Wednesday 30 August 2017

Tahniah dan syabas negaraku, Malaysia

Kedamaian Untuk Semua,

Blog ini ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas yang tidak terhingga kepada para anak-anak muda atlet tanahair kerana berjaya menjadi juara keseluruhan temasya Sukan Sea, 2017.


Di saat artikel ini ditulis, Malaysia sudahpun mengutip sejumlah 142 emas, 91 perak dan 84 gangsa.


Pada mulanya, saya bercadang untuk mengepos ucapan ini sebaik sahaja negara kita memenangi ibu segala pingat, iaitu di dalam acara bolasepak.

Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila kita kalah dengan jaringan sendiri.

Sungguhpun secara peribadi saya merasakan kualiti permainan bolasepak yang ditunjukkan semalam masih jauh jika dibandingkan negara kuasa besar bolasepak tetapi saya merasakan kita mempunyai ruang untuk meningkat.

Jika kita boleh menjadi juara dunia di dalam acara keirin, terjun, badminton dan skuash, maka saya tidak nampak alasan untuk kita tidak boleh meningkatkan diri di dalam acara bolasepak.

Sesuatu yang saya perhatikan sepanjang temasya tersebut ialah kualiti fasiliti pusat-pusat sukan di pelbagai acara adalah bertaraf dunia.

Begitu jauh negara ini berjalan. 

Alangkah ruginya jika kita membiarkan kemajuan yang kita nikmati ini dibataskan dengan pemikiran yang dibendung oleh mitos manusia yang hidup di zaman dahulu kala. 

Suatu zaman yang mempunyai pengetahuan dan teknologi yang terbatas.

Ashwed


3 comments:

  1. Negara kita kini makin hampiri jurang kemunduran spt yg sdg dialami timur tgh, pakistan etc kerana majoriti melayu mahu jadi arab yg sdg gagal. Ini lantaran sikap pentingkan forms over substance. Semua infrastruktur yg ada kini adalah tinggalan generasi terdahulu yg sekular/islamic yg pentingkan substance over forms. Jika silap langkah dan terjerumus dlm jurang fahaman sempit keagamaan yg bertuhankan agamawan, padahnya sgt lah buruk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. agamawan itu salah ejaan nya, yang betul AGAMAWANG

      Delete
    2. Seperti kata abang Syed 'No money, no religion'.

      Still tahniah kepada kontigen Malaysia. Salute to all players. Do what you like and train hard. To hatters yang asyik komen pasal pakaian tak payah la tengok sukan, konsert dan sewaktu dengannya. Ada banyak benda lain yang suit with your taste and requirements. Don't force others to follow you. Otherwise we will be like some countries di mana di khalayak ramai ikut laws tapi bila orang takda .... footloose. We can read some people purposely disobey rules that doesn't make sense. Undang-undang jalanraya yang buatan manusia tu ikutlah kan sebab safety comes first.
      Non

      Delete