Thursday 11 January 2018

Politik : Perkara 3 - Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Kedamaian Buat Semua,

Pada beberapa bulan lepas, saya dikunjungi seorang veteran Al Quran.

Beliau adalah bekas ahli korporat yang amat dikenali di zamannya. 

Kami banyak berbicara mengenai kehidupan, diselang-seli dengan cerita-cerita  mengenai rakan-rakan Al Quran lain yang sudah sekian lama saya tidak sertai.

Pesan beliau yang akan sentiasa saya ingati ialah supaya saya mengambil langkah-langkah yang pro-aktif agar tidak terperangkap tinggal di dalam satu daerah pemikiran sahaja sepanjang hidup saya.

Beliau adalah seorang yang percaya kepada slogan "bikin" bukan "gebang" iaitu suatu metod pragmatik untuk mengecapi jannah.

Di dalam perbualan kami itu, entah macamana saya berjanji untuk menulis sebuah artikel mengenai Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan Malaysia usai perbincangan mengenai isu dobi mesra muslim di Johor.

Oleh yang demikian, bagi memenuhi janji, saya nukilkan serba sedikit buah fikiran saya mengenai Perkara 3 dan mengapa terdapat beberapa pihak di negara ini telah melampaui kuasa (ultra vires) yang diberikan undang-undang kepada mereka.

Agama bagi Persekutuan
 
3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
 
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
 
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
 
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
 
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Persekutuan

Persekutuan Malaysia adalah terdiri dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Sabah dan Sarawak yang membuat Perjanjian untuk bersekutu membentuk Malaysia.

Sebelum negeri-negeri ini membentuk Persekutuan, rakyat di negeri-negeri ini adalah menjadi subjek Sultannya (Sarawak di bawah Rajah) kecuali Negeri-Negeri Selat dan Sabah yang menjadi subjek Ratu England.

Ini bermakna jika Persekutuan Tanah Melayu tidak terbentuk, kita hanya layak di gelar sebagai rakyat Selangor, Kelantan, Terengganu atau Pahang dll sahaja bukan sebagai rakyat Malaysia. 

Kepala bagi Persekutuan adalah Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih secara bergilir di antara 9 Sultan negeri-negeri Tanah Melayu.

Kita mengamalkan Demokrasi jenis Raja Berperlembagaan di mana kuasa Raja-Raja Melayu yang dulunya tidak terbatas kini dibataskan melalui Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. 

Perlu diingat bahawa apa yang saya tulis di ruangan hanyalah sejarah ringkas Persekutuan Malaysia sahaja tanpa mengambil kira sejarah-sejarah yang lebih terperinci pra kurun ke-20.

Perlembagaan Persekutuan

Selepas membentuk Persekutuan Malaysia, negeri-negeri ini bersetuju untuk menggunapakai Perlembagaan Persekutuan sebagai garisan utama undang-undang yang mengawal pentadbiran dan rakyat yang hidup di dalamnya.

Pada artikel ini, saya tidak bercadang untuk pergi jauh membincangkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tetapi sekadar berbincang mengenai realiti Artikel 3 Perlembagaan tersebut sahaja.

Untuk memudahkan pemahaman, elok kita ketahui bahawa di dalam memerintah Persekutuan Malaysia. Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri dibahagi kepada bidang kuasa masing-masing.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan berdasarkan Senarai Persekutuan adalah seperti berikut :-
1) Hal-ehwal luar negara: Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra.
2) Pertahanan negara: Kementerian Pertahanan
3) Keselamatan dalam negeri: Jabatan Polis, Imigresen.
4) Undang-undang dan kehakiman/keadilan: Mahkamah Awam Sivil dan Jenayah.
5) Kewarganegaraan persekutuan: Jabatan Pendaftaran Negara.
6) Jentera Kerajaan: Kementerian, jabatan dan agensi awam
7) Kewangan: Kementerian Kewangan, Bank Negara, Perbendaharaan Negara.
8) Perdagangan dan perusahaan: MITI, MATRADE
9) Perkapalan dan pelayaran; Perikanan: Kementerian Pengangkutan.
10) Perhubungan dan Pengangkutan: Kementerian Pengangkutan.
11) Kerja-kerja persekutuan: Kerja Raya dan Pembekalan utility.
12) Kerja penyelidikan/siasatan: Bancian , penyelidikan sains dan teknik
13) Pelajaran: Pelajaran Persekutuan.
14) Ubat dan kesihatan: Kementerian Kesihatan.
15) Buruh dan Keselamatan social: Kementerian Tenaga Manusia dan Jabatan Buruh.
16)Hari Pelepasan Persekutuan: Jabatan Perdana Menteri
17) Akhbar dan penapisan: Kementerian Keselamatan
18) Syarikat Kerjasama: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
19) Pelancongan: Kementerian Pelancongan
20)Kebajikan orang asli: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Pembahagian Kuasa perundangan berasaskan Senarai Bersama :-
1) Kebajikan Masyarakat
2) Biasiswa
3) Ternakan
4) Perlindungan binatang dan burung liar.
5) Perancangan Bandar dan kampung.
6) Pemaritan dan pengairan
7) Pemulihan tanah perlombongan
8) Pemulihan tanah perlombongan.
9) Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar.
10) Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit.
11) Perumahan.
12) Kebudayaan dan sukan.

Pembahagian Kuasa Perundangan berasaskan Senarai Negeri :-
1) Hal ehwal agama Islam
2) Tanah
3) Pertanian dan Perhutanan
4) Kerajaan Tempatan
5) Jentera pentadbiran kerajaan negeri
6) Kerja-kerja negeri dan kerja air.
7) Hari kelepasan negeri .
8) Penyu dan menangkap ikan di sungai.
9) Siasatan bagi maksud negeri
10) Persekutuan, muzium serta rekod purbakala dan sejarah.
Dari senarai bidang kuasa yang tertera di atas, dapatlah kita hadam bahawa kuasa tertinggi mengenai Agama Islam dan segala apa yang berkaitan dengan pentadbirannya adalah di bawah kuasa mutlak Sultan.
Sementara negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan serta wilayah-wilayah persekutuan, kuasa mutlak mengenai Islam adalah terletak di bawah Yang Di Pertuan Agong.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen utama yang boleh digunapakai untuk membuktikan konsep agama sebenarnya adalah ciptaan manusia semata-mata.
Oleh kerana ia dicipta oleh manusia, maka ia perlu diketuai oleh manusia. Ini dibuktikan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan apabila ia melantik manusia untuk mengetuai pengawalan pentadbiran agama ini.
Jikalah benar pernyataan yang sering digunapakai oleh agamawan bahawa Islam adalah agama Allah, maka kenapa ia tidak diketuai oleh Allah jua ? 
Dengan meletakkan seorang manusia menjadi ketua kepada agama Allah ini tidakkah kini kita menjatuhkan kedudukan Allah kepada tahap dewa-dewi kayangan sahaja.
Di tangan manusia, Allah yang Maha Berkuasa ini dihadkan kuasanya sekadar bait-bait lembaran dokumen undang-undang sahaja. 
Penguasa utama yang berkuasa penuh kepada agama Allah ini sebenarnya adalah Raja yang memerintah negeri masing-masing.
Oleh kerana Raja-raja ini berkuasa penuh mengenai agama Islam maka dari segi undang-undang mereka boleh sahaja mengisytiharkan bahawa "ibadat puasa" bulan Ramadhan boleh sahaja dilakukan pada bulan Zulhijah dengan menggazet perisytiharan ini di Dewan Undangan Negeri mereka. Tidakkah begitu ?
Tetapi, adakah ia sebenarnya begitu ? Adakah benar Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam negeri masing-masing dengan kuasa mutlak ?
Fait Accompli 
Tanpa mereka sedari, (atau mungkin sahaja mereka sedar tetapi terpaksa mendiamkan diri) yang sebenarnya berkuasa mengenai Agama Islam bukanlah Raja-Raja Melayu tetapi para ustaz yang berceramah di serata pelusuk tanah air. 
Terutama para ustaz popular dan mempunyai bakat besar melawak, seterusnya menjadikan mereka pakar membuai perasaan orang Melayu.
Tidakkah anda sedar di mulut merekalah terletak kuasa tradisi agama Islam.
Apa sahaja yang mereka katakan menjadi undang-undang senyap di kalangan penganut agama Islam.
Undang-undang senyap ini membentuk mentaliti yang memasung segala tindak-tanduk dan pemikiran penganut Agama Islam.
Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang keluar dari mulut seorang "penggubal" undang-undang senyap ini.
http://www.1clickdaily.com/Azhar-Idrus-Wanita-Islam-Tak-Boleh-Bergambar-Di-Kedai-Bukan-Islam-3873120.html
Tanpa perlu korum. Tanpa perlu sidang dewan. Tanpa perlu bertanding untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang melayakkan seseorang menggubal undang-undang.
Dengan kuasanya yang ada pada mulutnya beliau menggubal satu undang-undang senyap.
Saya sangat percaya, pasti ada mangkuk hayun yang menganggap apa yang keluar dari mulut ustaz ini adalah undang-undang Allah tanpa usul periksa.
Si ayah mula melarang keluarga masing-masing dari bergambar di kedai gambar bukan Islam. 
Mungkin ada ahli keluarga itu yang mahu membantah tapi resam melayu yang tidak mahu berkonfrontasi, malas mahu bergaduh maka diikutkan sahaja larangan tersebut.
Lama kelamaan ia  menjadi tradisi yang diikuti oleh keturunan keluarga itu. Yang pada akhirnya membentuk mentaliti dan kekangan halimunan yang sangat sukar untuk dipecahkan oleh generasi yang seterusnya.
Nah ! Pernahkan ustaz ini mendapat mandat dari Sultan negerinya sebelum mengeluarkan undang-undang ini ?
Tidak. Sama sekali tidak. Beliau cakap ikut sedap mulut dia pada malam itu sahaja.
Sedangkan Sultan yang memerintah, sebelum baginda mengeluarkan apa-apa dikri mengenai hal-hal yang berkaitan Agama Islam, baginda perlu duduk bersidang dengan penasihat-penasihat di Majlis Agama Negeri.
Setelah duduk bersidang dan mendapat persetujuan baharulah Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam negeri boleh mengeluarkan kenyataan yang melibatkan para penganut Agama Islam.
Maka kini, anda bolehlah membuat andaian siapakah sebenarnya lebih berkuasa di dalam soal Agama Islam. Sultan Negeri Terengganu atau Ustaz Azhar Idrus ?
Sudah sekian lama, ustaz-ustaz ini menggunakan taktik sebegini di dalam memaksa penganut Agama Islam mengenepikan kuasa Sultan.
Taktik ini dinamakan fait accompli, sebuah frasa Bahasa Perancis.
Ia bermaksud "A thing that has already happened or been decided before those affected hear about it, leaving them with no option but to accept it".
Kadang-kadang tanpa segan silu mereka menyanggah pula titah Sultan mengenai Agama Islam.
Alasan yang diberi kononnya mereka menyampaikan amanat Allah seolah-olah Allah itu bapa mereka yang baharu mereka jumpa masa sarapan pagi tadi.
http://gigitankerengga.blogspot.com/2017/10/zamihan-selar-sultan-johor-bidas-cina.html
Jikalah Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam negeri, wakil Allah di bumi negeri masing-masing pun ustaz-ustaz ini tidak hormat.
Maka, siapakah yang sebenarnya "maha berkuasa" mengawal kehidupan penganut Agama Islam ? Sultan atau para ustaz. Jeng Jeng Jeng .... 
Ashwed

6 comments:

  1. Jeng jeng jeng....
    Orang tu juga yg kaya.
    Yang mendengar kayap

    ReplyDelete
  2. Mufti dan ustaz pun sebenarnya bukan takut Allah, tapi takut Sultan. Apa je Sultan perintah , semua tunduk dan ikut saja, walaupun geram dan tak boleh buat apa2.. Mufti dan ustaz cari makan juga. Jual air lior..

    https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/301309/saya-terkilan-sedikit-saja

    Contoh JAIJ takut sultan, bukan takut Allah..

    ReplyDelete
  3. satu penjelasan yg logical dan tepat...melayu semakin ignorant sekiranya semakin rmai ustad seperti yg ditulis...

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn Anon 1929, dengan orang2 kebanyakan habis semua ustaz/mufti momok dan bodohkan. Jemaah semua angguk je macam kakaktua.Jemaah2 plak dah kena brainwash supaya jangan berfikir. Kena pada orang2 berpengaruh dan ada kuasa terus membisu.
    Jadi la ustaz/mufti melayu pelakom2 handalan. Berlakon takut dengan tuhan.
    Sebenarnya takut hilang kedudukan, hilang gaji, pengaruh dan takut dengan Sultan. Padan muka.

    ReplyDelete
  5. Saya dulu penah menuntut di sebuah pusat kemahiran belia (PKB) bwh kerajaan. Diringkaskan ceritanya, di PKB ini lebih byk aktiviti keagamaan berbanding belajar kemahiran. Lebih teruk langsung tiada guide utk pelatih bagaimana utk memulakan karier atau bisnes kecil dlm industri berkaitan.

    No apperanticeship or entrepreneurship programme.

    Saya selalu ponteng kelas KAFA dan jarang terlibat dgn aktiviti keagamaan. 4 mggu sebelum tamat kursus saya kantoi dan dijerkah dpn pelatih2 lain serta diugut buang.

    Selepas 5-6 tahun saya satu2nya bekas pelatih yg berjaya dlm bidang ini. Kawan2 lain semua melingkup ramai menganggur atau underemployed dgn gaji sgt rendah. Saya dah pakai 2 buah kereta. Yg terbaru bbrp bulan lepas saya beli jenis CUV.

    Belajar kemahiran profesional tanpa panduan berjaya dlm industri sama mcm angkatan tentera beli beribu-ribu kereta kebal canggih tapi tiada peluru. Dah lah takde peluru, kemudian askar dipaksa berlatih guna pedang, tombak, busur panah, menunggang kuda, unta utk menghayati sunnah2 nabi zaman dulu berperang.

    Itulah perumpamaan dasar pendidikan malaysia dirosakkan sistem patriah agama. Ajar agama tak relevan langsung dan tak membantu generasi belia Melayu sekarang.

    Semakin hari saya rasa semakin puas ketawa seorang diri akhirnya kebenaran terserlah jugak. Saya baru beli sebuah laptop apple Macbook pro 15.4 utk memudahkan kerja dan bisnes saya. Bukan nk berlagak, boleh check sendiri berapa harga seunit laptop ni di apple store. Ini bukti ketara antara belajar sesuatu yg logik supaya boleh berjaya dlm dunia moden (jannah) berbanding belajar 'ilmu' bodoh yg menjerumuskan diri kita ke dalam jahanam.

    Syaitan menipu manusia ke arah kesengsaraan ttp masalahnya syaitan2 ini sangat ramai dan berkuasa sehingga boleh memaksa manusia taat dan patuh kpd mereka.

    Hanya yg berani lawan akan terselamat dari seksaan 'jahanam'.

    Saya skrg mempunyai kehidupan yg agak selesa walaupun x mewah, tapi segala asas hidup mencukupi. Ketika tulis komen ni, saya baru nak tidur atas katil dgn penjana haba kerana skrg musim hujan di KL. Nikmatnya......

    ReplyDelete
  6. INSANITY: Is when you believe that your hallucinations are real.
    RELIGION: Is when you believe someone else's hallucinations are real.

    ReplyDelete