Tuesday 6 September 2016

Hari Tasyrik

Kedamaian Untuk Semua,

Tidak berapa lama dahulu saya ada berjanji untuk menjawab satu soalan dari seorang pembaca. Di antara isi pertanyaan beliau ialah mengenai ritual haji dan di manakah silap kita ?

Malangnya, saya tidak dapat mencari pertanyaan sebenar pembaca ini untuk dikongsi bersama di blog. Saya hanya dapat mengingati isi kandungan pertanyaan beliau sahaja.

Pada artikel kali ini, bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang akan di sambut oleh masyarakat kita tidak lama lagi, izinkan saya menjawab pertanyaan pembaca tersebut secara ringkas.

Oleh kerana saya sudah menerangkan mengenai ritual haji dan ritual korban di beberapa artikel terdahulu maka untuk artikel kali ini saya akan menumpukan kepada salah satu sisi ritual haji iaitu Hari Tasyrik.

Menurut wikipedia apa yang dimaksudkan dengan Hari Tasyrik adalah seperti berikut :-

Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepada syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib tersebut.

Syirik

Sebelum saya menerangkan apakah maksud tasyrik menurut kajian etymology, izinkan saya menerangkan serba ringkas apakah yang dimaksudkan dengan syirik menurut perspektif Al Quran.

Syirik di dirikan dari 3 abjad syim-ro-kaf yang membentuk akar kata syaraka. Ia membawa maksud berkongsi, bersekutu atau partner/associate.

Perkataan Melayu moden yang paling baik menerangkan maksud syaraka ialah syarikat

Syarikat di dalam konsep di Malaysia ini membawa maksud perkongsian dua atau lebih individu untuk membentuk sebuah entiti perniagaan.

Syarikat sangat berbeza dengan sole proprietorship atau milikan tunggal kerana di dalam sesebuah syarikat apa-apa keputusan yang mahu dibuat mesti melalui sebuah mesyuarat lembaga pengarah yang mempunyai keahlian lebih dari seorang.

Oleh kerana keanggotaan ahli lembaga pengarah tidak boleh tunggal maka ada kemungkinan sesuatu cadangan itu tidak mendapat keputusan sebulat suara. 

Adakalanya, sesuatu cadangan yang baik berkemungkinan ditolak. Ini adalah kerana ahli lembaga pengarah adalah terdiri dari individu yang pastinya mempunya pandangan yang berbeza. 

Sementara, di dalam sesebuah set-up milikan tunggal semua keputusan dibuat oleh seorang individu sahaja. Individu ini bertanggungjawab penuh di atas apa jua keputusan yang dibuatnya sendiri.

Dari pandangan perniagaan, sesebuah syarikat dan milikan tunggal masing-masing mempunyai kelebihan dan keburukannya yang tersendiri.

Apakah perspektif Al Quran mengenai perbuatan syaraka atau syirik ?

Mari kita sama-sama mendalami keterangan ini ;

 A065

"Telah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum kamu, "Jika kamu sekutukan (asy-ra-kat), amalan kamu akan jadi sia-sia, dan kamu jadi antara orang-orang yang rugi" AQ 39:65


Bagi saya kata kunci yang paling utama di dalam keterangan ini adalah wahyu (wahi/inspiration) dan sekutukan (asy-ra-kat).

Ramai yang berpendapat bahawa wahyu adalah suatu jenis hubungan mesej yang formal daripada Tuhan kepada para Nabi dan Rasulnya.  

Mereka mengatakan semasa wahyu dari Tuhan turun kepada para Nabi terdapat suatu fenomena luarbiasa mengiringi penurunan itu.

Namun, Al Quran berpendapat yang sebaliknya ;

A112

"Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" AQ 6:112

Keterangan di atas menjelaskan bahawa wahi atau wahyu boleh sahaja dicetuskan sesama manusia, sahabat handai atau mungkin dicetuskan oleh orang lain menerusi penulisan, kata-kata, lagu, filem, seni, budaya dan pelbagai sumber lagi.

Dengan fakta ini maka sekali lagi Al Quran membuktikan bahawa peristiwa besar di dalam tradisi Islam Arab iaitu "Malaikat Djibril" memeluk Nabi Terakhir di Gua Hira' sebagai perantara mesej di antara Tuhan dan manusia adalah suatu perkara yang diada-adakan.

Mula-mula orang Arab ajar kita bahawa Tuhan Maha Berkuasa, menguasai timur dan barat tiba-tiba Tuhan yang Maha Berkuasa ini memerlukan perantara untuk menyampaikan mesej kepada makhluk ciptaanNya sendiri ? 

Inilah suatu bentuk paradoks yang sudah terlalu lama masyarakat kita biarkan tanpa sekelumit pun persoalan dari pihak kita. 

Menurut AQ 39:65, keterangan ini menjelaskan bahawa perkara yang disekutukan ialah wahyu. Wahyu di dirikan dengan abjad waw-kho-ya yang membawa maksud inspirasi.

Oleh itu, mesej di dalam keterangan ini ialah jika kita melakukan syirik/associate/partner/sekutu terhadap wahyu/inspirasi/idea asal maka amalan iaitu kerja-kerja kita akan menjadi sia-sia.

Kenapa ia menjadi sia-sia ? Jawapannya adalah sangat jelas iaitu jika kita menerima arahan dari dua sumber yang bertentangan maka pastilah kehidupan kita menjadi tidak tentu arah ke hulu tidak ke hilir pun tidak. 

Menurut AQ 39:65 lagi, orang yang sebegini adalah orang-orang yang rugi kerana pengakhirannya (akhirati) dia tidak mencapai apa-apa pun di dalam kehidupan ini. Yang ditunggu tak kunjung tiba yang dikendong keciciran.

Inilah yang terjadi kepada ramai ahli masyarakat kita akibat menerima arahan dari dua sumber. 

Saya rasa para pembaca sudah dapat mengagak apakah dia dua sumber yang dimaksudkan.

Satu sumber kata tatacara hidup yang diredhai ialah kedamaian. Inilah cara hidup mereka yang berjaya. Satu sumber lagi kata yang sebaliknya, perlu berjihad membunuh manusia lain yang tidak sealiran dengan pemikiran kita, baru boleh berjaya dan mencapai kedamaian.

Satu sumber kata tiada siapa tahu apa yang terjadi di masa hadapan, ini di akui sendiri oleh Nabi Terakhir sendiri di dalam AQ 46:9. Satu sumber lagi menyatakan Nabi Terakhir ini tahu dengan terperinci apakah yang akan terjadi di "akhir zaman".

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan maksud perkataan syirik yang saya utarakan. 

Kita mungkin lebih menerima konsep syirik sebagai perbuatan mempersekutukan Tuhan. 

Apakah benar ianya sedemikian ?

Adakah kita merasakan Dia Yang Maha Berkuasa ini tiba-tiba menjadi lemah apabila manusia mempersekutukanNya dengan batu ?

Adakah Tuhan yang Maha Menguasai segala-galanya ini mempunyai perasaan marah atau merasa terhina dengan akidah seseorang yang tidak selari dengan kehendakNya ?

Saya berpendapat sebagai sesuatu Yang Maha Berkuasa mencipta dan memusnahkan dan memulakan segala-galanya pasti sudah lama kita dimusnahkan jika Dia mengkehendaki sebegitu.

Fakta bahawa spesis manusia masih belum pupus menunjukkan bahawa kita bukanlah saingan Tuhan.

Sebenarnya, kitalah yang memusnahkan diri sendiri apabila kita membelakangkan saranan-saranan Tuhan di dalam menjalani kehidupan yang mengikut Undang-Undang ciptaanNya.

Kita tidak lagi menjadi semulajadi apabila menerima arahan dari satu sumber lain. Arahan-arahan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan Undang-Undang ciptaanNya (sunnatullah).

Kita kini seolah-olah mempunyai dua tuhan yang memberi arahan yang berbeza untuk kita abdikan diri kepadanya.

A051

"Allah berkata, "Janganlah ambil untuk kamu dua tuhan. Dia hanyalah Tuhan Yang Satu; maka kepada-Ku-lah kamu berasa gerun." AQ 16:51


Tuhan Yang Satu ini menyarankan supaya kita mendengar dan mematuhi segala nasihatNya yang hanya boleh di dapati melalui Al Quran.

Mengapakah kita masih mahu syirik (mempersekutukan) nasihat ini ?

Tasyrik

Apa kena mengena Hari Tasyrik dengan syirik ?

Untuk pengetahuan para pembaca baharu. Al Quran ditulis dengan jaringan perkataan yang membentuk keseluruhan isikandungnya. 

Setiap patah perkataannya pula di dirikan dengan gabungan dua atau lebih abjad yang membentuk satu makna yang tersendiri.

Untuk membaca dan memahami Al Quran dengan konsisten, makna akar kata ini perlu difahami dengan maksud dan konsep yang konsisten. 

Dengan cara ini sahajalah baharu mesej asal Al Quran itu dapat di hayati sepenuhnya.

Sebagai contoh di keterangan ini Al Quran menggunakan abjad ain-ba-dal yang membentuk perkataan abdi ;

A056

"Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mengabdi kepadaKu (li-yak-budu-ni)" AQ 51:56

Di keterangan-keterangan yang lain akar kata ini kadang-kadang di tambah dengan prefix atau suffix bergantung kepada penggunaan ayat.

Namun, hakikatnya makna asal perkataan abdi itu tidak boleh digantikan dengan maksud yang sama sekali lain.

Jika kata terjemahan di ganti dengan makna yang lain maka kita sebagai pembaca perlu menggantinya dengan makna asal.

Sebagai contoh, di keterangan ini, perkataan dari akar kata yang sama muncul iaitu ain-ba-dal, tetapi makna terjemahannya secara tiba-tiba berubah menjadi suatu konsep yang sangat lain iaitu menyembah.

A056

"Engkau sahaja kami sembah (nak-bu-du), dan kepada Engkau sahaja kami mohon pertolongan" AQ 1:5

Perkara sebegini menjadikan mesej Al Quran tidak dapat dihayati. Seolah-olah Al Quran ternampak seperti tidak konsisten. Sekejap kata A, di tempat yang lain pula kata B.

Berdasarkan pendekatan ini, maka hari ini mari kita cuba bongkar apakah makna perkataan-perkataan arab ini ;
   
Perkataan               Akar Kata            Maksud

Syirik                   Syim-Ro-Kaf       Perbuatan Mempersekutukan

Musyrik                Syim-Ro-Kaf       Seorang Yang Mempersekutukan

Musyrikin             Syim-Ro-Kaf       Sekumpulan Manusia Yg Mempersekutukan

Tasyrik                 Syim-Ro-Kaf       Hari Penyembelihan 10,11,12,13 Zulhijjah

Adakah logik perkataan dari satu akar kata yang sama iaitu syim-ro-kaf apabila diletak prefix "ta" menerbitkan perkataan TASYRIK tiba-tiba maknanya berubah begitu drastik menjadi suatu konsep seperti yang diterangkan oleh wikipedia di atas.

Tidakkah ia sepatutnya membawa maksud yang sama dengan syaraka iaitu perbuatan menyekutukan sesuatu ?

Etymology

Menurut kajian etymology makna sebenar Tasyrik dikaitkan dengan perbuatan sejenis tatacara hidup pagan yang memberi korban kepada tuhan di atas satu binaan khas yang di panggil mezbah atau altar.

Kehidupan pagan sebegini di amalkan di seluruh dunia pada zaman itu termasuk di Semenanjung Arab.

Kebiasaanya, di sekeliling altar ini di bina sebuah bangunan keagamaan mengikut tatacara hidup masyarakat setempat. Ia dibina sehebat yang termampu oleh jurutera pada masa itu.

Pelbagai binatang dikorbankan untuk menyukakan hati tuhan mereka. Ia adalah suatu bentuk rasuah secara terang-terangan.

Di dalam lipatan sejarah, manusia juga pernah menjadi mangsa dikorbankan untuk menyukakan hati tuhan. 

Kebiasaanya ini terjadi apabila tempat tinggal mereka ditimpa malapetaka seperti gempa bumi, banjir, gerhana matahari dan sebagainya.

Malapetaka sebegini, ditafsirkan sebagai kemarahan tuhan oleh masyarakat pagan.

Di dalam dunia Arab pula, Tasyrik merujuk kepada suatu tempoh menunggu. Iaitu menunggu darah objek korban menjadi kering sebelum meneruskan dengan ritual lain di dalam aturan hidup pagan mereka di ketika itu.

Sebenarnya, saya mengetahui perkara ini juga melalui wikipedia. Namun, entah mengapa fakta ini ditukar mutakhir ini. Tempatnya telah digantikan dengan fakta seperti di atas. Fakta yang lama telah hilang entah ke mana.

Kuil Dan Daya Tarikan


Jika kita rajin membuat pemerhatian, pasti kita menyedari bahawa di dalam mana-mana sistem agama mesti ada sebuah bangunan keagamaan yang paling hebat strukturnya di bina bagi mewakili zaman dan tempat kegemilangan istem agama tersebut.

Angkor Wat, Candi Borobudur, Sri Ranganathaswamy, Parambanan, Shwedagon pagoda, Wat Rong Khun, Jetavanaramaya, Karnak Temple, Callanish Stone, Ziggurat of Ur, Pyramids of Teotihuacan, Delphi, Ajanta Caves, The Pantheon, The Hyphogeom, Gobekli Tepe (sekadar menyebut beberapa nama) dan pelbagai binaan lain yang dijadikan tempat ritual penyembahan menurut sistem keagamaan yang menjadi kebanggaan sesebuah masyarakat.

Ia dibina sehebat yang mampu untuk menimbulkan perasaan kekaguman melampau yang tidak mampu di tolak oleh manusia yang memilih untuk mengikuti sistem agama tersebut.

Selain dari merekacipta kisah-kisah dongeng untuk diabadikan dan menguatkan kepercayaan ahli-ahli sistem agama tersebut, ada juga sesetengah masyarakat yang mengguna kaedah lain untuk mewujudkan perasaan terkasima (in awe) atau kekaguman yang melampau  mengenai sistem agama yang mereka cipta seperti mengguna bahan pengkhayal dan sebagainya.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut anda boleh membaca artikel ini http://www.bbc.com/future/story/20160808-a-lost-temple-holds-the-secrets-to-the-origins-of authority

Secara kebetulan, semasa membaca artikel di atas, saya juga sedang membaca sebuah artikel lain di dalam sebuah akhbar tempatan.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya rakam berkaitan dengan artikel yang saya baca di akhbar. Anda boleh membuat kesimpulan sendiri berdasarkan artikel BBC yang saya letak di atas.






Anda juga boleh membacanya di sini http://www.wonderfulpoint.com/2015/03/stunning-modern-construction-plans-for.html 

atau pun di sini http://www.projectarabgulf.com/2011/06/makkah1/

Kesimpulan

Jawapan saya kepada pertanyaan pembaca yang berkenaan mengenai di manakah silap kita di dalam ritual haji  ialah kita sebenarnya sedang melakukan syirik iaitu menerima arahan dari dua sumber yang berbeza.

Adakah kita boleh melepaskan diri dari kekalutan ini ?

Bagi saya, selagi kita tidak berhenti melakukan syirik iaitu menerima arahan dari dua sumber selagi itulah kita tidak akan berada di landasan yang betul secara berkumpulan.

Namun, sebaik sahaja kita menyedari hakikat ini dan mula mengikuti arahan yang sebenar maka kekalutan itu akan mati secara semulajadi. 

Kehidupan boleh diraikan semampu yang mungkin dan yang paling penting masyarakat boleh beroleh kedamaian.

Kita perlu kembali mempraktis perkataan yang menjadi lawan kepada SYIRIK iaitu TAWHEED atau satu sumber.

Kita perlu kembali kepada satu sumber rujukan sahaja sebagai panduan hidup. 

Dengan mengikuti satu sumber bererti kita hidup dengan mengakui Tuhan sebagai Esa, Tunggal atau Satu.

Inilah maksud sebenar Tawheed yang kita belakangkan. 

Kebanyakkan kita mengejar perhatian Tuhan sedangkan Tuhan mengkehendaki kita mendengar dan patuh kepada mesejNya, bukan cuba mencuri perhatianNya.

Kita masih beranggapan bahawa Tuhan adalah sesuatu entiti yang boleh kita dampingi dan jadikan sekutu. Itulah  punca dan penyebab manusia menjadi bergolongan. 

Tuhan aku lebih bagus dari Tuhan kamu.


# Artikel ini perlu di baca bersama-sama dengan artikel terdahulu iaitu
http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/organisasi-agama.html
http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/manusia-dan-batu.html
http://ashwed1973.blogspot.my/2015/06/islam-moden-vs-islam-al-quran.html
http://ashwed1973.blogspot.my/2016/04/sejarah-ringkas-ritual-korban.html
http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/tuhan.html  
Ashwed

21 comments:

  1. Salamunalaikum saudara sekelian, terdapat 168-kali perkataan "SYIRIK" disebut didalam Al Quran dan kepada sesiapa yang memiliki A Concordance of the QUR'AN sila buat semakan dimuka surat 1144-1148. Berikut saya c-p~kan hanya 2-ayat dari Surah An Nissa'(4) ayat 48 dan 116;

    4:48 Pasti Allah tidak mengampunkan sesiapa yang mensyirikan Dia dengan sesuatu tetapi diampunkan selain dari itu bagi sesiapa dikehendaki dan sesiapa sekutukan Allah maka dia telah melakukan suatu dosa besar.

    4:116 Maka Allah tidak mengampunkan sesiapa yang sekutukan Dia tetapi diampunkan selain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki dan siapa yang sekutukan Allah pasti sesat dalam kesesatan yang jauh.

    Renungkanlah, selagi kita tidak memahami keseluruhan Al Quran selagi itulah kita hidup dalam "kegelapan"

    Sekian,SELAMAT AMAN SEJAHTERA.......Ameen.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Maaf. Tulisan di artikel ini ada yg kecil ada yg besar. Saya kurang pasti mengapa terjadi begitu.

    Damai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Saya dapati peristiwa telah bertukar menjadi ritual. Selalu disebut kandungan Quran untuk dibaca untuk dijadikan pengajaran.

      Lambang bulan dan bintang berlawanan dengan kisah Nabi Ibrahim yang menolak keduanya sebagai yang Maha berkuasa.

      Kisah Nabi Ibrahim yang rosakkan semua berhala kecuali yang besar untuk menunjukkan patung tidak berkuasa langsung. Telah menjadi haram mempunyai patung. Teringat patung Buddha yang besar di Afghanistan yang telah dimusnahkan. Kalau nak ikut sangat kisah ni literally patutnya biarla sebab Nabi Ibrahim tak musnahkan pun patung besar.

      Mengenal bangsa lain telah menjadi ikut budaya satu bangsa sahaja.

      Nabi Ibrahim bermimpi sembelih anaknya menjadi part of haj ritual.

      Banyak lagi yang boleh diketengahkan untuk difikirkan.

      Non

      Delete
    2. masaalah font yg berlainan saiz ini biasanya berlaku apabila sdr copy & paste sesuatu tanpa mengunakan fungsi remove formatting yg terdapat dihujung sebelah kanan control panel... panjang cerita teknikal, tapi, lain kali, sila perhatikan fungsi font (iaitu jenis dan saiz font) yg terdapat didalam control panel edit/post function (ikon yg berbentuk seperti F dan yg macam 2 T, satu tinggi & satu rendah

      MDK/DMK

      Delete
  3. Cuba search di youtube, 'Our greatest adventure'. Pasang headphone. Teknologi mcm ni akan sebabkan agama pupus. Religion is a dying form.

    BEHOLD THE HERMES. THE MOST COMPLEX AND EXPENSIVE MACHINE EVER BUILT. WE ONLY BUILD ONE........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tks 2U bro Zack! I've seen it n keep on seeing it! I felt I'm with them too! Pse refer-to Surah Al Baqoroh ayat 225 ie "Ayatul Khursyihu"... Aku mengetahui segala yang berada dilangit dan dibumi malahan kamu tidak mengetahui sesuatu pun....saya faham yg "ROH" hanya SATU!Dia pinjamkan "ROH" kpd semua mahlokNya kpd suatu tempoh ttp "ROH DIA" kekal sampai bila2... "am I right" Sir???

      Delete
    2. Correction bro! bukan 2:225 but 2:255, lalok!ni! belum makan lagi! hi!hi!

      Delete
  4. Salam tuan,

    ritual Haji adalah satu ritual yang wujud sebelum kedatangan Islam. ritual ini adalah ritual arab pagan yang menyembah Crescent Moon and Star Gods Family.

    Tiga jamratul yang dilontarkan batu adalah untuk menghalang tiga tuhan lelaki dari mendekati satu tuhan perempuan. Goddess / Venus ini di gelar Hajarul Aswad yang terletak di bucu kaabah.

    Hajj bermaksud cabaran untuk mencari sistem tuhan (bayta). Konsep pemeliharaan haiwan liar di dalam Quran telah menjadi ritual haji arab pagan.

    ReplyDelete
  5. dari dulu saya tertanya tanya. sebab apa islam pakai lambang bulan dan bintang... lbh kurang terjawab lah juga.

    ReplyDelete
  6. Tengok berita ttg latihan ritual haji utk budak tadika, terasa betapa sia2nya.

    "SHAH ALAM – Kira-kira 3,400 kanak-kanak dari 150 agensi tadika Islam di negeri ini, berpeluang merasai pengalaman menunaikan haji melalui Simulasi Haji Cilik di Masjid Negeri Shah Alam, di sini, bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, kelmarin." - Sinar Harian

    Anak kawan saya di UK sekolah tadikanya bawa melawat farm dan kenalkan dgn petani & binatang2. Belajar appreciate petani, animals and nature.. Kita pula ajar anak kita pusing keliling batu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana itu, byk anak2 bukan melayu lebih bijak & inovatif. Saya sedang terlibat dlm satu tech startup di Cyberjaya, ramai technopreneur di sana bukan Melayu. Dalam team saya, kecuali pemegang ekuiti semuanya bukan Melayu.

      Di My Magic, 1337 Ventures dll. ramai bukan Melayu. Kecuali di Taman Teknologi Bukit Jalil ada ramai Melayu tp x byk ciptaan inovasi berdaya komersial. Itu pun menagih geran dr kerajaan.

      Bagi saya, Wawasan 2020 sudah lama gagal kerana persekitaran sistem pendidikan kita x berasaskan kpd kemahiran membina teknologi dari usia kecil.

      Belajar 3D design, 3D printing, coding, technopreneurship, lego technic, baca buku2 ensiklopedia sains & teknologi adalah perkara pelik di kalangan Melayu. Mungkin juga disebabkan generasi ibu bapa yg kolot memilih anak2 mereka menjadi kuat agama kerana itu paling penting bagi mereka.

      Dkt rumah saya, terdapat satu kelas latihan muzik di mana pelajar2nya semua anak cina & india. Belajar biola, piano, saxophone, gitar dsbg. Anak2 Melayu tiap malam hari sekolah baca muqaddam, quran, masuk pertandingan azan, baca kisah2 tahyul agama, nasyid. Tiada nilai ekonomi.

      Nk cakap padan muka, kesian pulak tp tahap kebod*han mcm ni tak patot berlaku di kalangan generasi muda Melayu.

      Delete
    2. Betul tu Zack. Sy setuju 100%. Kalau ikut perkembangan dunia semasa & forum ilmu World economic forum, kita masih lg di peringkat awal digital revolution. Di masa akan dtg akan lebih byk disruption dlm industri dan lbh byk job cut dsb. Tapi pd masa sama setiap job losses, akan lbh byk job baru dlm sektor teknologi. Di Amerika shj akan ada kekosongan sbyk 1juta tenaga kerja di dlm bidang teknologi menjelang thb 2020. Di masa hadapan yg sy kira agak dekat dh, semua bidang memerlukan setiap org mempunyai tech knowledge skill yg tinggi, dan peluang baru akan byk tercipta, tp sy rasa org melayu dan islam sedunia akan tertinggal jauh ke belakang bahkan boleh terjadinya satu bentuk penjajahan baru seperti yg berlaku ke atas dunia islam di waktu industrial revolution dulu krn tidak mempunyai penguasaan ilmu relevan pd waktu itu.

      Delete
    3. Iblis dan syaitan tak bagi belajar alat bertali.Dia ugut dengan ayat berbunyi begini,"iblis berlari-lari di atas tali itu".

      Delete
    4. ya betul.. betul.. jangan sampai anak2 kmu tak tahu nti Haji tu salah satu rukun Islam dah la... nak hargai petani, binatang ke alam ke.. boleh aja.. buat seiring.. tiada masalah.. Zack jangan sampai ekonomi ko tak patuh islam dah la.. korang nk pertikai ajaran agama.. hidup ni sat aja...

      Delete
    5. anon 10.42,

      boleh tuan tunjukkan ayat dan surah mana yang ada ritual haji di dalam al-quran?

      Delete
    6. Anon 10:42

      Saudara tersesat masuk blog ke? Ini blog pemikiran Quranists bukan Hadithist. Sila baca semua dan faham arah tuju blog baru komen.

      Delete
  7. Saudara Ashwed,

    Many thanks for the pencerahan and for sharing.
    Berbanyak terima kasih kerana respond kepada pertanyaan saya.Sangat di hargai.
    Peace.
    ASA

    ReplyDelete
  8. Soalan yg mesti kita tanya, "Adakah perkataan Tasyrik ini disebut dalam Al-Quran?"

    Jika "ada" , dimanakah ia disebut, surah dan ayat yg keberapa?

    Jika "tidak ada" , ini terang2 bermakna ia adalah rekaan dan tambahan dari mereka yg gemar mengelarkan diri mereka sebagai ulamak.

    Bukankah Al-Quran itu sebuah buku yg lengkap dan sempurna? (detailed and complete)

    Jika perkataan itu tidak disebut Al-Quran, mestilah perkataan itu tambahan dan rekaan dari maknusia, dan ini adalah satu perbuatan syirik, bukankah begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf! jika 'tersingung' atas tegoran, Anon 15:12 dah fikir habis ke? disetiap kata-arab yg didahului dgn huruf jawi 'ta' bermaksud 'akan/future' so 'tasyirik' bermaksud 'akan syirik' mana tak syiriknya selepas "sembah batu- keliling batu-kucup batu-kutip batu-baling batu-ziarah 'tapak' batu n lastly 'flying-kiss kpd 'batu'.Then bila nak balik menangis2 nak tinggalkan 'batu' n bila sampai blk negeri masing2 menangis ingatkan 'BATU' apabila bercerita hal BATU so sdri mau ingat la! bro!!!

      Delete
  9. Apabila membandingan AQ 51:56 & AQ 1:5 diatas, sdr tulis, Perkara sebegini menjadikan mesej Al Quran tidak dapat dihayati. Seolah-olah Al Quran ternampak seperti tidak konsisten. Sekejap kata A, di tempat yang lain pula kata B.

    Saya ingin mengingatkan bahawa ini hanyalah berlaku apabila kita membaca terjemahan ayat2 tersebut dalam bahasa Melayu sahaja dan tidak berlaku didalam terjemahan bahasa yg lain, seperti bahasa Inggeris.

    Ini bermakna bukanlah Al-Quran yg seolah-olah ternampak seperti tidak konsisten, tetapi yg sahihnya tidak betul dan yg sahihnya tidak konsisten adalah penterjermah bahasa Melayu itu.

    ReplyDelete
  10. Slm,,,maaf tumpang lalu,,,
    Sya tertarik dgn cdgn saudara Zack, youtube, 'Our greatest adventure'tu. Walaupun filem tetapi tak mustahil pada masa akn2 datang boleh berlaku. Sekiranya benar, teori ni saling tak tumpah seperti yang pihak Raelian dakwa sekarang ini. Mungkin ada pandangan yg bole kita sama2 kongsikan...

    Damai

    ReplyDelete