Saturday 10 September 2016

Tentera Gajah

Kedamaian Untuk Semua,

Perbincangan mengenai Ritual Haji dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya tidak akan lengkap tanpa menjengah sebuah surah yang dikenali sebagai Al-Fyl.

Berikut adalah terjemahan lengkap keterangan tersebut. Ia di ambil daripada sebuah laman sesawang yang dikenali sebagai Surah.My


A001
   
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? 
                            
A002
   
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? 
                            
A003
   
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,
                            
A004
   
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,                             
A005
   
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut. Saya kira elok kita selami dahulu sejarah di sebalik surah ini menurut Asbabul-Nuzul.

Perlu diingat bahawa di kebanyakkan masa, sejarah ditulis oleh pihak yang memenangi perang persepsi kala ianya ditulis.

Oleh yang demikian, kita perlu membawa diri kita kembali ke zaman ianya diterangkan iaitu sekitar kurun ke-6 dan ke-7 masihi untuk melihat siapakah yang memenangi peperangan persepsi dan ideologi di waktu itu.

Di ringkaskan cerita, di zaman itu terdapat dua kerajaan berketurunan Arab sedang berperang menguasai Semenanjung Hijaz (sekarang Arab Saudi) dan kawasan sekitarnya.

2 kerajaan ini dikenali sebagai Bani Abbasiyah iaitu sebuah kerajaan yang di sokong oleh Empayar Sassanid/Persia/Zoroaster dan Bani Umaiyah yang dipelopori oleh Muawiyah.

Semasa peperangan dan penaklukan untuk memenangi geo-politik, persepsi serta hati dan nurani masyarakat warga Hijaz ini Bani Hashim (keturunan Arab Quraisy Mekah) mempopularkan sebuah kisah mengenai kemenangan puak mereka mempertahankan bandar Mekah menentang sebuah kerajaan yang sangat kuat suatu ketika dahulu.

Kisah ini dipenuhi dengan jalan cerita magis. Berkemungkinan untuk menaikkan semangat pihak mereka.

Sejarah membuktikan Bani Hashim akhirnya menjadi sebahagian dari struktur Kerajaan Bani Abbasiyah yang pernah menguasai Semenanjung Hijaz untuk tempoh waktu yang agak lama.

Berikut adalah penerangan mereka mengenai sejarah di sebalik kisah AQ 105 - Surah Al-Fyl. Ia di abadikan di dalam Asbabul Nuzul (di ambil dari wikipedia Bahasa Melayu) :-

Menurut sejarawan Islam awal seperti Ibnu Ishaq, Abrahah yang merupakan Gabenor Yaman yang berasal dari Habsyah sekarang, membangunkan sebuah gereja yang besar di Sana'a yang dkenali sebagai "Al-Qulais", dengan tujuan memikat bangsa Arab jahiliah dari terus mengunjungi Kaabah di Makkah. Gereja ini menjadi terkenal dan Abrahah cuba memikat penziarah Kaabah untuk menziarahi gerejanya. Salah seorang anggota suku Quraisy sangat marah akan hal ini dan ia pergi ke Sana'a, dan seterusnya ke gereja tersebut pada malam hari dan mengotorinya.

Abrahah kemudian mengeluarkan perintah ekspedisi penyerangan terhadap Makkah, dipimpin oleh seekor gajah (ada kemungkinan juga terdapat gajah lain) untuk menghancurkan Kaabah. Beberapa suku Arab menghadang pasukan Abrahah, tetapi dapat dikalahkan.

Seketika tentera bergajah Abrahah berada dekat dengan Makkah, Abrahah mengirim utusan yang mengatakan kepada penduduk Kota Makkah bahawa mereka tidak akan bertempur dengan mereka jika mereka tidak menghalangi penghancuran Kaabah. Abdul Muthalib, kepala suku Quraisy, mengatakan bahawa ia akan mempertahankan hak-hak miliknya, tetapi Tuhan akan mempertahankan rumah-Nya yakni Kaabah, dan ia mundur ke luar kota dengan penduduk Mekkah yang lain.

Hari berikutnya, ketika Abrahah bersiap untuk masuk ke dalam kota Makkah, maka terlihatnya burung-burung (Ababil) yang membawa batu-batu kecil lagi berapi (diriwayatkan batu-batu itu berasal dari neraka jahannam) dan melemparkannya ke pasukan Abrahah; setiap orang yang terkena pasti terbunuh, yang lain lari dengan penuh rasa kecemasan dan Abrahah sendiri pun turut cedera parah dan mati akhirnya dalam peristiwa itu.

Peristiwa ini telah berlaku pada sekitar tahun 570-571 Masihi. Namun, tahun tersebut lebih dikenali sebagai Tahun Gajah. Peristiwa serangan tentera bergajah ini turut diceritakan Allah dalam al-Quran dalam Surah Al-Fiil.

Kisah ini amat signifikan di dalam theologi tradisional Islam kerana ia membuktikan betapa pentingnya bandar Mekah dan Kiub Hitam yang dikenali sebagai Ka'abah di dalam sistem agamanya.

Kesinambungan kisah ini tidak pernah terpadam dari semenjak ia di riwayatkan sehingga sekarang.

Sesiapa sahaja yang mahu diterima sebagai seorang yang beragama Islam perlu menerima kisah ini sebagai benar lalu menyerahkan diri mereka untuk tertakluk kepada Ritual Haji yang menjadi sebahagian dari Rukun Agamanya.

Dari sudut pandangan sejarah (asbabul nuzul) seperti di atas, terdapat suatu perkara besar yang di akui sendiri oleh penulisnya, iaitu ritual di bandar Mekah dan Kaabah di praktis oleh Arab Jahiliah. 

Ritual ini di akui sendiri oleh penulisnya sebagai amalan tatacara hidup Paganism (jahiliyah).

Saya belum pernah menemui penjelasan dari seorang pun bijak pandai agama Islam yang menerangkan dengan jelas mengapa Islam moden meneruskan tradisi Arab Pagan ini ?

Kesunyian penerangan ini begitu terasa. 

Kita seringkali membaca mengenai perbezaan ritual haji di antara Arab Pagan dan Islam moden sahaja tetapi tiada penerangan ditawarkan tentang mengapa ia diteruskan sedangkan terdapat pelbagai keterangan yang melarang menyamakan sesuatu dengan Tuhan.

Abrahah

Siapakah Abrahah ? Benarkah beliau pernah mengetuai kempen ketenteraan untuk menakluk bandar Mekah ?

Pentingkah Mekah sebagai sebuah pusat budaya, perdagangan dan ilmu pada waktu itu ?

Benarkah beliau gugur di dalam kempen itu ? Benarkah beliau memimpin angkatan tentera bergajah ?

Bolehkah gajah hidup di persekitaran padang pasir ?

Ini adalah persoalan-persoalan asas yang bermain di minda saya apabila membaca penerangan mengenai kisah ini.

Cabaran utama di dalam pencarian kebenaran mengenai kisah ini ialah untuk mencari fakta-fakta yang tidak ditokok tambah.

Fakta sejarah sangat berbeza dengan fakta sains.

Fakta sains adalah sangat relevan tidak kira zaman. Ini adalah kerana ia boleh di kaji oleh sesiapa sahaja untuk membuktikan kesahihannya.

Sains mengatakan bahawa satu tahun mempunyai 365 dan suku hari. Jika kita meragui fakta ini kita boleh sahaja membuat observation secara sendiri-sendiri. 

Fakta sejarah pula berkemungkinan mati bersama-sama dengan bukti ketamadunannya. Ia boleh jadi dimusnahkan melalui malapetaka semulajadi atau oleh kerajaan lawan yang menakluk ketamadunan itu.

Yang tinggal adalah nota yang di ambil oleh ilmuwan ketamadunan tersebut. Jika ilmuwan ini tidak mempraktis disiplin ilmu yang tinggi beliau boleh sahaja menokok tambah cerita. 

Maka siapakah Abrahah ?
Abrahah adalah seorang Jeneral dari Saba atau Habsyah (sekarang Ethiopia). Pada zaman itu, Ethiopia adalah sebuah kerajaan besar dan gagah.

Kerajaan ini meliputi sehingga ke Hadramawt (sekarang Yemen). Ratu Balqisy yang namanya tertulis di dalam Al Quran juga berasal dari sini.

Baru-baru ini sebuah tinggalan sejarah di jumpai di selatan Semenanjung Arab, Anda boleh melayari laman sesawang Muzium terbesar dunia iaitu Smithsonian Natural Museum of Natural History di bawal tajuk Written In Stone : Pre Islamic Period Inscriptions - Sabaean

Transkripsi ini adalah mengenai kempen ketenteraan Jeneral Abrahah. Berikut adalah transkripsi penuh yang di tulis di atas batu.

fig04 color


Transcription:

"bi khayl Rahmanan wa masyha malikan Abraha Zybman malik Saba' wa Zuraydan wa Hadramut wa Yement wa r'a rab hamw twadam wa thamat satro zn satran k'ghazow ma'ndam ghazwatn rab'atan b'warkhan Zthbatan Kafa saadu kl bani amrm wa zaki malikn abjabar b ainam kadat wain w basharm bin hasahanm bainm san dam wa mardam wa hadaru qadami jayshan alia bani yamram kadat wail bi wad samrakh wa mardam wa sadam bi wad bi manhaj tarban wa zabahow wa sarw wa ghanamw zaisam wa makhdah malakin bi Halban wa dawn ka zalam maidam wrahanw wa badanahaw nwa sa'aham mw Amram Bin Mazran wa rahanamw bin haw wa sata khalafw ala ma'dam wa qafalw bin hal ( bi)n bi akhayal Rahmanan wa rakhaw zalan salthany w sathya ws."

Translation:

"With the power of the Almighty, and His Messiah King Abraha Zeebman, the King of Saba'a, Zuridan, and Hadrmaut and Yemen and the tribes (on) the mountains and the coast wrote these lines on his battle against the tribe of Ma'ad (in) the battle of al-Rabiya in the month of "Dhu al Thabithan" and fought all of Bani A'amir and appointed the King Abi Jabar with Kinda and Al, Bishar bin Hasan with Sa'ad, Murad, and Hadarmaut in front of the army against Bani Amir of Kinda. and Al in Zu Markh valley and Murad and Sa'ad in Manha valley on the way to Turban and killed and captured and took the booty in large quantities and the King and fought at Halban and reached Ma'ad and took booty and prisoners, and after that, conquered Omro bin al-Munzir. (Abrha) appointed the son (of Omro) as the ruler and returned from Hal Ban (Halban) with the power of the Almighty in the month of Zu A'allan in the year sixty-two and six hundred."

Bolehkah anda mencari perkataan gajah berada di mana-mana transkripsi tersebut ?

Transkripsi ini adalah bukti paling jelas bahawa Abrahah tidak pernah mempunyai binatang gajah di dalam ketumbukan ketenteraannya. Jika tidak ia pasti sudah ditulis kerana gajah bukanlah binatang yang mudah dijumpai di tanah Arab.

Mungkin di tempat asal beliau iaitu Ethiopia di benua Afrika, gajah mudah dijumpai, tetapi membawa gajah ini merentasi padang pasir arab untuk menakluk hadramawt di selatan Semenanjung Arab kemudian membawanya pula ke arah utara menuju bandar Mekah adalah agak mustahil.

Kita boleh perhatikan sendiri tabiat gajah di negara ini. Gajah memerlukan bertan-tan makanan untuk hidup mereka juga memerlukan lumpur untuk menghilangkan kepanasan badan. Bolehkah lumpur dijumpai di padang pasir ?

Selain daripada itu, berdasarkan transkripsi di atas, bolehkah anda menjumpai perkataan Makkah.

Kita perlu akui bahawa di zaman ini bandar Mekah adalah antara bandar terpenting dunia. Namun, saya fikir di zaman Abrahah tiada siapa pun mempedulikan bandar ini kerana lokasinya yang berada agak jauh dari laut dan juga ketiadaan sungai untuk di hubungi oleh warga dunia.

Oleh yang demikian, saya membuat kesimpulan bahawa Surah 105 Al-Fyl berkemungkinan besar menerangkan kisah lain yang berlaku di zaman yang berbeza.

Persoalannya kisah siapakah yang diterangkan oleh Surah itu.

Al-Fyl

Sebenarnya saya mengambil keputusan untuk menulis artikel ini kerana seorang pembaca menghantar e-mel memohon saya mengupas Surah ini.

Sejujurnya, sebelum ini saya tidak pernah mencari apa-apa bahan mengenai surah ini. Memandangkan ia berkaitan dengan Ritual Haji maka saya tertarik untuk mendalaminya.

Sebaik sahaja saya menerima e-mel tersebut, saya melihat kembali keterangan Surah Al-Fyl dengan sedikit teliti seperti yang di arahkan oleh Al Quran sendiri.

Di keterangan pertama Surah tersebut saya dapati satu perkataan arab yang diterjemahkan dengan makna yang sangat berbeza dengan akar kata perkataan itu.

Berikut adalah keterangan tersebut ;

A001

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? AQ 105:3

Perhatikan sebelum perkataan al fyli (dari akar kata fa-ya-lam yang membawa maksud gajah) terdapat perkataan ini bi-as-ha-bi.

Perkataan ini diterjemah sebagai tentera di dalam kebanyakkan terjemahan Bahasa Melayu sedangkan perkataan ini berasal dari akar kata sod-ha-ba yang membawa maksud sahabat atau companion.


Ini adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab di dalam disiplin keilmuan.

Mengambil perkataan sahabat/companion sebagai kunci pencarian untuk mengupas Surah ini maka kini kita perlu kembali memerhatikan Al Quran dalam konteks keseluruhannya.

Al Quran seringkali meminta kita mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa dua ketamadunan di sepanjang sejarah dunia.

Dua ketamadunan ini sangat rapat dengan sejarah bangsa Arab itu sendiri iaitu ketamadunan kaum 'Aad dan Thamud.

A006

"Tidakkah kamu lihat bagaimana Pemelihara kamu buat terhadap Ad " AQ 89:6

A007

"Iram dengan tiang-tiang tinggi" AQ 89:7

A008

"Yang serupa dengan apa yang belum pernah dicipta di negeri-negeri" AQ 89:8

A009

"Dan Tsamud, yang menebuk batu-batu di lembah" AQ 89:9

Keterangan-keterangan ini menjelaskan bahawa kota Thamud mewarisi ketamadunan Kaum 'Aad. Ia mempunyai ciri-ciri kota yang serupa iaitu diperbuat dari gunung-gunung yang ditebuk.

Kota ini telah lama hilang dari pandangan mata.

Namun, Al Quran memberitahu melalui keterangan ini bahawa tinggalan tempat-tempat ini masih wujud sehingga kini;

A038

"Dan Ad, dan Tsamud - telah jadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan halangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas AQ 29:38

Pada tahun 1921, ahli Arkeologi menemui sebuah tingalan sejarah yang sangat besar bersebelahan dengan kota Petra di Jordan.

Tinggalan ini mempunyai tiang-tiang besar yang di ukir dengan motif ini.

Elephant-headed capital, limestone, Petra. Found in the triple colonnades of the Lower Tenemos (sacred district). The decoration from top to bottom consists of a plain band, egg and dart motif, and the cornice with a plain band with tripartite molding in a double wave. The corner decoration is an elephant head with fan-shaped ears.…Beneath the heads is an acanthus leaf extending downwards….On the sides and resting on the elephant’s forehead is an incurving scroll with floral motifs (from the label "Elephant-headed Capitals" in the Archaeological Museum, Petra) (photo: Guillaume Baviere, CC BY 2.0)


Tamadun Barat mengenali kedua-dua ketamadunan ini sebagai Nabatean. Menurut Wikipedia ibu negeri ketamadunan ini ialah Raqmu kini dikenali sebagai Petra.

Saya mengesyaki bahawa tinggalan sejarah bersebelahan Petra inilah Iram yang diceritakan di dalam AQ 89:7

Kesimpulan

Berdasarkan kepada bukti-bukti yang tertera di atas, secara peribadi saya membuat kesimpulan bahawa Surah Al-Fyl AQ 105 adalah kisah kaum 'Aad dan Thamud.

Menurut, perspektif Al Quran kedua-dua ketamadunan ini musnah kerana mereka tidak mahu membuang tatacara hidup mereka yang korup.

Apabila utusan-utusan di hantar ke tempat-tempat ini untuk membuat tramsformasi/reformasi ke suatu sistem yang lebih baik mereka menolak iltizam/kesungguhan (solla) utusan-utusan itu.

Di zaman silam burung dilatih menjadi pengutus surat dan berita. Oleh yang demikian utusan-utusan (messenger) ini di gambarkan seperti burung-burung di keterangan ini ;

A003

"Dan Dia utus kepada mereka burung-burung berduyun-duyun" AQ 105:3

Allah Al-A'lam

# Saya akui penyelidikan di artikel ini jauh dari lengkap. Ia hanyalah berdasarkan dari fakta dan data yang di dapati dari Internet sahaja. Untuk mencari data yang lebih sahih ia memerlukan kajian dari pakar sejarah.

Ashwed

21 comments:

  1. Salam ashwed! n to readers of this blog n those who posses Dictionary of the Holy Qur'an pse ref to page 549 - 551 for the words as follows; Naba'a / Nabata / Nabadha / Nabaza / Nabata / Naba'a / Nataqa... sendiri buat semakan sendiri faham lea! Selamat, Aman dan Sejahtera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud tuan?

      Delete
    2. Bagi lebih memahami sila baca balik "Muhammad Bukan Nabi" dan yang sewaktu denganya.Fahamkan dgn sebenar2 apa yg dimaksudkan dengan kata2 diatas ie 'nabi' yg digambarkn oleh kefahaman org melayu totally diffrent dari yg Al Qur'an maksudkan.

      Delete
    3. Salam tuan, cer baca ni :

      What of the ‘People of the Elephant’

      “Have you not seen what your Lord did to the people of the elephant? Did He not cause their schemes to go astray? And He sent upon them formations of birds in flight. Striking them with fiery projectiles. Until He turned them like devoured hay.” (Qur'an 105:1-5)

      The Mecca propagandists have attributed he above verses to their religious town claiming that God, before the birth of Mohammed, sent birds to destroy the elephant army of Abraha, who had journeyed all the way from Africa (Habasha) to destroy the temple at Mecca since it was competing with his call for an organized religion.

      However, upon closer examination of the verses, it appear that the people who are being referred to as ‘people of the elephant’ are none other than the people of Lot who were identified in the Scripture as being destroyed by ‘fiery projectiles’:

      “Have you not seen what your Lord did to the people of the elephant? Did He not cause their schemes to go astray? And He sent upon them formations of birds in flight. Striking them with fiery projectiles. Until He turned them like devoured hay.” (Qur'an 105:1-5)

      “They said: ‘O Lot, we are your Lord’s messengers; they will not be able to harm you, so travel with your family during the cover of the night and let not any of you look back except for your wife, she will be afflicted with what they will be afflicted. Their appointed time will be the morning. Is the morning not near?’ So when Our command came, We turned it upside down, and We rained on it with hardened fiery projectiles.” (Qur'an11:81-82)

      “Thus We turned it upside down, and rained upon them with fiery projectiles.” (Qur'an 15:74)

      Such understanding perfectly matches the view that the city of Lot was the original `Mecca` mentioned in the Quran as being defiant to the prophet and his campaign.

      Source : http://www.free-minds.org/where-was-mohammed

      Cer baca ni as well :

      Unlike the historical sites found in Saudi Arabia, you can visit the ruins of the “five cities of the plain” in Israel. The ashen ruins of what is believed to be the city of ancient Gomorrah is the best preserved site. It is located at the foot of Masada, the well-known mountaintop fortress of King Herod where nearly 1,000 Jewish patriots took their own lives rather than submit to the tyranny of Rome.

      As you drive into Masada from the main road that goes along the Dead Sea, you will notice a large parking lot on the right hand side. Going to the north it is an easy walk to the most striking ruin that stood out above the rest of the city. A large man-made sphinx-like object was apparently set up near the city gates for protection from their enemies. Now it stands there, its ashen remains giving testimony that the pagan idol was powerless against the destructive fires that descended upon the community.

      I was quite surprised, when I visited the site, that a pocket knife could easily penetrate the layers of white ash. The material is easily broken off and crumbles in your fingers. As it is rubbed between your fingers it turns into a fine talc-like powder. One cannot help but wonder what kind of fire it would take to turn solid rock into crumbling ash.

      P9-Pellets

      In some areas of the ancient city there are numerous golf ball sized sulfur pellets. Some of them are encased in a hard shell which was the resulting of burning. The sulfur tablets have been tested and consist of 98% pure sulfur and a trace of magnesium which would have burned extremely hot. The samples I collected would burst into an immediate toxic flame when touched with a match. If you visit the site just after a rain storm you will find the brimstone pellets on the flat tops of the ruins. It would appear that a torrential rainstorm of burning sulfur tell upon these ancient cities.

      Source : https://christiansareus.com/2014/09/11/lost-cities-of-sodom-and-gomorrah/

      Wallahhuaklam...

      Delete
    4. Ive read the above articles..give me goose bumps..

      Delete
  2. Salam samsara ashwed. Perkataan " alam Tara" =tidak kah kau nampak. Jadi pertanyaan out di tujukan pada penerima AQ bermakna di tujukan pada Nabi. Jadi Nabi mungkin sudah ada ketika itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan 'Alam Tara...." = tidakkah kau nampak?

      Quran Inspector - Have you noted
      Sahih Internation - Have you not considered
      Shakir - have you not considered..

      Delete
  3. salam ashwed,

    Tâirun : Flying thing; Bad omen; Bird; Action. Insect; One who soars with the higher (spiritual) regions and is not bent low upon earthly things. Arab proverbs and poetry bear witness to bird being spoken of as attending a victorious army to feed upon the corpses of the enemy left on the battlefield. It also means thases (cavalry), swift animals, company of men, a person who is sharp and quick, cause of good or evil, action of a person - good or bad.

    Abâbîl  Flocks (of birds or camels); Swarms; Bevies; Flock after flock; Company in a state of disposition or dispersed; Flocks following one another; Birds in companies from this or that quarter.

    pendapat saya, keterangan surah al-fyl ini bukanlah merujuk kepada burung yang menyerang tentera gajah ini tetapi lebih kepada sepasukan tentera yang mempunyai kelengkapan cavalry dan siege weapon.

    ReplyDelete
  4. Quran ni sebenarnya adalah kumpulan dari kitab2 terdahulu darinya dan cerita2 yg terjadi sebelumnya. Asalnya pun bukan seperti yg kita dapati skarang iaitu bentuk kitab tapi berbentuk cebisan2 kertas, kulit dan sebagainya. Dengan kata lain Quran juga adalah rekaan manusia.

    Jadi tak perlulah taksub sangat dgn Quran ni. Cukuplah sekadar pembacaan utk pengetahuan.

    Ahli sufi ada berkata Kitab Quran itu adalah "Quran mati" sbb cerita2 adalh berkenaan kisah dan waktu zaman itu. Yang lebih baik kata mereka adalah membaca dan kaji "Quran hidup" iaitu diri sendiri yang sedang melalui hari2 hidup dalam alam ini.

    Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya agak kurang setuju. Di dalam Quran itu sendiri sentiasa merujuk kepada kitab Al Quran sebagai Quran. Secara lojiknya sekiranya diturunkan berperingkat di dalam bentuk cebisan kertas dan kulit sudah tentu rujukan akan dibuat oleh Allah kepada surah dan suhuf.
      Quran itu 'mati' apabila kita membacanya sebagai buku sejarah, yg ditujukan kepada manusia terdahulu dan bukannya mengambil pengajaran dari sejarah-sejarah yang diceritakan.

      Delete
    2. Yes! you're on-the-spot Politicalamity9,to clarify other readers pls ref to Surah 55 - Ar Rahman 1-13 and Surah Al Alaq 1-19 and why 55:13 rapeated 31x as follows;

      55:1 Yang Pemurah.
      55:2 Yang mengajar -lqur-aana.
      55:3 Dia yang mencipta manusia.
      55:4 Dan Dia yang mengajar keteranganya.
      55:5 Matahari dan bulan Dia yang menghitungnya.
      55:6 Dan sekelian planet dan pepohon mematuhi perintah Dia.
      55:7 Dan langit ditinggikan dan diletakkan pengimbang.
      55:8 Jangan kamu melampaui dalam timbangan.
      55:9 Maka tegakkan timbangan dengan adil dan jangan dikurangkan.
      55:10 Dan bumi dibentangkan bagi sekelian mahluk.
      55:11 Didalamnya buah-buahan dan pepohon palma yang bermayang.
      55:12 Dan biji benih yang berkulit keras dan harum baunya.
      55:13 Maka nikmat kemewahan Pemeliharamu yang manakah kamu berdua hendak mendustakanya.

      96:1 Bacalah dengan nama Pemeliharamu yang mencipta.
      96:2 Mencipta manusia dari dadih darah.
      96:3 Bacalah demi Pemeliharamu yang mulia.
      96:4 Yang mengajar dengan pena.
      96:5 Dia mengajar apa yang manusia tidak mengetahuinya.
      96:6 Tidak sesekali! malahan manusia sememangnya angkuh.
      96:7 Kerana melihat dirinya sudah cukup sempurna.
      96:8 Malahan hanya kepada Pemeliharanya kamu dikembalikan.
      96:9 Adakah kamu perhatikan kepada orang yang menegah.
      96:10 Seseorang hambanya dari melakukan kewajipanya.
      96:11 Adakah kamu perhatikan dia diatas petunjuk.
      96:12 Atau dia menyeru kepada keprihatinan.
      96:13 Adakah kamu perhatikan dia berdusta dan berpaling.
      96:14 Tidakkah dia mengetahui yang Allah melihat segalanya.
      96:15 Jika dia tidak berhenti pasti Kami menarik dari ubun-ubunya.
      96:16 Ubun-ubun pendusta yang melakukan kesalahan/dosa.
      96:17 Maka serulah kepada apa yang kamu menyeru selama ini.
      96:18 Kelak Kami menyeru baginya penjaga neraka.
      96:19 Malahan jangan kamu mentaati atau mematuhi atau mendekatinya.

      Sekian, salamunalaikum!

      Delete
    3. salam,

      saya tak tahu pulak ada quran mati dan hidup. quran itu sendiri adalah bermaksud bacaan. jadi bagaimana ada bacaan yang hidup dan mati?

      mohon penjelasan.

      Delete
    4. Yang dimaksudkan Quran Mati itu adalah kandungannya yang tetap begitu dan tidak boleh lagi diubah. Maka matilah ia kerana statik sahaja. Cuma pemahaman dlm pembacaan sahaja yang bertingkat2 dan berubah2.

      Quran Hidup pula adalah diri kita sendiri iaitu kita sendiri mencatat setiap gerak lakuan. Kita sendiri membina dan lalui kisah2 hidup sendiri. Malah Tuhan sendiri bukan hanya berkata pada kitab Quran saja tapi setiap masa dan saat dlm hidup kita. Kita saja yg tak perasan dan kenali. Jika tidak maka Tuhan itu lemah dan mati.

      Surah 55:2 Yang mengajar Quran.. soalnya apa itu Quran?. Surah 96..Bacalah.. baca apa? Ajar dgn pena.. dan ajar apa yang manusia tidak ketahui.. bagaimana Dia mengajar?. Ada ke Tuhan ajar buat roti dalam kitab Quran?.. inilah persoalannya.

      Kita lahir2 saja ke dunia ni terus menangis.. Lepas tu bagi susu.. siapa ajar?.. kemudian membesar, meniarap, merangkak, berjalan, berlari dan seterusnya.. adakah melalui kitab Quran?

      Fikirlah bagaimana bangsa Jepun yg tak penah baca kitab Quran tapi boleh menjadi bangsa berjaya. Adakah Tuhan yg menjadikan mereka Tuhan yang lain dari Tuhan yg Esa? Siapa yang mengajar mereka sehingga berjaya?

      Inilah yang dimaksudkan dgn Quran hidup yang sentiasa beriltizam. Hanya yang solat (beriltizam) sahaja yang berjaya.. Ingat!!?

      Alam

      Delete
    5. Assalamualaikum
      Kenapa nak rumit kan Quran? Quran tu sendiri maksudnya "recite". Ia merupakan bahan bacaan.
      Dan kita tau yang Quran tu "kalamullah" atau pertuturan Allah yang diturunkan melalui Rasulullah.
      Muslim mengimani ini.

      Surah Iqra; ayat 1 hingga 5 adalah anjuran untuk membaca, apa sahaja yang berfaedah. Bukan hanya Quran. Dan bila kita mendapat kefahaman dari pembacaan tu, ia merupakan nikmat Allah yang mana Allah yang mengajar kita melalui kefahaman yang kita peroleh.
      Ini membawa kita kepada Sunnatullah atau hukum peraturan Allah.
      Orang Jepun walau pun tak pernah baca Quran boleh Succes because depa ikut Sunnatullah iaitu depa rajin berusaha dan menelaah ilmu (melalui pembacaan mahupun kaedah saintifik lain).
      Quran banyak ayat nasihat dan tip2 untuk berjaya. Certain things adalah common sense dan logika akal yang di affirm dalam Quran. Malah Quran sendiri minta manusia guna akal. That's it.
      Muslim dahulu faham dan amal Quran. Depa explore ilmu Yunani, Greek, Farsi dan Indus tanpa prejudis. Depa baca tulisan tanadun2 ini dan depa amalkan musyawarah ilmu.
      Cuma kini, Muslim dah tinggalkan Quran...

      Delete
    6. Assalamualaikum
      Kenapa nak rumit kan Quran? Quran tu sendiri maksudnya "recite". Ia merupakan bahan bacaan.
      Dan kita tau yang Quran tu "kalamullah" atau pertuturan Allah yang diturunkan melalui Rasulullah.
      Muslim mengimani ini.

      Surah Iqra; ayat 1 hingga 5 adalah anjuran untuk membaca, apa sahaja yang berfaedah. Bukan hanya Quran. Dan bila kita mendapat kefahaman dari pembacaan tu, ia merupakan nikmat Allah yang mana Allah yang mengajar kita melalui kefahaman yang kita peroleh.
      Ini membawa kita kepada Sunnatullah atau hukum peraturan Allah.
      Orang Jepun walau pun tak pernah baca Quran boleh Succes because depa ikut Sunnatullah iaitu depa rajin berusaha dan menelaah ilmu (melalui pembacaan mahupun kaedah saintifik lain).
      Quran banyak ayat nasihat dan tip2 untuk berjaya. Certain things adalah common sense dan logika akal yang di affirm dalam Quran. Malah Quran sendiri minta manusia guna akal. That's it.
      Muslim dahulu faham dan amal Quran. Depa explore ilmu Yunani, Greek, Farsi dan Indus tanpa prejudis. Depa baca tulisan tanadun2 ini dan depa amalkan musyawarah ilmu.
      Cuma kini, Muslim dah tinggalkan Quran...

      Delete
    7. Assalamualaikum
      Kenapa nak rumit kan Quran? Quran tu sendiri maksudnya "recite". Ia merupakan bahan bacaan.
      Dan kita tau yang Quran tu "kalamullah" atau pertuturan Allah yang diturunkan melalui Rasulullah.
      Muslim mengimani ini.

      Surah Iqra; ayat 1 hingga 5 adalah anjuran untuk membaca, apa sahaja yang berfaedah. Bukan hanya Quran. Dan bila kita mendapat kefahaman dari pembacaan tu, ia merupakan nikmat Allah yang mana Allah yang mengajar kita melalui kefahaman yang kita peroleh.
      Ini membawa kita kepada Sunnatullah atau hukum peraturan Allah.
      Orang Jepun walau pun tak pernah baca Quran boleh Succes because depa ikut Sunnatullah iaitu depa rajin berusaha dan menelaah ilmu (melalui pembacaan mahupun kaedah saintifik lain).
      Quran banyak ayat nasihat dan tip2 untuk berjaya. Certain things adalah common sense dan logika akal yang di affirm dalam Quran. Malah Quran sendiri minta manusia guna akal. That's it.
      Muslim dahulu faham dan amal Quran. Depa explore ilmu Yunani, Greek, Farsi dan Indus tanpa prejudis. Depa baca tulisan tanadun2 ini dan depa amalkan musyawarah ilmu.
      Cuma kini, Muslim dah tinggalkan Quran...

      Delete
  5. Ya! tembakkan anda tepat pada "sasaran" Mohd Pahlavi Zak! Saya tersentak dgn Surah Iqra' ini 25-thn lalu ie since 1990's til now!! Memang pun! semakin kita 'mendalami' Al Quran, semakin 'berkesan' hidup yang kita tempohi.....

    ReplyDelete
  6. Salamun Alaikum,

    Terus terang saya katakan saya tidak mampu untuk mengalih bahasa secara total maklumat-maklumat dari penulis yang menulis menggunakan English medium. Namun saya mahu minta pertolongan dari Sdr Ashwed untuk 'tanslate' Buku QURAN GEOGHRAPHY ke dalam Bahasa Malaysia kerana banyak perkara ketidakbertanggungjawaban oleh penguasa-penguasa Agama boleh dibongkar dari buku ini oleh mereka yang mahir dalam Bahasa Inggeris.

    Allah di Sanjung!

    Pro Qur'an....Pro Bacaan.

    ReplyDelete
  7. I have read Quranic Geo by Dan Gibson. The archeological evidence he presents is astonishing (to me at least). I did some simple GoogleEarth trajectory on some early mosque (within 100 years after Hijra) that he mentioned and found that they do not point to Mecca as we now know. For example, the Aqsa mosque points here - 30°19'42.40"N 35°26'39.58"E. I now have millions of questions about the Haj ritual as it is today

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think you should read this blog from the very beginning and not skip any article. InsyaAllah...you will find wht you are looking for.

      Delete
    2. read this as well:
      Source : http://www.free-minds.org/where-was-mohammed

      Delete