Sunday 21 June 2015

Siri Ramadhan : Dunia Hologram

A185

" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya (mata-'ul-ghuru-ri) - holograph" AQ 3:185


A020
 
" Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah  permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu  serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; seperti hujan yang menyebabkan tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian ia menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras, dan keampunan dari Allah serta keredaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (mata-'ul-ghu-ru-ri) - holograph " AQ 57:20


 
Pernahkah anda terfikir, siapa yang mengajar kita di mana utara, selatan barat dan timur ? 
Siapa yang mengajar kita apakah maksud melangkah ke depan dan apakah maksud melangkah ke belakang ?
Siapakah yang mengajar kita di atas dan di bawah ?
Sebenarnya semua itu hanyalah petunjuk untuk kita jadikan pedoman. Ia telah ditetapkan oleh orang sebelum kita. Kita hanya menurut sahaja ketetapan itu.
Walaubagaimanapun, kita sebenarnya tahu dua perkara secara semulajadi. Kita tahu perkara ini semenjak dilahirkan dengan pasti. Walaupun perkataan yang menerangkannya berbeza mengikut bahasa. Namun kita sangat pasti keadaannya.
KITA TAHU membezakan perkara yang di dalam diri kita dan perkara yang di luar diri kita.
Kesemua perkara yang kita berpengalaman mengalaminya, sebenarnya hanya kita alami di dalam diri kita. Lebih tepat ialah di AKAL kita.
Menurut sains kesemua perkara yang kita lihat sebenarnya adalah pantulan cahaya yang mengakibatkan imej terbentuk di retina mata kita yang kemudiannya diterjemahkan oleh OTAK kita.
Maka, jika kita hari ini menaiki kapal terbang untuk pergi ke London. Di manakah sebenarnya kita mengalami pengalaman kota London ?
Sudah tentulah hanya di dalam diri kita. Kita tidak boleh keluar dari diri kita dan merasai pengalaman ini.
Begitu juga semua deria yang Tuhan berikan kepada kita. Deria melihat, mendengar, merasa, menghidu dan sentuh. Kesemua deria ini sebenarnya hanya kita alami di otak kita. 
Menurut sains, kesemua deria ini akan menghasilkan denyutan elektronik apabila mengalami tindakbalas. Denyutan ini akan menghantar data kepada otak kita untuk di terjemahkan sebagai deria-deria ini. Apa yang kita lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh semuanya kita alami di otak atau akal.
Begitulah betapa pentingnya AKAL kita. Tanpa akal kita sebenarnya sudah mati. Maka adalah menjadi jenayah yang amat berat jika kita mengikut DOKTRIN TIDAK BOLEH MENGGUNA AKAL. Anda sebenarnya sudah mati jika anda menolak untuk mengguna akal.




Dengan data ini, kini kita boleh memahami AQ 3:185 dan AQ 57:20 dengan lebih mendalam. Kini, kita tahu bahawa dunia materi yang kita sedang hidup sekarang hanyalah diwujudkan oleh otak kita.


Ia berkemungkinan tidak akan wujud lagi jika otak kita berhenti beroperasi. 

Dari sini juga, kita boleh mengambil keputusan untuk memahami apa yang di alami oleh Nabi Muhammad di AQ 53:1-18. Samada ianya di alami oleh Nabi Muhammad secara materi atau hologram sahaja.

Siapakah yang memberi nikmat ini semua untuk kita alami ? Kita tidak berdaya untuk mewujudkan kesemua ini. Malah, kita tidak tahu pun bagaimana kita tiba-tiba dilahirkan.

Kesemua ini diberikan kepada kita oleh Zat Asal yang tiada tolok bandingnya. Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Mencipta lagi Maha Perkasa.


A078

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran; supaya kamu bersyukur" AQ 16:78


Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kita ingin dustakan ?

Ashwed.






No comments:

Post a Comment