Thursday 16 March 2017

Ikut-ikutan

Kedamaian Untuk Semua,

Baru-baru ini seorang kenalan bertanya mengenai adakah beliau boleh membuat ritual solat di dalam keadaan datang bulan (haid).

Beliau baru sahaja memeluk "agama Islam" kerana berkahwin dengan seorang "Muslim".

Oleh kerana grup Whatsapp kami terdiri dari mereka yang mendalami Al Quran dan mempunyai jiwa yang bebas maka saya percaya kenalan saya itu mendapat nasihat yang baik.

Ini adalah suatu kes klasik mengenai penyakit ikut-ikutan di dalam masyarakat.

Sebenarnya, setiap dari ahli masyarakat menerima tekanan yang maha hebat untuk mengikuti kumpulan mereka.

Untuk pengetahuan, kenalan saya tersebut sebelum ini beragama Kristian.

Sungguhpun semasa berada di dalam agama Kristian, rakan saya itu melakukan ritual yang berbeza apabila mahu menyembah Tuhan. 

Namun, sebaik sahaja memasuki kumpulan yang berbeza beliau seakan mempunyai suatu pra-rasa untuk menuruti tatacara kumpulan baru yang disertainya.

Perkara ini dikenali sebagai "Conformity".

Menurut wikipedia conformity di definisikan sebagai berikut ;

Conformity is the act of matching attitudes, beliefs, and behaviors to group norms. Norms are implicit, specific rules, shared by a group of individuals, that guide their interactions with others. This tendency to conform occurs in small groups and/or society as a whole, and may result from subtle unconscious influences, or direct and overt social pressure. Conformity can occur in the presence of others, or when an individual is alone. For example, people tend to follow social norms when eating or watching television, even when alone.

Perkara ini dijelaskan oleh Al Quran di dalam keterangan berikut :

A170 

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan ikut apa yang kami dapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak faham sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk ?" AQ 2:170

National Geography melalui siri Brain Game pernah membuat satu ujikaji yang sangat menarik diberi tajuk "Social Conformity".

Ia adalah satu ujikaji mengenai keperluan ahli masyarakat untuk mengikuti tatasusila kumpulan mereka.


Ujikaji ini bukanlah bermakna kita perlu menolak kesemua tatasusila masyarakat.

Ia hanyalah suatu ujian yang bagi saya membuktikan bahawa banyak perkara yang kita buat selama hari ini di ikuti secara membabi buta tanpa sedikit pun ada rasa tanggungjawab untuk bertanya satu soalan mudah, KENAPA ?

Apabila ada di antara ahli kumpulan masyarakat kita yang menongkah arus, yang berani bertanya KENAPA ? Individu ini akan secara otomatik di cop sebagai seorang rebel.

Jika tidak kena caranya beliau akan disisih seterusnya berkemungkinan besar menerima akibat yang negatif seperti susah mencari rezeki dan sebagainya.



Di dalam keadaan ini apakah ujian yang boleh kita gunakan supaya kita tidak menjadi prejudis kepada rakan-rakan ahli masyarakat yang mempunyai pemikiran lain dari ahli yang lain ?

Saya merasakan kita perlu bertanya seperti berikut .. ujian untuk kita kenalpasti secara sendiri-sendiri.

"Adakah perkara yang kita ikuti itu dapat memberi manfaat kepada kehidupan kita secara keseluruhannya ?"

Ashwed

10 comments:

  1. Salam,

    Dapat email buat pengumuman pasal ceramah. Selit pasal lelaki sepatutnya berjemaah di masjid.

    Ditambah plak klu mengikut hadis bukhari dan muslim pasal bakar rumah jika tak pi masjid.

    Intimidation is part of ensuring people conform to rules.

    Other way is pujian. For example to popularize janggut, puji kata handsome berjanggut. Senyum jer bila dapat email pasal janggut.

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bila fikir balik zaman sekarang orang tinggal kat rumah teres and kondominium. Takbley bakar-bakar gitu.

      Either you join me or against me.

      Non

      Delete
  2. Politicalamity916 March 2017 at 21:13

    masalah dengan pembaca Quran sekarang ni:
    1) nak berlagu sedap baca lebih dari nak paham mesej,
    2) kalau dah paham (translation) pulak lebih pada merujuk pada masyarakat zaman nabi. Bukannya memahami pengertian mesej universal,

    terbaca cerita Lindsay Lohan berjinak dengan islam. Harapnya jangan terpedaya dengan islam sectarian dan ikut-ikutan.

    ReplyDelete
  3. Diposkan Surah Asy Syura(42) - Mensyurat. 53 - ayat.

    42:1 Haa miim.
    42:2 ‘Ain siin qaaf.
    42:3 Demikianlah telah diilhamkan kepadamu dan kepada orang sebelum kamu hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
    42:4 Dia yang Mulia dan Agung memiliki sekelian yang dilangit dan dibumi.
    42:5 Hampir pecah langitnya dari atas sedang malaikatnya bertasbih dengan memuji Pemeliharanya dan mohon keampunan bagi siapa yang dibumi maka ingatlah Allah hanya Dia yang Pengampun yang Penyayang.
    42:6 Dan orang yang mengambil selain Allah, pelindung dan pemelihara mereka maka bukanlah kamu mewakili mereka.
    42:7 Demikianlah Kami ilhamkan kepadamu qur-aanan ’arabiyyan ini bagi kamu memberi amaran kepada warga-kotanya dan sekitaranya dan amaran hari berhimpun yang tiada keraguan padanya dan segolongan dalam syurga dan segolongan lagi dalam apinya.
    42:8 Jika dikehendaki Allah pasti dijadikan mereka ummat yang satu tetapi dimasukkan sesiapa dikehendaki kedalam pengasihanNya dan bagi orang yang zalim tiada bagi mereka penjaga atau penolong.
    42:9 Atau mereka mengambil pelindung selain Dia malahan hanya Allah Pelindung yang menghidupkan yang mati dan berkuasa atas segalanya.
    42:10 Dan atas apa yang dipertikaikan, keputusanya atas Allah demikian itulah Allah, Pemeliharaku dan kepada Dia aku pasrah dan bertaubat.
    42:11 Pengasas langit dan bumi dan dijadikan bagimu pasangan dan dari ternakan dianya berkembang-biak didalamnya malahan tiada sesiapa tandingan Dia dan hanya Dia yang Mendengar yang Melihat.
    42:12 Pemilik kunci perbendaharan langit dan buminya dan disalurkan dan ditetapkan rezeki bagi sesiapa dikehendaki dan Dia yang Mengetahui.
    42:13 Disyariatkan bagimu -ddiini seperti yang diwasiatkan kepada nuuhan dan diilhamkan kepadamu seperti diwasiatkan kepada ibraahiima dan muusaa dan ‘iisaa maka tegakkan -ddiina dan jangan kamu berpecah malahan keberatan bagi orang yang sekutu jika kamu menyeru mereka kepada Allah dan Dia yang memilih sesiapa dikehendaki dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang berkesalan dan bertaubat.
    42:14 Mereka tidak berpecah melainkan setelah datang ilmu dan keangkuhan jika tidak kerana kalimah terdahulu dari Pemeliharamu yang telah menetapkan tempohnya pasti dijatuhkan hukum keatas mereka dan bagi orang yang mewarisi kitab sesudah mereka berprasangka dan resah.
    42:15 Maka berdoalah dan dirikanlah sepertimana kamu diperintahkan dan jangan kamu ikut nafsu mereka dan katakan aku amanah dengan apa yang diturunkan Allah didalam kitabNya dan aku diperintahkan berlaku adil diantara kamu dan Allah Pemelihara kami dan Pemelihara kamu maka bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu dan tiada lagi hujah diantara kita dan pasti Allah yang menghimpunkan kita semua dan hanya kepada Dia tempat kembali kita.
    42:16 Dan orang yang berhujah tentang Allah setelah diperkenankan baginya hujah mereka terbatal disisi Pemelihara mereka dan bagi mereka hanya kemurkaan dan azab yang dahsyat.
    42:17 Allah menurunkan kitabNya dengan benar dan pertimbangan yang adil maka tidakkah kamu ketahui mungkin detik-saatnya telah dekat.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  4. smbg,

    42:18 Orang yang tidak amanah meminta disegerakanya tetapi orang yang amanah takut kedatanganya kerana mereka mengetahui dianya benar maka orang yang curigai detik-saatnya telah jauh kesesatan mereka.
    42:19 Allah memahami sekelian hambanya dan Dia memberi rezeki kepada sesiapa dikehendaki dan Dia yang Berkuasa yang Perkasa.
    42:20 Sesiapa inginkan hasil akhirat, Kami tambahkan dan sesiapa inginkan hasil duniawi Kami berikan maka tiada bahagian mereka diakhirat.
    42:21 Atau mereka punyai sekutu yang mensyariatkan -diini tanpa izin Allah dan jika tidak kerana kalimahnya diputuskan pasti ditetapkan hukum keatas mereka dan bagi orang zalim disediakan azab dahsyat.
    42:22 Lihatlah orang yang zalim mereka takut kepada apa yang telah mereka lakukan akan menimpa mereka malahan orang yang amanah dan beramal soleh didalam syurga hijau dan apa yang diingini ada disisi Pemelihara mereka maka itulah kurniaan agung.
    42:23 Demikianlah Allah memberi khabar gembira kepada hambanya yang amanah dan beramal soleh dan berkata Aku tidak minta ganjaran darimu kecuali kasih sayang kepada keluarga terdekat malahan sesiapa yang melakukan kebaikan pasti ditambah dengan yang terbaik maka hanya Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    42:24 Atau mereka mengatakan dia yang mengadakan dusta terhadap Allah dan jika dikehendaki Allah pasti disita hati mereka dan Allah hapuskan yang palsu dan mengizinkan hanya yang benar dengan kalimah Dia dan hanya Dia yang mengetahui isi-hatimu.
    42:25 Dia yang menerima taubat dari hambanya dan Dia yang memaafkan kejahatan dan Dia mengetahui apa yang kamu lakukan.
    42:26 Dia berkenan kepada orang yang amanah dan yang beramal soleh dan ditambah khurnianya kepada mereka dan bagi orang yang tidak percaya mereka ditimpakan azab yang sangat dahsyat.
    42:27 Walaupun Allah menyalurkan rezeki kepada hambanya mereka angkuh dibuminya sedangkan Dia yang menurunkan ketetapan atas apa yang dikehendaki dan Dia yang Menyedari yang Melihat.
    42:28 Dia yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan diagihkan rahmatnya malahan Dia Pelindung yang terpuji.
    42:29 Dan sebahagian dari tanda-ayatnya adalah ciptaan langit dan bumi dan apa yang dibangkitkan dari mahluk yang melata didalamnya dan Dia Berkuasa menghimpunkan mereka apabila dikehendaki.
    42:30 Dan musibah yang menimpa kamu adalah dari apa yang kamu usahakan oleh tangan kamu sendiri malahan kebanyakan darinya dimaafkan.
    42:31 Dan jangan kamu kecewa dibumi malahan tiada bagimu selain Allah pelindung dan yang memberi pertolongan.
    42:32 Dan tanda-ayatnya adalah seperti laluan kapal dilautan dan gunungnya sebagai tanda-arah diseluruh alamnya.
    42:33 Jika dikehendaki dihentikan angin maka pegunlah kapal dipemukanya itulah tanda-ayat bagi orang yang sabar dan berterima kasih.
    42:34 Atau dilenyapkan apa yang diusahakan atau memaafkan sebahagianya.
    42:35 Dan orang yang pertikaikan tanda-ayat Kami mereka mengetahui yang bagi mereka tiada tempat berlindung.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  5. smbg,

    42:36 Maka apa yang diberikan kepadamu dianya suatu kesenangan duniawi malahan apa yang disisi Allah lebih utama dan berkekalan bagi orang yang amanah maka pasrahlah kepada Pemeliharamu.
    42:37 Dan orang yang menjauhi dosa besar dan perbuatan maksiat dan apabila marah mereka bersegera memaafkanya.
    42:38 Dan yang diperkenankan Pemeliharanya dan mereka yang menegakan kewajipanya dan dalam segala urusan bermuafakat diantara mereka dan apa yang Kami rezekikan mereka belanjakanya.
    42:39 Dan orang yang apabila ditimpa keangkuhan mereka meredhoinya.
    42:40 Dan pembalasan keatas sesuatu kejahatan adalah kejahatan semisal dengannya maka siapa memaafkan dan memulihkanya maka ganjaran hanya dari Allah malahan Dia tidak menyukai orang yang zalim.
    42:41 Dan sesiapa menolong dirinya sesudah dizalimi maka bagi mereka itu tiada satu jalan sekalipun bagi mendakwa mereka.

    42:42 Dan dakwaan atas orang yang menzalimi manusia dan angkuh dibumi tanpa hak maka bagi mereka azab yang dahsyat.
    42:43 Dan orang yang sabar dan memaafkan pasti kuat azam perintahnya.
    42:44 Dan sesiapa yang Allah jadikan dia sesat maka tiada baginya pelindung sesudahnya maka lihatlah orang yang zalim apabila melihat azabnya mereka berkata apakah tiada jalan bagi kami berpatah-balik.
    42:45 Dan kamu lihatlah mereka ketika dihadapkan, merendah diri dalam kehinaan dan mengerling sinis dengannya maka berkata orang yang amanah, rugilah orang yang merugikan diri dan keluarganya pada hari kebangkitan malahan orang yang zalim pasti dalam azab berkekalan.
    42:46 Dan tiadalah bagi mereka pelindung untuk menolong mereka selain Allah dan sesiapa Allah jadikanya sesat tiada lagi baginya jalan.
    42:47 Berkenanlah dengan Pemeliharamu sebelum didatangkan hari yang tidak dapat berpatah balik kepada Allah dan tiada tempat perlindungan pada hari itu dan tidak dapat kamu menafikanya lagi.
    42:48 Jika mereka berpaling maka Kami tidak utuskan kamu bagi pulihkan mereka tetapi bagimu hanyalah menyampaikan dan apabila manusia diberi rahmat, mereka gembira dan jika ditimpakan keburukan atas apa tangan mereka usahakan maka kebanyakan manusia mengingkarinya.
    42:49 Allah, Penguasa langit dan bumi dan mencipta apa yang dikehendaki dan memberi anak perempuan atau lelaki kepada sesiapa dikehendaki.
    42:50 Atau dijodohkan pasangan lelaki dan perempuan dan dijadikan mandul sesiapa dikehendaki dan hanya Dia yang Berkuasa dan Mengetahui.
    42:51 Dan tidaklah bagi mahluk manusia dapat berinteraksi dengan Allah melainkan melalui ilham atau disebalik hijaabin atau diutuskan rasul dan diilhamkan dengan izin Dia apa yang dikehendaki dan hanya Dia yang teramat Mulia dan Bijaksana.
    42:52 Demikian Kami ilhamkan kepada ruuhan dengan perintah Kami dan tidak kamu mengetahui kitabnya tanpa keamanahan malahan Kami jadikanya sebagai cahaya petunjuk kepada sesiapa dikehendaki dari hamba Kami dan diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
    42:53 Inilah jalan Allah dan kepunyan Dia segala yang dilangit dan dibumi maka ingatlah segala urusan terpulang kepada Allah.

    Sekia.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Dulu time sekolah, ustaz ada ajar iaitu bagaimana roh manusia buat perjanjian dengan Allah sebelum masuk ke dalam janin. Kata ustaz tu, kalau kita x setuju dengan perjanjian itu, maka kita tak sain dan x jadi turun ke janin. sebab tu ada kes gugur dan sebagainya.

    Tapi saya percaya, tiada siapa yang nak sain kalau Allah turunkan kita dengan x cukup sifat, cacat ataupun lahir di tempat bencana. Tiada siapa yang minta dilahirkan cacat.

    Lagi naya, dah sain kemudian masuk neraka dek kerana gagal tunaikan apa yg kita sain. dah la copy perjanjian pn x ikut turun sekali jd mana kita tau apa yg kita sain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity918 March 2017 at 18:24

      yang paling penting..mana ustad tu tau? sapa bg info kat dia? maafkan saya kalau cerita ni ada dlm Quran.

      Delete
    2. ni semua cerita org dulu2. x mampu nk describe kenapa ada keguguran, kenapa bayi mati ketika lahir.

      seperti kenapa kita sembahyang? alasan nabi naik ke langit dan siap negotiate dgn tuhan supaya dpt 5 waktu sehari. ini semua adalah alasan untuk menghalalkan sesuatu perbuatan saja tanpa logik yang kukuh.

      sedangkan quran sendiri mempunyai logik yg kukuh sehinggakan kita tahu ia benar dan jelas. contoh, ketika nabi ibrahim menyoal raja namrud dengan berkata, adakah raja mampu mengubah laluan matahari dari timur ke barat menjadi sebaliknya. logik ada di situ kerana tiada makhluk yg mampu mengubah peraturan ini.

      Delete
  7. Salam
    Sebab tak boleh tidur tengok cerita Falcone tadi. I had known about this man fighting against the mafia from watching documentary. Glad had watched the movie.

    After both Giovanni Falcone and Paolo Borsellino were murdered, the Sicilian bangkit memberontak due to poor protection by the state. Due to that barulah the State bertindak.

    Inspired. Ini memang kira jihad lah menentang kejahatan dan kekejaman Mafia. Mereka teruskan berjuang although tahu bila-bila masa nyawa melayang.

    Non

    ReplyDelete