Thursday 16 March 2017

Ekuinoks 2017

Kedamaian Untuk Semua,

Pada 20hb Mac 2017, sekali lagi bumi akan mengalami ekuinoks.

Kita yang tinggal di sepanjang garisan khatulistiwa akan menerima haba yang paling ketara dari tempat-tempat lain di dunia ini.

http://www.drikpanchang.com/seasons/season-vernal-equinox-timings.html?l=14086

Sekali lagi apabila ekuinoks menjelma perkataan "Manifestation Heat (Syahru Ramadhan)" kembali bermain di minda. 

Di sebalik suasana yang hangat dan berhaba ini, keperluan berfikir dengan mendalam seolah-olah datang bertamu.

Di dalam dunia ini terdapat pelbagai pandangan dan aliran pemikiran.

Ada yang percaya kepada Tuhan, ada yang tidak percaya Tuhan, ada yang percaya kepada pelbagai Tuhan, ada yang percaya Tuhan tetapi tidak percaya kepada Nabi, Rasul dan Kitab.

Ada yang hanya percaya kepada sains sahaja, ada yang percaya kepada tangkal dan kepercayaan karut (superstition), ada yang percaya ada Nabi yang boleh membelah bulan, ada pula yang percaya ada Nabi yang tidak berbapa, ada Nabi yang dibakar tidak hangus, juga Nabi yang menjadi anak Tuhan.

Ada juga orang kita yang percaya mereka boleh memagar perairan negara dari ancaman nuklear, ada yang percaya hantu dan jembalang, manakala hampir semua dari kita pula menyerahkan jiwa dan raganya kepada batu.

Pokoknya, terlalu banyak aliran pemikiran di dunia ini.

Persoalannya, adakah kita benar-benar rasa aliran pemikiran ini mempunyai suatu jenis advantage daripada aliran pemikiran yang lain ?

Jika anda tidak mempercayai Tuhan maka adakah anda mempunyai kelebihan daripada mereka yang percaya ? 

Adakah anda berasa berada di dalam kelas yang tersendiri ?

Begitu juga sebaliknya, adakah mereka yang mempercayai Tuhan akan mempunyai kelebihan daripada mereka yang tidak percaya Tuhan ?

Ketahuilah bahawa kesemua aliran pemikiran ini tidak akan mengubah nasib kita.

Satu-satunya perkara yang boleh mengubah nasib kita ialah sikap dan mentaliti kita sendiri sahaja.

Jika bersikap positif dalam segala hal serta mempunyai mentaliti jitu yang pantang menyerah, itu baru membuatkan kita mempunyai advantage daripada seorang individu lain.

Oleh itu, berhentilah daripada bersikap prejudis kepada golongan yang tidak bersependapat dengan kita.

Kerana semua aliran pemikiran ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah cara kita memandang dunia ini sahaja, tidak lebih dari itu.

Dengan kepelbagaian ini, adakah kita merasa perlu untuk kita bermusuh dengan yang lain ?

Menangkah kita jika berterusan berseteru sesama insan ?

Baru-baru ini saya menerima kiriman kata-kata pujangga daripada seorang kenalan yang sama-sama mendalami Al Quran.

Menurut kiriman itu, ianya diucapkan oleh seorang yang terkenal di negara jiran kita, Indonesia dengan gelaran Gus Mus.

Nama sebenar beliau ialah Ahmad Mustofa Bisri, Penasihat Utama Nahldatul Ulama yang mempunyai ahli lebih ramai dari seluruh penduduk Malaysia.

Namun, beliau sendiri menafikan ada membuat ucapan sedemikian. Apa pun saya merasakan kata-kata ini sungguh bermakna di dalam mengharungi kehidupan kita di dunia ini.

"Atheis dimusuhi karena tidak bertuhan.
Bertuhan dimusuhi karena Tuhannya beda.
Tuhannya sama dimusuhi karena Nabinya beda.
Nabinya sama dimusuhi karena alirannya beda.
Alirannya sama dimusuhi karena pendapatnya beda.
Pendapatnya sama dimusuhi karena partainya beda.
Partainya sama dimusuhi karena pendapatannya beda.

Apa kamu mau hidup sendirian di muka bumi untuk memuaskan nafsu keserakahan? " - pujangga misteri -

Ashwed

9 comments:

  1. Semua org adalah Betul dengan apa jua pendapat dan pemahamannya. Cuma adakah Betul itu Benar? Inilah yg menjadi persoalannya.

    Siapakah pula yg boleh memBenarkan yg Betul? Juga menjadi persoalan.

    Apakah yg dikatakan Salah itu tidak Benar? Juga pada siapkah yg boleh memBenarkannya?

    Hanya diri sendiri yang mengetahui.
    Hidup di dunia ini hendaknya dengan kepelbagaian. Kerana inilah nikmatNya agar kehidupan ini tidak menjadi bosan. Maka lalui saja apa jua keadaan dan nikmatilah.

    Yg betul itu betul dan yg salah juga betul jika duduknya dalam keBenaran.

    Alam

    ReplyDelete
  2. Ketahuilah bhw sang pencipta itu sikitpun tidak rasa terancam jika ada manusia berbuat syirik. Malah jika kesemua manusia syirik pun, sang pencipta tidak terjejas. Kerana semua yg di'sembah'/disyirik oleh manusia spt yg dinyata dlm quran ie nabi, agamawan, angel, planet, batu, kayu, materials eg wang, tas tgn, jam tgn mahal, gadgets moden etc etc itu semuanya adalah makhluk ciptaannya. Maka sudah tentu kesyirikan seluruh manusia itu langsung tidak akan sikitpun menjejas atau mengancam sang pencipta. Namun begitu, bila syirik wujud, ia menyebabkan manusia tidak berupaya serlahkan sepenuhnya potensi dirinya selaku god's best creation. Syirik menjadikan akal manusia jumud dan beku. Lihat saja apa yg berlaku kini di barat vs timur tgh. Inovasi & R&D subur di silicon valley maka seluruh dunia dapat manfaat dlm bentuk solusi kpd masalah kehidupan harian yg makin mudah dan murah; tetapi di saudi misalnya....wanita muslim yg bersendirian diharam oleh agamawan utk tonton program talk show yg di host oleh lelaki !
    **bersambung**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penerangan Tuan. Teringat dulu ada "alim ulama" cakap lebih kurang gini-Tuhan "cemburu" kalau manusia mensyirikkan Dia. Rupanya perbuatan menyekutukan Dia merugikan dan memudaratkan manusia sendiri seperti yang disebutkan di atas.

      Delete
    2. Sama2 Anon 3.37... "Tuhan cemburu"? Agamawan mmg suka tokok tambah. Depa rekacipta benda2 yg tiada dlm quran. Malah depa kata tuhan ada kekasih/habiballah. Ini satu lagi syirik. Syirik atau sya.ra.ka bererti set up partner to god / syarikat (in BM). Jadi hati2 lah supaya tidak syirik.

      Delete
  3. salam,

    bagi saya, tuhan itu meliputi sekalian makhluk yang wujud di alam ini. Ia adalah satu dan esa. Ia tidak tertakluk pada masa. Ia menjadikan setiap yang wujud mengikut peraturan yang tertentu dan saling bergantungan di antara satu sama lain.

    Makhluk adalah ciptaan saja. Tidak lebih dari itu. Setiap hasil dari perbuatan makhluk itu hanyalah untuk diri dia sendiri. Tuhan tidak memerlukan sesuatu pun dari makhluk Dia. sebab apa? sebab Dia tuhan.

    Monotheism. Satu tuhan untuk semua makhluk.

    ReplyDelete
  4. mac ekuinoks 2017 tak rasa panas pulak. sejuk ja..

    kalau bulan penuh minggu lepas, kalau anak bulan minggu depan..hhhmmm

    ReplyDelete
  5. Diposkan Surah Al Ah'Qaf (46) 35 - ayat sahaja;

    46:1 Haa miim.
    46:2 Diturunkan kitab ini dari Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
    46:3 Tidaklah bagi Kami mencipta langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya melainkan dengan benar malahan tempohnya telah ditetapkan dan bagi orang yang tidak percayai mereka berpaling darinya apabila kamu memberikan amaran dengannya.
    46:4 Berkata perhatikan kepada apa yang kamu berkhidmat selain Allah dan perlihatkan kepadaKu apa yang telah mereka cipta dibumi atau sekutu mereka dilangit maka datangkan kepadaKu sebuah kitab sebelumnya atau kesan dan akibat dari ilmunya jika kamu orang yang benar.
    46:5 Dan siapa lebih sesat dari mereka yang telah berkhidmat kepada selain Allah yang tidak diperkenankan doa mereka pada hari kebangkitan malahan dengan doa mereka lalai dengannya.
    46:6 Dan ketika manusia dihimpunkan mereka bermusuhan dan tidak percayai lagi dengan apa yang mereka berkhidmat sebelumnya.
    46:7 Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami dengan jelas maka berkata orang yang tidak percaya ini sihir yang nyata.
    46:8 Atau mereka mengatakan dia yang mengadakanya katakan jika aku yang mengadakanya maka tidaklah dapat kamu menguasai aku selain dari Allah sedikit pun malahan Dia mengetahui dengan apa yang kamu rancangkan maka cukuplah hanya Dia menjadi saksi diantara aku dan kamu malahan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
    46:9 Katakan aku bukan yang pertama dari rasulnya yang mengadakan pembaharuan selain yang disampaikan dan aku tidak mengetahui apa yang akan berlaku keatasku maka aku dan kamu tidak mengikuti selain dari apa yang diilhamkan malahan aku hanyalah pemberi amaran.
    46:10 Berkata perhatikan jika dianya dari Allah dan kamu mengingkarinya dan telah disaksikan oleh seorang saksi dari banii israa-illa misalanya dan dia amanah dengannya sedang kamu takbur malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang melakukan kezaliman.
    46:11 Dan berkata orang yang tidak percaya kepada orang yang amanah jika dianya kebaikan mereka tidak dahului kepada kami dan jika dianya petunjuk maka mereka berkata ini pembohongan orang terdahulu.
    46:12 Sebelumnya kitab muusaa telah memberi petunjuk dan kepimpinan dan rahmat malahan ini kitab ‘arabiyyan yang benar dan memberi amaran kepada orang yang zalim dan khabar gembira bagi orang yang jujur.
    46:13 Sesungguhnya orang yang mengatakan Allah Pemelihara kami dan meneguhkan pendirian mereka maka tiada ketakutan bagi mereka dan mereka tidak berprasangka dengannya.
    46:14 Mereka itu penghuni syurga dan berkekalan didalamnya maka itulah pembalasan bagi apa yang telah mereka amalkan.
    46:15 Dan Kami wasiatkan kepada manusia supaya mengasihani ibu-bapa mereka terutama ibu yang menanggung keperitan ketika hamil dan melahirkan hingga kepada tempoh tamat penyusuan selama tiga-puluh bulan dan menjadi dewasa berumur empat-puluh tahun maka katakan Pemeliharaku perkenankan aku supaya berterima kasih atas nikmatMu yang diberikan kepadaku dan kedua ibu-bapaku supaya aku beramal soleh dengan keredhanMu dan puliharakan aku dan keturunanku dan aku bertaubat kepadaMu dan jadikan aku darinya -lmuslimiina.

    smbg,

    ReplyDelete
  6. smbg.

    46:16 Mereka itu orang yang Kami terima amalan baik dari apa yang mereka lakukan dan Kami lupuskan kejahatan mereka dan penginapan mereka syurga itulah janji sebenar yang Kami janjikan kepada mereka.
    46:17 Dan orang yang berkata kepada kedua ibu-bapanya ah! dan adakah kamu berdua katakan aku akan dibangkitkan malahan telah berlalu generasi sebelumku maka keduanya mohon perlindungan Allah dengan berkata celakalah kamu! janji Allah pasti benar tetapi dia berkata inilah dongengan orang terdahulu.
    46:18 Maka wajarlah perkataanya keatas mereka seperti ummat terdahulu dari jinni dan manusia malahan mereka itulah orang yang rugi.
    46:19 Dan setiap apa yang mereka kerjakan ada darjatnya dan pasti diberi ganjaran keatas apa yang mereka lakukan dan mereka tidak dizalimi.
    46:20 Dan pada hari dihadapkan orang yang tidak percaya kepada api kerana mengubah yang terbaik darinya ketika diduniawi dan merasa selesa dengannya maka diberi pembalasan azab yang hina hari ini malahan dia juga takbur dibumi tanpa hak dan melakukan kefasikan didalamnya.
    46:21 Dan ingatlah kaum ‘aadin ketika diberi amaran kaumnya dibukit pasir malahan telah berlalu pemberi amaran sebelum dan selepas mereka maka jangan kamu berkhidmat selain Allah malahan aku kuatir akan ditimpakan azab hari agung keatas kamu.
    46:22 Mereka berkata adakah kamu datang untuk memalingkan kami dari tuhan-tuhan kami maka datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan jika kamu berkata benar.
    46:23 Berkata pengetahuanya disisi Allah dan aku hanya menyampaikan kepadamu apa yang diutuskan kepadaku malahan aku melihat kamu adalah darinya kaum yang jahil.
    46:24 Dan apabila mereka melihat awan berarak kearah lembahnya mereka berkata inilah awan yang membawa hujan bagi kami malahan dianya datang dengan ribut dan taufan bersamanya azab yang dahsyat.
    46:25 Dan menghancurkan segalanya dengan perintah Pemeliharanya maka jadilah mereka tidak melihat melainkan tempat penginapan mereka demikian Kami berikan pembalasan keatas kaum yang berdosa.
    46:26 Dan Kami mantapkan mereka sepertimana Kami mantapkan kamu didalamnya dan Kami jadikan pendengaran dan penglihatan dan deria mereka malahan tidak berguna pendengaran dan penglihatan dan deria mereka sedikit pun malahan mereka pertikaikan tanda-ayat Allah dan mereka persendakanya.
    46:27 Dan Kami melaknati apa yang disekitaran negeri mereka dan Kami cadangkan mengulangi ayat-ayat Kami supaya mereka kembali.
    46:28 Maka mengapa mereka tidak ditolong tuhan-tuhan yang mereka ambil bagi mendekatkan mereka dari selain Allah malahan tuhan-tuhan itu telah hilang demikian itulah pembohongan yang mereka ada-adakan.
    46:29 Dan ketika Kami bacakan -lqur-aana sekumpulan jinni mendengar dan mereka berkata senyaplah dan apabila selesai mereka kembali kepada kaumnya dan mereka memberi amaran dengannya.
    46:30 Mereka berkata wahai kaumku kami mendengar kitab yang diturunkan selepas muusaa dan membenarkan apa yang terdahulu dan memberi petunjuk yang sebenar kepada jalan yang lurus.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  7. smbg,

    46:31 Wahai kaumku terimalah seruan Allah dan amanahlah kepada Dia dan diampunkan dosamu dan dilindungi kamu dari azab yang dahsyat.
    46:32 Dan sesiapa tidak menerima seruan Allah maka baginya kekecewaan dibumi malahan tiada selain Dia yang akan melindungi mereka maka mereka itulah orang yang dalam kesesatan yang nyata.
    46:33 Apakah tidak mereka perhatikan Allah yang mencipta langit dan bumi tanpa keletihan dengan penciptanya dan berkuasa menghidupkan yang mati malahan Dia dengan segalanya berkuasa.
    46:34 Dan pada hari dihadapkan orang yang tidak percaya kepada api mereka ditanya bukankah ini yang sebenar maka mereka berkata ya! berkata Pemelihara mereka rasakan azab yang kamu telah mengingkarinya.
    46:35 Maka bersabarlah kamu seperti bersabarnya orang yang kuat azamnya dikalangan rasulnya dan jangan kamu minta disegerakan bagi mereka seperti pada hari mereka melihat apa yang mereka diseru kepadanya malahan mereka tidak tinggal melainkan sedetik dari siangnya maka tidak dilaknati mereka melainkan kaum yang fasik.

    Sekian.

    ReplyDelete