Friday 15 July 2016

Shariat, Tarekat, Hakekat dan Makrifat

Kedamaian Untuk Semua,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada mana-mana kumpulan yang kewujudan mereka di dasarkan kepada orde yang tersebut di tajuk artikel ini. Tulisan ini bukanlah satu kritikan kepada kumpulan anda. Ia hanyalah sekadar pemerhatian seorang insan yang sama-sama hidup di dunia ciptaan Tuhan ini.


A018



Selama saya menulis di ruangan ini, sekali-sekala akan muncul pembaca yang membaca artikel terkini lalu memberi komen mereka berdasarkan satu artikel yang mereka baca itu.

Bukanlah saya mahu menghalang para pembaca ini dari memberi komen. 

Blog ini mengambil posisi untuk menyiarkan semua komentar yang diterima. Ini adalah supaya kita tidak terlepas dari mendengar semua pendapat dan mengambil yang terbaik di antaranya.

Saya membuat moderation kepada ruangan komentar dengan tujuan untuk membaca semua komen para pembaca. 

Jika ianya ditujukan kepada saya, maka sepenuh daya, saya akan cuba membalasnya kecuali jika terlalu sibuk dengan urusan harian lalu terlupa untuk berbuat demikian.

Secara peribadi saya berpendapat, sesuatu komen yang diberi dengan hanya berdasarkan kepada satu artikel adalah suatu komen yang berbentuk pra-matang.

Ini adalah kerana kemungkinan besar satu artikel yang anda baca itu tidak menggambarkan keseluruhan pemikiran yang diketengahkan oleh blog ini.

Ia juga akan membuatkan para pembaca lain terpaksa mengundur ke belakang demi untuk menjawab persoalan ini. 

Untuk maju kita perlu memandang ke hadapan. Persoalan yang sudah dijawab dan sudah kita faham tidak perlu diulang-ulang. 


Menjawab persoalan yang sama berulang-ulang tidak membawa kita ke mana-mana, hanya sekadar berputar di sekeliling persoalan yang sama.

Pun begitu, terdapat juga para pembaca yang mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada kaedah keilmuan. 

Mereka ini membaca blog BERONTAK UNTUK BEROTAK dari artikel pertama walaupun berkemungkinan baru menemui link kepada blog ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana berbuat begini, saya mengikuti perkembangan mereka. 

Melalui blogger dashboard saya boleh mengesan komen-komen yang dibuat mereka, dari satu artikel kepada satu artikel yang lain.

Melihat kepada perkara ini, saya teringat kembali kepada perjalanan yang saya tempuhi demi untuk mencari kebenaran. 

Ia sememangnya suatu perjalanan dan pengembaraan yang panjang. Namun, kebebasan minda yang saya perolehi kini adalah sesuatu yang sangat saya hargai.

Posisi Blog

Di kesempatan ini saya ingin menjawab persoalan mengenai perkataan "salam" ? 

Mengapa saya mengambil keputusan untuk menggunapakai "damai" sebagai makna terbaik untuk menterjemah perkataan ini dan tidak menggunapakai perkataan serah diri (submit), selamat atau sejahtera untuk menterjemahnya.

Sidang pembaca pasti sudah tahu akan akar kata yang membentuk perkataan ini, iaitu sin-lam-mim. Kata terbitan untuk akar kata ini pula ialah salam, salamu, salamun alayk, salamun alayka, salamun alaykum, muslim, muslimah, muslimin, muslimuna, aslama, aslamtu, aslam, Islam dan lain-lain.

Sejujurnya, anda boleh sahaja menggunapakai apa-apa perkataan pun untuk menterjemah perkataan ini berdasarkan kepada pemahaman anda.

Namun, cabaran yang kita perlu tangani di dalam mendalami Al Quran ialah untuk memahaminya secara konsisten. 

Hanya dengan cara ini sahaja kebenaran Al Quran itu dapat diperolehi.

A082

"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan" AQ 4:82

Melalui artikel bertajuk Islam Moden vs Islam Al Quran, saya sudah menerangkan bahawa untuk suatu tempoh yang panjang, saya juga menggunapakai serah diri (submit) bagi menterjemah perkataan "salam".

Tetapi saya dapati adalah sukar untuk saya mengenengahkan konsep menyerah diri kepada khalayak yang lebih luas kerana konsep ini adalah agak peribadi sedangkan Al Quran diturunkan kepada manusia sejagat.

Lagipun, saya dapati di dalam Al Quran terdapat perkataan lain yang lebih tepat menerangkan keadaan menyerah diri atau submission

Perkataan itu adalah tawakkal dari akar kata wau-kaf-lam (w-k-l) yang membentuk perkataan wakil. Ia membawa makna "to give oneself over to, to rely/depend on, or have confidence in another"

Perkataan ini digunapakai sebanyak 69 kali di dalam Al Quran di antaranya ialah di AQ 5:23, 14:12, 25:58, 65:3 dan 73:9.

Saya juga dapati perkataan "salam" digunakan dengan maksud damai di dalam bahasa asal arab itu sendiri iaitu hebrew. Ia dikenali sebagai "shalom". 

Apabila ia digunakan bagi merujuk kepada kata jamak atau plural ia dikenali sebagai "shalom eleichem". Dalam tradisi orang yahudi "shalom eleichem" di jawab dengan perkataan "eleichem shalom".

Perkataan ini adalah sama maksud dengan "salamun alaykum". Iaitu kata terbitan yang merujuk kepada plural atau jamak. Ia membawa maksud "kedamaian untuk semua"

Adalah sangat janggal jika kita menterjemah "salam" sebagai serah diri/submit dan cuba menyebut "salamun alaykum" secara lafziyah di dalam Bahasa Melayu - SERAH DIRI KAMU SEMUA ? 

Bukankah lebih tepat jika di sebut KEDAMAIAN UNTUK SEMUA atau PEACE Y'ALL seperti yang sering di sebut oleh para artis hip hop ? 


A046

"Dan di antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil penghuni-penghuni Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya" AQ 7:46 

A085 

"Sesiapa mencari aturan hidup selain daripada KEDAMAIAN (al-islami), ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirnya (fil-akhirati) dia adalah antara orang-orang yang rugi" AQ 3:85

SUFISM

Orde yang tersebut di tajuk artikel ini adalah aliran pemikiran yang sering dikaitkan dengan sejenis ajaran yang digelar Sufism atau Mystical Islam di dalam Bahasa Inggeris.

Kadang-kadang ia juga digelar sebagai Tassawuf. 

Susur galur kepada ajaran ini tidak lain dan tidak bukan ialah dari ajaran agama yang pertama di dunia iaitu Hinduism. 


Ia adalah salah satu dari 6 rukun astika (kewujudan) Hinduism iaitu aliran falsafah kewujudan Hinduism yang dikenali sebagai YOGA.

Anda boleh baca mengenai aliran falsafah yoga di dalam Hinduism di artikel berikut https://ashwed1973.blogspot.de/2015/11/asal-usul.html



 
Gambarajah ringkas
orde di dalam Sufism

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai aliran pemikiran Sufism ;
  • Shariat (Arabic: شريعة‎‎) : legal path.
  • Tareqat (Arabic: طريقة‎‎) : methodico‑esoteric path.
  • Hakekat (Arabic: حقيقة‎‎) : mystical truth / verity.
  • Makrifat (Arabic: معرفة‎‎) : mystical knowledge & awareness, mysticism
Shariat, Tarekat dan Hakekat adalah jalan yang digunakan untuk menemui apa yang dikenali Makrifat.

Di dalam keratan rentas di atas tempat Makrifat ialah ditengah-tengah pusat Hakekat

Namun, oleh kerana ianya adalah kebenaran mistik, maka sudah tentulah ianya tidak nampak. Oleh kerana itu, ia tidak dilukis sebagai gambarajah. Hmm. 

Pengikut ajaran ini pasti enggan mengakui bahawa pengetahuan mereka mengenai "agama Islam" selama hari ini adalah berkait rapat dengan Hinduism. 

Seperti yang selalu saya sebut, untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam, kita perlu pergi kepada permulaan sesuatu itu dicipta. 

Seperti brand agama yang lain, ia juga adalah sebuah ciptaan afterthought. Apa yang perlu kita buat ialah lihat bagaimana ia bermula dan berevolusi

Setelah kita membuat kesemua pemerhatian ini, baharulah kita boleh membuat suatu kesimpulan yang boleh dipanggil fakta. 

Sejujurnya, saya mengakui bahawa saya kurang pengetahuan mengenai ajaran Sufism kerana saya bukanlah seorang pengamal Sufism.

Namun, oleh kerana saya adalah seorang pengamal Undang-Undang di mana saya mendapat latihan sarjana di negara ini, maka saya di wajibkan untuk mengambil kertas Syariah Islamiyah. 

Saya lulus dengan sangat cemerlang. Dengan ini, saya fikir, saya sudah menguasai "legal path". Salah satu aliran pemikiran Sufism.

Untuk memahami jalan yang lain, secara peribadi saya sudahpun membaca beberapa buah buku mengenai ajaran ini terutama mengenai aliran Makrifat.

Mungkin pendekatan dan gaya penulisan yang di ambil oleh si penulis yang mahu dikenali sebagai generasi ketiga Tok Kenali membuatkan saya hilang minat untuk mengetahui aliran ini dengan lebih mendalam.

Namun, secara ringkas saya boleh membuat kesimpulan bahawa ajaran ini mementingkan GURU sebagai pengantara mereka dengan dunia mistik yang menjadi dambaan kumpulan ini.

Guru di kenali sebagai Murshid atau Mawla. Mengikut ajaran mereka, Guru adalah penghubung di antara anak murid dengan alam mistik dan kemuncaknya kepada Allah. 

Oleh kerana itu, Guru di dalam ajaran ini sangat di hormati sehingga ke tahap taksub. 

Pengikut ajaran ini mempercayai bahawa manusia boleh menjadi dekat dengan Tuhan di dunia ini seolah-olah seperti melihatnya dengan mengamalkan beberapa ritual seperti meditasi (muraqaba), zikir, sufi whirling dan menziarah kubur Guru.

Muraqaba boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu Ghanood, Adraak dan Warood.

Muraqaba adalah satu proses di mana pengamal ajaran ini akan memencilkan diri dari dunia materi (ascentism/latihan/bertapa) atau sekadar mendiamkan diri. 

Di zaman dahulukala, konsep ini memerlukan si pengamal pergi ke sebuah daerah yang terpencil dan jauh dari riuh pikuk orang ramai seperti di telaga buta, rumah tinggal atau gua untuk bertapa. Kini, saya rasa ia tidak begitu lagi.

Dikatakan apabila seseorang sudah menguasai teknik muraqaba mereka akan berada di antara tidur dan jaga. 

Di sinilah dengan latihan yang berterusan para penganut dapat merasai pengalaman tertinggi yang dipanggil Warood

Di tahap Warood, pengamal bukan lagi berada di pihak pemerhati tetapi masuk bersatu dengan alam.

Membuat latihan Muraqaba dengan giat, akan mengakibatkan para pengamal menerima pengetahuan secara mistik. 

Ia mempunyai beberapa tahap yang dikenali sebagai kashaf/ilham, shahood dan fatah.

Diperingkat kashaf si pengamal secara misteri akan menerima pengetahuan mistik. Di tahap ini, si pengamal tidak boleh mengawal penerimaan pengetahuan ini.

Sesudah berlatih dengan giat, si pengamal akan memasuki tahap shahood di mana beliau boleh mengawal penerimaan pengetahuan ini.

Di peringkat ini si pengamal dapat melihat, mendengar, menghidu dan merasa apa sahaja di dalam angkasaraya ini (Secara jujur saya sudah merasa seperti membaca komik marvel. Entah kenapa bayangan Professor Charles Francis Xavier dari siri X-Men sering muncul di pemikiran).

Apabila si pengamal sudah cukup latihan beliau akan memasuki tahap fatah. Di tahap ini beliau tidak perlu lagi bermeditasi untuk menerima pengetahuan. Beliau bebas dari masa dan ruang dan boleh melihat, mendengar, menghidu dan merasa di mana-mana sahaja tempat dan waktu (masa hadapan dan masa yang lalu) di dalam alam ini.

Kesemua latihan ini menjadikan para pengamal dibahagi kepada beberapa makam, iaitu :-

a. fana - pupus dari realiti
b. sair illallah - perjalanan menuju Allah
c. fana fillah - kepupusan diri di dalam Allah
d. sair min Allah - perjalanan kembali dari Allah; dan yang paling hebat
e. Baqaa billah

Untuk pengetahuan, tahap baqaa billah ialah satu tahap di mana si pengamal kembali ke alam realiti setelah menerima perlantikan dari Allah untuk menjadi petunjuk kepada manusia.

Kesimpulan

Sebenarnya, saya tidak mempunyai masalah sedikit pun dengan amalan sesiapa pun di tanah air kita ini.

Samada anda Sunni, Syiah, Sufi, Ahmadiyah, Ibadi, Asyaari, Salafi, Kristian, Sikh, Buddha, Judais, Bahai, Atheist dan sebagainya

Pegangan anda adalah pilihan peribadi anda. Siapalah saya untuk menilai anda.

Untuk pengetahuan para penganut "agama Islam", Malaysia adalah salah satu negara yang menandatangani Deklarasi Amman pada 9 November, 2004.

Menurut deklarasi ini, seramai 200 cendikiawan Islam telah mencapai 3 kata sepakat iaitu :-

1. Menerima semua mazhab termasuk pegangan asya'ri/maturudi, sufism dan salafi sebagai Muslim.

2. Menghalang keras perbuatan takfiri (mengiktiraf pegangan lain sebagai kafir)

3. Mengawal prinsip asas di dalam mengeluarkan fatwa mengikut ketetapan negara.     

Negara kita di wakili oleh Perdana Menteri di waktu itu, iaitu Tun Abdullah Badawi. Dato Seri Anwar Ibrahim juga turut serta tidak salah saya.

Maka, menurut deklarasi ini apa pun pegangan anda, Malaysia mengenali anda sebagai Muslim.

Namun, deklarasi ini pada hemat saya tidak dihormati oleh politikus di tanah air kita. Ramai di antara mereka memainkan sentimen agama dan mazhab demi mengaut laba politik. 

Berbalik kepada tujuan utama saya menulis artikel ini, saya tidak boleh menerima ajaran Sufism kerana beberapa sebab.

Saya berpendapat dunia ini di bahagikan kepada dua iaitu alam khayalan dan alam realiti.

Kita hidup di alam realiti atau alam nyata sedangkan dari pembacaan saya dapati pegangan Sufism banyak berada di dalam alam khayalan.

The devil is in the detail kata orang putih. Saya dapati apabila membaca pegangan ini secara lebih teliti, terdapat banyak kenyataan yang tidak dapat disahihkan.    

Saya beri contoh yang di ambil dari blog mengenai aliran pemikiran makrifat. Ia di ambil dari kisah Nabi Musa mahu melihat Allah ;

Kata Allah, Ya Musa aku bukan mahluk, aku bukan ain, aku bukan sesuatu, aku bukan benda macam mana aku nak tunjukkan wajahku kepada mu, macam mana aku nak tunjuk wajahku kepada engkau ya Musa. aku ini tidak bersifat dan tidak berain…. Laisa kamislihi syaiun ……, apa yg kamu ingat itu, bukan aku, apa yang kau gambar-gambarkan itu, bukan aku, apa yang kamu pandang itu, bukan aku, bukan aku, bukan aku, macam mana aku nak perzahirkan wajah aku kepada mu ya Musa. Nabi Musa berkata lagi, Ya Allah ya tuhan ku aku ini seorang nabi, sedangkan orang bukan nabi boleh tunjuk-tunjuk tuhan dia, mereka boleh pegang tuhan mereka, boleh dimandikan, boleh di raba, boleh dibawa kesana kemari, sedangkan mereka itu bukan nabi, boleh tunjuk tuhan mereka, tapi aku sebagai seorang nabi, usahkan kata nak tunjuk, nak ceritapun aku tak boleh, tak reti, oleh itu bagaimanakah org nak percaya kepada aku, ya Allah , kata Nabi Musa.

Jadi ya Allah perzahirkanlah wajah mu, aku nak tengok, aku nak lihat, aku nak tilik, semoga boleh lah aku menceritakannya semula kepada kaum aku.” Lalu dgn kasih sayang Allah SWT berkatalah Allah kepada Musa, Ya Musa, sekiranya benar engkau nak melihat wajah ku, Aku bagi kau mengenal aku, hanya melalui satu kiasan sahaja (yakni satu perumpamaan). Jika kau tahu akan kiasan atau perumpamaan ku ini, maka engkau akan dapat mengenal aku dan akan dapat melihat aku pada jam ini, pada hari ini dan pada saat ini ya Musa.
Al Quran ada menceritakan hal ini di AQ 7:143,
A143 
"Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami tetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku, supaya aku dapat lihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan lihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya nampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin." AQ 7:143

Pertemuan ini adalah di antara Nabi Musa dan Pemeliharanya, tiada siapa lagi yang ada di situ melainkan Nabi Musa. 

Kisah ini diilhamkan kepada Nabi Terakhir setakat yang tertulis di Al Quran sahaja. Maka kisah yang lebih detail seperti yang tertulis di blog itu tidak boleh dibuktikan sebagai fakta. Ia hanyalah persangkaan.

Sebab yang kedua ialah mengenai ketaksuban ajaran ini kepada Guru mereka.  
Sebagai seorang pengamal Undang-Undang saya berpengalaman mendengar kisah bagaimana Guru-guru ini mengeksploit ketaksuban anak muridnya dengan meminta pelbagai imbuhan dunia.

Anda boleh lihat video eksploitasi Shri Sai Baba terbitan BBC seperti yang saya sertakan di Artikel bertajuk Siri Ramadhan : Mistikal untuk mendapat idea mengenai hal ini.

Ketaksuban akan menjadikan seseorang hilang pertimbangan, di tambah pula jika seorang Guru itu menyatakan dirinya sudah mencapai tahap Fatah iaitu mempunyai kuasa melihat, mendengar, menghidu dan merasa di mana-mana dan waktu dalam alam ini. 

Adakah anda berpendapat seorang anak murid yang berada diperingkat permulaan di dalam ajaran ini mempunyai hak yang luas untuk mempertikai orang yang lebih senior darinya ?

Bagi saya ia adalah satu kaedah yang licik untuk menipu seorang manusia lain.

Pun begitu, saya tegaskan lagi sekali bahawa saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan sesiapa pun yang mahu mengikuti ajaran ini.

Anda berhak kepada hidup anda. Kita bukanlah musuh kepada yang lain.

Cuma, sebagai seorang yang menghormati kebebasan berfikir, saya berpendapat, jika anda mempunyai pegangan yang berbeza dengan posisi blog ini, cara yang paling baik untuk anda debunk semua pemikiran blog ini ialah dengan mencipta blog anda sendiri.

Di ruang ciptaan anda, anda boleh bercerita segala-galanya mengenai aliran pemikiran yang anda ikuti sambil menyanggah semua pemikiran dan posisi blog BERONTAK UNTUK BEROTAK.  

Bukankah dunia ini luas ? Saya pasti ruang maya internet ini tidak akan menjadi sempit untuk satu lagi wacana disiplin keilmuan. Bukankah begitu ?

Ashwed 
   

13 comments:

  1. Politicalamity917 July 2016 at 21:50

    mai mana la pulak "kat..kat segala macam kat"... secara logiknya adakah Allah expect semua manusia nak sampai level macam tu?
    Islam itu mudah...ini dah masuk bukan mudah.

    ReplyDelete
  2. Tajuk ini agak berat jika sesorg itu tidak pernah mengaji ttg ilmu ini. Tasauf adalah gabungan bagi keempat cabang ilmu ini iaitu syariat tariqat hakikat dan makrifat. Dan apabila benar2 mahir maka ia digelar sufi.

    Agama islam yg dibicara dan dilakukan oleh majority hanyalah tertakluk pada luarannya sahaja iaitu amalan2 ritual spt sembahyang, puasa, zakat dn haji dll serta pemakaian dn penampilan. Mereka lebih tekankan kepada fiqh/fekah.

    Pengikut ajaran tasauf pula lebih menitik beratkan apa yg terkandung didlm hati. Masih melakukan juga amalan2 ritual namun hati mereka akan mereka jaga dr segala nafsu mazmumah/jahat yg boleh mencacatkan amalan ritual dari sifat riak dn sebagainya. Menghukum adalah dilarang kerana yang menjatuhkan hukum hanya Tuhan dan manusia hanya sampaikan saja.

    Dalam pengajian tasauf ini terdapat banyak kumpulan. Yg paling menonjol adalah kumpulan Tarikat separti tarikat Naksyabandi dn beberapa lagi yg popular. Kumpulan tarikat lebih kepada taksub guru yg mereka gelar sheikh dan mempunyai salasilah keturunan Nabi Muhammad kata mereka.

    Kumpulan hakikat pula adalah kecil tapi banyak. Ada yg menonjol dn ada yang tidak. Ianya bergantung pada guru dan biasanya anak murid yg lebih sudu dari kuah. Guru mursyid adalah yg selalu digelar pada guru mereka kerana sesorg guru itu pasti mahir dan telah melalui pengalaman rohani.

    Mengaji ilmu ni mmg perlu berguru sbb jika hanya melalui bacaan sperti buku hakiat tok kenali dn sebagainya pembaca sukar untuk faham. Dan bukan pula faham itu akan statik sahaja malah ianya mengembang dan memerlukan seseorang itu sentiasa berlapang dada dn yg amat penting jangan taksub dgn guru. Cukup hanya menghormati.

    Maaf panjang sikit tulisan aku ni. Bukan lah apa ini kerana perkara ini perlukan pemahaman yg baik mengenainya. Ramai org hanya suka menghukum bahawa ilmu ini sesat dan terpesong. Walhal ini adalah ilmu yang bagus untuk mengenali setiap amal perbuatan yg kita lakukan.

    Aku sendiri mengaji ilmu ini bertahun lamanya. Tapi kini tidak lagi selepas aku ketahui bahawa ianya adalah antara salah satu dari cabang ilmu untuk kenal Tuhan. Rupanya dalam setiap agama ada cabang2 ilmu mereka yg menjurus kepada ilmu kenal Diri dan Tuhan. Setelah aku kaji dan teliti rupanya semuan agama menjurus kepada Tuhan yang Esa. Semuanya sama cuma pendekatan saja berbeza bergantung pada amalan ritual mereka kerana ianya bersangkut pada Agama masing2.

    Semua agama di dunia ingin mencari dan mengenali Tuhan yang Esa. Setiap dr mereka punyai pengamal yg lebih mendalam dlm hal ketuhanan. Perbezaannya adalah pada terma bahasa dan istilah yang digunakan dalam memahami hal ini.

    Agama islam dengan Quran dan sufism dan Allah.
    Christian dgn Bible dan inner mysteries/Gnosticism dan Logos.
    Yahudi dgn Torah/Talmud dan Kabbalah dan Ein sof.
    Taoism dgn folk taoism dan Chuan (Zen) dan Tao.
    Hinduism dgn Bhagavad gita dan Tantra Upanishads dan Brahman.
    Buddhism dgn Mahayana/Hinayana dan Vajrayana dan Void.

    Malah saintis juga mencari dengan segala macam ujikaji dan data dan berakhir pada Source.

    Kebenaran yg benar adalah kita ini hanya perlu hidup dan melalui serta nikmati setiap saat semasa hayat ini. Tuhan amat pengasih dan penyayang pada setiap ciptaannya cuma kita sahaja yang membebankan diri dengan ciptaan yg kita ada2 kan.

    Gunakan lah akal yg dikurniakan kepada kita sebaik2 nya dan jangan mengambil mudah dengan hanya merujuk kpd org lain dalam setiap hal. Tiada siapa pun akan menanggung apa yg kita lakukan selain kita sendiri menangunggnya.

    Ingatlah agar sentiasa berlapang dada, jangan menghukum, gunakanlah akal dan jangan patah semangat serta gunakanlah common sense dlm kehidupan kita sehari2. Merdekakan minda kita dari dogma agama.


    Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penerangan saudara umat membantu saya. Sudah lama saya terfikir benda yg sama tapi tak berapa pandai nak menyusun ayat utk menulis. Tq.

      Poch

      Delete
    2. Sama2 tuan Poch.
      Terima kasih juga pada tuan Ashwed kerana melalui blog ini aku dpt menerangkan sedikit dr pengalaman aku dlm mencari kebenaran.

      Tulisan aku di atas itu pun mengambil masa 3 hari utk aku siapkan. Bererapa kali aku edit utk menepati maksud. Sbb bukan mudah nak meringkaskan perjalanan pengalam aku ini.

      Alam

      Delete
    3. Politicalamity922 July 2016 at 20:53

      cuma saya agak keliru..adakah semua nabi-nabi dan rasul-rasul mempraktikkan perkara yang sama? jika ianya semestinya ianya adalah satu tuntutan dan kebarangkalian besar dibukukan oleh para sahabat.
      Adakah ini juga adalah teori-teori yang dibuat selepas dari zaman nabi-nabi? sama macam kes hadis-hadis?

      Delete
    4. Mula2 sekali kita kena faham 2 perkara iaitu Agama dan keTuhanan. Ianya nampak seperti berkaitan tapi sebenarnya adalah berbeza.

      Nabi dan Rasul tidak pernah sesekali mengajarkan tentang keagamaan (ritual dan hukum hakam) tapi sebenarnya mereka hanya menyatakan tentang keTuhanan. Tuhan adalah Esa tiada selainNya dan tiada seumpamaNya.

      Manusia yg cergas akalnya tidak akan puas selagi tidak mengenal akan Penciptanya. Oleh itu manusia sejak dari dahulu iaitu sebelum adanya agama2 telah mencari dan ingin tahu. Sehingga didatangkan beberapa org Nabi dan Rasul utk menyatakan Tuhan yang Esa.

      Akibat dari penyataan para Nabi dan Rasul serta kitab2 yg dikatakan suci maka manusia terus mencari dari peninggalan ini dan membuat pelbagai teori utk mengenali Tuhan. Semuanya berlaku selepas meninggalnya Nabi2 mereka.

      Yahudi dengan Nabi Musa dan Torah. Christian dengan Nabi Isa dan Bible. Islam dengan Nabi Muhammad dan Quran. Masing2 atas kepercayaan mereka kepada Tuhan yg Esa. Rujuk tulisan aku berkenaan hal ini pada setiap agama.

      Bagi agama islam pengajian tasauf ini mula popular selepas beberapa tahun Nabi Muhammad meninggal. Lebih tepat lagi selepas seorg alim iaitu imam Ashyari kalu tak silap namanya telah menemukan formula sifat 20. Dari sinilah mula berkembangnya ajaran tasauf dgn berlandaskan Al-quran dan Hadis kudsi.

      Alam

      Delete
    5. "Nabi dan Rasul tidak pernah sesekali mengajarkan tentang keagamaan (ritual dan hukum hakam) tapi sebenarnya mereka hanya menyatakan tentang keTuhanan. Tuhan adalah Esa tiada selainNya dan tiada seumpamaNya.

      Manusia yg cergas akalnya tidak akan puas selagi tidak mengenal akan Penciptanya. Oleh itu manusia sejak dari dahulu iaitu sebelum adanya agama2 telah mencari dan ingin tahu. Sehingga didatangkan beberapa org Nabi dan Rasul utk menyatakan Tuhan yang Esa."

      A very straightforward explanation and I partly agree with it. The other part of me is still searching. Some times I believe God exists, other times I don't, especially with all the cruelties in this world, be it upon human, nature or animals. I mean he could've ended all those cruelties but he did not. Anyhow, the search is my journey.

      Delete
  3. Salam.
    Now I know tujuan group-group.
    Macam payah semacam jer.
    Tengok jer air or any God creation tak ke mana.
    Tapi jika kaji kita akan depat kenali God betapa hebatNya dalam segenap segi.
    I selalu amaze dengan TV sejak kecil lagi. Dapat isyarat keluar gambar kat screen. Belum lagi ciptaan lain.
    Akal manusia yang God beri memang hebat.
    And oops to people yang kata konsert Selena Gomez tak hormati Syawal. I pi tengok Let It Be. Tiket free ma...

    Non

    ReplyDelete
  4. salam tuan,

    amman message cuba menuju ke jalan yang lurus (kebenaran). saya berfikiran positif dalam perancangan ini.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya juga menaruh harapan yang besar terhadap Amman Message

    Damai

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Setuju sgt ttg ketaksuban murid & guru. Pernah bergaul dgn golongan ini,,,bkn semua @ munkin kbetulan yg sya jumpai dimana taksubnya kadangkala tahap meluat. Disebalik tutur kata yg lembut,,ianya penuh keegoan & rasa bagus, dgn crita mimpinya dan talian baiah nya dari guru terus kpd mohamad,,kira nya akan dapat syafaat syurga nnti.

    Damai

    ReplyDelete
  7. Selamat sejahtera.
    Semasa dalam perjalanan balik hometown I nampak info about rasuah.
    But most of the time focus at riba. So dah set kat mind most of the orang Islam about riba. Tak banyak la pasal rasuah.
    The more frequent people talk about an issue lama kelamaan akan jadi part of the life principles. Sama macam kes anjing. Sampai anjing yang doq dalam rumah pun budak-budak baling batu. Kesian anjing tu.

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity922 July 2016 at 20:50

      reminds me of tale of the monkeys. It goes like this (sorry admin..panjang ni):

      A group of psychiatrists and sociologists performed an experiment on monkeys. They put five of them in a cage from which they hung some bananas.

      When one of the monkeys tried to climb to get one, the observers poured hot water on him and the other monkeys in the cage. He obviously retreated and gave up.

      Moments later, a second monkey decided to try his luck and again hot water was poured on him and also on his fellow primates. When the third monkey tried to do the same thing, the others in the cage prevented him from doing so out of fear of the hot water.

      Hours later, the scientists pulled out one of the monkeys who had been splashed with hot water and put a new one in his place.

      Not knowing that he would be splashed with hot water, the new monkey immediately jumped to bring down a banana but the other monkeys prevented him. He did not know why.

      Any new monkey who tried his luck was stopped by the remaining monkeys out of fear that he and them would be splashed with hot water.

      All the monkeys inside the cage who had water poured on them were pulled out completely and replaced by new ones who had not seen what had happened to the old group.

      The new ones did not try to get the bananas out of fear of the unknown that they had inherited from the other monkeys.

      This experiment is representative of life for some human communities in the Third World countries, especially those that are always led by tradition and fear of the unknown.

      Many of our habits and practices are down to an inherited fanaticism, individuality of opinion and many other things instilled in us by our ancestors.

      They have become our faith and our religion with which we kill ambitions and slaughter initiatives. Whoever tries to jump over these traditions, whether at an individual or social level, will be castigated and accused of being a heretic.

      Many officials in our government departments worship these obsolete rules and regulations and would not dare to violate them. In fact, they will defend them without asking for the reason behind their application.

      The traditions and norms of the people are usually governed by the circumstances of their time and place. Do we have to impose these obsolete rules on the new generations who are living in different circumstances? Is this part of an innate social conduct or are these rules imposed on them by some sectors of society in order to control them and keep them suppressed?

      In order to build a better future, we have to unchain all the fetters of the past and also the illusion of what we call "the specialty of our society."

      Delete