Monday 5 March 2018

Marilah Mampir ! Ini Jualan Termurah di Abad ini

Kedamaian Buat Semua,

Di dalam lipatan sejarah tidak ada industri yang dapat mengatasi industri agama dari segi janaan ekonomi yang dibawanya.

Dari satu sudut, ia boleh di anggap positif kerana berjaya memberi pendapatan kepada berjuta manusia.

Namun, dari sudut lain, ia membuka peluang kepada manipulasi peringkat tertinggi.

Bukan sahaja manipulasi dari segi kewangan tetapi yang paling parah ialah ia memperbodohkan khalayak dengan kekuatan ugutan yang sangat tinggi.

Dan yang paling memualkan ialah daya ugutan ini dibuat tanpa khalayak dapat membalas balik. Jika ada yang berani melawan maka dia akan terbuang dari masyarakat yang di anggotainya.

Tidak ramai yang mampu menjadi binatang jalang, terbuang dari kumpulannya (meminjam kata-kata terkenal Arwah Chairil Anwar). 

Oleh yang demikian, saya tahu ramai yang memendam rasa, hanya untuk kekal hidup normal di dalam masyarakat Melayu termasuklah diri saya.


Saya tidak tahu apa pendapat para pembaca mengenai iklan ini.

Yang nyata ialah ia bertujuan menjana ekonomi pihak-pihak yang tertentu

Saya tidak menolak fakta bahawa bermeditasi mempunyai faedah yang tersendiri kerana ia boleh menenangkan fikiran mereka yang mempraktiskannya.

Namun, saya secara peribadi berpendapat bahawa kita tidak ada cara untuk mengetahui samada segala apa yang telah kita lakukan sekarang akan diterima oleh Tuhan.

Malah, saya yakin jika diminta untuk membuktikan Tuhan itu ada pun kita tidak mampu lakukannya.

Ia hanya kekal sebagai sebuah konsep yang kita sendiri sukar untuk terjemah dan definisikan secara menyeluruh melainkan hanya larut di dalam misteri itu secara berseorangan.

Oleh itu, apakah jaminan yang boleh diberikan oleh penyelaras majlis ini bahawa module mereka akan diterima oleh Tuhan ? 

Adakah mereka boleh berurusan secara bersemuka dengan Tuhan untuk mengetahui perkara itu ?

Adakah mereka merasakan bahawa dengan membuat beberapa tatacara fizikal secara tiba-tiba sikap buruk yang telah mereka lakukan sebelum membuat ritual fizikal itu lenyap hilang begitu sahaja ?

Katakanlah, jika ada seorang melanggar lampu isyarat lalu mengakibatkan kemalangan sehingga membunuh seorang suami dan bapa.

Adakah dengan melakukan ritual fizikal mengikut module yang disaran di atas, kini secara tiba-tiba isteri dan anak mangsa boleh hidup senang lenang, memperolehi makan minum dan pakaian cukup, pendidikan serba serbi cukup ? Tanpa kehadiran bapa yang menjadi penyumbang kepada keluarga itu ? Mustahil bukan.

Kita tidak boleh merubah perkara buruk yang telah kita lakukan dengan ritual fizikal seperti seorang ahli silap mata.

Satu-satunya cara yang paling sesuai untuk kita menghindari sikap buruk ialah dengan menerap nilai-nilai yang baik di dalam diri kita, seperti amanah, bercakap benar, menghormati masa, bersih dll. 

Ia boleh diperolehi dengan kesungguhan (erti sebenar solat seperti yang diceritakan Al Quran) di dalam mencapai nilai-nilai baik ini. Ia perlu dipupuk dan dibajai. Sehingga ia menjadi sebagai sebahagian dari diri kita. Ia tidak boleh terjadi dengan berpura-pura dalam jangka waktu 5 minit, 5 kali setiap hari.

No money. No religion.

Ashwed

12 comments:

  1. kalau baca tajuk dan modul macam bagus tapi bila dengar isinya penuh dengan dongengan yang tak boleh diterima akal

    ReplyDelete
  2. Wow.. pedagang2 agama makin cekap dan kreatif mencari duit. Dan seterusnya melembukan orang Melayu. Syabas.

    ReplyDelete
  3. iklan itu ingin memberitahu kumpulan sasar nya bahawa dia boleh online dengan tuhan, juga agama sudah menjadi komoditi untuk menjana pendapatan

    ReplyDelete
  4. Itu sikit je compare dgn tourism Saudi. Berbillion masuk setahun.

    ReplyDelete
  5. Kalau buat carian 'event' di FB, lebih banyak seminar2 keagamaan berbayar boleh kita jumpa. Dari persediaan sakaratul maut, cara-cara semayang, kursus pegi Mekah dsbg.

    Apa yg menakutkan saya masyarakat Melayu kita semakin terpengaruh dengan kesesatan golongan patriah agama. Satu contoh saya bagi mcm seorang mufti yg terkenal dgn tulis surat terbuka.

    Beliau pernah bagi nasihat kpd seorang artis lelaki yg sedang alami masalah psikologi agar membaca lebih byk Al-Quran dan berzikir. Satu ciri orang sesat ialah berasa dirinya sangat hebat tahu segala-galanya.

    Masalah artis tersebut ialah mengalami depression. Tiada manusia yg istimewa terlepas dari cabaran dan masalah hidup. Depression berlaku apabila otak kita kurang hasilkan serotonin, dopamine, oxytoxin dsbg.

    Bahan-bahan kimia ni mempunyai effect lebih kuat dari dadah cuma bezanya dihasilkan secara semulajadi dan beri banyak kebaikkan. Serotonin, dopamine dsbg. akan dirembes otak apabila kita aktif lakukan aktiviti fizikal dan berpeluh seperti hubungan seks berkualiti, workout, bersenam, berjogging, berbasikal, kemas rumah, siapkan sesuatu tugas.

    Semayang, berzikir apa benda semua ni takde effect langsung utk atasi kemurungan kalau otak kita tak aktif hasilkan bahan-bahan kimia ni.

    Orang macam mufti tersebut jadi satu ancaman besar kpd kesihatan mental orang ramai kerana nasihatnya salah. Ditambah pula sistem doktrinisasi keagamaan dlm sistem kehidupan Melayu, nasihat sesat begini mudah tersebar dan dianggap benar.

    Mufti ni pulak tamak jual agama melalui seminar2 berbayar caj sampai RM100 utk satu kepala peserta. Makin bertambah kesesatan orang2 Melayu. Gaji dah besar masih tamak kutip duit tiket jual agama.

    Bagi saya lah, cara terbaik utk betulkan kesesatan ini sebelum terlambat ialah dgn menyedarkan lebih ramai Melayu agar menjadi pemikir yg bijak spt kempen pengguna bijak. Kemajuan teknologi dan inovasi akan jadikan semakin ramai Melayu berani berfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as usual, well said bro... its like stupidity tahap gaban...

      1st of all, kita kena stop hantar budak2 kita belajar kat timur tengah... sorry to say, my 1st cousin pegi belajar kat mesir al-azhar dlm bidang 'agama' bila pulang sini tak dapat memberi sumbangan kepada humanity.. sikit2 nabi kata itu ini, sikit2 cerita pasal wanita sebagai 2nd class dan hamba seks, sikit nak label orang lain kafir... kita kena hantar semula budak2 kita ke jepun, south korea, us, uk, german, australia etc where all the intellectuals converged..

      kedua, system pendidikan negara perlu di ubah secara total... ini mungkin mustahil sebab kita bukan pemerintah but we can start with ourselves and our families... it will be tough but as Allah has promised "He will keep His end of the bargain if you keep your end of the bargain"..

      We can start with these 2 steps but it will take a generation to see its impact...

      becks

      Delete
  6. http://ilmubukanagama.blogspot.com/

    tambahan bacaan untuk yang menunggu...

    ReplyDelete
  7. https://uk.blastingnews.com/world/2018/03/shocking-revelation-as-saudi-crown-prince-says-west-asked-to-spread-wahhabism-002422347.html

    Komen sikit tentang Arab dogol penipu ni tuan. Dan kesan nya pada melayu2 sekarang ni..

    ReplyDelete