Sunday 11 February 2018

Pengembaraan Bermula

Kedamaian Buat Semua,

Sedang umat Islam sibuk menangkap saka, jin, hantu, jembalang, syaitan dan iblis. 

Kaum yang kita panggil kafir sudah berjaya membina roket paling berkuasa dan memulakan percubaan menghantar manusia ke Planet Mars.

Agaknya bagaimanakah bentuk saka, jin, hantu, jembalang, syaitan dan iblis di Planet Mars. Mungkin lebih "power" kekuatannya dari spesis yang ada di bumi kita ini.

Sayap mereka mungkin mencapai tujuh petala langit. Setiap kuakan sayap ini akan membawa saka dan jin ini terbang sehingga mencapai kelajuan mach-5.

Kalau di zaman moden ini kita disajikan dengan karakter adiwira seperti di dalam komik Marvel, DC dan sebagainya. Tidakkah kita terfikir, entah-entah cerita-cerita yang orang kita baca di dalam kitab-kitab arab zaman dahulukala sebenarnya hanyalah hiburan ringan masyarakat dahulu kala.

Jangan-jangan nama-nama yang begitu gah di zaman ini, kononnya ulama paling zuhud dan suci rupa-rupanya hanyalah setaraf Stan Lee, Otto Binder dan Roy Thomas sekadar penulis yang menghiburkan masyarakat di zaman mereka sahaja. Siapa tau ?




Agaknya di antara mereka yang menulis mengenai kisah-kisah fantasi menceritakan dengan panjang lebar bagaimana malaikat terbang dari satu syurga ke satu syurga dengan seorang kafir bernama ELON MUSK siapakah yang lebih ulama (berpengetahuan) ?

Jawapannya sangat jelas, hanya kita yang cuba menipu diri sendiri.

Ashwed

2 comments:

  1. I like the sarcasm. ..

    ReplyDelete
  2. Salam
    My bos si kafir suruh staff contohi Elon Musk. Beberapa sifat kejayaan yang saya ingat : tidak berputus asa, buat perkara yang penting dan mesti kerja kuat.

    Dan yang penting tak hanya tahu merungut tetapi menjadikannya satu peluang keemasan untuk improvement or business opportunities.

    Tapi minda I ni tak creative la plak. Some said we must stimulate the brain to be creative. Kena latih selalu.

    Now where is my Yodda.

    Non

    ReplyDelete