Thursday 17 May 2018

Siri Ramadhan : Selamat Datang Ke Era Malaysia Baru

Kedamaian Buat Semua,

Sebaik sahaja mengetahui keputusan pilihanraya PRU-14, saya menerima kiriman grafik dari rakan-rakan. 

Di antara mesej yang ingin cuba disampaikan ialah mengenai permulaan era Malaysia Baru.

Kepada rakyat yang meyakini perjuangan pakatan pembangkang (kini kerajaan) pastilah kejayaan ini wajar diraikan sepuas-puasnya. 

Sesuatu yang menjadi kecemburuan masyarakat dunia yang lain ialah betapa tenangnya rakyat Malaysia menghadapi transisi ini. 

Pelbagai bangsa yang ada di Malaysia seakan-akan tidak mahu terlalu bercakap mengenainya. Mungkin masing-masing mengerti sensitiviti yang datang bersama sentimen ini.

Saya melihat semua ini dari sudut lain yang lebih neutral. 

Semasa pilihanraya tempohari saya mengundi wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang di kawasan saya. Pilihan ini jelas kerana saya sendiri merasai kesan bantuan wakil rakyat di tempat saya itu.

Apabila mengetahui beliau kalah saya dapat merasakan apakah puncanya.

Ia adalah kerana mainan propaganda persepsi di antara parti politik yang terlibat.

Perkara ini dibuktikan apabila saya sendiri terdengar dapatan yang dibawa oleh beberapa orang pengundi luar yang kembali ke kampung mereka hanya sekadar mahu membuang undi.

Para pengundi luar ini tidak sedar bahawa dengan membuang undi sebegini, kehidupan mereka tidaklah banyak berubah tetapi masyarakat setempat yang sering dibantu oleh wakil mereka yang lama kini sudah kehilangan tempat untuk mengadu.

Ini adalah kerana wakil rakyat baru yang tinggal sekampung dengan kami selama hari ini belum pernah tampil membela nasib masyarakat setempat melainkan hanya berminat dengan isu-isu nasional.

Saudara dan saudari,

Di era Malaysia Baru ini saya melihat beberapa perkara yang baik serta beberapa perkara yang buruk.

Di antara yang baik ialah ketua pentadbiran yang baru ini mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pentadbiran agama Islam. Beliau meyakini bahawa agama Islam perlu ditakrif semula berdasarkan Al Quran dan hadis sahih.
 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/17/pentadbiran-agama-islam-bakal-berubah-kata-dr-m/

Yang keduanya, sebuah badan khas untuk merangka apa yang dikenali sebagai Reformasi Institusi telah tertubuh. Badan tersebut adalah sangat sesuai di dalam keadaan keseluruhan Kerajaan Malaysia dihimpit persepsi rasuah.

Yang ketiganya, ketua pentadbiran yang baru ternampak jelas berkerja bermati-matian di dalam jangka waktu yang pendek. Ini menjelaskan betapa kuatnya kesungguhan yang mahu dicapai oleh beliau.

Kesungguhan beliau membuat kerja pada pemerhatian saya sudah mencapai tahap legenda. Semua orang tahu beliaulah yang memperkenalkan "Punch Card".

Sekarang sedang tular gambar beliau dengan supplement bernama Berocca. Khabarnya orang ramai berlumba-lumba membeli Berocca dengan harapan mencapai tahap stamina seperti beliau sehinggakan kebanyakkan farmasi kehabisan stok. 

Namun, disebalik semua itu, saya merasa sedikit gusar mengenai perkembangan kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh beliau iaitu "we are not seeking revenge, we just want to implement rule of law".

Sudah semestinya ungkapan ini mempunyai makna yang sangat besar.

Melihat kepada perkembangan mutakhir, di mana segalanya seperti berjalan dengan pantas, saya secara peribadi merasa resah.

Ini adalah kerana kelihatan ianya seperti diasaskan oleh dendam. 

Saya merasa resah bukan kerana sayangnya saya kepada sosok bekas pentadbir lama. Tetapi, saya merasa begitu kerana beliau juga pastinya mempunyai pengaruh yang tersendiri di dalam sebuah parti terbesar di Malaysia ini.

Perasaan ahli-ahli parti ini seharusnya dijaga , kerana kita tidak mampu untuk mempunyai situasi tegang di negara ini yang akan merencatkan pembangunan Malaysia Baru.

Seterusnya, saya juga merasa gusar dengan ketiadaan desakan dari mana-mana NGO atau individu masyarakat sivil berkenaan dengan penubuhan apa yang dikenali sebagai "Council of Elders". 

Saya mendapati mereka ini dahulunya begitu aktif membuat desakan kepada kerajaan lama demi mewujudkan sebuah Malaysia yang bertamadun, tetapi kini suara mereka seolah-olah sudah disenyapkan. Sunyi yang menggerunkan.

Kita rakyat Malaysia berada di dalam keadaan kabur berkenaan dengan punca kekuasaan "Council Of Elders". Undang-Undang apakah yang menubuhkannya sehingga ia terlihat mempunyai kuasa melihat semua dokumen agensi-agensi kerajaan ?

Adakah perkara ini mengikut Perlembagaan Malaysia ? 

Ketiadaan barisan kabinet juga adalah sesuatu yang janggal. Hari ini sudah genap seminggu Malaysia memilih, namun kita masih ketiadaan kabinet yang memungkinkan seribu satu persoalan undang-undang.

Barisan kabinet sangat penting kerana ia adalah cabang eksekutif mengikut acuan demokrasi yang kita amalkan. Di sinilah segala dasar negara digubal. Ketiadaannya mengakibat kuasa dipusatkan kepada seseorang, keadaan ini bukanlah sesuatu yang elok dan sesuai untuk kita sebagai rakyat.

Rakyat Malaysia juga tidak pasti, apakah kesemua barisan kabinet dan kementerian perlu memberi laporan kepada kounsil yang sudah ditubuhkan ini ? Jika sekira ianya ya, maka Malaysia sedang merenung tepat ke arah satu krisis demokrasi.

Sebagai seorang rakyat yang mahukan kedamaian dan perubahan yang positif, saya berharap agar ini semua hanyalah keresahan hati saya seorang sahaja.

Semoga ianya tidak berasas.

Ashwed


11 comments:

  1. Salaamun Alaikum,
    Tidak pernah kita jangkakan bahawa pimpinan sebelum ini akan kalah. Berikanlah peluang kepada Tun M untuk bekerja. Sesiapa yang melakukan kebaikan tentunya akan mendapat kebaikan di akhirnya dan terhindar dari api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong anon 4:19. Berikan masa sebab majoriti rakyat sokong beliau. Tanpa Tun M pembangkang tak mungkin akan menang.

      Dalam pentadbiran PH sekarang, Tun M boleh sahaja di tumbangkan jika sekiranya ketua2 parti lain mengingininya.

      Jika mereka berbuat demikian, maka riwayat PH tidak mungkin akan kekal selepas PRU15 nanti.

      Akhirkata, tak sangka pula En Ashwed minat politik.

      Delete
    2. Salam,

      Sbg rakyat malaysia, saya tidak dapat mengelak diri dari mengambil tahu mengenai hal-ehwal politik di negara kita. Politik adalah satu terma yg luas. Ia meliputi keseluruhan hidup kita sbg rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Bagi saya perkataan yang setara dgn politik di dalam al quran ialah syariah.

      Namun, yang menjadi masalah kepada kita ialah politik demokrasi kepartian. Amalan ini telah memecahbelahkan kita sbg rakyat terbanyak.

      Salam/Shalom/Shanti/ Damai/Peace

      Delete
  2. izinkan untuk meluahkan pendapat, bukan niat berhujah...

    melepaskan dendam mengikut undang-undang lebih diterima dari mencari bukti dengan membelakangkan undang-undang

    council of elders ditubuhkan untuk melunaskan janji 100 hari kerajaan baru. ini adalah prerogatif perdana menteri

    yang membimbangkan dapatkah parti tertentu dalam pakatan ini i) menghormati perlembagaan terutama artikel 153, ii) ketua umumnya tidak mengulangi kesilapan dahulu

    ReplyDelete
  3. Selamat

    Mengikut apa yang saya faham, council of elders hanya berkuasa mengkaji, menyelidik dan memberi pendapat. Segala-galanya terpulang kepada PM dan kabinet, nak ikut atau tidak. Mungkin saya silap.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Politicalamity920 May 2018 at 05:12

    apa pendapat ashwed tentang dr. maszlee sebagai menteri pendidikan?

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya ingin berterus-terang bahawa saya tidak mengenali Dr Maszlee. Namun, mereka yg menolak beliau mengatakan bhw beliau adalah seorang ahli Ikhwanul Muslimin yang diharamkan dibeberapa negara arab.

    Jika ditanya kepada saya. Secara peribadi saya lebih berasa confident jika Tun M sendiri yg menjadi Menteri Pendidikan.

    Salam/Shalom/Shanti/Damai/Peace

    ReplyDelete
  6. Politicalamity921 May 2018 at 03:21

    itu yang saya risau jugak. the state of our schools now, with the tudung, seluar panjang, was due to the previous 'ikhwan' menteri pendidikan... hopefully not going for worst now.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    https://www.quora.com/Are-religious-people-more-judgemental-than-non-religious-people

    ReplyDelete
    Replies
    1. religious people know everything. to me scientists are better. at least they admit know nothing about unproven matters

      Delete
  8. Mungkin setelah menghampiri setengah tahun PH memerintah ada perkembangan terbaru terhadap pandangan di atas

    ReplyDelete