Monday 12 February 2018

Akademi Fantasia

Kedamaian Buat Semua,

Semalam saya menulis mengenai fantasia orang zaman dahulu yang berubah menjadi fakta sahih lalu diterima oleh manusia yang tidak mahu berfikir di abad ke-21 ini sebagai suatu kebenaran.

Bayangkan jika Stan Lee, orang yang bertanggungjawab menulis karya fantasi adiwira seperti Spiderman, Iron-man dan siri The Avengers memakai serban, berjanggut dan memakai jubah, adakah kini secara tidak semena-mena jalan cerita rekaannya menjadi benar dan logik ?

Sekurang-kurangnya Stan Lee berlaku jujur kepada masyarakat dengan membuat kategori kepada hasil karya beliau. Masyarakat beliau sedar bahawa cerita beliau hanyalah rekaan semata-mata. Sekadar hiburan.

Image result for stan lee 
Jika berkesempatan para pembaca bolehlah touch-up gambar Stan Lee di atas. Letakkan serban, janggut sejemput dan panjang (lebih baik dibiar tidak terurus) dan pakaikan jubah putih serta tasbih di tangan. 

Selepas itu, hantar kepada rakan-rakan yang taksub agama dengan mesej "Stan Lee sudah masuk Islam. Beliau mengaku semua karya ciptaannya berdasarkan kitab orang Arab zaman dahulu kala"

Siapa tahu, mungkin ada di antara mereka yang tersedar dari candu agama.

Mengapa masyarakat kita boleh menerima karya Stan Lee sebagai kisah dongeng sains fiksyen. Kisah yang tiada logik dan menerimanya sekadar hiburan ringan tetapi apabila mendengar ceramah seperti di bawah tiba-tiba mereka percaya ?

Apakah tekanan yang menyebabkan fikiran masyarakat kita terpaksa menerimanya sebagai "Ilmu Agama". 

Bukankah apa yang dikatakan oleh lelaki di bawah ini adalah suatu kisah rekaan semata-mata ? Mengapa saya kata begitu ?

Kisah Iblis di halau dari Svarga (jika benar ianya berlaku) terjadi pada suatu waktu dahulu. Di mana tiada siapa pun tahu tarikhnya. 

Pada waktu berkenaan mengikut kisah yang diceritakan kepada kita, Adam, manusia pertama baru sahaja dicipta. Menjadikan hanya 3 karakter sahaja yang benar-benar berada di tempat tersebut iaitu Adam, Allah dan Iblis.

Ustaz yang bercerita ini tidak pernah berada di sana. Bagaimana seorang yang tidak berada pernah di tempat kejadian boleh tahu bahawa penghuni svarga tidak kencing dan berak, seolah-olah kejadian ini berlaku di kampung beliau sahaja ? 

Bagaimana pula svarga boleh ada penghuni sedangkan Adam, manusia pertama menurut kisah itu baharu sahaja dicipta ? 

Pemikiran seperti ustaz inilah yang melahirkan seorang raksasa seperti bapa adik Nur Ain Nabihah. "Ilmu Agama" sebeginilah yang meracun pemikiran bapa ini sehingga menyiksa dan membunuh anak sendiri kerana percaya kepada saka. 

Saya percaya kini orang ini sedang berada di dalam naar. Setiap malam fikiran beliau akan terkenang saat-saat dia menyiksa anak perempuannya itu. 

Beliau berkemungkinan besar mengimpikan supaya masa boleh bergerak ke belakang supaya beliau boleh mengusap rambut anak itu sambil berkata, maafkan bapa kerana mempercayai kisah tahyul.

Kita perlu melindungi masyarakat daripada ceramah dongeng seperti ini. Sudah sampai masanya masyarakat kita menghentikan kegilaan ini.
 

Ashwed

5 comments:

  1. Serupa mcm dongeng nabi Musa pukul tongkat laut terbelah dua. Padahal jika dikaji guna ilmu astronomi (magician) dan strategi perang (warrior) kita akan nmpk penjelasan paling logik boleh diterima akal.

    Tuhan tak beri masa dan tarikh spesifik kpd Musa utk selamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun. Ilham/wahyu datang dari kebijaksanaan Musa menggunakan pengetahuan astronomi menunggu masa sesuai utk outsmart tentera Firaun semasa exodus Bani Israel keluar dari Mesir.

    Angkatan tentera Firaun mempunyai mobiliti lebih pantas dengan kuda dan chariot berbanding majoriti Bani Israel yg berjalan kaki. Almost impossible untuk Bani Israel melarikan diri walaupun mungkin lambat disedari tentera Firaun tetapi perjalanan jauh ke Tanah Dijanjikan tak dapat atasi kepantasan kuda dan chariot.

    Tamadun Mesir zaman dulu dah maju dgn pengetahuan astronomi. Musa gunakan ilmu ini menunggu hari ekuinoks di mana jajaran graviti Bulan dan Matahari menyebabkan julat air pasang surut paling maksimum. Fenomena lebih kurang sama berlaku di Severn Estuary dan Bay of Fundy.

    Musa gunakan perangkap air pasang ekuinoks utk kalahkan tentera Firaun. Ketika equinoks di satu lokasi (mungkin delta sungai Nil atau pantai Laut merah) yg telah diketahui Musa akan terbuka satu 'window' selama beberapa jam sahaja sebelum air pasang naik dgn pantas tenggelamkan laluan darat.

    Musa 'pukul' tongkat bukan utk belah laut tapi mengesan laluan selamat dari terperangkap dalam kawasan tanah selut atau lumpur. Semakin banyak kita perhatikan hukum alam, semakin banyak kita belajar sains dan semakin berani kita gunakan akal maka semakin jelas kita faham apa sebenarnya Al-Quran cuba beritahu kpd manusia.

    Sambutan ulangtahun Passover sepatutnya pada salah satu dari dua hari equinoks dalam setahun. Tapi tak perlu kaji tarikh sebenar ulangtahun kedatangan unta skywalker sebab itu hanya cerita dongeng tak disebut dalam Al Quran.

    ReplyDelete
  2. Cerita yang kita dengar hari ini adalah hasil dari cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut selama beberapa ribu tahun atau ratusan generasi.
    Sesiapa yang pernah bermain 'bisik berantai' dalam pasukan pengakap contohnya akan tahu cerita asal yang disampaikan akan berubah sepenuhnya apabila sampai kepada orang yang ke sepuluh!
    Tambahan pula ada beberapa puak yang suka nak menokok tambah bagi menyedapkan cerita.

    ReplyDelete
  3. I will not let anyone walk through my mind with their dirty feet. - Mahatma Gandhi

    ReplyDelete
  4. Gangguan jin saka benar2 ada. Ketika saya menolong ibu saya mempersiapkan kuih muih pada waktu awal pagi, benda tu menjelma depan saya dan ibu saya. Benda tu berlaku pada tahun 2006. Jin saka memang wujud. Jadi iktihiar jumpa pakar perubatan paranormal yg tidak mengenakan sebarang bayaran. Syukur pada Allah, selepas beberapa kali berulang-alik ketempatnya untuk berubat, jin tersebut berhenti menganggu. Yang menariknya, seluruh keluarga pakar perubatan tersebut tidak berpuasa dan solat sama sekali. Semasa berubat, perubatan yg akhir Waktu berubat ketika itu waktu bulan ramadhan. Sy tanya, kenapa keluarga pakcik tak solat dan puasa. Katanya,orang islam semua telah tersesat, mereka semua menyembah batu berhala seperti yang dibuat oleh orang yahudi. Saya sangat keliru pada masa itu sebab baru berumur 19 tahun ketika itu. Dia suruh saya baca Al-quran, taurat dan injil, cari persamaannya. Pada tahun 2009, selepas berusaha membuktikan yang pakcik itu telah sesat, barulah saya sedar yang orang melayu dah ditipu hidup2 oleh bangsa arab, pencipta agama islam dengan kaedah penyelewengan maksud sebenar al-quran. Sedihnya saya tak boleh bagitau siapa2 apa yang saya tahu. Kerana saya yakin masyarakat melayu akan membuang saya dari komuniti.

    ReplyDelete