Monday 16 October 2017

US -vs- THEM

Kedamaian buat semua,

Menurut banci terbaru, jumlah rakyat Malaysia berbilang bangsa ialah lebih kurang 31 juta manusia.

Ini bermakna terdapat lebih kurang 31 juta kerenah manusia di bumi ini dengan asas latar belakang yang berbeza.

Adalah mustahil untuk kesemua 31 juta manusia ini bersatu hati di dalam kesemua hal. 

Jika sekiranya ia terjadi saya pasti kita akan menjadi satu kuasa besar utama dunia.

Namun, membayangkan ia berlaku pun sudah menjadi seakan suatu fantasi.

Penyatuan Longgar

Untuk itu, demi mendapatkan pengaruh, para pembesar atau ahli politik mana-mana negara semenjak dari zaman dahulu kala lagi akan mencari suatu common ground supaya jiwa-jiwa ini dapat disatukan.

Dengan penyatuan ini, sedikit sebanyak jiwa-jiwa ini akan dapat digerakkan demi mencapai samada agenda peribadi si ahli politik ini atau mencuba untuk mencapai agenda negara.

Penyatuan klasik yang seringkali disalahgunakan ialah melalui apa yang kita kenali sebagai organisasi agama.

Di sinilah berjuta malah berbillion hati dan sanubari manusia menemui penyatuan.

Namun, menyedari kesilapan yang telah mereka lakukan kerana manusia yang bersatu-padu sukar dimanipulasi, maka para pembesar/ahli politik memecahbelahkan kembali jiwa-jiwa ini melalui konsep mazhab.

Kini, manusia yang bersatu melalui organisasi agama kembali berpecah kepada mazhab-mazhab yang kecil sungguhpun mengakui mempraktis agama yang sama.

Di sebalik semua organisasi agama dan mazhab ini, kini terdapat pula pemecahan yang lebih moden.

Ia dikenali sebagai Parti Politik.

Di sini, penyatuan jiwa-jiwa ini agak pelik kerana sungguhpun mereka menganut organisasi agama dan mazhab yang berlainan, namun, mereka berjaya bersatu pada satu platform kepartian.

Kini, mereka bermusuh pula dengan jiwa lain yang juga berlainan agama dan mazhab yang turut bersatu di platform Parti Politik yang berlainan fahaman dengan mereka.

Pokok pangkalnya, manusia tetap berpecah-belah, menjadikan mereka mangsa mudah untuk para pembesar mempergunakan emosi mereka.

Aliran Pemikiran Baru

Mengapa saya, menulis mengenai perkara di atas ?

Ia adalah kerana saya mendapati terdapat satu sikap buruk yang sangat sukar untuk kita sebagai sebuah masyarakat atasi, walaupun setelah membaca dan memahami Al Quran secara mendalam.

Sikap ini adalah apa yang kita kenali sebagai sikap "Us -vs- Them".

Sikap buruk utama manusia yang menjadikan kita sebagai satu unit besar tetapi sangat mudah dipengaruhi oleh para pembesar tidak kira pembesar agama, politik atau golongan elit.

Ia begitu mendakap masyarakat sehingga apabila kita mendalami sesuatu kita akan cuba mengait diri kita dan kumpulan yang mendalaminya sebagai satu kumpulan berbeza yang mempunyai keistimewaan dari kumpulan lain.

Benarkah begitu ?

Suka saya mengambil contoh mereka yang mengambil jalan mendalami Al Quran.

Kini, terdapat satu ungkapan khas yang digunapakai untuk mengenalpasti golongan ini.

Mereka dikenali sebagai golongan QURANIST atau di dalam Bahasa Arab sebagai Quraniyyun/Ahl-e-Quran.

Nah ! Sebaik sahaja masyarakat memberi nama khas kepada kumpulan ini, maka kumpulan-kumpulan lain akan mula mengenalpasti ciri-ciri khas kumpulan baru ini.

[ Sidang pembaca boleh menyenaraikan ciri-ciri khas Quranist di ruangan komentar artikel ini. Sebagai permulaan izinkan saya menyenaraikan 3 ciri utama Quranist ;

1. Menganggap Quran di tulis oleh Tuhan
2. Bahawa manusia hanya perlu mengikut Al Quran
3. Menolak Hadis ]


Ini adalah kerana dengan mencipta satu nama khas maka secara formal masyarakat kini mengesahtaraf kehadiran kumpulan baru ini.

Menyedari akan hal ini, maka, kumpulan lama secara semulajadi merasa kewujudan mereka terancam.

Mereka berprasangka bahawa ada kemungkinan sedikit sebanyak keistimewaan asas yang mereka kecapi selama hari ini akan tergugat samada dari segi  peluang mencari pasangan hidup, makanan dan keperluan hidup yang lain. 

Sehubungan dengan itu, mereka mula mencari ciri-ciri khas yang boleh membezakan diri mereka dengan kumpulan baru ini.

Ia dilakukan samada untuk mencari keburukan atau kebaikan kumpulan baru ini.

Ia juga akan dijadikan asas keputusan samada menyertai atau menolak kumpulan baru ini.

Kesilapan Yang Berulang

Di sinilah terletaknya kesilapan besar kita sebagai sebuah masyarakat.

Kita sering menganggap bahawa masyarakat kita adalah terdiri dari kumpulan-kumpulan kecil yang wajib kita sertai.

Maka, secara diam-diam kita akan cuba membuat analisa di antara kumpulan-kumpulan kecil ini.

Masalah yang timbul ialah sebaik sahaja kita membuat analisa, kita akan berpendapat dan membuat keputusan bahawa ada satu kumpulan yang lebih istimewa dari yang lain.

Ada satu kumpulan yang lebih bagus dari yang lain. Dari bagus ia menjadi mulia dan akhirnya ia menjadi suci.

Dari situ kita akan mula membeza-bezakan diri kita dengan yang lain.

Yang suci sudah tentu akan memandang sinis pendapat kumpulan lain sementara yang mulia merasakan perlu memerangi kumpulan yang tidak mulia.

Begitulah seterusnya peristiwa demi peristiwa hitam telah manusia lalui. 

Sejarah akan diulang tayang, berputar dengan kisah lama tetapi pemain yang baru dengan latar belakang yang sedikit berbeza.

Menjadikan kita sekali lagi terjerumus menjadi mangsa mudah kepada mereka yang ingin meluaskan pengaruh. Akibat sikap kecil tetapi membawa impak yang sangat besar iaitu sikap "Us -vs- Them".

Cuba kita buat sedikit analisa ringkas mengenai peristiwa-peristiwa besar yang menjadi sejarah hitam manusia ;

a. Holocaust terjadi kerana ____________ ?
b. Penghapusan etnik di Bosnia terjadi kerana _____________ ?
c. Perang Iran-Iraq terjadi kerana _____________ ?
d. Perang Salib terjadi kerana ________________ ?

Apakah satu jawapan sama yang boleh kita isikan di ruangan kosong kepada empat persoalan di atas ?

Bagi saya ia adalah "profiling" sebuah kata nama yang lebih tersusun untuk menerangkan sikap "Us -vs- Them".

Tanpa kita sedari, sikap beza membeza sesama kita inilah menjadi punca utama kepada episod sedih manusia selama hari ini.

A030

"Maka tegakkanlah wajah kamu kepada fitrah/hakikat (deeni) yang lurus - fitrah/hakikat (fit-ra-ta) Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itu fitrah/hakikat (deenu) yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" AQ 30:30

A031

"Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan benarkanlah Dia, dan dirikanlah kesungguhan (solla-wa-ta), dan janganlah jadi daripada orang-orang yang sekutukan" AQ 30:31

A032

"Iaitu orang-orang yang pecahkan fitrah/hakikat (deena) mereka, dan menjadi bergolongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka" AQ 30:32

Kesalahan Intelek

Untuk itu, ia menjadi suatu kesalahan bagi seorang yang mempunyai ciri-ciri Quranist jika beliau cuba membuat kebajikan dengan mendirikan sebuah pusat tahfiz.

Ini adalah kerana kumpulan Quranist menganggap bahawa sebuah pusat tahfiz adalah ciri-ciri yang dikaitkan dengan kumpulan lain yang menjadi musuh mereka.

Begitu juga, kumpulan majoriti akan menangkap individu dari kumpulan lain yang cuba mengenegahkan suatu pemikiran yang berbeza dari yang mereka sarankan selama hari ini.

Yang lebih menyedihkan ialah oleh kerana mereka di pihak majoriti maka mereka mempunyai kesemua kemudahan untuk mengumumkan bahawa perbuatan itu sebagai suatu kesalahan terhadap negara. Walhal, ia hanyalah perbezaan cara fikir sahaja.

Kesemua ini terjadi kerana kita sedang membuat profiling dan sedang menganggap kumpulan kita lebih baik dari kumpulan yang lagi satu.

Kita sedang berbangga dengan kumpulan kita dan sedang menghina kumpulan lain.

Untuk itu, kita perlu sedar bahawa diri kita dan individu lain yang menjadi ahli masyarakat di sebuah negara yang kita huni bukanlah musuh kepada seorang yang lain.

Ahli-ahli masyarakat kita sudah tentulah terdiri dari sanak saudara kita samada dekat atau jauh.

Maka, apakah alasan yang munasabah untuk menganggap mereka ini musuh kepada diri kita.

Mana mungkin, ibu-bapa, adik-beradik, sepupu, ibu saudara, bapa saudara di sebelah kita dan pasangan kita adalah musuh kepada yang lain ?

Apabila kita menganggap mereka ini musuh dengan dikelabui profiling sunni, syiah, kristian, hindu, buddha dan lain-lain maka kita memusnahkan potensi yang ada pada diri kita sebagai sebuah masyarakat.

Namun, sebaliknya jika kita menganggap sunni, syiah, kristian, hindu, buddha dan lain-lain sebagai kaum keluarga kita yang satu, maka secara tidak semena-mena segala kelemahan kita akan bertukar menjadi satu kuasa kebaikan yang sangat besar kerana kita tidak lagi berpecah-pecah.

Untuk pengetahuan semua, Al Quran hanya mengenalpasti satu golongan sahaja.

Golongan ini adalah ;

A078

"Dan bergelutlah kepada Allah dengan pergelutan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan kepada fitrah/hakikat (deeni) kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu sebagai mereka yang damai (muslimeena) dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka dirikanlah kesungguhan (solla-wa-ta), dan murnikanlah ia (tuz-zakka-wa-ta), dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik" AQ 22:78

Perkataan Muslim berasal dari akar kata sin-lam-mim (s-l-m) yang disebut sebagai salam dan membawa maksud damai.

Dengan penambahan awalan (pre-fix) ganti nama ramai maka ia di sebut sebagai muslim dan membawa maksud "mereka yang damai/orang lelaki yang damai".

Muslim bukanlah mereka yang menganut satu jenis organisasi keagamaan dengan jenama "Islam" tetapi secara amnya adalah mereka yang mempunyai suatu pemikiran yang damai.

Tidak kira apa sahaja anutan seseorang itu, jika beliau adalah seorang yang damai, maka beliau layak dipanggil sebagai seorang muslim.

Ini juga bermakna seteru kepada kumpulan ini adalah satu kumpulan sahaja.

Iaitu sebuah kumpulan lain yang juga menjadi seteru dunia sejagat iaitu "mereka yang tidak mahu berdamai" atau lebih mudah dikenali "pengganas".

Kesimpulan 

Membuat kebajikan adalah satu perbuatan baik yang universal.

Ia tidak boleh dipecah-pecahkan dan hanya ditujukan kepada sesebuah kumpulan sasaran sahaja.

Apabila melakukan sebegini maka kita bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai agenda.

Kita bukan lagi membuat kebajikan tetapi hanyalah seorang yang mengguna platform tertentu untuk meluaskan pengaruh kita sahaja.

Sebaliknya jika kita membuat kebajikan tanpa mengira jenis agama, bangsa dan kategori maka kita sebenarnya sedang membuat suatu jenis kebajikan yang paling utama iaitu kita sedang berlaku adil.

A008

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam fitrah/hakikat mu (deeni) dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil” AQ 60:8

Solla(t) membawa maksud kesungguhan atau iltizam atau determination.

Sesungguhnya di Malaysia ini mereka yang berfahaman sunni sedang bersungguh-sungguh menyebar luaskan fahaman mereka.

Saya tidak bersetuju dengan kebanyakkan pendapat mereka.

Namun, mereka bukanlah musuh saya kerana mereka ini adalah ibu dan bapa saya, adik beradik saya, ibu dan bapa saudara saya dan juga sepupu-sepapat saya.

Cukuplah dengan saya sekadar mengatakan bahawa pendapat abah dan mak itu salah kerana itu hanyalah cara fikir mereka sahaja.

Bermusuh dengan mereka bererti saya sedang mengamalkan sesuatu yang saya sendiri sangat anti iaitu menjadi bergolongan.

Kita tidak mungkin menyatukan hati setiap orang di Malaysia ini kerana percubaan sebegitu adalah sesuatu yang bertentangan dengan fitrah/hakikat/deen bahawa manusia ini dijadikan bersuku-suku.

A013

"Wahai manusia, Kami cipta kamu lelaki dan perempuan, dan buat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling benar (taqwa) antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari" AQ 49:13

Ia tidak begitu semulajadi.

Jika kita sebagai seorang "Quranist" merasakan kita sedang berada di jalan yang benar, seorang yang sudah memahami maksud sebenar pelbagai terma di dalam Al Quran.

Maka,  patutlah kita merasa malu kepada diri kita sendiri kerana setelah kita memahami bahawa terma solla(t) itu membawa maksud kesungguhan/iltizam/determination, sebaliknya kita membiarkan sahaja golongan sunni bersungguh-sungguh mendirikan kesungguhan dengan menyebarluaskan fahaman mereka sedang kita sekadar pandai menghukumi mereka itu tidak berada di jalan yang benar sahaja.

Oleh kerana itu, di dalam kegilaan manusia berlumba-lumba untuk menjadi berkumpulan, atas nama kebenaran, cubalah untuk bertoleransi di dalam hubungan kita sesama manusia kerana itu adalah lebih adil kepada kemanusiaan.

Ashwed





17 comments:

  1. 1. Menganggap Quran di tulis oleh Tuhan
    2. Bahawa manusia hanya perlu mengikut Al Quran
    3. Menolak Hadis (Yang tidak selari dengan Quran dan tidak menokok tambah)
    4. Al Quran sebagai buku panduan yang perlu diteliti maksud pengajarannya dan perlu dibaca secara menyeluruh
    5. Al Quran adalah lengkap - apa yang tidak dinyatakan oleh Al Quran adalah naluri logik mengikut tabii peradaban.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    - Al quran sendiri adalah hadis. Selain dari Al quran, hadis yang mana lagi perlu di ikuti?

    - Islam juga berasal dari kata akar sim-lam-mim. Islam juga bermaksud damai. Yakni keadaan yang damai merupakan blessing yang Allah turunkan keatas manusia. Muslim orang yang damai.

    - Kedamaian adalah kehendak asas bagi setiap manusia di atas planet ini. Kedamaian adalah universal. Maka istilah Islam dan mukmin bukanlah pada satu golongan dan satu agama tetapi pada skop yang lebih luas dan terbuka untuk semua manusia.

    - Maka, yg utama adalah mukminin (orang yg beriman) dengan kesungguhan (solla) dan kemurnian (zakka) untuk melakukan cabaran (hajj) dalam menerapkan kedamaian (islam) untuk semua manusia di muka bumi ini menjadi orang yang damai. (muslim)

    Kedamaian melepasi marxist, fascist, socialist, capitalist, teologist.


    ReplyDelete
  3. Wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
    mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi

    Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
    serta kekuatan untuk menentukhan kebenaran yg sejati

    Bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
    dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda

    Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
    bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata

    Ahmad Dhani

    Arip IP

    ReplyDelete
  4. Sila hanyati 28 - ayat dari Surah (59) Al Hasyr/Pengusirsn.

    59:1 Allah disanjung oleh sekelian yang dilangit dan dibumi dan hanya Dia yang Perkasa yang Bijaksana.
    59:2 Dia yang mengeluarkan orang yang tidak percaya dari ahli kitabnya dari daerah mereka dalam pengusiran pertama dan kamu tidak menyangka yang mereka dikeluarkan dan mereka menyangka benteng mereka dapat pertahankan mereka dari Allah maka Allah datangkan dari arah yang mereka tidak jangkakan dan dicampakan kedalam hati mereka perasaan curiga dan mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka dan tangan orang yang amanah maka ambillah iktibar wahai orang yang mempunyai pandangan/visi.
    59:3 Jika tidak Allah mengkitabkan bagi mereka berpindah pasti diazabkan mereka didunia lagi malahan diakhirat mereka diazabkan didalam api.
    59:4 Demikian itu mereka yang menentang Allah dan rasulnya dan sesiapa menentang Allah pasti mendapat pembalasan dahsyat dari Allah.
    59:5 Adakah kamu menebang pepohon dan tinggalkan terdiri tunggulnya maka dengan izin Allah itulah suatu penghinaan bagi orang fasik.
    59:6 Dan apa yang Allah berikan kepada rasulnya harta awam adalah dari mereka maka jangan kamu tergesa-gesa mendapatkan kuda tunggangan malahan Allah yang memberikan kekuasanya kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah yang berkuasa keatas segalanya.
    59:7 Apa yang Allah berikan kepada rasul dan penduduk negerinya adalah pembahagian dari Allah bagi rasulnya dan kerabat terdekat dan anak yatim dan orang miskin dan pengembara supaya dianya jangan hanya beredar diantara orang kaya dikalangan kamu dan apa yang diberikan rasulnya kepadamu maka ambillah dan apa yang ditegah darinya maka hentikanlah dan prihatinlah hanya kepada Allah malahan Allah sangat dahsyat akibat pembalasanya.
    59:8 Dan bagi orang yang memerlukan dan yang berhijrah dan yang diusir dari daerah mereka dan dirampas harta yang mereka mendapatkanya dari kurnian dan keredhaan Allah dan mereka menolong Allah dan rasulnya maka mereka itulah orang yang benar.
    59:9 Dan orang yang menetap sebelumnya didaerah itu mereka amanah dan menyukai orang yang berhijrah ketempat mereka dan tidak berhajat pemberian apa pun dari penghijrah itu malahan mereka berusaha mendapatkanya sendiri walaupun dalam kesusahan malahan sesiapa terpelihara dari ketamakan pasti dianya mendapat kejayaan.
    59:10 Dan orang yang datang sesudah mereka berkata Pemelihara kami ampuni kami dan saudara kami dan orang terdahulu yang amanah dan jangan jadikan hati kami dendam atau dengkikan orang yang amanah malahan hanya Pemelihara kami yang Penyantun yang Penyayang.
    59:11 Tidakkah kamu perhatikan orang munafik berkata kepada saudaranya orang yang tidak percaya dari ahli kitab jika kamu diusir keluar pasti kami keluar bersamamu dan kami tidak mentaati sesiapa selain kamu selamanya dan jika kamu bersengketa pasti kami menolong kamu tetapi Allah menyasikan yang mereka berdusta dengannya.
    59:12 Sekiranya kamu diusir pasti mereka tidak ikut keluar bersamamu dan jika kamu bersengketa mereka tidak menolong kamu dan jika mereka menolong sekali pun mereka berpaling kemudianya malahan mereka tidak memberikan pertolongan sedikit pun.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  5. bsmbg,

    59:13 Malahan dalam hati mereka lebih ditakuti kamu dari Allah kerana mereka itu kaum yang tidak faham.
    59:14 Mereka tidak bersatu denganmu jika bersengketa melainkan dikawasan terkepong atau berselindung disebalik tembok dan mereka bermusuhan sesama sendiri sedang kamu beranggapan mereka bersatu malahan mereka berpecah maka mereka itulah kaum yang tidak berfikir.
    59:15 Seperti orang yang sebelum mereka ditimpakan azab dahsyat maka hampir mereka juga ditimpa bencana yang sama dalam urusan mereka malahan bagi mereka azab yang dahsyat.
    59:16 Misalan syaitan ketika dia berkata kepada manusia ingkarlah kamu dan apabila kamu ingkar dia berkata aku berlepas diri dari kamu dan aku takutkan Allah Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
    59:17 Maka akibatnya mereka didalam api dan berkekalan didalamnya demikian itulah pembalasan bagi orang yang zalim.
    59:18 Wahai orang yang amanah prihatinlah Allah dan setiap jiwa telah ditentukan urusanya untuk besok dan prihatinlah Allah malahan Allah mengetahui segala apa yang kamu lakukan.
    59:19 Dan jangan kamu menjadi seperti orang yang melupai Allah maka akan dijadikan mereka melupai dirinya malahan mereka itulah orang fasik.
    59:20 Tidak sama penghuni api dengan penghuni syurga malahan penghuni syurga itulah orang yang berterusan tambahan ganjaran bagi mereka.
    59:21 Sekiranya Kami turunkan -lqur’aana ini kepada gunung pasti kamu melihat dianya hancur berkecai takutkan Allah itulah misalan Kami cetuskan bagi manusia supaya mereka merenungkanya.
    59:22 Dia Allah! tiada tuhan melainkan Dia yang Mengetahui yang Ghaib dan yang Menyaksikan malahan Dia yang Pemurah yang Penyayang.
    59:23 Dia Allah! tiada tuhan selain Dia Pemerintah yang Suci yang Sejahtera yang Amanah yang Bertanggungjawab yang Perkasa yang Bangga yang Agung maka Allah disanjung dari apa yang mereka sekutukanya.
    59:24 Dia Allah yang Mencipta yang Membentuk dan bagi Dia nama-nama terbaik dan Dia disanjungi oleh sekelian yang dilangit dan yang dibumi dan Dia yang Perkasa yang Bijaksana.

    Sekian.

    ReplyDelete
  6. Salaamun Alaikum, pak kassim berdamai..mereka majoriti

    https://m.youtube.com/watch?v=dtfb17buK-k

    https://youtu.be/f8g1V82Tfm8

    https://youtu.be/z07m7Io6GRY

    ReplyDelete
  7. Brilliant ... I so resonate with this!

    ReplyDelete
  8. Salam...

    i maybe wrong but i believe it was 'them' who labelled 'us' as Quranist... just like 'them' that started the only for 'them' laundry...

    tolerance has taken a back seat... *sigh

    becks

    ReplyDelete
  9. Plse refer this;

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
    103. Al-’Asr
    [1]
    Demi Masa!
    [2]
    Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
    [3]
    Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Lately ada yang berpesan-pesan ala Taliban. Semoga Malaysia jauh dari unsur-unsur begini. Satu buku pun tak cukup nak list games yang haram main. Baru games. Tak masuk lagi bab lain.

      Boleh ikut saranan Sultan Johor pi tinggal dalam gua yang jauh dalam hutan. Macam cerita 'The village' doq dalam hutan (bukan gua). Macam-macam rules dibuat.

      Just basic rules la. Quran pun outline basic rules. Manusia ni kekadang terlebih creative and paranoid. Banyak sangat benda cannot. Jenuh nak ingat. Silap sikit berdentum-dentum hukuman yang nak diberi. Mengalahkan Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

      Non

      Delete
  10. "join us or against us" - akan dianggap musuh jika bukan ahli..

    satu ungkapan yang membenci perpaduan

    ReplyDelete
  11. Apabila ada antara kami tidak bersetuju dengan pembukaan tahfiz, tidaklah bermaksud kami suruh tuan ashwed bermusuh dengan sesiapa atau menjadikan ia satu kesalahan.

    Namun jika ingin buka sekolah, bukankah lebih baik buka sekolah yang dapat menghasilkan lebih ramai pelajar yang berfikiran terbuka daripada diindoktrin dengan satu fahaman.

    Lagipun lebih baik buka sekolah yang merangkumi pelbagai kaum, berbanding pada satu kelompok sahaja.

    Paling kurang agendanya adalah untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang. Jika tiada agenda, apa makna buka sekolah tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..kita tak perlu hasilkan lebih ramai orang seperti zamihan atau ustad shahul..

      Delete
    2. Salam.

      Seperti kes di Marawi, kanak-kanak yang pergi ke madrasa telah diajar oleh guru iaitu boleh membunuh non-believer. Malahan ada field trip ke training camp.

      Kanak-kanak rasa teuja sebab dapat memegang dan menggunakan senjata. Rasa cool.

      Despite this ada juga keluarga Islam yang menolong keluarga Kristian. Ini baru Muslim. Yang membunuh sewenangnya adalah syaitan.

      Non

      Delete
  12. Selamat tuan ashwed,

    Saya sedikit gusar dengan perkataan solat = iltizam atau kesungguhan dan Islam = damai atau peace. Ini kerana jika kita meneliti dengan terperinci ia bukanlah maksud sebenar perkataan tersebut. Sebagai contoh pada Al-Quran 52:38 dan 6:35 perkataan س ل م juga diberi maksud tangga. Begitu juga dengan perkataan صلاة yang berakar dari ص ل . Yang jelas bermaksud Join atau hubung.
    Saya merasakan kita perlu hentikan memberi maksud lain kepada ayat Quran.
    Kita harus kembali kepada maksud perkataan arab yang sebenar.

    Jika kita melihat jauh ke dalam sesuatu perkataan sebagai contoh zakar,lelaki,peringatan,ingat berakar dari perkataan yang sama iaitu ذكر. Saya amat berharap kita tidak sewenang-wenang mengubah maksud perkataan Al-Quran seperti yang berlaku kepada Ghulam Ahmad Parwaiz DLL ,mereka mengubah dan memberi maksud lain dari maksud sebenar Al-Quran.

    Saya ingin mengajak kita merenung apa yang saya Paham dari ayat quran

    Surah Aal-e-Imran, Verse 7:
    هُوَ الَّذِي أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

    Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
    (Sheikh Muhammad Basmieh)

    Perkataan yang saya lihat iaitu واخر dengan jelas berasal dari akar huruf خ ر yang bermaksud fall down or collapse sebalik penterjemah kebanyakannya menterjemah other atau lain yg berakar ا خ ر yg juga membawa maksud hereafter,next,other..akhirat berasal dari akar ini.
    Sekiranya diteliti ayat diatas maka saya dapati perkataan ,واخر sebenarnya kata imperatif memberi maksud menjatuhkan atau to collapse mutasyabihat Yang ada didalam qalbu orang. Ini jelas bahawa Allah menyatakan bahawa ayat quran yang muhkamat lagi induk kitab menghapuskan mutasyabihat yang ada dalam hati orang. Ini bertambah jelas dengan melihat tiada perkataan ayat sebelum mutasyabihat didalam teks Arab.

    Maka jelas untuk saya yang Al-Quran tiada ayat yang samar-samar maksudnya. Maka barulah Al-Quran dikatakan dapat memberi petunjuk kepada manusia.
    Bayangkan jika setiap orang sesuka hati mengubah maksud Al-Quran seperti ayat diatas. Bagi saya ini berlaku kerana ada orang yang ingin authority supaya hanya mereka saja yang mampu memberi maksud Al-Quran. Sedangkan maksud setiap perkataan ada yang telah diubahsuai maksudnya. Ini menyebabkan ada ayat Quran tidak dapat difahami disebabkan pengubahsuaian maksud. Seperti perkataan Arab yang terkenal iaitu haram. Jelas memberi maksud larang dan bukannya suci tetapi bahasa parsi haramat memberi maksud suci. Oh ya, baru saya teringat yang 6 buah kitab hadith semuanya ditulis oleh orang parsi!
    Terima kasih saudara aswed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I check makna haramat.
      Bawah ni maksud bagi orang Iraq.
      Haramat (حرامات) – This word is used to say “what a shame” or “regrettably”.

      http://www.barakabits.com/2014/09/11-words-iraqis-understand

      Ada district di Iraq namanya al-Haramat.

      Check guna goggle translate, bermaksud reverence.

      Learn new word today. Thanks.

      Non

      Delete
    2. Salam Ir..

      2 things;

      (1) I agree with this 'Kita harus kembali kepada maksud perkataan arab yang sebenar.'
      (2) BUT I totally disagree with this 'Saya merasakan kita perlu hentikan memberi maksud lain kepada ayat Quran.'

      going back to number 1 above, identifying the 'real' meaning behind every arabic words in the Quran from my opinion is among the best (but not the only best) approach for you, me and anyone who is attempting to research to understand the message of the Quran. after reading quite a lot of different translations, I find that the popular Quran translations of today are like only a miserable 40 percent correct because of influences from outside the Quran such as biblical books and fairy tale hadiths are being used to give meanings to certain words.

      as for number 2, the reason I disagree with this is simply because nobody/no one on this planet was/is given any type of authority to set any boundaries or limits in their quest to study, learn and understand the Quran. there is no right or wrong here. Afterall, those who 'seek' shall be guided right??

      referring to Surah Imran [3:7], the majority understands that 'ayatun' is translated as 'words/verses' (in malay as ayat/ayat-ayat). but the arabic or Quranic word (perkataan) for 'words/verses/ayat-ayat' is kalimah (kaf lam mim). so, what is the meaning for 'ayatun'then??

      [2:106] We do not duplicate a sign (ayah), or make it forgotten, unless We bring one which is like it or even greater. Did you not know that God is capable of all things?

      'We do not duplicate words/verses/ayat-ayat or make it forgotten??'

      now this changes the entire message of [3:7]. is Muhkam and Mutashaabih referring to what now??

      the search for thruth continues..

      becks

      Delete