Wednesday 17 February 2016

Kemaafan

Kedamaian Untuk Semua,

Sejujurnya saya sedang menyiapkan sebuah artikel bertajuk "Dogma", namun oleh kerana kekangan tugas dan masa saya gagal menyudahkannya dalam tempoh yang terdekat.

Baru-baru ini semasa sedang membuat kajian kes untuk firma saya, saya terjumpa sebuah sajak lama yang saya tulis untuk meluahkan gelora jiwa.

Latarbelakangnya ialah beberapa bulan selepas PRU ke-12. Negeri kelahiran saya bertukar kerajaan.

Oleh kerana di waktu itu saya ada bergiat serba sedikit di dalam politik tempatan maka saya dapat merasai kecelaruan yang dihadapi oleh para pemimpin Melayu yang tidak pernah merasai kekalahan.

Begitu juga, saya dapat merasai kegundahan jiwa orang Melayu yang sudah terbiasa dengan Status Quo lalu mengambil ringan akan nasib masa depan mereka.

Ramai yang menjadi tidak keharuan ke sana ke mari mencari tapak kukuh untuk dijadikan pelantar.

Waktu itu, hubungan di antara bangsa-bangsa di Malaysia tiba-tiba menjadi panas. Ramai politikus menangguk di air yang keruh dengan memainkan sentimen agama.

Sajak ini ditulis di kala jiwa saya bergelora di antara perjuangan politik dan kebenaran Al Quran.

Di suatu sudut saya mahu berjuang demi bangsa. Di sudut yang lain saya dihidangkan dengan fakta-fakta Al Quran.

Fakta-fakta ini seolah-olah merobek-robek falsafah hidup yang selama ini saya dakap rapat di jiwa.

Tidak berapa lama selepas sajak ini ditulis, negeri kelahiran saya menghadapi krisis demokrasi yang mengakibatkan para peguam tempatan meneliti Undang-Undang Tubuh Negeri dengan lebih mendalam.

Kadang-kadang saya rasa seperti teringin untuk kembali ke masa lampau.

Apakah agaknya pendapat saya mengenai sesuatu isu jika ia di dasarkan kepada data dan fakta Al Quran sepenuhnya.

Sementara mencari ruang waktu yang sesuai untuk menulis dan mencari idea, saya hidangkan dahulu sajak ini yang saya gelar sajak syok sendiri ...  Jangan cepat marah nanti lekas tua : )

Ashwed


Bersatulah Wahai Pelakon Watak Bangsa

kerana
ketika segolongan kamu berbicara tentang api reformasi
13 orang-orang kampungmu sedang bersiap
memakan bangkai kucingnya sebagai menu malam

bersatulah wahai pelakon watak bangsa
kerana
sedang segolongan daripada kamu berbicara tentang api reformasi
deenmu semakin pupus dan ..
tuhanmu mati dibunuh sang kader kanun pemuja tuhan tiga kepala

api ini bukan milik bangsamu
ianya milik seorang durjana terbuang dan rakan kolongannya
yang menggelar diri mereka si mata biru
mereka strategi dan menandatangani perjanjian Lucifer
dengan dakwat dari darah kulitnya sendiri

sambil memperbetul serban hijau tirus dan
menyisip janggut putih
seorang ahli kitab bongkok meniup semangat api
kepada pemuda pemudi mata biru
... wahai Rahim kita semakin hampir
ayuh pecutkan tulang temulangmu
mari kita ubah arti demokrasi
... dan kamu Liza, mengapa kamu berpeluk tubuh
pacukan kudamu ke arah gunung itu
kejayaanmu ada di atas

angkara api ..
hari ini aku membaca
tentang bagaimana orang-orang kuning
dari sebuah dataran besar menyepak tongkat Rajaku
Rajaku tersembam jatuh ke kiri tempat persemayamannya
Dia Menangis kerana diselingkuh oleh kulitnya sendiri
Dia mendongak ..
lalu dilihat pemuda pemudi mata biru sedang membakar kayangannya

dalam tangisan dia bertanya kepada tuhannya
dahulu .. pemuda pemudi mata biru ini adalah kulitku ?
mengapa mereka dirasuk sebegini ? .......... tiada jawaban
dahulu pemuda pemudi mata biru ini makan dan minum dikayanganku
mengapa mereka jadi begini ? ............ tiada jawaban
Dia berpaling kepada tangan kanannya lalu menyoal
mengapa tuhan tiada jawaban
bingkas tangan kanannya menjawab
Rajaku ! tuhan sudah mati !
kini nasib kulit berada di tangan orang-orang kuning

kecewa, dia mendongak semula ke arah api
api itu semakin marak namun bersatulah wahai pelakon watak bangsa
13 orang-orang kampung memerlukanmu

23-09-2008


7 comments:

  1. Salam
    Alamak I macam fail jer nak faham sajak ni.
    Kena baca banyak kali ni.
    Takbley nak pikiaq hari ni.

    Non

    ReplyDelete
  2. 13 Negeri, majoriti Melayu.

    ReplyDelete
  3. Sejateralah ke atas kamu.

    Tuan Berasal dari Kedah?

    Kalau dari Kedah, saya juga

    ReplyDelete
  4. Salamunalaikum! saudaraku! saya smbg dengan ayat2 dari surah lazim yang sering dibacakan ketika sembahyang harian;

    90:1 Tidak! aku bersumpah demi negeri ini.
    90:2 Dan kamu dihalalkan berada dinegeri ini.
    90:3 Dan ibu-bapa kamu dan sesiapa yang dilahirkan dalamnya.
    90:4 Kami mencipta manusia melalui pelbagai permasalahan.
    90:5 Apakah mereka menyangka tiada yang berkuasa keatas mereka.
    90:6 Dan dia berkata aku telah habiskan banyak dari hartaku.
    90:7 Apakah dia menyangka tiada sesiapa yang memerhatikanya.
    90:8 Bukankah Kami telah menjadikan baginya dua mata.
    90:9 Dan lidah dan dua bibirnya.
    90:10 Dan Kami tunjukkan dua jalan.
    90:11 Maka tidakkah pernah dia menghadapi kesukaran.
    90:12 Dan adakah kamu tahu apakah dianya kesukaran.
    90:13 Itulah membebaskan hamba perempuan.
    90:14 Atau memberi makan orang yang kelaparan.
    90:15 Dan anak-anak yatim dan kerabat terdekat.
    90:16 Atau orang miskin yang melarat.
    90:17 Kemudian dikalangan orang yang amanah hendaklah pesan-memesan dengan kesabaran dan pengasihan.
    90:18 Maka mereka itu mazhab/golongan kanan.
    90:19 Dan orang yang tidak percayakan ayat-ayat Kami mereka sahabat kiri.
    90:20 Maka bagi mereka didalam api yang ditutup rapi.

    91:1 Dan matahari yang menyinari dipaginya.
    91:2 Kemudian diiringi dengan bulannya.
    91:3 Dan siang apabila terang benderang.
    91:4 Dan malam apabila diselubungi kegelapan.
    91:5 Dan langit yang dibina dengan binaan.
    91:6 Dan bumi yang dihamparkan.
    91:7 Dan jiwa yang disempurnakan.
    91:8 Maka diilhamkan kekejian dan keperihatinan.
    91:9 Pasti mendapat kejayaan bagi yang memurnikan dirinya.
    91:10 Dan pasti gagal sesiapa yang menodainya.
    91:11 Dan tsamuudu telah berdustakanya dengan keangkuhan.
    91:12 Ketika dibangkitkan orang yang malang diantara mereka.
    91:13 Berkata rasul Allah ini unta betina dari Allah berikan minumanya.
    91:14 Maka mereka mendustakan dan memandulkanya maka Pemeliharanya hapuskan mereka atas dosa yang mereka telah melakukanya.
    91:15 Malahan mereka tidak sedikit pun takut akan akibatnya.

    92:1 Dan malam apabila diselubungi kegelapan.
    92:2 Dan siang apabila terang benderang.
    92:3 Dan apa yang diciptakan dari jantan dan betina.
    92:4 Sesungguhnya usahamu pasti berbeza.
    92:5 Maka sesiapa yang ta’at dan prihatin.
    92:6 Dibenarkan keutamaan baginya.
    92:7 Maka Kami permudahkan kemudahan baginya.
    92:8 Dan adapun orang yang bakhil dan merasa sudah cukup.
    92:9 Dan mendustakan kebaikan.
    92:10 Maka Kami permudahkan kepadanya kesukaran.
    92:11 Dan tidak mencukupi baginya harta apabila dilesapkan.
    92:12 Pastinya Kami yang memberi petunjuk.
    92:13 Dan Kami yang memulakan dan Kami yang mengakhirkan.
    92:14 Malahan Kami peringatkan yang apinya telah dinyalakan.
    92:15 Tidak dipanggang melainkan orang yang malang.
    92:16 Dan yang berdusta dan yang berpaling.
    92:17 Maka jauhilah mereka wahai orang yang prihatin.
    92:18 Dan yang memberikan hartanya yang telah dimurnikan.
    92:19 Demikian nikmat bagi orang yang mendapat pembalasan.
    92:20 Demi mencari keredhaan Pemeliharanya yang tertinggi.
    92:21 Pasti dianya mendapat keredhaan hanya dari Dia.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  5. smbg.

    93:1 Demi menjelang tengah hari.
    93:2 Dan malam apabila sunyi.
    93:3 Dan Pemeliharamu tidak abaikan dan tidak bencikan kamu.
    93:4 Dan yang akhir lebih baik bagimu dari yang permulanya.
    93:5 Malahan Pemeliharamu memberikan keredhanya kepada kamu.
    93:6 Apakah tidak didapatinya kamu yatim maka diberikan perlindungan.
    93:7 Dan didapatinya kamu sesat maka diberikan petunjuk.
    93:8 Dan didapatinya kamu kurang maka diberikan kecukupan.
    93:9 Maka dengan anak-anak yatim jangan kamu membentak mereka.
    93:10 Dan dengan pengemis jangan kamu usir mereka.
    93:11 Dan dengan nikmat Pemeliharamu maka ceritakanlah/fahaddist.

    94:1 Bukankah Kami yang melapangkan dada kamu.
    94:2 Dan Kami meringankan bebanan kamu.
    94:3 Yang berat dibelakang kamu.
    94:4 Dan Kami tingkatkan ingatan kamu.
    94:5 Maka bagi setiap kesulitan disertakan kemudahan.
    94:6 Pastinya bagi setiap kesulitan disertakan kemudahan.
    94:7 Apabila kamu kehabisan maka berusahalah.
    94:8 Malahan kepadamu Pemelihara kamu melimpahkan limpahan.

    95:1 Demi tiin dan azzaituuni.
    95:2 Dan kemuncak siiniina.
    95:3 Dan inilah negeri yang aman.
    95:4 Pasti Kami yang mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan.
    95:5 Kemudian Kami kembalikan kepada kehinaan serendah-rendahnya.
    95:6 Kecuali orang yang amanah dan beramal soleh malahan bagi mereka ganjara berterusan.
    95:7 Maka apakah kamu kehendaki mendustakan sesudah biddiini.
    95:8 Bukankah hanya Allah yang menghukum dengan seadil-adilnya.

    96:1 Bacalah dengan nama Pemeliharamu yang mencipta.
    96:2 Mencipta manusia dari dadih darah.
    96:3 Bacalah demi Pemeliharamu yang mulia.
    96:4 Yang mengajar dengan pena.
    96:5 Dia mengajar apa yang manusia tidak mengetahuinya.
    96:6 Tidak sesekali! malahan manusia sememangnya angkuh.
    96:7 Kerana melihat dirinya sudah cukup sempurna.
    96:8 Malahan hanya kepada Pemeliharanya kamu dikembalikan.
    96:9 Adakah kamu perhatikan kepada orang yang menegah.
    96:10 Seseorang hambanya dari melakukan kewajipanya.
    96:11 Adakah kamu perhatikan dia diatas petunjuk.
    96:12 Atau dia menyeru kepada keprihatinan.
    96:13 Adakah kamu perhatikan dia berdusta dan berpaling.
    96:14 Tidakkah dia mengetahui yang Allah melihat segalanya.
    96:15 Jika dia tidak berhenti pasti Kami menarik dari ubun-ubunya.
    96:16 Ubun-ubun pendusta yang melakukan kesalahan/dosa.
    96:17 Maka serulah kepada apa yang kamu menyeru selama ini.
    96:18 Kelak Kami menyeru baginya penjaga neraka.
    96:19 Malahan jangan kamu mentaati atau mematuhi atau mendekatinya.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  6. smbg..

    97:1 Sesungguhnya Kami yang menurunkan malam yang berkuasa.
    97:2 Adakah kamu tahu apakah dianya malam yang berkuasa.
    97:3 Itulah malam berkuasa yang terutama dari seribu bulan.
    97:4 Dan diturunkan para malaikatnya dan -ruuhu didalamnya dengan izin Pemelihara mereka bagi melaksanakan segala urusan.
    97:5 Salaamun sehingga kepada terbitnya fajar.

    98:1 Tidak akan bebas orang yang tidak percaya dari ahli kitab dan orang yang sekutu sehingga datang kepada mereka penjelasan.
    98:2 Seorang rasul Allah membacakan helaian naskah yang suci.
    98:3 Didalam catatan yang betul dan berkekalan.
    98:4 Dan tidak berpecah-belah orang yang diberi -lkitaaba setelah datang kepada mereka penjelasan.
    98:5 Dan tidak diperintahkan melainkan berkhidmat kepada Allah dengan ikhlas kepada -ddiina yang sejati dan melaksanakan kewajipanya dan menunaikan kemurnianya demikian itulah -ddiinu yang sebenar.
    98:6 Pastinya orang yang tidak percaya dari ahli kitab dan orang yang sekutu berkekalan didalam jahannama maka itulah seburuk-buruk mahluk.
    98:7 Malahan orang yang amanah dan yang beramal soleh maka mereka itulah sebaik-baik mahluk.
    98:8 Maka pembalasanya disisi Pemelihara mereka dengan syurga ‘adnin mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka berkekalan didalamnya dan Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Dia dan demikian itulah bagi orang yang takut kepada Pemelihara mereka.

    smbg..

    99:1 Apabila digegarkan bumi maka bergegaranlah dianya.
    99:2 Maka bumi pun mengeluarkan bebanan beratnya.
    99:3 Maka berkata manusia apakah dianya ini.
    99:4 Pada hari itu tuhadditsu menceritakan segalanya.
    99:5 Sesungguhnya Pemeliharamu yang mengilhamkan kepada kamu.
    99:6 Hari dikeluarkan manusia berasingan dan diperlihatkan amalan mereka.
    99:7 Maka sesiapa mengamalkan kebaikan seberat zarah pun diperlihatkan.
    99:8 Dan sesiapa mengamalkan keburukan seberat zarah pun diperlihatkan.
    Sekian.

    ReplyDelete