Monday 25 May 2015

Penyuntingan

Dari masa ke semasa saya menyunting artikel-artikel yang telah saya pos di blog ini.

Oleh yang demikian, anda akan melihat perubahan struktur ayat dan penambahan isi di sana-sini.

Ini saya lakukan kerana proses menulis artikel-artikel asal seringkali dibuat di dalam keadaan masa yang terbatas. 

Oleh yang demikian, apabila mempunyai masa terluang saya akan membaca kembali artikel yang telah saya pos dan menambahbaik struktur ayat dan mengisi idea-idea yang tergantung.

Saya berdoa supaya Tuhan memberi saya peluang untuk berkongsi pemikiran saya dengan subjek utama blog ini iaitu anak-anak saya yang akan menjadi sebahagian dari generasi depan orang Melayu.

Ashwed.




No comments:

Post a Comment