Monday 3 April 2017

RUU 355 - Apa Kesudahannya ?

Kedamaian Untuk Semua,

Pada bulan Februari yang lepas, di ruangan komentar blog ini, ada pembaca yang bertanya mengenai RUU 355.

Saya memberi jawapan ringkas dan pendapat peribadi saya mengenainya.

##################################################
Brother Ashwed,
Himpunan RUU today.Beginning of the End if 200k attendance???
Are we all simply following the blind?The beginning to the dark period.???Time to pack and leave?
Peace 18feb
ReplyDelete

Replies




  1. Salam Saudara Peace 18feb,

    Bagi saya apa yg dihidangkan oleh suasana politik semasa kini jelas menunjukkan keterbukaan masyarakat kita di dalam mendepani isu-isu yang melingkari kepelbagain bangsa dan agama di negara ini. Suasana sebegini, tidak pernah kita kecapi semasa zaman Tun M. Namun, kita perlulah menggunakan kebebasan baru ini dgn bijak.

    Sebenarnya, secara peribadi saya berpendapat bhw UMNO tidak akan membenarkan RUU355 ini lulus. Ia hanyalah peluru politik atau ugutan halus supaya kaum cina dan india kembali menyokong BN. Ia juga menunjukkan betapa dinamiknya dunia politik. Di mana isu di main demi meraih sokongan, di mana tiada istilah seteru dan kawan, yang ada hanyalah ikhtiar utk meraih undi.

    Adalah sukar utk Pakatan Harapan menubuh Kerajaan Persekutuan hanya dgn bergantung kpd undi cina. Begitu juga, sukar utk mereka utk menubuh Kerajaan Persekutuan tanpa parti akar umbi spt PAS. RUU355 adalah isu yg berbentuk cheq mate kpd Pakatan Harapan. Jika sokong hilang undi cina dan india, jika bantah hilang undi melayu.

    Apapun jangan terlampau stres memikirkan hal sebegini. Yang penting kita terus memberi bakti kpd masyarakat semampu yang boleh.

    Peace
    Ashwed

    #############################################

    Terbukti, kata-kata saya itu menjadi kenyataan dengan pengumuman dari Pengerusi Barisan Nasional yang juga adalah Perdana Menteri Malaysia.

    Image result for kerajaan tidak akan bentang usul RUU 355

    Syukurlah Ahli-ahli Parlimen dari Borneo masih mampu berfikir dengan waras.

    Selepas memberi komen seperti di atas, saya juga telah menulis sebuah artikel khusus mengenai RUU 355.

    Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2017/03/ruu-355-satu-kajian-kes.html 

    Di antara kesimpulan artikel itu adalah, kita selaku rakyat yang mahukan kebebasan bersuara janganlah hendaknya menolak atau menyokong RUU 355 ini hanya berdasarkan sentimen sahaja.

    Penolakan atau sokongan kita perlulah berdasarkan hujah yang kuat.

    RUU 355 ini tidak boleh dilindungi dengan ayat keramat "ini adalah Undang-Undang Allah" sedangkan ianya tidak.

    Sementara itu, kita perlu juga memberikan peluang kepada para penyokong RUU 355 untuk membuktikan pendirian mereka dengan bersandarkan hujah dan pemerhatian.

    Dengan cara ini barulah masyarakat benar-benar menghormati kebebasan bersuara. 

    Kebebasan bersuara perlu diberi kepada kedua-dua belah pihak. Jika ia sekadar berkuatkuasa di sebelah pihak sahaja maka ia tidaklah boleh dipanggil kebebasan.

    Bagi saya sendiri, sebab utama saya menolak RUU 355 ialah ia mahu menambah kuasa hukum kepada kesalahan yang tidak masuk akal.

    Bagi saya perbuatan memenjara seseorang yang berfikir sehingga maksimum 30 tahun itu sendiri adalah suatu jenayah kemanusiaan yang amat berat.

    Apabila kita menghalang manusia dari berfikir lama kelamaan mereka tidak lagi menjadi manusia.

    Di tambah pula, manusia di sudut dunia yang lain mempunyai kebebasan, kreativiti dan modal untuk berfikir dan seterusnya merealisasi idea mereka itu.

    Pastilah kita akan ketinggalan dari semua sudut. 

    Dalam keadaan sekarang pun kita sudah ketinggalan inikan pula jika melarang orang-orang kita untuk berfikir.

    Saya berharap parlimen Malaysia menolak terus usul ini selepas di bahaskan. 

    Ashwed

5 comments:

  1. ASHWED,

    Satu lagi pandangan mengenai RUU:
    1.RUU355 U-Turn Exposes Najib’s Mischief and Vulnerability
    M. Bakri Musa
    www.bakrimusa.com

    2. Tun Razak: Seeing The Father Through The Son
    M. Bakri Musa
    www.bakrimusa.com

    ReplyDelete
  2. takde kesudahannya.. ruu355 hanya alat memancing undi baik parti sana atau parti sini..

    buang masa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju. memang buang masa. jgn kita terperangkap dgn mainan ahli2 politik. politik ni macam agama juga, bikin manusia bergolongan.

      Delete
  3. Maafkan ketinggalan zaman pulak! Diposkan 50-ayat dari Surah Asy Syura;

    26:1 Thoo siin miim.
    26:2 Inilah ayat-ayat alkitaabi yang terang dan jelas.
    26:3 Mungkin meresahkan jiwamu apabila mereka tidak amanah dengannya.
    26:4 Jika Kami kehendaki pasti diturunkan dari langitnya suatu ayat yang menjadikan tengkuk mereka tunduk patuh kepadanya.
    26:5 Dan tidak datang kepada mereka peringatan dari yang Pemurah suatu muhdatsin/pembaharuan melainkan mereka berpaling darinya.
    26:6 Dan mereka mendustakanya malahan akan datang kepada mereka berita dengan apa yang telah mereka ambil ringan dengannya.
    26:7 Apakah tidak mereka perhatikan dibuminya beberapa banyak telah Kami tumbuhkan didalamnya dari setiap pasangan yang mulia.
    26:8 Itulah tanda-ayat Kami malahan kebanyakan mereka tidak amanah.
    26:9 Sesungguhnya Pemelihara kamu yang Perkasa yang Penyayang.
    26:10 Dan ketika Pemeliharanya menyeru muusa pergilah kamu berdua menemui kaum yang zalim.
    26:11 Kaum fir’auna dan bertanya mengapa mereka tidak prihatin.
    26:12 Berkata, Pemeliharaku! aku takut jika mereka mendustakan aku.
    26:13 Sesak dadaku tidak lancar lisanku maka utuskan haaruna bersamaku.
    26:14 Dan aku bersalah dengan mereka dan takut jika mereka hapuskan aku.
    26:15 Berkata tidak! hadapilah kamu berdua dengan tanda-ayat Kami dan pastinya Kami bersamamu mendengar/mengawasi.
    26:16 Maka hadapilah fir’aun dan katakan kepadanya kamu berdua adalah rasul Pemelihara segala ilmu diseluruh alamnya.
    26:17 Bebaskan bersama kami banii israa-iila.
    26:18 Berkata bukankah kami yang memelihara kamu ketika bayi dan kamu telah menginap besama kami beberapa tahun.
    26:19 Dan kamu telah melakukan apa yang tidak sepatutnya kamu lakukan maka kamu juga termasuk darinya orang yang tidak percaya.
    26:20 Berkata aku melakukanya ketika berada dikalangan orang yang sesat.
    26:21 Dan aku melarikan diri kerana takutkan mereka maka Pemeliharaku berikan hikmahNya dan dijadikan aku rasulNya.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  4. smbg,

    26:22 Malahan dianya suatu nikmat darimu yang kamu berikan kepadaku dan disamping itu kamu juga sedang perhambakan banii israa-iila.
    26:23 Maka fir’aunu berkata siapakah Pemelihara ilmu diseluruh alam ini.
    26:24 Berkata Pemelihara langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya jika kamu yakini Dia.
    26:25 Berkata kepada orang disekeliling juga apakah tidak kamu dengar.
    26:26 Dan Pemelihara kamu dan Pemelihara moyang kamu sejak dahulu.
    26:27 Berkata rasul yang diutuskan kepadamu pastinya seorang yang gila.
    26:28 Berkata Dia Pemelihara timur dan barat dan apa yang diantara keduanya jika kamu orang yang berfikir.
    26:29 Berkata jika kamu adakan tuhan selain aku pasti kamu dipenjarakan.
    26:30 Berkata walaupun aku telah mendatangkan bukti yang jelas.
    26:31 Berkata datangkanya jika kamu darinya orang yang benar.
    26:32 Maka dilemparkan tongkatnya lalu menjelma ‘ular’ yang nyata.
    26:33 Dan dikeluarkan tangannya maka kelihatan putih kepada yang melihat.
    26:34 Berkata kepada ahli majlisnya pasti dianya ahli sihir yang mahir.
    26:35 Dan dia menghendaki bagi mengeluarkan kamu dari bumi ini dengan sihirnya maka apakah perintah kamu selanjutnya.
    26:36 Berkata tangguhkan dia dan saudaranya dan aturkan perhimpunan.
    26:37 Dan kamu serulah sekelian ahli sihir yang mahir.
    26:38 Maka dihimpunkan sekelian ahli sihir disuatu waktu yang ditetapkan.
    26:39 Dan berkata kepada manusia adakah kamu akan berhimpun.
    26:40 Pastinya kami akan mengikuti ahli sihir jika mereka yang menang.
    26:41 Ketika datang ahli sihir mereka berkata kepada fir’auna apakah kami akan diberi ganjaran jika kami orang yang menang.
    26:42 Berkata ya! jika demikian kamu pasti didekatkan kepada kami.
    26:43 Mereka berkata muusa lemparkan apa yang ingin kamu lempar.
    26:44 Maka mereka melemparkan tali dan tongkat mereka dan berkata dengan kekuasaan dan kebesaran fir’auna kami pasti menang.
    26:45 Dan ketika muusaa melemparkan tongkatnya maka ditelanya segala apa yang telah mereka mengadakanya.
    26:46 Maka para ahli sihir menjatuhkan diri bersujud kepadanya.
    26:47 Mereka berkata kami amanah kepada Pemelihara seluruh alamnya.
    26:48 Pemelihara muusaa dan haaruuna.
    26:49 Berkata apakah kamu amanah kepadanya sebelum aku izinkan pasti dia pembesar kamu yang mengajar sihir kelak kamu akan mengetahuinya akan aku potong tangan dan kakimu bersilangan dan menyalib kamu.
    26:50 Mereka berkata tiada kemudaratan sedikit pun dari kamu melainkan kami pasti akan dikembalikan kepada Pemelihara kami.

    Sekian.

    ReplyDelete