Sunday 4 June 2017

Siri Ramadhan - Setan Buat Overtime

Kedamaian Untuk Semua,

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya:
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Hadist riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.

Saya percaya pasti ada jiwa yang akan berhujah bahawa hadis-hadis ini adalah palsu.

Palsu atau tidak sebenarnya bergantung kepada keikhlasan diri kita dengan disiplin bagaimana memperoleh pengetahuan.

Bagaimana kita bertanya persoalan-persoalan mudah di dalam diri kita. Bagaimana kita membuat "self inquiry"".

Inilah yang akan mengajar kita membezakan di antara yang benar dengan yang salah.

Hakikatnya ;

http://nypost.com/2017/06/03/deadly-london-bridge-incidents-were-terrorist-attacks-police/

BRITAIN-ATTACKS-POLITICS

Saya tidak berniat untuk menjatuh hukum berdasarkan peristiwa ini. Namun, saya berasa sangat sedih kerana setitis nila rosak susu sebelanga.

Seperti yang selalu saya peringatkan bahawa kita bukanlah musuh kepada yang lain.

Akibat daripada perbuatan tidak bertanggungjawab ini, perasaan kebencian akan semakin meluap-luap. Mereka yang tidak bersalah akan menerima nasib malang dan akhirnya yang rugi ialah kemanusiaan.

Dan yang paling buruk ialah masih ramai yang masih hidup di dalam penolakan. Masih ada yang lebih percaya tragedi ini adalah konspirasi yang dilakukan oleh kerajaan negara terbabit dengan tujuan memburukkan orang Islam. 

Adalah mustahil kerajaan sesebuah negara mahu mengambil langkah meletup, mengebom dan membunuh warganya sendiri secara berterusan (tahun ini sahaja sudah 3 kali serangan di England sahaja) hanya semata-mata mahu memburukkan orang lain yang sudah sedia mempunyai reputasi buruk.


Image result for islam religion of peace

Tafsiran keterangan di atas di ambil dari konteks yang salah. Itu sudah semestinya.

Namun dari perbuatan buruk dan ekstrim seperti di ataslah yang menjadikan tafsiran salah sebegini semakin mendapat tumpuan.

Image result for how to make a muslim

http://sehinggit.blogspot.com/2017/06/paling-kejam-dalam-sejarah-ini.html


Yang ini pula berita dari tanahair kita. Kebencian semakin menjadi-jadi di kalangan kita tidak kira bangsa.

Sekali lagi bulan ramadhan datang membuktikan bahawa setan-setan ini tidak pernah dibelenggu.

Ini adalah kerana syaitan bukanlah satu makhluk asing berekor, bermuka hodoh dengan taring merah dan tugasnya menghasut manusia.

Syaitan adalah sifat buruk manusia yang terjerumus membuat keputusan yang salah.

Kesalahan ini akan membawa mereka ke suatu keadaan hidup yang dikenali sebagai naar atau api.

Semoga kita dijauhi dari peristiwa-peristiwa sebegini.

Ashwed

11 comments:

  1. infiniteenergy5 June 2017 at 04:58

    Salamun alaikum

    Dear Ashwed,

    Bole tak tuan tolong translatekan ayat ayat Quran diatas ( islam a religion of peace) secara bertanggungjawab. Kerana sampai ke hari ini, sy masih tidak memahami ayat2 tuhan berkenaan kekerasan terhadap non muslim. Yang pasti ayat tersebut telah di salah tafsirkan oleh para ulama.

    Jutaan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara,

      Sy mencadangkan agar saudara baca & cuba faham sendiri. Berikut sy sertakan link yg mungkin dapat bantu saudara untuk memahami Quran:

      Terjemahan:
      https://quran.com/3/85 (Boleh pilih pelbagai bahasa & penterjemah)
      http://islamawakened.com/quran/3/85/ (Mempunyai pelbagai bandingan penterjemah)

      Kemudian saudara boleh juga analisis perkataan demi perkataan di sini:
      http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=3&verse=85

      Dan untuk lebih faham, saudara boleh juga bandingkan penggunaan akar kata perkataan tersebut di ayat2 yg lain:
      http://corpus.quran.com/qurandictionary.jsp?q=slm

      Harap ini membantu.

      Delete
    2. Salam saudara,
      Ini adalah rujukan perkata dlm bahasa Indonesia.
      http://quran.bblm.go.id

      Delete
  2. Salam semua,

    Kes di UPNM ni adalah cermin kpd akhlak kebanyakan masyarakat Melayu hari ni. Kes sebegini tak patut berlaku jika pihak pengurusan menjalankan tugas dgn komited.

    Pelaku2 yg terlibat takkan berani bertindak dgn kejam jika sistem pengurusan asrama lebih peka dgn risiko kejadian sebegini berlaku.

    Saya baru baca pihak UPNM menyatakan rasa simpati kepada keluarga mangsa. Dari sudut perundangan, saya nmpk taktik licik UPNM tidak mahu bertanggungjawab. Mereka cepat2 melepaskan diri seolah-olah tidak mempunyai tanggungjawab dlm kes ini mungkin takut disaman pihak keluarga mangsa.

    Masalah no. 1 kejadian seperti ini berlaku kerana majoriti pekerja Melayu (berkaitan kerajaan/glc) sangat kurang komitmen menjalankan tugas.

    Semua mahu buat kerja halai-balai (cakap org utara) dan sambil lewa tapi mahu dapat gaji free tiap2 bulan.

    Saya byk perhati organisasi kerja kerajaan yg majoritinya Melayu spt :

    1. Berkaitan pendidikan
    2. Penguatkuasaan
    3. Pembangunan ekonomi
    4. Pengurusan & pentadbiran pejabat
    5. Agama

    Lima struktur ni sangat tak efisien melaksanakan aspirasi kerajaan dan byk bazir peruntukan. Freeloader paling byk dlm 5 bahagian ini.

    Dekat kawasan rumah saya terdapat 3 tapak pasar tani, tetapi semuanya tak sistematik dari segi susunan tapak, parking, aliran trafik, pengurusan sampah, tanda harga dan penampilan peniaga sangat selekeh.

    Dgr kata pengawai2 FAMA selalu dihantar ke luar negara utk belajar pembangunan pemasaran hasil pertanian. Itu satu drpd beribu-ribu contoh masalah ketidakcekapan pengawai/pekerja Melayu (dalam gomen) menjalankan tugas.

    MAS/PROTON juga contoh tiada komitmen secukupnya di kalangan Melayu melaksanakan tanggungjawab memajukan perniagaan dan teknologi.

    Bangsa Korea Selatan mempunyai tahap komitmen sangat tinggi sehinggakan tiada langsung pekerja asing di negara mereka. Kerajaan mereka memajukan banyak pekerjaan 3D. Dari pekerja kebersihan, pak guard, buruh binaan, peniaga, penjaja semua bidang ini dimajukan utk diisi warga KS sendiri.

    20% KDNK KS datang daripada SAMSUNG.13% komponen iPhone diimport dr KS. Negara ini juga antara 10 pembuat kapal komersial terbesar dunia. Maersk Triple E dibina di KS.

    Byk jenama buatan KS terkenal di peringkat global. SAMSUNG menguasai pasaran smartphone ke-2 terbesar dlm dunia. LG, KIA, Hyundai juga mempunyai pasaran besar di dunia. KS juga memajukan industri hiburan/drama/kosmetik ke serata dunia.

    Dulu KS lebih miskin dari Malaysia dan tidak mempunyai sumber asli. Tapi hari ini menjadi gergasi ekonomi, teknologi sukan jauh meninggalkan Malaysia kerana apa?

    Jawapan : KOMITMEN

    Komitmen menghasilkan ketepatan, kejituan, ketelitian, kepekaan.

    Perkara ni kurang dimiliki bangsa Melayu yg terlalu kuat mendalami 'ilmu' agama. Membina negara maju mesti bermula daripada pembinaan mentaliti rakyatnya. Di Malaysia, majoriti rakyat dan penguasa pentadiran ialah Melayu yang saya berani cakap kurang atau tiada komitmen membuat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity95 June 2017 at 20:25

      kalau ikut pemahaman saya.. KOMITMEN, USAHA & KEBERTANGGUNGJAWABAN (if there such word) iniLAH yang sebenarnya dimaksudkan solat...

      Delete
    2. Zack, u r right abt s.korean progress path. Melayu makin mundur diulit lebai dan candu agama. Ini yg jadi bila kita ketepi ad.diin ul islam. Kita kena bebaskan sekolah2 dr cengkaman agamawan. Mungkin aliran medium english boleh bebaskan sekolah dr dominasi agamawan.

      Delete
    3. In Lesaanul Arab, vol. 14, p. 464, Ibn Manzoor writes: As-Salat means al-dua (invocation) and al-istighfar (seeking forgiveness)…. And Zujjaaj has said: The root in the word al-Salat is necessity. It is said, ‘when a thing becomes obligatory (i.e. when it does not become separate or separates a thing). And among the meanings of a musalli is the horse that comes second in the race, i.e. it trails behind the first horse.

      Maka maksud solat adalah gabungan "necessity" dan "musalli (bayangkan komitmen dan daya usaha kuda lumba #2 pada lap akhir cuba memotong kuda #1)

      Delete
    4. Salam...

      Brader Zack... well said...

      Becks

      Delete
  3. Salam Tuan Ashwed...

    Recently, from my own studying and research i have come to a 'near' conclusion that syaitan is not a Being hence has no any tpye of intelect... syaitan is simply lust/temptation or in bahasa melayu hawa nafsu...

    syaitan 'resides' in our head...

    Becks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ive wrote two articles about malaikat iblis syaitan and djin back in 2015. Yes syaitan is not a being. Ia adalah sikap buruk kita.

      Damai

      Delete
  4. Malaysia ni jika tanpa islam sy yakin akan maju mengalahkan singapore dan malah mungkin israel sbb org melayu ni bijak pandai dan kreatif ramai tp di konkong oleh agama. Org lain sibuk nak menangani masalah penyakit dan kualiti hidup tp org kita dok sibuk dgn babi dan anjing, sikit2 haram, sikit2 haram itu x boleh ini x boleh. Akhirnya masing2 nak ambil tempt tuhan nak hukum org lain. Sepatutnya konsep lebai dan kultus agama ini dihapuskan terus. Bukan membawa kemajuan tp membawa kemunduran. Semua nak kejar akhirat sampai membawa keburukan pd dunia dan kialiti hidup masyarakat.

    ReplyDelete