Thursday 30 June 2016

Siri Ramadhan : Di Antara Tahyul, Kerohanian dan Ucapan Lebaran

Kedamaian Untuk Semua,

Tidak berapa lama dahulu, saya pernah menulis tentang niat saya untuk mengurangkan karangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan theologi agama.

Saya merasakan bahawa artikel-artikel yang saya telah tulis, sudah cukup untuk membongkar penyelewangan yang dilakukan organisasi agama melalui para pemainnya. 

Untuk itu, sudah sampai masanya untuk saya bergerak kepada sisi lain mengenai kehidupan terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan spirituality atau kerohanian.

Sebenarnya subjek ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ramai yang menyalahtafsir spirituality sebagai salah satu cabang supernatural, paranormal, tahyul dan mistikal.


Spirituality di dalam Bahasa Inggeris membawa maksud perkara atau peristiwa yang tidak boleh diterangkan oleh sains moden.

Ia bersifat metafizik iaitu sesuatu yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan.

Metafizik di asaskan daripada dua perkataan greek iaitu "meta" (selepas) dan fizika (mengenai alam).

Saya secara peribadi berpendapat bahawa perkataan Bahasa Inggeris spirituality tidak dapat mentafsir perkataan kerohanian dengan tepat.

Masyarakat barat sungguhpun sudah berjaya secara am membuang kurungan yang dibuat oleh ahli agama mereka, namun, pemikiran dan kepercayaan kepada perkara tahyul masih belum dapat dibuang secara total.

Ini dapat diperhatikan melalui idea filem dan bahan bacaan mereka.





Walaupun begitu, mereka berjaya mengkategorikan perkara ini dengan satu definisi yang baru. 

Definisi baru ini berjaya membuat jurang garisan yang kukuh di dalam masyarakat mereka. Mereka menggelarnya sebagai science fiction atau ringkasnya sci-fi.

Dengan pemahaman ini, masyarakat mereka dapat membuat perbezaan di antara alam realiti dengan khayalan.

Senario Malaysia

Di tanah air kita, masyarakatnya masih belum dapat membezakan di antara alam khayalan dan realiti.

Ini bukan sahaja terjadi di alam Melayu, malah ia sama terjadi di dalam dunia Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain.

Masing-masing ada kisah tahyul mereka sendiri. 

Untuk tujuan artikel ini saya mengambil contoh yang terjadi kepada bangsa saya. Bangsa Melayu. 

Masyarakat Melayu secara amnya masih mempercayai bomoh, pawang, jampi, dan serapah. Dunia ini dikenali sebagai alam mistik.

Ia menjadi semakin rumit apabila para agamawan yang mendapat tempat yang tinggi di dalam hairarki masyarakat ini mencampurkan adukkan pula alam ini dengan perkataan "ghaib" yang boleh di dapati di dalam scripture yang menjadi asas agama anutan mereka.

Maka ramai yang mendakwa alam mistik iaitu alam khayalan adalah sama dengan perkataan Bahasa Arab "ghaib".

Mereka berpendapat oleh kerana Al Quran ada menulis tentangnya maka mereka wajib mempercayai alam mistik.

Sedangkan ghaib yang dimaksudkan oleh Al Quran ialah Zat Asal itu adalah ghaib.  

Dia tidak kelihatan dengan mata kasar oleh sebab itu Dia berada di mana-mana sahaja wajah kita memandang. Zat Asal ini bersifat halimunan.

Ia adalah dua perkara yang berbeza.

Sejarah Alam Mistik

Sejarah alam mistik berkait rapat dengan sejarah TUKANG CERITA.

Nama Tukang Cerita berbeza-beza mengikut negeri dan daerah. 

Berikut adalah nama panggilan popular untuk sebuah pekerjaan yang dikenali sebagai Tukang Cerita

Negeri Kelatan – Tok Selampit bermain alat bunyian rebab
Kedah – Awang Batil.
Perak – Penglipura.
Selangor – Awang Belanga.
Minangkabau (Indonesia) – Tukan Kaba.
Brunei – Diandangan (alat bunyian – Dombak)
 

Panggilan yang paling popular di antara nama-nama ini ialah Penglipurlara.  

Alam mistik ialah alam khayalan yang di reka berdasarkan tradisi Penglipurlara.

Menurut sejarah Tanah Melayu, seorang Penglipurlara di zaman yang lampau berperanan sebagai pemberi hiburan kepada masyarakat dahulukala.

Penglipurlara akan pergi dari kampung ke kampung untuk bercerita secara oral kepada penduduk kampung. 

Ini adalah hiburan waktu malam orang zaman dahulu setelah di siangnya penat berkerja sebagai petani dan nelayan.  

Hiburan adalah satu industri yang lumayan. 

Oleh itu, tidak mustahil ramai orang Melayu dahulukala menceburkan diri di dalam bidang penglipurlara sebagai karier menyara keluarga

Seperti artis dan selebriti di zaman sekarang, saya percaya seorang penglipurlara juga berkemungkinan mempunyai glamournya yang tersendiri. Mereka boleh menjadi sangat terkenal.

Ini mengakibatkan persaingan yang sengit di antara mereka. 

Perebutan ini melibatkan audiens yang akan menentukan jumlah kutipan show mereka.

Mereka bersaing dari segi skil penyampaian, teknologi audia dan visual dan jalan cerita untuk menarik pendengar.

Maka dari cerita benar, ia mula menjadi suatu cereka (cerita rekaan) akhirnya ia menjadi suatu cerita tahyul yang bersifat di luar alam realiti. Maka terciptalah karakter pontianak, pocong, penanggal dan toyol.

Saya percaya cerita tahyul ini menjadi sangat hit di kalangan masyarakat Melayu dahulukala berdasarkan bukti jumlah kutipan filem-filem hantu dan tahyul di zaman moden ini.   
 





Jika ia boleh di jual sekarang, di zaman yang ada elektrik dan air, yang malamnya terang benderang seperti siang

Maka tiada sebab ia tidak boleh di jual di zaman dahulu, suatu zaman yang malamnya gelap dan seram dengan ketiadaan lampu jalan dan fasiliti asas yang lain. 

Pasti ia lebih kick mendengar cerita hantu di zaman itu. 

Perjalanan balik ke rumah berkemungkinan menjadi modal cerita selama sebulan sesama kawan-kawan.


adakah ini yang dimaksudkan dengan spirituality ?

garisan di antara spirituality atau kerohanian dengan tahyul seringkali disalaherti

Berikut adalah seloka sang penglipurlara bagi memulakan cerita ;
Hei! Riuh rendah gegak gempita,
Inilah hamba nak mula cerita,
Hang tengok kat aku, aku tengok kat hang,
Hang kuit aku, aku kuit kat hang,
Hang gelak kat aku, aku gelak kat hang,
Hang jeling kat aku, aku jeling kat hang,
Hang kejip mata, aku kenyut misai,
Hei beginilah mula ceritanya……
Di antara cerita yang popular ialah Raja Dewa Lok, Raja Bersiung, Raja Berdarah Putih, Anak Lang Pak Belang, Cerita Angan-angan, Jabat Jabit, Abu Nawas dan Awang Ada Duit Semua Jadi.

Inilah masyarakat kita di zaman dahulu. 

Oleh kerana Melayu sifatnya sentimental maka kita merasa berat untuk membuang kesemua kenang-kenangan ini. 

Kita gagal mengambil keputusan yang kritikal iaitu samada membuang secara total sistem kepercayaan penuh tahyul ini atau membawanya bersama-sama kita ke abad 21.

Saya merasakan kita mengambil keputusan yang kedua, iaitu membawanya ke abad 21. 

Untuk itu, kita melindunginya dengan mengguna segala cara termasuk agama, sungguhpun pesaing-pesaing kita (bangsa lain) sudah membuktikan bahawa kepercayaan ini adalah tidak benar.

Definisi Kerohanian

Kerohanian berasal dari perkataan roh.
Ia merujuk kepada  perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dalam penaakulan (proses membuat pertimbangan logik) strategik.

Kesucian rohani sangat ditekankan di dalam Al Quran

Oleh sebab itu, keterangan mengenai pentingnya menghargai masa, menghormati orang tua, membuat kebajikan, menepati janji, menjaga integriti di dalam keadaan susah dan senang sentiasa ditekankan.

Kemuncak kepada kesucian rohani ialah satu tahap yang dikenali sebagai KEDAMAIAN atau ISLAM di dalam Bahasa Arab Al Quran.

Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. 

Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu. 

Ia juga adalah penanda aras kesempurnaan tamadun dan budaya masyarakat tersebut.


Ia adalah conscience kita. Iaitu perasaan betul dan salah dari segi moral yang menjadi panduan tatacara hidup kita secara individu.

Rohani yang kacau adalah petunjuk kepada emosi yang negatif dari segi psikologi. 

Kebiasaanya individu yang begini sukar mencapai kejayaan dari segi material dan mental.

Mereka yang jiwanya kacau akan menjadi duri dalam daging dan mengakibatkan masyarakatnya dicemuh. 

Ini adalah kerana mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa dunia melihat sesuatu itu melalui pengkelasan yang tersendiri seperti negara, agama dan bangsa.

Perbuatan segelintir individu seolah-olah ia mewakili kumpulan negara, agama dan bangsa mereka di kaca mata orang lain.

Itulah sebenarnya yang saya maksudkan dengan menulis mengenai spirituality atau kerohanian.  


Akhir sekali, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada para pembaca yang meraikannya dengan pesanan sambutlah ia dengan cara kita. Samada anda Melayu, Cina atau India, sambutlah dengan cara anda.

Mungkin sudah terlambat untuk kita menukar atau mencipta festival kita dengan tarikh kita sendiri namun kita masih boleh menyambutnya dengan cara kita.

Ada seorang pembaca bertanya kepada saya mengenai sambutan eid-ul-fitri, samada ianya benar atau rekaan.

Jawapan saya : Kalendar Hijri di cipta berbelas tahun selepas Nabi Terakhir wafat. Oleh kerana itu, adakah anda rasa Nabi ini pernah melalui suatu bulan yang di namakan Ramadhan atau Syawal di sepanjang hidup baginda ?

Namun, janganlah melihat dunia ini dengan pandangan kebencian. 

Raikanlah detik ini. Pohonlah maaf sesama kita. Ini adalah penanda aras rohani yang luhur.

Berseronoklah atau sekurang-kurangnya buat orang yang rapat dengan kita menjadi seronok kerana inilah KEDAMAIAN.

Ashwed

 




76 comments:

  1. Politicalamity91 July 2016 at 00:18

    saya dah tak rasa ramadhan atau syawal sebagaimana saya rasa dulu... sejak mengetahui yang ianya hanyalah rekaan manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!Emosi melampau dengan penuh kehibaan terhadap sesuatu budaya yang pada hakikatnya adalah tidak benar,membentuk kejumudan yang mengongkong dan membelenggu akal.Lantas,adalah tersangat sukar untuk sesuatu bangsa itu bangkit,apatah lagi seruan 'bacalah' tidak diendahkan.

      Delete
  2. Saya nk tinggalkan komen utk setiap post tp selalu akses pakai tablet susah ckit nk menaip.

    Saya setuju bile tuan mahu menulis lebih byk tentang spirituality berbanding teologi. Kalau boleh saya nk sumbang penulisan tentang bersyukur dalam alquran.

    Konsep sambut hari raya, bagi saya tiada masalah. Itu satu keperluan sosial manusia pelbagai kaum & kepercayaan. Saya pon x berapa ada feeling sambut raya sejak 7-8 tahun lepas spt yg dipercayai sebelum ni.

    Seumur hidup x pernah bayar 'zakat' fitrah. Kalau puasa, saya hanya pura2 tapi kalau lapar & dahaga saya curi2 makan dan minum. Dah lebih 8 kali saya x pegi semayang raya. Terawih langsung x buat.

    Tapi hari raya ialah hari yg penting kerana 3 sebab :

    1. Makanan spt lemang, ketupat pulut, rendang daging, aneka kuih.

    2. Jumpe saudara mara, sambil makan, tgk TV, berborak. Ini satu sifat sosial semulajadi mana2 kaum manusia.

    3. Pakai baju melayu. Rasa mcm kaya dan hebat jadi orang Melayu berbaju Melayu set lengkap ditempah khas.

    Tapi yg menyedihkan skrg bile hari raya dh ramai yg pakai mcm arab. Yg lelaki dh ramai yg berjubah arab perempuan pun sama. Di rumah tempat kami saudara mara bkumpul tiap2 tahun dh mula psg dvd ostard2 badot kt TV. Ini cerita raya tahun lepas. Sebelum ni hanya pasang astro biarlah sape nk tgk channel apa pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, tuan tidak mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman??

      Delete
  3. orang kita mudah lupa..mudah dengki..mudah cemburu..mudah maki yahudi..mudah marah cina..mudah berhutang tak mau bayar..mudah minta tolong dari orang..susah nak bersedekah..suka enjoy..walaupun sembahyang 5 kali..namun tiada ubah kesedaran..salah siapa???

    ReplyDelete
  4. Diharap lebih ramai lagi kawan2 tampil memberikan perkongsian perasaan dan bagaimana menyambut ramadan dan hari raya. Semoga kita sama2 menafaatkannya

    ReplyDelete
  5. Nak menulis berkenaan spiritual atau kerohanian ni bukan mudah. Paling utama bagi yg nak menulis ini telah melalui alam itu. Jika tidak maka yg bercerita hanya menyatakan pandangan mereka sahaja berkenaan hal ini. Sedangkan ianya adalah diluar keupayaan akal utk memikirkannya.

    Berkenaan Hari Raya aku lebih berpendapat ianya hanya perayaan bagi kaum tertentu dgn gaya/cara adat serta budaya mereka. Aku tak punyai masalah disini walaupun aku sendiri sebenarnya dah lama tinggalkan amalan ritual sembahyang puasa zakat dll.

    Aku lebih meraikannya hanya sebagai memeriahkan suasana dgn ziarah keluarga saudara mara dan rakan2. Ianya hanya sebagai event tahunan bagi bangsa Melayu saja pada aku. Masa ini juga makanan sgt sedap jadi raikan sajalah.

    Budaya bermaafan juga tiada lah masalahnya. Yg baik tu kita ambil lah agar hubungan kita sesama manusia itu baik2 saja. Namun rahsia diri ini yg tidak lagi beragama tetap tersimpan dlm hati.

    Bergembiralah di Hari Raya.

    Alam

    ReplyDelete
  6. Saya dah lebih 10 tahun tak ada perasaan nak raya. Mungkin sebab dah dewasa, tak perlu nak raya. Bosan. Tapi memandangkan saya dikelilingi orang yang menyambut raya, tak boleh nak elak sambutan raya tu. Terpaksa raya. Saya agak sibuk di hari sebelum raya dan menjelang raya yang terpaksa. Dalam hati tuhan je yang tahu....

    Lebih-lebih lagi sekarang ni bagi saya tidak perlu beragama, bermakna tak perlu sambut perayaan.

    Apa pun saya tetap ada rasa gembira bila dapat berkumpul (lain-lain hari pun kalau dapat berkumpul tetap rasa seronok. Sama je)

    ReplyDelete
  7. Apa pendapat Ashwed tentang bomoh yang mampu menyihir atau menyantau dan juga yang mampu mengubati? Ada yang mampu buat begitu.. adakah ianya satu anugerah/kelebihan yang disalah guna?

    Ghaib yang dimaksudkan di dalam quran tidaklah saya samakan dengan ghaib yang dibayangkan oleh orang Melayu. Tapi bagi saya, saya masih ada kepercayaan pada alam mistik cuma ianya tak mampu atau tidak tahu dihuraikan secara betul dan tepat. Ataupun dihuraikan main agak-agak sahaja dan diturunkan turun-termurun...mungkin....sekadar pandangan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Ryu,

      Akal adalah suatu organ yang sangat berkuasa. Alam yang kita sedang hidup sekarang ini secara asasnya diwujudkan dengan kuasa akal. Saya pernah menulis mengenai perkara ini di dalam sebuah artikel bertajuk dunia hologram dan juga artikel lain bertajuk malaikat , iblis, jin dan syaitan.

      Katakanlah anda sedang memandu untuk balik ke kampung. Di lebuhraya anda melihat sebuah kereta sedang bergerak di hadapan anda. Di manakah anda melihat kereta tersebut?.

      Sebenarnya anda tidak melihat kereta tersebut di hadapan anda. Menurut sains, kita melihat sesuatu apabila cahaya memantulkan bentuk objek itu ke retina mata kita. Retina menghantar isyarat elektronik ke otak. Otak mengenalpasti isyarat ini sebagai sebuah kereta yang sedang bergerak. Maka secara logiknya kesemua perkara yg kita lihat hanyalah diwujudkan oleh akal kita. Samajuga dengan pandaindera rasa, dengar,bau dan sentuh. Akallah yang mewujudkan kesemua itu. Semasa tidur kesemua ini tidak wujud sehingglah kita sedar kembali.

      Mengenai sihir, al quran sudah menerangkan bahawa ianya adalah tipu muslihat. Sesuatu yang berbentuk silap mata. Anda boleh mengambil iktibar dari kisah nabi musa melawan ahli sihir firaun. Sila lihat AQ 7:115-119. Ianya tidak wujud melainkan akal kita yang mahu mempercayainya.

      Damai

      Delete
    2. salam ashwed,
      mengenai sihir, saya masih kurang jelas bagaimana santau boleh berlaku jika tiada perantaraan. sebagai contoh, si A dan B bergaduh, si B berjumpa bomoh / pawang untuk melakukan santau ke atas si A dan si A kemudiannya terkena sihir. Kemudian si A berjumpa bomoh lain untuk berubat dan hasil perubatan itu, si A memuntahkan sihir dari badan dia yang kelihatan seperti paku, bubuk dan lain2. Bagaimana ini boleh berlaku?

      Delete
    3. Yang ini yang saya duk fikir. Sihir itu hanyalah muslihat tapi bagaimana mereka bermuslihat sehingga ada yang mati kena sihir atau santau. Saya ada kenal seorang dukun(sebab dia saudara saya)dia mampu mengubati penyakit tertentu(bukan bermakna tak perlu hospital). Dan dia juga pernah suatu waktu dulu dia terlampau sakit hati dengan seseorang(saudara dia juga) kerana duitnya lesap..pada mula dengan niat nak tolong bagi modal untuk satu projek tapi duit ntah ke mana projek pun entah ke mana, jadi disantaunya hingga meninggal dunia.(dia sendiri cerita,isterinya iakan kisah itu)

      Dan juga kewujudan hantu. Bukanlah saya nak kata hantu itu berasal dari syaitan,iblis,jin. Lagipun blog ini dah terangkan tapi bab hantu saya masih lagi terfikir-fikir. Pertama saya pernah nampak hantu berdekatan dengan saya(otak saya ada masalah saya tak taulahkan) tapi terus terang masa tu saya tak gelabah, saya boleh perhatikan betul-betul dia bergerak untuk pastikan sama ada hantu atau pun jiran saya pakai telekung labuh ke kaki (jarak dari pintu pagar ke seberang jalan) dan saya dapat pastikan ianya adalah hantu barulah saya angkat kaki.

      Kedua..Rumah saya dikatakan oleh mak saya dan abang-abang saya adalah laluan hantu dari dulu lagi(tapi saya tak pernah nampak). Yang saya hairan bagaimana orang-orang luar yang baru jejak ke rumah saya, tiba-tiba mereka boleh kata kawasan rumah saya ada hantu? Dan mereka tunjuk tempat yang sama seperti mak atau abang saya tunjuk pada saya?

      Dan ada lagi beberapa cerita yang melibatkan alam mistik tapi apapun saya cuma percaya atau percaya suam-suam kuku apa yang belaku berdekatan denga saya sahaja. Mana-mana cerita dari mulut ke mulut entah siapa punya cerita memang saya tak percaya terutama cerita dari majalah-majalah atau filem/drama hantu terutama cerita 'tanah kubur-oasis'.

      Itu yang menyebabkan fikiran saya masih tersekat pada alam mistik. Tapi dalam kehidupan sebenar saya tak ambil pusing pun dengan alam mistik ni. Untuk saya tiada kepentingan. Hantu nak lalu kawasan rumah saya..nak lalu, lalulah..tak ada masalah..hehe..



      Delete
    4. salam ryu,

      Saya selalu mengajar anak2 yang hantu tu takde. Saya cakap "kalau hantu tu ada mesti ayah yang akan nampak dulu sebab mesti dia nak takutkan orang yang tak percaya. apa seronok takut kan orang yang dah takut"

      selalu juga tengok cerita hantu malam2 sorang2. ada juga rasa seram tapi tak pernah nampak.

      pengalaman paling hampir masa duduk asrama dulu. bau kemeyan sebelah kiri sepanjang dalam dorm, tapi sebelah kanan tidak ada bau.

      tapi sampai sekarang masih belum jumpa hantu..

      Delete
  8. Setelah ibu saya tiada, raya sudah tiada erti langsung malah menyiksakan. Bermula dgn menghadapi traffic jam, mengadap ipar duai yg berbeza pemikiran dan cara hidup dgn saya, berkumpul dlm suasana yg tidak selesa dan terpaksa berpura2 gembira dgn mereka.

    ReplyDelete
  9. I treat raya sama macam hari cuti. Makan sedap. Boleh beristirahat. Baca buku. Watch movie. Bersenam. Berkebun.
    Bila saudara mara cerita yang... buat dunno jer. Tak pun pi toilet then tengok tv. Tetiba jer dah hilang dari diskusi.

    Enjoy the long holiday people!

    Non

    ReplyDelete
  10. Naskah Al Quran tertua Telah dijumpa di Yemen Dan pengkaji membuktikan melalui UV test Dan carbon dating sebagai 30-40 tahun Selepas kewafatan nabi.iajuga di buktikan berbeda dgn. Versi Uthmaniah yg. Di gunapakai Oleh 100% orang Islam hari Ini...ini bermaksud para quranist menggunakan Quran yg. Sudah di Ubah....sila google "The Sanaa Quran"...dan buat lah kesimpulan sendiri. Saya menulis sbg seorang pencari kebenaran Tanpa prejudice atau sempadan.Harap memberi pencerahan Tanpa emosi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity94 July 2016 at 20:07

      minta perjelaskan lagi argument tuan... minta buat comparison dimana yang berubah? bukan sahaja Quranist yang terpalit kalau ianya betul berubah, semua yang membaca AlQuran sekarang.

      Delete
    2. Dalam versi Sana'a Ada superimposed Tulisan Baru di atas yg. Ori.Ada juga satu lagi versi yg. Pengkaji dapati Ada perbezaan iaitu di simpan di muzeum Topkapi,Istanbul,Turkey.Tuan2 boleh lah semak n,lihat YouTube documentaries berkenaan nya Dan google lah.. (Ada banyak bukti2 spt. Yg. Tuan Minta) artikel2 Oleh para pengkaji.Maksud Saya bukanlah mempersoalkan kesahihan alQuran tapi..ingin pengesahan adakah alQuran hari Ini betul2 sama dgn. Yg. Diwahyukan? Saya ada terbaca bahawa Aisyah isteri Nabi yg. Muda juga memiliki satu versi Quran dlm simpanannya ..tapi di Minta di musnahkan Oleh Uthman.

      Delete
    3. Anyway.. Selamat berjuang mencapai Kebenaran.. Dan selamat Hari Raya pada semua yg. Baca atau respon..bergembiralah sesama keluarga handai.. Saya now nak Mula drive ke Kelantan.. Dan mengkaji pula tenting maarifat tok kenali. Salam Damai semua.

      Delete
    4. Politicalamity95 July 2016 at 04:04

      ok Anon 01:03

      p/s: heran la.. apsai asyik
      2 Aisyah..asyik Aisyah...tak dak isteri lain ka Nabi Muhammad? takkan ada favoritism pulak.

      Delete
    5. Betul ke Aisyah tu isteri 'Nabi Muhammad'? Ada ke dlm Quran? Betul ke Muhammad itu Nabi terakhir? Perbincangan di kalangan Quranis sewajarnya bawa hujah dari Quran.

      Delete
  11. Salam,

    Sila lihat artikel bertajuk lembaran al quran ditemui tahun 2015. Dlm artikel tersebut Universiti Birmingham dapati Al Quran yg berada di dalam simpanan mereka berusia 1370 tahun. Ia tiada apa2 perubahan biarpun satu huruf.

    Damai

    ReplyDelete
  12. entah kenapa si-anon 4 July 2016 at 14:53 mahu berbuat sedemikian, tetapi, samada sengaja atau tidak, ada terdapat banyak ketidaktepatan dan andaian (inaccuracies that borders on blatant lies) dalam tulisan si-anon diatas.

    pertama, carbon dating hanya boleh dilakukan dgn tepat keatas parchment (kulit binatang yg sudah diprocess menjadi saperti kertas) dan tidak boleh dilakukan keatas ink (dakwat)

    kedua, tulisan yg dikatakan ayat al-quran itu sudah pun di-sapu (kalau dibandingkan dgn zaman skrg sapertilah kita mengunakan pemadam) dan ditulis dengan ayat2 yang betul... dan juga, ayat2 yg dikatakan ori itu hanyalah dapat dikenalpasti dgn mengunakan alat x-ray (ini pun kesahihannya boleh diragui.)

    jadi argument si-anon diatas adalah bersandarkan atas andaian beliau bahawa apa yang telah dituliskan terdahulu itu mesti yg betul... tetapi mana supporting proof yg andaian beliau itu tepat?

    tetapi kita tahu secara lazimnya, apa yg salah hanyalah boleh diperbetulkan diwaktu yg dihadapan... sebab itulah ayat2 yg terdahulunya itu di-sapu dan ditulis semula dgn yg betul... logik-kan???

    lagi pun, apa yg ditulis di- kemudian-hari-nya itu adalah sama dgn ayat2 al-quran yg kita boleh baca skrg... inilah supporting proof-nya.

    LOL.

    ReplyDelete
  13. Saudara Ashwed ada menulis,... Masyarakat Melayu secara amnya masih mempercayai bomoh, pawang, jampi, dan serapah. Dunia ini dikenali sebagai alam mistik.

    persoalannya, adakah kepercayaan karut sabegini dari izmee manusia semulajadi (inherent human nature) atau diasuh & dibentuk oleh masyarakat?

    jika kita mengkaji sejarah kehidupan maknusia, kita akan dapati segala agama rekaan maknusia mengandungi banyak kepercayaan mistikal yang melibatkan tuhan-tuhan dan mesti diketuai oleh seorang maknusia yang menjadi ketua.

    sebagai contoh... untok menenangkan tuhan-tuhan yg menunggu gunung berapi maka seorang maknusia yg mengelar dirinya ketua akan membuat bermacam2 fatwa... yg akan berakhir dengan human sacrifice.

    jika kita mengkaji dgn teliti, kesemua agama sebegini mengandungi ciri2 yg sama, ia-itu :

    1). satu symbol samaada berbentuk batu, pokok, matahari, gunung dsbg yg dikatakan tuhan mereka.

    2). dewa2 yg menjadi penolong tuhan mereka.

    3). maknusia yg menjadi ketua segala maknusia yg akan mereka cerita2 karut untok menakutkan maknusia lain yg bodoh lagi sombong.

    4). maknusia2 yg dilantik menjadi penolong kpd ketua mereka untok menyebarkan segala ajaran2 sesat ini...

    ... bersambung...

    ReplyDelete
  14. ... bersambung...

    dan juga, jikalau kita meneliti kesemua agama yg dianuti oleh maknusia zaman sekarang... sahihnya mengikut acuan saperti yg tersebut diatas (perhatian: senarai yg tersebut diatas bukanlah terhad saperti disenaraikan... ada lagi, tetapi terlalu banyak untok ditulis)

    pada suatu ketika dahulu, sebuah kitab diturunkan tetapi agama itu sekarang telah menfatwakan kitab Torah ini hanyalah boleh dipakai jika ia bersamaan dgn kitab talmud...

    ... salepas itu, sebuah lagi kitab diturunkan... tetapi kitab itu telah dicampur aduk dgn tulisan2 dari the enlightened disciples... yg terdapat sekarang adalah yg dinamakan The Holy Bible... ianya sudah berbedza dan bukan lagi saperti kitab Injil yg disebut dalam Al-Quran...

    ... saperti yg telah terjadi kpd agama Yahudi, penganut agama Islam zaman sekarang dipaksa untok menerima kata2 & ajaran2 yg dikumpul oleh maknusia2 berbangsa Parsi dan dinamakan Al-Hadith...

    ... bersambung lagi... insyaallah...

    ReplyDelete
  15. ... sambungan...

    disini kita dapat membuat rumusan bahawa ada golongan maknusia yg memang tidak suka pada kitab Torah, Injil & Al-Quran... yakni jika mereka tidak dapat mengubah & mencampur aduk kandungan kitab2 tersebut saperti kitab Injil , mereka akan cuba mengadakan kitab2 sampingan saperti Talmud & Hadith...

    ... jadi yg menjadi persoalannya... Mengapa? kenapa mereka bertindak sedemikian?

    ... mungkinkah isi kandungan Al-Quran akan menyinar cahaya kebenaran keatas pendustaan yg mereka buat?

    ... pendustaan yg mereka lakukan kerana keinginan mereka untok menjadi #3 yakni ketua atau sekurangkurangnya #4 yakni penolong2 ketua...

    ... jadi untok mengetahui dgn sabenarnya akan Torah, Injil & Al-Quran, kita mestilah membaca & memahami akan isi kandungan kitab2 tersebut...

    ... sudah semestinya akan ada banyak dalih2 yg dicipta untok menghindari maknusia biasa dari berbuat demikian saperti : banyak susah tau! ; kena berguru; kena ada ilmu batin; dan bermacam helah lagi ...

    ... ada juga yg akan cuba untok mencari jalan dan cara untok memberi curiga atas kesahihan Al-Quran ini... tetapi kita jangan terpedaya... kita terus membaca & memahaminya... kerana hanya dgn berbuat demikian akan dapat kita memahami apakah yang sabenarnya erti BENAR...

    ... ada 3 jenis kebenaran didunia ini, yakni :

    1. apa yg ENGKAU kata benar (your truth)

    2. apa yg AKU kata benar (my truth)

    3. apa yang SABENARNYA benar. (God's truth)

    ... bersambung...

    ReplyDelete
  16. 'adakah anda rasa Nabi ini pernah melalui suatu bulan yang di namakan Ramadhan atau Syawal di sepanjang hidup baginda?'

    Sahih International: Indeed, the number of months with Allah is twelve [lunar] months in the register of Allah [from] the day He created the heavens and the earth; of these, four are sacred. (9.36)

    1. kalendar hijri utk bilangan tahun. kalendar china takdak bilangan tahun & bulan pun takdak nama khusus, hanya disebut bulan 1 bulan 2 sehingga bulan 12.
    2. nama2 utk bulan arab dah ada sebelum rasulullah, kalau tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://ashwed1973.blogspot.ae/2015/06/siri-ramadhan-ekuinoks.html

      jangan cakap abang tak payung

      Delete
    2. memang betul ada 12 bulan setahun TETAPI tidak ada disebut didalam Al-Quran akan nama bulan2 ini.

      saudara kampong lad juga membuat andaian (conjecture) yg salah kerana nama2 utk bulan arab tidak wujud sebelum rasulullah!

      untok overview ringkas, sila baca disini :

      https://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_calendar#Pre-Islamic_calendar

      lihat bawah : pre-islamic calendar

      Delete
    3. Politicalamity97 July 2016 at 19:34

      Baca sekali Quranic Geography...

      Delete
    4. ok, nama2 bulan tidak ada dlm alquran, jadi bagaimana pak2 arab membezakan antara bulan 1 hingga 12, & juga mengira umur seseorang.

      antara yg tidak ada dlm alquran ialah sembelih. bolehkah kita lemaskan ayam sehingga mampus, buat tandoori chicken & hanya sebut nama allah sebelum makan? berkhatan (masuk jawi) pun takdak dlm alquran.

      islam dah wujud lebih 1,400 tahun. rasulullah (saw) hanya ikut tradisi moyangnya ibrahim a.s.

      Delete
    5. Politicalamity98 July 2016 at 03:25

      bang lad..

      rujuk link wikipedia di atas untuk nama bulan pre-islamic dan diadaptasikan ke bulan hijrah.

      sebab tu kita diberikan akal bgmana nak makan binatang (perliharaan, tangkapan atau buruan).

      adakah berkhatan itu dikehendaki?

      tradisi nabi ibrahim hanya diceritakan dalam bible...dan AlQuran tidak mengiakannya.

      Delete
    6. quran 16:123

      Arberry: Then We revealed to thee: 'Follow thou the creed of Abraham, a man of pure faith and no idolater.

      Muhammad Sarwar: We sent you, a revelation that you should follow the tradition of Abraham, the upright one, who was not a pagan

      Shakir: Then We revealed to you: Follow the faith of Ibrahim, the upright one, and he was not of the polytheists.

      guna akai bila nak makan - injek bagi mati tak boleh ka?
      mana ada pre-islamic atau post-islamic. sekarang ni islam dah jadi product brand.

      quran 3:67

      Shakir: Ibrahim was not a Jew nor a Christian but he was (an) upright (man), a Muslim, and he was not one of the polytheists

      Arberry: No; Abraham in truth was not a Jew, neither a Christian; but he was a Muslim and one pure of faith; certainly he was never of the idolaters

      Muhammad Sarwar: Abraham was not a Jew or a Christian. He was an upright person who had submitted himself to the will of God. Abraham was not a pagan.

      Delete
    7. Politicalamity98 July 2016 at 05:28

      saya rujuk tradisi berkhatan yang kononnya mengikut nabi ibrahim. Yang lainnya memang seperti mana yang saudara lab tafsirkan di atas... a submitter and non-idolater.
      Harap maaf kiranya keliru perenggan yg saya buat.

      Delete
    8. Nabi Ibrahim adalah seorang yang damai (Muslim). Menurut al Quran baginda tidak mengamalkan agama.Taurat mencipta Judaism. Manakala injil mencipta agama nasrani kini dikenali sbg Kristian.

      3:65. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu berdebat mengenai Ibrahim? Taurat tidak diturunkan dan tidak juga Injil melainkan selepas dia. Apa, tidakkah kamu faham?

      3:66. Inilah kamu, kamu berdebat mengenai pengetahuan yang ada pada kamu; mengapa pula kamu berdebat mengenai apa yang kamu tiada pengetahuan padanya? Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

      Tradisi Nabi Ibrahim bukanlah membawa maksud tradisi ritual keagamaan tetapi tradisi damai yg di amalkan baginda. Adalah mustahil Nabi Ibrahim mengamalkan agama krn agama asasnya adalah kepercayaan kumpulan dan bergolongan. Kedamaian (Islam) sukar dicapai dengan berpegang kpd kepercayaan kumpulan. Namun, peperangan amat mudah dimulakan dgn kepercayaan sebegini.

      Tentang makanan boleh baca artikel bertajuk dogma. Sementara, mengenai khatan boleh baca artikel bertajuk kesempurnaan.

      Damai

      Delete
    9. 1. muslim ertinya damai & islam bermaksud kedamaian & aslama melayu kata apa?

      'perangan amat mudah dimulakan dgn kepercayaan sebegini'.

      tidakkah insan yg dirujuk sbg 'yg dipuji, yg akan dupuji' juga berperang, atau hanya cerita dongeng atau rekaan?

      Delete
    10. Salam,

      Aslama juga adalah kata terbitan dari rootword sin-lam-mim yg membawa makna damai.

      Mengenai samada nabi terakhir ada berperang atau sekadar cerita rekaan sila baca artikel trilogi "Muhammad" bukan Nabi.

      Shalom-Peace-Damai

      P/s saudara kampung lad. Bacalah blog ini dari awal. Sampai kini sudah terdapat 108 artikel yg berkisar mengenai persoalan sebegini.

      Delete
    11. jika muhammadoon ertinya yg dipuji, ahmadoo = yg akan dipuji, muslim= damai & islam = kedamaian, masakan aslama pun ertinya damai. saperti makan, makanan & pemakanan tidak ada perbezaan? selamat sejahtera!

      Delete
  17. Salam,

    Sila baca artikel bertajuk Siri ramadhan: ekuinoks ditulis pada tahun 2015.

    Damai

    ReplyDelete
  18. Saya fed-up betul dgn org yg suka komen, bangkang dan sangkal tanpa terlebih dahulu membaca semuanya dari mula.

    ReplyDelete
  19. kampong lad... boleh saya tumpang bertanya?

    saudara kampong lad ada pernah baca al-quran ke? saya yakin tidak.

    buktinya jelas bila saudara kampong lad tulis, ... antara yg tidak ada dlm quran ialah sembelih... kerana jika kamu baca surah 5:ayat 3 sudah tentu kamu tidak akan menulis penghianatan saperti itu.

    ini terjemahan 5:3 dari quran.com :

    Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    saya mengakhiri dgn satu nasihat kpd kampong lad... iqrak!

    ReplyDelete
  20. aik, rasulullah cakap melayu ka? mana datangnya perkataan/frasa dlm breket ni? dlm ayat itu ada ka perkataan arab yg ertinya sembelih?

    sekurang2nya tuan empunya blog ni berjaya menterjemah perkataan2 arab ke melayu; contoh, muslim ertinya damai, islam ertinya kedamaian & aslama sama makna dgn muslim yg bererti damai.

    didlm ayat diatas sila terjemah 'islama deena' sebijik2 ke bahasa melayu. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setelah saya meneleti surah 5:3, ia menggunakan ayat "al-islam-i deen-a". al=the, islam=peaceful, deen=way of life.

      jadi, terjemahan yg paling tepat ialah "the peaceful as a way of life". Tuhan menjadikan kedamaian sebagai satu cara untuk hidup di bumi ini. cuba anda lihat mereka yg menggelar diri mereka "islam". adakah mereka benar2 damai? jika membunuh manusia lain untuk mencapai "kedamaian", saya rasa cara hidup sebegini sampai bila-bila tidak akan damai. begitu juga dengan mereka yg ingin melaksanakan hukuman potong tangan, rejam sampai mati dan lain-lain. jika semua perkara ini dilakukan untuk mencapai title "kedamaian", bermakna, ayat "al-islam-i deen-a" belum boleh digunakan lagi dalam Al Quran.

      -hakim

      Delete
    2. salam sdr hakim, saya kira anda bukan dgn anon 9 july 2016@ 02.58? sdr ash wed, saya ingin cadangkan pelawat2 ke blog anda elak guna anonymous.

      salamualaikum means peace be upon you atau damai keatas kamu. root word is salam (S-L-M) & not al-islam. sim-lam-mim boleh digarap jadi kata nama, sifat, perbuatan etc. jadi bolehkan diterjemahkan ke bahasa melayu berbunyi 'kedamaian itu jalan hidup'? harap anda faham. mengenai membunuh manusia utk kedamaian (islam) apa huraian anda tentang ayat2 yg mengizinkan berperang? dan bagaimana boleh kita perolehi kedamaian tanpa perbuatan (deed or syariat)?

      And I have not created the jinn and the men except that they should serve Me. (51.56)

      It is You we serve and You we ask for help. (1.5)

      hamba abdi wajib ikut perintah tuannya dengan melakukan tugas2 yg diberi.

      islam, peace, damai.

      Delete
    3. Salam,

      Bacalah blog ini dari awal saudara kampong lad. Anda baca satu artikel kemudian mahu mengajak pembaca blog ini berbincang mengenai perkara yang sudah mereka bincangkan.

      Para pembaca blog ini sudah jauh mendalami al Quran. Sila berlaku adil kepada mereka. Jangan pentingkan diri sendiri. Tulisan saudara seolah-olah mahu memberitahu mereka bahawa andalah yang lebih bijak dari mereka.

      Kami sudah berbincang mengenai akar kata sin-lam-mim, kata terbitannya Salam, salamu, salamun alayk , salamun Alayka, salamun Alaykum, Islam, aslama, aslamtu. Dlm budaya lain Shalom, shalom eleichem, om shanti shanti om, om swasiastu, Namo Buddhaya.

      Begitu juga akar kata ain-ba-dal yg membawa maksud abdi dan kata terbitannya nakbodoo, liyakbodoo dll.

      Kami juga sudah lama berbincang mengenai ad deen, Apa maknanya. Kaitannya dgn perkataan sanskrit dharma, agamas dll.

      Blog ini membuat kesimpulan bhw bahasa pertama ialah avestan kemudian ia berevolusi menjadi sanskrit di timur dan pashto di barat. Dari kedua budaya ini muncul agama pertama iaitu hinduism sementara di barat muncul zoroastrianism. Kita perlu tahu dari awal utk memahami evolusi agama.

      Berlaku adil kpd orang lain. Terima kasih.

      Damai

      Delete
    4. tuan kampong lad, saya pasti diri saya bukan anon 9 july seperti dakwaan tuan. mengenai nama anonymous tu, saya tak pandai macam mana nak ubah jadi nama kita sendiri. oleh sebab itu di akhir komen saya, saya akan letak nama saya -hakim. tapi apa pun, saya akan cuba ubah nama anonymous itu.

      Delete
    5. bro hakim, di bahagian mana yg saya dakwa anda anon july 9?. inilah salah satu sebab berlakunya persengkataan antara manusia kerana salah faham walaupun guna bahasa ibunda, apatah lagi bahasa asing.

      selamat maju jaya.

      Delete
    6. saya minta maaf tuan kampong lad. mungkin saya tersilap pandang.

      Delete
    7. saya amat sangsi akan cara saudara kampong berfikir... izinkan saya terangkan kenapa saya kata begitu.

      kamu tulis, aik, rasulullah cakap melayu ka? ... kalau nak melawak pun, biarlah ada logik sikit... janganlah dok main pakai tarok aje! kamu pahamkah apa maksud terjemahan? kalau saya terjemah apa yg kamu kata kpd bahasa arab, adakah ini bermaksud kamu bisa berbahasa arab?

      kamu juga ada tulis, mana datangnya perkataan/frasa dlm breket ni?...

      pada amnya, segala tulisan dalam breket ini adalah dari si-penterjemah untok menerangkan lebih lengkap... tidak semestinya ianya mesti kena betul kerana ia hanyalah apa yg si-penterjemah itu fikiran betul.

      kamu juga ada tulis, dlm ayat itu ada ka perkataan arab yg ertinya sembelih?...

      sila lawat lamanweb ini http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=5&verse=3

      disini kamu akan jumpa perkataan arab, dhakkaytum yg dalam bahasa inggeris bermaksud you slaughtered dan dalam bahasa melayu bermaksud yg kamu sembelih...

      ... dan didalam ketiga2 bahasa tersebut, perkataan itu membawa ertinya yg khusus dan tepat... dalam erti kata lain, the word explains itself...

      apa erti sembelih?

      apa erti slaughter?

      apa erti dhakkaytum?

      dari pengunaan bahasa pun semua maknusia yg bisa bertutur bahasa arab, inggeris & melayu dah buleh faham dgn terpeinci akan erti perkataan itu... jadi tidak perlu untok semak dari kitab2 rekaan orang Parsi.


      BDKMPG

      Delete
  21. orait sdr ash wed, perbincangan ini bukan lah utk menentukan siapa betul & siapa silap malah jauh sekali dari perasaan keegoan saperti yg difikirkan. ini cara saya berdebat. the objective is to simply get the truth, thus i wud apologise to all the visitors for any misundertandings. it is never my intention to mengguris hati sesiapa, nothing personal.

    back to islam, i far as i understand, the word means submission, muslim means submitter & aslama means (to) submit. allah named those who submit (to his will) as muslim. (hanya kpd allah kita berserah). therefore, there are no such things as islamic state, liberal muslim, islam hadhari etc.

    yg membezakan muslim dgn non-muslim ialah perbuatan (syariat). tidak cukup hanya mengenal allah (makrifat), jalan allah (tarekat) & fakta & kebenaran allah (hakekat) tanpa perbuatan. ini adalah asas jalan (cara) hidup kita yg tidak akan berubah sehingga kiamat. benda2 disekililing kita pasti akan berubah mengikut peredaran masa, persekitaran, budaya & sbgnya. jika orang2 sebelum kita naik unta sbg kenderaan, saya orang kampong naik motosikal.

    itu saja yg saya ingin katakan & sekali lagi minta maaf kpd sesiapa yg tersinggung.

    submission (to the will of allah) is way of life.

    selamat hari raya puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kampung lad,

      boleh saudara terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Solla, zakka, bayta, sujud, rukuk, kaaba, masjid, hudud, aurat, hajj, soum...

      sekian,

      Delete
    2. Samada maksud Islam itu adalah Damai atau Serah aku tidak punyai masalah berkenaan ini. Asalkan ianya bukan seperti tanggapan umat kebanyakkan yg mengatakan Islam itu Agama yg benar.

      Damai dan Serah sememangnya tepat jika terjemahkan dan amat sesuai disetiap ayat yg terdapat perkataan tersebut dlm Quran.

      Aku sendiri punyai tafsiran sendiri berkenan Deen Islam. Deen itu aku terjemahkan Hidup. Maka pada aku ianya adalah Hidup Damai atau Hidup Berserah. Keduanya tidak punyai masalah.

      Surah al-fatehah ayat 4..
      Malikiyau middeen.
      Yang menguasai Hidup.

      Alam

      Delete
    3. pokoknya hanya yg hidup boleh melakukan penyerahan atau kedamaian. yg jadi masalah ialah islam digandingkan dgn benda2 yg tak hidup.

      Delete
    4. minta maaf sdr samad, cukup setakat ini.

      selamat sejahtera.

      Delete
    5. minta izin bertanya... kampong lad ini faham cakap melayu ke?

      setahu saya, saudara Ashwed tulis, ...Sila berlaku adil kepada mereka. Jangan pentingkan diri sendiri. Tulisan saudara seolah-olah mahu memberitahu mereka bahawa andalah yang lebih bijak dari mereka...

      beliau tidak ada sebut pun pasal ada sesiapa yg hati terguris akibat dari tulisan kampong lad yg berbentuk convoluted logic ini.

      jadi, jika ikhlas mahu minta maaf, minta maaflah atas tulisan saudara yg penuh dgn andaian yg salah dan bukan kerana menguris hati orang... masakan hati saya bisa diguris oleh nukilan dari seorang yg kurang matang fikirannya!

      fikirkan sikit : jika seseorang berlaku tidak adil terhadap kamu, masakan hati kamu terguris? yg pastinya kamu rasa fed up dan bukannya terguris hati... bukankah begitu?

      apa maksud bertindak adil???

      apa maksud terguris hati???

      fikir-fikikanlah.

      BDKMPG

      Delete
  22. Salam kampung lad,

    Ingin bertanya bukan berhujah. Apakah cara syariat mengikut al quran?

    Harap sudi mengajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg mengajar dipanggi guru & saya tidak berkemampuan berbuat demikian kerana;

      1. tidak ada guru melainkan allah swt.
      2. saya tidak bertauliah.

      utk tidak menghampakan ingin tahu saudara, secara ringkasnya spt berikut;

      struktur putaran kehidupan - 1. islam, manusia, alam & masa adalah 4 perkara asas yg essential terujudnya putaran kehidupan yg lengkap mengikut kehendak & tertib yg telah diprogam oleh allah swt. (This day I have perfected for you your 'deen'and completed My favor upon you and have approved for you the submission as 'deen'. (5.3)

      setiap perkara asas masing2 mengandungi 4 komponen;
      1. islam - makrifat, tarekat, hakikat & tentu sekali syariat.
      2. manusia - jasad, akal, nyawa & roh
      3. alam - tanah, air, api & angin
      4. masa - bumi, bulan, matahari & bintang.

      inilah sunatullah (system of allah). jika mana2 komponen tidak berfungsi mengikut & tertib, maka pincanglah putaran hidup.

      solat & puasa adalah antara fungsi2 syariat bagi menzahirkan allah & hambanya berpisah tiada & asal kejadian manusia.

      setakat ini saja boleh dikongsi bersama. dgn rendah diri, saya tutup diskusi ini & minta maaf kalau ada yg tersinggung.

      selamat sejahtera.

      Delete
    2. waaah... sunggoh hebat sibudak kampong ini... tidak ubah saperti tokbomoh2 yg bergambar diatas.

      bolehkah saudara kampong lad beri pencerahan lagi untok statement yg kamu buat disini... "solat & puasa adalah antara fungsi2 syariat bagi menzahirkan allah" ...

      ... terutamanya "menzahirkan allah"... apa maksud saudara kampong lad?

      ... adakah ia sama dgn penganut kristian yg mengatakan bahawa jesus christ adalah penzahiran tuhan mereka?

      saya minta pencerahan dari kampong lad.

      BDKPG.

      Delete
    3. quran 20.14
      Yusuf Ali: "Verily, I am Allah: There is no god but I: So serve thou Me (only), and establish regular prayer for celebrating My praise.

      Shakir: Surely I am Allah, there is no god but I, therefore serve Me and keep up prayer for My remembrance:

      Arberry: Verily I am God; there is no god but I; therefore serve Me, and perform the prayer of My remembrance

      bukan semua penganut kristian percaya yg jesus tu tuhan (triniti), ulang bukan semua. bukti; mereka pun berpuak2.

      john 14.6 - jesus said unto him, i am the way, the truth and the life, no man comes unto the father except thru me.

      quran 3.31

      Yusuf Ali: Say: "If ye do love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive you your sins: For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful."

      Shakir: Say: If you love Allah, then follow me, Allah will love you and forgive you your faults, and Allah is Forgiving, MercifuL

      Arberry: Say: 'If you love God, follow me, and God will love you, and forgive you your sins; God is All-forgiving, All-compassionate.'

      lihat frasa 'follow me', ikut siapa? adakah 'me' itu bermaksud yg dipuji atau yg akan dipuji (kata sifat) atau seorang manusia yg hidup dan ujud? dan bukankah john 14.6 & quran 3.31 membuktikan risalah dari sumber (source) yg sama iaitu allah taala?

      semua yg hidup dicipta berpasangan, hardware & software, satu boleh dilihat dgn mata kepala & satu lagi tidak boleh tetapi ianya tetap ujud atau zahir dgn sifat2 dia sendiri. contoh; x-ray, ultrasound.

      sekarang kita lihat & perhati surah 3 ayat 18

      Pickthall
      Allah (Himself) is Witness that there is no Allah save Him. And the angels and the men of learning (too are witness). Maintaining His creation in justice, there is no Allah save Him the Almighty, the Wise.

      Yusuf Ali
      There is no god but He: That is the witness of Allah, His angels, and those endued with knowledge, standing firm on justice. There is no god but He, the Exalted in Power, the Wise.

      jika seorang lelaki mengaku yg dia suami kpd seorang perempuan, dia kena tunjuk perempuan mana isteri dia, juga perempuan itu kena mengaku yg lelaki itu suami dia. ayat diatas menyaksikan sebelah pihak, dimana penyaksian dari pihak lagi satu, hambanya? sultan & rakyatnya, tuan & hambanya & masing2 mempunyai amanah & tanggungjawab. melalui syariat2 hambanya itulah yg menzahirkan atau mengujudkan allah swt. syeikh siti jenar kena bunuh kerana dia mengaku dialah allah taala.

      adakah dgn hanya mengikut alquran kita pasti akan memperolehi kedamaian? lihat perintah allah taala spt berikut;

      Follow those who do not ask of you [any] payment, and they are [rightly] guided. (36.21)

      O you who have believed, fear Allah and be with those who are true. (9.119)

      fyi, kalau tak faham atau tak tau dimana allah ujud & dimana hambanya cuba2 lah buat kaji selidik. aku bukan tok bomoh atau tukang sihir. oh ya, kalau tak silap frasa 'inilah sihir yg nyata' ada dlm alquran tapi tak ingat surah apa & ayat berapa.

      bdkgp, cheers!

      Delete
    4. salam saudara kampung_lad,

      izinkan saya memberi pandangan. Seperti yang saudara terangkan di atas, intipati Islam dikategorikan sebagai 4 cabang utama iaitu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat.

      Saya berpendapat bahawa syariat itu bukan lah satu ritual/tugas spesifik. Tetapi lebih kepada attribute para nabi. Jika nabi Ibrahim A.S, merupakan orang pertama yang memeluk Islam, justeru itu setiap para nabi yang wujud selepas baginda, semestinya memiliki tradisi syariat yang sama. Tapi ini tidak terjadi. Sebagai satu ciri penting Islam yang bermula dari zaman nabi Ibrahim, ciri-ciri syariat hendaklah sejajar dan konsisten dari zaman nabi Ibrahim, Musa, Yusof, Yahaya, Isa, Muhammad sebab mereka adalah antara orang Islam yang di nyatakan kerasulan di dalam Al-Quran. Tetapi kenapa syariat mereka tidak sama?

      Andai syariat tidak sama, bagaimana kita ingin samakan Islam kita dengan penghulu kepada para nabi, nabi Ibrahim a.s yang memeluk Islam seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran? Dan kenapakah syariat nabi Isa, Musa, Yusuf, Muhammad tidak sama biarpun mereka adalah orang Islam yang sebenar benarnya?

      Jika cara hidup, budaya mereka tidak sama, maka syariat mereka juga berbeza. Sedangkan Islam dari zaman nabi Ibrahim sehinggalah sekarang adalah sama?

      Untuk itu, apakah persamaan syariat di antara kesemua para nabi yang wujud selepas nabi Ibrahim a.s?

      Jawapannya adalah syariat mereka adalah positive attribute.

      Setiap para nabi memiliki attribute (sifat) yang sama. Mereka bersifat yakin, jujur, konsisten, sabar, redha. Sifat sifat ini adalah sifat positif yang ada pada setiap nabi.

      Attribute para nabi inilah syariat yang sebenarnya. Cara hidup yang jujur, beramanah, berkeyakinan, tabah, sabar dan redha adalah cara jalan hidup yang dituntut dan perlu kita ikuti.

      Apabila kita berfikiran positif, kita akan melakukan perbuatan yang positif dan hasilnya adalah kedamaian, ketenteraman, ketenangan, dan harmoni. (JANNAH)

      Begitu juga sebaliknya, jika kita memilih untuk tidak mengikut syariat para nabi ini, maka kita akan di landa musibah. Jika kita malas, pengotor, angkuh, maka kita akan berfikiran negatif. Pemikiran negatif akan melahirkan perbuatan yang negatif dan hasilnya adalah penderitaan. (NAAR)

      Jika kita mengambil attribute para nabi sebagai syariat kita, maka benarlah bahawa syariat Islam itu tidak berubah dari zaman nabi Ibrahim a.s. sehinggalah sekarang.

      Salam kedamaian.

      Delete
    5. ternyata ada banyak kekeliruan, samada sengaja atau tidak hanya beliau yg tahu, yg dihasilkan oleh kampong lad...

      ... tetapi untok mentenangkan suasana perbincangan, izinkan saya kupas satu perkara dulu... dan saya bermula dgn apa yg ditulis oleh si-kampong lad, dan bukankah john 14.6 & quran 3.31 membuktikan risalah dari sumber (source) yg sama iaitu allah taala?

      TIDAK BENAR

      amat jelas disini si-kampong lad tidak fasih berbahasa inggeris kerana beliau KURANG faham apa maksud sabenar ...no man comes unto the father except thru me...

      jikalau beliau baca penerangan (commentary) yg dibuat dilaman web ini nescaya beliau akan jumpa yg ini : By believing in Christ as the Mediator between God and man, we gain comfort...

      ... dalam ertikata bahasa melayu, christ sebagai Perantaraan diantara tuhan dan maknusia.

      TETAPI kenyataan itu bercangah dgn ayat2 didalam Al-Quran saperti surah 2: ayat 186

      (Sahih International)
      And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.

      (Malay)
      Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


      ini bererti doa kita didengari secara direct dan TIDAK memerlukan maknusia yg lain sebagai mediator (untok pengetahuan kampong lad, maksud except thru me ialah kecuali hanyalah melalui aku)

      jadi, terbukti kampong lad sudah membuat kesilapan yg besar dgn andaian beliau yg john 14:6 ini bersumber dari Allah taala...

      ... didalam surah Ali Imran (3:31) konteksnya (context) sangat berlainan dari john 14:6... perbedzaannya adalah saperti langit & bumi.

      disini adalah terjemahan oleh Shakir dari quran.com (3:31)

      Say: If you love Allah, then follow me, Allah will love you and forgive you your faults, and Allah is Forgiving, Merciful.

      bagi saya yg penting adalah Allah will love you and forgive you your faults... ini bererti hanya Allah sahaja yg mampu berbuat demikian dan tidaklah perlu hamba2nya pergi melalui maknusia atau benda yg lain...

      ... ini adalah amat berbedza dgn john 14:6 dimana hanya satu jalan sahaja kepada Tuhan iaitu hanya melalui christ...

      Aisehman kampong lad, lu ada pahamkah?

      (ada banyak lagi yg perlu diperbetulkan akibat dari kekeliruan si kampong lad ini... tetapi masa tidak mengizinkan... ingatlah kampong lad sesunggohnya bak kata Alexander Pope a little knowledge is always dangerous)

      BDKMPG

      Delete
    6. pada kebiasaannya... kita boleh tahu bila seseorang itu kuat autar...

      ... apabila dia cuba menyusahkan perkara yg senang.

      BDKMPG

      Delete
    7. Terima kasih bdkmpg kerana rajin menjawab kampung lad. Memang rimas melihat kekeliruan dia dlm berdebat tetapi nampaknya dia benar2 degil enggan membaca semua perbincangan orang lain sedari awal blog ini. Mungkin baginya ilmunya sudah cukup dan dia pasti benar serta lebih tahu dari semua orang di sini.

      Delete
    8. maaf kampong lad, penjelasan samad lebih diyakini

      Delete
    9. sdr samad,

      “Verily Ibrahim was a Shi’a of Nuh”.(37.83)

      jika ibrahim yg juga diberi kitab, yg pertama muslim, apa pula pegangan nabi2 sebelum nya termasuk nuh?. adam pun pernah langgar perintah allah walaupun telah pun diampun. (you are talking abt prophets' good attributes in this context).

      kenapa syariat tidak sama? (banyak lagi yg tidak sama bukan setakat syariat saja). ianya kerana kuasa, pengaruh, kemewahan, politik etc yg dicipta oleh mereka2 yg berkepentingan, nak jadi bos, nak jadi ketua. nabi2 tidak pernah meminta sebarang upah diatas penyampaian mereka.

      bdkmpg,

      002:124
      And when his Lord tried Ibrahim with certain words, he fulfilled them. He said: Surely I will make you a LEADER of men. Ibrahim said: And of my OFFSPRING? My covenant does not include the unjust, said He.

      lihat perkataan leader & offspring. oleh itu john 14.6 & quran 3.31 tidak bercanggah. era musa dialah pemimpin, daud & sulaiman juga pemimpin pada pada era masing2, samalah juga dgn isa & rasulullah. dlm erti kata lain mereka bukan tuhan only their leadership must be followed. tiap2 zaman ada pemimpin. perdana menteri atau sultan bersilih ganti. ada faham ka?

      kpd anon 12 july 2016 @ 17:30, sila kemukakan hujah2 anda kalau ada & don't simply pass judgement. macam tengok perlawanan bola.

      jika kita kenal allah sebenar2 kenal & juga siapa diri kita, barulah bermulanya kedamaian hidup (jalan hidup yg berserah). inilah pokoknya & apa yg dibincangkan sehingga kini hanyalah ranting2.

      dasar dulu, baru diikuti dgn pelaksanaan, undang2/hukum digubal dulu sebelum pengekuatkuasaan (sop). macro followed by micro.

      selamat sejahtera semua.

      Delete
    10. amat jelas bahawa si kampong lad ini banyak autar...

      ... apa erti leader yg dimaksudkan? ... sila ke laman web ini :

      http://corpus.quran.com/wordmorphology.jsp?location=(2:124:11)

      perkataan arab imaman kalau ikut melayu macam tok imam daaa... bukannya anak tuhan saperti yg dimaksudkan oleh john 14:6...

      ... aisehman ... banyak susah ini kampong lad... semua orang tahu yg dia yg tidak mahu faham tetapi dia dok asyik nak tudoh orang lain yg tidak faham... kelakar betul si kampong lad... sampai dia syirik pun dia tidak sedar.

      BDKMPG

      Delete
    11. Salam saudara bdkmpg,

      Yasyumhu .. Tahan diri saudara. It is not worth it. Biarlah Tuhan yang menghukum bukan kita manusia.

      Kedamaian adalah sesuatu yang sangat berharga untuk kita galang gantikan dgn sepatah perkataan.

      2:185 manifest heat which was sent within it, the Quran a guidance for the people, and explanations from the guidance, and the criterion. Therefore, whoever amongst you experiences the manifestation shall "yasyumhu". And those who are ill, or on assignments may therefore, account an equal number of other days. God wishes convenience for you, and He does not impose hardship upon you; and so that you could fulfill the schedule, and you shall glorify God for guiding you, so that you be appreciative.

      Damai

      Delete
    12. bdkmpg,

      dimana dlm hujah2 aku menyatakan aku buat tuduhan. sebaliknya kamulah yg menuduh. kalau tak boleh debate secara rational, jgn hukum & resort to name calling.

      apa yg aku tulis nampaknya they are alien to you. frequency/wavelength tak sama. i rest my case.

      Delete
    13. saudara kampong lad ni, faham cakap melayu ke?

      apa erti hukum?

      pada kebiasaannya orang melayu akan tanya, "apakah hukumnya bila orang itu syirik?"

      terbukti disini bahawa syirik bukanlah satu hukuman.

      seseorang itu dikatakan syirik bila dia "menduakan tuhan" jadi apabila kamu meng-ia-kan john 14:6 maka jelas kamu sudah syirik (ini hanyalah nyata jikalau kamu sedar akan erti sabenarnya john 14:6)

      memang semua maknusia boleh dikatakan membuat tuduhan ,termasuklah kampong lad... tetapi sekurang2nya aku ada memberi alasan yg munasabah bila aku membuat sebarang tudohan... aku bukan autar.

      cuba renongkan sedikit apa yg aku tulis... jangan kamu terburuburu untok cuba membetulkan benda yg nyata salah.

      BDKMPG

      Delete
  23. Salam Sejahtera kekawan sekelian,perhatikan apa yang dapat dari 20 - ayat2 Quran berikut;

    2:87 Dan Kami datangkan kitab kepada muusa dan Kami susuli sesudahnya ciri-ciri kerasulan dan Kami datangkan kepada ‘iisa –bna maryama penjelasan dan Kami mantapkan dia dengan ruuhilqudusi malahan apabila datang kepadamu rasulnya jiwa kamu menolaknya dan tidak mengingininya dan kamu takbur dengannya dan sebahagianya kamu mendustakan dan sebahagian lagi kamu hapuskan mereka.
    4:173 Maka orang yang amanah dan beramal soleh pasti disempurnakan ganjaran bagi mereka dan ditambah pemberian mereka dan orang yang enggan dan takbur pasti diazabkan dengan azab yang dahsyat dan mereka tidak mendapat perlindungan dan pertolongan selain dari Allah.
    7:76 Berkata orang yang takbur sesungguhnya kami menentang dengan apa yang kamu amanah dengannya.
    7:146 Aku akan palingkan ayat-ayatKu dari orang yang takbur dibumi tanpa hak dan jika mereka melihat setiap ayat mereka tidak amanah dan jika mereka melihat jalan yang betul mereka tidak mengambilnya sebagai jalan dan jika mereka melihat jalan yang salah/menyeleweng mereka mengambilnya sebagai jalan demikian itulah cara mereka mendustakan ayat-ayat Kami maka mereka itulah orang yang lalai.
    10:75 Kemudian Kami utuskan sesudah mereka muusaa dan haaruuna kepada fir’auna dan pembesarnya dengan ayat-ayat Kami malahan mereka takbur dengannya maka mereka itulah kaum yang berdosa.
    14:21 Dan semuanya dihadapkan kepada Allah maka berkata orang yang lemah kepada orang yang takbur bukankah kami ini pengikut kamu maka mengapa kamu pergunakan kami supaya diazabkan Allah maka mereka berkata jika Allah beri petunjuk kepada kami maka dapatlah kami beri petunjuk kepadamu dan mengeluh atau bersabar kita bersama hadapinya malahan kita tiada lagi tempat berlindung.
    23:46 Kepada fir’auna dan mala-ihii tetapi mereka takbur dengannya dan mereka itulah kaum yang angkuh/sombong.
    25:21 Maka berkata orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami mengapa tidak diturunkan kepada kami malaikatnya atau diperlihatkan Pemeliharanya malahan mereka takbur dan meninggi diri dan mereka penentang tegar dan menentang dengan besar-besaran.
    28:39 Malahan dia dan angkatanya sangat takbur dibumi tanpa hak dan menyangka yang mereka tidak akan dikembalikan kepada Aku.
    28:39 Malahan dia dan angkatanya sangat takbur dibumi tanpa hak dan menyangka yang mereka tidak akan dikembalikan kepada Aku.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  24. smbg,
    34:32 Maka berkata orang yang takbur kepada orang yang lemah apakah kami yang telah menghalang kamu dari mendapat petunjuk setelah datang kepadamu petunjuk malahan dianya tidak sesungguhnya kamu inilah sebenarnya orang yang berdosa.
    37:35 Dan apabila dikatakan kepada mereka tiada tuhan melainkan Allah, mereka takbur dan menyombongkan diri.
    38:75 Berkata wahai ibliisa apa yang mencegah kamu patuhi apa yang dicipta dengan tanganKu atau kamu takbur dan merasakan kamu lebih mulia.
    39:59 Malahan telah datang kepadamu tanda-ayatKu tetapi kamu telah mendustakanya dan takbur darinya maka jadilah kamu darinya orang yang tidak percaya.
    40:47 Dan ketika mereka cabar-mencabar didalam apinya maka berkata orang yang lemah kepada orang yang takbur bukankah kami ini pengikut kamu maka mengapa kamu mengelak dari kami didalam api ini.
    41:38 Jika mereka takbur kepada Dia maka orang yang disisi Pemelihara mereka menyanjung Dia malam dan siang tanpa jemu atau keletihan.
    45:31 Dan bagi orang yang tidak percaya apakah tidak pernah dibacakan ayat-ayatKu kepadamu dan kamu takbur maka kamulah orang yang berdosa.
    46:10 Berkata perhatikan jika dianya dari Allah dan kamu mengingkarinya dan telah disaksikan oleh seorang saksi dari banii israa-illa misalanya dan dia amanah dengannya sedang kamu takbur malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang melakukan kezaliman.
    71:7 Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya mohon keampunan dari Kamu, mereka masukkan jari kedalam telinga dan berselubung dengan pakaian mereka dan berdegil dan bertambah takbur mereka darinya.
    74:23 Kemudian dia berundur dan takbur dengannya.

    Sekian dan hayatilah bersama.

    ReplyDelete
  25. Maaf atas kesilapan! 28:39 diulang 2-kali dan yang betul adalah ayat berikut;

    29:39 Dan kepada qaaruuna dan fir’auna dan haamaana telah didatangkan muusa dengan keterangan yang jelas tetapi mereka takbur denganya malahan mereka bukan orang yang mendahuluinya.

    Salamunalaikum!!

    ReplyDelete
  26. Salamunalaikum sahabatku yang dikasihi sekelian! Izinkan saya c-p-kan keseluruhan 28-ayat dari Surah Nuhaa!

    71:1 Kami yang mengutuskan nuuhan kepada kaumnya bagi memberi amaran sebelum datangnya azab yang dahsyat.
    71:2 Maka dia berkata wahai kaumku aku ini pemberi amaran yang jelas.
    71:3 Dan hendaklah kamu berkhidmat hanya kepada Allah dan prihatinlah kepada Dia dan taatilah kepada seruanku.
    71:4 Supaya diampunkan kesalahanmu dan menangguhkan kamu kepada suatu tempoh yang ditetapkan Allah malahan jika didatangkan maka tiada penangguhan lagi maka itulah suatu pengetahuan bagimu.
    71:5 Berkata Pemeliharaku sesungguhnya aku telah berusaha menyeru kaumku malam dan siang.
    71:6 Tetapi seruanku menambahkan mereka menjadi pelarian darinya.
    71:7 Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya mohon keampunan dari Kamu, mereka masukkan jari kedalam telinga dan berselubung dengan pakaian mereka dan berdegil dan bertambah takbur dengannya.
    71:8 Malahan aku telah menyeru mereka secara terang-terangan.
    71:9 Dan aku telah hebahkan dan ada juga rahsia yang perlu dirahsiakan.
    71:10 Maka aku berkata mohonlah keampunan dari Pemeliharamu malahan hanya Dia yang Pengampun.
    71:11 Pasti diturunkan dari langitnya hujan yang mencurah.
    71:12 Maka Dia yang membantu kamu dengan harta dan anak-anak dan dijadikan bagimu ladang dan disalirkan sungai-sungai disekitaranya.
    71:13 Apakah kamu tidak mengharapkan penghormatan dari Allah.
    71:14 Malahan telah diciptakan kamu dengan berbagai jenis dan ragam.
    71:15 Tidakkah kamu perhatikan Allah telah mencipta tujuh langit bertingkat.
    71:16 Dan dijadikan bulan bercahaya dan matahari memancar sinaranya.
    71:17 Dan Allah menumbuhkan dibumi dengan bermacam-macam tumbuhan.
    71:18 Kemudian dikembalikan kamu kedalamnya dan mengeluarkan semula sebagai suatu pengeluaran terkini.
    71:19 Dan Allah menjadikan bagimu bumi bagaikan suatu hamparan indah.
    71:20 Supaya kamu melalui dijalan-jalannya yang luas terbentang.
    71:21 Berkata nuuhun wahai Pemeliharaku mereka telah menentang aku dan mengikuti orang yang tidak menambah harta dan anak-anak mereka melainkan mereka menambahkan kerugian.
    71:22 Malahan mereka telah merancang suatu muslihat yang besar.
    71:23 Dan mereka berkata jangan tinggalkan tuhan-tuhanmu dan tuhan waddan dan suwaa’an dan yaghuutsa dan ya’uuqa dan nasran.
    71:24 Dan mereka telah menyesatkan ramai darinya dengan berkata jangan kamu menambah orang yang zalim melainkan dengan kesesatan.
    71:25 Maka atas kesilapan dan pelanggaran mereka maka ditenggelamkan dan dimasukan mereka kedalam api malahan tidaklah mereka mendapat pertolongan dari selain Allah.
    71:26 Dan nuuhun berkata wahai Pemeliharaku jangan Kamu tinggalkan dibumi ini sebarang penempatan bagi orang yang tidak percaya.
    71:27 Sekiranya Kamu biarkan pasti mereka sesatkan ramai dari hambaMu dan tidak dilahirkan melainkan pendurhaka dan penentang.
    71:28 Wahai Pemeliharaku ampunilah aku dan kedua ibu-bapaku dan sesiapa yang berada didalam bayti-ya/sistemku dengan amanah dari lelaki dan perempuan malahan jangan Kamu tambahkan bagi orang yang zalim melainkan kehancuran dan kemusnahan.

    Semoga dapat menenangkan jiwa kekawan yang gundah-gulana.

    ReplyDelete