Kedamaian Untuk Semua.
Tidak berapa lama dahulu saya ada menulis sebuah artikel bertajuk " Hidup Sesudah Mati ". Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2016/04/hidup-sesudah-mati.html.
Dan sepertimana artikel yang sebelumnya saya perlu membuat satu pernyataan bahawa saya belum pernah berpengalaman mengalami kematian.
Oleh yang demikian, saya sememangnya tidak mempunyai biar sekelumit pun info tentang apakah yang akan terjadi selepas kematian saya.
Bukan saya sahaja, kesemua manusia yang hidup samada pada waktu ini atau pada zaman yang telah berlalu tidak pernah berpengalaman mengalami perkara ini kecuali jika mereka benar-benar mati.
Sehingga di saat artikel ini ditulis, belum pernah lagi ada seorang manusia yang mati lalu hidup kembali untuk menceritakan pengalaman beliau selepas kematian.
Jika ada seorang yang diketahui kembali sedar dari kematian, bukankah kita tidak lagi boleh memanggilya dirinya sebagai sudah mati ? Bukankah ia lebih layak dipanggil sebagai pengsan sahaja ?
Oleh itu, tidak seorang pun, saya ulang tidak seorang pun manusia tanpa mengira apa pun statusnya mempunyai pengetahuan mengenai apakah yang terjadi sesudah kita mati.
Peta Kematian
Entah macamana, baru-baru ini ada seorang kenalan Al-Quran menghantar sebuah peta yang sangat menarik.

Ia membuatkan saya terdetik untuk melakukan sedikit penyelidikan ringkas mengenai kehidupan selepas mati seperti yang dipercayai oleh pelbagai kebudayaan dan ketamadunan manusia di serata dunia.
Hindu
Sebagai pemula organisasi keagamaan, Hindu mempunyai kepercayaan mengenai kehidupan selepas mati yang paling kompleks lengkap dengan peta yang rumit.
Hindu mempercayai kosmology kehidupan yang terdiri dari Svarga (atas), Prithvi (bumi) dan Patala (bawah) yang di lukis sebagai peta lengkap pada tubuh Vishnu seperti di bawah.
Ia yang dikenali sebagai Vishvarupa.
Apabila seorang manusia meningal dunia, jiwa mereka akan mengembara ke dunia bawah yang dikenali sebagai Patala.
Terdapat 7 dunia (lokas) di realm Patala.
Individu Melayu yang merasakan mereka mempunyai "ilmu" yang tinggi sering menyebut 7 petala langit tanpa mengetahui apa yang mereka sebut.
Sekarang kita tahu bahawa 7 Patala adalah terdiri dari 7 dunia (lokas) yang terdiri dari ;
1. Atala
2. Vitala
3. Sutala
4. Talatala
5. Mahatala
6. Rasatala
7. Patala

7 dunia Patala berada di bahagian bawah tubuh Vishnu.
Naraka, tempat jiwa dibicara dan menerima hukuman, terletak lebih bawah dari 7 dunia Patala.
Tamadun Mesir Kuno
Manusia Mesir Kuno juga mempunyai kepercayaan mengenai kehidupan selepas kematian yang kompleks.
Mereka mempercayai bahawa badan manusia mempunyai satu sumber kuasa yang dikenali sebagai Ka. Apabila sumber ini meninggalkan tubuh maka manusia menemui ajal.
Manusia juga mempunyai kuasa spiritual yang dikenali sebagai Ba yang tidak meninggalkan tubuh selepas mati.
Oleh yang demikian, manusia yang hidup akan sedaya upaya membuat ritual pengkebumian supaya Ka dan Ba dapat bercantum semula di dalam suatu gabungan yang dikenali sebagai Akh.
Untuk Ka dan Ba bertemu, ia perlu menempuh pengembaraan yang di petakan seperti di bawah.
Buddha

Kitab Perjanjian Lama dan Baharu
Tidak perlu lagi kita perkatakan mengenai konsep Heaven and Hell di dalam agama ini.
Bagi saya, Kitab Perjanjian Lama dan Baharu mewakili Kristianiti dan Judaisma.
Berikut adalah beberapa peta mengenai kosmologi dunia kematian menurut agama ini.

Oleh kerana Buddha adalah salah sebuah ranting dari ajaran Hindu maka kepercayaan mereka mengenai kehidupan selepas kematian juga seakan-akan serupa.
Kosmologi Buddha juga tidak kurang menarik untuk kita ketahui dan fikirkan.
Saya mengambil sedikit informasi yang berkaitan dengan apa yang selama ini masyarakat kita percayai sebagai perbandingan.
Secara ringkasnya ajaran Buddha juga mempercayai terdapat 3 realm utama di dalam Kosmologi mereka.
Ia terdiri dari Formless Realm, Form Realm dan Desire Realm.
Di dalam Desire Realm atau di dalam Bahasa Pali dikenali sebagai Kamadhatu, terdapat 4 dunia yang dikenali sebagai Asyaloka (Heaven), Sumeru, Manusyaloka (dunia manusia) dan Narakas/Niraya.
Yang menariknya, menurut kepercayaan Buddha, Narakas terbahagi 2 iaitu sejuk dan panas. Ianya begitu mirip dengan kepercayaan masyarakat Melayu mengenai neraka panas dan sejuk.
Naraka sejuk terdiri dari ;
1. Arbuda
2. Nirarbuda
3. Atata
4. Hahava
5. Huhuva
Sementara Naraka panas terdiri dari ;
1. Sanjiva
2. Kalasutra
3. Samghata
4. Raurava
5. Maharaurava
6. Tapana
7. Pratapana
8. Avici

Kitab Perjanjian Lama dan Baharu
Tidak perlu lagi kita perkatakan mengenai konsep Heaven and Hell di dalam agama ini.
Bagi saya, Kitab Perjanjian Lama dan Baharu mewakili Kristianiti dan Judaisma.
Berikut adalah beberapa peta mengenai kosmologi dunia kematian menurut agama ini.

# Terlalu banyak informasi yang bertentangan di dalam ajaran agama dunia. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya sidang pembaca juga membuat kajiselidik sendiri.
Kesimpulan
Secara jujurnya, apakah yang anda rasai apabila membaca mengenai kepercayaan beberapa aliran agama dunia berkenaan alam kematian seperti di atas ?
Tentu ramai yang tersenyum sinis.
Mungkin ramai juga yang menggelengkan kepala melihat kepada kesanggupan manusia mempercayai ketahyulan sebegini.
Saya ingin bertanya secara jujur, pertanyaan ini ditujukan khas kepada para pembaca Melayu beragama Islam yang berkemungkinan membaca artikel dari blog ini buat pertama kalinya.
Jikalah anda merasakan kesemua informasi di atas adalah suatu mitos yang kebudak-budakkan, apakah pula perasaan anda apabila membaca peta seperti tertera di bawah ;
Kini, ia tidak menjadi begitu mitos lagi bukan.
Secara tidak semena-mena ianya menjadi real, bukan lagu main-main.
Akal tiba-tiba menekan butang pertahanan. Tembok muncul entah dari mana mengelilingi logik.
Bila ianya terkena batang hidung sendiri, tiba-tiba sel-sel otak kita gagal berfungsi lalu sanggup menerima informasi sebegini sebagai benar.
Dapatkah anda merasainya ?
Mengapa ia menjadi sebegini ?
Mengapa kita gagal mengguna akal kurniaan Illahi apabila tiba masanya untuk melihat kepada kepercayaan kita sendiri ?
Mungkinkah ini kerana kita gagal untuk melihat kembali makna perkataan KEPERCAYAAN ?
Bukankah kepercayaan hanyalah suatu bentuk prasangka ? Ianya bukanlah suatu kebenaran ?
Tidakkah lebih mulia jika kita mengaku sahaja bahawa kita TIDAK TAHU apa yang akan terjadi selepas mati ?
Bukankah jawapan sebegini lebih jujur daripada kita berpura-pura tahu dan di dalam proses itu memanggil orang lain sesat kerana tidak mahu mempercayai mitos yang kita percaya ?
"Mereka bertanya kepadamu tentang Saat : "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" AQ 7:187
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja" AQ 17:85
Bukankah jawapan seperti di keterangan AQ 7:187 dan AQ 17:85 lebih mulia dan jujur.
Tidakkah kita dapat menangkap bahawa orang ini sedang memberi jawapan ... AKU TIDAK TAHU kepada kaumnya yang sedang bertanya ?
Ashwed