Friday 7 April 2017

Dari Jendela Kamar

Kedamaian Untuk Semua,

# Artikel ini ditujukan khas kepada pembaca baru yang belum berkesempatan membaca blog ini dari awal. Anggaplah ini sebagai jawapan kepada persoalan-persoalan yang di hantar ke email saya dan juga ke ruangan komentar blog ini.

10 tahun lepas, semasa saya mula-mula mendalami Al Quran. Saya tiba-tiba menjadi sensitif kepada alam sekeliling.

Setiap perkara yang di lihat membawa saya kepada keterangan-keterangan Al Quran yang saya baca dan cuba fahami. 

Alam ini seolah-olah menjadi sebuah makmal yang sangat besar bagi diri saya.

Ia merungkai satu per satu misteri yang sebelum ini saya tertanya-tanya seorang diri.

Baru-baru ini, saya sekali lagi diberi peluang untuk menyaksikan hasil kerja alam.

Seekor burung tekukur membuat sarang betul-betul di sebelah jendela kamar apartmen kami.



 

Menyaksikan kegigihan burung ini membuat sarang seterusnya mengeramkan telurnya adalah suatu perkara yang sangat indah. 

Hampir setiap hari saya mengikuti perkembangan burung ini.

Saya melihat sendiri iltizam dan kegigihan burung ini mengeramkan telurnya.

Hampir satu minggu dia tidak ke mana-mana melainkan berada di atas telur eramannya dengan tidak makan dan minum.

Panas terik, hujan ribut sedikit pun tidak berjaya mematahkan semangatnya.




 A041

"Tidakkah kamu lihat bagaimana segala di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka ? Masing-masing tahu iltizamnya (so-lla-ta-hu), dan sanjungannya; dan Allah tahu apa mereka buat" AQ 24:41

Selepas lebih seminggu, akhirnya telur-telurnya menetas dan melahirkan dua ekor anak burung tekukur yang comel.

Begitulah iltizam (solla) segala sesuatu di dunia ini.

Bagi kebanyakkan spesis ianya adalah secara semulajadi. Mereka tidak perlu memasuki kelas khas untuk memahami syariat Tuhan yang utama ini.

Syariat yang tidak berbeza dari tamadun silam sehinggalah ke zaman moden ini.

A013

"Dia syariatkan bagi kamu sebagai fitrah (deen-ni) apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah fitrah (deen-na), dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan" AQ 42:13

Mereka bukanlah jenis spesis yang kuat membantah.

Namun, bagi spesis manusia, ia tidak begitu semulajadi.

Kita memerlukan keyakinan. Jika pun kita sudah yakin, selang beberapa ketika kita perlu pula memperbaharui keyakinan itu.

Kita menggelar pembaharuan keyakinan ini dengan pelbagai nama di antaranya manifesto tahun baru, hijrah hidup atau apa sahaja nama untuk meyakinkan kita bahawa untuk berjaya kita perlu beriltizam/bersungguh/gigih/determine.

Ramai yang tidak mempunyai keyakinan ini secara semulajadi sehinggakan dia perlu kepada pakar motivasi untuk memberitahunya supaya mendirikan iltizam (solla).

Terbukti kita adalah makhluk yang paling kuat membantah.

A054

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah"  AQ 18:54

Di kebanyakkan masa intelek manusia itu sendiri menipu dirinya. 

Ia menolak hal yang semulajadi yang sudah berada di dalam dirinya dan mengikut apa yang diputuskan oleh orang lain. Lebih tepat pemuka agama yang dia kagumi.

Lalu dia yakin di atas keputusan orang lain bahawa ritual-ritual boleh memberi kejayaan kepadanya, sungguhpun dia sedar bahawa jika dia tidak berusaha tidaklah kejayaan itu akan datang bergolek kepada dirinya.

Untuk perbandingan, apakah agaknya makna solla di dalam keterangan ini ;

A037


"Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai di dalam sistem Engkau; wahai pemelihara kami, agar mereka mendirikan iltizam (solla-wa-ta), dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih" AQ 14:37

Bagaimana pula dengan yang ini ;

A054 

"Dan ingatlah di dalam Kitab, Ismail; dia benar dengan janjinya, dan dia seorang Rasul, seorang Nabi" AQ 19:54



A055


"Dan adalah ia menyuruh keluarganya beriltizam (solla-wa-ti) dan memurnikannya (zaka-wa-ti), dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!" AQ 19:55

# sila lihat AQ 79:17-19 bagi memahami apa maksud zaka.
Bagaimana pula dengan yang ini, adakah Shuaib melakukan ritual atau sekadar memberi sepenuh penumpuan untuk membuktikan kesalahan dan jenayah ekonomi yang dilakukan oleh kaumnya.

A087


"Mereka berkata, "Wahai Shuaib, adakah iltizam kamu (solla-wa-tu-ka) suruh kamu supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah, atau untuk buat seperti yang kami hendaki dengan harta-harta kami? Kamu penyantun, berfikiran waras" AQ 11:87

Apa maksud solla di sini ;

A087


"Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu haluan (kiblatan), dan dirikan iltizam (solla-wa-ta), dan beri berita gembira kepada orang-orang yang amanah (muk-meeni-na)" AQ 10:87

Di sini pula, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Isa ?;

A030

"Berkata, "Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia beri aku Buku (Al-Kitab), dan jadikan aku seorang Nabi" AQ 19:30



A031
   
"Dia buat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia wasiatkan aku supaya beriltizam (bis-solla-wa-ti)  dan memurnikannya (waz-zaka-wa-ti), selama aku hidup" AQ 19:31

Eh ! Tapi ustaz cakap umat "Nabi Muhammad" ini berlainan sebab kita menerima syariat yang lain dari umat-umat lain.

Ustaz juga cakap, "Nabi Muhammad" terima syariat ritual solat direct dari Tuhan sendiri secara berdepan di mana baginda terbang di bawa seekor kuda bersayap dan mempunyai wajah seorang perempuan.

Tapi kenapa pulak perkataan solat itu sudah di guna dari zaman Nabi Ibrahim lagi bukankah baginda diberi syariat berbeza ... hmmm.

.. Bayangkan ada sebuah buku yang mengajar kita cara-cara membuat jet di dalam Bahasa Russia.

Adakah anda rasa kita pada akhirnya berjaya membina sebuah jet jika sekiranya kita hanya sekadar menghafal dan menyanyikan bait-bait di lembaran buku itu sahaja tanpa berusaha untuk memahaminya ?

Sudah tentu tidak.

Bayangkan lagi, jika anda ingin mengetahui ciri-ciri Hobbit, pastilah anda hanya boleh mengetahuinya melalui buku tulisan JRR Tolkien kerana beliau adalah penulis asal buku tersebut.

Jika sekiranya anda mengakui bahawa anda mengagumi Tolkien sehingga ke peringkat mengagongkannya, tidakkah anda merasa ianya adalah suatu penghinaan apabila anda secara realitinya membuka buku cerita lain bertajuk Harry Potter tulisan JK Rowling untuk memahami apa itu Hobbit ?

Kini terbukti bahawa pengagongan anda itu hanyalah di bibir sahaja.

Anda sebenarnya mengagongkan orang lain bukan penulis asal buku Hobbit seperti yang anda isytiharkan.

Fikir-fikirkanlah.

Akhir sekali, jikalah sekiranya "Nabi Muhammad" itu diberi syariat yang sama seperti umat sebelumnya seperti keterangan AQ  42:13 di atas.

Maka apakah sebenarnya syariat yang kita cari-cari itu ?


Renung-renungkan.

Ashwed

8 comments:

  1. salam,

    bagi saya, sebelum ini saya mengetahui yg solat itu adalah sembahyang. Dari kecil sehingga dewasa saya sentiasa mengikut apa yg telah diajar kepada saya.

    Walau begitu, hati saya tidak tenteram. Ini kerana saya merasakan ada sesuatu yang kurang. Jiwa saya kosong kerana hanya mengikut tanpa penjelasan yg kukuh.

    "Sekiranya solat itu bermaksud sembahyang mengadap ke kaabah, dimanakah ayat al-quran yang memerintahkan sedemikian rupa?"

    Dan saya selalu bertanyakan kepada ramai kawan. Dan tiada satu pun yang boleh beri saya rujukan surah dan ayat yang betul. Semuanya hanya mengikut riwayat hadis semata-mata.

    Root word - adalah kunci pembuka minda saya. Selama ini saya tidak mengetahui yg bahasa arab adalah bahasa semitic. yakni kepelbagaian maksud pada sesuatu perkataan mengikut huruf yg gabungkan. Dengan root word inilah saya mengkaji dan menilai sendiri terjemahan ayat quran.

    Dan sekarang saya memahami yang quran itu adalah sangat mudah. Penjelasan ayat di dalam quran juga sangat tepat dan munasabah tanpa perlu merujuk kepada mana mana riwayat hadis.

    Saya sangat berterima kasih kepada ashwed, aidid safar, zack, juang, tolokminda, dan ramai lagi yang sudi memberikan pengetahuan untuk dikongsi dan dinilai bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Great entry as always Bro Ashwed.

      Ketahuilah bhw early bird catches the worm. Burung yg "solat" subuh (err...camane dia baca qunut ekk?? Hihi) mmg berjaya.....manusia pun begitu jgk....read on

      http://www.businessinsider.my/successful-people-who-wake-up-really-early-2016-4/#m0HmC05pxA3dQubu.97

      Delete
  2. Salam saudara sekelian bagaiman pula dengan saringan 30-ayat dari Surah Yunus(10)seperti berikut;

    10:21 Dan apabila Kami timpakan kerahmatan keatas manusia setelah penderitaan menimpa mereka kemudianya mereka merancang muslihat keatas ayat-ayat Kami malahan Allah pantas dengan muslihatnya dan pastinya rasul Kami mencatat apa yang mereka telah muslihatkanya.
    10:22 Dia yang menggerakan kamu didaratan dan dilautan ketika belayar didalam kapal dengan tiupan angin yang baik dan ketika mereka dalam kegembiraan lalu didatangkan angin kencang dan tsunami/-lmauju dari setiap sudut maka mereka terperangkap didalamnya dan mereka segera berdoa kepada Allah dengan seiklasnya dan mengakui ddiina yang sebenar dan berkata jika Kamu selamatkan kami dari bencana ini pasti kami menjadi orang yang berterima kasih.
    10:23 Setelah Kami selamatkan mereka tiba-tiba mereka angkuh dibumi tanpa hak maka Dia berkata wahai manusia keangkuhan dan kesenangan duniawi hanya bagi dirimu malahan kepada Kami tempat kembalimu pasti dikhabarkan kepadamu apa yang telah kamu lakukan.
    10:24 Perumpamaan kehidupan duniawi adalah seperti air yang turun dari langit apabila diresapi bumi dianya dapat menyuburkan tumbuhan yang menghasilkan buah-buahan dan menjadikan makanan bagi manusia dan ternakan dan apabila bumi kelihatan indah dengan perhiasanya maka penduduk yang mengusahakanya telah berprasangka maka didatangkan perintah Kami pada malamnya atau disiangnya dan Kami menjadikan ladang mereka seperti dituai semalam atau seakan tidak pernah tumbuh apa-apa sebelumnya demikianlah Kami menjelaskan tanda-ayatnya bagi mereka yang merenungkanya/yatafakkaruuna.
    10:25 Malahan Allah menyeru kepada kedamaian/-ssalaami dan Dia memberi petunjuk kepada jalan yang lurus bagi sesiapa yang dikehendaki.
    10:26 Dan bagi orang yang terbaik amalannya pasti ditambah kebaikannya dan mereka tidak dilitupi kemurungan dan kehinaan maka mereka itulah penghuni syurga dan mereka berkekalan didalamnya.
    10:27 Dan orang yang berusaha kepada kejahatan pasti balasanya kejahatan yang serupa dan mereka dilitupi kehinaan dan tiada perlindungan dari Allah dan kemurungan meliputi wajah mereka maka mereka itulah penghuni api dan mereka berkekalan didalamnya.
    10:28 Dan pada hari Kami himpunkan mereka semua maka Kami katakan kepada orang yang sekutu, tempat kamu adalah bersama sekutu kamu dan apabila Kami asingkan mereka maka berkata sekutu mereka, malahan kamu tidak pernah berkhidmat kepada kami.
    10:29 Maka cukuplah hanya Allah menjadi saksi diantara kami dan kamu bahawa dahulunya kami lalai dari berkhidmat kepada kamu.
    10:30 Disanalah terbukti setiap jiwa atas apa yang telah diusahakan ketika mereka dikembalikan kepada Allah, Pemelihara kamu yang sebenar maka hilanglah segala apa yang mereka adakan sebelumnya.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  3. smbg,

    10:31 Katakan siapa yang memberi rezeki kepadamu dilangit dan dibumi dan siapa yang memberikan pendengaran dan penglihatan dan siapa yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup dan siapa yang mentadbir segala perintah maka mereka berkata Allah dan katakan mengapa kamu tidak prihatin hanya kepada Dia.
    10:32 Demikianlah Allah, Pemelihara kamu yang sebenar maka tiada sesudah kebenaran melainkan kesesatan maka bagaimana kamu diselewengkan.
    10:33 Demikianlah kebenaran kalimah Pemeliharamu keatas orang yang fasik sesungguhnya mereka itu tidak amanah.
    10:34 Katakan apakah sekutu kamu yang mengasaskan penciptaan kemudian dikembalikan maka katakan hanya Allah pengasas segala penciptaan kemudian dikembalikan maka bagaimana kamu dipalingkan.
    10:35 Apakah sekutu kamu yang memberi petunjuk kepada kebenaran maka katakan tidak! hanya Allah yang memberi petunjuk kepada kebenaran malahan orang yang diberi petunjuk kepada kebenaran lebih berhak diikuti maka bagaimana kamu membuat keputusan.
    10:36 Dan kebanyakan dari mereka tidak mengikuti melainkan prasangka malahan prasangka tidak dapat mengatasi kebenaran sedikit pun dan hanya Allah yang mengetahui apa yang mereka lakukan.
    10:37 Dan tidaklah bagi -lqur-aanu ini diadakan selain dari Allah dan telah disahkan kebenaranya dan dianya sebuah kitab yang menjelaskan dan terperinci dan tiada keraguan didalamnya dan pasti dianya datang dari Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
    10:38 Atau mereka mengatakan yang dia telah mengadakanya maka katakan datangkan suatu surah seumpamanya dan serulah sesiapa yang kamu sanggup selain Allah jika kamu berkata benar.
    10:39 Malahan mereka mendustakanya tanpa ilmu dan mereka tidak meneliti kebenaran tafsiranya yang orang sebelum mereka juga dustakanya maka perhatikan bagaimana pembalasan bagi orang yang zalim.
    10:40 Dan dikalangan mereka ada yang amanah dan ada yang tidak malahan Pemelihara kamu pasti mengetahui siapa yang fasik.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  4. smbg,

    10:41 Dan jika mereka mendustakan kamu maka katakan bagiku amalanku dan bagi kamu amalan kamu dan kamu berlepas diri dari apa yang aku lakukan dan aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan.
    10:42 Dan dari mereka ada yang mendengar kamu maka adakah kamu hendak menjadikan sipekak mendengar sedangkan mereka tidak memahaminya.
    10:43 Dan diantara mereka melihat kamu maka adakah kamu hendak memberi petunjuk kepada orang buta walau mereka tidak dapat melihat.
    10:44 Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun akan tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
    10:45 Dan pada hari dihimpunkan mereka kesemuanya mereka merasakan seakan belum pernah tinggal melainkan sesaat dari siangnya dan belum pun sempat mengenali diantara satu dengan yang lain sesungguhnya sangat merugikan orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah malahan mereka darinya orang yang tidak mendapat petunjuk.
    10:46 Walaupun Kami telah perlihatkan kepadamu sebahagian dari apa yang dijanjikan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu pastinya kepada Kami tempat mereka kembali kemudian Allah yang menjadi saksi keatas apa yang telah mereka lakukan.
    10:47 Dan bagi setiap ummat diadakan rasul dan apabila datangnya rasul, mereka diadili dengan seadilnya dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
    10:48 Dan mereka berkata bilakah janjinya akan dilaksanakan jika kamu orang yang berkata benar.
    10:49 Katakan aku tiada kuasa memudaratkan atau memanfaatkan diriku melainkan dikehendaki Allah dan setiap ummat apabila datang ajalnya maka tidak diundurkan atau didahulukan walaupun sedetik darinya.
    10:50 Berkata apakah pandanganmu jika datang azabnya pada malam atau siangnya maka adakah orang yang berdosa meminta disegerakan.
    Sekian.

    ReplyDelete
  5. iltizam ni bahasa melayu ka arab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,
      Gua tolong cari kat lu :

      https://en.m.wikipedia.org/wiki/Iltizam

      http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=iltizam

      Sejahtera dan damailah ke atas kamu.

      Delete
  6. teringat pesan arwah bapa saudara saya.."Berapa ramai ustaz yang hang boleh cari yang betul betul mengajar kita ilmu agama...dan berapa ramai ustaz -ustaz yang hang boleh cari yang ajar kita panduan agama." dia pesan ilmu agama tak ramai boleh mengajar...tapi kalau yang bagi panduan agama ni cukup ramai...terbaik bro

    ReplyDelete