Monday 25 July 2016

Realiti Orang Kita

Kedamaian Untuk Semua,

Saya sedang cuba mencari masa yang sesuai untuk kembali menulis. 

Namun, seperti yang kita sedia maklum bulan raya (bulan arab syawal) adalah bulan keriangan untuk kita, orang Melayu.

Walaupun masa yang panjang diambil untuk menyambut bulan ini, namun, memandangkan ia adalah sessi bertemu rakan-rakan lama, mengeratkan silaturrahim, melanjutkan hubungan perniagaan dan sebagainya maka saya fikir tidak ada salahnya kita menyambut bulan ini lebih gempita dari orang lain.

Di majlis-majlis sambutan raya orang Melayu, melalui pemerhatian saya dapati bahawa topik perbualan yang paling popular di kalangan kita ialah mengenai politik. 

Bagi saya ini adalah topik wajib bagi kebanyakkan keluarga Melayu tidak kira profesion.

Masing-masing mempunyai kepakaran yang tersendiri. Seolah-olah mereka kenal benar dengan tokoh yang sedang diborakkan. Seolah-olah mereka pernah meneliti segala dokumen transaksi yang menjadi isu. 

Begitu juga, ramai yang tiba-tiba menjadi pakar undang-undang antarabangsa biarpun pekerjaannya hanyalah sebagai seorang penjual insurans.

Topik yang kedua popular ialah mengenai agama. 

Oleh kerana bulan Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita maka ramai juga rakan-rakan kita yang bercerita mengenai "amal ibadat" yang berjaya mereka lakukan di bulan tersebut.

Tak kurang juga ramai yang bercerita mengenai cabaran yang mereka hadapi semasa menunaikan "ibadat Ramadhan" mereka kali ini.

Kedua-dua topik ini jika dibualkan secara bersama akan menjadi satu ramuan pemusnah silaturrahim yang sangat dahsyat.

Ahli keluarga boleh jadi tidak bertegur sapa. Rakan-rakan bertempik dan bermasam muka. 

Masing-masing merasakan aliran pemikiran merekalah yang benar.

Orang kita apabila mereka menyokong sesuatu, mereka sangat setia terhadap sokongan mereka. Adakalanya ia sampai ke tahap membuta tuli.

Jikalah mereka menyokong pakatan pembangkang maka segala yang dibuat kerajaan salah dan kotor. Tokoh pembangkang dianggap suci dari dosa.

Begitu juga sebaliknya jika mereka menyokong kerajaan. Tokoh kerajaan dianggap suci sementara semua tokoh pembangkang adalah haprak.

Sifat inilah yang menjadi kelemahan orang kita. 

Sifat inilah juga yang menjadi tunggangan politikus dan ahli agama. 

Mereka mengambil kesempatan kepada kelemahan ini untuk kegunaan agenda peribadi mereka.

Jarang orang kita mahu membuat kaedah saintifik tentang sesuatu isu. Iaitu membuat pemerhatian sebelum datang dengan sebuah fakta yang kukuh. 

Kebanyakkannya sudah membuat keputusan mereka secara peribadi berdasarkan kepada sokongan mereka atau kebencian mereka terhadap kumpulan yang lain sebelum berborak isu itu bersama rakan-rakan. 

Maka terjadilah insiden sembang sosial yang menjadi ledakan, sekuat bunyi mercun yang meletup di sepanjang hari raya kita.

Inilah realiti kita, orang Melayu. Jarang sangat kita berbincang mengenai sains dan teknologi. Jika adapun ianya setakat jenis smartphone, tablet atau laptop baru di pasaran.

Kita tidak berbincang mengenai idea baru. Oleh yang demikian, kemajuan sangat jauh untuk kita capai.

Sungguhpun begitu, sedarlah bahawa orang yang kita bertekak bertegang urat semasa perjumpaan raya itu bukanlah orang lain. Kemungkinan ianya adalah Pak Usu kita, Pak Andak atau Makcik Timah sebelah rumah. 

Boleh jadi juga mereka adalah Bapa Mertua kita sendiri. Mungkin juga mereka ini adalah rakan sekatil semasa di asrama, anda katil bawah, rakan anda katil atas.

Sungguhpun mereka adalah penyokong tegar kumpulan yang tidak sama dengan kita, membenci kumpulan yang anda sokong, kita perlu sedar bahawa mereka ini bukanlah musuh kita.

Politikus yang sedang kita borakkan itu, jika di akhirnya dia di dapati bersalah, sesetengahnya sudahpun dipenjara, setengah yang lain menunggu hari bicara, mereka juga bukan musuh kita.

Mereka yang kita ketawakan, yang kita malukan melalui media sosial bukanlah orang lain. Mereka mungkin bapa seorang Melayu yang lain, mungkin anak kesayangan orang lain, mungkin juga pakcik kesayangan rakan akrab kita.

Kita orang Melayu sudah tentulah mempunyai perkaitan, bukankah kita dari bangsa yang sama ?

Sungguhpun yang kita malukan itu dari bangsa yang lain namun, ia tetap bapa kepada seseorang, ibu kepada seseorang atau anak kepada seseorang ?

Dan oleh kerana kita semua berasal dari asal yang sama, hidrogen yang sama, maka bukankah kita bersaudara ?

A013

"Wahai manusia, Kami cipta kamu lelaki dan perempuan, dan buat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari" AQ 49:13

Ketahuilah bahawa musuh kita yang paling utama ialah sifat buruk kita sendiri atau syaitan di dalam Bahasa Arab Al Quran, bukannya mereka. 

Realiti Semasa

Semasa bulan Ramadhan yang lepas juga, saya sempat memerhatikan beberapa tajuk berita di negara kita. 

Kandungan berita-berita ini menarik perhatian saya kerana ia secara sekali imbas boleh menerangkan mengenai keadaan diri kita secara berkumpulan.

Cuba bayangkan jika kita berada di dalam satu budaya yang lain. 

Budaya yang negaranya maju, rakyatnya pula setiap hari berusaha untuk membawa idea baru. Apakah perasaan kita apabila membaca tajuk berita sebegini ?

1. Pakaian Ketat
   
Awek Baju Ketat Di Kelantan Kena Denda, Apa Isunya?

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwi-nsG8rJDOAhUmSY8KHZJdDYUQFggyMAI&url=http%3A%2F%2Fwww.mynewshub.cc%2F2016%2F06%2F12%2Fawek-baju-ketat-di-kelantan-didenda-rm10k-jadi-isu%2F&usg=AFQjCNFd-VpBFY5-R3KfBDrAeVIrquVCKQ

2. Larang Orang Bukan Islam makan, berpakaian tidak sopan di hadapan orang Islam

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwi4tb-Mr5DOAhVLOo8KHW5ZAHgQFggcMAA&url=http%3A%2F%2Fwww.ismaweb.net%2F2016%2F06%2Forang-bukan-islam-disaran-berpakaian-sopan-tidak-makan-di-depan-orang-islam%2F&usg=AFQjCNHsjpuFaP8aoFXY03j9coypzsyjPg


3. Melarang wanita "uzur" makan.

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwim-6OmsZDOAhUFNY8KHeI_A2IQFggcMAA&url=http%3A%2F%2Fwww.ismaweb.net%2F2016%2F06%2Fulama-larang-wanita-uzur-makan-di-tempat-awam%2F&usg=AFQjCNGQAfKcj2MXbE0axGw3EuHg7Ds5ZA 

4. Naik Van Jenazah Jika Tidak Pergi Sembahyang Jumaat di Terengganu

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwi6gdPJtJDOAhVKKY8KHbt1CvEQFggcMAA&url=http%3A%2F%2Fwww.freemalaysiatoday.com%2Fcategory%2Fbahasa%2F2016%2F07%2F19%2Fhukuman-naik-van-jenazah-di-terengganu-gagal%2F&usg=AFQjCNE8ZL-ninNTGj-Xrgahgl2CNL4Tlw

5. Yang terbaru, larangan bermain Pokemon Go

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=13&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwicg4OzspDOAhVDuo8KHYe3CzkQFghmMAw&url=http%3A%2F%2Fwww.arah.com%2Farticle%2F6830%2Fulama-al-azhar-pokemon-go-haram-seperti-alkohol.html&usg=AFQjCNEX-Af3klgKT9Y_80ssKc0Mxo3EEQ 


Berita-berita ini boleh membuat kita menjadi stress dan lemas.

Namun, inilah realiti kita orang Melayu yang sedang mengamal sebuah agama yang dikenali sebagai Islam, ironinya perkataan itu membawa maksud kedamaian.  

Ini belum masuk berita-berita serangan maut yang dilakukan orang Islam di seluruh dunia seperti pestiwa serangan Kelab Gay di Orlando, serangan trak di Festival Bastille, Perancis, serangan di dalam keretapi di Jerman, serangan di gedung membeli-belah juga di Jerman. 

Kita perlu merenung semula terhadap agama yang masyarakat kita amalkan. 

Apakah ianya benar-benar damai jika kerja pihak yang berwajib di antara kita asyik melarang dan menyusahkan masyarakat. 

Tiadakah sekelumit idea di dalam masyarakat kita untuk berusaha menyelesaikan masalah masyarakat yang lebih perit seperti soal kemiskinan, isu dadah dan sebagainya ?

Ashwed
 

13 comments:

  1. Meanwhile in my company:
    Ceramah Perubatan Islam, "Menangkis Kejahatan Makhluk Halus" oleh ....

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity927 July 2016 at 01:34

      I hate this kind of function/event. To make it worst the management made it compulsory to all muslims...lagi stress.

      Delete
  2. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/07/27/shop-fined-for-sexy-watch-ads-hudud-laws-being-imposed-on-nonmuslims-says-mca-man/

    Poster sexy kena saman.. Look bertambah stresss.. Kesian...

    ReplyDelete
  3. Slm,,
    Sya kira kesan penjajahan munkin salah satu penyumbang keatas mentaliti masyarakat kita dari satu generasi ke satu generasi sehingga skrg. Dan ini juga dimaksimumkn oleh pihak Astro atas sikap masyarakat melayu dgn hiburan Raja Lawak, Akademi Fantasi & Bab ugama lak dgn imam muda dan ntah apa2. Pointnya dh paham sgt mentaliti melayu,,so digunakan cukup2,,,hiburan & agama. Pandai manipulate mmg bikin duit hehehe

    Damai

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya berpendapat tidak usahlah kita asyik menuding jari kepada orang lain, perhatikan diri sendiri apabila kita tunjuk dgn tangan kanan, jari telunjuk lurus kehdpn! sedangkan ibu-jari 'berkecuali' dan 3-jari lain menunjuk kpd diri kita sendiri. fahamilah & renunngkanlah/tafakur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SinggahSebentar30 July 2016 at 19:09

      saya tak berapa faham maksud tuan/puan, kepada siapa ditujukan komen di atas.

      Delete
  5. Satu lagi pndgn sya ialah konspirasi mematikn talian keturunan keluarga di kalangan melayu dgn bin. Tak seperti bangsa lain esp cina,,ni semua konspirasi arab,,,mrk sndiri jaga keturunan mereka pd nama.
    Melayu pulak keluar2 dh tk bersatu brgantung pd bin...pelik? Tk mcm cina atau yg lain yg menyanjung tinggi ancestors. Logiknye kita kesinambungan dari ancestors dna, spiritual, habit & so on...
    Melayu suka gaduh dlm keluarga adik beradik sehingga berputus sedara krn phd. Hanya lahir satu perut pastu gaduh berpecah. Tak hargai talian darah keturunan sebab tak diikat dgn nama,,,tgk kongsi gelap nk wujudkn blood brothers sampai minum darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terdapat banyak andaian yg tidak tepat yg dibuat oleh innerzahn...

      ... pertama, betulkah ini satu konspirasi?

      kedua, jika logik akal saudara innerzahn betul, ini bererti didalam sejarah dunia tidak ada permusuhan & pergaduhan berlaku didalam keluarga (sebagai contoh) Levy, Lee, Park, Yamamoto, Al-Makhtum, ke?

      didalam kata lain, adakah talian darah keturunan menjamin kedamaian?

      saudara innerzahn pernah baca buku ke?

      saudara tahu siapa abel dan kane? mereka adalah adik-beradik yg pertama melakukan pembunuhan didunia ini. mereka orang melayu ke?

      saudara innerzahn tahu cerita pasal nabi yusof ke? siapa yg campak nabi yusof kedalam telaga? mereka orang melayu ke?

      GiGiDalam

      Delete
    2. ini satu soalan cepumas kpd saudara innerzahn:

      #1. jika talian keturunan darah menjamin penyatuan, kenapa orang arab & yahudi sentiasa bergaduh?

      #2. bukankah mereka dari satu bapa? (nabi ibrahim)

      GiGiDalam

      Delete
    3. harap maaf... tersilap ejaan... yg betulnya adalah cain & abel

      (bukan pemain bola totenham hotspur harry kane... LOL)

      Delete
  6. walaupun saya amat bersetuju dgn saudara ashwed bahawa inilah realiti kita orang Melayu yang sedang mengamal sebuah agama yang dikenali sebagai Islam, tetapi jika kita mengkaji sejarah & melihatnya dari sudut the bigger picture, kita akan sedari bahawa pada asas & prinsip nya, perbuatan tersebut juga telah dilakukan oleh orang2 Hindu, Yahudi & Kristian apabila mereka mula mencipta kitab yg diciplak dari Zabur, Torah & Injil... (akan bersambung)...

    ANOM

    ReplyDelete
  7. Maaf Tuan Ashwed, saya mencelah n off topic.. tadi saya nampak notification artikel baru dalam G+ bertajuk Siri Rohani : Nilai. Bila click x de. Harap nanti ada balik lah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Rupanya ada orang perasan. Sebenarnya, saya baru letak tajuk. Kebiasaanya dari tajuk tersebut saya letak dulu point2 ringkas supaya saya tidak kehilangan idea itu semasa membuat urusan lain. Entah macamana tertekan butang publish. Pohon maaf. Dengan izin Tuhan artikel itu akan disiarkan dlm sedikit masa lagi.

      Damai

      Delete