Sunday 6 December 2015

Mukhlasin

Hari ini saya kehilangan seorang rakan perempuan yang sama-sama menuntut di Fakulti Undang-Undang. Beliau tewas di dalam pertarungan dengan sakit kanser berulang yang dihidapinya semenjak setahun lepas.

Saya bersahabat dengan beliau selama lebih kurang 24 tahun iaitu semenjak dari tahun 1991.

Pada waktu tersebut pihak Universiti tempat kami belajar sedang melakukan tempoh percubaan bagi bidang Undang-Undang.

Oleh kerana itu, kemasukan baru di dalam tempoh percubaan tersebut dihadkan kepada 50 orang pelajar sahaja.

Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan hubungan para pelajar Undang-Undang di Universiti kami begitu rapat, sehinggakan ramai juga rakan-rakan saya yang berkahwin sesama sendiri.

Di waktu sedih seperti ini, saya sering menjadi kelu. Terasa seperti tiada ungkapan sesuai yang bisa diungkapkan sebagai pengganti diri untuk dihadiahkan kepada mereka yang memerlukan.

Orang Yang Ikhlas

Bagi mereka yang baru memulakan pengembaraan di dalam bidang mengkaji Al Quran, saya ingin memberi beberapa nasihat.

Semakin anda mempelajari Al Quran, semakin pastilah anda dapat membezakan di antara intan dengan manikam,  di antara yang benar dengan yang batil.

Ini adalah kerana Al Quran itu sendiri adalah "Pembeda" atau "Al Furqan" maka jika kita mengkajinya sudah tentu kita boleh membuat perbedaan mengenai bermacam-macam perkara.

Namun, itu tidak bermakna anda mempunyai hak untuk menjatuh hukum kepada sesiapa pun, terutama mereka yang rapat dengan anda.

Ini adalah kerana satu sebab yang mudah, anda bukan Tuhan.

Begitu juga dengan saya, dan mereka yang lain, juga termasuk para Nabi dan Rasul. 

Kita semua manusia yang tertakluk kepada rahmat Tuhan.

Sebab itulah, Al Quran memberitahu bahawa sesiapa pun tidak kiralah jika dianya seorang Nabi, Rasul, Raja, Perdana Menteri, Mufti dan sebagainya walau apapun profesion kita, semua kita sebenarnya boleh disesatkan oleh sifat buruk (syaitan) kita KECUALI manusia mukhlis atau mereka yang ikhlas.


A039 
 A040

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas (mukhlasina) di antara mereka" AQ 15:39-40

 A082 
A083 

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas (mukhlasina) di antara mereka AQ 38:82-83

# Iblis bukan makhluk berbentuk fizikal. Sila lihat artikel Siri Ramadhan : Malaikat, Iblis, Jin dan Syaitan.

Sebagai manusia kita tidak mempunyai kuasa untuk mengetahui keikhlasan seseorang. 

Sesungguhnya keikhlasan itu hanya boleh diketahui oleh Yang Maha Mengetahui sahaja. 

Maka biarkanlah sahaja perkara ini diputuskan oleh Tuhan tanpa kita perlu menjatuhkan hukuman moral kepada sesiapa pun jua hatta kepada seorang pembunuh pun. 

Orang Yang Beriman

Nasihat yang kedua ialah mengenai mempengaruhi fikiran orang lain.

Semakin anda mengkaji Al Quran, semakin anda terasa mahu memberitahu rakan-rakan anda atau sanak saudara anda mengenai kebenaran yang anda temui.

Anda mungkin tanpa sedar seakan-akan sedang memaksa pemikiran anda terhadap orang lain.

Al Quran sendiri sudah memberi amaran mengenai perkara ini. Sebab itulah, Al Quran memberitahu bahawa sesiapa yang mengalami "ramadhan" atau manifest heat hendaklah menahan dirinya (soum).


A185

"manifest heat which was sent within it, the Quran a guidance for the people, and explanations from the guidance, and the criterion. Therefore, whoever amongst you experiences the manifestation shall "yasyumhu". And those who are ill, or on assignments may therefore, account an equal number of other days. God wishes convenience for you, and He does not impose hardship upon you; and so that you could fulfill the schedule, and you shall glorify God for guiding you, so that you be appreciative" AQ 2:185

# Saya meletak terjemah keterangan ini di dalam Bahasa Inggeris kerana merasakan ini adalah terjemahan yang paling tepat.

Kenapa kita perlu manahan diri kita ? Ia adalah kerana keterangan ini ;


A099

"Dan jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semunya ? AQ 10:99

Bagi saya iman membawa maksud yakin. Bagi setengah yang lain pula ia membawa maksud trustworthy atau amanah.

Walau apa pun maknanya ketahuilah bahawa kita tidak mempunyai kuasa untuk membuat sesiapapun beriman kerana iman adalah hak eksklusif Tuhan.

A100 

"Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah akan menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya" AQ 10:100

Sebelum saya mendalami Al Quran, saya sering berpendapat bahawa dibahu saya terletak tanggungjawab untuk mengubah orang lain terutama mereka yang dekat dengan saya.

Perkara ini semakin menjadi-jadi di tahun-tahun awal saya mengkaji Al Quran. Bayangkan menemui sesuatu yang sangat besar sudah tentu anda mahu memberitahu orang-orang yang rapat dengan anda, bukan.

Tetapi kebenaran ini sangat-sangat berbeza dengan praktis masyarakat. Oleh kerana itu, sudah tentu saya tidak boleh berkongsi penemuan itu dengan masyarakat sekeliling. Akhirnya, ia terpendam sebegitu lama.

Ianya pernah menjadi begitu serius sehingga saya mengalami stres dan terpaksa di masukkan ke hospital. Doktor mengesahkan saya mengalami GERD. Sejenis penyakit usus akibat stres yang keterlaluan.

Namun, apabila saya terbaca keterangan di AQ 10:99-100, barulah saya sedar bahawa Tuhan tidak pernah memerintahkan kita untuk mengubah dunia.

Dunia akan kekal sebegini, mengikut perancangan Tuhan. Kita tiada kuasa walaupun sedikit pun untuk mengubah perancangan itu. 

Apa yang kita boleh buat ialah berusaha untuk mengubah diri sendiri sahaja, tidak lebih dari itu. 

Oleh yang demikian kita perlu sedar bahawa hatta untuk mengubah seseorang yang sangat kita sayang seperti ibu-bapa kita, pasangan kita, anak-anak kita atau adik-beradik kita juga tidaklah kita mampu untuk melakukanya.

Inikan pula orang lain, melainkan Tuhan mahu ianya menjadi sebegitu.

Kini, saya semakin menerima bahawa saya tidak boleh mengubah dunia dan isinya.

Kebebasan Fikiran

Nasihat yang ketiga ialah, kita perlu sedar bahawa setiap manusia mempunyai kebebasan intelektual untuk mempercayai dan meyakini sesuatu menurut apa yang dirinya suka.

A256

"Tiada paksaan di dalam aturan hidup; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" AQ 2:256

Jika jalan yang benar itu sedang jelas berada di hadapan mata kita maka bersyukurlah kepada Tuhan sesungguhnya Dialah muqaddam (initiator) untuk diri kita.

Jika kita perhatikan, inilah masalah dunia hari ini, apabila satu pihak mau memaksa pihak lain mengikuti caranya, biarpun mereka sedar tiada apa yang mereka boleh tawarkan untuk kemakmuran dunia.

Semoga nasihat ini dapat membantu dan memberi manafaat kepada pengembaraan anda.

Akhir sekali, sesungguhnya orang-orang yang sabar ialah "orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali) AQ 2:156

Semoga rakan saya ditempatkan bersama para mukhlasin dan memperoleh kedamaian yang abadi. Terima kasih di atas kenangan yang ditinggalkan.

Ashwed


11 comments:

  1. Salam Alaykum Tuan Ashwed,

    Saya mohon panduan tuan, al quran beserta tafsiran bahasa melayu apakah yang terbaik untuk saya beli?..terima kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saudara Anonymous 8th December, 2015

      Saya dapati terjemahan terbaik versi Bahasa Malaysia ialah terjemahan yang dibuat oleh Arwah Othman Ali, ia dikenali sebagai Bacaan anda boleh membacanya di sini http://www.e-bacaan.com/terkini.htm . Laman sesawang ini juga mengumpul artikel-artikel dari para pengkaji Al Quran.

      Saya sendiri memuaturun terjemahan Al Quran versi Bahasa Indonesia yang boleh d dapati di Samsung Playstore ia mudah di bawa ke sana ke mari.

      Untuk kajian yang mendalam saya menggunapakai openburhan.com dan Al Quran Concordance. Laman ini membuat crossreference dan rootword yang terperinci.

      Jika hati anda secara tiba-tiba merasa berdebar, takut, sedih, tenang dan gembira mengikut keterangan yang anda baca begitu juga jika badan anda menggeletar,berpeluh di dalam bilik berhawa dingin. Atau anda terjaga di waktu malam dengan hati yang sangat takut kerana sedar kesalahan yang anda lakukan selama hari ini maka itu adalah tanda anda sedang memahami Al Quran.

      Terima kasih. Semoga membawa manfaat.

      Delete
  2. Salam.
    Thanks for the peringatan.
    But sometime 'ter' juga bila my friend told me ada hadis pasal bawang putih. Seriously cannot enter masjid if eat bawang putih.

    Initially topic perbincangan pasal food for wellbeing. Tetiba .... keluar hadis.

    Non

    ReplyDelete
  3. Umat Islam Melayu di Malaysia umumnya tidak "membaca" Alquran. Realitinya, kita didoktrin dari keçil untuk hanya menyebut huruf2 arab dengan betul aka mengaji, itulah sahaja bagi masyarakat kita konsep "membaca Alquran" , sedangkan tindakan itu tidak mendekatkan pemahaman mesej kenapa ia diturunkan seterusnya menjadikan Alquran itu panduan hidup.

    Bahasa Alquran diturunkan ialah bahasa Arab, mesej yang Alquran bawa ialah universal, utk seluruh alam. Nabi2 sebelum ini walaupun bukan dalam bahasa Arab, juga membawa mesej sama yang dibawa oleh nabi terakhir.

    Sebaiknya jika kita berbuat sesuatu utk dapat menggalakkan dan menekankan pembacaan Terjemahan Alquran bagi masyarakat umum, rakan dan ahli keluarga.

    Meskipun sudah tahu kebenaran Alquran, saya merasai sendiri dan memahami perasaan yang tidak berdaya utk mengubah semua ini, ...alangkah baiknya jika mereka faham..
    Kadangkala semacam bersendirian yang tahu dan sedihnya melihat orang yang terdekat yang tidak percaya.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam Saudara Muhammad Taufiq Atan,

    Saya kurang pasti bagaimana komen saudara boleh hilang. Mungkin kerana kadang-kadang saya moderate blog dengan hanya mengguna handphone dan secara tidak sengaja menekan butang yang tidak sepatutnya.

    Blog ini mengambil posisi menyiarkan semua komen tidak kira positif atau negative. Untuk itu saya memohon maaf.

    ReplyDelete
  6. Salam ash-wed! maaf yea!saya telah memenuhi setiap tred tuan,berikut diposkan 44ayat dari Surah An Naml(Semut:27)

    27:1 Thoo siin inilah ayat-ayat -lqur-aani dan sebuah kitab yang jelas.
    27:2 Petunjuk dan khabar gembira bagi orang yang amanah.
    27:3 Orang yang melaksanakan kewajipan dan menunaikan kemurnianya dan dengan akhirat mereka yakin.
    27:4 Sesungguhnya orang yang tidak amanah dengan akhirat Kami ilusikan indah segala amalan mereka supaya mereka bertambah bingung.
    27:5 Maka mereka itulah orang yang ditimpakan azab dahsyat dan diakhirat mereka orang yang rugi.
    27:6 Sesungguhnya kamu menerima -lqur-aana dari yang Bijaksana dan yang Mengetahui.
    27:7 Ketika muusaa berkata kepada keluarganya sesungguhnya aku melihat api mungkin boleh aku dapatkan berita darinya atau bahan pencetus api supaya dapat memanaskan badanmu.
    27:8 Apabila dia tiba dia diseru, diberkati sesiapa disisi api dan disekitaranya malahan Allah disanjung Pemelihara ilmu seluruh alamnya.
    27:9 Wahai muusaa! Aku Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
    27:10 Lemparkan tongkatmu maka dianya menjadi jaannun lalu dia berpaling tanpa menoleh maka dia diseru wahai! muusaa jangan takut pasti tidak menimpa ketakutan dihadapanKu seorang rasul.
    27:11 Melainkan sesiapa yang zalim dan yang menukarkan kebaikan dengan keburukan sesungguhnya Aku yang Pengampun yang Penyayang.
    bsmbg..

    ReplyDelete
  7. smbg..

    27:12 Berkata masukkan tanganmu dibawah ketiakmu pasti dianya keluar putih tanpa cela maka itulah sembilan dari tanda-ayatKu kepada fir’auna dan kaumnya sesungguhnya mereka itulah kaum yang fasik.
    27:13 Ketika datang kepada mereka tanda-ayat Kami yang terang dan jelas mereka berkata ini tidak lain melainkan sihir yang nyata.
    27:14 Dan mereka menafikanya malahan mereka yakin dengan kezaliman dan kesombongan maka perhatikan pembalasan bagi orang yang fasik.
    27:15 Pasti Kami berikan daawuuda dan sulaimana ilmu dan mereka berkata segala puji bagi Allah yang menjadikan ramai dari hambanya amanah.
    27:16 Dan setelah sulaimaanu dan daawuuda mewarisinya mereka berkata wahai manusia kami telah diajar manthiqa/teknologi burung terbang dan selainnya maka inilah suatu pemberian yang nyata.
    27:17 Maka sulaimaana himpunkan angakatan jinni dan manusia dan unggas maka dibahagikan tugas mereka.
    27:18 Ketika mereka dilembah semut maka berkata seekor dari semut, wahai semut-semut masuk ketempat penginapanmu jika tidak kamu dipijak sulaimaanu dan angkatannya malahan mereka tidak menyedarinya.
    27:19 Maka dia tersenyum mendengar ucapannya dan berkata Pemeliharaku perkenankan bagi kami supaya sentiasa berterima kasih atas nikmatMu yang Kamu kurniakan kepada kami dan ibubapa kami yang beramal soleh dan yang Kamu meredhai mereka dan masukkan kami dan hambaMu yang soleh kedalam rahmatMu.
    27:20 Dan ketika meninjau kelibat burung disekitaranya dia berkata tiada petunjuk kelibat mereka mungkin dianya telah hilang.
    27:21 Pasti aku azabkan dengan azab yang dahsyat atau menyembelehnya jika dia datang kepadaku tanpa perintah yang nyata.
    27:22 Maka tidak lama menunggu dia pun datang dan berkata aku meliputi apa yang kamu tidak meliputinya dan aku datangkan pengkhabaran yang meyakinkan tentang saba-in.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  8. smbg..

    27:23 Aku menemui seorang Puan Pemerintah yang telah diberi anugerah pemerintahan tertinggi dan berkuasa mutlak yang agung.
    27:24 Dan aku melihat kaumnya patuh kepada matahari bukannya Allah malahan syaitan telah mengilusikan indah segala amalan mereka dan menghalang mereka dari jalan maka mereka tidak mendapat petunjuk.
    27:25 Mengapa mereka tidak patuh kepada Allah yang mengeluarkan apa yang tersembunyi dilangit dan dibumi dan Dia yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.
    27:26 Allah tiada tuhan selain Dia, Pemelihara yang Unggul yang Agung.
    27:27 Berkata kami mengambil perhatian sama ada kamu benar atau berdusta.
    27:28 Pergilah kamu dengan kitabku ini dan lemparkanya dan berpaling dari mereka dan perhatikan apa yang akan mereka kembalikan.
    27:29 Berkata wahai -lmala-u telah dilemparkan kepadaku kitab yang mulia.
    27:30 Sesungguhnya dari sulaimaana dengan nama Allah yang Pemurah yang Penyayang (Bismillaahi -rrahmaani -rrahiimi).
    27:31 Jangan kamu meninggi diri dan sombong kepadaKu dan datanglah kamu kepadaKu sebagai muslimiina.
    27:32 Berkata wahai penguasa majlisku berikan keputusanya atas perintah ini sehingga pertemuanku denganmu kemudianya.
    27:33 Maka mereka berkata kami miliki kekuatan dan kerakusan nyata maka perintahkan kami pasti kami melaksanakan perintahmu.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  9. smbg..

    27:34 Berkata sekiranya penguasaku masuki sesuatu khariah pasti mereka menjadikan penduduknya fasik dan mereka yang mulia kepada yang hina demikianlah apa yang telah mereka lakukan.
    27:35 Dan aku telah mengutuskan kepada mereka hadiah maka tunggulah apa yang akan dikembalikan kepada utusanku itu.
    27:36 Dan ketika utusan tiba sulaimaana berkata apakah kamu hendak tambah hartaku malahan apa yang diberikan Allah kepadaku adalah lebih baik dari harta kamu itu maka gembiralah kamu dengan hartamu itu.
    27:37 Kembalikan kepada mereka dan katakan kami akan musnahkan mereka dengan angkatan yang tidak berupaya mereka hadapinya dan kami akan mengeluarkan mereka dengan kehinaan dan mengecilkan mereka.
    27:38 Berkata wahai penguasaku sesiapa diantara kamu dapat datangkan singgahsananya sebelum mereka datang sebagai orang yang menyerah.
    27:39 Berkata’ifriitun dari jenis jinni, aku boleh datangkanya sebelum kamu berdiri dari dudukmu dan aku berupaya dan yakin dengannya.
    27:40 Berkata orang yang mendalami ilmu alkitaabi aku berupaya membawa kepadamu sebelum terbuka matamu dari kelipanya dan ketika dilihat dianya tersergam dihadapanya dia berkata ini pengurnian Pemeliharaku bagi menguji aku sama ada berterima kasih atau mengingkarinya maka sesiapa berterima kasih dianya berterima kasih bagi dirinya dan sesiapa ingkar sesungguhnya Pemeliharaku yang Kaya dan yang Mulia.
    27:41 Berkata ‘ubahsui’ astakanya supaya dapat kita menilainya sama-ada dia darinya orang yang mendapat petunjuk.
    27:42 Dan ketika datang dia ditanya adakah serupa dengan astakamu maka dia berkata malahan dianya sangat mirip dengan apa yang kami diberi pengetahuan sebelumnya malahan kami muslimiina dengannya.
    27:43 Maka terhalanglah dia dari apa yang dia telah berkhidmat selain Allah malahan sebelumnya dia dari kaum yang tidak percaya.
    27:44 Berkata masuklah kedalam astakaku dan ketika dia memasukinya dan melihatnya maka dia beranggapan dianya kilauan permukaan air maka disingkap betisnya dan berkata malahan ‘astaka’ kami telah diperhalusi keunikanya maka dia berkata Pemeliharku, aku telah menzalimi diriku waaslamtu ma’a sulaimaana lillaahi rabbil -l ’aalamiina.

    Bukan untuk dibanggakan tetapi renungkan/taffakur dan ambil pelajaran dari kisahnya bukanya siapa mereka sbb semua ini mengandungi pelajaran yang tersembunyi/tersirat..

    ReplyDelete
  10. I have gone through the same process - of wanting to 'indoctrinate' my family members into understanding what I continue to understand from the Quran; but in doing so, my son politely pointed out that I have become the very people I do not like - those serban & jubah wearing judgemental people.

    But I have not given up. In the least, I am committed to get my family to rethink what they have learnt from their ostads. It does not help that my father in law was a well known ostad in his kampung. I realise I can only do so much. Allah knows best.

    ReplyDelete