya! kelak kamu akan mengetahui.
    102:5. Tidak sepertinya! walaupun kamu mengetahui yang yakin.
    102:6. Pasti diperlihatkan kepadamu -ljahiimi.
    102:7. Kemudian kamu akan melihatnya dengan yakin.
    102:8. Kemudian pada hari itu kamu akan ditanya nikmatnya.

    103:1. Demi masa.
    103:2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
    103:3. Melainkan orang yang amanah dan yang beramal soleh dan yang menasihati sesama mereka kepada perkara yang benar dengan sabar.

    smbgn..

    ReplyDelete
  6. smbg..

    104:1. Celakalah setiap orang yang mengumpat dan mencerca.
    104:2. Yang mengumpul harta dan berbilangan hitunganya.
    104:3. Dan yang menganggap hartanya akan berkekalan.
    104:4. Tidak! malahan mereka terjerumus kedalam kehancuran.
    104:5. Dan tahukah kamu apakah kehacuran itu.
    104:6. Itulah api Allah yang telah disemarakan.
    104:7. Yang menjulang kedalam setiap lubuk hati.
    104:8. Pasti mereka diselubungi dengannya.
    104:9. Didalam julangan api yang tinggi.

    105:1. Apakah tidak kamu perhatikan bagaimana Pemeliharamu melakukan keatas kumpulan bergajah.
    105:2. Bukankah Dia yang menjadikan muslihat mereka lenyap.
    105:3. Dan diutuskan kepada mereka burung abaabiila.
    105:4. Dan menggugurkan batu-batu panas dari neraka.
    105:5. Maka menjadikan mereka seperti daun kering yang dimamah.

    106:1. Kebiasaan orang qurais.
    106:2. Kebiasaan mereka adalah merantau dimusim sejuk dan panas.
    106:3. Dan berkhidmat kepada Pemelihara mereka dirumah.
    106:4. Malahan Dia yang memberikan mereka makan apabila kelaparan dan mententeramkan mereka apabila ketakutan.

    107:1. Lihatlah orang yang mendustakan -diini mereka.
    107:2. Mereka mengabaikan anak-anak yatim.
    107:3. Dan tidak menggesa memberi makan orang miskin.
    107:4. Maka celakalah orang yang melaksanakan kewajipan mereka.
    107:5. Dan orang yang dengan kewajipan mereka abaikanya.
    107:6. Dan orang yang dengan keriakan mereka berbangga dengannya.
    107:7. Dan orang yang dengan bantuan mereka melupakanya.

    bsbg..

    ReplyDelete
  7. smbg..

    108:1. Sesungguhnya Kami yang memberikan kepadamu yang melimpah-ruah.
    108:2. Maka laksanakan kewajipanmu dan berkorban kerana Pemeliharamu.
    108:3. Sesungguhnya orang yang membenci kamu dianya terputus.

    109:1. Katakan wahai orang yang tidak percaya.
    109:2. Aku tidak berkhidmat dengan apa yang kamu berkhidmat.
    109:3. Dan kamu tidak berkhidmat dengan apa yang aku berkhidmat.
    109:4. Dan aku tidak berkhidmat dengan apa yang kamu berkhidmat.
    109:5. Dan kamu tidak berkhidmat dengan apa yang aku berkhidmat.
    109:6. Bagimu -diinu kamu dan bagiku -diini aku.

    110:1. Apabila datang pertolongan dan kemenangan dari Allah.
    110:2. Lihatlah berduyun-duyun manusia masuk kedalam -diini Allah.
    110:3. Maka sanjungi dan pujilah Pemeliharamu dan mohon keampunan dari Dia dan hanya Dia yang menerima taubat.

    111:1. Musnahlah tangan ‘pelahab’ maka musnahlah.
    111:2. Tidak cukup baginya harta yang diusahakan.
    111:3. Kelak disalai kepada api yang menghanguskan.
    111:4. Dan puannya pembawa bahan pencetus apinya.
    111:5. Dilehernya pintalan tali dari jerami.

    112:1. Katakan Dia, Allah yang satu.
    112:2. Allah, Dia Pengharapan bagi semua dan yang Berkekalan.
    112:3. Yang tidak beranak dan tidak diperanakan.
    112:4. Dan tiada tandingan atau bandingan bagi Dia dengan sesiapa.

    113:1. Katakan aku berlindung dengan Pemelihara cuaca.
    113:2. Dari kejahatan yang dicipta.
    113:3. Dan dari kejahatan yang dilitupi dan digelapkan.
    113:4. Dan dari kejahatan orang yang membisikan kejahatan.
    113:5. Dan dari kejahatan orang yang berhasad-dengki dengannya.

    114:1. Katakan aku berlindung dengan Pemelihara manusia.
    114:2. Penguasa manusia.
    114:3. Tuhan manusia.
    114:4. Dari bisikkan jahat yang menyelinap.
    114:5. Yang dibisikan kedalam hati manusia.
    114:6. Dari jenis jin dan manusia.

    Sendiri baca sendiri fahamlah yea!!

    ReplyDelete
  8. Surah Yassin sangat sinonim dengan 'omlayu' lihatlah apa yang terdapat didalamnya;

    36:1. Yaa siin.
    36:2. Demi -lquur-aani yang penuh hikmah.
    36:3. Pastinya kamu adalah seorang dari para rasul Kami.
    36:4. Diatas jalan yang lurus.
    36:5. Telah diturunkan oleh yang Perkasa yang Penyayang.
    36:6. Supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang moyang mereka tidak memberi amaran maka mereka lalai.
    36:7. Pasti benar perkataannya keatas kebanyakan mereka malahan mereka itulah orang yang tidak amanah.
    36:8. Pastinya Kami yang menjadikan leher mereka terbelenggu dan dagu mereka terngadah maka jadilah mereka darinya orang yang sombong.
    36:9. Dan Kami jadikan dihadapan dan dibelakang mereka penghadang dan Kami litupi mereka dengannya maka mereka tidak dapat melihat.
    36:10. Malahan sama sahaja bagi mereka sama ada diberi amaran atau tidak mereka tidak amanah dengannya.
    36:11. Maka berilah amaran kepada sesiapa yang mengikuti peringatan ini dan yang takut kepada yang Pemurah dengan ghaib maka berilah khabar gembira dengan keampunan dan ganjaran yang mulia.
    36:12. Pasti Kami yang menghidupkan dan Kami yang mematikan dan Kami yang mencatatkan apa yang mereka dirikan dari kesan jejak mereka dan Kami menghitungkanya didalam suatu imaamin yang jelas.
    36:13. Dan dicetuskan kepada mereka misalan penghuni suatu khariah ketika datang kepada mereka para rasul yang diutuskan.
    36:14. Ketika Kami mengutuskan kepada mereka dua orang rasul mereka mendustakan kedua-duanya maka Kami mantapkan dengan yang ketiga dan mereka berkata kami bagimu orang yang menyampaikan.
    36:15. Mereka berkata tidaklah kamu melainkan mahluk seperti kami malahan yang Pemurah tidak menurunkan sesuatu dan tidaklah kamu melainkan berdusta dengan kami.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  9. smbg..

    36:16. Mereka berkata pastinya Pemelihara kami mengetahuinya malahan kami bagimu adalah orang yang diutuskan.
    36:17. Dan tidaklah bagi kami melainkan menyampaikan hanya yang jelas.
    36:18. Mereka berkata kami meramalkan sialan bagimu dan jika kamu tidak berhenti pasti kami baling kamu dan menimpakan azab keatas kamu.
    36:19. Mereka berkata ramalan sialanmu bersamamu malahan tidakkah kamu diberi peringatan maka kamulah kaum yang membazir.
    36:20. Maka datanglah dari pinggiran kota seorang lelaki berlari tergesa-gesa dan menyeru wahai kaumku taatilah rasul yang diutuskan ini.
    36:21. Dan taatilah sesiapa yang tidak meminta upah darimu maka mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.
    36:22. Dan mengapa kamu tidak berkhidmat kepada yang memulakan kamu malahan hanya kepada Dia kamu dikembalikan.
    36:23. Apakah aku akan mengambil tuhan selain Dia jika dikehendaki yang Pemurah penderitaan dan tidak cukup perantaraan mereka sedikit pun dan tidak mengurangi sesuatu pun bagiku.
    36:24. Jika demikian pastinya aku dalam kesesatan yang nyata.
    36:25. Aku amanah kepada Pemeliharaku maka dengarlah amaranku.
    36:26. Katakan masuklah kedalam syurganya maka dia berkata alangkah indahnya jika kaumku mengetahui kebaikan ini.
    36:27. Dengan apa yang telah diberikan keampunan dari Pemeliharaku dan diangkatkan aku menjadi seorang yang dimuliakan.
    36:28. Dan kami tidak menurunkan kepada generasi sesudahnya angkatan dari langit dan bukanlah kami yang menurunkanya.
    36:29. Tidaklah dianya melainkan satu tempekkan mereka terpegun kaku.
    36:30. Alangkah menyesal bagi hambaKu yang tidak datang kepada mereka rasul melainkan mereka persendakanya.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  10. smbg..

    36:31. Apakah tidak mereka perhatikan beberapa banyak generasi telah Kami laknati sebelumnya dan mereka tidak dikembalikan.
    36:32. Dan kesemua mereka pasti dihadapkan kepada pengadilan Kami.
    36:33. Dan perhatikan tanda-ayat bagi mereka maka sekelian bumi yang mati Kami hidupkan semula dan dikeluarkan darinya biji benih dan tumbuh- tumbuhan maka darinya mereka mendapat makanan.
    36:34. Dan Kami jadikan didalamnya taman dari palma dan anggur dan Kami salurkan airnya dari punca mata-air.
    36:35. Bagi dijadikan makanan dari hasil buah-buahanya dan dari usaha tangan mereka sendiri maka apakah tidak mereka berterima kasih.
    36:36. Dia disanjung yang mencipta segalanya berpasangan yang tumbuh dibumi dan diri mereka malahan mereka tiada pengetahuan dengannya.
    36:37. Dan tanda-ayat bagi mereka apabila malam Kami benamkan siangnya maka mereka dalam kegelapan.
    36:38. Dan matahari melayari kepada tempat yang telah ditetapkan baginya demikian itulah ketetapan dari yang Perkasa yang Mengetahui.
    36:39. Dan bagi bulan Kami tetapkan tempat kembalinya sehingga kepada tempat permulanya seperti lengkungan pelepah palma tua.
    36:40. Dan tidaklah matahari akan mendahului bulan dan tidaklah malam akan mendahului siang dan sekelianya mengikuti falak yang ditakdirkan.
    36:41. Dan itulah tanda-ayat bagi mereka yang Kami muatkan keturunanya didalam kapal yang membawa muatan.
    36:42. Dan Kami ciptakan bagi mereka jadikan darinya kenderaan.
    36:43. Dan jika Kami kehendaki pasti ditenggelamkan mereka maka tiada bagi mereka pertolongan dan mereka tidak akan diselamatkan.
    36:44. Melainkan rahmat dari Kami dan kesenangan kepada suatu tempoh.
    36:45. Dan dikatakan kepada mereka prihatinlah kepada apa yang terdahulu dan apa yang sekarang supaya diberi rahmat kepadamu.bsmbg..

    ReplyDelete
  11. smbg..

    36:46. Malahan tiada yang datang kepada mereka suatu tanda-ayat dari Pemeliharanya melainkan mereka berpaling darinya.
    36:47. Dan ketika berkata kepada mereka belanjakanlah dari apa yang Allah menrezekikan kamu maka berkata orang yang tidak percaya kepada orang yang amanah apakah kami akan memberi makan kepada siapa yang Allah menghendaki memberi makan kepada mereka maka tidaklah kamu ini melainkan dalam kesesatan yang nyata.
    36:48. Dan mereka berkata bilakah janjinya jika kamu orang yang benar.
    36:49. Tidaklah mereka menunggu lama melainkan dengan satu tempikkan mengambil mereka atas apa yang telah mereka pertikaikan.
    36:50. Dan mereka tidak sempat membuat wasiat keatas keluarga mereka atau keatas diri mereka sendiri malahan mereka telah dikembalikan.
    36:51. Dan apabila -fishshuuri ditiupkan maka mereka yang didalam kuburan segera dikembalikan kepada Pemelihara mereka.
    36:52. Mereka berkata inilah hari celaka bagi kami siapa bangkitkan kami dari pembaringan ini pasti benar janji yang Pemurah dan rasulnya.
    36:53. Tidaklah dianya melainkan dengan satu tempikkan mereka telah berada disisi Kami sebagai orang yang mengadap.
    36:54. Maka pada hari ini tidak dizalimi suatu jiwa pun dan tidak diberikan balasan melainkan dengan apa yang telah mereka lakukan.
    36:55. Dan penghuni syurga pada hari ini meraikan kegembiran mereka.
    36:56. Mereka dan pasangan mereka ditempat teduh dan dibawah naungan dan diatas pentas khas duduk bersemuka.
    36:57. Baginya buah-buahan pelbagai jenis dan apa sahaja yang diminta.
    36:58. Salaamun ucapan dari Pemelihara yang Penyayang.
    36:59. Dan tersingkirlah kamu pada hari ini wahai orang yang berdosa.
    36:60. Tidakkah Aku telah menjanjikan kepada kamu wahai anak aadama jangan sesekali kamu berkhidmat kepada syaitan malahan dia bagimu adalah musuh yang nyata.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  12. Contoh 1 :
    >Sekiranya contoh ini dimaksudkan ialah hadis, maka hadis ini jelaslah palsu/direka-reka dan tidak boleh diterima kerana;
    Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapa nya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. 31:33

    >Bak kata, berakal ke, pisau yg dah tumpul lagi karat diguna potong daging? (Takkanlah hadis karut dijadikan penjelasan/keterangan.) Itulah antara apa yg sama dimaksudkan sebagai kebaculan intelek atau kematian mental.

    Contoh 2 : Orang Islam perlu membunuh orang kafir seperti yang di lakukan oleh Nabi Terakhir di perang Badar.
    >Perang Badar ujud; 3:123, Berperanglah kerana Allah; 2:244, Berperang dilarang pada bulan yg dimuliakan; 2:217, Berperang mempertahankan diri; 2:190, Wajibnya berperang; 2:216, Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya; 6:14

    > dan ada puluhan lagi ayat Quran yg bersangkutan dgn perang.

    Analisa : Fakta yang dipersembahkan. Perang Badar terjadi di bulan Ramadhan pada tahun kedua Hijrah. Kalendar Hijri mula diterimapakai di zaman Khalifah Umar Al-Khattab 17 tahun selepas Nabi Muhammad wafat. Semasa Nabi Terakhir hidup, masyarakat sekeliling menggunapakai kalendar Jahiliyah. Kalendar tersebut memberitahu bulan ke-9 bernama Natiq.

    >Berkeinginan sesuatu yg lebih elok dan lagi bermakna berjenama Islam sudah tentulah terpuji. Contohnya penggantian kalender pagan, penggantian matawang asing dsb.
    >Oleh itu apa jenis kalender yg digunapakai ianya boleh diselaraskan, contoh;
    Selasa 13 March 624 C.E. bersamaan 17 Ramadan 0002 Hijrah dan Sabtu 9 September 640 C.E. bersamaan 17 Ramadan 0019 Hijrah

    Maka kesimpulannya, Nabi Terakhir tidak pernah melalui satu bulan yang dinamakan bulan Ramadhan sepanjang kehidupan baginda.
    >Karut, kerana;
    Sahih International: The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur'an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey - then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful. 2:185

    Lagipun bukankah Nabi Terakhir ini diperintahkan supaya jangan sekali-kali membunuh. Jika membunuh walaupun satu jiwa ia sama dengan membunuh keseluruhan spesis manusia.

    >Nabi Muhammad sepanjang hidupnya tidak pernah membunuh sesiapa walaupun masa perang.
    >Perkara membunuh dikala perang dan diwaktu aman adalah dua perkara yg jauh berbeza. Harap maklum.

    Moga Memfaat.<KAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan KAS,
      Salam.
      Saya berberapa kali membaca dan meneliti Article Saudara Ashwed bertajuk"SIRI RAMADAN : PROGRAM SOUM" " bertarikh 23 June 2015.
      Terjemahan Ayat 2:183 sehingga 2: 187 SURAH AL BAQARAH di huraikan dalam article tersebut .
      Saya juga tertarik dengan Ayat 19:26 Surah Maryam dimana contoh Program soum di catitkan .Sila rujuk kepada article yang tersebut sekiranya berminat .

      Semoga kita semua tetap patuh kepada Yang Maha Esa dan terus berkidmat kepada Zat yang Maha Agung, Penguasa manusia,Pemilihara manusia serta tuhan manusia.

      Delete
    2. tapi adakah Ramadan yang dimaksudkan di dalam Al Quran itu adalah nama bulan seperti yang difahami oleh penterjemah Sahih International?

      Delete
    3. Sukar utk melihat kebenaran jika minda kita dibelenggu dgn kepercayaan nenek moyang. Lebih sukar jika kita bukannya mencari kebenaran tetapi sudah begitu yakin yg kitalah yg benar dan lebih tinggi ilmu dari org yg tidak sependapat dgn kita.

      Delete
  13. smbg..

    36:61. Malahan berkhidmatlah kepada Aku maka itulah jalan yang lurus.
    36:62. Dan beberapa banyak dari kamu sesat apakah tidak kamu fikirkan.
    36:63. Maka inilah jahannamu yang telah dijanjikan kepadamu.
    36:64. Dan pasti kamu disalai didalamnya pada hari ini atas keingkaranmu.
    36:65. Pada hari ini Kami sita mulut kamu dan dibenarkan berkata tanganmu dan kaki kamu sebagai saksi Kami atas apa yang telah kamu usahakan.
    36:66. Dan jika Kami kehendaki pasti dibutakan matamu maka kamu meraba- raba mencari jalan dan pasti kamu tidak dapat melihatnya.
    36:67. Dan jika dikehendaki Kami kelirukan dimana kamu berada dan Kami pegunkan kamu maka tidak dapat kamu kembali ketempat asalmu.
    36:68. Dan sesiapa Kami panjangkan umur mereka maka Kami kembalikan dia kepada permulaan kejadianya maka apakah tidak kamu fikirkan.
    36:69. Dan Kami tidak mengajar syair didalamnya malahan dia tidak layak baginya dan dianya suatu peringatan dan qur-aanun yang jelas nyata.
    36:70. Dan bagi memberi peringatan kepada sesiapa yang hidup dan memberi pengesahan kalimahnya kepada orang yang tidak percaya.
    36:71. Dan apakah tidak mereka melihat Kami menjadikan ternakan bagi mereka dengan ‘tangan’ Kami supaya dapat mereka menguasainya.
    36:72. Dan Kami tundukkan bagi mereka supaya dapat dijadikan tunggangan dan sebahagianya dijadikan makanan.
    36:73. Dan darinya mereka dapat banyak manfaat dan minuman segar dari dalam perutnya maka apakah tidak mereka berterima kasih.
    36:74. Malahan mereka berterusan mengambil tuhan selain Allah bagi mereka mendapatkan pertolongan.
    36:75. Pasti mereka tidak dapat menolong angkatan yang dihadapkan.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  14. smbg..

    36:76. Maka janganlah kamu bersedih dengan kata-kata mereka pasti Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan.
    36:77. Dan apakah tidak manusia melihat yang Kami menciptanya dari setitis mani malahan kebanyakan dari mereka menjadi penentang yang nyata.
    36:78. Dan dicetuskan misalan bagi mereka dan mereka lupa kejadianya maka Dia berkata siapakah yang menghidupkan tulang kamu yang hancur.
    36:79. Katakan telah menghidupkanya yang pertama kali menciptanya dan pasti Dia mengetahui sekelian mahluk yang diciptanya.
    36:80. Dia yang menjadikan api dari pepohon menghijau yang mana kamu dapat mencetuskan api darinya.
    36:81. Dan bukankah yang mencipta langit dan bumi berkuasa mencipta yang semisal dengannya malahan Dia pencipta yang luas ilmunya.
    36:82. Sesungguhnya apa yang diperintahkan apabila dikehendaki sesuatu terjadi hanyalah dengan berkata Jadilah! maka jadilah dianya.
    36:83. Maka Dia disanjung dan ditangan Dia kuasa keatas segala sesuatu dan hanya kepada Dia kamu pasti dikembalikan.

    Sekian, hayati dan fahamilah!

    ReplyDelete
  15. Cakap pasal cerita karut ni, dari kecik saya dengar cerita yg orang mati shahid badannya tak reput. Tapi takde pulak orang buat documentary pasalni kan if it is true. Kena tipu kita hidup2 dengan orang agama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu juga dgn para penghafal quran dikatakan mayatnya tidak akan reput disamping mampu membawa ahli keluarga yg terpilih utk masuk surga. Itu sbb ramai ibu bapa berlumba2 menghantar anak ke kelas tahfiz utk short cut masuk surga

      Delete
  16. Saudara ashwed, saya telah selesai membaca quranic geography dan berjumpa beberapa kajian lain yg turut menyokong dapatan dari buku tersebut. Baru2 ini saya juga telah menonton rencana bertajuk Jerusalem. Terasa kelakar melihat tiga agama berebutkan sebuah kawasan atau tempat kononnya 'suci' dan ingin dekat dgn Tuhan. Sedangkan AlQuran menerangkan yg Allah lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Lebih kelakar bila tempat2 ini dikaitkan dgn batu.

    Semuanya menguatkan lagi hujah2 saudara dlm blog ini. Terima kasih kerana menunjukkan 'sebuah pintu' yg sebelum ini saya tercari2. Kini pintu itu telah saya buka dan semakin hari semakin luas pula suasana di dalamnya...

    ReplyDelete
  17. Saudara Ashwed...baru baca blog ni setelah di perkenalkan oleh blog outsyedthebox,..Saya kena baca berulang kali sesuatu tajuk kerana ia sedikit melawan arus..Terima kasih kerana menulis sesuatu yang keluar dari budaya haram halal,kiamat,siksaan dan betapa banyaknya dosa wanita manakala lelaki hampir maksum,...lagi elok dapat mengulad budaya melayu yang bukan budaya islam..

    ReplyDelete
  18. Salam Anonymous 28 January 2016 at 03:04

    Saya berberapa kali membaca dan meneliti Article Saudara Ashwed bertajuk"SIRI RAMADAN : PROGRAM SOUM" " bertarikh 23 June 2015.
    Terjemahan Ayat 2:183 sehingga 2: 187 SURAH AL BAQARAH di huraikan dalam article tersebut .

    <Dah baca, penterjemahannya didapati amat jauh dibandingkan disini;
    http://www.islamawakened.com/quran
    <Contoh pada ayat 2:187 wakulū wa-ish'rabū (and eat, and drink) telah diterjemahkan sebagai “and savour it”. Sudah tentu makna ayat akan menjadi lain dari yg lain.
    <Bagi Ashweb, program soum adalah satu program latihan untuk melatih kita supaya dapat membuang sifat buruk yang ada pada diri kita.
    <Pada saya pula ialah menahan diri dari makan dan minum dalam sebulan Ramadan kerana ianya adalah satu dari perintah Allah. 2:183
    <Termasuklah juga apa yg dikatakan membuang sifat buruk yang ada pada diri kita yg wajib kita lakukan sepanjang hayat;
    Sahih International: They believe in Allah and the Last Day, and they enjoin what is right and forbid what is wrong and hasten to good deeds. And those are among the righteous. 3:114

    Saya juga tertarik dengan Ayat 19:26 Surah Maryam dimana contoh Program soum di catitkan .Sila rujuk kepada article yang tersebut sekiranya berminat .

    <Bagi penjelasan yg lebih lengkap disarankan fahami dari ayat 19:16 hingga 19:37.
    <19:26 menceritakan masa bersalin bonda Maryam adalah dekat. Diajar Allah akan bonda Maryam lafadz tersebut sekira terlihat manusia. Tujuannya adalah agar mengandungnya bonda Maryam kekal rahsia. Takda kena-mengena langsung dgn puasa.

    Salam Politicalamity9 28 January 2016 at 05:41

    tapi adakah Ramadan yang dimaksudkan di dalam Al Quran itu adalah nama bulan seperti yang difahami oleh penterjemah Sahih International?

    <Bukan Sahih International sahaja bahkan di sini, http://www.islamawakened.com/quran/2/185/default.htm
    <Bulan Ramadan, Allah sendiri yg bagi nama. Menjadi salah satu panduan utama dalam pengiraan bagi penggantian kalender pagan.
    <Juga Allah tetapkan 12 bulan dlm setahun dan 4 bulan sebagai mulia (Dzulkaedah, Dzulhijjah, Muharam dan Rejab). 9:36

    Moga Memfaat.<KAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada encik KAZ... sabar... jangan "kalooot" (kata orang utara) dan jangan lah mencuba terlampau lebih dari kebolehan kita saperti kata omputih, "don't bite off more than you can chew," kerana ini akan menyesatkan diri kita sendiri.

      buat kali ini saya hanya akan cuba menghuraikan apa yang saudara tulis:

      <19:26 menceritakan masa bersalin bonda Maryam adalah dekat. Diajar Allah akan bonda Maryam lafadz tersebut sekira terlihat manusia. Tujuannya adalah agar mengandungnya bonda Maryam kekal rahsia. Takda kena-mengena langsung dgn puasa.

      terutamanya ayat saudara yang terakhir sekali, iaitu, "takda kena-mengena langsung dgn puasa.

      ternyata saudara KAZ sudah tersilap! ayat 19:26 memang ada kaitan dengan puasa kerana perkataan arab "sawman" yang bermaksud "puasa." (peringatan: apa hukum orang yang, walaupun dengan secara tidak langsung, memesongkan ayat2 al-Quran?)

      ini teramat nyata jikalau KAZ betul2 ada membaca tulisan Ashwed.

      kemungkinan besar KAZ tidak akan dapat memahami apa yang ditulis oleh Ashwed kerana KAZ masih membaca dengan hati yang tertutup... atau dengan minda yang telah dipengaruhi oleh agamawan zaman moden.

      walaubagaimana pun, ini dia ayat 19:26 didalam tulisan rumi(Transliteration):

      Fakulee washrabee waqarree AAaynanfa-imma tarayinna mina albashari ahadan faqooleeinnee nathartu lirrahmani sawmanfalan okallima alyawma insiyya.

      {sila tumpu perhatian kepada perkataan "sawman" (The noun's triliteral root is ṣād wāw mīm)}

      sebagai semakkan, sila klik sini

      ataupun di sini

      ingatlah, apabila kita membaca al-Quran melalui terjermahannya ada bagusnya jikalau kita fasih didalam banyak bahasa ataupun kita rajin mencari terjermahan yang paling baik & sesuai untuk kefahaman kita... dan yang paling penting adalah niat kita membacanya adalah kerana mencari ilmu sabenar yang mutlak sebagai bekal diakhirat nanti dan bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk yang kita ini agamawan yang terhandal ataupun kita ini serba tahu!

      Delete
    2. saya cukup hairan apabila KAZ tulis diatas, Dah baca, penterjemahannya didapati amat jauh dibandingkan disini;
      http://www.islamawakened.com/quran
      Contoh pada ayat 2:187 wakulū wa-ish'rabū (and eat, and drink) telah diterjemahkan sebagai “and savour it”. Sudah tentu makna ayat akan menjadi lain dari yg lain.


      yg menghairankan adalah pada ayat 2:187, wakulū wa-ish'rabū bukanlah menjadi isu utama didalam artikel yg ditulis Ashwed... tetapi isu penting yg beliau tulis adalah berkaitan dengan "asshiyaami" dan juga "asshiyaama" yakni perkataan yg kata akarnya ṣād wāw mīm yg membawa erti "puasa" didalam bahasa kita.

      Delete
  19. Salam Anonymous 30 January 2016 at 11:42

    Ianya memang menjadi isu utama kerana wakulū wa-ish'rabū (and eat, and drink) hanya dibenarkan sebelum dan selepas menjalankan puasa. Dengan sendirinya larangan makan dan minum menjadi antara perkara wajib dipatuhi masa berpuasa.
    Oleh kerana kita juga wajib berbuat baik dan menjauhi perbuatan buruk (contoh 3:114) sepanjang hayat kita, sudah tentulah diamalkan sekali pada masa berpuasa ataupun tidak.
    Oleh yg demikian definasi puasa yakni bukannya menahan diri dari makan dan minum menurut hemat Ashweb, saya tolak.


    Salam Anonymous 30 January 2016 at 11:18

    "sawman" dlm Bahasa Arab juga membawa makna “menahan diri” - abstention. Sila rujuk Lane's Lexicon-Classical Arabic dictionary. Kita rujuk semula 19:26;
    Sahih International: So eat and drink and be contented. And if you see from among humanity anyone, say, 'Indeed, I have vowed to the Most Merciful abstention, so I will not speak today to [any] man.'

    Maka dlm hal ini, menahan diri bukanlah pd makan dan minum ataupun rasa bersedih. Menahan diri dari apa? – Ia itu “maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun pada hari ini". Dek kerana itulah mengapa saya berpendapat:
    (<19:26 menceritakan masa bersalin bonda Maryam adalah dekat. Diajar Allah akan bonda Maryam lafadz tersebut sekira terlihat manusia. Tujuannya adalah agar mengandungnya bonda Maryam kekal rahsia. Takda kena-mengena langsung dgn puasa.)

    Moga Memfaat.<KAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. jelas sekali KAZ membaca al-Quran bukan mencari ilmu yang benar tapi hanya untuk melayan hawa nafsu diri sendiri...

      buktinya?

      dilaman web quran.com terdapat 6 pilihan untuk terjemahan bahasa inggris, tetapi hanya satu saja yang menterjermah "sawman" sabagai "abstention" tetapi yang 5 lagi kesemuanya menterjermahnya sabagai "fast" (puasa)

      Dr. Ghali
      So eat and drink and comfort your eye, yet in case you ever definitely see any mortal, (Literally: any of the mortals) then say, "Surely I have vowed fasting to The All-Merciful, so I will never speak today to any human being."

      Muhsin Khan
      "So eat and drink and be glad, and if you see any human being, say: 'Verily! I have vowed a fast unto the Most Beneficent (Allah) so I shall not speak to any human being this day.?

      Pickthall
      So eat and drink and be consoled. And if thou meetest any mortal, say: Lo! I have vowed a fast unto the Beneficent, and may not speak this day to any mortal.

      Sahih International
      So eat and drink and be contented. And if you see from among humanity anyone, say, 'Indeed, I have vowed to the Most Merciful abstention, so I will not speak today to [any] man.' "

      Shakir
      So eat and drink and refresh the eye. Then if you see any mortal, say: Surely I have vowed a fast to the Beneficent Allah, so I shall not speak to any man today.

      Yusuf Ali
      "So eat and drink and cool (thine) eye. And if thou dost see any man, say, 'I have vowed a fast to (Allah) Most Gracious, and this day will I enter into not talk with any human being'"

      kenapa KAZ hanya pilih yang satu saja? walhal yang 5 lagi kata "puasa."

      loyar buruk betul kau ni, KAZ!

      kalau pergi ke islamawakened lagi kaw... ada berpuluh pilihan terjermahan bahasa inggris... hampir kesemuanya kata "fast" (puasa)

      patutlah si-KAZ ini tak guna rujukan islamawakened kali ini, kerana parah dia :

      Fakulee waishrabee waqarree AAaynan fa-imma tarayinna mina albashari ahadan faqoolee innee nathartu lilrrahmani sawman falan okallima alyawma insiyyan

      Literal(Word by Word) : So eat and drink and cool (your) eyes. And if you see from human being anyone then say, "Indeed, I [I] have vowed to the Most Gracious a fast, so not I will speak today (to any) human being."

      hang ni, betui betui mengarut lah, KAZ!

      Delete
  20. adalah nyata bahawa KAZ masih tidak memahami soalan yang ditanya oleh Politicalamity9 apabila KAZ cuba menjawabnya dengan, "Bukan Sahih International sahaja bahkan di sini,
    http://www.islamawakened.com/quran/2/185/default.htm
    Bulan Ramadan, Allah sendiri yg bagi nama. Menjadi salah satu panduan utama dalam pengiraan bagi penggantian kalender pagan.


    yang menjadi isu disini adalah kenyataan KAZ yang berbunyi, Bulan Ramadan, Allah sendiri yg bagi nama

    ini adalah KURANG tepat!

    ini surah 2: ayat 185 yang dipetik dari islamawakenedcom :

    Transliteration : Shahru ramadana allathee onzila feehi alqur-anu hudan lilnnasi wabayyinatin mina alhuda waalfurqani faman shahida minkumu alshshahra falyasumhu waman kana mareedan aw AAala safarin faAAiddatun min ayyamin okhara yureedu Allahu bikumu alyusra wala yureedu bikumu alAAusra walitukmiloo alAAiddata walitukabbiroo Allaha AAala ma hadakum walaAAallakum tashkuroona

    Literal (Word by Word): Month (of) Ramadhaan (is) that was revealed therein the Quran, a Guidance for mankind and clear proofs of [the] Guidance and the Criterion. So whoever witnesses among you the month, then he should fast in it, and whoever is sick or on a journey then prescribed number (should be made up) from days other. Intends Allah for you [the] ease and not intends for you [the] hardship, so that you complete the prescribed period and that you magnify Allah for [what] He guided you so that you may (be) grateful.

    memang betul, perkataan shahru ramadana ada disebut didalam ayat ini, tetapi yang menjadi soalan cepu-mas RM2.6b adalah :

    adakah shahu ramadana ini bermaksud nama "bulan Ramadhaan" ataupun "bulan yang amat panas" (month of intense heat)? ini adalah kerana didalam bahasa arab, ramadan membawa maksud "yang amat panas (intense heat)"

    jadi, yang sudah lama menjadi perbualan dan perbahasan sengit diantara para Muslimin & Muslimah diseluroh dunia adalah samada "shahru ramadana" ini nama-khas (proper noun) untuk bulan ataupun penerangan tentang sifat bulan itu (description of the month.)

    kita semua, termasuklah KAZ, telah diajar oleh ostad-ostad semenjak dari kecil lagi bahawa shahru ramadan ini adalah nama khas untuk bulan ini...tetapi... betul ke ni?

    jikalau shahru ramadan ini adalah nama khas, kenapa nama-nama bulan yang 11 lagi itu, saperti Muharram, Rajab dll, tiada disebut pun didalam al-Quran?

    yang disebut hanyalah 4-bulan yang mulia tetapi tidak disebut nama keempat-empat bulan itu. sila baca surah 9: ayat 36 ini dengan teliti. (peringatan: jika terdapat penambahan dengan menguna (kurungan) didalam terjermahan al-Quran,ini menandakan tambahan yang dibuat oleh penterjemah itu sendiri)

    lagi pun, saperti sudah menjadi pengetahuan umum, kalendar Hijri ini hanyalah direka pada zaman Khalifah Umar lebih kurang 17tahun salepas Hijrah yang pertama
    (sila rujuk disini)

    cuba fikirkan : samemangnya kalendar Hijri ini direka salepas ayat Quran

    diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w... jadi, jikalau kalendar Hijri ini masih tidak wujud dizaman itu, adakah shahru ramadan ini nama-khas bulan?

    ...tetapi, dizaman itu dan saperti juga zaman sekarang, shahru ramadan iaitu bulan dimana "panas yang teramat (month of intense heat)" itu masih tetap wujud!

    terpulanglah kepada saudara semua untuk menilaikannya... berdoalah agar kita ditunjukkan kejalan yang benar.

    saya minta maaf kerana tulisan yang agak panjang lebar ini... jika ada kesilapan

    atau kurang lengkap, ini adalah berpunca dari kelemahan saya... dan jika ia memberi manfaat kepada pembaca, bershukur kita kepada Allah... Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara seperti mengupas sebijik sebijik apa yang difikirkan oleh saya. Terima kasih.

      Delete
    2. Honestly speaking, i think mr kaz needs to do a lot of thinking and reading. He should study more before starting a debate.

      I used to be a skeptic when first come across Quranists's arguments, but i continue to read and study instead of challenging them or initiating a debate.

      I suggest mr kaz to do the same. Go find your evidence and be humble when talking about the Quran. Do not, for a moment assume that we already know and are already in the right path.....Be open to possibilities that we could be wrong.

      May God bless us.

      Delete
  21. Anonymous 31 January 2016 at 12:54

    Untuk menyatakan bulan Ramadhan itu sebagai satu keadaan "panas yang teramat (month of intense heat)" adalah tertolak dengan sendirinya kerana sambungan ayat berikutnya menyatakan AlQuran diturunkan. Kena ingat AlQuran diturunkan pd waktu malam. Sudah tentulah sejuk/dingin. 97:1 -5
    Bukan semua benda ada disebut dlm Quran, misalnya perkataan nama kuman, nama kereta. Hidup ni penuh dgn bermacam hal. Justeru itu pakailah AKAL. Tak gitu?

    Moga Memfaat.<KAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya setakat ini sajalah kerana siKAZ ini udah mula merepek dah... orang dok cakap pasal lain, tiba-tiba dia masukkan topik yang lain pula... ini adalah ciri-ciri orang yang sesat... udah tak boleh mempertahankan pendiriannya, lalu mengungkit tajuk yang lain pula... sesunggohnya setan itu hanya mahu meyesatkan kamu.

      jadi, jikalau berlanjutan akan memudaratkan... setan juga yang menang... tetapi aku tahu dan faham bahawa setan itu adalah musuh ku... jadi aku tidak akan beri kesempatan untuk setan berluluasa disini.

      surah 28 : ayat 18 Semenjak itu, tinggalah ia di bandar (Mesir)... Musa berkata kepadanya: "Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!"

      Delete
    2. halo bang... pernah pi padang pasir ke? siang hari panas terik, tetapi walau macam mana panas pun disiang hari, diwaktu malam tetap sejuk, tau!

      Delete
    3. maafkan saya mencelah..saya musykil dan bertanya sekadar untuk mencari kebenaran..benar ke surah al Qadr/Kemuliaan tu cerita pasal penurunan al Quran..?semak bahasa arab tak ada pula tulis "ayat","kitab", atau "quran" dalam surah tu..tapi jika cerita tentang urusan yg berjalan pada waktu malam memang ada..

      Delete
    4. Bulan yg panas, bukan malam yg panas. Susah benar ke nak faham? Saudara KAS ni dah habis hujah nampaknya. He couldnt bring the evidence dan dah mula merepek. Very typical of ostard2 kita. Elok abaikan saja dia.

      Delete
    5. Pokok utama yang saya ingin ketengahkan sebenarnya adalah nama Ramadhan itu sendiri yang dinyatakan dalam Quran... mana yang wujud dulu? perbulanan Hijrah yang ada terdapat dalamnya bulan Ramadhan atau 'Ramadhan' yang dimaksudkan oleh Allah dan Quran? Sebagaimana kita tahu, tahun dan perbulanan Hijrah hanya wujud selepas kewafatan Nabi Muhammad. Berkemungkinan nama bulan ramadhan disusun to suit the assumption and conjecture of 'Ulama' at that time?

      Delete
  22. Salam Saudara Ashwed.
    Saya baca article ini di astana.com .Penulis bernama Dr Qamar Zaman.
    Mohon pandangan Saudara Ashwed.
    Very consistent with your understanding on Shaharul Ramadan and soum .mohon izin sertakan link disini.

    https://drive.google.com/file/d/0B5DWLMsY0QfbZWxKZ1BnVDZEdWs/view?usp=sharing


    Ashkc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saudara Ashkc,

      Saya mengenali dr qamar zaman melalui suatu laman blog yang diberi nama aastana. Beliau menulis beberapa buah buku. Yang saya sudah baca ialah hakikat salat, hakikat soam, hakikat hadith dan hakikat malaikat.

      Untuk soum. Beliau berpendapat soum ialah suatu program kebajikan. Ia adalah suatu program yang khusus dan ia juga termaktub di dalam suatu program yang lebih besar iaitu salat (jika saya mengingatinya dengan betul).

      Ramai lagi ahli-ahli fikir moden yang mengetengah idea-idea mereka mengenai Al Quran seperti Aidid Safar (warga Malaysia), Abu Hurairah (nama samaran), Dr Rashad Khalifa, Dr Shabbir Ahmed, Saim Bakar, Dr Kassim Ahmad dan lain-lain.

      Saya secara peribadi merasa terhutang budi kepada mereka ini kerana mereka benar-benar mencabar minda saya lalu saya sendiri mengambil keputusan untuk mengkaji dengan lebih mendalam.

      Di antara mereka ini sudah tentu ada perbezaan pendapat. Bukanlah menjadi objektif kita untuk menjadi hakim pendapat siapa yang paling benar kerana jawapan sebenar kepada persoalan kita sebenarnya berada di dalam "essence" kita.

      Cuba tanya kepada diri sendiri perlukah sesiapa memberitahu kita bahawa membunuh ibu sendiri adalah perbuatan yang salah ?

      Jadi semua jawapan untuk persoalan kita sebenarnya sudah berada di dalam diri kita. Kadang2 kita perlu orang lain untuk membukanya. Kebanyakkan masa yang lain pula yang perlu kita buat adalah memikirkan mengenainya dan yakin kepada diri sendiri.

      Yakinlah kepada diri sendiri untuk menjalani kehidupan ini kerana Tuhan berada lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Meyakini diri kita bermaksud meyakini Tuhan.

      Damai

      Delete
  23. Salam.
    Bulan yang panas?
    Siang yang panas?
    Malam yang dingin?

    Non

    ReplyDelete
  24. Salamun 'Alaykum,

    Alhamdulillah. Hangat nampaknya perbincangan di ruang ini. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana ia membuktikan bahawa orang kita masih mempercayai kebolehan intelektual masing-masing.

    Kepada Saudara Kas, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca artikel-artikel saya. Cuma saya menyeru supaya membaca kesemua artikel saya di blog ini untuk berlaku adil kepada kesimpulan-kesimpulan yang saya buat.

    Adalah tidak adil untuk saya jika saudara mengambil hanya beberapa perkara dari artikel saya untuk dibincangkan sedangkan ramai yang membaca dari mula sudah memahami maksud saya mengenai beberapa isu. Tidak perlulah saya mengulangnya berkali-kali.

    Seterusnya, saya perhatikan orang melayu tidak begitu terbuka apabila membaca Al Quran. Kebanyakkan kita biasanya mengambil semua perkara yang telah diindoktrinasi ke dalam fikiran kita untuk disesuaikan dengan Al Quran.

    Contohnya kita ambil rukun islam yang di ajar secara tradisi kemudian kita paksa Al Quran untuk menyesuaikan diri dengan doktrin ini.

    Bagi saya ini bukan cara yang betul untuk kita mendapat manfaat unggul dari Al Quran. Ia mestilah sebaliknya. Kita perlu ambil Al Quran sebagai yang tertinggi. Rukun-rukun inilah yang perlu mengikut Al Quran.

    Kita perlu membenarkan Al Quran bawa kita ke mana sahaja tanpa sekatan kerana jika kita benar-benar mempercayai Al Quran nescaya sudah tentulah ia akan membawa kita kepada kebenaran hakiki.

    Kita perlu buang semua belenggu di dalam fikiran kita. Memang benar ada masanya kita akan menjadi takut kerana ia adalah suatu daerah yang belum pernah kita dan orang-orang keliling kita teroka. But if you never try you will never know.

    Suatu masa dahulu Christopher Columbus memulakan pelayaran untuk mencari dunia baru. Beliau tidak tahu pun ke mana dan di mana dia akan akhiri pelayarannya. Namun, beliau berazam dan berkorban. Nah, sekarang namanya terukir sebagai seorang yang berjasa kepada dunia moden dengan penemuan benua baru. Inilah keazaman yang perlu kita tanam di jiwa kita.

    Saya juga ingin mengingatkan kembali mengenai aturan berdiskusi. Janganlah kita mengikuti cara orang lama yang kafir mengkafir sesama kita. Saya ada tulisnya di artikel bertajuk mesej. Elakkan menggelar orang lain dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Kita sememangnya tidak boleh mengubah corak pemikiran seseorang.

    Untuk isu Ramadhan saya pernah beberapa kali mengupasnya, di artikel berikut Siri Ramadhan : Program Soum, Siri Ramadhan : Ekuinoks, Islam Moden vs Islam Al Quran.

    Kepada mereka yang sudah mengalami "manifestation heat" tersebut. Iaitu yang sudah nampak jalan yang lurus di hadapannya dan mempercayai kebenaran Al Quran. Ingatlah, kita diperintahkan untuk "yashumhu". Tahanlah diri anda dari terjerumus kepada keputusan yang tidak bijaksana. Tahanlah diri dari merasa marah, bengang dan lain-lain sifat buruk.

    "manifest heat" which was sent within it, the Quran a guidance for the people, and explanations from the guidance, and the criterion. Therefore, whoever amongst you experiences the manifestation shall "yasyumhu". And those who are ill, or on assignments may therefore, account an equal number of other days. God wishes convenience for you, and He does not impose hardship upon you; and so that you could fulfill the schedule, and you shall glorify God for guiding you, so that you be appreciative" AQ 2:185

    Damai untuk semua.

    ReplyDelete
  25. Salam sadara semua;
    (Saranan Tuan Ashweb diatasakan akan saya jawab nanti, insyallah).

    Bagaimana pula dgn pendapat saya dibwh ini, setuju tak? Kalau setuju tentulah saya betul, kalau tidak kenapa?:


    <KAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sadara semua (Kali ke 2);
      (Saranan Tuan Ashweb diatasakan akan saya jawab nanti, insyallah).

      Bagaimana pula dgn pendapat saya dibwh ini, setuju tak? Kalau setuju tentulah saya betul, kalau tidak kenapa?:



      <KAS

      Delete
  26. Salam sadara semua (Kali ke 3);
    (Saranan Tuan Ashweb diatas akan akan saya jawab nanti, insyallah).

    Bagaimana pula dgn pendapat saya dibwh ini, setuju tak? Kalau setuju tentulah saya betul, kalau tidak kenapa? :



    <KAS

    ReplyDelete
  27. Salam sadara semua (Kali ke 4);
    (Saranan Tuan Ashweb diatasakan akan saya jawab nanti, insyallah).

    Bagaimana pula dgn pendapat saya dibwh ini, setuju tak? Kalau setuju tentulah saya betul, kalau tidak kenapa? :

    <KAS



    ReplyDelete
  28. Salam sadara semua (Kali ke 6);
    (Saranan Tuan Ashweb diatas akan akan saya jawab nanti, insyallah).


    <KAS

    ReplyDelete
  29. Salam sahabatku sekelian, sila perhatikan 11-ayat dari Surah An Nisaa'(4) 47 - 57;

    4:47 Wahai orang yang diberi kitab amanahlah dengan apa yang Kami turunkan yang membenarkan apa yang bersamamu sebelumnya dan Kami membaharui penampilanya dan Kami meneliti semula atau Kami melaknati mereka sepertimana Kami telah melaknati penghuni -ssabti maka itulah perintah Allah yang telah terlaksana.
    4:48 Pasti Allah tidak ampunkan sesiapa yang mensyirikan Dia dengan sesuatu tetapi diampunkan selain dari itu bagi sesiapa dikehendaki dan sesiapa sekutukan Allah maka dia telah melakukan suatu dosa besar.
    4:49 Tidakkah kamu perhatikan orang yang memurnikan diri mereka malahan Allah memurnikan sesiapa yang dikehendaki dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
    4:50 Perhatikan bagaimana mereka mengadakan dusta terhadap Allah maka cukuplah dengan dosa yang nyata.
    4:51 Apakah tidak kamu perhatikan orang yang diberikan kitab tetapi mereka amanah kepada dewa-dewi/-ljibti dan berhala/-ththaghuuti malahan mereka berkata kepada orang yang tidak percaya yang mereka mendapat petunjuk kepada jalan dari orang yang amanah.
    4:52 Maka mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan sesiapa dilaknati Allah maka tidak akan mendapat pertolongan dari Dia.
    4:53 Patutkah mereka diberi sebahagian kuasa sedangkan mereka tidak memberi apa-apa kelebihan kepada manusia sedikit pun.
    4:54 Atau mereka dengkikan pemberian Allah bagi manusia maka Kami berikan keluarga ibraahiima kitab dan hikmah dan kuasa kepadanya.
    4:55 Diantara mereka ada yang amanah dan ada yang menentang dan cukuplah dengan jahannama yang marak menyala bagi mereka.
    4:56 Dan orang yang menentang ayat-ayat Kami pasti disalai diapinya dan apabila kulitnya terbakar Kami gantikan kulit lain supaya dia dapat merasai azabnya malahan Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
    4:57 Dan orang yang amanah dan beramal soleh maka Kami masukkan mereka kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka berkekalan didalamnya dan bagi mereka pasangan yang disucikan dan mereka ditempatkan dibawah teduhan yang nyaman.

    Sekian!

    ReplyDelete
  30. Salam, pembetulan Surah An Nisaa 4:51 diatas, perkataan 'berhala' selepasnya tertinggal perkataan - 'betina' maaf sila betulkan.

    Sekian...

    ReplyDelete
  31. Salam...

    Topic tentang 'Saum' atau puasa agak aktif dlm mukasurat blog ini...

    Pada pemahaman (kajian) saya ayat [2:185] 'Shahru' bermaksud 'full moon' dan 'ramadana' bermaksud 'scorching heat' atau dlm penuhnya 'Shahru ramadana = full moon scorching heat'.. dan jika dibacakan terus ayat [2:185] memberitahu kita tentang Quran di turunkan pada bulan penuh waktu musim panas, sebagai panduan, bukti2 kepada panduan dan Criterion... ia tiada kaitan langsung dengan puasa di bulan ramadhan yg di lakukan sekarang oleh majoiriti..

    Saum bermaksud self-restrain atau disiplin dan bukan nya berlapar dan berdahaga dari makan dan minum from sunrise to sunset... Self-restrain atau disiplin konsisten dlm semua surah dlm Quran yg ada perkataan saum.

    Cuma manusia yg berada di Int'l Space Station (ISS) telah membuatkan saya berfikir bahawa Saum bukan lah puasa (berlapar dan berdahaga) dan puasa tiada dituntut dlm Quran.. Astronaut / Cosmonaut / Space Tourist terpaksa melakukan 80 kali ritual sembahyang dengan kiblat yg sentiasa berubah2, sahur 16 kali, buka puasa 16 kali, tarawih 16 kali dlm masa 24 jam.. bila mau buat kerja2 saintifik??

    'O Mankind...' semua manusia, tiada exception..

    Becks

    ReplyDelete
  32. Romadona itu BAHANG Asmara...

    ReplyDelete