Tuesday 30 August 2016

Impian Di Hari Merdeka

Kedamaian Untuk Semua,

Image result for tuanku abdul rahman merdeka image

Hari ini negara kita menyambut tahun ke-59 bebas dari kuasa asing. Ini bermakna sudah 59 tahun negara ini di tadbir oleh warganya sendiri.

Kita sudah mengembara begitu jauh. Dari sebuah negara miskin di mana jurang di antara kelas begitu ketara, kini, kita sudah ada kelas menengah.

Dengan terwujudnya kelas menengah, jurang di antara golongan miskin dan kaya dapat di rapatkan sekaligus membuka mata golongan miskin bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai jika kita percaya kepada diri sendiri dan mendirikan kesungguhan (aqeemu solla) untuk mencapai impian masing-masing.

Jika anda membaca blog ini dari mula ianya ditulis, pasti anda sedar bahawa blog ini menyimpulkan bahawa kelas atau kasta dicipta oleh ilmuwan yang mencipta agama pertama di dunia iaitu Hindu untuk suatu sebab yang sangat besar.

Ia adalah satu cara untuk mengawal minda warga majoriti supaya tunduk kepada kehendak golongan bangsawan atau atasan. Maka dengan sistem agama inilah manusia menjadi hamba kepada manusia yang lain. 

Yang berbeza ialah jenama agama yang warga sesebuah negara itu anuti sahaja. Sistem yang mengawal tetap sama.

Oleh itu, sungguhpun negara yang didiami oleh seseorang itu sudah merdeka dan bebas dari anasir asing namun hakikatnya minda kebanyakkan orang masih belum bebas.

Ianya memerlukan kesungguhan (solla) untuk membebaskan minda sendiri dari rantai halimunan.

Untuk artikel ringkas kali ini, saya ingin berkongsi 3 impian merdeka yang selalu saya angankan.

Impian yang pertama ialah mahu melihat manusia di mana-mana sahaja mereka berada membebaskan diri sendiri dari belenggu minda yang diletakkan oleh golongan mereka yang terdahulu dari kita atau nenek moyang kita.

A170

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan ikut apa yang kami dapati nenek-moyang kami buat." Apa? Sekalipun jika nenek-moyang mereka tidak faham sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?" AQ 2:170
 
Impian yang kedua ialah mahu melihat manusia seluruhnya sedar bahawa agama bukanlah suatu perkara yang suci. 

Agama bermaksud theologi  yang dicipta untuk mendefinisi jenama mengikut aliran pemikiran (school of thought) golongan bangsawan sebelum kita.

Agama yang diamal kini mengambil definisi perkataan latin religio yang membawa maksud "how to observe God". 

Ia menjadikan ritual sebagai jalan utama dan mudah untuk mencapai impian berbanding dengan realiti kehidupan sebenar dunia yang kita diami.

Ini bermakna agama adalah suatu bentuk sistem rekaan nenek-moyang yang terdahulu dari kita sahaja. Mungkin untuk suatu tempoh yang tertentu sistem ini dapat memberi keadilan kepada majoriti manusia. 

Namun, seperti resamnya manusia dan dunia yang kita diami, agama akhirnya dijadikan alat untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain. Ia menjadi korup dan memecah belahkan manusia.

Ingatlah bahawa Al Quran menyarankan supaya kita semua tidak kira bangsa bersatu padu :-

 A030

"Maka tegakkanlah wajah kamu kepada aturan hidup (deena), seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itu aturan hidup (deenu) yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" AQ 30:30


A031

"Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan dirikanlah kesungguhan (wa-aqeemu-solla), dan janganlah jadi daripada orang-orang yang sekutukan (musyrikina), " AQ 30:31


A032

"daripada orang-orang yang pecahkan aturan hidup (deena) mereka, dan menjadi golongan-golongan (syi-ya-an), tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka" AQ 30:32

Ketahuilah bahawa di antara manusia terawal yang mengguna sistem bergolongan/agama/syi-ya-an untuk mengawal dan menjadikan manusia hamba kepada dirinya dan golongan bangsawan yang lain ialah firaun.

 A004

"Sesungguhnya Firaun meninggi di bumi, dan dia pecah belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, menghinakan segolongan antara mereka, mengorbankan anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang buat kerosakan" AQ 28:4

Kita bertanggungjawab untuk menghapuskan sistem yang korup ini atau sekurang-kurangnya membaikpulih sistem agama yang ada supaya ia lebih adil kepada semua warga kita tidak kira bangsa.  

Kita perlu kembali kepada suatu sistem semulajadi yang sentiasa berada di dalam minda kita iaitu kebebasan.

Impian saya yang ketiga ialah mahu melihat semua kita mendalami sendiri sesuatu maksud perkataan atau etymology. Ini adalah penting supaya kita sedar origin perkataan itu dan konteks sebenar bagaimana ia digunakan.

Adakah etymology perkataan "ad deen" di dalam Al Quran adalah sama dengan agama/religio yang digunakan oleh dunia moden ?

Akhir sekali, hari ini mari kita dalami Rukunegara Malaysia. 

Di sini perkataan liberal digunakan dengan konteks sebenar sebelum media mengotorkan perkataan ini di minda penduduk Malaysia. 

Hari ini, apabila disebut liberal tergambarlah di minda kita bahawa ia merujuk kepada seseorang yang korup akhlaknya. 

Inilah contoh bagaimana kajian etymology sangat berpengaruh membebaskan minda manusia.

 BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
 A036

"Dan kebanyakkan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan" AQ  10:36

Sehati sejiwa.
 
Ashwed

3 comments:

  1. Salamunalaikum! saudara, sudah seminggu berlalu kita menyambut Hari Merdeka, elok juga di'refresh'kan minda dengan beberapa ayat Al Quran berikut;

    4:1 Wahai manusia perihatinlah Pemeliharamu yang mencipta kamu dari jiwa yang satu dan diciptakan darinya pasangan dan ditumbuhkan dari keduanya ramai lelaki dan perempuan maka prihatinlah Allah yang kepadaNya kamu mohon dan kamu punyai hubungan nyawa denganNya dan pastinya Allah penunggang kamu. (Surah An Nisaa’ ayat 1)
    Dan Kami yang mendatangkan kitab kepada muusa dan Kami susuli sesudahnya kepada rasul-rasul dan Kami datangkan kepada ‘iisa -bna maryama penjelasan dan Kami mantapkan dia dengan roh suci /ruuhilqudusi dan apabila datang kepadamu seorang rasul maka jiwamu tidak menginginkanya dan kamu takbur dan sebahagianya kamu mendustakan mereka dan sebahagian kamu hapuskan mereka. (Surah Al Baqaroh ayat 87)
    2:253 Diantara rasul Kami ada yang dilebihkan pemberian dan ada yang berkata-kata dengan Allah dan ada yang ditinggikan darjatnya dan Kami berikan‘iisa -bna maryama penjelasan dan Kami mantapkan dia dengan ruuhilqudusi dan jika dikehendaki Allah tidaklah dihapuskan mereka setelah datangnya penjelasan tetapi mereka berselisihan dan diantara mereka amanah dan sebahagian lagi ingkar dan jika dikehendaki Allah mereka tidak berbunuhan tetapi Allah lakukan apa yang dikehendaki. (Surah Al Baqaroh ayat 253)
    4:171 Wahai ahli kitab jangan kamu melampaui dalam diini kamu dan jangan kamu katakan tentang Allah kecuali yang benar dan sesungguhnya almasiihu ‘iisaa -bnu maryama rasul Allah dan kalimah yang dilemparkan kepada maryama dan -rruhun dari Dia maka amanahlah kepada Allah dan rasulNya dan jangan kamu katakan ‘bertiga’ hentikan lebih utama bagimu dan Allah tuhan yang satu dan Dia disanjung dan tiada baginya anak dan kepunyan Dia segala apa yang dilangit dan dibumi dan cukuplah hanya Allah menjadi wakilmu. (Surah An Nisaa’ ayat 171)

    5:110 Ketika Allah berkata wahai ‘iisa putera maryama ingatlah nikmatKu kepadamu dan ibumu ketika Aku mantapkan kamu dengan roh suci/ruuhil qudusi dan kamu telah berkata kepada manusia sejak dari buaian dan apabila dewasa Aku ajarkan kamu kitab dan hikmahnya dan -ttauraata dan injiila dan ketika kamu bentuk “tanah” seperti burung dengan izinKu dan ketika ditiupkan, jadilah dianya “burung” dan kamu berjaya sembuhkan sibuta dan sikusta dan menyelamatkan orang yang dihampiri kematian dan Aku pertahankan kamu dari banii-israaiila ketika kamu datang kepada mereka dengan penjelasan maka berkata orang yang tidak percaya tidaklah ini melainkan sihir yang nyata. (Surah Al Maaidah ayat 110)
    15:29 Maka setelah sempurna, Aku tiupkan rohKu/ruuhii kedalamnya maka patuhilah kamu kepadanya, dia seorang yang patuh/saajidiina. (Surah Al Hijr ayat 29)
    16:2 Dia turunkan -lmalaa-ikata dengan rohNya/birruuhi dari perintahNya kepada sesiapa dikehendaki dari hambanya malahan kamu telah diberi amaran tiada tuhan melainkan Aku maka prihatinlah kepada Aku. (Surah Nahl ayat 2)

    16:102 Katakan telah diturunkan roh suci/ruuhul qudusi dari Pemeliharamu dengan benar bagi memantapkan orang yang amanah dan sebagai petunjuk dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri/musliimina. (An Nahl ayat 102)
    17:85 Dan mereka bertanya kamu tentang ruuhi katakan -rruuhu urusanNya dan Pemeliharaku tidak memberi pengetahuan melainkan sedikit. (Surah Israa’ ayat 85)
    19:17 Ketika diambil mereka persetubuhan/duunihim disebalik tabir maka Kami utuskan darinya roh Kami/ruuhanaa dan dia baginya semisal manusia biasa yang sempurna. (Surah Maryam ayat 17)
    21:91 Dan perempuan yang mengawal kehormatanya/farjahaa maka Kami tiupkan kedalamnya roh Kami/ruuhinaa dan Kami jadikan anaknya sebagai tanda-ayat bagi ummat diseluruh alamnya. (Surah Al Anbiyaa’ ayat 91)

    bsmbg..

    ReplyDelete
  2. smbg..
    26:193 Diturunkan rohNya yang amanah/-rruuhul amiinu. (Surah As Syura’ ayat 193)
    32:9 Kemudian disempurnakan bentuknya maka ditiupkan rohNya/ruuhihii dan dijadikan pendengaran dan penglihatan dan derianya/af-idata tetapi sedikit sekali dikalangan kamu yang berterima kasih. (Surah As Sajadah ayat 9)
    38:72 Apabila sempurna bentuknya maka ditiupkan rohNya/ruuhii maka hendaklah kamu tunduk dan patuh kepadaNya. (Surah Shood ayat 72)

    40:15 Yang teramat mulia darjatNya dan yang terunggul kuasa mutlakNya yang menurunkan rohNya/-ruuha dengan perintahNya kepada sesiapa dikehendaki dari hambaNya bagi memberi amaran akan hari pertemuan denganNya. (Surah Al Ghaffir ayat 15)
    42:52 Demikianlah Kami ilhamkan kepadamu roh/ruuhan dengan perintah Kami dan tidak kamu mengetahui kitabnya tanpa keamanahan malahan Kami jadikanya sebagai cahaya petunjuk kepada sesiapa dikehendaki dari hamba Kami dan Dia memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (Surah Asy Syura ayat 52)
    58:22 Kamu tidak mendapati sesuatu kaum yang amanah kepada Allah dan akhiratNya mencintai penentang Allah dan rasulNya walaupun mereka itu bapa atau anak atau saudara atau suku sakat mereka kerana telah dikitabkan kedalam hati mereka keamanahan dan diteguhkan dengan kerohanian/ruuhin dan pasti dimasukan mereka kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka berkekalan didalamnya dengan keredhaan Allah dan mereka meredhai Dia maka mereka itulah mazhab/hizbu Allah dan hanya mazhab Allah yang mendapat kejayaan. (Surah Al Mujadillah ayat 22)
    66:12 Dan maryama -bnata ‘imraana yang memelihara farajnya/farjahaa maka Kami tiupkan kedalamnya roh Kami/ruuhinaa maka benarlah kalimah Pemeliharanya dan telah dikitabkan yang dia adalah diantara orang yang taat/-lqaanitiina. (Surah At Tahriim ayat 12)
    70:4 Malaikat dan rohnya/warruuhu menuju naik kepadaNya dalam sehari kadarnya adalah lima puluh ribu tahun. (Surah Al Ma’arijj ayat 4)
    78:38 Dan pada hari apabila roh-roh/-rruuhu dan malaikatNya dibariskan mereka tidak berkata-kata melainkan diizinkan yang Pemurah dan jika diizinkan mereka hanya berkata perkataan yang sama/serupa/shawaaban. (Surah An Naba’ ayat 38)
    97:4 Dan diturunkan didalamnya para malaikat dan roh-roh/warruuhu dengan izin Pemelihara mereka bagi melaksanakan segala perintahNya. (Surah Al Qadr’ ayat 4)
    Sekian, hayatilah bersama.

    ReplyDelete
  3. Salam saudara sekelian! Pagi ini on jea l-top jumpa berita @ Yahoo News,mungkin ada implipikasi/kesan dengan Al Quran seperti ayat2 yang diakhiri dgn, ...samaawatiwalardhi.... ie dilangit dan dibumi!!!!!to my instinct, diblog ash-wed ni ada owner blog yang sangat 'terkesan' bagi saya ie "MatGuyver" diharapkn beliau dpt beri penjelas yg berkesan n salaaaam 2-him.....

    ReplyDelete