Friday 5 January 2018

Doa Awal Tahun

Kedamaian Buat Semua,

"PELIHARALAH KAMI DARI KEB_D_HAN YANG MELAMPAU"



  

Mungkin bagi para pembaca yang baru pertama kali membaca blog ini merasakan saya mempunyai pemikiran prejudis memandangkan fahaman saya yang berbeza.

Untuk itu, saya sertakan di sini video dari seorang agamawan popular yang sering memberi ceramahnya di tanahair kita.


  

Saya rasa tak perlu pun kita mendengar Ustaz Azhar Idrus memberi jawapan sarkastik sebegini baru masyarakat kita boleh berfikir. Jika ditanya kepada anak saya yang masih di pra-sekolah pun, saya pasti beliau boleh memberi jawapan yang munasabah.

Ke manakah perginya daya pemikiran kita sehingga sampai begitu teruk sekali kita dikorupkan oleh agama ciptaan manusia ?

Mula-mula memang ketawa bila melihat video di atas. 

Lama sedikit ia menyebabkan kita berfikir. 

Lebih lama kemudian, ianya pasti membuatkan kita menjadi sedih dan pilu melihat masyarakat yang tentunya terdiri dari ibu-bapa, adik-beradik, keponakan, orang kampung kita menjadi sebegini.

Ashwed
 

10 comments:

  1. penguasaan politik dgn menggunakan agama dgn cara menghukum dan menakutkan org ramai adalah salah satu punca melayu tidak dpt mengenal jati diri yg sebenar...melayu amat ‘takut’ dgn perkataan dosa/haram/neraka/murtad/sesat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini satu fitnah dan penghinaan yg besar kpd Nabi bila tuduh Nabi yg ajar minum urine unta. Juga ini menghina Islam secara keseluruhannya.

      Bila ayat quran suruh Nabi guna akal ie Quran 10:100 And no soul can believe except by the permission of ALLAH. And HE causes HIS wrath to descend on those who would not use their judgment
      Dah tentu Nabi tak ajar minum urine unta ni.

      Agamawan selalu dakwa depa lah pewaris nabi dan dakwa sgp mati pertahankan nabi dari mereka (esp. non.muslim) yg hina nabi cth charlie hebdoo etc, tapi dlm kes ini agamawan lah yg sebenarnya hina dan fitnah Nabi.

      Delete
  2. Hayatilah 55 ayat dari Surah Al Imran;

    3:1 Alif laam miim.
    3:2 Allah tiada tuhan selain Dia yang hidup dan terdiri sendiri.
    3:3 Dia yang menurunkan kepadamu kitab dengan benar dan membenarkan apa yang sebelumnya dan Dia yang menurunkan -ttauraata dan injiila.
    3:4 Sejak dahulu menjadi petunjuk kepada manusia dan Dia yang telah menurunkan -lfurqaana sesungguhnya orang yang tidak percaya dengan ayat-ayat Allah bagi mereka azab yang sangat dahsyat hanya Allah yang Perkasa dan yang memiliki ketepatan kepada setiap janjiNya.
    3:5 Allah tidak sembunyikan sesuatu mahu pun dibumi atau dilangit.
    3:6 Dia yang mencipta kamu didalam rahim ibu kamu seperti yang Dia kehendaki maka tiada tuhan selain Dia yang Perkasa yang Bijaksana.
    3:7 Dia yang menurunkan kepadamu kitab darinya ayat-ayat muhkamaatun itulah ummulkitaabi dan selainya mutasyaabihaatun maka orang yang hati mereka menyeleweng mengikuti yang maatasyaabaha darinya bagi menimbulkan fitnah dengan tafsiranya dan tidak mengetahui tafsiranya melainkan Allah dan orang yang mendalami ilmu kajian darinya berkata kami amanah kesemuanya datang daripada Pemelihara kami dan tidak mengingatinya melainkan orang yang bijaksana/-l albaabi.
    3:8 Wahai Pemelihara kami janganlah Kamu selewengkan hati kami setelah diberi petunjuk dan rahmat dari sisiMu sesungguhnya hanya dari Kamu kami mengharapkan segala pemberian.
    3:9 Wahai Pemelihara kami yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan didalamnya dan pasti Allah tidak mungkiri janjiNya.
    3:10 Sesungguhnya orang yang tidak percaya tiada baginya kekayaan harta dan anak-anak dari Allah sedikit pun malahan mereka itu pasti dijadikan bahan bakar apinya.
    3:11 Sepertimana pengikut fir’auna dan orang yang sebelum mereka yang mendustakan ayat-ayatNya maka Allah azabkan mereka atas dosa-dosa mereka malahan azab Allah sangat dahsyat.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  3. smbg,

    3:12 Katakan kepada orang yang tidak percaya kamu pasti diatasi dan dihimpunkan kedalam jahaanama seburuk-buruk tempat rehat bagimu.
    3:13 Pasti telah datang kepadamu tanda-ayat dua golongan yang bertemu dan bersengketa dijalan Allah dan yang lainnya tidak percaya dan mereka melihat keduanya sama seperti mereka dan Allah meneguhkan dengan pertolongaNya kepada sesiapa dikehendaki maka demikian itulah suatu pelajaran bagi orang yang berpandangan luas.
    3:14 Diilusikan indah bagi manusia kepada cinta dan berahi terhadap perempuan dan anak-anak dan kemewahan dari emas dan perak dan tunggangan terhebat dan ternakan dan ladang maka itulah kesenangan duniawi malahan disisi Allah penginapan yang terbaik.
    3:15 Katakan mahukah aku khabarkan kepadamu yang lebih utama dari yang demikian itu yang tersedia bagi orang yang prihatin sesungguhnya disisi Pemeliharamu terdapat syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai mereka berkekalan didalamnya dengan pasangan yang disucikan dan yang diredhai Allah malahan Allah memerhati sekelian hambanya.
    3:16 Orang yang berkata wahai Pemelihara kami, kami telah amanah maka ampunilah kesalahan kami dan jauhilah kami dari azab apiMu.
    3:17 Orang yang sabar dan orang yang benar dan orang yang taat dan orang yang menafkahkan dan orang yang mohon keampunan hingga dinihari.
    3:18 Allah menyaksikan tiada tuhan melainkan Dia dan para malaikat dan orang yang berilmu dan yang menegakkan keadilan juga bersaksikan tiada tuhan selain Dia yang Perkasa yang Bijaksana.
    3:19 Sesungguhnya -ddiina disisi Allah adalah -lislaami dan tidak berselisih orang yang diberi kitab melainkan setelah datang kepada mereka pengetahuanya dan keangkuhan diantara mereka dan sesiapa ingkar dengan ayat-ayat Allah pasti Allah pantas menghitungnya.
    3:20 Jika mereka berhujah denganmu katakan aku menyerah kehidupanku dan sesiapa yang mengikuti aku kepada Allah dan katakan kepada orang yang diberi kitab dan yang belum diberikan apakah mereka sudah berserah sekiranya mereka berserah pasti mereka mendapat petunjuk dan sekiranya mereka berpaling maka tugas kamu menyampaikan yang benar malahan Allah yang perhatikan sekelian hambanya.
    3:21 Sesungguhnya orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan yang hapuskan para nabi tanpa hak dan mereka yang menyeru kepada keadilan dikalangan manusia maka khabarkan kepada mereka berita gembira ini dengan azab yang dahsyat.
    3:22 Mereka itulah orang yang dilupuskan amalan mereka didunia dan diakhirat dan tidak diberi pertolongan kepada mereka sedikit pun.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  4. smbg,
    3:23 Tidakkah kamu perhatikan orang yang diberikan kitab dan diseru supaya mengikuti kitab Allah bagi dijadikan hukum diantara mereka kemudian sebahagian berpaling dan sebahagian lagi berundur darinya.
    3:24 Dan mereka telah berkata tidak menyentuh kami apinya melainkan beberapa hari yang dihitung demikian itulah mereka telah terpedaya dengan -ddnihim yang mereka sendiri mengadakanya.
    3:25 Bagaimana ketika Kami himpunkan mereka pada hari tiada keraguan didalamnya dan disempurnakan balasan sepenuhnya kepada setiap jiwa atas apa yang mereka usahakan dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
    3:26 Katakan hanya Allah Pemelihara kami yang berkuasa keatas sekelian penguasa dan Dia yang memberi kuasa kepada sesiapa dikehendaki dan melucutkanya dari sesiapa yang dikehendaki dan dimuliakan sesiapa dikehendaki dan menjadikan hina sesiapa dikehendaki dan ditangan Dia keutamaan malahan Dia yang berkuasa keatas segalanya.
    3:27 Dan dimasukkan malam kedalam siang dan siang kedalam malam dan mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup dan memberi rezeki kepada sesiapa dikehendaki tanpa perhitungan.
    3:28 Bagi orang yang amanah janganlah hendaknya kamu ambil orang yang tidak percaya sebagai pemimpin dan sesiapa melakukanya maka dia bukan dari Allah kecuali orang yang perihatin diantara mereka maka keperihatinan dan peringatan hanya dijiwaii dari Allah malahan hanya kepada Allah tempat kamu dikembalikan.
    3:29 Katakan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan atau zahirkan dalam dadamu dan Dia mengetahui apa yang dilangit dan dibumi dan hanya Allah yang berkuasa keatas segalanya.
    3:30 Dan pada hari apabila setiap jiwa didatangkan apa yang dilakukan dari keutamaan dan keburukan pasti didedahkan maka mereka inginkan dianya ditangguhkan kepada suatu masa yang jauh malahan Allah mengingatkan bagi setiap jiwa hendaklah mengigati Allah sebanyaknya malahan Allah menghormati sekelian hambanya.
    3:31 Katakan jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku dan Allah pasti mencintai kamu dan diampunkan segala kesalahanmu dan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    3:32 Katakan taatilah Allah dan rasulnya jika kamu berpaling sesungguhnya Allah tidak mencintai orang yang tidak percaya.
    3:33 Sesungguhnya Allah memilih aadama dan nuuhan dan keluarga ibraahiima dan keluarga ‘imraana bagi seluruh alamnya.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  5. smbg,
    3:34 Suatu keturunan sebahagianya dari sebahagian yang lain dan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.

    3:35 Ketika berkata puan -imraana Pemeliharaku aku bernazar kepadaMu apa yang didalam rahimku ini seorang yang dedikasi maka terimalah dariku dan hanya Kamu yang Mendengar yang Mengetahui.
    3:36 Apabila dilahirkan dia berkata Pemeliharaku sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan maka Allah lebih mengetahui apa yang dia lahirkan dan bukanlah anak lelaki seperti anak perempuan dan aku namakan dia maryama dan sesungguhnya aku dan keturunanya pasti berlindung kepada Kamu dari syaitan yang direjam.
    3:37 Pemeliharanya menerima anaknya dengan penerimaan terbaik dan membesar dengan pembesaran yang terbaik dan dididik oleh zakariiyaa setiap kali zakariiyaa masuk diruang khas didapati ada rezeki maka dia berkata wahai maryamu dari siapakah rezeki ini, dia berkata dari Allah dan Allah memberi rezeki kepada siapa dikehendaki tanpa perhitungan.
    3:38 Disitu juga zakariyyaa berdoa kepada Pemeliharanya dengan berkata Pemeliharaku berikan kepadaku dari sisi Kamu zuriat keturunan yang terbaik sesungguhnya hanya Kamu yang mendengar doaku.
    3:39 Maka malaikat menyeru dia yang sedang berdiri diruang khas sesungguhnya Allah menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan yahyaa yang benar dari kalimah Dia dan dianya seorang sayyidan yang suci dari keaiban dan seorang nabi yang soleh.
    3:40 Dia berkata Pemeliharaku mana mungkin bagiku mendapat anak lelaki sedangkan aku tua dan puanku mandul maka Allah berkata demikianlah Aku berkuasa mengadakan apa yang Aku kehendaki.
    3:41 Dia berkata Pemeliharaku berikan aku suatu syarat maka Dia berkata syaratnya kamu dilarang berkata-kata dengan sesiapa selama tiga hari melainkan dengan bahasa isyarat dan ingatlah Pemeliharamu sebanyak mungkin dan sanjungi Dia ketika pagi dan petang.
    3:42 Dan ketika berkata malaikat wahai maryamu sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan Dia mensucikan kamu dan Dia memilih kamu dari sekalian perempuan dari seluruh alamnya.
    3:43 Wahai maryamu taatilah dan patuhilah Pemeliharamu dan merendah dirilah bersama orang yang patuh.
    3:44 Inilah berita ghaib Kami ilhamkan kepadamu dan kamu tidak berada disisi ketika mereka ‘melemparkan pena’ siapa yang akan memelihara maryama dan kamu tidak berada disisi ketika mereka bertengkar.

    bsmng,

    ReplyDelete
  6. smbgn,
    3:45 Dan berkata malaikat wahai maryamu Allah menyampaikan khabar gembira dengan kalimahnya, namanya ‘iisaa almasiihu ibnu maryama dan dia terkenal didunia dan diakhirat dan dia orang yang didekatkan.
    3:46 Dan dia akan berucap kepada manusia sejak dari buaian hingga kepada kedewasanya dan dia darinya adalah diantara orang yang soleh.
    3:47 Dia berkata Pemeliharaku bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak sedangkan aku belum pernah disetubuhi sesiapa dari manusia maka berkata, Allah mencipta apa sahaja yang dikehendaki dengan hanya berkata jadilah! maka dianya pasti terjadi.
    3:48 Dan diajarkan -lkitaaba dan -lhikmata dan -ttauraata dan -linjiila.
    3:49 Dia seorang rasul dari banii israaiila dan pasti didatangkan kepadanya tanda-ayat dari Pemeliharamu dan dia berkata aku mencipta sesuatu dari tanah berbentuk seperti burung dan aku tiupkanya maka jadilah dianya burung dengan izin Allah dan aku sembuhkan sibuta dan sisopak dan dapat pulehkan orang yang dihampiri kematian dengan izin Allah dan khabarkan apa yang kamu makan dan simpan dirumahmu demikian itulah tanda-ayat dari Allah jika kamu orang yang amanah.
    3:50 Dan mengesahkan apa yang ditanganku -ttauraati yang menghalalkan sebahagian apa yang telah diharamkan bagimu dan aku datang dengan tanda-ayat dari Pemeliharamu maka prihatinlah Allah dan taati Dia.
    3:51 Dan hanya Allah Pemeliharaku dan Pemeliharamu maka berkhidmatlah kepada Dia dan inilah jalan yang lurus.
    3:52 Ketika ‘iisa menyedari keingkaran mereka dia berkata siapa penolong Allah berkata penyokong setianya kami penolong Allah dan kami amanah kepada Allah maka saksikan kami orang yang berserah.
    3:53 Pemelihara kami, kami amanah kepada apa yang diturunkan dan kami mentaati para nabi Kamu maka kitabkan kami sebagai saksi Kamu.
    3:54 Mereka telah merancang muslihat terhadap Allah malahan Allah yang terutama perancang segala muslihat.
    3:55 Ketika Allah berkata wahai ‘iisa Aku akan mengambil dan mengangkat kamu kepadaKu dan mensucikan kamu dari orang yang tidak percaya dan menjadikan pengikut kamu mendominasi orang yang tidak percaya sehingga hari kebangkitan kemudian kepada Aku tempat kembali mereka maka Aku hukum mereka atas apa yang mereka pertikaikan.

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. mana tahu kalau saudara ashweed berminat

    Semasa Saidina Umar peluk agama Islam, Saidina Umar sudah punyai anak perempuan besar bernama Hafsah. Hafsah itu kemudiannya berkahwin dengan Nabi saw.

    Kalau Saidina Umar ada anak perempuan yang sudah dewasa semasa peluk Islam, masa bila pula Saidina Umar bunuh anak perempuannya?

    Kalau Saidina Umar bunuh anak perempuan masa kecil, siapa nama anak perempuan itu pula?

    Justeru, dakwaan Saidina Umar membunuh anak perempuan semasa zaman sebelum masuk Islam adalah kisah palsu dan tidak benar sama sekali.

    Ramai pengkaji mendakwa, kisah ini diambil dari riwayat syiah yang menyusup masuk dalam kalangan ucapan pendakwah sunni tanpa disedari.

    Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  8. Hehehe...
    Tak perlu belajaq agama dah boleh pikiaq air kencing takbley buat minum.

    In India some people obsessed with cow urine. Macam-macam la depa buat buat dengan urine tu.

    Klu ikut teknologi NASA guna semula air kencing maybe different story. But... tak tau la tergamak nak minum.

    If they willing to drink the urine, itu depa punye choice la.

    But still hairan ada juga yang nak tanya soalan pasal minum urine unta ni. No common sense.

    Non

    ReplyDelete
  9. Salam Non! sebab tak beleh guna 'common sense' laa! Allah hentam negara yang paling ramai umat 'sluuummmm' dengan SUNNAMI thn 2004 dulu, tapi P.Ramlee sebut 'MINNAMI' ha2!

    ReplyDelete