Saturday 1 October 2016

Perbankan Islam

Kedamaian Untuk Semua,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana sudah agak lama tidak menulis. Sekembalinya saya ke tanah air dari recharge battery yang hampir kering, terus urusan harian datang bertali arus.

Baru saya sedar rupanya jika lama tidak menulis, idea akan menjadi sedikit berkarat.

Ia tidak mengalir seperti selalu sehinggakan untuk memula paragraf pertama menjadi suatu proses yang berat.

Sebelum bercuti, saya sudah mengumpul beberapa point untuk dijadikan asas pengisian artikel seperti tajuk di atas.

Kini, saya perlu melihat kembali semua nota-nota ini untuk dijadikan sebuah artikel dengan penyampaian yang santai.

Mudah-mudahan ia memberi impak dan menjadi pencetus kepada idea-idea baru di kalangan pembaca blog ini.

Lambakan Obsesi

Bagi saya, Perbankan Islam adalah di antara frasa bertemakan "Islamik" yang menjadi lambakan frasa yang di salah guna oleh masyarakat kita.

Fesyen Islam, Parti Islam, Negara Islam, Bangunan Islam adalah contoh frasa yang bagi saya adalah overrated.

Kini terdapat juga konsep yang agak kelakar seperti Skuba Islam, Bahasa Inggeris Islam dan Magik Islam 

Selain dari frasa Islamik, frasa lain yang menjadi obsesi masyarakat kita ialah sunnah dan patuh syariah.

Obsesi yang tidak berkesudahan



http://www.sinarharian.com.my/rencana/beramal-didasar-laut-1.264820

Berbalik kepada tajuk artikel saya kali ini, menurut "ilmu" yang di ajar kepada generasi anak-anak kita di sekolah-sekolah agama rakyat, kelas-kelas agama dan juga di "Tadika-tadika Islamik", untuk menjadi seorang Islam seseorang itu perlu membuat 5 perkara.

Jika 5 perkara yang saya pasti kebanyakkan dari kita sudah mengetahuinya tidak di lakukan, maka seseorang itu tidak layak digelar sebagai seorang Islam.

Maka saya tertanya-tanya samada Public Bank, Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam dan lain-lain bank yang menawarkan produk Perbankan Islam ini sudah mengucap syahadah, berpuasa, mendirikan ritual solat 5 waktu sehari semalam, membayar zakat (yang ini memang ada) dan yang terakhir pergi ke bandar Mekah untuk melakukan ritual haji untuk melayakkan mereka digelar Islam ?

Mencari Untung

Sebagai seorang pengamal Undang-Undang, saya berkesempatan secara langsung mengenali Perbankan Islam dengan mendalam.

Jika di tanya pendapat saya sebagai seorang profesional, kesemua konsep mengenai Perbankan Islam adalah sekadar retorik.

Kesemua retorik ini di cipta demi mencari kesempatan untuk membuat untung berlipat ganda dengan menjual nama Islam.

Secara jujur, sudah banyak kali saya menasihati anak guam supaya memikirkan dengan mendalam sebelum mengambil keputusan menerima tawaran produk Perbankan Islam.

Ini adalah kerana saya dapati di antara Perbankan Konvensional dan Islam, tiada perbezaan yang nyata.

Malah saya dapati Perbankan Islam lebih mencekik darah dengan mengambil untung yang tidak munasabah.

Jika anda mengambil pinjaman sekitar RM200,000.00 anda perlu membayar balik lebih dari RM1,000,000.00. Adakah ini Islamik ?

Ini adalah suatu hakikat yang tidak boleh di sangkal. Cubalah bertanya rakan-rakan yang berkerja di mana-mana bank di Malaysia.

Pengalaman

Semasa saya mula mengamal Undang-Undang, perkara pertama yang saya belajar mengenai Perbankan Islam ialah istilah PINJAMAN tidak boleh digunakan di dalam dokumentasi sekuriti bank.

Istilah yang perlu digunapakai ialah KEMUDAHAN atau di dalam Bahasa Inggeris FINANCING.

Pada waktu itu, saya berkata di dalam hati "Tere betul manusia ni, tuhan pun kena tipu".

Menurut pakar yang memberi ceramah di dalam kursus-kursus Perbankan Islam yang saya hadiri, Islam mengharamkan PINJAMAN.

Kenyataan ini sebenarnya membawa maksud bahawa terdapat nas Al Quran yang mengharamkan PINJAMAN.

Benarkah begitu ? Apakah perspektif Al Quran mengenni perkara ini ?

Menurut Al Quran di 3:75,

A075

"Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu amanahkan (ta'manu) dengan satu timbunan, dia akan kembalikan kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu amanahkan (ta'manu) dengan satu dinar, dia tidak akan kembalikan kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas (menagih) dia. Itu kerana mereka berkata, "Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab)." Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya" AQ 3:75

Keterangan di atas dengan jelas memberitahu kita bahawa Al Quran membenarkan pemberian pinjaman. Ia adalah suatu sistem yang normal di dalam sesebuah masyarakat.

Perbezaannya ialah ada manusia yang karakternya liat membayar hutang, ada setengah yang lain pula mereka ini adalah mereka yang amanah (ain-mim-nun atau iman) yang menepati janjinya termasuk di dalam soal hutang.

Riba'

Keseluruhan sistem Perbankan Islam di asaskan daripada keperluan mengelak riba'.

Jika anda bertanya kepada umat Islam, ramai yang menganggap riba' adalah suatu dosa yang sangat besar. Sama besar dengan memakan babi. 

Mereka seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada amalan riba'.

Pokoknya, apakah dia riba' ?

Ramai agamawan membuat kesimpulan bahawa riba' adalah bunga yang dikenakan oleh bank kepada para pelanggannya.

Apakah perspektif Al Quran mengenai perkara ini ?

Berikut adalah definisi Al Quran akan konsep riba' ;

A130

"Wahai orang-orang yang amanah ('amanu), janganlah makan riba, dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung" AQ 3:130

Menurut Al Quran riba' ialah sesuatu konsep di mana ia di gandakan dua kali atau berkali-kali.

Sebagai contoh, bayangkan anda menjual sehelai baju yang anda beli dengan modal RM100. Jika anda menjualnya dengan harga RM300  anda membuat untung sebanyak RM200.

Ini bermakna untung yang anda perolehi untuk diri anda belum melepasi dua kali ganda modal anda.

Namun, jika anda menjualnya dengan harga RM301 dan ke atas bermakna anda menggandakan keuntungan anda melebihi dua kali nilai modal anda.

Ini memberi erti bahawa riba' bukanlah sesuatu yang dikaitkan dengan interest atau bunga.

Tetapi ia berkaitan dengan nilai keuntungan yang anda buat dibandingkan dengan modal anda.

Dengan kata lain yang lebih sesuai, riba' membawa maksud profiteering atau keuntungan berlebihan atau di dalam bahasa sekarang di kenali sebagai PENCATUTAN.

Baru-baru ini negara kita mewujudkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 untuk membanteras amalan profiteering. Bagi saya ini adalah suatu langkah yang murni (zakka).

Cumanya, saya merasakan institusi pertama yang patut dikenakan Akta ini ialah Bank-Bank yang membuat untung berlipat kali ganda secara sah di sisi undang-undang.

Mengapakah ramai agamawan mendefinisi riba' sebagai interest/bunga ? Sejak bilakah definisi ini digunapakai ?

Adakah interest/bunga wujud di zaman Al Quran di tulis ?

Adakah sistem perbankan wujud di zaman Al Quran di tulis ?

Jika kita mendalami persoalan-persoalan ini dengan lebih teliti maka kita boleh mengenalpasti mengapakah mutakhir ini riba' di definisikan sebagai interest/bunga.

Bagi saya ia menjadi sebegitu semata-mata untuk serve an obvious purpose iaitu menghalalkan profiteering atau keuntungan melampau.

Ini adalah suatu bentuk korupsi secara nyata.

Akibat daripada kepercayaan bahawa Tuhan melarang riba' yang di salahertikan sebagai interest atau bunga, maka ahli-ahli Perbankan Islam mencipta camouflage dengan menukar perkataan interest/bunga kepada KEUNTUNGAN.

Ahli Perbankan Islam ini percaya mereka sudah berjaya menipu Tuhan hanya dengan mengelak menggunapakai perkataan interest/bunga di dalam transaksi mereka.

Dari situ, beberapa konsep PINJAMAN tercipta. Oh ! maafkan saya bukan PINJAMAN tetapi KEMUDAHAN, di antaranya ialah Al Bai Bithamin Ajil, Musyarakah Mutanaqisah, Al Manzili dan pelbagai lagi KEMUDAHAN yang sebenarnya menipu orang ramai dengan penggunaan istilah-istilah arab yang kebanyakkan orang kita anggap suci.

Mereka berjaya memperdaya khalayak dengan mengatakan bahawa sistem yang mereka cipta adalah suatu bentuk perdagangan bukan riba' (yang mereka ertikan sebagai interest/bunga).

Di dalam sebuah transaksi pinjaman perumahan, perkara ini tidak begitu nyata kerana transaksi ini mempunyai aset yang bertukar milik. Ia bolehlah ditakrifkan sebagai jual-beli atau perdagangan.

Namun, di dalam sebuah pinjaman komersil, korupsi ini menjadi begitu jelas.

Ini adalah kerana kebanyakkan transaksi pinjaman komersil tidak di asaskan daripada pinjaman terma yang memerlukan peminjam mencagar harta.

Sebagai contoh, jika anda ditawarkan kemudahan Trade Financing oleh mana-mana Bank secara Perbankan Islam. Anda tidak mencagar harta milik anda.

Sebaliknya, pinjaman anda diberi kerana di tangan anda terdapat sebuah kontrak samada dari kerajaan atau swasta.

Bagaimanakah Perbankan Islam menangani perkara ini.

Mudah sahaja, jika tiada harta untuk di dagangkan mereka mencipta harta itu secara magis dari udara.

Untuk itu, anda di mestikan untuk menandatangani sebuah suratikatan. Di mana suratikatan ini membutirkan bahawa pinjaman yang di beri kepada anda adalah berdasarkan kepada satu underlaying asset.

Ini menyebabkan seolah-olahnya anda dan bank melakukan transaksi jual dan beli berdasarkan suatu harta yang tidak wujud.

Dengan melakukan ini, sekali lagi Al Quran membuktikan perbuatan mereka yang korup di dalam ayat-ayatnya.

Perhatikan keterangan ini ;

A275



"Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli dan haramkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya" AQ 2:275



Kesimpulan

Al Quran di turunkan bukan untuk mencipta istilah-istilah.

Ia juga bukan di turunkan untuk mencipta ritual.

Al Quran di turunkan untuk mewujudkan keadilan dengan menentang korupsi.

Keadilan hanya boleh di wujudkan dengan pembentukan suatu sistem yang praktikal dan tidak menekan khalayak.

Jika kita meneliti sejarah-sejarah para Nabi di dalam Al Quran, kita akan dapati bahawa mereka ini adalah seorang iconoclast yang menentang sistem yang korup di zaman mereka.

Oleh itu, gunakanlah Al Quran itu untuk menjadi adil sesama manusia.

Tiada perbuatan yang lebih buruk selain dari perbuatan menipu dengan menjaja nama agama kerana kebanyakkan manusia menganggap agama sebagai suci.

Kelemahan inilah yang diguna secara maksima oleh golongan korup.

Akhirnya, yang miskin menjadi semakin miskin dan tertekan, sementara yang kaya menjadi semakin kaya dengan menekan mereka yang miskin.

Ashwed




16 comments:

  1. haha..saudara ashwed bagai membaca fikiran saya..baru hari Khamis lepas saya berbicara dgn rakan sekerja..sebabnya adalah ada bank nak ke pejabat nak beri penerangan berkenaan muamalat.. saya kata saya tak hadir lah..sebab tak minat dan tak percaya akan perbankan islam yang saya kena bayar lebih berbanding conventional.

    ReplyDelete
  2. Sejak saya mula cuba fahamkan quran memang ada terbaca tentang riba tapi rasa macam ada yang tak kena pula dengan ajaran ustaz2 tentang riba..

    Saya tertanya2 apa maksud riba? Dan kenapa ianya ada ditulis 'belebihan'. Dari situ saya dah tak percaya gambaran ustaz tentang riba (sy dgn berani andaikan sendiri riba boleh tapi tak boleh berlebihan. Tapi ikut penerangan Ashwed riba satu konsep untung digandakan 2x ganda atau lebih). Tapi saya tak pandai nak kaji dan huraikan satu persatu seperti Ashwed.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Saya juga sependapat dengan saudara Ashwed sebab ada membuat penelitian tentang ini. Bila dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan tiada seorang yang bersetuju padahal penipuan ini jelas. Saya cuma berkongsi tidak pernah sama sekali memaksa mereka tetapi mereka pula yang memaksa saya untuk perbankan islam.
    -Bukan kerja bank-

    ReplyDelete
  4. Salam..

    This is a topic that unfortunately the majority of muslims are super lazy to do some basic research and get better understanding of what is 'Riba'... The majority seems to be brain-washed about Riba to the extent that they feel they have committed a crime or sin (dosa) if they engage or use Riba... To makes matters worse the majority refers to fairy tale hadith for guidance and explanation about Riba (1200 years ago these Hadiths collectors, writers and interpreters are all idiots in banking systems, financial systems, accounting principles, foreign exchange, amortization, interest rates, investment etc). The 'Sin' part is the driving force behind Islamic Finance/Banking today leading to popular Sharia based Banking/Financing... To the extent that the majority rushed to KWSP recently to change their savings into sharia based investment/savings etc... Whatever scheme or brand or antics or label given to Islamic Banking, I have no objections... However, I am of the opinion that Islamic Banking is not attractive as compared to Conventional Banking...

    Anyway, what does the Quran says about Riba?? Riba means excessive profiteering.. Period.. Quran tells us that whenever we do trade (business transaction) DO NOT practice RIBA (excessive profiteering)... That's it... How beautiful is that?? Allah has provisioned for us a simple and clear guideline whenever we do trade avoid excessive profiteering... jangan lah ada keuntungan melampau... keuntungan melampau juga boleh di erti kan sebagai penindasan dlm urusniaga...

    Unfortunately, the word Riba as interpreted by the Ulamas has deluded so many for too long...

    Becks

    ReplyDelete
  5. Salam Ashwed,

    Saya membeli sebuah rumah dengan melalui pinjaman bank. Semasa permohonan, saya memohon untuk pinjaman konvensional tetapi pihak bank tidak membenarkan dan menawarkan pinjaman islamik kerana saya adalah seorang melayu beragama islam.

    Adalah pelik kerana kita perlu memilih pinjaman berdasarkan agama dan bukannya berdasarkan pakej pinjaman itu.


    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la macam saya.. depa approve tapi memandai pilih sendiri islamic...

      Delete
    2. Salam saudara ismet,

      Sebagai pelanggan, saudara mempunyai hak untuk menolak pakej yg di tawarkan oleh bank. Cuma biasanya kita sebagai pelanggan merasa terdesak untuk mendapatkan pinjaman oleh sebab-sebab yg tersendiri. Di sinilah golongan korup menekan kita untuk menjerumuskan diri di dalam perangkap mereka. Pengalaman peribadi saya sendiri menyedarkan saya akan hal ini. Menyedari hakikat ini boleh menyebabkan perasaan tidak puas hati memuncak. Terasa betapa tidak adilnya gergasi korporat ini kepada masyarakat yg lemah.

      Peace

      Delete
    3. Salam

      Bank mana yang paksa ambil pinjaman Islamic ni? I was given choices to pilih Islamic or conventional. Takda plak paksa pilih Islamic.

      I choose conventional. System ni dah lama wujud. Takda masalah pun. Sesiapa yang tak mau faedah dari bank boleh kasi I. :-)

      Non

      Delete
    4. saya bank yang memang terkenal dimiliki oleh seorang chinese tycoon. masa isi form saya tick conventional, tapi bila approve diberi islamic. Alasan...diskaun hitu hini oleh lawyer, diskaun pemaju.

      Delete
  6. salam,

    adakah monopoli termasuk dalam riba? bila seseorang menggunakan kuasa untuk menyekat agar tiada saingan dalam perniagaan. hanya dia seorang saja yang akan mendapat untung?

    adakah menyimpan bekalan agar harga akan melambung tinggi termasuk dalam riba? sedangkan harga patut ditentukan oleh "supply and demand"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya quite straight forward... apa apa ketidakadilan yang boleh menyebabkan tekanan kepada masyarakat adalah di larang oleh Islam. pandangan saya.

      Delete
    2. setuju Politicalamity9..

      aq 2:275 ..Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba..

      seperti kata tuan blog kekeliruan istilah mestilah diperbetulkan..

      Delete
  7. Tuan Ashwed,

    Bukan setakat perbankan, tp juga insurans. Saya x berpengetahuan luas dlm insurans tp saya berani cakap dr pengalaman takaful adlh insurans paling menipu saya pernah ambil. Ada dua bahagian iaitu kereta dan perubatan. Bila berlaku masalah saya xleh claim mcm2 dia punye alasan. Masa kempen dulu bukan main ejen takaful mengayat.

    Saya x amik kisah sgt psl syarikat insurans psl dealer kereta yg uruskan semua perkara. Lepas keluar kereta ada plak dpt call yg offer insurans peribadi. Contoh penipuan mereka ialah psl masalah retakan pd windshield, bile nk claim takaful ckp pakej insurans sy x cover masalah itu. Dulu saya tanya ejen dia ckp cover skali dgn windshield dan silapnya saya x baca dokumen polisi utk pastikan.

    Perubatan pon sama, tahun lepas sy tunjuk kad insurans sbg pesakit luar di hospital swasta (bukan masuk wad pun), terkejut saya mereka ckp x cover melainkan cedera kemalangan. Padahal masa kempen ejen takaful ckp pakej insurans termasuk perubatan utk pesakit luar mcm demam, selsema, batuk.

    Mmg kuat menipu takaful ni skrg saya tukar AIG, bayaran lebih rendah dan coverage lebih besar. Tp utk kenderaan sy tunggu tahun depan tukar insurans lain. Mereka x bterus terang dan berbohong. Kalau xde ckp xde.

    Beli insurans kafir mcm AIG lebih baik bukan setakat lebih murah bayaran bulanan tp coverage perubatan t'masuk kemalangan, penyakit kronik (kecuali kanser, jantung dsbg.), pesakit luar dan pampasan cacat atau kematian.

    Mcm takaful dia putar alam semesta, saya pon hairan mcm mana sy boleh terpengaruh walaupun saya aware psl taktik penggunaan istilah arab spt al mudharabah dll. utk menipu pelanggan.

    Itu insurans, saya xde masalah dgn bank pinjaman rumah tp masalah hampir kena paw 5k dgn SPNB atas alasan denda lewat melebihi 60 hari psl isi dokumen. Padahal pengurusan yg melewat-lewatkan proses. Skali sy ugut nk report pd polis, pengawai SPNB terus approve rumah. Ini cerita 3 tahun lepas.

    Ni contoh melayu makan melayu walaupun masyarakat kita ni byk disajikan dgn ceramah agama, rancangan agama di TV & radio, doktrin agama dlm sistem pendidikan, tmpt kerja, pakai tudung, ramai pergi mekah, pakai jubah, kopiah.

    Saya x kisah kalau sesiapa nk follow agama cuma jangan poyo dan hipokrit nk tunjuk diri lebih bagos drpd orang lain tp diri sendiri yg buat kerosakan. Sama juga dgn bank islamik yg menipu org melayu dgn hukum2 agama, dosa pahala, sunnah nabi dsbg tp sebenarnya mereka berniat utk menipu duit pelanggan yg berpendapatan rendah.

    Water filter pon ada yg menipu guna taktik agama dn lebih mahal drpd jenama dr korea. Ramai melayu kena tipu sebab doktrin agama terlalu kuat jgn berani persoalkan hal ehwal agama, serahkan dan percaya buta2 pada 'pakar'. Kalau semakin ramai aware masalah ni dan semakin bijak sebagai pengguna, industri menipu guna agama akan pupus dlm bbrp tahun sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi satu sekarang ni kecoh pasal akaun EPF nak convert pada Shariah compliance. masing-masing dalam ofis pakat dok promote.. bila tanya apa beza? terpinga-pinga...islamik la kot.

      Delete
    2. Senang cerita apa2 yg berkait Agama Islam ini memangnya tipu belaka. Semua nak disakaunya. Sejak 4-5 tahun ni mmg I dah tinggalkan semua pasal Agama Islam ni. Karut belaka.

      Delete
  8. Ingat Ashwed dh bosan menulis...keep on writinģ..tajuk ni mudah difaham dn mmbuka minda..mentaliti org kita klu berkaitan islamik dn ala2 arab sgt mudah di pancing..epf..berpusu2 tukar x tnya dulu..kenapa syariah n bkn syariah beza bayaran dividen..bkn sikit duit penyimpan dlm tu..sama cm watak dlm drama..watak org alim wajib pakai jubah bagai..penceramah agama pn sama kecuali ustaz khazim..imej dn mentaliti yg diterapkan imej arab selain haram halal dn masuk neraka..seperti kata seseorang kita lebih dekat dgn kubur dari dekat dgn iman..

    ReplyDelete