Friday 14 October 2016

Rezeki Yang Berkah

Kedamaian Untuk Semua,

Awal minggu ini saya menerima satu kiriman video melalui grup media sosial.

Bagus kandungan videonya sebelum ia berakhir dengan pesanan mengelirukan mengenai keperluan belajar "agama".



Saya tertarik dengan terjemahan keterangan Al Quran yang petik oleh penceramah di dalam video tersebut.

Walaupun tidak bersetuju dengan cara ianya di petik iaitu di tengah-tengah keterangan tanpa meletak keseluruhan isi kandungannya, namun ia cukup kuat untuk mendorong saya menulis artikel kali ini.

Berikut adalah keterangan penuh petikan yang di maksudkan ;

 A002

"Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang empunya keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang percayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar," AQ 65:2


A003

"Dan Dia beri rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak jangkakan. Dan sesiapa tawakal kepada Allah, Dia akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah laksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah adakan ukuran bagi segala sesuatu" AQ 65:3

Keterangan ini sangat terkenal, ia di kenali sebagai AYAT SERIBU DINAR.

Ini adalah cara standard penceramah agama menyeleweng isi kandungan Al Quran, iaitu dengan memetik keterangan tersebut secara separuh-separuh serta di luar konteks. 

Manakala perkataan arabnya pula tidak diterjemah secara penuh.

Perkataan yang tidak di terjemah di dalam video tersebut ialah TAQWA.

Untuk memahami keterangan di atas dengan murni (zakka), kita perlu menterjemah keseluruhan perkataan arab keterangan ini kepada bahasa yang kita fahami dengan konteks dan konsep yang paling tepat.

TAQWA membawa maksud benar atau righteous (ada yang menterjemahnya sebagai prihatin).

Oleh yang demikian, dengan sedikit penelitian, petikan keterangan mengikut video di atas akan berbunyi sebegini  ;

"Dan sesiapa benar (taqwa) kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar, dan Dia beri rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak jangkakan" AQ 65:2-3

Di manakah Allah berada ?

A016

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" AQ 50:16

Allah berada lebih dekat dari urat leher kita. 

Maka, berlaku benar (taqwa) kepada Allah adalah sama dengan berlaku benar (taqwa) kepada diri kita sendiri.

Mereka yang berlaku benar kepada dirinya sendiri adalah seorang yang 'iman (dari akar kata ain-mim-nun yang membawa maksud amanah).

Tidaklah menjadi sesuatu yang ajaib bagi mereka yang amanah ('iman) iaitu yang berlaku benar (taqwa) kepada dirinya sendiri dan kepada tanggungjawab dan tugas yang diberikan kepadanya, hidup di dalam keadaan penuh keberkatan.

Sebagai contoh ;

Para Muttaqi (righteous person/orang yang benar) tidak perlu pulang ke rumah jam 12 malam untuk menyelesaikan tugasan yang di beri.

Mereka hanya perlu menumpu (khusyuk) kepada tugasan  yang di beri dari jam 9 pagi hingga 5 petang. 

Mereka mempunyai masa kira-kira 7 jam (di tolak sejam rehat) untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Mereka yang menolak (kafir), walaupun masuk pada waktu yang sama iaitu jam 9 pagi, namun sebaik sahaja mengetik kad, mereka terus menuju ke kantin.

Mereka bersantai di kantin sehingga jam 10-11 pagi. 

Bila sampai di meja bekerja, mereka bersembang pula di media sosial melalui handphone sebelum menghabiskan waktu melayari internet mencari berita mengenai politik. 

Jika ada yang menarik, reka pulak ayat di facebook untuk menghentam, membuat lawak dan menjatuhkan maruah pemimpin yang tidak di sukai.

Akhirnya tanpa di sedari jam sudah pukul 1 tengahari. 

Tanpa segan silu mereka keluar dari pejabat mengambil anak dari sekolah untuk di bawa pulang ke rumah. 

Sampai di rumah, tunggu pula anak-anak makan dan mandi untuk di hantar ke sekolah agama petang.

Bila sampai balik ke meja pejabat, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, kini hanya tinggal 2 jam sahaja untuk menyelesaikan tugasan yang di beri.

Jam 4 petang, eh ada pulak rakan ajak pegi minum petang. Akhirnya, esok sahajalah selesaikan tugasan pejabat.

Esoknya, perkara yang sama berulang. 

Fail yang sepatutnya boleh siap dalam tempoh 2, 3 jam jika diberi tumpuan penuh akhirnya berbulan tak siap-siap.

Produktiviti hancur. KPI threshold.

Rentetan dari itu, banyak pihak menanggung akibat dari sikap tidak amanah (tiada iman) dalam jiwa orang yang menolak.

Mereka bukanlah orang yang benar (taqwa)

Jika anda majikan mereka ini, sanggupkah anda menaikkan gaji dan pangkat orang yang sebegini ? Atau layak di beri notis berhenti kerja sahaja ?

Katakanlah pula orang yang kaki mengular di waktu pejabat ini, rupanya di malam hari kuat ke masjid. 

Beliau membuat ritual wajib dan sunat beribu-ribu rakaat, sehingga dahi bertanda. 

Beliau juga mengucapkan AYAT SERIBU DINAR beribu kali setiap malam.

Adakah ini sikap yang dikatakan BERTAQWA ? 

Adakah anda rasa rezekinya akan secara magis menjadi luas terbentang datang dari arah yang tidak dijangka-jangka dengan memberikan penumpuan di malam hari jauh dari waktu kerja yang di amanahkan ('iman) kepadanya?

TAQWA bukanlah suatu konsep yang memerlukan kita menghabiskan waktu melakukan ritual di masjid atau pada hari-hari tertentu seperti berpuasa di hari asyura atau bertaddabur Al Quran dengan nyanyian paling merdu atau mendengar ceramah agama dan sebagainya. 

Ia membawa maksud yang sangat mudah iaitu berlaku benar.

Jika anda berlaku benar kepada diri sendiri, kepada masyarakat sekeliling, kepada tugas dan tanggungjawab yang di letakkan di bahu anda maka rezeki anda akan datang dari arah yang tidak di jangkakan.

Mengapakah ia jadi begitu ? 

Ianya adalah kerana masyakat mempercayai anda, begitu juga dengan majikan anda.

Jika anda adalah seorang self-employed, para pelanggan anda mempercayai prestasi kerja anda. 

Inilah yang dikatakan seorang yang benar (taqwa). 

Apabila anda dipercayai, peluang perniagaan akan masuk bertali arus.

Yang bekerja makan gaji akan menikmati kenaikan gaji dan pangkat, majikan menyukai anda, kemungkinan besar anda akan menjadi blue-eye boy boss.

Bukankah dengan cara ini rezeki akan datang dari arah yang tidak di jangkakan ?
Tidakkah anda merasakan begitu ?

Ashwed



 

7 comments:

  1. good to share this with colleagues and subordinates. Thanks. Ramai yang masih lena dibuai tradisi.

    ReplyDelete
  2. Tuan Ashwed yang dihargai,....watak tidak amanah seperti contoh yang digambarkan itu,ramai telah dinaikkan pangkat menjadi bos besar dalam jabatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Jika benar seperti yg di kata maka tidak hairanlah SPRM sampai tidak menang tangan membuka kertas siasatan.

      Damai

      Delete
  3. Malangnya TAQWA yg diserapkan oleh para2 pendakwah masakini, juga para2 mufti dan ramai yg bergelar ulama ialah perlu tunduk patuh dan ikut kata2 mereka secara membuta tuli, jangan membangkang.. jika membantah maka perkataan sesat, kafir dan jumud akan keluar dari mulut2 manusia ni...

    ReplyDelete
  4. Tuan, saya setuju dgn huraian tuan.
    Mohon tuan kongsikan apa maksud sebenar :
    i. masjid, ii.solat jumaat

    Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      http://ashwed1973.blogspot.my/2015/05/tidak-solat-jumaat-kerajaan-negeri.html?m=0

      Delete
    2. https://ashwed1973.blogspot.my/2015/05/isra-mikraj-dongengan-arab-dahulukala.html?m=0

      Damai

      Delete