Thursday 4 August 2016

Nilai Rohani : Pita Pengukur Nilai

Kedamaian Untuk Semua,

Sehari dalam setiap minggu saya akan menunggu anak-anak saya berlatih seni mempertahankan diri Tae Kwon Do di sekolah mereka.

Sambil menunggu, saya akan berlegar di dewan tempat mereka berlatih sambil mata membaca apa sahaja tulisan dan kenyataan yang terdapat di sekeliling dewan itu.

Oleh kerana perkara ini sudah saya lakukan bertahun-tahun lamanya, maka secara asasnya keseluruhan maklumat di Papan Kenyataan Dewan Sekolah mereka sudah saya baca. Samada yang lama atau yang terbaru. Berkali-kali.

Petang tadi, saya perasan ada satu kenyataan baru di lekat di dinding Dewan Sekolah anak-anak saya.

Ia adalah suatu kenyataan universal yang menyeru para pelajar sekolah itu supaya memupuk nilai-nilai murni di dalam diri mereka.

Secara peribadi, saya merasakan mesej yang cuba disampaikan dari kenyataan ini adalah amat agong.

Bagi saya, jikalah para pelajar sekolah ini (termasuk anak saya) dapat menjiwai mesej berkenaan maka negara kita akan berada di dalam tangan yang selamat.

Cuma saya merasakan gaya penyampaian kenyataan tersebut kurang menarik. Di tambah pula lokasi ia diletak yang agak kurang strategik, maka saya agak was-was samada kenyataan ini dapat memberi impak yang besar kepada para pelajar sekolah tersebut.

Walaupun begitu, saya amat berterima kasih kepada guru-guru sekolah ini, termasuk guru-guru lain di mana sahaja anda berada kerana sentiasa prihatin untuk menyampaikan nilai-nilai murni kepada anak-anak rakyat Malaysia seperti saya.

Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa anda.

Berikut adalah kenyataan yang di maksudkan :-



Sidang pembaca yang dihormati sekelian. Setelah lebih 10 tahun mengkaji Al Quran, kini saya berani menyatakan bahawa keseluruhan Al Quran ditulis dengan objektif untuk menyampaikan mesej-mesej universal sebegini.

Ritual bukanlah objektif Al Quran, ianya adalah satu penghinaan yang amat besar jika kita merasakan Zat Asal yang MAHA AGONG ini memerlukan ritual dari manusia sebagai kayu pengukur kepercayaan kepadaNya.

Namun begitu, tajuk perbincangan kita kali ini bukanlah mengenai nilai-nilai murni atau jenis-jenis perbuatan yang layak diletakkan sebagai murni.

Perkara sebegini sudah banyak diperbincangkan di ruang maya internet, di forum-forum perdana, di wacana intelektual malah jika kita perhatikan nilai-nilai ini sudah terlalu overated sehinggakan seperti sudah ada satu piawaian yang standard bagi menggambarkanya.

Saya pasti ramai yang pernah menonton filem atau drama melayu yang mempotrait mereka yang mahu kembali ke pangkal jalan atau "bertaubat" dengan pakaian standard jubah, tasbih, sarban dan mungkin ditambah sedikit celak di mata.

Penyangak pula kebiasannya digambarkan berambut panjang atau botak, berseluar koyak, berantai, beranting-anting dan bergelang.

Kalau watak orang tua gatal pula mesti diletakkan gelaran Dato'.

Seolah-olah kelayakan untuk mendapat gelaran Dato' dari Raja-Raja Melayu memerlukan seseorang itu mempelajari selok-belok bagaimana mahu menjadi miang terlebih dahulu.

Perbincangan kita kali ini adalah mengenai perkataan nilai itu sendiri. Tentang bagaimanakah penilaian itu dibentuk dan diukur sebelum ia di letakkan sebagai suatu harga.

Sebenarnya sebaik sahaja membaca kenyataan di dewan sekolah itu, fikiran saya terus teringat kepada suatu peristiwa yang terjadi kepada diri saya sendiri.

Perkara ini menyedarkan saya bahawa NILAI adalah sesuatu yang tidak boleh diukur secara materi.

Ceritanya begini, sewaktu saya belajar dari sekolah rendah, sehingga ke sekolah menengah sehingga ke menara gading kemudian masuk pula ke alam pekerjaan saya dapati diri saya tidak pernah mempunyai walau sebatang pun pen.

Image result for pen

Ianya memang kedengaran sedikit pelik, tetapi itulah hakikatnya. 

Seingat saya, setiap pen yang saya beli akan hilang di dalam tempoh 2,3 hari. Perkara ini terjadi semenjak dari sekolah rendah (pensil) sehinggalah ke sekolah menengah.

Menyedari hakikat ini, maka apabila melangkah ke alam universiti saya mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membeli pen.

Universiti adalah suatu tempat pembelajaran yang sangat besar dan rupanya terdapat ramai para pelajar yang mempunyai tabiat buruk menghilangkan pen masing-masing seperti saya.

Oleh yang demikian, saya tidak mempunyai kesukaran untuk mengambil nota memandangkan akan ada sahaja pen yang ditinggalkan di atas tempat duduk dan meja samada di kelas atau dewan kuliah universiti tempat saya belajar.

Pen ini akan saya guna sehinggalah ia hilang (mungkin dijumpai dan digunakan oleh pelajar lain pula) sebelum menjumpai pula pen orang lain yang tertinggal.

Apabila sudah berjaya memperolehi segulung ijazah dan membuka firma guaman sendiri, kini saya terpaksa membeli stationery untuk kegunaan pejabat yang sudah pastilah termasuk pen untuk menulis dan menyain.

Pada mulanya saya ingat tabiat buruk ini akan berakhir, rupanya ia berterusan sehingga ditegur oleh pekerja sendiri. Mungkin dia pun dah naik fed-up asyik kena order pen untuk majikannya.

Sehinggalah pada tahun 2009, saya diberikan satu tugas secara berkumpulan bagi menyelesaikan satu permasalahan. Ianya agak besar dan seringkali diberi perhatian di dada akhbar.

Di pendekkan cerita kumpulan kami berjaya mengharungi isu itu dengan berjaya. Bagi menghargai jasa yang diberi, setiap individu di dalam kumpulan kami diberi sebatang pen yang ditempah khas.

Semenjak dari itu, saya dapati saya tidak lagi kehilangan pen seperti sebelumnya. Kali ini saya menganggap bahawa pen yang sedang berada di tangan saya ini bukanlah sebarangan pen. Ia mempunyai nilai yang tinggi di jiwa saya.

Saya menjadi amat berhati-hati dengan pen tersebut. Saya memastikan bahawa selepas sahaja digunakan, pen itu akan saya letak kembali di tempat yang selamat.

Sebenarnya, harga pen itu tidaklah begitu mahal. Saya boleh sahaja menempahnya dengan mengguna duit sendiri.

Saya membuat kesimpulan bahawa yang menjadikan ianya bernilai bukanlah harga pen tersebut tetapi cara pen itu diperolehi, iaitu dengan keringat dan usaha yang ikhlas.



Saudara dan saudari pembaca yang dihargai, inilah pita pengukur nilai secara rohani.

Ukurannya tidak lain dan tidak bukan dikira melalui jiwa kita sendiri sahaja.

Ini juga adalah resam dunia ini.

Pada hakikatnya, setiap perkara materi yang tersedia di dunia tidaklah mempunyai apa-apa nilai.

Kitalah yang meletakkan nilai tersebut.

Di antara sebotol air mineral dan sebongkah emas, pada firasat anda yang mana satukah mempunyai nilai harga yang lebih tinggi ?

Adakah anda benar-benar merasakan sebongkah emas mempunyai status harga yang lebih tinggi di bandingkan dengan sebotol air mineral ?

Ya, mungkin di saat ini, di tempat anda tinggal, di ketamadunan ini sebongkah emas mungkin berharga berjuta-juta ringgit.

Tetapi, bayangkan jika anda terdampar disebuah pulau yang tidak berpenghuni setelah tersesat di laut berbulan-bulan lamanya tanpa air bersih. Pulau ini dipenuhi dengan berbongkah-bongkah jongkong emas.

Di saat ini yang manakah lebih berharga buat diri anda ? Emas atau sebotol air mineral ? 


Image result for gold




Saya cuai, menghilangkan pen sepanjang kehidupan saya bukanlah kerana harga pen itu murah atau mahal tetapi kerana saya merasakan pen itu tidak mempunyai apa-apa nilai dan hubungan dengan saya.

Kita tidak menghargai sesuatu yang tidak bernilai kepada diri kita. Kita akan berlaku cuai kepada sesuatu yang tidak bernilai kepada kita.

Oleh yang demikianlah fikirkan dengan mendalam, jika kita sedang berada di dalam suatu perhubungan yang dingin.  

Kita dan pasangan kita sering bertengkar dan bergaduh. Adakah sebenarnya ia terjadi kerana kita tiada sefahaman atau sebenarnya hubungan kita itu tidak bernilai bagi setiap diri masing-masing ?

Jika kita seorang ibu atau ayah pula, kita sering memarahi anak-anak dan mengeluarkan kata-kata kesat. Adakah anak-anak kita itu tiada nilai kepada diri kita ?

Begitu juga hubungan kita dengan ibu-bapa kita, adakah ibu-bapa kita itu tiada nilai sehinggakan kita tidak mempedulikan mereka seperti mereka mempedulikan kita semasa kita kecil dahulu.

Hakikatnya di dalam kehidupan ini, manusia akan berhati-hati terhadap perkara yang mempunyai nilai tinggi di dalam hidup mereka.

Jika kita menilai kesihatan sendiri dengan harga yang tinggi, pasti kita akan berhati-hati dengan apa yang kita minum dan makan sambil memastikan tubuh mendapat senaman yang cukup.

Jika kita sayang kepada wang ringgit, kita tentu akan berhati-hati membelanjakannya.

Jika kita sayang kepada masa, sudah tentu kita akan menghormatinya.

Jika kita sayang kepada seseorang, pasti kita akan menghargainya.

Oleh yang demikian, jika kita benar-benar sayangkan pasangan kita, anak-anak kita atau ibu-bapa kita ubahlah sikap kita terhadap mereka.

Berhati-hatilah dengan perasaan mereka. Sekurang-kurangnya cubalah fahami perasaan mereka sepertimana anda mahu orang lain memahami perasaan anda.

Kadang-kadang anda tahu anda benar tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa jika anda bersikap kasar kepada orang yang anda ingin ubah.

Inilah nilai murni yang memerlukan pengorbanan yang amat tinggi.

Ashwed

















8 comments:

  1. didalam artikel bertajuk "reality orang kita" saudara ashwed tulis, ...Kita perlu merenung semula terhadap agama yang masyarakat kita amalkan...

    ... jika kita mengambil kira gambar nilai-nilai murni yg saudara lampirkan diatas, amat nyata sekali bahawa sebelum kita renung semula agama adalah lebih baik untuk kita bermula dengan tapak pertama, ia-itu pengunaan bahasa melayu/malaysia...

    ... lojiknya adalah mudah... agama Islam adalah al-quran... dan al-quran dipenuhi dengan perkataan2 arab... kesemua orang2 melayu termasuklah ahli agamawan dan mereka2 yg gemar mengelar diri mereka ulamak, walaupun mereka2 ini belajar berbahasa arab dinegara2 arab (there are exceptions but not discussed here), kefahaman mereka masih bergantung penuh pada penguasaan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa melayu/malaysia... jika terdapat kelemahan/kecacatan didalam bahasa ibunda mereka maka ternyata fahaman mereka terhadap al-quran pun nyata terjejas. ( persoalan pertama samaada "bahasa melayu" atau "bahasa malaysia"???)

    berbalik kita kpd gambar nilai-nilai murni diatas... kita perlu ingat bahawa nilai-nilai ini ditulis oleh orang2 yg kita iktiraf sebagai cik gu yg bertauliah dan dipamirkan disekolah tempat kita mengajar ilmu kpd generasi muda kita... dan kita perlu ingat peribahasa melayu mengenai ketam mengajar anaknya berjalan dan jugak tentang buluh dan rebung!

    baiklah... jika kita teliti akan nilai-nilai yg disenaraikan, kita akan perhatikan kata-nama saperti kebersihan, kejujuran, kerajinan dsbgnya... tetapi, perkataan rasional bukan kata-nama... walaupun ianya diciplak 100% dari bahasa asing, ia tetap dikategorikan dibawah "kata-sifat" ... ini bermakna "kata sifat" telah di-sama-kan dgn "kata nama" dan bukan setakat menjadi "rojak" sahaja, tetapi jika kita teliti akan makna perkataan "rasional" ini, kita dapati ianya memang TIDAK layak disenaraikan sebagai "nilai-nilai murni" kerana ia adalah satu sifat yg asas (syarat) untok menjadi maknusia yg "normal." ( ingatlah bahawa hanya orang gila/fanatik yg akan bertindak secara "tidak rasional" .)

    begitu juga dgn "patriotisme" ... ia adalah kelayakan asas... bukankah kita ini hidup dimalaysia? cintakan negara sudah menjadi kelayakan asas untok kita menjadi rakyat malaysia... ini bererti ia BUKAN satu nilai murni, melainkan negara kita sudah jadi negara kommunist! LOL... ;-)

    jika kita tidak mampu menjadi kreatif untok mencipta perkataan2 baru ( selain dari asyek menciplak perkataan2 inggeris ) ada baiknya kita menjadikan perkataan "baik hati" satu kata-nama yg baru, saperti "keretapi" (kereta + api)... dalam situasi ini "baik-hati" (barangkali tanpa - ???)

    bercakap pasal ciplak... apakah erti sebenar "kata kunci?" (katakunci)

    adakah betul apa yg dimaksudkan itu? sebagai contoh kita ambil "rasional" dan kata kunci yg dipaparkan adalah "melakukan tindakan dengan pertimbangan yg wajar dan waras tanpa pengaruh emosi atau perasaan"...

    ... alamak... panjangnya... ini maknanya, kuuut? ... kata-kunci,lah, dan bukannya "ayat-kunci" ataupun "kunci ayat"... kata kunci dari inggeris "keyword" dan bukan "key-sentence" (memang tak wujud pun istilah ini) ... kata-kunci "kata kunci" adalah "perkataan" atau "word"

    terbukti pengunaan istilah "kata kunci" saperti yg tertera diatas itu adalah nyata salah... tetapi kenapa kita masih mahu mengiktirafkan ia sebagai betul/benar/tepat???

    ada banyak lagi kritikan yg bisa dikemukakan tetapi akan mengambil masa/ruang yg panjang/besar... sekadar disini sahaja untok membuka mata-hati kita semua kpd yg nyata jalannya bukannya lurus tetapi banyak serong!

    ... kenapa kita mahu jadi ketam walhal kita ini dilahirkan sebagai maknusia? kenapa kita masih mahu cuba menegakkan benang yg basah?

    MDK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kpd MDK! Harap terhibur dgn cer-pen 70'an;
      Seorang guru perempuan (kontrak) dari Seberang,
      suatu hari diSek Rendah Kebangsaan bercerita berkaitan ular & ikan; kata Che Gu, ikan 'bisa' dimakan! murid2 mencelah beramai, Tidak 'bisa' Che Guuuuuuu! Guru sambung, tetapi ular 'tidak bisa' dimakan! maka murid2 menjawab beramai, ular 'bisa' dimakan Che' Guuuuuuu!!! Fikir-fikirkanlah!!!!

      Delete
    2. tak usahlah saudara anon18:58 membuang masa memikirkan perkara yg orang lain sudah beribu tahun memikirkannya... & mereka juga telah memberi penyelesaian yg masih digunapakai oleh maknusia zaman sekarang... peninggalan dari mereka itu dalam bahasa inggeris dinamakan grammar iaitu peraturan2 atau peradaban bahasa... disinilah tersusunnya segala kata-nama/sifat/kerja, sinonim dsbgnya... setiap terma diberi fungsi bertujuan untok mengelak kekeliruan yg pasti akan timbul... tambah2 lagi dgn adanya perkataan yg sama tetapi membawa makna yg berlainan...

      ... ayuh kita menganalisakan "lawak pra-tadika" yg saudara anon 18:58 kemukakan... untok kesenangan kpd mereka yg kurang cerdas minda, kita akan mengunakan sinonim iaitu boleh dan beracun :

      #1. kata Che Gu, ikan "boleh" dimakan!

      #2. kata Che Gu, ikan "beracun" dimakan!

      disini hanya sinonim boleh yg bisa ;-) membawa makna yg waras... kerana jika kita guna sinonim beracun ia tidak masuk akal... kerana akan timbul persoalan "dimakan oleh siapa?"

      jadi apabila murid2 mencelah beramai, Tidak 'bisa' Che Guuuuuuu!

      ini bermakna hanya sinonim boleh yg akan membawa makna yg waras kerana jika kita cuba memasukkan sinonim beracun akan hilanglah kesinambungannya (continuity of thought)...

      sebagai contoh : kata Che Gu, ikan ''boleh" dimakan!

      murid2 mencelah beramai, Tidak ''beracun" Che Guuuuuuu!

      TIDAK MASUK AKAL, KAN?

      ... sekarang gunakan lojik fikiran yg sama untok selanjutnya...

      LOL.

      Delete
  2. Hebat tulisan ini. Satu penampar pada muka saya.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya nilai-nilai yang tuan baca tu 16 nilai dalam Pendidikan Moral untuk orang bukan Islam di sekolah. Orang Islam pun belajar nilai tapi nak faham pun susah sebab dalam Bahasa Arab. Wasatiyah la, istiqamah la. Mungkin itu agaknya sebab bangsa lain, agama lain lebih baik. Mereka belajar mudah. Kalau kita tengok pun pelajar, yang terlibat aktiviti kebajikan banyak bukan Islam. Pelajar Islam buat kebajikan dengan pergi masjid atau surau. Dapat pahala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity95 August 2016 at 20:14

      ihya la, iftar la, asnaf..naik penin...mana pi bahasa sendiri..

      Delete
  4. kalau nilai-nilai murni tersebut di selit ayat-ayat al quran yang berkaitan dengannya pasti dapat menjelaskan kepada murid-murid maksud pengajaran al quran.

    ReplyDelete
  5. nilai2 murni yg tersenarai diatas termasuklah semua yg dikatakan sdr (hubungan anak & ibubapa, anak2, menjaga harta benda & lain2) tidak dapat dizahirkan tanpa syariat (amalan & perbuatan).

    ReplyDelete