Saturday 16 September 2017

Maahad Tahfiz 2

Kedamaian Buat Semua,

Sejujurnya saya merasa sangat berat untuk menaip artikel dan membuat sedikit analisa mengenai perkara ini. 

Namun, memikirkan kemungkinan ada idea baik dari pembaca mampu  disampaikan melalui ruangan komentar penulisan ini, maka saya gagahkan diri untuk menaip serba sedikit apa yang terbuku di kalbu ini.

Pada hari khamis tanggal 14-09-2017, negara kita dikejutkan dengan sebuah kejadian kebakaran.

Kejadian pada subuh yang hening itu meragut 24 nyawa, 22 daripadanya adalah kanak belasan tahun.

Ia menyentak lamunan rakyat marhaen terutamanya kaum Melayu kerana ia melibatkan sebuah institusi pengajian al quran yang kewujudannya sangat dekat di hati kaum ini.

Saya juga mengalami sentapan yang sama kerana dua sebab yang besar. 

Yang pertama, kejadian yang memilukan ini mengingatkan saya kepada anak-anak saya yang boleh dikatakan sebaya dengan kebanyakkan para pelajar yang terkorban tersebut.

Yang kedua, organisasi yang sedang saya pimpin juga sedang di dalam proses mendirikan sebuah institusi seperti ini.

Tiba-tiba hari menjadi lembap, akal sedikit beku ditambah pula dengan menularnya video yang menunjukkan para pelajar yang terperangkap tersebut sedang merayu pertolongan dari orang ramai.

Tidak lama kemudian, tular pula imej grafik mayat para pelajar yang telah rentung di media sosial.

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita ? Sudah hilangkah perasaan simpati di jiwa kita ?

Mula-mula video bangunan sedang terbakar dengan api yang marak, berlatar belakangkan rintihan kanak-kanak merayu pertolongan di sebar. 

Di dalam video tersebut jelas tiada bantuan akhir cuba di lakukan oleh masyarakat sekitar selain dari merakam video khusus untuk sebaran, malah, kedengaran suara azan subuh seolah-olah tiada kecemasan yang terjadi di situ.

Mungkin beliau mendapat kepuasan dengan aktiviti merakam saat-saat akhir kanak-kanak dibakar api sebelum menemui ajal.

Kemudian gambar mangsa pula ditular tanpa mengira perasaan sedih  ibubapa mangsa yang terkorban melihat anak mereka sebegitu.

Rasa semakin menghiris kesedihan di sanubari ini memikirkan betapa tiada amanahnya orang kita.

Saya hampir pasti manusia yang bertanggungjawab menularkan imej grafik mangsa yang rentung itu terdiri dari anggota keselamatan samada bomba, polis atau anggota beruniform yang lain. 

Ini adalah kerana sudah tentu kawasan kejadian sudah dikepung dan orang awam tidak dibenarkan masuk untuk mengelakkan dari menganggu bahan bukti.

Di manakah perginya sikap amanah kamu ? Iman bukanlah ukuran tahap ketinggian kepercayaan kamu kepada Tuhan. 

Ini adalah kerana jika kamu percayakan bahawa Tuhan adalah esa maka jika keseluruhan umat manusia di bumi ini mahu mempercayai Tuhan ada 3 pun ia tidak akan merubah keberadaan Tuhan yang sebenar yang esa itu.

Iman di dirikan dari abjad ain-mim-nun (a-m-n) yang membawa maksud amana. 

Jika kita tiada sikap amana, kita akan gagal dan berada di bawah.

Kegagalan Orang Dewasa 

Seperti biasa, pentadbiran keagaaman yang bertanggungjawab memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah mereka terjamin mengambil langkah mudah untuk lepas dari tanggungjawab.

Mereka mengisytiharkan kesemua mangsa itu mati syahid seolah-olah mereka pasti dan mendapat sijil dari tuhan sendiri mengenai status ini.

Maka dengan ini pengisytiharan mereka yang merasakan diri mereka pembantu tuhan ini, ahli keluarga dan sanak-saudara mangsa yang terlibat pun turut sama redha.

Pihak yang bertanggungjawab dibiarkan terlepas. 

Sampai bila pun mereka tidak dapat belajar dari kesilapan jika kita memandang ringan dan membiarkan mereka terlepas.

Sekali lagi, masyarakat kita saling tuduh menuduh sesama sendiri di dalam hal ini. Masing-masing tidak mahu mengambil tanggungjawab.

Sedang masyarakat tenggelam punca sambil salah menyalah sesama sendiri, tiada siapa yang dapat menjangka sesuatu yang lebih berat akan menimpa kita.

Sesuatu yang lebih menyedihkan dari kematian yang tragis itu sendiri.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2017/09/16/7-remaja-ditahan-bakar-sekolah-tahfiz-di-keramat-kerana-diejek/ 

Tidak dapat saya tuliskan dengan kata-kata bagaimana terasa bersalahnya saya sebagai orang dewasa semasa mendengar sidang akhbar Dato Amar Singh, Ketua Polis Kuala Lumpur.

Di manakah kita sebagai generasi yang memimpin kanak-kanak ini dapat menyorokkan muka. 

Aduh ! Sungguh memilukan kalbu. 

Kita telah gagal mendidik generasi hadapan. 

Satu demi satu kejadian sebegini terburai di hadapan mata kita.

Mula-mula kes seterika rakan sehingga mati. Kemudian, kes membuli budak lembut sehingga mati. Sekarang pula, membakar sehingga mati hanya kerana ejekan.

Apabila sekumpulan kanak-kanak membunuh sekumpulan kanak-kanak yang lain, ini adalah kemuncak kepada kebejatan masyarakat yang kita sedang menjadi pemimpinnya.

Kita semua perlu melihat kembali ke dalam sanubari sendiri, di manakah silap kita sebagai orang dewasa.

Melihatkan kepada penularan mesej mengenai tangkapan kanak-kanak yang bertujuh tersebut, siap dengan gambar dan laporan kronologi polis sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa kita adalah sebuah masyarakat yang kekurangan sikap amana dan kebertanggungjawaban.

Adakah mereka yang menularkan mesej itu tidak sedar bahawa yang mereka burukkan itu bukanlah orang lain melainkan anak-anak kita sendiri.

Kita tidak hidup sebagai kera sumbang. 

Kita bermasyarakat, setiap yang terjadi di dalam masyarakat adalah mengenai diri kita.

Ia bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan kononnya menjadi orang pertama yang menularkan informasi buruk sebegini. 

Malah, ia adalah salah di sisi Undang-Undang untuk sewenang-wenangnya menyebarkan berita mengenai kanak-kanak.

 
Maafkan kami duhai anak-anakku. Sesungguhnya kami gagal menunjuki kamu jalan yang lurus.

Dan sesungguhnya, kami juga telah tersesat tetapi kami tidak berkeyakinan untuk mengakuinya.

Berhentilah dari tuduh menuduh sesama sendiri, sebaliknya carilah punca kegagalan kita.






Ashwed


28 comments:

  1. Salam sahabat sekelian! Hayatilah 10-ayat dari Surah Al Araaf(7) 145 - 154,

    7:145 Maka Kami wahyukan kepada dia segala amaran dan penjelasan maka ambillah sekelianya dengan teguh dan perintahkan kaum kamu supaya mengambil yang terbaik darinya dan Aku akan perlihatkan kepada kamu daerah orang yang fasik.
    7:146 Aku akan palingkan ayat-ayatKu dari orang yang takbur dibumi tanpa hak dan jika mereka melihat setiap ayat mereka tidak amanah dan jika mereka melihat jalan yang betul mereka tidak mengambilnya sebagai jalan dan jika mereka melihat jalan yang salah/menyeleweng mereka mengambilnya sebagai jalan demikian itulah cara mereka mendustakan ayat-ayat Kami maka mereka itulah orang yang lalai.
    7:147 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhiratnya telah mensia-siakan amalan mereka dan tidaklah mereka diberi balasan melainkan dengan apa yang telah mereka lakukan.
    7:148 Dan kaum muusaa dari sesudahnya telah mengambil anak lembu dihiasi tubuhnya dengan perhiasan mereka dan dibaginya suara apakah tidak mereka melihat dianya tidak boleh bercakap dan tidak dapat memberi petunjuk atau jalan maka mereka itulah orang yang zalim.
    7:149 Dan setelah menyesali atas perbuatan tangan mereka dan melihat dianya menyesatkan maka mereka berkata jika Pemelihara kami tidak berikan kerahmatan dan tidak ampunkan kami pasti kami darinya menjadi orang yang dalam kerugian.
    7:150 Dan sekembali muusaa kepada kaumnya dengan marah dan kecewa dia berkata alangkah buruknya kamu sebagai penggantiku dan apakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu maka dilemparkanya alwaaha dan diambil kepala saudaranya dan menarik kepadanya maka saudaranya berkata wahai anak ibuku kaumku telah melemahkan aku malahan mereka hampir hapuskan aku dan jangan kamu persalahkan aku dan jangan kamu samakan aku dengan kaum yang zalim.
    7:151 Berkata Pemeliharaku ampunkan aku dan saudaraku dan masukkan kami kedalam rahmatMu dan Kamu yang Pemurah yang Penyayang.
    7:152 Dan orang yang menghiasi anak lembu pasti mereka diliputi kemurkaan Pemelihara mereka dan menghadapi kesulitan dalam kehidupan duniawi demikianlah pembalasan Kami keatas orang yang mengadakan dusta.
    7:153 Dan orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat dengannya dan mereka amanah sesudahnya maka hanya Pemeliharamu yang Pengampun yang Penyayang.
    7:154 Dan setelah muusaa tenang dari kemarahanya maka dia mengambil alwaaha/tablet yang tercatat petunjuk dan rahmat didalamnya bagi orang yang mengkagumi dengan Pemelihara mereka.

    Sekian! Hayati dan Fahamilah;

    ReplyDelete
  2. Salam..

    very trajic indeed... usually, when tragedy happens, it is caused by a number of reasons that occurs overtime through a chain of events... trapped in fire was the final straw...

    according to media or social media reports, one group of kids set fire on those tahfiz kids because of retaliation for mocking them earlier... i have my suspicion but i am wandering what was the mocking all about...

    on another note, i agree with tuan ashwed's comment... the 'pengisytiharan mati syahid' from my opinion is just an escape clause... those kids are not to blame (be it on either side)... the blame falls on those who upbringing/teach/raise/educate those kids... those kids died due to negligence and ignorance of those who are responsible for their wellbeing...

    Becks

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan.
    Golongan agama telah berkali2 melepaskan diri dari bertanggungjawap atas apa yg berlaku kepada kanak2 jagaan mereka. Tiada langsung rasa bersalah bila anak2 jagaan mereka cedera, diliwat, dicabul, malah mati sekalipun.

    Bagi yg mati, cop saja mereka anak syurga, ibu bapa jadi redha sbb mereka rasa mereka juga akan memgikut anak mereka ke syurga. Ditambah dgn ungkapan, 'dah takdir', itu sudah cukup utk menutup mulut ibubapa, saudara mara, masyarakat. Maka terlepaslah org2 yg sepatutnya bertanggung jawap.

    Senangkan...salahkan Tuhan saja, sedangkan malapetaka itu adalah hasil tangan manusia.

    Dah berkali2 terjadi. Sebodoh dan sebangang mana kita nak jadi jika kita tidak belajar dan berubah dari apa yg kita lakukan dulu? Jika kita buat yg sama, maka perkara ini akan berlaku lagi, mungkin malam ni, esok dan hari mendatang. Itu adalah hasil kebodohan kita sendiri kerana semua yg terjadi menepati sunatullah/sistem Allah. Bukan Allah saja2 nak hukum manusia, musibah datang sebab tindakan kita semalam, hari ini dan hari2 mendatang.

    Jadi apa tindakan kita hari ini supaya perkara ini tidak berulang?

    Pada saya, mula dgn pastikan yg buat salah dikenakan tindakan undang2.

    SMY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smat setuju dgn pendapat tuan...sebaliknya berdunyun dunyun yang kutip derma untuk mereka ????

      Delete
  4. Apakah menjadi seorang tahfiz alquran tu satu kewajipan yang dituntut tuhan hingga ibu bapa sanggup menggenepikan keselamatan anank anak (semuda 6 tahun) untuk belajar disekolah sekolah tahfiz yang jelas amat daif dan tak dapat menjamin keselamatan anak anak mereka...apa sebenarnya yang jdi motif ibu bapa ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kah tak cukup untuk belajar kenal huruf,boleh membaca dan faham disekolah ugama yang dibina oleh kerajaan dgn segala kemudahan dan ciri ciri keselamatan tu tidak mencukupi kenapa perlunya pusat pusat tahgiz ini

      Delete
  5. Salam! diteruskan 20 ayat lagi;

    7:155 Dan muusaa memilih tujuh puluh lelaki dari kaumnya untuk datang pada waktu yang Kami tetapkan dan ketika mereka ditimpa gempa dia berkata Pemeliharaku jika dikehendaki pastinya telah dilaknati mereka sejak dahulu bersamaku dan adakah Kamu melaknati kami kerana amalan orang yang bodoh diantara kami dan tidaklah dianya melainkan suatu ujian dari Kami maka disesatkan sesiapa dikehendaki dan diberi petunjuk kepada sesiapa dikehendaki dan hanya Kamu Pelindung kami maka ampunilah dan berikanlah rahmatMu kepada kami dan hanya Kamu yang terutama Pengampun.
    7:156 Dan dikitabkan bagi kami kebaikan didunia dan diakhirat pasti kami kembali kepada petunjuk maka Dia berkata azabKu menimpa sesiapa dikehendaki dan rahmatKu luas meliputi segalanya dan bagi mereka yang prihatin dan yang murni dan yang amanah dengan ayat-ayat Kami.
    7:157 Dan orang yang mentaati nabi dan rasul yang -l ummiyya didapati tercatat didalam tauraati dan injiili disisi mereka dan diperintahkan melakukan yang makruf dan dilarang melakukan yang mungkar dan dihalalkan bagi mereka yang terbaik dan diharamkan yang keji dan dihilangkan bebanan dan belenggu mereka dan bagi orang yang amanah pasti dibantu dan ditolong dan mereka mentaati yang jelas apa yang diturunkan kepada mereka maka mereka itulah orang yang beruntung.
    7:158 Katakan wahai manusia sesungguhnya aku rasul Allah bagi sekelian kamu dan Dia Penguasa langit dan bumi dan tiada tuhan melainkan Dia yang menghidupkan dan yang mematikan maka amanahlah kepada Allah dan nabi yang -l ummiiyyi yang amanah hanya kepada Allah dan kalimah Dia dan taatilah Dia supaya kamu mendapat petunjuk.
    7:159 Dan diantara umat muusaa mereka telah diberi petunjuk yang benar dan mereka telah melaksanakan keadilan dengannya.
    7:160 Dan Kami bahagikan mereka kepada dua belas puak dan diilhamkan kepada muusaa ketika kaumnya mohon air maka ketuklah tongkatmu kepada batu dan akan terpancar darinya dua belas mata air pastinya mengetahui setiap manusia tempat minum mereka dan Kami naungi awannya diatas mereka dan Kami turunkan -lmanna/kemesraan dan walsalwaa/keselesaan kepada mereka maka makanlah dari apa yang terbaik yang Kami telah rezekikan kepadamu malahan mereka tidak menzalimi Kami tetapi mereka telah menzalimi diri mereka sendiri.
    7:161 Dan dikatakan kepada mereka hunilah khariah ini dan makan apa yang dikehendaki dan katakan mansuhkan dosa kami dan masukkan kami kedalam pintu ‘kepintaran dan kepatuhan’ maka Kami ampunkan dosa mereka malahan dianya memberi kelebihan bagi orang yang jujur.
    7:162 Maka orang yang zalim dikalangan mereka telah menukar perkataanya yang bukan dikatakan kepada mereka maka Kami turunkan wabak penyakit dari langitnya atas kezaliman mereka.
    7:163 Dan tanyalah mereka yang khariahnya berhampiran lautan ketika mereka melanggar -ssabti apabila datang kumpulan ikan berhimpun pada hari sabti dan pada hari bukan asbituuna tidak datang kepada mereka maka demikianlah Kami menguji mereka dengan apa yang telah mereka lakukan kefasikkan dengannya.
    7:164 Dan ketika berkata suatu ummat dari kalangan mereka mengapa diberi amaran kepada kaum yang dilaknati Allah dan diazabkan mereka dengan dahsyatnya maka mereka berkata dianya sebagai amaran dari Pemeliharamu supaya mereka prihatin.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  6. smbg,

    7:165 Maka setelah mereka melupakan apa yang telah diperingatkan Kami selamatkan orang yang mencegah kemungkaran dan diazabkan orang yang zalim dengan azab dahsyat atas kefasikan mereka.
    7:166 Maka setelah mereka melanggar apa yang mereka ditegah darinya Kami katakan jadilah kamu seperti kera yang melarat.
    7:167 Dan Pemeliharamu hebahkan akan dibangkitkan mereka pada hari kebangkitan dan diazabkan dengan dahsyat malahan Pemeliharamu pantas pembalasanya dan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
    7:168 Dan Kami bahagikan mereka dibumi kepada beberapa golongan dan diantara mereka soleh dan diantaranya tidak dan Kami menguji mereka dengan kebaikan dan keburukan apabila mereka kembali.
    7:169 Maka Kami gantikan mereka dengan pengganti yang mewarisi kitab malahan mereka mengambil duniawi yang rendah dan berkata kami pasti diampunkan dan jika datang kepada kami duniawi atau yang semisal kami mengambilnya dan bukankah mereka telah mengambil perjanjian didalam kitab yang mereka tidak akan berkata terhadap Allah melainkan yang benar dan belajar dari apa yang terdapat didalamnya malahan daerah akhirat keutamaan bagi orang yang prihatin maka apakah tidak mereka fikirkan.
    7:170 Dan orang yang berpegang teguh dengan kitab dan melaksanakan kewajipanya maka Kami tidak akan menafikan ganjaran kepada orang yang melakukan pemulihan.
    7:171 Dan ketika Kami tinggikan kemantapan keatas mereka seperti bayangan gunung mereka menyangka dianya akan jatuh keatas mereka maka ambillah apa yang Kami berikan kepadamu dengan teguh dan ingatlah apa yang didalamnya supaya kamu prihatin dengannya.

    7:172 Dan ketika Pemeliharamu mengambil zuriat keturunan setiap banii aadama dari tulang belakangnya dan mereka bersaksikan dengan jiwa mereka dan Dia berkata bukankah Aku ini Pemeliharamu maka mereka berkata ya! benar malahan kami menyaksikanya maka jangan kamu berkata pada hari kebangkitan kamu kelak yang kamu melupainya.
    7:173 Atau kamu katakan yang bapa kami yang sekutu sejak dahulu dan kami hanyalah keturunan mereka maka adakah Kamu melaknati kami atas perbuatan orang yang mengambil yang palsu.
    7:174 Demikian Kami menjelaskan ayat-ayatnya sehingga mereka kembali.

    Terima Kasih,

    ReplyDelete
  7. smbg,
    7:175 Dan bacakan kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan ayat- ayatnya dan mereka berpaling darinya dan mengikuti syaitan maka mereka itulah darinya orang yang menyeleweng.
    7:176 Jika Kami kehendaki ditinggikan mereka tetapi mereka condong kepada duniawi dan mengikut hawa nafsu mereka maka misalan mereka seperti anjing jika kamu membelainya dijelirkan lidahnya dan jika dibiarkan dijelirkan lidahnya juga itulah misalan kaum yang mendustakan ayat- ayat Kami maka ceritakan kisah ini supaya mereka merenungkanya.
    7:177 Sangat buruk misalan bagi kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami dan diri mereka maka itulah orang yang telah melakukan kezaliman.
    7:178 Sesiapa yang Allah berikan petunjuk maka dia yang mendapat petunjuk dan sesiapa sesat maka mereka itulah orang yang rugi.
    7:179 Dan pasti Kami telah menyediakan jahannama bagi kebanyakan dari jinni dan manusia baginya hati mereka tidak memahami dengannya dan baginya mata mereka tidak melihat dengannya dan baginya telinga mereka tidak mendengar dengannya maka mereka seperti binatang malahan lebih sesat darinya dan mereka orang yang lalai.
    7:180 Dan hanya Allah miliki nama-nama yang terbaik maka serulah Dia dan tinggalkan orang yang menyeleweng atas nama Dia dan mereka pasti diberi pembalasan atas apa yang mereka lakukan.
    7:181 Dan dari ciptaan Kami terdapat umat yang mendapat petunjuk yang benar dan dengannya mereka telah melaksanakan keadilanya.
    7:182 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami pasti ditarik berperingkat peringkat dari setiap arah yang mereka tidak menyedarinya.
    7:183 Dan ditangguhkan mereka kepada muslihat Kami yang mantap.
    7:184 Apakah tidak mereka renungkan sahabat mereka itu dia bukannya tidak waras malahan dia itulah pemberi amaran yang jelas.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  8. smbg,
    7:185 Tidakkah mereka perhatikan Penguasa langit dan bumi dan segala apa yang Allah ciptakan dan mudah-mudahan telah dekat ajal mereka maka dengan hadiitsin manakah sesudahnya mereka akan amanah.
    7:186 Maka sesiapa yang Allah kehendaki sesat maka tiada petunjuk baginya dan dibiarkan mereka dalam kebiadapan dan kebinggungan.
    7:187 Mereka bertanya kamu detik saatnya bilakah dia turun katakan segala pengetahuan disisi Pemeliharaku dan tidak tiba waktunya melainkan dianya sangat berat bagi langit dan bumi dan tidak datang kepadamu melainkan dengan serta-merta malahan mereka bertanya seakan kamu mahir dengannya maka katakan segala ilmu pengetahuan disisi Allah malahan kebanyakan dari manusia tidak mengetahuinya.
    7:188 Katakan aku tidak berkuasa atas diriku kemanfa’atan dan kemudaratan melainkan dikehendaki Allah dan jika aku mengetahui yang ghaib pasti aku mendapat banyak keutamaan darinya dan tidak menyentuh aku keburukan malahan aku hanyalah pemberi amaran dan pembawa berita bagi kaum yang amanah.
    7:189 Dia mencipta kamu dari jiwa yang satu dan dijadikan darinya pasangan bagi menenangkan kamu dan setelah disetubuhi dianya mengandung kandungan yang ringan maka diulangi sehingga dia menjadi berat maka keduanya berdoa kepada Allah wahai Pemelihara kami berikan kami anak yang soleh pasti kami menjadi darinya orang yang berterima kasih.
    7:190 Setelah diberikan anak yang soleh mereka sekutukan dengannya malahan Allah yang teramat Mulia dari apa yang mereka sekutukan.
    7:191 Apakah mereka sekutukan apa yang tidak dapat mencipta sesuatu pun malahan mereka pun Dia yang menciptanya.
    7:192 Dan mereka tidak dapat memberi pertolongan malahan diri mereka sendiri pun tidak dapat mereka tolong.
    7:193 Jika kamu menyeru kepada petunjuk mereka tidak mengikutinya sama sahaja bagi mereka sama ada kamu menyeru atau kamu membisu.
    7:194 Orang yang kamu seru selain Allah adalah hamba yang serupa kamu maka teruskan seruanmu supaya mereka perkenankan seruan kamu jika kamu orang yang benar.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  9. smbg,

    7:195 Adakah mereka punyai kaki bagi berjalan dengannya atau punyai mata bagi melihat dengannya atau punyai tangan bagi berpegang dengannya atau punyai telinga bagi mendengar dengannya maka katakan serulah sekutu kamu dan muslihatkan aku dan jangan kamu menangguhkanya.
    7:196 Sesungguhnya Allah pelindungku dan Dia yang menurunkan -lkitaaba dan hanya Dia Pelindung bagi orang yang soleh.
    7:197 Dan orang yang kamu seru selain Dia mereka tidak dapat menolong kamu dan tidak juga diri mereka dapat ditolong.
    7:198 Jika kamu seru mereka kepada petunjuk mereka tidak mendengar dan kamu lihat mereka pandang kamu tetapi mereka tidak melihat kamu.
    7:199 Utamakan amalan kemaafan dan serulah kepada amalan ma’aruf dan berpalinglah kamu dari orang yang bodoh.
    7:200 Jika syaitan menggoda kamu maka mohonlah perlindungan dari Allah sesungguhnya Dia yang Mendengar yang Mengetahui.
    7:201 Malahan orang yang prihatin apabila disentuh godaan syaitan mereka bersegera mengingati dan menyedarinya.
    7:202 Walau pun rakan mereka mendorong mereka kearah penyelewengan malahan mereka tidak berhenti darinya.
    7:203 Jika kamu tidak datangkan sesuatu ayat mereka berkata mengapa tidak kamu memilihnya sendiri maka katakan aku hanya mengikuti apa yang telah diilhamkan kepadaku dari Pemeliharaku dan ini saranan dari Pemeliharaku sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang amanah.
    7:204 Dan apabila -lqur’aanu dibacakan maka dengarlah dan diamlah supaya kamu diberi rahmatnya.
    7:205 Dan ingatlah Pemeliharamu didalam jiwamu dan merendah dirilah dan takutlah dan jangan lantangkan ucapanmu diwaktu pagi dan petang dan jangan kamu menjadi darinya orang yang lalai.
    7:206 Sesungguhnya orang yang disisi Pemeliharanya mereka tidak takbur dari beribadah kepada Dia dan hanya Dia mereka sanjung dan hanya kepada Dia mereka patuh.

    Sekian.

    ReplyDelete
  10. Apa objektif institusi tuan ashwed untuk menubuhkan maahad tahfiz?

    Sani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Organisasi ini dipenuhi dgn mereka yg mengikuti aliran sunni syafie sepertimana kebanyakkan masyarakat kita.

      Tujuan utama ahli organisasi ini ialah untuk bersama-sama membuat kebajikan dgn menanggung kos pembinaan institusi pengajian quran tersebut.

      Buat masa ini kami masih belum mempunyai suara untuk mempengaruhi sukatan pelajaran institusi tahfiz ini. Namun, oleh kerana ramai ahli organisasi berpengaruh di dalam masyarakat setempat, saya percaya saranan kami diterima pakai.

      Seperti yg selalu saya katakan di dalam blog ini, kita bukanlah musuh kepada yang lain. Walaupun pendapat saya tidak sehaluan dgn rakan2 lain, itu bukan bermakna saya perlu lari dari masyarakat saya.

      Saya mengambil pendekatan untuk mendekatkan diri dengan golongan seperti ini daripada mengkritik dari jauh.

      Guru-guru mereka perlu dibajai dengan common sense. Tidak dinafikan mereka kuat menghukum orang lain spt sesat dsbgnya. Tetapi apabila saya memberitahu mereka bahawa kita di sini bukan ditugaskan untuk menghukum ditambah dgn keterangan yg sesuai dari al quran saya boleh nampak mereka tersentak dan merasa segan.

      Saya percaya lama kelamaan ia akan meresap masuk menjadi agenda yg akan disampaikan kpd anak murid mereka.

      Secara peribadi, saya merasakan ini adalah bakti kecil kepada masyarakat saya.

      Kedamaian buat semua ...

      Delete
    2. terbaek tuan...teruskan berbakti dgn ilmu yg dimiliki...

      Delete
    3. Ya tuan,sekarang memang tuan rasa boleh memainkan peranan. Bagaimana jika 10-20 tahun akan datang,apabila tuan sudah tiada jawatan. Sekolah tahfiz tu akan terus beroperasi dan bagaimana jika ia jatuh di tangan orang yg salah.

      Apa akan jadi dengan pelajar2 tu,macam mana nak survive pada masa akan datang yang lebih mencabar jika hanya fokus hafal quran & silibus2 yang tak up to date.

      Lebih baik la x payah ditubuhkan tahfiz ni. Dulu madrasah bercambah mcm cendawan di negara seperti pakistan,afghanistan tapi tengok hasilnya sekarang.

      Saya cadangkan kalau nk buat sekolah,buat yang moden. Macam international school.

      Sani

      Delete
    4. Saya pon rasa macam tu. Sat lagi balik2 pengajaran hanya dok sedap berlagu.. Tak paham apa yg dibaca atau paham atas apa yg ulamak terdahulu translate.

      Delete
    5. Lagipun berapa ramai je yg sanggup berubah cara fikiran jika duduk dalam kelompok yg sama. Mungkin ada 1 2 yang berfikir,tapi bila dah duduk dalam kelompok yang sama,beranikah mereka menentang arus. Akhirnya,kena brainwash semula...

      Man

      Delete
  11. This has been going on around on social medias and my apology that it's typed in all Caps. Take note especially on that rallying part calling all to "BERPAKAIAN JUBAH PUTIH BERSARBAN". I'm in the wrong business. Should have gone into supplying jubah/serban and hijab:

    HARI BERKABUNG NEGARA MEMPERINGATI SYUHADA' ANAK-ANAK SYURGA TAHFIZ ITTIFAQIAH PADA HARI JUMAAT INI (1 MUHARRAM 1439 H / 22 SEPTEMBER 2017)

    DI MINTA HADIRIN JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH BERPAKAIAN JUBAH PUTIH BERSARBAN.

    SEBARKAN PERKARA INI SEGERA!!!
    SELURUH MALAYSIA AKAN BERJUBAH PUTIH PADA HARI JUMAAT NANTI.

    ALLAHUAKBAR.

    Tuesday19

    ReplyDelete
  12. SURYAMALANG.com - Awal Tahun Baru Islam, 1 Muharram 1439 akan jatuh pada Kamis, 21 September 2017.
    Pemerintah sudah menetapkan tanggal ini sebagai hari libur nasional.

    Off topic tuan.. Indo dgn lebih 200 juta umat islam sambut awal muharam hari ini. Malaysia dgn 20 juta umat islam sambut esok. Lepas tu kita perasan kta je yang lebih baik dan bagus. Arab Saudi sambut 22hb juga. Iran, Qatar dan UAE tak sambut pon.. Keliru.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkn yea! itu buktinya yg demea ni! beragama arab!

      Delete
  13. Salam semua,

    Beberapa point saya nak share.

    1. Budaya tak amanah dan tak bertanggungjawab di kalangan orang2 agama. Dilaporkan The Star Online (7/8/2017) 211 kes kebakaran sekolah agama/tahfiz di seluruh negara dalam tempoh 2 tahun !!!.

    Inilah chain of event yang membawa kpd kebakaran maut tahfiz di Keramat. Tiada ecsape route, escape door/window, fire extinguisher, fire supression system, hose, axe dsbg. di sekolah2 spt ini.

    Belanja tak sampai RM5,000 boleh dapat 15 tangki pemadam api, kapak dan hose. Tapi sebab budaya tak amanah dan tak bertanggungjawab serta hanya mahukan keuntungan peribadi.

    Cuba siasat si pengetua ni kahwin berapa dan pakai kereta jenis apa? Di negara maju, sekolah tahfiz begini dikira haram kerana tiada ciri2 keselamatan dan pihak pengurusan boleh didakwa.

    Tapi ini Malaysia dengan doktrin kuat agama, tiada apa-apa perubahan akan berlaku dalam 10-20 tahun ini. Ini masalah serius sebenarnya sampai terlalu byk sekolah agama/tahfiz terbakar dalam 2 tahun ini.

    2. Banyak pelajar tahfiz ni bukan lah elok sangat akhlak mereka. Kebersihan, adab, bahasa, kekemasan kerja, sistem aturan memang fail. Pasti ada sesuatu yg sangat menyakitkan hati si pelaku sampai tergamak cetuskan kebakaran. Apa yg dibuat tetap salah sehingga meragut nyawa ttp kita juga perlu tahu peristiwa-peristiwa yg menyebabkan perselisihan di antara dua kumpulan anak-anak ini.

    3. Lambakan sekolah2 tahfiz dan agama amat merisaukan saya dari dulu lagi kerana pelajar2 yg dihasilkan nanti akan beri kesan buruk pd pembangunan negara. Kebanyakan dr mereka akan masuk ke dalam sistem pentadbiran kerajaan dan mungkin terlibat dlm aktiviti penyebaran doktrin agama kolot yg mereka pelajari.

    Sy pendekkan ceritanya, sy pernah lihat kesan 'budak2 agama' 80-an dan 90-an boleh sebabkan satu agensi kerajaan gagal mencapai matlamat bantu ekonomi Melayu.

    Budak2 agama ini menjadi pengawai2 tinggi yg menentukan silibus latihan.

    Peruntukkan besar setiap tahun ttp lebih byk fokus kpd pendidikan agama. Saya tahu kerana saya pernah jadi salah seorang pelatih di sebuah institut kemahiran. Saya satu-satunya 'pemberontak' dalam kelas kerana selalu ponteng kelas agama dan aktiviti2 agama lain.

    Pernah dijerkah dan diugut buang, akhirnya saya satu-satunya pelatih dalam batch yg berjaya selepas tamat latihan. Rakan 2 lain semua terkandas walaupun banyak di antara mereka pelajar cemerlang.

    Banyak sgt belajar agama sehingga tiada langsung program apperanticeship dan entrepreneurship sepanjang program latihan. Lepas tamat kursus, semua melingkup tak tahu nak buat apa.

    Selepas 4-5 tahun saya mampu pakai 2 buah kereta, bukan nak berlagak dan menunjuk tp ini beza apabila kita belajar something yang berguna dalam hidup dan something yg bersifat delusi.

    Nasib baik saya ada beberapa pengalaman dalam digital marketing utk mulakan bisnes selepas tamat latihan. Inilah tragedi paling dahsyat dalam Malaysia - bukan tahfiz itu terbakar smpi 23 org mati - tetapi tragedi kita diperintah dan diurus oleh sekumpulan manusia bodoh yg berdelusi dengan agamanya tetapi dipandang mulia oleg masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kalau nama ja ISlam semua bereh...cuba tengok brp ramai yang pakai hanya kepiah, songkok, serban naik moto..hanya atas nama islam boleh lepas undang-undang. sama jugak lah dgn pematuhan piawaian keselamatan bangunan dsb. penguatkuasa tutup mata

      Delete
    2. Apo nak dikato, taik kambing dikato gulo melako!

      Delete
  14. Arab Saudi hapuskan ban wanita dari memandu. Tak mampu nak bayar chaffeuer.

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pulak tukar2 hukum

      Delete
    2. Nanti bila perempuan Arab Saudi mula tidak bertudung kerana tiada arahan bertudung dlm Quran, maka ramailah yg meroyan kerana mereka selama ini benar2 percaya Islam mewajibkan bertudung. Just hope that will happen in our lifetime. Hehehe. Sbb lelaki saudi ni memang suka mengawal perempuan mereka. Mengawal yg lemah adalah kebanggan mereka kerana mereka tak byk yg nak dibanggakan.
      SMY

      Delete
  15. I baru tau pasal this lady. I tertinggal bas nampaknya.

    http://kisahdunia.com/2017/07/24/apa-al-quran-benar-benar-kata-mengenai-hijab-kita-telah-ditipu-dan-diperdayakan-sepanjang-hayat-maryam-lee/

    Non

    ReplyDelete