Tuesday 4 October 2016

Bukanka cek dah habaq mai !!!

Kedamaian Untuk Semua,

Pagi tadi saya menerima satu kiriman whatsapp dari rakan Al Quran.

Mungkin ramai yang sudah membacanya di blog OSTB atau blog-blog lain. 

Merasakan ia adalah satu berita yang agak tergempar maka saya memutuskan untuk mengeposnya di sini.

Dengan mengikuti ketamadunan lain, maka ketamadunan bangsa ini mengakui bahawa mereka silap. 

Ini adalah sesuatu yang agak luarbiasa kerana bangsa Arab terkenal dengan sikap degil atau dalam bahasa yang lebih tepat bodoh sombong.

Berikut adalah berita tersebut ;

http://internasional.kompas.com/read/2016/10/03/09003491/arab.saudi.resmi.gunakan.kalender.masehi

http://www.solopos.com/2016/10/03/tinggalkan-hijriah-arab-saudi-pakai-kalender-masehi-757837

http://www.solopos.com/2016/10/03/tinggalkan-hijriah-arab-saudi-pakai-kalender-masehi-757837

Menurut sejarah yang ramai orang kita enggan membuat analisa mengenainya, Tahun Hijrah di cipta di zaman Saidina Umar kira-kira 18 tahun selepas kewafatan Nabi Terakhir.

Ini bermakna di saat Nabi Terakhir ini menulis Al Quran, beliau tidak pernah hidup di dalam mana-mana Tahun Hijrah.

Ini bermakna lagi semasa baginda hidup, baginda tidak pernah mengalami mana-mana bulan ramadhan untuk berpuasa ritual, bulan Zul Hijjah untuk melakukan ritual haji atau menyembelih binatang korban di Hari Tasyrik. 

Ini adalah kerana tarikh-tarikh ini tidak wujud di zamannya kerana semasa hidupnya baginda mengguna kalendar Jahiliyah.

Begitu juga dengan tarikh-tarikh lain yang umat Islam anggap suci seperti Hari Asyura, Maal Hijrah malah Maulidur Rasul juga sudah tentu baginda tidak pernah menyambutnya.

Siapakah sebenarnya yang masyarakat kita ikut Nabi Terakhir ini atau figura lain yang menyamar menjadi Nabi Terakhir ?

Jika kita amati Organisasi Agama di seluruh dunia, kebanyakkan tarikh-tarikh keraian atau festival suci kebiasaanya dikira mengikut tarikh dari tahun ketamadunan yang mereka cipta. Begitu juga dengan tahun hijrah.

Adakah tarikh-tarikh ini kemunculannya tepat di setiap tahun ?

Begitu signifikankah tarikh-tarikh ini ?

Adakah kita rasa Tuhan secara tiba-tiba memberi lebh fokus pada tarikh ini sebagai contoh kononya di "Hari Tasyrik" doa akan di makbulkan ?

Bagaimana dengan tarikh-tarikh lain, adakah Tuhan tidur di hari-hari yang lain sehinggakan Dia tak sedar makhluk ciptaanNya berdoa kepadaNya ?

Mula-mula kita kata Tuhan tidak tidur malah tidak mengantuk, sentiasa bersiap siaga. Kita juga kata Tuhan Maha Mendengar.

Kemudian kita juga kata Tuhan memberi penumpuan kepada tarikh "Hari Tasyrik" sehingga di tarikh itu doa dimakbulkan.

Bukankah itu satu penghinaan kepada sifat Tuhan yang kita kata Maha Berkuasa itu ?

Di samping itu, untuk sesuatu itu menjadi benar, ia mestilah bersifat Universal. Kekal relevan tidak kira masa.

Maka di antara Tahun Hijrah dan Tahun Masehi, yang manakah kekal relevan, tepat dan membantu manusia melakukan kiraan untuk kemudahan hidup manusia.

Yang mana satukah lebih Universal sifatnya ?

Jika kita masih tidak mahu mengakui dan masih terperangkap dengan sentimen kekitaan (iaitu oleh kerana kita beragama Islam maka Tahun Hijrahlah yang benar) maka kita tidak akan beroleh kejayaan yang begitu di dambakan oleh umat ini.

Sebaliknya, jika kita berani mengakui kebenaran yang dibentangkan di hadapan kita, maka saya pasti satu per satu kebenaran lain akan terbuka dan akhirnya kita akan bebas dari sangkar halimunan yang membelenggu diri kita selama hari ini.

Beranikah kita ?

Mungkinkah ini yang dilakukan oleh pemerintah Arab Saudi ? 

Rupanya tidak, artikel tersebut menyatakan Kerajaan Arab Saudi melakukan sebegitu kerana merasakan dengan mengguna kalendar Masehi kantung perbendaharaan negara mereka dapat dijimatkan, maklumlah sekarang harga minyak tidak menentu.

No money, no religion.
 

Ashwed

17 comments:

  1. Sanggup diorang ketepikan kalendar 'suci' tu tuk jimatkan isi kantungnya ya?
    Hehe

    ReplyDelete
  2. cant wait to see our ulamak and ostads comments on this...

    ReplyDelete
  3. Brother AShwed,
    Peace.
    Nabi terpuji tidak ada kaitan dengan kalendar hijrah .
    Semua ritual-sembahyang , puasa (no food ,no drink .no sex ), haji,umraaa & ritual pada hari hari yang terpileh saperti yang diamalkan, serta dipromote oleh yang bergelar Umarak dan ulama dengan title dan PHD masing masing.Ada puasa ramadan ,puasa shawal , puasa bulan zulhijah,puasa rejab etc etc-rekaan semata mata?.

    Kalendar Arab zaman Nabi terpuji tidak berdasarkan sistem 7 hari dalam satu minggu -Betul atau Aouta ?
    Hari Jumaat hari istimewa ,penghulu hari , 3 kali tak sembahyang jumaat dilabel/ kenakan dengan pelbagai hukuman,etc etc - True or False?
    List of questions goes on and on.
    AS

    ReplyDelete
  4. Ada juga ustaz yang akui Nabi Muhammad tak pernah lalui tahun hijrah..

    "Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

    -Manakala amalan berdoa pada awal tahun dan akhir tahun yang dilakukan pada hari ini tidak boleh disandarkan kepada Nabi SAW. Ia juga tidak boleh ditetapkan apa-apa fadilat kerana fadilat hanya diberikan oleh Rasulullah SAW. Sekalipun begitu, Amalan berdoa beramai-ramai diharuskan sepertimana diharuskan kita berdoa pada permulaan perhimpunan. Kita juga diharuskan untuk berdoa pada awal tahun dan akhir tahun masihi, tahun kelahiran, dan sebagainya.-

    Ini menunjukkan juga penghisap "candu" agama terlebih hisap dengan amalan2 tokok tambah.

    Dan saya tertanya2 jika ustaz itu tahu tentang kebenaran kalendar hijrah itu, bagaimana pula amalan2 lain sepeti haji, puasa di bulan ramadhan???

    ReplyDelete
  5. http://www.ustazusa.com/2016/10/sejarah-penetapan-kalender-hijriyyah.html

    ReplyDelete
  6. “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.(QS. 9:36)

    Mohon pencerahan saudara ashwed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut Aidid Safar, 4 bulan haram tsb adalah untuk tujuan wildlife conservation. AlQuran tidak menyebut apakah 4 bulan tsb secara spesifik kerana memulangkan kpd pihak berkuasa untuk menentukannya, bergantung kepada masa haiwan membiak.

      Tuan/puan boleh rujuk pada halaman 325 dalam buku berikut:

      http://www.aididsafar.com/pdf/Mental%20Bondage.pdf

      - Mu'izzah -

      Delete
  7. saya setuju.

    ReplyDelete
  8. Perhatikanlah 16-ayat berikut dari Surah At Taubah(9) ayat 25 - 40 dan hayati dan fahamilah maksudnya.

    9:25 Pasti Allah menolong menempatkan kamu dikawasan yang luas dan menakjubkan tetapi kamu merasakan tidak cukup dan sempit bumi ini walaupun sebenarnya luas kemudian kamu berpaling dan berundur.
    9:26 Malahan Allah menurunkan ketenangan kepada para rasul dan orang yang amanah dan diturunkan juga suatu angkatan yang tidak kamu melihatnya maka diazabkan orang yang tidak percaya demikian itulah pembalasan keatas orang yang tidak percaya.
    9:27 Kemudian Allah menerima taubat sesudah itu dari sesiapa dikehendaki malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    9:28 Wahai orang yang amanah, orang yang sekutu adalah najis maka jangan izinkan mereka dekati institusi kepatuhan laranganya pada tahun itu dan jika kamu takutkan kemiskinan maka Allah memberi kekayaan kepada sesiapa dikehendaki malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    9:29 Perangilah orang yang tidak amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan rasulnya dan mereka tidak ikuti petunjuk diina yang sebenar dari orang yang telah diberi kitab sehingga mereka menjelaskan -ljizata dari usaha tangan mereka jika tidak mereka diperkecilkan.
    9:30 Dan -lyahuudu berkata’uzairu putera Allah dan -anashaara berkata -lmasiihu putera Allah demikian itulah ucapan dari mulut mereka dan ucapan mereka itu sama seperti orang yang tidak percaya sebelumnya maka Allah hapuskan mereka dan dipalingkan mereka.
    9:31 Mereka mengambil ulamak dan rahib dan almasiiha -bna maryama sebagai tuhan selain Allah sedangkan mereka tidak diperintahkan berkhidmat selain Tuhan yang satu dan tiada Tuhan selain Dia malahan Dia disanjung dari apa yang mereka sekutukan dengannya.
    9:32 Mereka ingin menghilangkan cahaya Allah dengan mulut mereka pasti Allah tidak mengizinkanya dan Dia yang teramat sempurna cahayanya malahan dianya kebencian bagi orang yang tidak percaya.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  9. smbg.

    9:33 Dia yang mengutuskan rasulnya dengan petunjuk dan diini yang benar bagi mengatasi diini selain darinya walaupun dianya suatu kebencian bagi orang yang sekutu.
    9:34 Wahai orang yang amanah kebanyakan ulamak dan rahib memakan harta manusia dengan palsu dan menghalangi dijalan Allah dan mereka sembunyikan emas dan perak dan tidak dibelanjakan dijalan Allah maka sampaikan khabar gembira ini dengan azab yang dahsyat.
    9:35 Pada hari dipanaskan api jahanama lalu dilebelkan didahi dan dirusuk dan dipunggung mereka maka dikatakan inilah apa yang kamu simpan bagi dirimu maka rasakan apa yang telah kamu simpan.
    9:36 Bilangan bulan disisi Allah dua belas bulan seperti yang dikitabkan Allah pada hari langit dan bumi diciptakan dan empat darinya bulan hurumun demikian itulah -ddiinu –lqayyimun maka jangan sesekali kamu zalimi dirimu dalam bulan-bulan itu maka perangilah orang yang sekutu kesemuanya sepertimana mereka telah memerangi kamu malahan Allah bersama orang yang prihatin/-lmuttaqiina.
    9:37 Mengubah bilangan bulan adalah amalan ingkar dan dianya menambah kesesatan bagi orang yang tidak percaya malahan mereka menghalalkan bulan yang diharamkan Allah maka Allah mengilusikan indah segala amalan buruk yang mereka lakukan malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
    9:38 Wahai orang yang amanah mengapa ketika dikatakan majulah dijalan Allah kamu lebih cenderung kepada jalan duniawi maka adakah kamu telah melebihkan duniawi dari akhiratnya malahan tiada kesenangan duniawi melebihi dari kesenangan akhiratnya.
    9:39 Jika kamu tidak maju dengannya maka diazabkan kamu dengan azab dahsyat dan digantikan dengan generasi lain yang tidak mudharatkan Dia sedikit pun malahan Allah yang Berkuasa keatas segalanya.
    9:40 Jika kamu tidak menolong mereka pasti Allah menolong mereka ketika dikeluarkan dua orang yang tidak percaya dari ‘jurang yang dalam’dan berkata seorang dari sahabatnya jangan kamu berdukacita pasti Allah bersama kita maka Allah turunkan ketenangan dan bantuan dengan angkatan yang kamu tidak melihatnya maka dijadikan kalimah keatas orang yang tidak percaya sangat hina/merempat malahan kalimah Allah yang terunggul dan hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.

    Sekian.

    ReplyDelete
  10. Saya ulang pos bhg pertama dari Surah At Taubah (9)25-32, apa dah jadi hilang pulak tu!

    9:25 Pasti Allah menolong menempatkan kamu dikawasan yang luas dan menakjubkan tetapi kamu merasakan tidak cukup dan sempit bumi ini walaupun sebenarnya luas kemudian kamu berpaling dan berundur.
    9:26 Malahan Allah menurunkan ketenangan kepada para rasul dan orang yang amanah dan diturunkan juga suatu angkatan yang tidak kamu melihatnya maka diazabkan orang yang tidak percaya demikian itulah pembalasan keatas orang yang tidak percaya.
    9:27 Kemudian Allah menerima taubat sesudah itu dari sesiapa dikehendaki malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    9:28 Wahai orang yang amanah, orang yang sekutu adalah najis maka jangan izinkan mereka dekati institusi kepatuhan laranganya pada tahun itu dan jika kamu takutkan kemiskinan maka Allah memberi kekayaan kepada sesiapa dikehendaki malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    9:29 Perangilah orang yang tidak amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan rasulnya dan mereka tidak ikuti petunjuk diina yang sebenar dari orang yang telah diberi kitab sehingga mereka menjelaskan -ljizata dari usaha tangan mereka jika tidak mereka diperkecilkan.
    9:30 Dan -lyahuudu berkata’uzairu putera Allah dan -anashaara berkata -lmasiihu putera Allah demikian itulah ucapan dari mulut mereka dan ucapan mereka itu sama seperti orang yang tidak percaya sebelumnya maka Allah hapuskan mereka dan dipalingkan mereka.
    9:31 Mereka mengambil ulamak dan rahib dan almasiiha -bna maryama sebagai tuhan selain Allah sedangkan mereka tidak diperintahkan berkhidmat selain Tuhan yang satu dan tiada Tuhan selain Dia malahan Dia disanjung dari apa yang mereka sekutukan dengannya.
    9:32 Mereka ingin menghilangkan cahaya Allah dengan mulut mereka pasti Allah tidak mengizinkanya dan Dia yang teramat sempurna cahayanya malahan dianya kebencian bagi orang yang tidak percaya.

    ReplyDelete
  11. Salam..

    Satu lagi artikel yg baik dan membuka minda... Sebenarnya pada pendapat saya, kita (manusia) sama ada menggunakan kalendar solar (berdasarkan pergerakan bumi mengorbit matahari seperti kalendar gregorian yg kita pakai hari ini) atau kalendar lunar (berdasarkan fasa bulan atau phase of the moon iaitu rupabentuk sebahagian bulan yg diterangi cahaya matahari yg dapat kita perhatikan dari permukaan bumi seperti chinese kalendar, hindu kalendar, mayan kalendar dan banyak lagi) bukan lah satu issue besar. maksud saya ialah sesiapa pun sama ada individu, negara atau institusi agama bebas menggunakan solar atau lunar kalender sebagai sebuah sistem organisasi masa (something like tracking of time)...

    [18:25] And they remained in their cave (for) three hundred years and add nine

    Dalam Quran, ayat di atas, Allah has provisioned us cara untuk jejak (track) time; solar pun boleh, lunar pun boleh.. Untuk memahami nya;
    300 solar years = 309 lunar years.
    Maka 300 / 309 = 0.97
    1 Solar year = 365 hari
    1 Lunar year = 0.97 solar year = (0.97 x 365) = 354 hari
    (1 - 0.97) x 365 hari = 0.03 x 365 hari = 11 hari

    Gap atau beza antara solar dan lunar kalendar adalah sebanyak 11 hari... so its clear that solar or lunar bolehpakai...

    Saya sangat bersetuju dengan artikel tuan Ashwed iaitu tentang adoption of lunar calendar hanya selepas nabi Muhammad meninggal. Maksud saya introduction calendar Islam dibuat sesudah nabi Muhammad mati dan bukan semasa waktu beliau masih hidup. Ini bermaksud segala event atau aktiviti yg berulang pada tarikh tertentu dibuat dan diperkenalkan oleh orang lain. Sebagai contoh, tidak ada atau tidak wujud bulan Ramadhan ketika Muhammad masih hidup. Dan persoalan seterusnya ialah siapa pula yg pandai2 atau memandai2 introduce 'berpuasa di bulan Ramadhan'??

    Muslims are among the late adopters of lunar calendar... ada lebih kurang 9-10 tamadun, bangsa atau agama lain yg lebih awal menggunakan lunar calendar sebelum kedatangan Islam...

    Becks

    ReplyDelete
    Replies
    1. analisis yang sangat berkesan dan berpengetahuan.. 18:25 kalau berlagu saja tanpa paham tak akan dapat buat analisis sebegitu. sangat menarik bagaimana info tersebut dapat di extract dari ayat tu. thumbs up.
      kalau tanya ulamak depa akan kata 300+9 tahun. tahun apa? majority mungkin tak nampak correlation 300L = 309S.

      Delete
    2. Salam saudara becks,

      Terima kasih untuk pengiraan berdasarkan AQ 18:25.

      Peace

      Delete
  12. Kalendar solar dpt bantu kita tentukan musim monsun/banjir dgn tepat di pantai timur. Bulan nov, dis dan jan. setiap tahun adalah musim monsun yg pasti. Tapi jika guna kalendar lunar, kita x boleh tentukan bulan2 monsun dgn tepat sbb kalendar lunar sentiasa berubah dan x ikut peredaran matahari. Jadi dgn guna kalendar solar ia dpt bantu kita utk plan persiapan hadapi banjir dan seterusnya dpt selamatkan nyawa dan aset kita.

    ReplyDelete
  13. Salam
    Found this blog. Further research needed.

    deities-beings-and-figures-in-arabian


    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Im not sure but the blog and the deities listing seem to refer to sources of the mainstream without taking into consideration other findings (the contemplated exact location of the valley of Baca, Makkah), the definition of Allah (which does not correspond with pre Muhammad) etc.
      I believe it is not an in depth study, just a compilation of definition based on earlier written text.

      Delete