Monday 9 October 2017

Belasungkawa

Kedamaian buat Semua,

Saya ingin memberi penghormatan kepada seorang intelektual melayu yang meninggalkan kita untuk menemui Rabbnya pada hari ini 10-10-2017

Beliau yang saya maksudkan ialah Sdr Pak Kassim Ahmad.

Beliau lahir pada 09-09-1933 di utara tanahair. 

Bersekolah di Sekolah Melayu Bandar Baharu, Kedah kemudian melanjutkan pendidikannya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan seterusnya di Universiti Malaya, Singapura,

Membaca biografi beliau mengingatkan saya kepada watak James Dean di dalam filem bertajuk Rebel Without A Cause bezanya beliau menjadi pemberontak dengan sebab yang jelas iaitu supaya masyarakatnya membuat perubahan minda.

Saya mengenali hasil kerja beliau pada sekitar tahun 1991 semasa masih belajar di matrikulasi Undang-Undang.

Pada waktu itu, suasana intelektual kecoh seketika apabila buku beliau bertajuk "Hadis : Satu penilaian semula (1986)" diharamkan dari penerbitan dan pasaran oleh Kerajaan Malaysia.

Tindakan tersebut menyebabkan para pelajar mula mencari buku tersebut untuk dibaca semata-mata mahu mengetahui mengapa ia diharamkan.

Setelah membaca buku tersebut, saya seolah-olah dibangunkan dari suatu tidur yang panjang.

Bermula dari saat itu, tersimpan suatu pertanyaan yang amat berat dibenak kalbu saya. 

Persoalan yang mengambil jangka waktu yang sebegitu lama untuk saya huraikan sendiri dan temui jawapannya.

Sesungguhnya, saya tidak sedikitpun menyesali tindakan saya menongkah arus membaca buku tulisan Pak Kassim.

Kini, walaupun saya sedar bahawa pendapat saya sangat berbeza dengan Pak Kassim terutama mengenai ritual agama dan pengertian ketuhanan, namun penghormatan ini wajar diberi kepada beliau, insan yang menjadi pencetus persoalan hebat di dalam diri ini.

Terima kasih Pak Kassim. 

Semoga mendapat kedamaian yang abadi seperti yang sering Pak Kassim utarakan di dalam tulisan-tulisan Pak Kassim.

 Image result for kassim ahmad
    Sdr Pak Kassim Ahmad semasa mudanya. Takziah dari blog ini buat keluarga    beliau. 

Ashwed

17 comments:

  1. Takziah. Saya hormati pendapatnya walaupun tak setuju some of it.

    Non

    ReplyDelete
  2. harap selepas pemergian dia, orang ramai akan "evaluate" balik tulisan dia...

    seperti p. ramlee dalam seni.. ketika hayat tiada anugerah..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan Ashwed,

    Pada pandangan saya, islamic reformist paling berjaya dlm dunia moden hari ini ialah Mustafa Kemal Ataturk. Walaupun sekularism Turki diancam dgn kebangkitan golongan teokrat, tapi kejayaan Ataturk tidak mampu ditandingi (not even close) oleh mana2 reformist spt Kassim Ahmad, Othman Ali, Farouk A. Peru, Aidid Safar dan beberapa nama lain.

    Mengapa ramai islamic reformist gagal membawa perubahan minda masyarakat?

    Ketika mula-mula mendapat kesedaran dari pembacaan Mental Bondage In The Name Of God, saya selalu terfikir apa punca sebenar majority masyarakat menolak kebebasan berfikir dan intelek spt yg diajak oleh para reformist ini semua? Mengapa reformist2 ini kurang berjaya dan ditentang dengan sangat kuat?

    Saya juga ingin menjadi seperti mereka membawa revolusi minda kpd masyarakat. Sehinggalah tahun 2012, saya baca sebuah buku dan terus mengkaji subjek yg sama di internet. Saya jumpa jawapannya.

    Dua saintis psikologi hebat Carl Jung dan Sigmund Freud mempelopori kajian tentang masculinity - proses kanak-kanak lelaki menjadi lelaki dewasa matang dan berjaya.

    Terdapat 4 jenis archetype lelaki iaitu :-

    1) The King
    2) The Warrior
    3) The Magician
    4) The Lover

    Setiap archetype mempunyai 2 sisi gelap dan setiap lelaki akan melalui proses pembangunan 4 archetype ini tetapi hanya salah satu akan menjadi paling dominant.

    Orang seperti Kassim Ahmad ialah The Magician - mempunyai rasa ingin tahu, pemikir, pengkaji, penganalisis, idealis. The Magician mahu berkongsi dan mengajar orang lain tentang rahsia yang dia bongkarkan untuk kebaikan semua.

    Sisi gelap The Magician ialah The Manipulator seperti penceramah2 agama yang menjual ketakutan kpd pengikut2 demi kepentingannya sendiri.

    Kassim Ahmad gagal dalam misinya kerana hal-ehwal agama "Islam' melibatkan authority. Sehebat mana pun buku kajian beliau tidak memberi kesan ketara kerana Kassim Ahmad bukan berdepan dengan minda masyarakat secara kolektif tetapi authority penguasa agama.

    Dari pembacaan saya dalam Al-Quran, nabi2 dan rasul2 yang berjaya ialah jenis archetype The King. Dua sifat King ialah : -

    1) Ordering
    2) Provides fertility and blessing

    Contoh terbaik ialah Ibrahim spt diperintah oleh Tuhan supaya kita menjadikan Ibrahim sebagai imam. Ibrahim berjaya memajukan satu lembah tandus menjadi kawasan pertanian atau perladangan yg subur dan produktif. Ini sifat King iaitu menyuburkan Bumi untuk rahmat kepada manusia.

    Begitu juga dgn keturunan Ibrahim spt. Ishak, Yakob, Yusuf, Daud dan Sulaiman - semua nabi ini ialah King - menyuburkan Bumi utk rahmat kpd manusia. Musa hanya berjaya mencapai tahap The Warrior. Isa pula berjaya capai tahap The Magician.

    Saya ambil masa beberapa tahun lagi untuk betul-betul fahamkan archetype KWML. Saya fikir untuk menjadi islamic reformist paling berjaya (seperti Ibrahim, Ataturk) seseorang itu mesti mencapai tahap The King dahulu.

    King pada hari ini tidak semestinya raja, sultan, perdana menteri atau presiden tetapi siapa sahaja lelaki yg berjaya membawa perubahan besar kepada manusia. Contoh spt Elon Musk, dia berjaya merevolusikan infrastruktur elektrik melalui kereta elektrik mampu milik, rangkaian cas, battery lebih murah.

    Hasilnya - kurang pencemaran, teknologi hijau mesra alam, wujudkan byk peluang pekerjaan dan inovasi. Inilah contoh King zaman moden.

    Masalah politik Malaysia skrg kita tidak pernah ada PM mencapai tahap maksima The King. 9 sultan dan raja juga tidak capai tahap ini. Sebab itu saya setuju dgn satu post tuan Ashwed tentang politik Malaysia pertukaran pemerintahan blok politik tidak membawa perubahan langsung malah mungkin lebih teruk. We have no King amongs our politicians.

    Sejak bbrp tahun lepas saya lebih fokus membina sifat maskulin ke arah The King dgn memulakan dua syarikat teknologi (start-up). Mungkin 20-30 tahun lagi apabila berjaya saya fokus pula kpd mereformasikan masyarakat dgn nilai2 sebenar Islam dan Al-Quran.

    Sifat memberontak akan gagal walaupun kita benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la apa yg saudara Zack utarakan. Byk yg masuk akal.

      Delete
    2. saudara buat andaian yg TIDAK tepat : mustafa kamal ataturk "mendahulukan bangsa turki" dari empayar ottoman dibawah pemerentahan arab/parsi... dalam erti kata lain, beliau mendahulukan bangsa sabelum agama. Itu saja! Tidak ubah saperti parti umno yg mendahulukan bangsa melayu atau bangsa yahudi yg mendahulukan bangsa sebelum agama.

      kassim ahmad tidak berbuat sedemikian. beliau hanya mahu al-quran didahulukan dari hadith. itu saja!

      Delete
    3. "reform" yg dilakukan oleh mustafa kemal ataturk HANYA mampu dijayakan di-negara turki kerana sebab yg paling terang sekali... bukankah itu negara bangsa turki? jadi, apabila disoal kembali, "sejauh manakah "reformasi mustafa kemal" dengan mengubah minda masharakat islam sedunia?"

      Delete
    4. ...dari segi istilah... siapakah sebenarnya "islamic reformist" yg saudara maksudkan?

      tentu sekali bukan arwah kassim ahmad kerana didalam blognya, beliau ada menulis,

      "It is high time Muslims return to the teachings of the Quran."

      ... "kembali kpd ajaran al-quran" jelas bukan kata2 dari seorang yg dinamakan "islamic reformist!

      ... "islamic reformist" yg sebenarnya adalah, saperti tulisan dari blog kassim ahmad,

      " Whose crime is it that these mistakes are made? It is the crime, the horrible crime of the famous jurist named, Imam Syafi'e. It was he who stipulated two principal sources, i.e. the Quran and the Hadith. It was not said by the Prophet Muhammad in Surah 69 (Al-Haaqqah) verses 38-48, GOD strongly warns Prophet Muhammad NOT to initiate any other teaching than the Quran, thus making the Hadith(s) fabrications."

      ... dalam erti kata lain, "islamic reformist" adalah imam shafi'i dan kuncu2 yg sewaktu dengannya (tekanan kpd. KUNCU2 yg sewaku dgnnya.)... merekalah yg berjaya mengubah iaitu "reform" minda masyarakat islam... dari hanya satu kitab (al-quran) kpd dua kitab (hadis + al-quran)

      Delete
    5. http://kassimahmad.blogspot.my/2017/08/the-mistakes-muslims-make_21.html

      Delete
    6. saya amat tertarik dgn tulisan saudara di-atas yg berbunyi, "Dari pembacaan saya dalam Al-Quran, nabi2 dan rasul2 yang berjaya ialah jenis archetype The King."

      adakah saudara berpendapat bahwa adakah juga "nabi2 dan rasul2 yg TIDAK berjaya???"

      jika ada yg berjaya MESTIlah ada yg kurang/tidak berjaya, bukahkan lojik begitu?

      bolehkah saudara beri nas2 dari al-quran "to support your gross conjecture!"

      setahu saya, dari al-quran surah/ayat yg berikut:
      #a. 2:136
      #b. 2:256
      #c. 3:84
      #d. 4:152

      Allah tidak membedzakan diantara rasul2 yg telah diutuskan.

      Yang membedzakannya hanyalah "pendapat saudara melalui kajian carl jung/sigmund freud." dalam erti kata lain "your gross conjecture based on the work by jung/freud."

      walhal Allah, yg memilih rasul2nya, TIDAK pun membedzakan diantara mereka itu. setiap dari rasul2 ada tugas yg tertentu yg telah ditetapkan oleh Allah... dan semuanya ada tertulis ddalam al-quran. IKRAQ... bacalah.

      adakah saudara berpendapat nabi isa "kurang berjaya berbanding dgn nabi ibrahim?"

      tetapi ingat, nabi ibrahim diikuti oleh anak dan cucunya (Isaac & Jacob) yg juga dipilih sebagai rasul/nabi tetapi nabi isa diikuti oleh "disciples" atau "scribes" yg bukan bertaraf rasul/nabi. lagi pun, nabi ibrahim hidup lebih +100tahun tetapi nabi isa hanya "wujud" lebih kurang 30+- sahaja.

      yg menjadi persoalannya, kenapa saudara mahu ikut nafsu saudara dgn "membedzakan" diantara rasul2 & nabi2, walhal, Allah melalui al-qurannya dgn nyata TIDAK MEMBEDZAKAN diantara para2 rasul dan juga diantara nabi2 pilihanNYA???

      Delete
  5. Mohon delete komen pertama sy yg tak lengkap dan komen ini

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Izinkan saya membalas di barisan baru.

    Mungkin disebabkan menaip terlalu panjang menggunakan tablet, ada beberapa point ditaip tidak spt yg saya cuba maksudkan.

    Mmg benar Ataturk membawa perubahan fokus kpd bangsa Turki tapi point saya ialah size of impact. Tak kisah sama ada reformist, revolusioner atau apa sahaja istilah, saya maksudkan mereka yg cuba melakukan perubahan yg bertentang dgn tradisi/ortodhoxy masyarakat.

    Saya tak burukkan atau perlekehkan Kassim Ahmad. Apa yg beliau usahakan sangat bagus tapi size of impact tak ketara kerana beliau perlu melepasi authority penguasa agama jika niatnya mahu mengajak orang lain melakukan perubahan minda.

    Sedikit pun saya tak maksudkan terdapat nabi dan rasul yg gagal. Perlu bezakan antara content n context. Kalau saya cakap Ibrahim berjaya sebagai peladang/petani dan Isa berjaya sebagai carpenter, adakah saya membezakan keuda-duanya?

    King, Warrior, Magician, Lover ialah archetype lelaki berjaya. Setiap archetype mempunyai sisi gelap. Contoh archetype The Magician ada dua sisi gelap iaitu The Manipulator dan The Dummy.

    Semua nabi dan rasul ialah lelaki yang berjaya dalam hidup mereka. Yg berbeza size of impact kpd masyarakat sekeliling ketika mereka masih hidup.

    KWML bukan rekaan tetapi kajian saintis dlm bidang psikologi, biologi, sosiologi dan sejarah. Ia wujud dlm DNA kita semua dari proses evolusi. Semua budaya, tamadun ada catatkan unsur2 KWML.

    Boleh baca dan tonton utk pemahaman :

    http://www.masculinity-movies.com/articles/king-warrior-magician-lover

    https://www.youtube.com/watch?v=1pOnHjRK7BU

    Ramai lagi nabi2 dan rasul tidak diceritakan dlm Al-Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam... baiklah sekarang kita ambil tulisan saudara yg terkini...

      "... Mmg benar Ataturk membawa perubahan fokus kpd bangsa Turki tapi point saya ialah size of impact. Tak kisah sama ada reformist, revolusioner atau apa sahaja istilah, saya maksudkan mereka yg cuba melakukan perubahan yg bertentang dgn tradisi/ortodhoxy masyarakat ..."

      soalannya: #1. apakah tradisi/orthodoxy pada masa ataturk... adakah masyarakat diturki waktu itu TIDAK tahu yg mereka itu berbangsa turki???

      #2. Jika masyarakat TAHU mereka memang dilahirkan berbangsa turki... jadi, apakah "perubahan" yg telah ataturk lakukan???

      dalam erti kata lain, apakah "perubahan minda" yg saudara anggap yg telah dilakukan oleh ataturk terhadap orang berbangsa turki dinegara turki?? ( adakah ataturk dapat membuat "perubahan minda" kpd masyarakat yg BUKAN berbangsa turki, saperti kurdis, yahudi, armenian yg tinggal didalam empayar ottoman waktu itu???) dan apakah perbedzaan diantara ataturk dan adolf hitler atau mussolini didalam memperjuangkan kedaulatan bangsa mereka???

      ... bersambung...

      Delete
    2. sekarang kita beralih pula kpd apa yg saudara tulis sbg "size of impact."

      persoalannya : #1. apakah ukuran/kriteria yg saudara gunapakai untuk menentukan "size of impact?"

      sbg contoh... a. berapa orangkah yg bersama nabi ibrahim dilembah yg saudara tulis diatas, ..."...Ibrahim berjaya memajukan satu lembah tandus menjadi kawasan pertanian atau perladangan yg subur dan produktif"... ???

      b. empirical data itu datang dari sumber mana?
      c. berapakah jumlahlahnya (size of impact) yg saudara agak yg membolehkan seseorang nabi/rasul boleh sampai tahap KING?

      soalan2 itu amat penting kerana dari apa yg saudara tulis ada memberi gambaran bahawa seolah-olah saudara tahu jumlahnya... "... Begitu juga dgn keturunan Ibrahim spt. Ishak, Yakob, Yusuf, Daud dan Sulaiman - semua nabi ini ialah King - menyuburkan Bumi utk rahmat kpd manusia..."

      tambah2 lagi bila saudara tulis seterusnya, "... Musa hanya berjaya mencapai tahap The Warrior. Isa pula berjaya capai tahap The Magician..."

      ini soalan tambahan : d. saudara tahukah angka/bilangan untok level "The Warrior" dan jumlahnya untok sampai level "The Magician.."

      ( alamak macam main X-box plak!)

      ... bersambung...

      Delete
    3. sebagai rumusan ( in summary)...

      jika saudara beranggapan bahawa "size of impact" menjadi punca utama sebagai ukuran/kriteria, persoalan2nya :

      #a. berapakah jumlah/angkanya yg menjadi penentuan diantara satu level ke level yg berikutnya?

      #b. jika saorang raja kahwin seorang permaisuri dan permaisuri itu memeluk agama raja, dan rakyat2 dibawah naungan permaisuri pun ikut sama... ini kira berapa orang? satu atau jumlah rakyat permaisuri itu?

      #c. SIAPA-kah yg akan menjadi tuan Hakim untok memberi kata putus???

      ... bersambung...

      Delete
    4. Raja Parameswara masuk Islam, all the subjects pun turut serta.

      Hitler dengan propagandanya. Ramai yang percaya.

      Btw from your writing you macam nada tak puashati. Penuh dengan ???
      Maybe I'm wrong. Chill la. Itu hanya pendapat Zack.

      Peace to all.

      Non

      Delete
    5. Saudi King Salman issues decree to scrutinise use of Hadith

      Saudi Arabia is to monitor interpretations of the Prophet Mohammad’s teachings to prevent them being used to justify violence or terrorism, the Culture and Information Ministry has said.

      In a decree, King Salman ordered the establishment of an authority to scrutinize uses of the “hadith”, accounts of the sayings, actions or habits of the Prophet that are used by preachers and jurists to support teachings and edicts on all aspects of life.

      The ministry said that the body’s aim would be to “eliminate fake and extremist texts and any texts that contradict the teachings of Islam and justify the committing of crimes, murders and terrorist acts”.

      The body will be based in Medina and overseen by a council of senior Islamic scholars from around the world, according to the decree.

      The ministry offered no specific details of how it would work in practice.

      Islamist groups such as Islamic State and al Qaeda have used interpretations of hadiths, numbered in the thousands and pored over by scholars for centuries, to justify violence and to urge supporters to carry out attacks.

      Saudi Arabia’s approach to religious doctrine is important because of its symbolic position as the birthplace of Islam, while its oil exports allow it to fund mosques abroad.

      Its ultra-conservative Wahhabi clergy have been close to the Al Saud dynasty since the mid-18th century, offering it Islamic legitimacy in return for control over mosques and universities.

      The traditional Wahhabi doctrine favours a strict version of Islamic law and a return to early Muslim practices, and views Shi‘ites as heretics.

      https://www.premiumtimesng.com/foreign/246508-saudi-king-salman-issues-decree-scrutinise-use-hadith.html

      Delete