Saturday 13 June 2015

Generasi Islam Nabi Muhammad

Apakah yang membuatkan generasi ini begitu berjaya sehingga mereka berjaya menakluk Empayar Romawi dan Empayar Byzantine dalam tempoh 60 tahun dari saat pertama Al Quran diturunkan ?

Bagamanakah satu generasi tidak berpelajaran dari tengah padang pasir yang tandus ini berjaya membina tamadun yang gemilang dari tahun 700 masihi sehingga 1200 masihi ?

Apa yang mereka buat, yang kita, generasi Islam kini tidak buat, sehingga kita menjadi mundur dengan begitu teruk sekali ?

Dokumen Asli

Untuk menyelami pemikiran revolusinair Nabi Muhammad, kita perlu mengkaji dokumen-dokumen yang baginda rekod sendiri seperti Al Quran, Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah dan Surat-surat rasmi baginda.

Ini adalah antara dokumen-dokumen yang direkod sendiri oleh Nabi Muhammad.

Namun, satu masalah besar di dalam membuat kajian ini ialah tiada siapa atau mana-mana institusi yang mempunyai dokumen asal tersebut kecuali Al Quran. 

Proses ini adalah penting kerana tanpa sumber asal, besar kemungkinan sumber salinan yang kita baca telah mengalami proses korupsi.

Sumber paling awal, hanya berjaya direkod oleh para sejarawan beratus-ratus tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad. Antara sejarawan pertama yang mengumpul data mengenai Nabi Muhammad ialah Ibn Ishaq (meninggal 761/767 masihi).

Ibn Ishaq menulis satu buku yang dikenali sebagai Sirah Rasul Allah, ia adalah buku biografi Nabi Muhammad. Sirah Nabi perlu di bezakan dengan ilmu hadis. 

Kepada mereka yang mahu dikenali sebagai seorang penganut Islam Mazhab Shafie dan ahli sunnah tetapi tidak tahu perbezaan ini maka anda sebenarnya hanyalah ahli sunnah wal jamaah ikut-ikutan. Anda hanya menurut tanpa usul periksa.

Asal doktrin berguru

Di zaman Ibn Ishaq, kebanyakkan ilmu hanya boleh dipelajari secara berhadapan dengan guru yang mengajar. Ini adalah kerana kemudahan percetakan belum dicipta. Di sinilah timbul doktrin "kalau nak belajar agama perlu berguru".

Di zaman sekarang, kita tidak lagi perlu berdepan dengan guru untuk belajar ilmu kerana mesin percetakan telah dicipta. Kini kesahihan sesuatu fakta lebih diyakini. 

Ditambah pula dengan terciptanya internet. Kita boleh membuat cross reference untuk kesahihan sesuatu fakta sesingkat 1 saat. Inilah baharul ulum.

Pada masa lampau, kebanyakkan murid menyalin fakta-fakta yang diberi oleh guru mereka. Guru-guru ini berkemungkinan menulis buku beliau sendiri, namun adalah mustahil untuk beliau menyalin semula buku-buku yang tebal ini untuk kegunaan anak murid dan para pengkaji lain.

Maka Ibn Ishaq mengajar buku tulisannya ini kepada para muridnya secara oral. Antara yang pertama menyalin fakta-fakta Sirah tersebut ialah Ibn Bakka'i (tidak diketahui tahun meninggal dunia). Ibn Bakka'i mengaku bahawa beliau telah membuat suntingan sendiri di atas sebab-sebab yang hanya beliau sahaja tahu.

Ibn Bakka'i di dalam proses menyalin sirah ini juga mengajar anak muridnya sendiri di antaranya ialah Ibn Hisham (meninggal 828/833 masihi). 

Ibn Hisham juga telah membuat satu salinan sirah ini melalui fakta-fakta yang beliau dengar dari gurunya, Ibn Bakka'i. Beliau juga mengaku membuat suntingan sendiri kepada fakta-fakta yang diterimanya. 

Begitulah proses pembelajaran di zaman itu. Setiap murid membuat suntingan mereka sendiri tetapi buku yang tertera di zaman kita ialah nama penulis asal tersebut iaitu Ibn Ishaq. Sedangkan ianya telah disunting oleh anak-anak murid beliau. Fakta asal sebenarnya mati bersama penulis asalnya.

Untuk pengetahuan, buku asal Sirah Rasul Allah tulisan Ibn Ishak tidak lagi wujud. Begitu juga salinan kedua yang di sunting oleh Ibn Bakka'i. Yang masih wujud adalah salinan yang disunting oleh Ibn Hisham. 

Proses terawal merekod fakta pertama tentang kehidupan Nabi Muhammad ini berlaku 200 tahun dari tahun kewafatan Nabi.

Beginilah juga cara ilmu hadis di bawa kepada kita. Kitab Sahih Bukhary mula direkod oleh Imam Al Bukhary sekitar 250 tahun selepas kewafatan Nabi. Namun, buku asalnya tidak wujud lagi. 

Kesemua fakta yang kita anggap benar itu sebenarnya hanya di dengar oleh anak murid beliau. Tiada seorang pun dari anak murid asal beliau yang menyalinnya sebagai buku lengkap. Mereka mendengar dan kemungkinan menyalin nota pembelajaran mereka.

Orang pertama yang membukukan Sahih Bukhary ialah Ibn Hajar Al-Asqalani (meninggal 1449 masihi). Al Bukhary hidup sekitar 810-870 masihi. Terdapat 500 tahun ruang waktu di antara tarikh ia direkodkan oleh Al Bukhary dengan tarikh ia dibukukan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani.

Bayangkan proses pembelajaran dan penyuntingan tanpa mesin cetak yang saya ceritakan tadi. Bayangkan juga jarak masa dari sumber asal dengan sumber yang direkod.

Berdasarkan fakta-fakta ini, maka sekarang anda boleh membuat kesimpulan samada mahu mempercayai fakta-fakta yang terdapat di dalam buku sahih Bukhary atau tidak.

Sebab itu, hadis bergantung penuh kepada riwayat (hearsay). Keterangan dengarcakap tidak diterima di mana-mana mahkamah di dunia.

Sementara Al Quran, diwahyukan oleh Tuhan kepada Nabi Muhammad. Ia direkodkan sendiri oleh Nabi Muhammad. Selain dari hafalan yang dilakukan oleh ummat Nabi Muhammad. Ia juga direkodkan secara meluas oleh generasi baginda. Selain dari itu, Tuhan sendiri membuat jaminan akan memelihara Al Quran dari korupsi. 

Al Quran adalah sumber keterangan dokumentari yang boleh dipakai di mana-mana mahkamah di dalam dunia. 

Di dalam dunia perundangan, untuk sesuatu keterangan dokumentari digunapakai di Mahkamah, si perekod dokumen itu perlu dipanggil sebagai saksi.

Inilah yang diberitahu oleh al Quran kepada kita, Nabi Muhammad di Hari Peraturan akan dipanggil sebagai saksi di atas keterangan yang baginda rekodkan ini.

A089 

"(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (muslimina)" AQ 16:89

Pelajaran dari Piagam Madinah


Berikut adalah Piagam Madinah yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris. Data ini pertama kali di tulis oleh Ibn Ishak, di ceritakan kepada anak muridnya Ibn Bakka'i dan seterusnya diceritakan oleh Ibn Bakka'i kepada Ibn Hisham yang menyuntingnya di dalam sebuah buku mengguna tajuk asal Ibn Ishaq iaitu "Sirah Rasul Allah".

THE MEDINA CHARTER
622 C.E.

  1. This is a document from Muhammad the Prophet (may Allah bless him and grant him peace), governing relations between the Believers of Quraysh and Yathrib and those who followed them and worked hard with them. They form one nation - Ummah.
  2. The Quraysh Mohajireen will continue to pay blood money, according to their present custom.
  3. In case of war with any body they will redeem their prisoners with kindness and justice common among Believers.
  4. The Bani Awf will decide the blood money, within themselves, according to their existing custom.
  5. In case of war with anybody all parties other than Muslims will redeem their prisoners with kindness and justice according to practice among Believers and not in accordance with pre-Islamic notions.
  6. The Bani Saeeda, the Bani Harith, the Bani Jusham and the Bani Najjar will be governed on the lines of the above (principles)
  7. The Bani Amr, Bani Awf, Bani Al-Nabeet, and Bani Al-Aws will be governed in the same manner.
  8. Believers will not fail to redeem their prisoners they will pay blood money on their behalf. It will be a common responsibility of the Ummat and not of the family of the prisoners to pay blood money.
  9. A Believer will not make the freedman of another Believer as his ally against the wishes of the other Believers.
  10. The Believers, who fear Allah, will oppose the rebellious elements and those that encourage injustice or sin, or enmity or corruption among Believers.
  11. If anyone is guilty of any such act all the Believers will oppose him even if he be the son of any one of them.
  12. A Believer will not kill another Believer, for the sake of an un-Believer. (i.e. even though the un-Believer is his close relative).
  13. No Believer will help an un-Believer against a Believer.
  14. Protection (when given) in the Name of Allah will be common. The weakest among Believers may give protection (In the Name of Allah) and it will be binding on all Believers.
  15. Believers are all friends to each other to the exclusion of all others.
  16. Those Jews who follow the Believers will be helped and will be treated with equality. (Social, legal and economic equality is promised to all loyal citizens of the State).
  17. No Jew will be wronged for being a Jew.
  18. The enemies of the Jews who follow us will not be helped.
  19. The peace of the Believers (of the State of Madinah) cannot be divided. (it is either peace or war for all. It cannot be that a part of the population is at war with the outsiders and a part is at peace).
  20. No separate peace will be made by anyone in Madinah when Believers are fighting in the Path of Allah.
  21. Conditions of peace and war and the accompanying ease or hardships must be fair and equitable to all citizens alike.
  22. When going out on expeditions a rider must take his fellow member of the Army-share his ride.
  23. The Believers must avenge the blood of one another when fighting in the Path of Allah (This clause was to remind those in front of whom there may be less severe fighting that the cause was common to all. This also meant that although each battle appeared a separate entity it was in fact a part of the War, which affected all Muslims equally).
  24. The Believers (because they fear Allah) are better in showing steadfastness and as a result receive guidance from Allah in this respect. Others must also aspire to come up to the same standard of steadfastness.
  25. No un-Believer will be permitted to take the property of the Quraysh (the enemy) under his protection. Enemy property must be surrendered to the State.
  26. No un-Believer will intervene in favour of a Quraysh, (because the Quraysh having declared war are the enemy).
  27. If any un-believer kills a Believer, without good cause, he shall be killed in return, unless the next of kin are satisfied (as it creates law and order problems and weakens the defence of the State). All Believers shall be against such a wrong-doer. No Believer will be allowed to shelter such a man.
  28. When you differ on anything (regarding this Document) the matter shall be referred to Allah and Muhammad (may Allah bless him and grant him peace).
  29. The Jews will contribute towards the war when fighting alongside the Believers.
  30. The Jews of Bani Awf will be treated as one community with the Believers. The Jews have their religion. This will also apply to their freedmen. The exception will be those who act unjustly and sinfully. By so doing they wrong themselves and their families.
  31. The same applies to Jews of Bani Al-Najjar, Bani Al Harith, Bani Saeeda, Bani Jusham, Bani Al Aws, Thaalba, and the Jaffna, (a clan of the Bani Thaalba) and the Bani Al Shutayba.
  32. Loyalty gives protection against treachery. (loyal people are protected by their friends against treachery. As long as a person remains loyal to the State he is not likely to succumb to the ideas of being treacherous. He protects himself against weakness).
  33. The freedmen of Thaalba will be afforded the same status as Thaalba themselves. This status is for fair dealings and full justice as a right and equal responsibility for military service.
  34. Those in alliance with the Jews will be given the same treatment as the Jews.
  35. No one (no tribe which is party to the Pact) shall go to war except with the permission of Muhammed (may Allah bless him and grant him peace). If any wrong has been done to any person or party it may be avenged.
  36. Any one who kills another without warning (there being no just cause for it) amounts to his slaying himself and his household, unless the killing was done due to a wrong being done to him.
  37. The Jews must bear their own expenses (in War) and the Muslims bear their expenses.
  38. If anyone attacks anyone who is a party to this Pact the other must come to his help.
  39. They (parties to this Pact) must seek mutual advice and consultation.
  40. Loyalty gives protection against treachery. Those who avoid mutual consultation do so because of lack of sincerity and loyalty.
  41. A man will not be made liable for misdeeds of his ally.
  42. Anyone (any individual or party) who is wronged must be helped.
  43. The Jews must pay (for war) with the Muslims. (this clause appears to be for occasions when Jews are not taking part in the war. Clause 37 deals with occasions when they are taking part in war).
  44. Yathrib will be Sanctuary for the people of this Pact.
  45. A stranger (individual) who has been given protection (by anyone party to this Pact) will be treated as his host (who has given him protection) while (he is) doing no harm and is not committing any crime. Those given protection but indulging in anti-state activities will be liable to punishment.
  46. A woman will be given protection only with the consent of her family (Guardian). (a good precaution to avoid inter-tribal conflicts).
  47. In case of any dispute or controversy, which may result in trouble the matter must be referred to Allah and Muhammed (may Allah bless him and grant him peace), The Prophet (may Allah bless him and grant him peace) of Allah will accept anything in this document, which is for (bringing about) piety and goodness.
  48. Quraysh and their allies will not be given protection.
  49. The parties to this Pact are bound to help each other in the event of an attack on Yathrib.
  50. If they (the parties to the Pact other than the Muslims) are called upon to make and maintain peace (within the State) they must do so. If a similar demand (of making and maintaining peace) is made on the Muslims, it must be carried out, except when the Muslims are already engaged in a war in the Path of Allah. (so that no secret ally of the enemy can aid the enemy by calling upon Muslims to end hostilities under this clause).
  51. Everyone (individual) will have his share (of treatment) in accordance with what party he belongs to. Individuals must benefit or suffer for the good or bad deed of the group they belong to. Without such a rule party affiliations and discipline cannot be maintained.
  52. The Jews of al-Aws, including their freedmen, have the same standing, as other parties to the Pact, as long as they are loyal to the Pact. Loyalty is a protection against treachery.
  53. Anyone who acts loyally or otherwise does it for his own good (or loss).
  54. Allah approves this Document.
  55. This document will not (be employed to) protect one who is unjust or commits a crime (against other parties of the Pact).
  56. Whether an individual goes out to fight (in accordance with the terms of this Pact) or remains in his home, he will be safe unless he has committed a crime or is a sinner. (i.e. No one will be punished in his individual capacity for not having gone out to fight in accordance with the terms of this Pact). 
  57. Allah is the Protector of the good people and those who fear Allah, and Muhammad (may Allah bless him and grant him peace) is the Messenger of Allah (He guarantees protection for those who are good and fear Allah).                                                                                                                                                                                                    
Sebaik sahaja membaca ayat pertama kita boleh mengagak bahawa maklumat yang berada di hadapan kita bukanlah piagam asal yang ditulis sendiri oleh Nabi Muhammad.

Ini adalah kerana  terdapat perkataan di dalam kurungan berbunyi (may Allah bless him and grant him peace). Nabi tidak akan menulis sesuatu yang membesarkan dirinya sendiri. Itu bukan tujuan baginda diutuskan Tuhan.

Walaubagaimanapun, ini sahajalah data yang paling awal yang boleh kita temui, maka kita perlu mengkajinya.

Fakta yang sangat menarik bila kita mengkaji Piagam ini (jika ianya tidak mengalami korupsi fakta) ialah ;

1. Tiada langsung hukum hudud diterangkan oleh Nabi Muhammad seperti yang segolongan parti politik di Malaysia mahukan (sila lihat artikel bertajuk Hudud Kelantan : Inspirasi Dari Bible)

2. Nabi Muhammad merujuk orang-orang yang bersama-sama baginda sebagai "Orang-orang yang yakin (beriman) - mukmin atau believer" sahaja.
 
Bila Nabi Muhammad merujuk golongan yang bersama baginda sebagai "orang-orang yang yakin". Maka, kita harus bertanya kepada diri kita satu soalan. Kepada perkara apakah yang mereka ini yakin.

Katakanlah kita mengambil semua Rukun Islam secara melulu (tanpa melalui kritikan intelek). Maka bolehkah kita katakan golongan ini yakin kepada Rukun Islam.

Kita perlu sedar bahawa peristiwa hijrah berlaku selepas 10 tahun Nabi Muhammad menyeru kaum Quraisy supaya kembali/reform. Menurut pelajaran Ahli Sunnah, Al Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, oleh yang demikian ada kemungkinan ayat tentang soum sbg contoh belum diturunkan semasa peristiwa hijrah berlaku. Maka, terdapat kemungkinan "Rukun Islam" belum lengkap semasa peristiwa hijrah berlaku.

Ad Deen = Kod Cara Hidup

Secara ringkas, kesimpulan yang saya boleh buat dari kajian budaya dan sejarah golongan manusia yang bersama Nabi Muhammad ini ialah mereka yakin kepada satu kod cara hidup.

Kod ini adalah doktrin yang sama seperti yang Tuhan wahyukan kepada semua para Nabi dan Rasulnya. Doktrin inilah yang al Quran gelar sebagai Ad Deen. Jika dipraktikkan secara meluas oleh sesebuah masyarakat, Insyallah mereka akan mencapai kegemilangan.

Apakah dia kod ini ? Ia adalah nilai-nilai hidup positif yang universal seperti menepati masa, menjaga kebersihan, menjaga kesihatan, menghormati orang tua, berdamai, menjaga disiplin, menjaga integriti di mana sahaja kita berada dan yang paling penting di antara ini semua beriltizam untuk melakukan komitmen ini dengan dedikasi yang sangat tinggi. Inilah jalan yang lurus. Sila lihat AQ 6:151-153

Generasi Nabi Muhammad


Golongan inilah yang saya gelar sebagai Generasi Nabi Muhammad. Mereka wujud dari 700 tahun masihi sehingga 1200 tahun masihi. Inilah zaman yang dikenali sebagai Zaman Emas Islam.

Di zaman itu, jika anda adalah seorang ahli kimia maka sebaik sahaja anda membuka mata pada hari tersebut, anda akan berfikir berkenaan dengan kimia sehinggalah anda tidur pada hari yang sama. 

Anda lakukan ini selama berpuluh-puluh tahun tanpa jemu dengan mengikuti nilai-nilai positif universal seperti yang di tulis di dalam Al Quran secara ketat dan patuh. Ini semua anda lakukan kerana ANDA DENGAR DAN ANDA TAAT kepada perintah Tuhan.

Hasilnya, lahirlah pakar seperti Ibn Sina (meninggal 1037 masihi). Beliau begitu berjaya di dalam bidang perubatan dan kedoktoran. Inilah perubatan moden seperti yang kita ketahui hari ini.

Kita boleh gelarkan ia sebagai perubatan Islam kerana tamadun lain di dunia pada ketika itu berubat dengan cara kuno dan tahyul menurut tamadun masing-masing.

Malangnya orang Islam pada zaman kini, oleh kerana mereka kembali mundur mereka percaya kepada suatu kaedah perubatan tahyul dan kuno.

Kononnya, ia adalah perubatan mengguna ayat Al Quran. Mereka kini gelar perubatan tahyul dan kuno ini sebagai "perubatan islam" tanpa mengetahui betapa susahnya Ibn Sina beriltizam untuk mendapat cetusan idea perubatan islam sebenar dari Tuhan.

Tidakah mereka mengetahui bahawa ayat Al Quran tidak ada kuasa hikmat. Al Quran adalah petunjuk. Ia adalah pembeda (al furqaan) di antara yang benar dengan yang salah. Tidak lebih dari itu.

Sejujurnya, bolehkah Ibn Sina mencapai kejayaan ini jika beliau pada malam-malam harinya menghabiskan waktu dengan melakukan perkara sebegini ;

                                          zikir goyang ponggong. Dalam dunia pop ia dikenali sebagai 
                                                        "twerking".

                                                
                            Zikir disco dancer. Ada yang buat breakdance pun.
                                 Anda boleh cari sendiri di dalam youtube.

Sejujurnya lagi, pada fikiran anda, bolehkah Ibn Sina mencetuskan idea baru dengan melakukan seperti di atas. 

Bolehkah beliau selepas menari-nari sambil menjerit menyeru nama Tuhan selama separuh malam, kemudian keesokannya mencipta ubat antibiotik ? 

Tidakkah mereka ini tahu bahawa Tuhan berada lebih dekat dari urat leher mereka sendiri. Mengapa perlu menjerit untuk berinteraksi dengan Tuhan ?

Zikir bukan perbuatan menjerit-jerit dan menyeru nama Tuhan dengan kiraan khas. Di mana dengan kiraan pada jumlah yang tertentu anda mendapat hikmah sebegini. Kiraan jumlah yang lain pula anda mendapat hikmah yang lain. Tidakkah anda rasa anda menghina Tuhan dengan melakukan perbuatan sebegini ?

Zikir bermaksud mengintati Tuhan di dalam setiap perbuatan yang anda lakukan. Bila kita mengingati Tuhan maka kita secara dasarnya sedang menjaga integriti kita seperti saranan Al Quran.

Bayangkan, jika anda sedang bersama dengan seorang kontraktor di suatu tempat yang tiada seorang pun lihat atau ketahui anda berada di situ. Anda mempunyai kuasa untuk meluluskan projek yang kontraktor ini inginkan. Kontraktor ini menghulurkan suapan yang anda tahu boleh menyenangkan hidup anda. Tetapi anda juga tahu ianya adalah salah dari segi undang-undang.

Jika anda mengingati Tuhan di setiap perbuatan anda iaitu berzikir, maka anda sudah tentu akan menolak suapan ini. Sekaligus anda sedang menjaga integriti anda seperti AQ 6:151-153.

Pelajaran dari Tamadun Barat


Jika kita membaca tentang sejarah ketamadunan manusia, dari awal penubuhannya kemudian menjadi gemilang dan seterusnya jatuh. Kita akan dapati ianya adalah satu pola yang berulang.

Ia akan bermula dengan satu daya yang di panggil kesungguhan atau iltizam atau komitmen (solat), apabila sudah berjaya, masyarakat itu akan membuat sistem untuk membezakan masyarakat mereka. 

Sistem ini bukan berdasarkan profesion kepakaran manusia yang menganggotai masyarakat tersebut. Tetapi, ianya adalah berdasarkan pangkat yang mereka sendiri cipta. 

Akhir sekali, ketamadunan akan mula hancur apabila mereka mencipta ritual dan mengatakan bahawa hanya terdapat sekelompok sahaja golongan yang mempunyai kuasa untuk menafsirkan ritual ini. Inilah yang terjadi kepada ketamadunan Islam.

Mari kita melihat kepada dua tamadun yang sekarang sedang menguasai dunia.

Mula-mula ayuh kita ambil pelajaran dari ketamadunan Eropah atau Christendom. Semasa Islam berada di zaman emas, orang Eropah berada sebaliknya. Mereka berada di zaman gelap.

Sebelum mereka berada di zaman gelap, Eropah mewarisi ketamadunan Romawi yang gemilang. Tamadun Romawi jatuh bukan kerana tamadun emas Islam berjaya menguasai mereka.

Ia jatuh kerana tamadun itu mereput dari dalam akibat kasta paderi atau kuasa Gereja yang menitikberatkan ritual dari daya berfikir mengguna akal yang diberi Tuhan. Inilah yang dipanggil FORM OVER SUBSTANCE. Form over substance adalah resipi utama orang melayu sekarang ini.

Di zaman gelap, Eropah dikuasai oleh GEREJA. Setiap penemuan baru perlu mendapat persetujuan gereja sebelum boleh digunakan oleh orang awam. Ia adalah sama seperti Majlis Fatwa yang dipraktikkan umat Islam kini.

Sebagai contoh di zaman gelap ini, pihak gereja telah menfatwa bahawa bumi adalah pusat galaksi. Mereka menyangka bumi tetap berada di paksinya dan segala yang lain seperti bintang, bulan dan matahari mengelilingi bumi. 

Hujah mereka adalah Psalm 104:5 yang berbunyi "the Lord set the earth on its foundations; it can never be moved" Tambahan pada Ecclesiastes 1:5 yang berbunyi "And the sun rises and sets and returns to its place"

Namun, seorang ulama (saintis) Eropah berbangsa Itali, yang mendapat jolokan bapa fizik moden bernama Galileo Gallilei, mempunyai teori yang sebaliknya. 

Beliau, mendapati bahawa bumi sebenarnya adalah terapung atau dalam bahasa sains dipanggil heliocentrism. Beliau juga berpendapat bahawa, bumi sebenarnya mengorbit matahari. Matahari sebenarnya adalah pusat galaksi bima sakti.

Apabila mengetahui perkara ini, pihak gereja mengeluarkan fatwa bahawa Gallileo murtad dan pada zaman itu hukuman untuk apostasy (murtad) adalah dibunuh (orang PAS sekarang begitu beriltizam/komit untuk menggunapakai hukuman gereja ini).

Mujur, beliau berjaya mengekang hukuman itu lalu hanya dijatuhkan hukuman perintah berkurung. Beliau terpaksa menghabiskan sembilan tahun tidak boleh keluar dari rumah. Hukuman ini dipanggil abjure.

Begitulah, bagaimana Eropah dikuasai sepenuhnya oleh gereja sehingga, ulama yang sebenar, sering dibunuh dengan dibakar. Mereka akan menuduh seseorang saintis (ulama) sebagai ahli sihir dan membakar mereka hidup-hidup.

Bagaimanakah Eropah berjaya keluar dari zaman gelap kepada tamadun yang gilang-gemilang yang kita kenali sebagai rennaisance. 

Caranya ialah para pemikir dan ahli falsafah Eropah beriltizam (solat) untuk mengasingkan diri mereka dari kuasa Gereja, mereka gelar ini sebagai gerakan sekularisma. Mereka tidak mengasingkan diri mereka dengan Kristianiti, hanya kuasa Gereja yang diasingkan. 

Kini, kita dapati pihak Gereja (katolik) mempunyai negara mereka yang tersendiri bernama Vatican. Di sini, para agamawan Kristian boleh bermain menjadi tuhan. 

Para agamawan yang diketuai oleh Pope boleh mengeluarkan apa sahaja fatwa. Terpulanglah kepada Kerajaan negara kristian samada mahu menerima fatwa itu atau tidak.

Maka bermulalah era kegemilangan tamadun Eropah. Jika kita amati kebebasan pemikiran yang mereka perolehi setelah membuang Gereja dari sistem mereka, ia adalah sangat menepati idealism Al Quran.

Tuhan menyatakan dengan tegas bahawa ;

A256 

"Tidak ada paksaan di dalam Ad Deen, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang yang ingkar kepada thaghut (sesuatu selain dari Tuhan) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui: AQ 2:256

Keterangan di atas, dengan jelas menyatakan bahawa jika kita membuang thaghut iaitu perbuatan mengikuti sesuatu selain dari Tuhan (ia boleh jadi buku, para imam atau ritual yang tidak ada kaitan dengan Tuhan) maka mereka telah berpegang kepada tali yang amat kuat.

Oleh kerana itu, para ulama (saintis) Eropah dengan berbekalkan kebebasan pemikiran yang mereka baru perolehi dan iltizam/komitmen (solat) yang sangat kuat telah berjaya menguasai dunia sehingga kini. Sebut sahaja apa sahaja teknoloji yang ada kini kebanyakkannya merekalah yang menciptanya. 


Pelajaran dari negara matahari terbit

Di Jepun pula, tamadun ini menggunapakai doktrin "Samurai". Samurai menitikberatkan kesungguhan atau iltizam atau komitmen atau SOLAT. Ianya adalah sangat menepati idealism Al Quran.

Di Jepun, jika kita adalah seorang penanam padi, kita perlu menguasai skil menanam padi. Selain dari itu, kita perlu mencari idea baru tentang teknoloji mengenai penanaman padi. Kita hanya akan diberi pengiktirafan jika kita berjaya mencipta penemuan baru yang boleh merubah teknoloji penanaman padi.

Inilah yang dilakukan oleh setiap anggota masyarakat Jepun, jika anda adalah seorang penyapu sampah, maka anda perlu menguasai skil sapuan yang paling hebat. Jika anda seorang penyanyi ada perlu menguasai skil nyanyian yang hebat. Jika anda seorang kartunis anda perlu melukis dan mencipta teknik lukisan baru yang boleh merubah dunia.

Hasilnya, Jepun dengan bahasa dan budaya mereka sendiri telah berjaya menguasai dunia dengan penemuan baru yang tidak terfikir oleh orang lain.


Kesimpulan : Mengapa Umat Islam Mundur

Ketahuilah bahawa kita mundur bukan kerana Bani Israel menganiayai kita. Kita mundur bukan kerana orang Kristian mensabotaj kita.

Di Malaysia pula, orang Melayu yang beragama Islam mundur bukan kerana kita menerima orang Cina dan India sebagai warganegara kita.

Orang Melayu mundur bukan kerana orang Cina dan India mensabotaj ekonomi kita. 

Kita mundur kerana kita tidak mendirikan iltizam/komitmen atau solat. Kita tiada kesungguhan di dalam melakukan sesuatu.

Selain dari itu, kita tidak mengikuti Nabi Muhammad dan generasi gemilang baginda.

Setelah sekian lama mencari, akhirnya kini saya berupaya membuat kesimpulan bahawa kita mundur bukan kerana ada perkara yang generasi Nabi Muhammad buat dan kita tak buat RUPANYA ia adalah kerana kita memandai-mandai buat perkara yang generasi ini tidak buat. 

Kita mencipta ritual, perkara yang tidak pernah dibuat oleh Nabi Muhammad.

Kita menjadi masyarakat FORM OVER SUBSTANCE, dengan kepercayaan kepada sistem kasta yang sangat kuat. Pada kita, ustaz, para imam dan mufti adalah penafsir agama dan cara Nabi Muhammad, sedangkan mereka tidak sedikit pun mengikuti Nabi. 

Mereka ini kita gelar ulama. Sedangkan ulama sebenar menurut Al Quran ialah para pengkaji yang mempunyai pengetahuan yang luas atau bahasa modennya saintis.

Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan menurunkan air dari langit dan dengannya Kami mengeluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warna? Dan di gunung-gunung terdapat jalur- jalur putih dan merah daripada bermacam-macam warna dan hitam legap. Antara manusia juga dan haiwan dan binatang ternak  bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Tuhan antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama’. Sesungguhnya Tuhan Yang Perkasa, Yang Pengampun.                                   - (Al-Quran, 35 : 27-28) - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/siapakah-ulama-dalam-al-quran-3528/#sthash.UI4q37V1.dpuf
 A027

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; " AQ 35:27

A028

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." AQ 35:28


Keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang hanya layak dipanggil ulama apabila dia mengkaji tentang kejadian alam sekelilingnya, bukan agamawan seperti definisi kita kini. 

Di zaman emas Islam, saintis-saintis (ulama) inilah yang mengharumkan nama Islam dengan penemuan dan ciptaan yang terkini.

Sekarang, orang Islam cuma menggunapakai teknoloji orang yang kita anggap kafir. Cuma yang dilakukan oleh "para ulama" ialah membuat fatwa hukum memakai teknoloji itu. Contohnya hukum ringtone guna ayat Al Quran dan sebagainya. 

Para ulama yang kita begitu bangga dengannya tidak pernah mencipta satu apa pun. Malah seluar dalam yang dia guna untuk buat ceramah di hadapan beribu orang itupun kalau orang Cina kafir tak buat kilang, maka, tak berseluar dalamlah "ulama" kita.
Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan menurunkan air dari langit dan dengannya Kami mengeluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warna? Dan di gunung-gunung terdapat jalur- jalur putih dan merah daripada bermacam-macam warna dan hitam legap. Antara manusia juga dan haiwan dan binatang ternak  bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Tuhan antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama’. Sesungguhnya Tuhan Yang Perkasa, Yang Pengampun.                                   - (Al-Quran, 35 : 27-28) - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/siapakah-ulama-dalam-al-quran-3528/#sthash.UI4q37V1.dpuf
Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan menurunkan air dari langit dan dengannya Kami mengeluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warna? Dan di gunung-gunung terdapat jalur- jalur putih dan merah daripada bermacam-macam warna dan hitam legap. Antara manusia juga dan haiwan dan binatang ternak  bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Tuhan antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama’. Sesungguhnya Tuhan Yang Perkasa, Yang Pengampun.                                   - (Al-Quran, 35 : 27-28) - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/siapakah-ulama-dalam-al-quran-3528/#sthash.UI4q37V1.dpuf

Sebenarnya, iltizam/komitmen (solat) yang perlu dilakukan oleh umat Islam adalah lebih mudah kerana di tangan kita masih ada Al Quran yang tidak mengalami korupsi. Kita hanya perlu kembali kepada idelisma Al Quran.

Tamadun Barat semasa mahu mengasingkan diri dari Gereja, mereka tiada buku sandaran. Mereka hanya berbekalkan daya fikiran yang pragmatik. Apa yang mereka lakukan ialah mereka menolak sama sekali kitab bible. Dan tanpa mereka sedari mereka mengguna kesemua idealisma Al Quran. 

Ia dilakukan secara halus (menjadikan Al Quran kitab rujukan) melalui golongan yang dikenali sebagai orientalis.

Bolehkah orang Melayu menjadi gemilang setaraf dengan Tamadun Barat dan Jepun ?

Sudah tentu boleh, yang perlu kita lakukan ialah menstruktur semula pemikiran kita. Membuang segala thaghut yang selama ini membelenggu kehidupan kita. Mempercayai data dan fakta yang tertulis di dalam Al Quran sepenuhnya.

DAN AKHIR SEKALI, mendirikan iltizam/komitmen (solat), satu pengorbanan seumur hidup demi prinsip KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT kepada perintah Tuhan.

Ashwed

4 comments:

  1. Satu penulisan yang amat baik untuk mengajak umat Islam menuju kejayaan. Sebagai seorang pendidik, saya sering merasa kecewa melihat anak didik berbangsa Melayu yang kurang beriltizam dalam menimba ilmu. Ini ditambah buruk dengan persepsi sebilangan besar pendidik termasuk pentadbir yang menanamkan doktrin 'selalu sembahyang hajat' untuk memohon kejayaan dari Allah. Program solat hajat dan bacaan surah Yassin diadakan setiap minggu, kononnya untuk cemerlang dlm peperiksaan. Amat memalukan apabila kaum yang setiap minggu solat hajat ini termasuklah solat hajat perdana melibatkan ibubapa saat hampir peperiksaan, akhirnya hanya sekadar menyaksikan kaum-kaum lain yang menerima anugerah cemerlang semasa keputusan peperiksaan awam diumumkan. Dimanakah silapnya? Adakah Allah membenci atau tidak mengasihi orang Islam yang tidak putus sembahyang? Adakah Allah lebih menyebelahi kaum cina, india hingga mereka lebih cemerlang sedangkan mereka tidak sembahyang pun? Jawapannya sudah terang... Tapi kaum kita masih menidakkannya dengan harapan tidak mengapa jika tak cemerlang didunia, asalkan cemerlang di akhirat... Hmm... Sudah pasti ke?

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Satu penulisan yg begitu critical...

    YUSUF ALI
    [2:31] And He taught Adam the names of all things; then He placed them before the angels, and said: "Tell me the names of these if ye are right."

    Perkara pertama yg nabi Adam lakukan apabila 'turun' ke bumi ialah menimba ilmu pengetahuan/knowledge... Allah mengajar Adam nama2 benda.. begitu lah betapa pentingnya knowledge di sisi Allah.. ini lah yg gagal di fahami oleh orang melayu khususnya Imam2 tentang mesej Al-Quran menyuruh kita menimba ilmu dengan penuh komitmen.. Ritual 5 waktu, sembahyg hajat, berlapar di siang hari, black marking di forehead tidak akan menaikkan kemampuan sains dan teknologi kita dan tidak langsung membantu di akhirat..

    Becks

    ReplyDelete
  3. The world is divided into men who have wit and no religion and men who have religion and no wit.

    -ibn Sina

    ReplyDelete