Friday 8 May 2015

Imam Al Bukhary Si Penjenayah Islam

Baru-baru ini seorang sahabat baik saya daripada Sabah menyarankan saya supaya memasuki Kelas Hadis. Beliau berpendapat sebagai seorang pengkritik fakta hadis, saya wajib ada skil berkenaan Ilmu Hadis.

Saya sokong pendapat beliau, bagi saya pula kita perlu belajar segala ilmu yang ada di dalam dunia (yang memang kita tidak berkeupayaan membuatnya) sebelum boleh benar-benar tahu dengan mendalam akan sesuatu hal.

Sebagai orang Melayu alaf baru, saya menyeru kepada semua orang Melayu yang membaca blog ini supaya jangan takut untuk belajar dan mengetahui pelbagai bidang pelajaran. Terutamanya, bidang yang menjadi ancaman kepada kedudukan kita sebagai Melayu Islam. Contohnya Agama Kristian. Kenapa kita perlu takut untuk belajar hal Agama Kristian sedangkan ia dianut lebih 2 billion manusia di dunia ?

Adakah dengan mengetahui selok-belok agama Kristian akidah kita tiba-tiba batal ? 

Berapa pastikah kita bahawa segala yang kita belajar selama ini (sebagai seorang Islam) adalah benar. Di zaman ledakan media ini, kita boleh saksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana manusia membuat spin kepada sesuatu berita.

Itu kejadian yang terjadi tidak sampai 24 jam dari tempoh sekarang. Cuba bayangkan kejadian yang berlaku 1400 tahun dahulu. Dengan ketiadaan mesin pencetak, ketiadaan alat penghebah dan lain-lain.

Berapa pastikah kita figura yang menyampaikan berita itu tidak mempunyai agenda lain ?

Untuk pengetahuan, saya tidak membenci figura-figura Islam dahulukala ini secara peribadi kerana sebab yang sangat nyata. Saya tidak pun mengenali mereka bagaimana tiba-tiba mahu membenci mereka.

Cuma apa yang saya hidangkan diblog ini adalah satu kajian menerusi fakta dan data yang telah dikumpul oleh pelbagai agensi di seluruh dunia, kupas segala fakta ini dan cuba mencari kebenaran.

Mungkin saya benar, mungkin juga saya salah. Tetapi sekurang-kurangnya saya mati mencuba. 

Kitab Hadis Sahih Imam Al Bukhary

Nama sebenar figura ini ialah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), dalam keluarga berketurunan Iran, pada 194 H (810 M).

Saya bukan pembenci Imam ini. Tetapi fakta yang ada di tangan kita ialah perekod Kitab yang dipanggil Sahih ini adalah Imam Al Bukhary. 

Ia tertulis dengan jelas di Kitab tersebut. Mungkin ada orang yang telah mengubah rekod dan fakta di dalamnya, saya sendiri pun tidak tahu.

Sebenarnya yang perlu kita nilai ialah fakta yang dihidangkan di dalam Kitab tersebut, buat analisa dan cari kesahihan.

Beberapa hari yang lepas seorang kenalan saya mengepos suatu kenyataan mengenai perbuatan "paedophiliac". Paedophile ialah kecendurangan seseorang untuk membuat hubungan intim dengan kanak-kanak.

Kemungkinan besar kenyataan ini dibuat berdasarkan kejadian beberapa hari yang lalu dimana seorang genius matematik warganegara Malaysia telah dipenjara di United Kingdom kerana menyimpan lebih kurang 30,000 gambar lucah kanak-kanak. Beliau dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun.

Saya membalas kenyataan kenalan saya itu dengan persoalan adakah menurut Undang-undang zaman ini, Nabi Muhammad di anggap sebagai seorang paedophile ? Lalu saya berikan rekod yang di tulis oleh Kitab Sahih Al Bukhary.

It is believed on the authority of some Hadith reports that the marriage ceremony (known as nikah, amounting to betrothal) of Aisha with the Holy Prophet Muhammad took place when she was six years of age, and that she joined the Holy Prophet as his wife three years later at the age of nine. We quote below from two such reports in Bukhari.

“It is reported from Aisha that she said: The Prophet entered into marriage with me when I was a girl of six … and at the time [of joining his household] I was a girl of nine years of age.”

“Khadija died three years before the Prophet departed to Medina. He stayed [alone] for two years or so. He married Aisha when she was a girl of six years of age, and he consummated that marriage when she was nine years old.

Saya mengepos pertanyaan tentang bagaimana kita boleh mempercayai rekod tulisan yang menghina Nabi Muhammad dengan hinaan yang keras ?

Seorang kenalan saya yang lain lantas menyampuk "Dah jadi bini bukan paedophile". 

Begitu mudahnya pemikiran kita diracuni. Ini pemikiran seorang Peguam Melayu. Bukan penjual ikan yang tidak pernah belajar hal Undang-undang. 

Bayangkan jika anak kita yang berumur 9 tahun terpaksa membuat hubungan kelamin dengan seorang yang sudah berumur 50an. Apa perasaan kita ?

Inilah sebabnya saya menggelar Al Bukhary si penjenayah Islam. Bukan peribadi Al Bukhary yang saya maksudkan tetapi hasil tulisan beliau.  

Orang ini telah meracuni berbillion manusia yang tidak bersalah di atas nama Nabi Muhammad.

Seorang kenalan yang lain pula (juga mempunyai latar belakang Undang-Undang), membuat sedikit kajian dan mengepos kenyataan dari Imam lain yang menyatakan bahawa umur sebenar Saiditina Aishah semasa berkahwin dengan Nabi Muhammad ialah 16 tahun dan melakukan hubungan kelamin semasa berumur 19 tahun.

Persoalan - Kitab Hadis Sahih Bukhary di beri jolokan "Kitab yang paling benar di atas muka bumi". Adakah kita boleh mengatakan ia salah, sedang Kitab ini yang paling benar ?

Persoalan yang lebih utama pula - Hadis adalah sumber undang-undang kedua selepas Al Quran. katakanlah ada seorang paedophile ditangkap kerana membuat hubungan suka sama suka dengan seorang kanak-kanak berumur 9 tahun. 

Semasa perbicaraan penjenayah ini mempertahankan diri dengan mengeluarkan nas hadis sahih bukhary dengan menyatakan bahawa perbuatan dia sama sahaja dengan Nabi Muhammad ? Bagaimana harus Hakim menangani perkara ini sedangkan Kitab hadis Bukhary adalah kitab yang paling benar di atas muka bumi ?

Jika kita boleh menerima pendapat Imam lain bagi memperbetulkan hasil kerja Al Bukhary, mengapa pula kita mengisytihar hasil kerja Dr Kassim Ahmad sebagai haram.

Malah, Jabatan Agama Islam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Dr Kassim Ahmad diisytiharkan murtad hanya kerana beliau membuat penyelidikan dan menyarankan supaya kita membuat penilaian semula kepada hadis-hadis yang di tulis atas nama Nabi Muhammad ?

Baru-baru ini pula, apabila ramai rakyat Malaysia menyertai perjuangan Islamic State (IS) di Syria, JAKIM melalui Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menilai semula semua hadis-hadis yang disalahguna puak IS.

Bukankah ini sama dengan saranan Dr Kassim Ahmad pada tahun 1986 ?

Berikut saya senaraikan hasil kerja yang direkodkan Imam Al Bukhary di dalam Kitab Hadis Sahih dan juga Hadis-hadis yang di rekodkan oleh orang lain. Saya mengaku kurang mengetahui secara mendalam mengenai imam-imam ini. 

Namun, setelah membaca sedikit hasil kerja mereka, saya merasa bersyukur kerana tidak perlu mendalami ilmu ini dan menerangkannya kepada orang lain.

Anda semua boleh buat penilaian sendiri dengan mengguna akal yang diberi Tuhan. 

 A100

"Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya" AQ 10:100

AMARAN : 18sx Kelucahan Melampau ;


When the Prophet married Ayesha, she was 6 years old, and the marriage
was consummated when she was 9 (and he was 54). [Book of Nikah 3:75
#122]

The Prophet said that the best man amongst his followers is the one who
has the greatest number of wives. [Vol 3:52 Book of Nikah #62]

The Messenger (S) used to have intercourse with all of his wives in one
hour of the day and night (without taking a bath) and these (wives) were
eleven.  [Vol 1 pg 189, Book of Bath #266].


If the Prophet wanted to have intercourse with a menstruating wife, he
ordered her to tie a loincloth even though the menstruation would be at its
peak. Then he had intercourse.  Ayesha said, "None of you has as much control over
his desire as the Prophet had!" [The Book on Menstruation 1:198, # 295]


Mahmood bin Rabe’ narrates, “I still remember when I was five years old.
The Prophet (S) rinsed his mouth and then poured the water into mine.”
[Vol 1 Kitabul ‘Ilm pg 130, Hadith #77]

The sun rises between the two antlers of Satan. [Beginning of Creation
2:235 #504].

After the fall of Khyber, people described the beauty of Safia Bint Hui, the
new bride of a slain enemy soldier. The Prophet chose her for himself. On
the way to Madina he camped and had intercourse with her. His
companions did not know if she was a wife or a concubine. Later, a veil
was drawn between her and the men-folk and they came to know that she
was a wife. [Book of Sales and Book of Nikah 3:57 #78]

“A woman presented herself to the Prophet. He intently gazed at her from
head to toe and then lowered his head.” (He was not interested in her.)
[Book of Nikah 3:71 #113]

A man inquired, “We earn income from these bondwomen, (other
narratives mention prostitution) so can we do ‘Azl (Coitus interruptus) with
them?” The Prophet said, “There is no sin in doing that.” [Kitabul Qadr, the
Book of Destiny, 3:543 #1514]

Some people got sick in Madina. The Prophet advised them to drink
camel's urine and milk. After they became well, they killed a shepherd. The
Prophet ordered that their hands and feet be chopped off and their eyes
enucleated. They were laid on burning sand. When they asked for water it
was denied them. So much so that they tasted sand until they died.
[Kitabul Mahrabain and Kitabut Tibb Vol 3 pg 254 #646].

I was walking outside and suddenly saw the angel of Hira sitting on a
throne that filled the earth and the sky. I was terrified so much that I was
about to fall to the ground. [Bukhari, Beginning of Creation Vol 2 pg 224
Hadith #471].

The exalted Prophet said, “I will be the first one to regain consciousness in
Qiyamat (Resurrection), but I will find Prophet Moses holding the foot of
the Throne of God. [Hadith 1750 Kitab-ut-Tafseer Vol 2 pg 784].

Hoors (beauties of the heaven) will be full-breasted and free of
menstruation. [Bukhari, Beginning of Creation 2:225 #473]

The hellfire complained to Allah, "One part of me is eating the other part."
So, the hellfire was allowed two breaths - one in summer and one in winter.
That is how you see the change of seasons. [Beginning of Creation 2:231
#495]
 
Azan, (the call to prayer), puts Satan to flight, passing gas as he runs away.
[Beginning of Creation 2:237 #515]
 
Satan rests at night in your noses. [Beginning of Creation 2:241 #527]
 
A rooster sees angels, and a donkey sees Satan. [Beginning of Creation
2:243 #533]. 

Rats are the lost tribe of Israel because they do not drink the camel's milk,
but drink goat’s milk. [Beginning of Creation 2:244 #538].

Mamoona said that she gazed at the Prophet taking bath after intercourse,
until she saw him wash his private parts. [Book of Bath 1:193 #276].

Ayesha relates, “The Prophet used to have intercourse with us and deeply
kissed us while he was fasting.” Then she shied away smiling. [Vol 1:691,
Kitabus Saum, Hadith #1798 & 1799]

Khola bint Hakeem presented herself to the Prophet. Ayesha exclaimed,
“The woman does not feel ashamed of giving herself to a man!” However,
the Prophet started receiving a revelation and Ayesha complained, “O
Messenger of Allah! I see that your Lord rushes to fulfill your desires.” [Vol
3 pg 67 Kitabun Nikah # 102].

When the Prophet went to the daughter of Jaun (Jaunia) and came close to
her, she said, “I seek refuge with Allah against you.” The Prophet said,
“You have sought refuge with the Great One. So go to your household
now.” [Vol 3 Kitabut Talaq pg 115 #237]

Then (elsewhere, the most beautiful) Jaunia was brought in to a garden.
The Prophet told his companions to wait outside and he entered a house
made of date trees. Upon entering, he said to Jaunia, “Give yourself to me.”
She said, “Can a queen give herself to a thief? I seek refuge with Allah
against you.” [Vol 3 Kitabut Talaq pg 115 #238]

 
The Prophet married Umaima bint Sharaheel. But when he went to her and
extended his hand to her, she hated it. [Reference same]


Jika kita perhatikan Imam-imam dahulukala ini sebenarnya begitu taksub bercerita tentang seks. Mungkin disebabkan ketiadaan hiburan yang lain di zaman tersebut agaknya.

Bolehkah kita menerima kenyataan-kenyataan yang direkodkan atas nama Nabi Muhammad seperti contoh-contoh hadis di atas. Ianya begitu menghina manusia agong ini.

Rasa-rasanya berani ke tidak kita menceritakan tentang "kehebatan" Nabi Muhammad kepada anak-anak kita seperti yang direkodkan oleh Imam-imam hadis ?

Ini adalah tulisan penjenayah. Mereka meracun pemikiran kita dengan kenyataan yang menghina Nabi kita. Namun, kita sedikit pun rasa tidak bersalah, malah menyokong pula kenyataan yang menghina ini.

Sepatutnya kita balik dan berfikir apakah benar kita yakin kepada Nabi Muhammad ?

Adakah logik seorang yang telah diberi amaran keras oleh Tuhan supaya jangan sekali-kali keluar dari landasan Al Quran membuat semua perbuatan selayaknya dilakukan oleh orang tidak bermoral ?

Adakah kita boleh menerima Nabi Muhammad membuat hubungan kelamin dengan seorang kanak-kanak ? Seorang yang berakal dan ingin memikirkannya sudah pasti menolak fakta-fakta ini.

Berikut adalah umur kelayakan berkahwin menurut Al Quran ;

 A006

"Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kawin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barang siapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu)" AQ 4:6

Untuk membolehkan seseorang berkahwin, dia mestilah sekurang-kurangnya sudah boleh memelihara harta. Bolehkah kanak-kanak berumur 9 tahun memelihara harta mereka ? Bolehkah kanak-kanak memelihara harta "suami" mereka ?.

Apa yang akan terjadi kepada kanak-kanak ini jika mereka menjual harta "suami" mereka ? 

Bagi saya, hadis tentang Nabi Muhammad berkahwin dan membuat hubungan kelamin dengan kanak-kanak datang dari pemikiran yang sakit dan sesiapa yang mempercayainya pula serupa dengan pembuatnya, jiwa anda sakit.

Ashwed

6 comments:

  1. Salam Ashwed,
    Memang sedih bila baca hadis-hadis yang menghina Rasul Allah sedemikian rupa. Lagi sedih bila ramai orang Melayu yang masih mempertahankan hadis in toto sebab dia orang tak pernah baca pun buku hadis yang penuh dengan fakta merepek yang menghina Rasul kita.

    Betul kata Kassim Ahmad, memang patut dinilai semula hadis-hadis ni. Hadis yang support Quran kita terima. Tolak yang sah-sah against Quran. Dan yg memandai-mandai buat cerita selain dari Quran, kita terima (under advisement) hanya kalau dia tak against science or universal human values.

    ReplyDelete
  2. Artikel Hadis:
    https://justpaste.it/g4ep

    ReplyDelete
  3. oh celakalah yang mendustakan atas nama Tuhan Semesta Alam

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya membaca semua artikel yg saudara ashwed tulis.. mmg benar2 membuka minda saya. Utk lari dari kebiasaan dan melangkaui batas yg manusia tetapkan.. namun saya sedar.. banyak kebenaran di dalam penulisan saudara.sebelum ni saya juga berpendapat seperti saudara.. namun tiada rujukan dan penulisan yg ilmiah.. insha allah..saya selalu berdoa pada Rabbi yg esa.. agar membuka jalan bagi saya.agar dapat menilai ilmu yg hakiki.. seperti kata saudara di artikel yg lain.. sekurangnya kita mati mencuba. Dan sebelum tu..saya ingin bertanya.. kitab hadis manakah yg tuan petik tth kitabun nikah tu..saya nk buat kajian jugak..kerana apa yg saya baca mmg mengejutkan..andai benar seperti itu. Silakan balas tuan. Terima kasih. Teruskan penulisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdr believer90,

      Sblm sdr pergi lebih jauh membaca kesemua kitab2 hadis spt tersebut di atas. Sdr perlu bertanya kpd diri sendiri satu persoalan besar ?

      Sdr mahu mengkaji kitab tersebut untuk mempertahankan siapa ? Nabi terakhir atau si penulis kitab ?

      Jika sdr mahu mempertahankan nabi terakhir sdr hanya perlu membaca al quran utk mematahkan hujah saya. Krn setakat ini hanya al quran adalah benar2 projek baginda. Malah kesemua butiran al quran terkeluar dari mulut baginda sendiri.

      Namun, jika sdr mahu mempertahankan si penulis kitabun nikah. Memang sdr perlu membaca kitab tersebut. Namun, sdr perlu faham bhw setiap butiran yg terkeluar di setiap muka surat kitab tersebut adalah hasil penulisan si penulis kitab. Nabi terakhir tidak pernah mengetahui tentang kewujudan kitab ini yang dikaitkan dgn namanya krn baginda sudah lama wafat barulah kitab tersebut ditulis.

      Damai/salam/shalom/shanti/peace

      Delete
  5. Tuan sila berikan rujukan ttg kitab manakah tuan petik.kitabun nikah tu. Teruskan penulisan tuan.. saya kagum dgn tuan.

    ReplyDelete