Friday 5 June 2015

Islam Moden vs Islam Al Quran

Ramai orang melayu percaya bahawa pengasas Islam ialah Nabi Muhammad.

Ini adalah kenyataan yang sangat meleset. 

Menurut Al Quran Nabi pertama yang dikaitkan dengan perkataan muslim ialah Nabi Ibrahim.

132.  وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
 

"Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakob. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih cara hidup ( ad deen) ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam (muslimunaa) " AQ 2:132

Nota : Menurut AQ 42:13 kesemua Nabi dan Rasul disyariatkan dengan syariat yang sama iaitu cara hidup kedamaian. Maka secara teknikal, kesemua Nabi dan Rasul adalah seorang Muslim.

Terjemahan perkataan "muslimunaa" sebagai memeluk agama islam adalah tidak tepat. Muslim berasal dari perkataan salam yang bermaksud damai.

Maka muslim membawa maksud orang yang berdamai. Manakala perkataan Islam bermaksud kedamaian.

Seringkali juga, perkataan muslim diterjemah sebagai bermaksud berserah diri, oleh majoriti para penterjemah.

Di awal-awal kajian saya tentang Al Quran, saya menterjemah kesemua perkataan muslim sebagai berserah diri mengikut terjemahan di kebanyakkan Al Quran terjemahan Bahasa Melayu.

Namun, saya menimbang kembali kedudukan ini kerana Tuhan telah memberitahu bahawa Al Quran adalah konsisten. Satu perkataan tidak boleh membawa dua makna yang berbeza kecuali di dalam keadaan "allegory". 
 

Islam Moden

Menurut para agamawan Islam moden, untuk seseorang itu diterimamasuk menjadi Islam, mereka perlu membuat 5 perkara asas yang dikenali sebagai Rukun Islam. 

Iaitu 1. Mengucap dua kalimah syahadah 2. Solat 3. Berpuasa di bulan Ramadhan 4. Membayar Zakat dan 5. Menunaikan haji di Mekah.

Untuk artikel kali ini, saya ingin mengupas satu persatu rukun ini dari perspektif Al Quran.

Sebelum saya mulakan, saya ingin menarik perhatian semua pembaca kepada satu keterangan penting. Ia adalah daripada Tuhan Yang Maha Esa melalui firmanNya di dalam Al Quran.

Keterangan ini adalah kenyataan yang keras dari Tuhan  mengenai orang-orang yang tidak mahu mempercayai ayat-ayat Al Quran. 

A036

"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." AQ 43:36

Ingat ! Jika kita tidak mahu mengambil pelajaran dari Al Quran, jika kita menolak firman-firman Tuhan di dalam Al Quran dan sebaliknya kita mengambil keterangan dari rekod-rekod yang lain sebagai pemimpin kita, maka kita sebenarnya mengikut SYAITAN. Ini peringatan dari Tuhan. Bukan saya yang kata.

PERHATIAN : Tidak terdapat sebarang keterangan di dalam Al Quran yang menyatakan bahawa untuk menjadi seorang muslim seseorang itu perlu melakukan lima rukun islam. Tiada.

1. Mengucap dua kalimah syahadah

Menurut Al Quran, yang benar-benar tahu samada seseorang itu beriman atau munafik atau kafir ialah TUHAN SAHAJA.

A011 

"Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman : dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang munafik" AQ 29:11

A007  

"Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat dari jalan Nya; dan Dialah yang paling mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" AQ 68:7

Para agamawan berkeras menyatakan bahawa seorang manusia perlu mengucap syahadah untuk membuktikan keimanannya, dan ucapan itu perlu pula disaksikan oleh empat orang saksi yang mereka lantik sesama mereka.

Ini adalah perbuatan syok sendiri yang sebenarnya menghina Tuhan Yang Maha Berkuasa. Mereka ini perasan mahu menjadi Tuhan.

Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengetahui samada seseorang itu beriman atau tidak, apatah lagi pula tahu kesudahan kehidupan seseorang itu samada dia masuk syurga atau neraka.

Oleh kerana para agamawan berkeras bahawa seseorang itu perlu mengucapkan satu ungkapan standard yang mereka cipta untuk menjadi beriman, maka ayuh kita lihat jenis-jenis ucapan-ucapan "syahadah" yang terdapat di dalam Al Quran.

Ungkapan yang pertama

18.  شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَالْمَلائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
 

"Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" AQ 3:18

Adalah jelas dari keterangan di atas bahawa para malaikat dan orang-orang yang berilmu mengungkapkan ucapan seperti berikut "la-illah-ha-illah-hu" yang bermaksud "Tiada tuhan melainkan Tuhan".

Baru-baru ini, seorang peniaga di dakwa di Mahkamah Syariah Perak kerana beliau berkeras menyatakan bahawa syahadah yang sebenar adalah mengikut AQ 3:18.

Anda boleh baca berita berkenaan di pautan seperti di bawah ;

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persoal-syahadah-islam-peniaga-kecewa-disisihkan-didakwa-di-mahkamah

Namun, saya rasa peniaga ini masih belum berjumpa dengan ayat yang seterusnya.

Ungkapan yang kedua

Saya memanggil ungkapan yang kedua ini sebagai ungkapan orang beriman tahap tinggi. Menurut Al Quran ia diungkapkan buat kali pertama oleh Nabi Ibrahim. Ungkapan tersebut adalah seperti berikut ;

131. إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
 
"Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam" AQ 2:131

"Aslam-tu-li-rabbil-alameen" begitulah ungkapan orang-orang yang benar-benar beriman. 

Nota : Aslam berasal dari akar kata salam. Maka terjemahan yang lebih tepat ialah "Aku berdamai untuk Tuhan semesta alam".

Ucapan ini diwasiatkan oleh Nabi Ibrahim kepada keturunannya. 

132.  وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ 

"Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam" AQ 2:132

Ia juga diungkapkan oleh para muslim hebat yang lain seperti Balqish dan Nabi Sulaiman di dalam ayat ini ;

(44). قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ ۖفَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا ۚقَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ مِنْ قَوَارِيرَ ۗقَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 
"Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca". Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam" AQ 27:44
 
"aslamtu-ma'a-sulaimanna-lillah-hi-rabbil-alameen" sama seperti ungkapan Nabi Ibrahim beribu-ribu tahun sebelum zaman Nabi Sulaiman.

Beribu-ribu tahun selepas zaman Nabi Sulaiman pula, Nabi ikutan orang melayu juga mengungkapkan ucapan yang sama.

Orang melayu pasti menolak jika saya mengatakan bahawa Nabi ikutan mereka mengucapkan ungkapan sebegini, perhatikan keterangan ini ;

A066


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah sembahan yang kamu sembah selain Allah - setelah datang kepadaku keterangan-keterangan dari Tuhanku; dan aku diperintahkan supaya tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam" AQ 40:66

"Uslima-li-rabbil-alameena" begitulah ungkapan yang diucapkan sendiri oleh Nabi Muhammad.

Ianya begitu jelas, tetapi orang melayu sebenarnya menolak Nabi ini. Mereka hanya mengikuti para imam perekod hadis yang menyatakan ungkapan yang sama sekali lain. Para imam inilah sebenarnya nabi mereka.

Secara teknikal, sebenarnya orang melayu menolak Al Quran.

Mereka mengambil keputusan seperti di AQ 43:36  yakni menjadikan syaitan sebagai teman rapat.

Ungkapan yang ketiga

Menurut Al Quran, ungkapan yang ketiga ini diucapkan oleh para munafik.

Ianya adalah keterangan pertama yang terdapat di Surah Al-Munafeekun. Surah ini dikhususkan oleh Tuhan untuk menerangkan tentang orang-orang munafik. 



A001

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar pendusta" AQ 63:1 

"Ash-hadoo-innaka-la-rasulullah" begitulah ungkapan orang-orang munafik. Mereka mahu mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul (Utusan) Allah.

Sedangkan yang melantik Nabi Muhammad sebagai Rasul ialah Tuhan sendiri. Sudah tentu Tuhanlah yang paling mengetahui yang mana satu utusanNya. 

Kita tidak perlu mengakui atau naik saksi kerana itu bukan urusan kita. Tuhan tahu siapa Rasulullah.

Bayangkan, jika dihadapan kita ada 10 orang arab. Salah seorangnya adalah Nabi Muhammad. Bolehkah kita pada hari ini menyaksikan yang mana satu Nabi Muhammad ? Jika tidak boleh, maka mengapa kita menyebutnya ?

Adakah kita mahu menurut cara orang munafik ?

2. Solat



Saya sudah menulis dengan panjang lebar mengenai makna sebenar solat.

Secara ringkas ianya bermaksud iltizam/komitmen. Ianya telah diperintah Tuhan semenjak zaman Nabi Adam.

Iltizam/komitmen ini tidak boleh disempurnakan di dalam tempoh 5 minit seperti yang biasa orang melayu lakukan.

Ia adalah pengorbanan seumur hidup. Dari saat kita buka mata pada hari tersebut sehingga kita tidur pada malamnya. Sehinggalah kita pergi untuk selama-lamanya.

Selagi kita buka mata maka kita sentiasa dalam keadaan berdiri untuk melakukan iltizam/komitmen kita atau solat. 

Ada seorang hamba Allah bertanya kepada saya satu soalan yang saya rasakan sah untuk dikupas dengan lebih mendalam.

Beliau bertanya, jika solat bermakna iltizam atau komitmen, macamana pula dengan perempuan yang dalam haid. Adakah mereka tidak perlu jaga anak, cari ilmu atau membuat urusan pekerjaan pada tempoh haid.

Jawapan saya, Tuhan hanya melarang kita dari melakukan hubungan seksual semasa seseorang perempuan berada di dalam keadaan haid, kerana darah haid itu kotor. 

Tuhan tidak pernah pula melarang seorang perempuan dari melakukan iltizam/komitmen (solat) beliau semasa tempoh haid.

Ayatnya sangat jelas ;


وَيَسْئَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَآءَ فِي الْمَحِيضِ وَلاَتَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللهُ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ {222} نِسَآؤُكُمْ حَرْثُ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُوا لأَنفُسِكُمْ وَاتَّقُوا اللهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُم مُّلاَقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ {223}


"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah, 'Haidh itu adalah suatu kotoran.' Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sampai mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. Istri-istrimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemuiNya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman." AQ 2:222-223

3. Soum

Orang melayu tidak tahu apa itu soum. Mereka hanya mengenal perkataan puasa.

Soum adalah bahasa arab Al Quran. Tuhan memerintahkan kita untuk menunaikan program soum. Tetapi, apakah sebenarnya soum ?

Benarkah ianya adalah menahan lapar dan dahaga di siang hari selama satu bulan di bulan ramadhan ?


Secara asasnya, Al Quran memberitahu kita bahawa tiada manusia yang boleh hidup tanpa makan dan minum ;


A008

"Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal" AQ 21:8

Berikut adalah ayat di mana Tuhan memerintahkan kita supaya menunaikan program soum.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ . 183

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan (koo-ti-ba - bermaksud tulis antara kata terbitan lain ialah iktab, kitab dll. Oleh itu, terjemahan "wajib" adalah tidak tepat) atas kamu berpuasa (shiyam) sebagaimana diwajibkan (koo-ti-ba) atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (tat-taqunaa) " AQ 2:183

Dari ayat di atas adalah jelas bahawa program soum diperintahkan agar kita menjadi muttaqi (righteous/orang yang benar - dari perkataan taqwa).

Apakah ciri-ciri orang-orang yang benar ? Al Quran menggariskan muttaqi sebagai berikut ;


177. لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ 
 

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan iltizam/komitmen dan memurnikannya; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa (muttaquna)" AQ 2:177

Dari senarai ayat di atas adalah jelas bahawa berpuasa cara orang arab iaitu menahan makan dan minum tidak terdapat di dalam ciri-ciri muttaqi.


Jika benar soum adalah bermakna menahan diri dari makan dan minum, maka kenapa pula di dalam keterangan di bawah,  Saidatina Maryam, ibu kepada Nabi Isa menunaikan program soum tetapi masih makan dan minum ?

A026

"Maka makan dan minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa (souman) untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara kepada seorang manusiapun pada hari ini". AQ 19:26

Sementara itu, benarkah bulan ramadhan mengikut kalendar hijrah adalah bulan yang diwajibkan menunaikan program soum ?

Jika kalendar lunar (hijrah) adalah tepat mengapa bulan ini sentiasa berubah-ubah.

Tidak seperti kalendar yang berasaskan solar (gregorian) ianya sentiasa tepat. Sebagai contoh, baru-baru ini negeri kelantan dilanda banjir besar pada bulan disember, 2014. Bulan disember dikenali sebagai musim tengkujuh.

Maka pada bulan disember 2015, musim tengkujuh ini akan berulang. Begitulah ia akan berulang sehingga ke hari kiamat. Ringkasnya kalendar berasaskan solar adalah tepat. 

Semasa kejadian banjir besar ini, kita berada di bulan Rabiul Awal, namun pada tahun 2015 ia bukan lagi di bulan Rabiul Awal kerana kalendar lunar hanya mempunyai 356 hari.

Kalendar lunar berdasarkan pengorbitan bulan terhadap bumi semasa bumi mengorbit matahari manakala kalendar solar berdasarkan pengorbitan bumi terhadap matahari. 


Kalendar gregorian adalah tepat, sebab itulah pertukaran 4 musim sentiasa dicerap pada bulan yang sama setiap tahun.

Berikut adalah senarai bulan Ramadhan dari tahun 1431 Hijrah sehingga 1441 Hijrah.


CE / AD AH First day[3] Last day[3]
2010 1431 11 August 9 September
2011 1432 1 August 29 August
2012 1433 20 July 18 August
2013 1434 9 July 7 August
2014 1435 29 June 27 July
2015 1436 18 June 16 July
2016 1437 7 June 5 July
2017 1438 27 May 25 June
2018 1439 16 May 14 June
2019 1440 5 May 3 June
2020 1441 24 April 23 May
Ramadan dates between 2010 and 2020. Dates may vary.


Mengapa saya membangkitkan perkara ini. Ia adalah kerana jika kita tinggal di hemisfera selatan atau utara, tempoh waktu siang adalah panjang pada keadaan tertentu mengikut musim. 

Adakah kita rasa logik, jika seorang muslim di iceland perlu berpuasa sehingga 22 jam jika ramadhan jatuh pada musim panas.  Sedangkan, Tuhan  melalui AQ 2:185 telah berjanji bahawa Dia tidak berkehendakkan supaya kita menjadi susah dengan mengikuti cara hidup yang digariskanNya.

Menurut lane's leksikon bahasa arab, ramadhan berasal dari perkataan rama atau ar rama yang bermaksud "suhu melampau". Manakala syahru bermakna nyata. Maka Syahru Ramadhan membawa erti "suhu melampau yang nyata" atau dalam bahasa inggeris "manifest heat".

Berikut adalah keterangan yang berkaitan dengan program soum berdasarkan Al Quran. 

Terjemahan ini telah dibuat dengan rapi dengan mengambil kira etymology (study of origin of word) setiap patah perkataan arab yang muncul di ayat ini.

 A183

 2:183 O you faithfuls, "asshiyaamu" is programmed for you, as it was programmed for those before you, so that you are observant.

A184 

2:184 A few specific days, therefore those who fall ill, or on assignments, so schedule it on other days. And for those who find difficulties in doing it, substitute the feeding of a poor person. Hence, whoever works goodness, so it would do him good, and that you "tasyuumu" is better if you know,

A185 

2:185 manifest heat which was sent within it, the Quran a guidance for the people, and explanations from the guidance, and the criterion. Therefore, whoever amongst you experiences the manifestation shall "yasyumhu". And those who are ill, or on assignments may therefore, account an equal number of other days. God wishes convenience for you, and He does not impose hardship upon you; and so that you could fulfill the schedule, and you shall glorify God for guiding you, so that you be appreciative.

A186 

2:186 And when My servants ask you about Me, I am always near, I respond to the call of any caller who calls on Me. Therefore, they shall respond to Me, and be faithful to Me, that they may be guided.

 A187

2:187 You are permitted during the nights of "asshiyaami" to mix with your women. They are your confidantes, and you are their confidants. God knew that you have betrayed yourselves, and therefore He redeemed you and pardoned you. Henceforth, mix with them, and seek you of what God has programmed for you, and savour it until its clear for you as that of a white thread distinguishable from a black thread is apparent. Then fulfill "asshiyaama" to the night. And you shall not mix with them whilst retreating in the institutions. These are the bounds of God (tilka hudud-dullah); therefore you shall not be near them. God thus clarifies His revelations for the people, that they become observant.

Dari keterangan di atas, bolehkah anda tunjukkan di mana perintah larangan dari makan dan minum ?

4. Zakat

Saya sudah menerangkan di dalam artikel sebelum ini bahawa perkataan bahasa arab zakka(h) di dalam Al Quran membawa maksud mensucikan, memurnikan atau bahasa modennya dedikasi.

5. Haji

Saya juga sudah menerangkan bahawa hajja membawa maksud cabaran. Ianya bukanlah satu bentuk ritual yang ditunaikan pada bulan yang khas.

Saya juga telah menerangkan bahawa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail tidak pernah sampai ke negeri kelahiran Nabi Muhammad iaitu Makkah. Maka, mereka berdua tidak boleh membina ka'abah.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang membina ka'abah, kiub batu yang menjadi pusat penyembahan orang-orang melayu ?

Sejarah ringkas agama di semenanjung arab sebelum islam 

Untuk menyelidik tentang siapa yang membina ka'abah kita perlu menyulusuri sejarah agama orang-orang Arab sebelum Nabi Muhammad menyeru mereka untuk kembali (islah).

Orang Arab sebelum Islam mengamal satu agama yang dipanggil "Arabian Family Star" sebuah cabang agama Hindu.

Arabian Family Star secara asasnya adalah mazhab hindu yang menyembah cakerawala seperti bulan dan planet. Di dalam bahasa sanskrit mazhab ini dikenali sebagai "Navagraha". 

Ketua dewa mereka bernama LAH yang menjadi tuhan tiga dalam satu kepada Sheva. LAH adalah bulan. Ia sentiasa menjadi tanda di dahi berhala Sheva.

Oleh sebab itulah, kita dapati tradisi orang-orang arab menjadikan lambang bulan dan bintang sebagai simbol ketuhanan mereka. 

Zat Asal Yang Maha Berkuasa tidak perlu apa-apa simbol duniawi bagi melambangkan kekuasanNya.



                              bulan sangat penting dalam budaya hindu
                                 ia adalah tanda untuk memula atau membuka puasa

Kesemua dewa mereka adalah perempuan seperti Al-lata, al-Manat and Uzza sila lihat AQ 53:19-24. Berhala-berhala ini diletakkan di sekeliling Ka'abah sebagai penjaga kepada simbol utama mazhab ini iaitu "Sheva Lingga (mark of sheva)" iaitu yoni (kemaluan perempuan). Terdapat 360 berhala kesemuanya di sekeliling ka'abah.



                             dalam bahasa sanskrit batu hitam ini dikenali
                                 sbg "sanghey ashweta" atau non-white stone




                                                        bila ditegakkan ia menjadi rupa ini.
                                            Inilah yoni, kemaluan perempuan

Seteru utama kepada dewa-dewa wanita ini adalah dewa lelaki. Maka dalam mazhab navagraha, penganut-penganut mereka membina apa yang dipanggil sebagai puna. Ia adalah satu binaan batu berupa kemaluan lelaki. 

Para penganut akan membaling binaan kemaluan ini dengan batu-batu kecil.



                                         puna di dalam yoni


                                  bila saiznya dibesarkan ia menjadi seperti ini

Selepas melontar puna, para penganut akan mencium yoni sebagai simbolik melindungi simbol sheva.

Satu lagi simbol yang perlu berada dekat dengan sheva di kuilnya ialah zamza atau ganga dalam bahasa sanskrit. Ia perlu berada dekat dengan simbol sheva. Zamza adalah air.

Para penganut juga akan membuat pradakshina (circumambulate/tawaf) di sekeliling kuil ini sebanyak 7 kali pusingan. Ia perlu dilakukan dengan memakai kain putih tidak berjahit di pinggang dan bahu. Ritual ini dipraktikan oleh orang Hindu di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Sesudah semua upacara ini selesai para penganut akan membotakkan kepala.

Macam pernah dengar semua ritual ini bukan ? Terpulanglah kepada pemikiran masing-masing. Tuhan tidak pernah menyekat sesiapa untuk mempercayai Dia ataupun tidak mahu mempercayai Dia.

Ini adalah kerana Tuhan tahu, semua makhluk yang diciptaNya akan kembali kepadaNya untuk dihitung usaha masing-masing.

Oleh yang demikian, siapakah yang membina kuil hindu ini di Makkah ? 

Dia adalah seorang Raja Hindu yang mempunyai empayar dari Bali, Indonesia sehinggalah ke Korea dan Jepun di timur.

Manakala di barat ia sampai ke Arabhastan dengan berpusat Makkeshwar (makkah). Nama negara-negara di sebelah barat benua kecil India sehingga kini sangat jelas pengaruh hindunya seperti, afghanistan, turkmenistan, uzbekistan, tajikistan dan lain-lain.

Raja itu bernama Vikramaditya. Raja Empayar Hindu paling berpengaruh dan meluas.

Di dalam ka'abah ahli sejarah menjumpai tulisan mengenai Raja Vikramaditya yang ditulis di atas pinggan emas. Berikut adalah terjemahan tulisan yang ditekat di pinggan tersebut. 

Keterangan ini boleh didapati pada buku "Sayar-ul-Okul" pada mukasurat 315. Buku ini boleh di dapati di perpustakaan Maktab-e-Sultania, Turki.

"Fortunate are those who were born (and lived) during king Vikram’s reign. He was a noble, generous dutiful ruler, devoted to the welfare of his subjects. But at that time we Arabs, oblivious of God, were lost in sensual pleasures. Plotting and torture were rampant. The darkness of ignorance had enveloped our country. Like the lamb struggling for her life in the cruel paws of a wolf we Arabs were caught up in ignorance. The entire country was enveloped in a darkness so intense as on a new moon night. But the present dawn and pleasant sunshine of education is the result of the favour of the noble king Vikramaditya whose benevolent supervision did not lose sight of us- foreigners as we were. He spread his sacred religion amongst us and sent scholars whose brilliance shone like that of the sun from his country to ours. These scholars and preceptors through whose benevolence we were once again made cognisant of the presence of God, introduced to His sacred existence and put on the road of Truth, had come to our country to preach their religion and impart education at king Vikramaditya’s behest."  



Di dalam bahasa asal ;

"Itrashaphai Santu Ibikramatul Phahalameen Karimun Yartapheeha Wayosassaru Bihillahaya Samaini Ela Motakabberen Sihillaha Yuhee Quid min howa Yapakhara phajjal asari nahone osirom bayjayhalem. Yundan blabin Kajan blnaya khtoryaha sadunya kanateph netephi bejehalin Atadari bilamasa- rateen phakef tasabuhu kaunnieja majekaralhada walador. As hmiman burukankad toluho watastaru hihila Yakajibaymana balay kulk amarena phaneya jaunabilamary Bikramatum".


Islam Al Quran

Menurut perspektif Al Quran, untuk menjadi seorang Islam atau orang yang berdamai (muslim), seseorang hanya perlu membuat perkara-perkara seperti berikut ;


151. قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ مِنْ إِمْلاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

"Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar". Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya)." AQ 6:151

152. وَلا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ لا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُوا ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

"Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil kendati pun dia adalah kerabat (mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat," AQ 6:152

153. وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

"dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa." AQ 6:153

Inilah jalan yang lurus yang sering kita berdoa untuk memperolehinya melalui surah Al-Fatihah.

Tiada langsung Rukun Islam seperti rekaan para agamawan ditulis di mana-mana ayat AQ 6:151-153, atau di tempat-tempat yang lain di dalam Al Quran.

Bagaimana mahu menjadi seorang muslim (orang yang berdamai) ?

Jika anda pada hari ini mengambil keputusan untuk menuruti Al Quran yang diturunkan Tuhan seperti yang blog ini sarankan dan menjadi seorang muslim. Maka, apakah yang perlu anda lakukan ?

Untuk menjadi seorang yang damai (muslim) anda tidak perlu melakukan apa-apa. Anda tidak perlu memandai-mandai mengharamkan rezeki yang Tuhan kurniakan sebagai makanan anda. 

Anda tidak perlu berkhatan. Jika anda sedang hidup bersama ibu-bapa anda yang beragama Hindu atau Buddha atau Kristian (suasana Malaysia), anda tidak perlu keluar dari rumah itu atau memandai-mandai memanggil ibu-bapa anda kafir. 

Anda tidak perlu menyambut eidul fitri. Anda juga tidak perlu belajar bahasa arab supaya anda boleh mengungkap ucapan syahadah.

Asasnya anda tidak perlu menukar budaya anda atau menukar siapa diri anda. Sebabnya adalah mudah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu samada anda beriman ataupun tidak.

Lagipun keimanan adalah hak eksklusif Tuhan. Kita tidak berdaya untuk menjadikan diri kita beriman.

A100 

"Dan tidak ada seorangpun yang beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya" AQ 10:100

YANG PERLU ANDA LAKUKAN HANYALAH MENSTRUKTUR SEMULA PEMIKIRAN ANDA. Iaitu dengan menjadi damai kepada semua perkara di sekeliling anda. Bahasa modennya ialah reform atau islah atau kembali.

Kedamaian (Islam) adalah state of mind. Ia bukan sesuatu yang boleh di dapati melalui perubahan fizikal seperti memakai jubah atau sarban serta menyimpan jambang panjang atau menutup seluruh badan anda dengan kain dari muka sampai ke kaki. Kedamaian adalah jiwa dan raga anda.

Apabila mental berada di dalam keadaan damai, maka itu adalah tanda anda sedang berada dalam Islam atau peacefulness atau blissfulness.

Meletak sticker "Ana Muslim" di cermin kereta tidak menjadikan anda Islam. Bagaimana anda kata anda seorang yang damai (muslim) sedangkan anda bermimpi untuk menegakkan undang-undang untuk memotong tangan orang lain dan membunuh orang yang anda memandai-mandai memanggilnya kafir yang mana anda tidak mempunyai kuasa untuk mengetahui kekafiran itu.

Kedamaian tidak dapat diperolehi dengan menggantung ayat-ayat Al Quran di pintu rumah. Ia juga tidak dapat diperolehi dengan belajar menyebut sebutan huruf-huruf Al Quran siap dengan diagram di mana lidah perlu berada semasa menyebutnya.

Kedamaian tidak memerlukan anda mengembara separuh dunia untuk pergi ke satu tanah asing bagi menyembah batu yang tidak boleh memberi anda manafaat ataupun mudarat. 

Kedamaian boleh diperolehi di dalam bilik tidur anda jika anda mahu.

Memainkan alunan mengaji Al Quran sehabis volume juga tidak menjadikan anda Islam. Al Quran adalah petunjuk. Untuk sesuatu berupaya menjadi petunjuk anda perlu membawa pemikiran anda untuk memahami dan seterusnya mengikutinya. Anda juga perlu lakukannya sendiri kerana anda apabila kembali kepada Tuhan anda bersendirian. Ianya adalah di antara anda dan Tuhan.

Anda mungkin boleh menipu orang lain tetapi anda tidak berupaya menipu Tuhan.

Wallahualam. Mungkin saya salah, mungkin juga saya benar. Sekurang-kurangnya saya sudah membaca Al Quran anda bagaimana ?

Ashwed


4 comments:

  1. Salam. Sy telahpun membaca kesemua post saudara di dlm blog ini. Kalau tidak keberatan, boleh saudara kupas sedikit tentang ayat di bawah ini, tentang kwajipan mengambil wuduk sebelum menunaikan solat?

    Tafsir Al Maidah Ayat 6
    Ayat 6: Hukum-hukum tentang wudhu’, mandi dan tayammum

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (٦

    Terjemah Surat Al Maidah Ayat 6 (Hukum Wudhu, Mandi, dan Tayammum)

    6. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. Jika kamu junub maka mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, bertayammumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan debu itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.

    Trima kasih.

    ReplyDelete
  2. Saudari Rasyidah, rasanya ayat tersebut hanya menyuruh kita pentingkan kebersihan bila menjalankan tugas kita sebagai manusia yang berguna.

    Betul tak saudara Ashwed?

    ReplyDelete
  3. Salamun Alaikum,
    Saya agak kurang setuju berkenaan ulasan solat yang saudara utarakan. Di dalam Quran ada dinyatakan berkenaannya, waktu-waktu solat dan wuduk. Rujuk: http://www.quran-islam.org/main_topics/islam/pillars/salat_positions_%28P1198%29.html

    Kesilapan kebanyakan 'Muslim' pada masa sekarang ini ialah membaca Quran dalam bentuk ianya adalah cerita sejarah. Bagi saya amat salah kerana ianya adalah ditujukan sebagai sumber ajaran Islam oleh Allah dan bersifat universal. Oleh itu, saya sering merujuk kepada ayat 6:115-117. Kita patut memahami maksud ayat-ayat tersebut kepada diri kita sendiri, bukan hanya ditujukan pada masyarakat zaman Nabi Muhammad. Sebab itu saya tidak suka membaca terjemahan Al Quran yang banyak mempunyai (****) dalam kurungan...macam memaksa pembaca untuk memahami dalam konteks penterjemah itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. tentang QS al munafiqun.. munafik=berkata tidak sesuai hatinya.. QS 63:1.. menerangkan bahwa orang kafir mengakui nabi muhammad sebagi rasul.. namun hatinya tidak ingin..
    sebenarnya saya agak tertarik.. tp krna banyak minimnya pengetahuan saudara.. membuat saya malas melanjutkan.. :)

    ReplyDelete