Thursday 16 November 2017

Cabaran Debat Astora Jabat

Kedamaian Buat Semua,

Baru-baru ini saya ditunjukkan dengan papar layar berikut ;



Sungguhpun beliau mengguna perkataan perbincangan bagi menggantikan debat, namun kehendak beliau supaya perbincangan tersebut direkod dan dimuat naik melalui media facebook tidak dapat menyembunyikan hasrat beliau supaya masyarakat umum menilai siapa menang dan siapa kalah.

Secara umumnya pertandingan sebegini kita kenali sebagai debat.

Lama juga saya berfikir samada mahu menulis sedikit mengenai cabaran beliau atau membiarkan sahaja perkara tersebut berlalu tanpa sebarang sahutan.

Perkara pertama yang bermain di fikiran saya ialah berkaitan dengan perkataan QURANIST yang digunakan oleh beliau.

Memberi tindakbalas membawa maksud bahawa terdapat sebuah kumpulan manusia di Malaysia ini yang mahu dikenali sebagai QURANIST.

Ia juga membawa gambaran seolah-olah terdapat satu gerakan terancang yang mahu menyebar dakyah QURANIST seperti yang beliau gelar itu kepada orang awam di Malaysia.

Ini akan menyerlahkan sikap Us vs Them seperti yang pernah saya tulis di ruangan blog ini bulan lepas.

Sidang pembaca boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2017/10/us-vs-them.html

Membawa kita kepada perkara utama yang perlu dikenalpasti sebelum debat ini boleh berlangsung iaitu SIAPAKAH PUAK QURANIST yang beliau maksudkan itu ?

Adakah Puak Quranist ini mempunyai suatu jenis organisasi seperti golongan sunni, syiah dan organisasi keagamaan yang lain ?

Apakah pra-syarat untuk menyertai Puak Quranist ? Apakah mereka mempunyai tanda untuk dikenalpasti seperti cara pakaian, fesyen rambut dan sebagainya ? 

Untuk tujuan artikel ini, saya menyimpulkan PUAK QURANIST yang beliau maksudkan itu ialah manusia yang yakin kepada Al Quran semata-mata sebagai panduan hidup mereka.

Membawa kita kepada persoalan kedua yang lebih besar untuk dikenalpasti iaitu adakah menjadi suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Malaysia untuk meyakini Al Quran sebagai panduan hidup ? Sehingga, saudara Astora Jabat merasakan perlu sebuah debat khas diadakan bagi tujuan itu ?

Seterusnya membawa kita kepada persoalan ketiga, yang juga tidak kurang besarnya untuk dikupas iaitu jika Al Quran itu tidak cukup lengkap untuk diyakini dan dijadikan panduan hidup, apakah ada sebuah buku lain yang lebih lengkap dari Al Quran untuk diyakini ? Jika ada, apakah nama buku tersebut ?

Siapa Astora Jabat ?

Bagi para pembaca yang tidak mengenali siapa dia Astora Jabat, di sini saya nukilkan serba ringkas perihal diri beliau. 

Astora Jabat adalah seorang penulis agama yang cukup dikenali pada suatu ketika dahulu.

Setakat yang saya ingat, beliau banyak mengutarakan pendapat beliau di akhbar Utusan Malaysia edisi hari ahad, lebih dikenali sebagai Mingguan Malaysia.

Saya sendiri selalu membaca hasil tulisan beliau. Pada waktu tersebut saya masih belum mendalami Al Quran secara serius.

Sebagai seorang yang mengikuti pemikiran tradisi orang Melayu mengenai agama pada ketika itu, saya berani mengatakan bahawa hasil tulisan beliau bersifat kontroversi dan sering mencabar minda orang Melayu supaya berfikir.

Untuk itu, saya berterima kasih kepada beliau kerana pernah mengajar manusia Melayu yang terkongkong mindanya seperti saya untuk berfikir jauh sedikit dari sekadar ABC yang di ajar di sekolah-sekolah.

Beliau juga seringkali menjadi bahan kutukan "ulama" politik dari PAS kerana dikatakan menjadi "ulama" UMNO dalam misi menyerang pemikiran agama PAS.

Beliau menghilangkan diri dari dunia penulisan akhbar sebelum kemudiannya muncul berdebat dengan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sekitar tahun 2006.

Apakah dorongan beliau untuk membuat cabaran seperti yang dibuatnya di facebook tidaklah pula dapat saya telah.

Namun, saya dapati semenjak Allahyarham Kassim Ahmad kembali kepada Zat Asalnya, terdapat beberapa sosok agamawan kontemporari terserlah seperti mahu menduga samada kumpulan berfikiran alternatif masih aktif atau terkubur bersama-sama jasad Kassim Ahmad.

Jika sebelum ini Saudara Dr Sa'adan Man tidak semena-mena mengeluarkan sebuah artikel yang mengutuk dan mengkritik Allahyarham Kassim Ahmad di bawah tajuk "Kebumikan Legasi Sebuah Falasi".

Kini, giliran Astora Jabat pula berbuat demikian.

Untuk pengetahuan Saudara Astora Jabat, mereka yang berpegang dan meyakini Al Quran sebagai panduan hidup tidak pernah mahu memanggil diri mereka sebagai Quranist.

Ini adalah kerana menurut keterangan ini, Allah tidak pernah mengguna istilah Quranist kepada hambaNya yang mengambil tekad untuk berada di atas jalanNya ;

A078


"Dan bergelutlah kepada Allah dengan pergelutan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan kepada fitrah/hakikat (deeni) kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu sebagai mereka yang damai (muslimeena) dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka dirikanlah kesungguhan (solla-wa-ta), dan murnikanlah ia (tuz-zakka-wa-ta), dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik" AQ 22:78

Allah menggelar mereka ini sebagai "mereka yang damai (muslimeena)" dan jalanNya itu ialah jalan kedamaian (Al-Islam) di mana kedua-dua perkataan muslimeen dan islam berasal dari akar kata yang sama iaitu salam (s-l-m atau sin-lam-mim).

Untuk menjadi seorang yang damai (muslim) tidak memerlukan apa-apa pra-syarat seperti melafaz serangkap stanza standard sebelum boleh diterimamasuk.

Ini di buktikan dengan para utusan (rasul) yang pernah  muncul di zaman lampau. Mereka membawa ajaran serupa seperti yang di dapati di dalam Al Quran iaitu mengajak khalayak supaya menjadi damai.

Adalah mustahil bagi para utusan ini mengajar supaya masyarakat mereka mengakusaksi di atas nama seseorang yang mereka tidak kenali, baru boleh diterimamasuk menjadi ahli kumpulan para utusan ini. 


A013

"Dia telah mensyari`atkan kamu tentang fitrah (deeni) apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah fitrah dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amatlah benci orang-orang yang sekutukan apa yang kamu seru mereka kepadanya. Allah pilih kepadaNya sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang yang berkesesalan" AQ 42:13

Kedamaian bukanlah suatu organisasi keagamaan.

Kedamaian hanyalah suatu state of mind di mana sesiapa sahaja boleh mencapainya tanpa mengira dari keturunan keluarga mana pun dia dilahirkan.


A062

"Sesungguhnya orang-orang yang amanah (amanoo/iman), dan orang-orang Yahudi, dan Nasrani, dan Sabiin, sesiapa amanah kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih" AQ 2:62

Jalan kedamaian ini adalah satu-satunya fitrah yang diredhai oleh Allah.


Dan ia terbukti dengan sejelas-jelasnya apabila kita melihat negara yang berperang sesama sendiri mengalami kemunduran yang amat dahsyat, begitu cepat hitungan Allah.

Kematangan Fikiran

Sesungguhnya, mereka yang mengambil tekad untuk menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup tidak pernah mengimpikan untuk menang debat, atau dibuktikan sebagai golongan yang benar kerana kebenaran itu sebenarnya hanya terletak kepada pandangan individu semata-mata.

Ini adalah kerana perkataan kebenaran yang digunapakai secara bebas di dalam masyarakat kita pada masa ini, pada hakikatnya, hanya membawa maksud kepercayaan sahaja.

Oleh kerana itu, sistem kepercayaan seseorang sangat bergantung kepada keluarga, bangsa, masyarakat dan negara seseorang itu dilahirkan.

Jika ditakdirkan Saudara Astora Jabat dilahirkan di daerah Milan, Italy agaknya sistem kepercayaan apakah yang akan menjadi anutan saudara ?

Di waktu itu, adakah saudara yakin saudara masih akan menulis mengenai Agama Islam seperti sekarang ?

Apa yang sebenarnya golongan berfikiran alternatif seperti kami cari ialah kematangan pemikiran di dalam membuat keputusan.

Demi sesungguhnya untuk menjadi sebuah negara yang maju, kita sebagai warga perlu membuat keputusan melalui sudut kewarganegaraan. Bukan bergantung kepada jenis agama yang menjadi anutan.

Di antara golongan yang berfikiran alternatif ini sendiri masih banyak terdapat ketidakfahaman pendapat, contohnya maksud perkataan muslim seperti di keterangan AQ 22:78.

Ada mengatakan ia membawa maksud orang yang menyerah diri atau submitters sementara ada yang menyatakan ia membawa maksud orang yang damai dengan berpandukan perkataan akar salam (s-l-m).

Namun, itu bukan bermakna kita tidak boleh hidup bersama sebagai anggota di dalam sebuah masyarakat, mengapa pula kita perlu menjadi musuh kepada yang lain.

Hakikatnya, kita tidak boleh menjadikan seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah 32 juta orang ini mengikuti hanya satu aliran pendapat sahaja.

Ianya adalah mustahil. 

Oleh kerana itu, saya amat ragu samada suatu debat dapat menyelesaikan masalah perbezaan aliran fikiran yang warga Malaysia sedang amalkan kini. Jika itulah objektif yang saudara mahukan.


A099

"Dan jikalau Pemeliharamu mengkehendaki, tentulah beramanah (amana/iman) semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beramanah (muk-mineena/iman) semunya ? AQ 10:99

Sebagai seseorang yang mempunyai bakat menulis atau memberi ceramah saudara sesungguhnya mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan perkara baik dan boleh membawa kedamaian ke dalam hidup orang lain kerana kuasa manusia terletak kepada PERKATAAN.

Di dalam Al Quran ia ditermakan sebagai kalimah. Ia adalah tanda (ayat) kelebihan seseorang dari yang lain.

Samada seseorang itu ada melakukan ritual atau tidak, atau melakukan ritual yang lain dari saudara, atau memahaminya lain dari saudara tidaklah dapat mengubah dunia ini menjadi lebih damai.

Sebaliknya perkataan baik yang diutarakan kepada manusia lain, itu dapat mendamaikan dua sahabat, puak, budaya masyarakat, bangsa dan seterusnya dua negara.



Saudara Astora Jabat,

Mereka yang sedang bertelagah dan berperang di negara-negara bersengketa di dunia kini, bukanlah tidak memahami bahawa hanya dengan kedamaian sahaja negara mereka dapat diselamatkan.

Namun,  mereka masih keliru dan menganggap kedamaian itu sebagai sebuah matlamat.

Oleh kerana itu, mereka berpendapat hanya dengan mengikuti aliran pemikiran yang mereka ikuti sahaja baru sebuah kedamaian itu dapat dilahirkan. 

Untuk mencapai matlamat ini, kumpulan bertelagah tersebut mengangkat senjata dan membunuh sesama mereka dengan mengguna nama Allah.

Ingatlah bahawa Allah tidak mempunyai sekutu di dalam KerajaanNya, oleh kerana itu Dia tidak memerlukan sesiapa pun, tidak puak Quranist, Sunni, Syiah, saya, Astora Jabat, UMNO atau PAS untuk mentadbir dan membantuNya.

A111

"Dan katakanlah : "Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan sekutu di dalam kerajaanNya dan Dia bukanlah hina yang memerlukan penolong dan agongkanlah Dia dengan pengagongan yang sebesar-besarnya" AQ 17:111

Sebaliknya kitalah yang memerlukan Dia untuk memahami sebuah kehidupan yang diciptaNya ini. Allah mengesyorkan kita supaya berdamai. Maka itulah yang perlu kita lakukan.

Sesungguhnya mereka yang bertelagah itu telah tertipu dan mengikut hasutan syaitan, sisi buruk yang ada pada setap manusia.

Kedamaian adalah sesuatu yang berbentu asas, fitrah (deen adalah fitrah menurut AQ 30:30 ) yang ada pada setiap diri manusia. Ia bukanlah suatu matlamat yang perlu dicapai tetapi adalah asas kehidupan seluruh manusia.

Kedamaian inilah yang digelar Al-Islam di dalam Al Quran. Menjadikan mesej di dalam Al Quran itu lengkap kepada seluruh manusia.

 A019

"Fitrah (deena) yang diredhai di sisi Allah ialah Kedamaian (al-islamu), dan orang-orang diberi buku (al-kitab) tidak berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana angkuh antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada tanda-tanda (bi-ayateen) Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan" AQ 3:19

Jika sebahagian besar warga di dalam sesebuah negara menemuinya maka jadilah negara itu sebuah negara yang damai atau digelar Daulah Islamiyah yang sebenar.

Dari asas kedamaian ini negara tersebut akan menjadi makmur, membangun dan moden.

Sekian. Terima kasih.

Ashwed

21 comments:

  1. Tak payah buang masa dgn astora jabat. Dia hanya jaguh kampung. Pembacanya hanya di kalangan org melayu dan siam. Beliau tidak layak pun berbincang ttg Quran di pentas antarabangsa. Post beliau ttg Quranists jelas menunjukkan sikap takbur sama spt puak sunni dan sekalian penganut traditional iaitu lebih berminat menunjuk org lain salah, dia benar dan lebih tahu. Dia bukannya berminat utk berbincang demi mendalami fahaman mereka yg digelar beliau Quranists itu.

    ReplyDelete
  2. https://www.hmetro.com.my/global/2017/10/274352/raja-salman-arah-tapis-hadis

    Apa beza arahan raja arab (see above) dgn saranan pak kassim supaya dikaji semula hadis tertentu yg bercanggah dgn quran ?

    ReplyDelete
  3. https://www.forbes.com/sites/niallmccarthy/2017/06/01/the-worlds-most-and-least-peaceful-countries-infographic/

    Ranking negara plg damai/islam dan plg x damai

    ReplyDelete
  4. Astora sibuk ada orang tak percaya solat itu wajib. Dia takut orang tu pengaruh orang Islam lain supaya tak solat. Dia prihatin takut orang tak masuk syurga sama dengan dia. Kita patut hargai krprihatinannya. Hahahahahahahaha....

    ReplyDelete
  5. satu je saya mintak dkt astora jabat. bagi satu ayat dalam al-quran yang mengatakan kita diperintahkan oleh Allah untuk menyembah bangunan di mekah.

    satu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tu saja...satu ayat yang minta manusia sembah Allah? yang lain dari tidak menduakan Allah.

      Delete
  6. Salam
    Saya rasa amat terharu dengan tulis tuan kali ini, kebenaran adalah milik Allah tak perlulah kita bertelagah kerna nya

    ReplyDelete
  7. You present a sound argument, sir. I have enjoyed this posting very much. In fact, I check your blog regularly; you write what I think but have no guts to present my thoughts publicly. Power to you, sir!

    ReplyDelete
  8. Tuan ashwed...nampaknya astora masih terus-terusan dgn takburnya mengutuk pendapat Quranist tetapi enggan pula membaca dan mengulas artikel Tuan. Terbaru dipersoalkan perihal kaabah dan bertanya bgmn Quranists solat jika tak mengaku kebenaran kaabah.

    Nampaknya dia tertinggal jauh dalam perbincangan perihal yg sama di kalangan pengikut Quran seluruh dunia.

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Here's an interesting article by RPK (and also compelling comments). Maybe most of the readers here have read this.

    http://www.malaysia-today.net/muslims-are-the-most-ignorant-people-in-the-world/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Macam finding blog berontak untuk berotak. Saya percaya capaian malaysia today lebih luas dari blog ini. Moga ramai yang mendapat inspirasi atau sekurang-kurangnya dapat cetusan dari bacaan tersebut.

      Damai

      Delete
  10. Black stone, Jabal Nur, Bekka...bukan sejarah Mekah. Tak taulah samada org spt astora pernah baca semua ni.

    https://www.revolvy.com/main/index.php?s=Elagabalus%20(deity)&item_type=topic

    https://www.revolvy.com/main/index.php?s=Homs&item_type=topic

    ReplyDelete
  11. setuju dengan penulis blog. elok kita berhujah/berdebat tentang perkara pokok. tentang ketuhanan, kehidupan akhir, amalan mulia

    tidak kira ashwed, astora jabat, dr maza, kassim ahmad, dr sa'dan man, selagi percaya kepada kuasa agung, kehidupan selepas mati, melakukan amalan mulia, bukanlah musuh kita

    al quran 2:62 dan 5:69 - indeed those who "amano" and those who "hadu" and "nasara" and "sabien" who believe in "allah" and the day the last and did righteous deed so for them their reward with their "rabbi" and no fear on them and not they will grieve

    ReplyDelete
  12. Salam semua,

    Bagi saya, kedamaian/al-islam tidak banyak jauh beza dgn self-actualization. Masalah orang2 beragama spt Astora, Zamihan dan yg lain ialah kurangnya life fullfilment dalam hidup mereka.

    Mereka tiada something utk ditunjukkan. Satu cara mereka untuk berasa diri lebih bagus ialah dgn mencari perbezaan pada manusia lain dlm hal-hal remeh-temeh dan tak masuk akal spt hukum-hakam, ritual dan kepercayaan.

    Mereka terdesak mencari perbezaan pada orang lain walau sekecil mana pun boleh dijadikan point untuk mencetuskan perbalahan. Spt isu dobi layan diri yang bagi saya terlalu bodoh utk dijadikan point perbalahan oleh kaki agama.

    Kumpulan manusia begini sebenarnya menyesatkan masyarakat kita dari kedamaian jalan hidup. Nothing mystery about life bagi orang yg berfikir menggunakan akal. Buat sesuatu yg memberi makna kehidupan.

    Salah satu aktiviti saya sarankan ialah naik ke Bukit Broga di awal pagi utk lihat Matahari terbit sambil makan sandwich dan minum kopi panas dlm termos. Tak perlu buktikan apa2 kpd sesiapa, duduk di atas sebuah batu besar menunggu detik Matahari terbit sambil makan dan hirup oksigen segar.

    Make yourself peaceful with nature. Life is too short. Kita semua akan tinggalkan dunia ni. Ego berasa diri plg hebat adalah satu kerugian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said bro... agreed one hundred percent..

      Delete
    2. Wahhh..bro...you really sound.Sufistic..Zenistic..Taoistic..Sikhistic..all the "-istics" lah...if only more Malay-Muslims adopt this state of Consciousness...Malaysia...memang mcm syurga kat dunia!..Keep it up bro..expand your horizons..Allah takde limit..and you Ashwed..syabas to you too..O'brave soul.

      Delete
  13. Salam..

    i've heard about this Astora Jabat a few years ago through reading his blog... somebody somehow sent me a link to his blog page... i am not totally sure that the blog belongs to Astora though... anyway, after reading it once, i stopped visiting his blog cause i didnt find any articles that have any sound importance on understanding or researching the message of the Quran...

    btw Tuan Ashwed, your article seems to provoke this Astora into a street fight... heheee just kidding...

    my opinion is that Astora Jabat is still at infancy stage of research and understanding the Quran (bro, learn to walk before you can run).. so a debate with him, say with most the readers of ashwed1973 is pointless because i know for a fact based on the comments from readers of ashwed1973 are way way ahead of him... the commentators have more depth, wisdom and intellect on the Quran's message...

    But if Astora Jabat wants to learn and discuss the Quran's message based on my research and what i have discovered, i am ever willing to sit down over teh tarik or milo tarik and share my insights...

    Becks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astora is just like all other ostards even though he never claimed to be one. He believes he knows it all and that there is nothing left to seek anymore. Any ideas or information that defy his limited knowledge is considered wrong and nonsense.

      Delete
  14. Salam! Khas untuk Astora Jabat, 07 ayat dari Surah Al Qisas/Kisah2.

    28:15 Maka masuklah dia kekota sedang penduduknya tidak mengenalinya maka terdapat dua lelaki sedang bersengketa dari golongannya maka mereka telah meminta perlindungan dariya maka muusaa meninju musuhnya dan ditakdirkan dianya mati maka dia berkata ini amalan syaitan pasti dia adalah musuh yang nyata.
    28:16 Dia berkata Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku maka ampuni aku maka dia diampunkan malahan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
    28:17 Berkata Pemeliharaku atas kesenangan yang diberikan kepadaku maka aku tidak akan memberi bantuan kepada orang yang berdosa.
    28:18 Pagi esoknya dia kekota ketakutan dan berwaspada apabila muncul orang yang semalam meminta ditolong atau memohon bantuanya maka muusaa berkata kamu ini tidaklah berguna dan hanya mensia-siakan.
    28:19 Dan ketika dia hendak menyerang musuh keduanya ‘jiwanya/dirinya’ berkata wahai muusaa apakah kamu hendak hapuskan satu jiwa seperti sebelumnya atau kamu hendak menjadi penindas dibumi ini dan tidakkah kamu ingin menjadi seorang yang jujur dan berkebajikan.
    28:20 Dan bergegas seorang lelaki dari pinggiran kotanya dan berkata wahai muusaa para penguasa majlis mereka sedang berbincang hal kamu yang semalam dan mereka hendak menghapuskan kamu maka keluarlah segera dari daerah ini malahan aku hanyalah menasihati kamu.
    28:21 Maka dia keluar dengan ketakutan dan berwaspada dan dia berkata Pemeliharaku selamatkan aku dari kaum yang zalim.

    Sekian.

    ReplyDelete
  15. I read with disgust comments supporting the "look arab". Utter nonsense and confused lots.
    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/11/25/marina-saudis-to-blame-for-malaysias-arabisation-loss-of-local-culture/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... asyik dengan jangan insult or jangan bagi komen kalau tak tau apa itu sunnah and etc. Ya right. Hanya dia jer yang benar.

      Baik bila I dah tak kerja foster animals yang terbiar.

      Non

      Delete