Monday 22 February 2016

Let's Read The Quran Campaign



Pada tanggal 20hb Februari 2016 bertempat di Oval Damansara telah di adakan perasmian kempen memahami Al Quran yang dikenali sebagai "Let's Read The Quran".

Tun Dr. Mahathir Muhammad, mantan Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada Malaysia telah sudi merasmikan kempen ini.

Kempen ini menyasarkan tempoh di antara 1hb Mac sehingga 31hb Mac sebagai bulan membaca dan memahami Al Quran.

Ia adalah inisiatif usahawan Anas Zubedy dan blogger terkenal, Syed Akbar Ali.

Slogan utama kempen ini adalah "You are what you pay attention to, so let's pay attention to Quran".

Pernahkah saudara/saudari perasan. Jika hari ini kita membeli sebuah kereta baru, apa-apa jenis pun, secara tiba-tiba kita dapati banyak jenis kereta ini berada di atas jalan raya.

Sedangkan sebelum ini kita tidak perasan pun tentang hal ini.

Begitu juga, saudara boleh bertanya kepada isteri masing-masing samada semasa mereka mengandung ada atau tidak mereka secara tiba-tiba mendapati ramai ibu-ibu yang mengandung di sekeliling mereka ?

Saudara/saudari pembaca, beginilah resam hidup kita. 

Kita akan lebih menyedari akan sesuatu jika kita memberi perhatian kepadanya.

Untuk lebih memahami akan hal ini, saya cadangkan untuk para pembaca mengambil ujian kesedaran ini. 

Saudara/saudari digalakkan untuk melihat video di bawah terlebih dahulu sebelum membaca artikel ini dengan lebih lanjut.


                                         



....... Saya pun terkena jugak bukan anda seorang.

Ujian ilmiah di atas memberitahu dengan jelas tanpa ragu-ragu bahawa diri kita iaitu sikap dan mentaliti kita secara asasnya di arcakan oleh perkara yang kita beri tumpuan.

Samada sikap buruk atau baik kesemuanya adalah bergantung kepada perkara yang kita tumpukan.

Baru-baru ini ada seorang pembaca bertanya kepada saya tentang hubungan sesama jenis atau gay.

Dari ujikaji yang dilakukan di dalam video di atas adalah jelas bahawa ada manusia menjalani hubungan sebegini kerana akalnya menumpu kepada perkara yang berkisar tentang gay.

Sudah tentu sebelum melakukan hubungan sebegini seseorang perlu mencari ilmu pengetahuan mengenainya seperti, adakah hubungan itu selamat, juga bagaimana cara melakukan dan menikmati hubungan itu tanpa memudaratkan diri sendiri.

Mungkin juga hubungan itu memerlukan penggunaan alat tambahan seperti alat kelamin palsu atau penggunaan pelincir ky jelly dan sebagainya.

Pokoknya, kumpulan ini sudah tentu perlu tahu mengenai dunia mereka dengan lebih terperinci, bukankah begitu ? 

Di sinilah banyak masa mereka ditumpukan. Penumpuan inilah yang menjadikan mereka seperti mereka.

Maka sudah tentulah persoalan samada hubungan ini adalah sesuatu yang semulajadi atau di bina sendiri melalui minat dan pengalaman menjadi satu persoalan yang subjektif dan perlu kepada kupasan yang lebih mendalam oleh mereka yang pakar.

Samada perbuatan ini adalah haram atau halal, bermoral atau tidak bukanlah menjadi tugas kita untuk tentukan. 

Hanya yang boleh kita ambil pertimbangan adalah yang mana satu lebih berat. Baik atau buruk ?

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai perkara penumpuan akal ini di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/07/siri-ramadhan-siapakah-tuhan-kamu.html

Berbalik kepada kempen memahami Al Quran. Ada banyak perkara yang disarankan oleh Al Quran untuk kita berikan penumpuan.

Yang paling utama ialah IQRA' atau BACA. 

Al Quran menuntut kita supaya memberi penumpuan kepada membaca yang membawa maksud mencari ilmu pengetahuan.

Al Quran menuntut kita supaya memberi perhatian kepada MASA .. Demi Masa sesungguh kamu di dalam kerugian.

Al Quran menuntut kita supaya memberi perhatian kepada berbuat baik kepada orang tua, menepati janji, menjaga kebersihan, menjaga kesihatan dan banyak lagi yang asasnya adalah common sense.

Segala perkara yang kita beri tumpuan inilah yang dipanggil realiti. Alam sedar kita. Di dalam bahasa falsafah yang lebih dalam ia di panggil "Solipsism". 

Tidak kiralah samada anda seorang gay, straight, atau mempunyai fetishm yang melampau. 

Ataupun sekiranya anda mempunyai keturunan caucasian, negroid atau mongoloid. Bermata biru, hijau atau coklat. 

Jika anda menumpu kepada perkara yang positif sudah tentulah kehidupan anda akan berakhir dengan baik. 

Begitu juga jika sebaliknya, iaitu jika anda menumpu kepada perkara yang negatif sudah tentulah jalan hidup anda lebih banyak dihimpit keburukan.

Segala penumpuan inilah yang menjadikan KITA seperti KITA. 

Mungkin saya akan menerangkan konsep solipsism dengan lebih terperinci di artikel lain.

Kepada sesiapa yang mahu turut serta memberi pandangan, pendapat, tulisan dan artikel, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman-laman yang tertera di akhir berita ini.

 http://www.thestar.com.my/videos/2016/02/21/read-the-quran-campaign-launched/

Ashwed

15 comments:

  1. Salam.
    Maybe not only read the Quran but to study and understand the content.
    Still envy you and others that have the energy and time in searching, thinking, analyzing, etc in becoming a good and kjowledgeable person.
    I think I manage poorly in utilizing my time.


    Non

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Berikut adalah misi dan visi kempen Let's Read The Quran dari blog saudara anas zubedy

    http://letusaddvalue.blogspot.my/2016/02/lets-read-quran-campaign-lrtq-2016.html

    Sebarkan maklumat ini dan ayuh kita sama-sama mendalami Al Quran, karya teragong untuk kegunaan manusia.

    Damai

    ReplyDelete
  3. Salam tuan ashwed,

    Saya suka bila tuan menulis post sebegini. Ini yang paling saya cari dan sangat perlukan panduan lebih jelas. Baru 2-3 hari lepas saya habiskan sebuah buku berkaitan kuasa fokus.

    Kuasa fokus - sesuatu yg saya dah tahu sejak 14 tahun lepas dari sebuah buku motivasi Follow Your Heart.

    Tapi saya tak sedar betapa hebatnya kuasa ini dalam mempengaruhi kehidupan kita. 6 tahun lepas baru saya faham mengapa ada beberapa cabaran besar berlaku dalam hidup saya akibat tidak menggunakan kuasa fokus dengan positif. Selama tempoh itu saya mencari teknik menggunakan kuasa fokus dengan betul dan berkesan.

    Banyak lagi buku saya baca dan praktik seperti The Magic, The Power dll. termasuk 3 hari lepas saya habiskan Law Of Attraction (Michael Josier) dalam masa satu hari.

    Ada beberapa teknik sedang saya gunakan iaitu dengan membina sebuah vision board. Juga saya sedang praktik beberapa latihan dari buku LoA.

    Harap tuan boleh kongsi rahsia dan pengalaman tuan mengenai teknik penggunaan kuasa fokus dalam menghasilkan keputusan2 positif dalam kehidupan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Smbg akhir surah lazim;

    80:1 Dia bermuka masam dan berpaling darinya.
    80:2 Ketika datang seorang yang buta.
    80:3 Tidakkah kamu tahu mungkin darinya ada kemurnian.
    80:4 Atau dari kemurnianya bermanfaat bagimu sebagai peringatan.
    80:5 Apakah kamu hanya berhadapan dengan yang kaya.
    80:6 Maka kepadanya kamu melayaninya.
    80:7 Malahan tiada bagimu kemurnian diri.
    80:8 Atau pun siapa yang datang kepadamu dengan tergesa-gesa.
    80:9 Dan dianya ketakutan.
    80:10 Maka dia yang kamu abaikanya.
    80:11 Jangan sesekali! demikian itulah suatu peringatan.
    80:12 Maka sesiapa menghendaki peringatanya.
    80:13 Dari lembaran yang mulia.
    80:14 Dan yang tinggi kesucianya.
    80:15 Ditangan Dia pencerahan.
    80:16 Kemulian yang berkat.
    80:17 Dihapuskan manusia yang sangat degil keingkaranya.
    80:18 Dan segala sesuatu Dia yang menciptanya.
    80:19 Dari titisan mani Dia mencipta apa yang ditakdirkan.
    80:20 Kemudian melalui saluran/jalan yang dipermudahkan.
    80:21 Kemudian dimatikan dan dimasukkan mereka kedalam kuburan.
    80:22 Dan apabila dikehendaki mereka dibangkitkan.
    80:23 Tidak sesekali! jika mereka belum melaksanakan perintah Dia.
    80:24 Maka manusia hendaklah memberi perhatian kepada makananya.
    80:25 Malahan Kami yang mencurahkan air yang bercurahan.
    80:26 Kemudian Kami huraikan bumi supaya dianya subur.
    80:27 Maka Kami tumbuhkan biji-bijian dari buah-buahanya.
    80:28 Dari anggur yang menjalar dan sayuran dan tumbuhan berpucuk.
    80:29 Dan dari zaitun dan kurma dan yang berpalma.
    80:30 Dan dari ladang yang padat dengan tumbuhan.
    80:31 Dan buah-buahan dan dari segala macam herbal/perumputan.
    80:32 Kesenangan bagimu dan dari ternakan kamu.
    80:33 Dan apabila datang bunyi ledakkan dahsyat.
    80:34 Pada hari bertempiaran para tuan dan puan meninggalkan saudaranya.
    80:35 Dan ibunya dan bapanya.
    80:36 Dan isterinya dan anak-anaknya.
    80:37 Dan bagi setiap orang dari mereka pada hari itu hanya menguruskan keperluan pribadi bersendirian.
    80:38 Penampilan pada hari itu menjadi sugul dan tidak ketentuan.
    80:39 Dan ada yang tertawa dan bergembira.
    80:40 Dan ada wajah pada hari itu mengelabah dan gabra/ghabratun.
    80:41 Dan dilitupi kemurungan.
    80:42 Malahan mereka itulah orang yang telah ingkar dan durhaka.

    smbg..

    81:1 Apabila matahari digulungkan.
    81:2 Dan apabila bintang-bintang berguguran.
    81:3 Dan apabila gunung-ganang diperjalankan.
    81:4 Dan apabila betina yang bunting ditinggalkan.
    81:5 Dan apabila binatang dan unggas dihimpunkan.
    81:6 Dan apabila lautan kekeringan/sujjirat.
    81:7 Dan apabila dua jiwa ditumukan/dipasangkan.
    81:8 Dan apabila ditanya mengapa bayi perempuan yang hidup dikuburkan.
    81:9 Apakah dosanya dia dihapuskan.
    81:10 Dan apabila lembaran disebarkan.
    81:11 Dan apabila rahsia langitnya disingkapkan.
    81:12 Dan apabila -ljahiiimu dinyalakan.
    81:13 Dan apabila jannatin didekatkan.
    81:14 Setiap jiwa mengetahui apa yang dihadirkan.
    81:15 Maka aku bersumpah dengan yang menggelusur.
    81:16 Yang belayar dan yang tenggelam.
    81:17 Dan malamnya apabila menghampiri siangnya.
    81:18 Dan subuhnya apabila mulai menyinari cahayanya.
    81:19 Pasti benar kata-kata rasul yang mulia.
    81:20 Mempunyai kekuatan disisi pemilik ‘arsyi.
    81:21 Yang mentaati Dia kemudian amanah.
    81:22 Dan tidaklah sahabatmu itu seorang yang majnunin.
    81:23 Sesungguhnya dia melihat ufuqi yang terang dan jelas.
    81:24 Dan dia tidak lokek dengan yang ghaib.
    81:25 Malahan dianya bukan kata-kata dari syaitan yang direjam.
    81:26 Maka kemanakah kamu akan pergi.
    81:27 Tidak! melainkan suatu peringatan dan ilmu bagi seluruh alam.
    81:28 Bagi sesiapa yang dikehendaki menuju kepada jalan yang lurus.
    81:29 Dan tidaklah kamu menghendakinya melainkan dianya dikehendaki Allah, Pemelihara seluruh alam.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  5. smbg..

    82:1 Apabila langitnya terbelah.
    82:2 Dan apabila bintang berguguran.
    82:3 Dan apabila lautanya membuak.
    82:4 Dan apabila kuburan terbongkar.
    82:5 Mengetahui setiap jiwa apa yang telah dimulai dan diakhiri.
    82:6 Wahai manusia siapakah yang telah memesongkan kamu daripada Pemelihara kamu yang teramat mulia.
    82:7 Yang menyempurnakan ciptaanmu dan menjadikan kamu seimbang.
    82:8 Dan dalam apa sahaja bentuk dan gaya yang dikehendaki.
    82:9 Tidak! malahan kamu telah mendustakan -ddiini dari Dia.
    82:10 Sesungguhnya bagimu pasti diadakan pengawasnya.
    82:11 Yang mulia dan yang mencatatkanya.
    82:12 Malahan Dia mengetahui segala apa yang kamu lakukan.
    82:13 Maka orang yang telus dan ikhlas pasti menikmati kesenanganya.
    82:14 Malahan orang yang mendurhaka pasti dalam jahiimin.
    82:15 Mereka dibakar pada hari -ddiini.
    82:16 Dan mereka tidak dapat menghilangkan diri.
    82:17 Maka tahukah kamu apa dia hari -ddiini.
    82:18 Dan tahukah kamu apa dia hari -ddiini itu.
    82:19 Itulah hari tiada yang berkuasa keatas sesuatu jiwa melainkan segala urusan dan perintah hanya dari Allah.

    83:1 Celakalah bagi orang yang curang.
    83:2 Orang yang ketika menyukat baginya diminta memenuhinya.
    83:3 Apabila dia menyukat orang lain, dia mengurangkan sukatanya.
    83:4 Tidakkah mereka menyangka yang mereka akan dibangkitkan.
    83:5 Pada hari agung.
    83:6 Hari kebangkitan manusia mengadap Pemelihara seluruh alam.
    83:7 Tidak! malahan orang yang durhaka dikitabkan didalam sijjinin.
    83:8 Maka tahukah kamu apa dianya sijjinun itu.
    83:9 Malahan dianya cacatan yang telah dikitabkan.
    83:10 Celakalah pada hari itu bagi orang yang berdusta.
    83:11 Dan yang mendustakan hari -ddiini.
    83:12 Dan tidak mendustakanya melainkan orang yang berpaling dan berdosa.
    83:13 Apabila dibacakan ayat-ayat Kami, dia berkata ini dongengan terdahulu.
    83:14 Malahan mereka mengotori hati mereka dengan apa yang diusahakan.
    83:15 Maka Pemeliharanya menutup hati mereka pada hari itu.
    83:16 Dan dimasukkan mereka kedalam -ljahiimi.
    83:17 Dan dikatakan kepada mereka inilah apa yang kamu mendustakanya.
    83:18 Malahan catatan kitab orang yang alim/pious pasti cermelang.
    83:19 Maka tahukah kamu apa dianya cermelang itu.
    83:20 Dianya suatu kitab yang telah dikitabkan.
    83:21 Dan bersaksikan orang yang -lmuqarrabuuna.
    83:22 Pastinya orang yang alim menikmati kesenangan didalamnya.
    83:23 Diatas sofa duduk bersemuka.
    83:24 Kamu mengenali mereka dengan wajah yang berseri penuh kenikmatan.
    83:25 Mereka diberi minum dari perahan anggur yang dikawal ketulinanya.
    83:26 Dan kasturi yang pastinya teringin setiap yang berkeinginan.
    83:27 Dan campuran dari tasniimin.
    83:28 Dan minuman dari punca mata-air bersih bagi orang yang -lmuqarabin.
    83:29 Sesungguhnya orang yang berdosa mentetawakan orang yang amanah.
    83:30 Dan apabila orang yang amanah melintasi mereka mengengitkan mata.
    83:31 Dan apabila mereka kembali kepada kumpulanya mereka gembira.
    83:32 Dan apabila mereka melihat orang yang amanah mereka berkata itulah sebenarnya orang yang sesat.
    83:33 Dan Kami tidak mengutuskan kepada mereka pengawas.
    83:34 Itulah hari orang yang amanah mentetawakan orang yang ingkar.
    83:35 Diatas sofa duduk berhadapan muka pandang memandang.
    83:36 Adakah orang yang tidak percaya diberi ganjaran yang serupa atas apa yang telah mereka lakukan.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  6. smbg..

    84:1 Apabila langitnya terbelah.
    84:2 Maka patuhilah Pemeliharamu dianya suatu kemestian.
    84:3 Dan apabila buminya diratakan.
    84:4 Dan dikeluarkan apa yang didalamnya dan menjadikanya kosong.
    84:5 Maka patuhilah Pemeliharamu dianya suatu kemestian.
    84:6 Wahai manusia berusaha gigihlah kamu malahan dengan berusaha gigih dapatlah kamu menemui Pemeliharamu.
    84:7 Maka sesiapa yang diberi kitabnya disebelah kanan.
    84:8 Maka dipermudahkan perhitunganya.
    84:9 Dan dia dikembalikan kepada keluarganya dengan gembira.
    84:10 Dan sesiapa diberikan kitabnya dari belakang.
    84:11 Kelak mereka diseru kepada kemusnahan.
    84:12 Dan dia dipanggang diapi yang marak menyala.
    84:13 Sesungguhnya dia dengan keluarganya bergembira.
    84:14 Dan dia menyangka yang dia tidak akan dikembalikan.
    84:15 Tidak! malahan Pemeliharanya pasti melihatnya.
    84:16 Maka tidaklah aku bersumpah demi senjanya.
    84:17 Dan malam yang menyelubunginya.
    84:18 Dan bulan apabila meneranginya.
    84:19 Pastinya kamu naik dari setingkat kesetingkat.
    84:20 Maka mengapa mereka tidak amanah dengannya.
    84:21 Dan apabila dibacakan -lqur’aanu mereka tidak mematuhinya.
    84:22 Malahan orang yang tidak percaya mendustakanya.
    84:23 Dan Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan.
    84:24 Maka terangkan kepada mereka apakah dianya azab yang dahsyat.
    84:25 Kecuali orang yang amanah dan yang beramal soleh maka bagi mereka ganjaran berterusan.

    85:1 Demi langit yang dihiasi bintang-bintang.
    85:2 Dan hari yang dijanjikan.
    85:3 Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan.
    85:4 Dihapuskan sahabat yang menggali kubur.
    85:5 Dan api yang mempunyai kepanasan membakar.
    85:6 Ketika mereka duduk diatasnya.
    85:7 Dan apa yang dilakukan keatas orang yang amanah dipersaksikan.
    85:8 Dan tiada penganiayan diantara mereka melainkan mereka orang yang amanah malahan Allah yang Perkasa yang Terpuji.
    85:9 Dia Penguasa langit dan bumi malahan Allah yang menyaksikanya.
    85:10 Maka orang yang memfitnah lelaki dan perempuan amanah jika mereka tidak bertaubat maka bagi mereka azab jahannama yang membakar.
    85:11 Dan orang yang amanah dan beramal soleh bagi mereka disediakan syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai itulah kejayaan agung.
    85:12 Sesungguhnya rentapan azab Pemeliharamu sangat dahsyat.
    85:13 Sesungguhnya Dia yang mencipta dan mengulangi ciptaanya.
    85:14 Dan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
    85:15 Dan Pemiliki -l’arsyi dan yang Terpuji.
    85:16 Dan Dia melaksanakan apa yang dikehendaki.
    85:17 Apakah telah datang kepadamu hadiitsu angkatan.
    85:18 fir’auna dan tsamuuda.
    85:19 Malahan orang yang tidak percaya telah mendustakanya.
    85:20 Dan Allah meliputi segala apa yang diselindungkan.
    85:21 Malahan dianya qur-aanun yang mulia.
    85:22 Didalam cereka/lauhin/memory/tablet terpelihara.
    bsmbg..

    ReplyDelete
  7. smbg..

    86:1 Demi langit dan bintang paginya.
    86:2 Maka tahukah kamu apa dianya bintang-bintang pagi.
    86:3 Itulah bintang-bintang yang memancarkan cahaya terang.
    86:4 Tiada bagi setiap jiwa melainkan diadakan penjaga baginya.
    86:5 Maka perhatikan wahai manusia dari apa kamu diciptakan.
    86:6 Malahan diciptakan kamu dari air yang terpancar.
    86:7 Yang dikeluarkan diantara tulang belakang dan tulang dada.
    86:8 Malahan hanya Dia yang berkuasa mengembalikanya.
    86:9 Pada hari didedahkan segala rahsia.
    86:10 Maka tiada bagi mereka kekuatan dan tiada penolong.
    86:11 Dan dilangitnya yang menakung hujan.
    86:12 Dan buminya yang punyai rekahan.
    86:13 Sesungguhnya hanyalah firman Dia yang menentukan.
    86:14 Malahan dianya bukan senda-gurauwan.
    86:15 Sesungguhnya mereka telah merancang muslihat.
    86:16 Malahan Aku juga merancang muslihat.
    86:17 Maka tangguhkan orang yang tidak percaya sebentar.

    87:1 Sanjunglah Pemeliharamu yang teramat tinggi kemulianya.
    87:2 Dia yang menetapkan maka Dia yang menyempurnakanya.
    87:3 Dan Dia yang menetapkan maka Dia yang memberi petunjuk.
    87:4 Dan Dia yang mengadakan padang-ragutnya.
    87:5 Dan Dia yang menjadikan sampah lupus dan mereput.
    87:6 Dan Kami yang membacakan kepadamu supaya kamu tidak lupa.
    87:7 Melainkan apa dikehendaki Allah malahan Dia mengetahui segala apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
    87:8 Dan Kami yang memudahkan bagimu segala kemudahan.
    87:9 Maka berilah peringatan malahan peringatan sangat bermanfaat.
    87:10 Tidak menerima peringatan melainkan orang yang takut.
    87:11 Malahan menjauhinya orang yang malang.
    87:12 Dan orang yang akan dipanggang kepada api besar.
    87:13 Malahan dia akan menjadi setengah mati.
    87:14 Pasti berjaya sesiapa yang memurnikan dirinya.
    87:15 Dan yang mengingati nama Pemeliharanya dan melaksankan kewajipan.
    87:16 Malahan kamu memilih kehidupan duniawi.
    87:17 Sedangkan akhiratnya lebih utama dan berkekalan.
    87:18 Pasti telah tercatat didalam naskah terdahulu.
    87:19 Naskah ibraahiima dan muusaa.

    bsmbg.

    ReplyDelete
  8. smbg..

    88:1 Apakah telah datang kepadamu hadiitsu peristiwa dahsyat.
    88:2 Wajah-wajah pada hari itu tunduk keresahan.
    88:3 Segala kerja sangat meletihkan.
    88:4 Seakan bersalai kepada api yang membakar.
    88:5 Dan diberi minum dari punca mata-air yang mendidih.
    88:6 Tiada bagi mereka makanan melainkan kepahitan dari pohon berduri.
    88:7 Dan tiada makanan berkhasiat dan tidak menghilangkan kelaparan.
    88:8 Maka wajah penampilan pada hari itu penuh kenikmatan.
    88:9 Kerana segala usaha mereka diredhai.
    88:10 Dalam syurga yang ditinggikan.
    88:11 Mereka tidak mendengar didalamnya percakapan mengarut.
    88:12 Didalamnya disalurkan punca mata-air.
    88:13 Dan tersedia sofa yang ditinggikan.
    88:14 Dan bekas minuman sedia teratur.
    88:15 Dan sofanya tersusun rapi.
    88:16 Dan permaidaninya terhampar.
    88:17 Maka tidakkah mereka perhatikan bagaimana unta diciptakan.
    88:18 Dan bagaimana langit ditinggikan.
    88:19 Dan bagaimana gunung ditegakkan.
    88:20 Dan bagaimana bumi dibentangkan.
    88:21 Maka diberi peringatan malahan kamu pemberi peringatanya.
    88:22 Bukankah kamu yang mempertahankan mereka.
    88:23 Kecuali mereka yang berpaling dan tidak percaya.
    88:24 Maka Allah azabkan mereka dengan azab dahsyat.
    88:25 Pastinya kepada Kami mereka dikembalikan.
    88:26 Kemudian atas Kami yang menghitungkan mereka.

    89:1 Demi fajar.
    89:2 Dan malam kesepuluh.
    89:3 Dan yang genap dan yang ganjil.
    89:4 Dan malamnya apabila berlalu.
    89:5 Apakah demikian sumpah orang yang memahaminya.
    89:6 Tidakkah kamu perhatikan Pemeliharamu lakukan keatas ‘aadin.
    89:7 Dan Iram yang memiliki bangunan bertiang-tinggi.
    89:8 Yang belum pernah dicipta semisalanya didalam negeri.
    89:9 Dan tsamuuda yang menebuk bungkah batu dilembah.
    89:10 Dan fir’auna yang mendominasi kuasa seperti ‘tiang yang kukuh’.
    89:11 Dan sombong dan angkuh didalam negeri yang diperintahnya.
    89:12 Malahan mereka itulah orang fasik yang melakukan kemusnahan.
    89:13 Maka Pemeliharamu menimpakan azab dan deraan keatas mereka.
    89:14 Sesungguhnya Pemeliharamu pasti memantau mereka.
    89:15 Malahan Pemeliharamu menguji manusia dengan memberikan mereka penghormatan dan nikmat maka mereka berkata Pemeliharaku telah memberi penghormatan kepada kami.
    89:16 Waima! Apabila Dia menguji dengan menyempitkan rezekinya maka mereka berkata Pemelihara kami telah menghina kami.
    89:17 Malahan kamu tidak memuliakan anak-anak yatim.
    89:18 Dan kamu tidak mengajurkan untuk memberi makan orang miskin.
    89:19 Dan kamu memakan harta pusaka dengan rakus.
    89:20 Dan kamu mencintai kepada mengumpul harta berlebihan.
    89:21 Tidak! malahan apabila bumi ini dihancurkan sehancur-hancurnya.
    89:22 Dan datang Pemeliharamu dan malaikatnya berbaris dalam barisan.
    89:23 Dan didatangkan pada hari itu jahannama pasti ingat manusia atas apa yang diingatkan kepadanya.
    89:24 Mereka berkata alangkah baik jika aku mendahuluinya ketika hidup.
    89:25 Maka pada hari itu tiada siksaan keatas sesiapa.
    89:26 Dan tidak terikat sesuatu ikatan keatas seseorang.
    89:27 Wahai jiwa yang tenang.
    89:28 Kembalilah kepada Pemeliharamu dengan redha dan diredhai.
    89:29 Maka masuklah kedalamnya wahai hambaKu.
    89:30 Dan masuklah kamu kedalam syurgaKu.
    Sekian.

    ReplyDelete
  9. Orang Melayu suka buka kitab wasap dan fb. Dan sebarkan tanpa berfikir dgn mendalam.
    Ada yg sebarkan ayat Quran tapi lepas tu dia akan sebarkan pula perkara yg bertentangan dgn maksud/tujuan ayat Quran tadi.
    Maknanya kat situ..si penyebar tak faham apa yg dia sebarkan..dan tak menghayati setiap maksud perkataan dan ayat.

    ReplyDelete
  10. Orang Islam suka share hadith di laman sosial tanpa ambilkira ia tiada dlm Quran. Bila satu perkara ada dlm hadith tapi tak ada dlm Quran, masing2 degil memaksa org berpegang pada hadith dan abaikan Quran. Bila kita bertegas ingin berpegang pd Quran mereka kata kita sesat pula.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih pada yang sentiasa rajin kongsikan ayat-ayat Al Quran di atas.
    Walaupun pada mula saya tak baca, bukan sebab tak nak baca cuma saya biarkan dulu untuk saya fokuskan pada penulisan tuan punya blog.
    Kena baca pelan-pelan dan menghayati..jika tergesa-gesa memang takkan faham.

    ReplyDelete
  12. Just my humble observation,

    1. There are two OPPOSING approaches to the Quran - traditionally or spiritually.

    2. The traditionalist (aka the jurist) adopts the literal meaning, while the spiritualist seeks the rationale (the 'spirit') within the meaning, of the revelations.

    3. The traditionalist accepts the Quran as the Book of Commandment while the spiritualist conceptualise the Quran as the Book of Secrets.

    4. While the former is BOUND by tradition, the latter TRANSCENDS convention. Verily the 'spirit' of the Quran is CONSISTENT - universally & timelessly.

    5. The Quran requires us to THINK & unlock the consistency, universality & divinity of the revelations so as to enlighten our pathway to progress towards unity & HARMONY with nature and our Source.

    6. Surely the message in the Quran is NOT 'regressive & divisive' as is the case with the prevailing traditionalist approach, but rather it is 'PROGRESSIVE & INCLUSIVE' which the traditionalist ignorantly labels as 'liberals' while missing the CRUCIAL point that the Prophet himself LIBERATED the Arabs from ignorance ("Jahilliyah").

    Blessed be.

    \Alhamd.

    ReplyDelete
  13. Salam... (1/2)

    Kempen membaca Quran ini adalah satu usaha permulaan yg baik.. We all have to start somewhere.. Walaubagaimana pun, saya merasakan pembaca blog ini majoriti nya sudah sampai tahap intermediate
    ataupun advance dalam memahami mesej yg di sampaikan dalam Quran. Bukan sahaja baca tapi membuat analysis yg disokong oleh Quran sendiri agar mesej-Nya lebih jelas dan bermanfaat..

    Pada pendapat saya (walaupun bukan muktamad tapi yg terbaik setakat ini setakat kemampuan saya) ialah yg paling sesuai digunakan dalam membaca dan kemudian memahaminya perlu ada 2 pendekatan iaitu;
    1. Quran explained by the Quran itself ataupun Quran sendiri akan menerangkan. Tidak ada sumber kedua dan tidak ada prejudice sepertimana nabi terakhir menyebarkannya di tanah Arab..
    2. Pemahanan kata akar / dasar (root word) yg memberikan pemahaman original..

    Saya mengambil contoh ayat ini.. Seorang kawan telah mengemailkan saya (kami berkongsi tentang mesej Quran) ayat ini untuk menyokong pendiriannya bahawa terdapat arahan untuk bersembahyang (termasuk lah ritual 5 waktu) kepada yg berada di langit (termasuk angkasa lepas) dan bumi;

    YUSUF ALI dibahasa melayukan
    [24:41] "Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya? Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang (salatahu) dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."
    [24:41] "Seest thou not that it is Allah Whose praises all beings in the heavens and on earth do celebrate, and the birds (of the air) with wings outspread? Each one knows its own (mode of) prayer (salatahu) and praise. And Allah knows well all that they do"

    Ayat [24:41] memberitahu bahawa semua yg berada di langat dan bumi (termasuklah haiwan) mengagung2kan (bertasbih) Allah dan masing2 tahu cara bersembahyang masing2 terhadap keagungan-Nya. Daripada terjemahan ini, kita tahu cara langit dan bumi mengagungkan Allah adalah dengan bersembahyang..

    Respond saya ialah ok, cuma pada pengetahuan saya ada contradiction dlm tafsiran ini kerana dalam ayat berikut menyatakan perkara yg berlainan;

    bersambung....

    Becks

    ReplyDelete
  14. sambungan... (2/2)

    YUSUF ALI
    [17:44] "Glorifying Him are the seven heavens and the earth and everything in them. There is nothing that does not praise His Glory, but you do not understand their glorification. He is Clement, Forgiver."

    Ayat [17:44], Allah memberitahu bahawa NO ONE or NOBODY atau TIADA SESIAPA PUN tahu bagaimana langit dan bumi (heavens and earth) and everything in them mengagung-agungkan Allah. NOBODY knows!! Period!! This verse now contradicts with [24:41] because it tells that langit dan bumi and everthing in them mengagungkan (glorify) Allah dengan bersembahyang.. [17:44] Allah says "YOU DO NOT UNDERSTAND THEIR GLORIFICATION", they glorify but you do not know how.. Kita tidak akan tahu sama ada langit dan bumi dan di dalamnya bersembahyang atau apapun benda cara sekalipun dlm mengagungkan Allah..

    Sebenarnya kedua2 ayat ini tidak contradict sebab Quran dah kata yg ia konsisten dan tiada contradiction.. Yg contradict adalah tafsiran yg di buat oleh Yusuf Ali.. Kita perbetulkan terjemahan
    Yusuf Ali dengan Quran explains Quran dan penggunaan kata akar (root word).

    [24:41] "Tidaklah kamu tahu bahawasanya Allah diagung-agungkan oleh semua yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya? Masing-masing mengetahui komitmen masing-masing dan cara mengagungkan-Nya, dan Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan/lakukan."
    [24:41] "Do you not see that Allah is glorified by all beings in the heavens and on earth, and the birds (of the air) with wings outspread? Each one knows its own commitment and glorification. And Allah knows well all that they do."

    [17:44] "Glorifying Him are the seven heavens and the earth and everything in them. There is nothing that does not praise His Glory, but you do not understand their glorification. He is Clement, Forgiver."

    Sekarang kita ada maksud yg lebih harmoni, konsistent, jelas dan tiada contradiction as now [17:44] backs-up [24:41] perfectly. We don’t and we will never know how the heavens and earth glorify Allah but all the heavens and earth have their own commitments towards Allah.. So, even by using your own akal or reasoning, adalah mustahil langit dan bumi dan juga burung2 bersembahyang 5 waktu sehari..

    Dengan analysis seperti ini, Quran sebagai Furqan (Criterion) telah sekali lagi mematikan cerita dongengan Imam2 yg pokok2 akan bersujud (seperti sujud dalam sembahyang ritual 5 waktu) kepada Allah di malam laylatul-qadar..

    Becks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Mungkin timbul persoalan seterusnya di minda pembaca blog ini kenapa kita perlukan 2 pendekatan dalam membaca dan memahami mesej Quran.

      Pertama, Quran explains itself (Quran menerangkannya sendiri);

      [2:2] "This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those believe in Allah"
      [2:15] "...the Quran a guidance for the people, and explanations from the guidance, and the Criterion..."
      [4:82] "Why do they not study the Quran carefully? If it were from other than God, they would have found in it numerous contradictions".
      [6-38] "…We did not leave anything out of this Book."
      [6:114] "... when He has revealed to you this book fully detailed?..."
      [11.1] "Alif, Lam, Ra. A Book whose verses are perfected and then presented in detail..."
      [36:2] "The Quran full of wisdom"
      [44-58] ”We have made the Quran easy to understand and in your own tongue (language) that you may take heed”
      [54-17] "And We have certainly made the Qur'an easy for remembrance, so is there any who will remember?"

      Dari beberapa ayat2 di atas dalam Quran kita dapati Allah memberitahu kita bahawa Quran itu adalah panduan (guidance), tiada keraguan (no doubt), explanation (menerangkan), Criterion (Pembeda), tiada percanggahan (contradiction), lengkap (complete), terperinci sepenuhnya (fully detailed), kesempurnaan - tiada cacat cela (perfected), bijaksana (wisdom), mudah (easy) dan diperingati (remembrance).. Maka pada pendapat saya inilah adalah pendekatan yg terbaik, Quran explain Quran.. Bukannya dongeng2 Hadis menerangkan Quran.. Jika ada pembaca blog ini yg mempunyai pendekatan lain yg lebih efektif, saya sangatlah mengalu-alukan pandangan atau pendapat anda untuk dikongsi bersama...

      Kedua, pemahaman kata akar (root word);

      [2-37] "God taught Adam His words"
      [2-124] "Abraham was tested with God's words"
      [3-39] "John the son of Zechariah confirms God’s scripture by words"
      [4-171] "Jesus the son of Mary was confirmed a messenger and he was God’s words"
      [5-13] "The Jews perverted the meaning of God’s words"
      [7-144] "God revealed the message to Moses with His words"
      [6:115] "The word of your Lord is complete, in truth and justice. Nothing shall abrogate His words. He is the Hearer, the Omniscient."
      [7-158] "Muhammad believed in God and His words"
      [66-12] "Mary upheld God’s words and His scripture"

      Dari beberapa ayat2 di atas dalam Quran, kita dapati kepentingan akan penumpuan pada kata / kalimat (words) Allah.. Tak boleh tangkap muat je.. Baca dan mencuba untuk memahami maksud original kata2.. Analogi yg simple ialah sebelum kita menandatangani sebarang dokumen perjanjian kita selalu akan baca dan teliti sehingga faham.. Bagaimana untuk memahami kata / kalimat Allah, use your akal..

      Becks

      Delete